Tab Menu

Followers

Sunday, January 24, 2010

Coke and Sundae_7


AMBOI…..berseri-seri wajah anak dara Encik Idris hari ini. Dari semalam memanjang senyumannya sampai masuk ke dalam bilik tidur. Apa yang diangaukan oleh anak gadis itu pun Encik Idris tidak tahu. Ditanya pada dua orang abangnya…..kedua-duanya gelengkan kepala tidak tahu. Kerja rumah pun tidak perlu disuruh seperti lalu. Ringan saja tulang Azyan melakukannya.

            Encik Idris mendekati Azyan yang sedang bersiap-siap ingin keluar menghadiri latihan kelab teater. Azyan kelihatan bernyanyi kecil sambil mengikat tali kasutnya. Encik Idris berdehem kecil. Azyan mengangkat kepala sambil mengukir senyuman manisnya.

            “Ayah tengok macam ada yang tidak kena dengan Azyan semenjak dua hari ini. Ada apa-apa ke ni? Pelik semacam.”soal Encik Idris.

            “Tiada apa-apalah ayah. Yan macam biasa je. Tiada yang pelik pun.” balas Azyan lembut.

            “Apa yang ayah tak peliknya. Yan sebelum ini tidak pernah senyum sepekat susu lemak manis Cap Teko tu.” Encik Idris menyatakan kehairanan yang bersarang di hati tuanya itu. Azyan ketawa kecil.

            “Ala ayah ni. Itu pun nak dihairankan. Sesekali kena juga jadi awek cun yang murah dengan senyuman.” Azyan menepuk-nepuk bahu ayahnya.

            “Selalunya perempuan kalau senyuman macam Yan ni dah kena penyakit angau. Penyakit orang dilamun cinta.”

            “Mengarutlah ayah ni. Yan tak mainlah angau-angau ni. Macam orang cakap tidur tak lena….mandi tak basah….makan tak lalu. Ada ke yang mandi tak basah. Yan mandi basah. Tidur lena. Makan pun kenyang perut Yan.” Azyan membalas.

            “Ada saja jawabnya.” desis Encik Idris. 

Azyan tersengih. Janji rahsianya tak terbongkar. Lepas praktis teater nanti dia akan keluar bersama Haziq. Tidak  sabar rasanya mahu menunggu saat itu. Haziq pujaan hatiku…mungkinkah Haziq sudah dapat membaca isi hatiku ini. Oh Azyan…ketahuilah dikau yang aku sudah lama menyintai mu sejak pertemuan pertama kita dahulu. Sudikah kiranya dikau menjadi kekasih hatiku. Adakah itu kata-kata yang akan diluahkan oleh Haziq. Alangkah romantisnya jika angan-angan Azyan menjadi senyata itu.

 “Selalu Yan keluar pergi latihan teater tidak pulak ayah nampak Yan berhias cantik-cantik begini. Ada udang disebalik mee ke?” Terangkat-angkat kening Encik Idris yang lebat itu.

“Perempuan mestilah suka berhias cantik-cantik ayah. Kot ada orang puji pun ayah juga yang kembang hidung. Anak dara siapa yang cantik dan lembut tu? Anak dara Encik Idris.”

            “Iyalah tu.”

            “Alamak! Yan dah lewat ni ayah. Yan kena gerak dulu.” Pantas tangan Encik Idris dicapai dan dikucup. Encik Idris gelengkan kepala.

            “Bawak skuter elok-elok Yan. Jangan dok gatal nak merempit pulak. Ayah balun kau nanti.” Sempat jugak Encik Idris memberikan amaran kerasnya. Tiada pesanan penaja lain. Azyan bukan makan saman. Degilnya tetap ada. Sesekali perangai Azyan memeningkan kepala Encik Idris.

            “Iyalah ayah ku sayang. Ala kalau Yan merempit sekali sekala pun bukannya ayah tahu.”

            “Yan…” Encik Idris jegilkan biji mata.

            “Baru gertak sikit ayah dah ketar. Itu belum lagi Yan kata Yan nak lari ikut Mat Indon. Mahu ayah kena lemah jantung.” Azyan mula ketawa mengekeh. Suka benar kalau dapat menyakat ayah terhormat. Encik Idris mendengus kecil.

            “Dari Yan lari dengan Mat Indon baik ayah kahwinkan Yan dengan budak Syakir tu dulu. Biar dia ikat kaki tangan Yan.” Sengaja mahu mengenakan Azyan. Dia tahu anak gadis itu amat pantang mendengar nama Syakir. Menyirap darahnya.

            Cemberut muka Azyan bila nama Syakir disebut. Tak suka bebetul nama mamat sengal yang suka bikin onar dengannya itu.

            “Siapa nak kahwin dengan cicak kobeng tu! Tak hingin Yan jika diberi kahwin free sekalipun.”

            “Mula-mula benci tapi lama-lama boleh jadi suka.” Encik Idris ketawa.

            “Yan tak akan suka dengan dia. Ayah…Yan lewat sikit balik nanti. Nak jumpa kawan kejap.” Azyan menyarungkan helmet pada kepala.

            “Jangan lewat petang sangat balik dan jangan lupa pesanan penaja ayah tu.”
        “Iyalah ayah. Assalamualaikum…” Skuternya dihidupkan. Perlahan-lahan skuter kesayangan Azyan keluar dari pengarangan rumahnya itu.


PERUBAHAN Azyan yang tidak lekang mengukir senyuman di bibir meresahkan hari Syakir. Apa tidaknya. Buah hati bakal keluar bertemujanji dengan sepupunya Haziq. Tapi Syakir mengawal perasaan yang begelora. Dia tetap selamba dan seolah-olah tidak perasan dengan keceriaan yang terpamer pada wajah Azyan. Dia tetap yakin hati Azyan akan menjadi miliknya. Yakin seratus persen.

            Mood Azyan yang baik melancarkan latihan mereka. Tidak seperti selalu ada saja yang tidak kena. Bertekak memanjang dengan Syakir. Yang kecil pun diperbesarkan. Syakir memang gemar mengeruhkan suasana.

            “Hai…happy betul hari kau akak tengok.” Nani menepuk bahu Azyan dari belakang.

            “Opocot mak kau! Kus semangat! Kut ye pun bagilah salam kak Nani oiiii.” Azyan melatah kecil. Dijeling Nani tajam. Nani tersengih.

            “Soryyyyy…siapa kasi Yan angau? Tak pernah kak Nani lihat mood Yan sebaik ini?” Mahu dikorek rahsia dari Azyan. Tak mungkin Syakir yang bagi angau pada budak Azyan ni. Orang yang cantik macam Azyan mesti ada peminat yang ramai. Itu pun kalau mereka tidak tahu betapa ganasnya gadis yang luaran nampak cantik dan lemah lembut itu. Kalau mereka tahu mungkin tiada sesiapa yang akan berani mendekati Azyan.

            “Kak Nani kalau Yan bukak cerita jangan kasi tahu orang lain terutamanya dengan cicak kobeng tu.” Sempat Azyan mengerling ke arah Syakir yang pura-pura sibuk mengajar anak-anak buahnya yang lain.

            “Okay akak tak cerita.”

            “Petang ini Yan akan keluar dating. Dating dengan lelaki idaman Yan.”makin melebar senyuman di bibir Azyan. Wajah kacak Haziq terbayang di ruang mata. Baju apalah yang bakal dikenakan pada tubuh sasa Haziq. Tak kisahlah. Pakai apa pun Haziq tetap kacak depan matanya.

            “Siapa jejaka bertuah tu?” Dalam hati Nani memang sudah dapat mengagak.

            “Rahsia. Lagipun ini first date Yan dengan dia. Belum declare apa-apa lagi. Tak maulah nak cerita lebih-lebih.”

            “Menjerut rasa orang itu nampak gayanya…..”

            “Siapa yang nak menjerut rasa kak Nani?”

            “Tiada sesiapalah.” Nani hanya melirik senyuman. Dia meninggalkan Azyan terkebil-kebil. Nani merapati Syakir yang sibuk berbincang dengan Mat Karan dan beberapa ahli kelab lain.

            “Bila nak bertindak?” Nani separuh berbisik. Rasanya Syakir sudah tahu Azyan akan keluar bertemujanji. Dan Syakir tentu saja tahu dengan siapa Azyan akan keluar.

            “Kau tak risu ke?” sambung Nani lagi.

            “Sedikit pun saya tak risau. Tiada sesiapa yang akan berani mengapa-apakan gorilla tu.”

            “Boleh percaya ke? Apa pun dia tetap seorang perempuan Syakir. Aku dah ada satu plan yang baik punya.” desis Mat Karan.

            “Pada aku dia lebih menakutkan dari lelaki. Tak perlulah kau orang nak risau sangat pasal dia nak keluar dating tu?” Syakir tetap dengan  selambanya. Mat Karan dan yang lain memandang Nani.

            “Betul ke kau tak kisah dia keluar dengan Haziq.” Nani masih menduga.

            “Aku tak kisahlah. Lagipun tiada faedahnya aku nak mengintip orang berdating ni. Buang masa aku je.”

            “Betul ke?” Nani pandang tetap pada mata Syakir lama. Syakir tarik nafas panjang. Dia mengangguk perlahan. Terpaksa jugalah turut serta dengan rancangan bodoh Nani dan Mat Karan.

            Azyan melurutkan rambutnya. Saja dibiarkan terlepas hingga melepasi bahu. Sedikit bedak disapukan pada mukanya yang memang dah putih melepak itu. Juga sedikit lips ice dicalitkan pada bibirnya yang merah. Ringkas tapi menawan. Azyan mengukir senyuman. Berpuas hati dengan penampilan dirinya. Segera dia msukkan alat-alat soleknya itu ke dalam beg sandang yang dibawa.

            Gelagat Azyan diperhatikan oleh Syakir dengan ekor mata. Jika dilihat penampilan Azyan sekarang dengan Azyan yang dahulu sudah amat jauh bezanya. Syakir lebih suka Azyan yang dahulu.

            “Tampal banyak mana tepung dekat muka itu kalau dah rupa gorilla tetap gorilla juga. Gorilla nak  jadi burung merak.” suara Syakir. Perlahan namun jelas dalam pendengaran Azyan. Azyan mengetap bibir. Syakir sengaja mahu mencetuskan pertelingkahan antara mereka.

            “Sibuklah kau! Aku punya sukalah nak tampal tepung banyak mana pun!”

            “Aku memang suka menyibuk. Ala…macam aku tak tahu kau nak keluar bertemujanji dengan sepupu aku tu. Sebab itu kau tampal tepung dekat muka kau bagi cantik.”

            “Kenapa? Kau jealous?”

            Syakir ketawa berdekah-dekah. Azyan kerut dahi. “Jealous? Aku nak jealous dengan kau. Minta maaflah. Setakat gadis macam kau ni sekali petik sepuluh orang yang datang tahu.”

            “Berlagak! Petiklah jari kau tu. Aku nak tengok gadis gila mana yang datang pada kau!” Azyan menjuihkan bibirnya.

            “Macam mana kalau kau datang sekali kat aku?” Syakir merenung tajam wajah ayu Azyan. Berdengup kencang jantung Azyan dengan renungan yang memukau kaun wanita itu. Segera Azyan mengalihkan pandangan mata. Kenapa dia perlu rasa begini bila acapkali mata mereka bertaut? Syakir akan memberikan perasaan tidak selesa kepadanya.

            “Jangan nak perasaanlah. Aku tidak sesekali berikan hati aku pada lelaki macam kau!” Azyan tundingkan jari pada muka Syakir. Syakir tersengih.

            “Kita tunggu dan lihat.”

            “Hmmmm!” Azyan memandang jam di tangan. Dia menepuk dahi. Alamak! Dia hampir terlewat. Dia tidak mahu Haziq tertunggu-tunggu di sana. Tanpa mempedulikan Syakir….Azyan segera berlalu pergi. Syakir mengungkit bahu lalu merenung ahli-ahli kelabnya.

            “So nak tunggu apa lagi. Kita pun kena gerak sekarang.” Mat Karan memberikan arahan. Syakir masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Mat Karan mendengus kecil. Pantas dia rentap lengan Syakir. Menarik lelaki itu mengikutinya.

            Di satu sudut Emelda memerhati dengan perasaan yang meluat. Dia seorang ditinggalkan dan tidak dihiraukan. Hatinya bengkak. Syakir menolak dia kerana Azyan. Emelda tidak berpuas hati. Dia perlu fikirkan cara untuk mengenakan Azyan. Azyan perlu diajar. Bukan susah mahu mengenakan Azyan. Senyuman jahat terukir di bibir Emelda. 


KEINDAHAN taman bunga itu memberikan suasana yang cukup romantis kepada Azyan. Gembira bukan kepalang kerana akhirnya dia dapat berjalan berdua-duaan bersama Haziq. Seronok namun entah mengapa ada perasaan aneh menyelubungi hati Azyan. Wajah Syakir mula terbayang dalam ruang anak mata. Itu yang Azyan tidak suka! Azyan…jangan kau fikir sangat musuh ketat kau itu. Sekarang kau kena fikirkan hubungan antara kau dengan Haziq. Azyan menepuk-nepuk mukanya. Bibirnya mengulum senyuman bila Haziq berjalan menuju ke arahnya bersama dua ais krim di tangan.

            “Ini untuk awak.” Dia hulurkan ais krim di tangan kanannya kepada Azyan.

            “Terima kasih.” ucap Azyan lembut. Betul-betul control ayu. Haziq duduk di sebelah Azyan dengan jarak yang agak jauh. Malu-malu kucinglah tu konon-kononnya.

            Mereka berbual mesra. Tawa Haziq membingitkan telinga Syakir yang berada tidak jauh dari situ. Syakir menongkat dagu sambil memerhati kelatah kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran bermain di taman bunga itu. Dia tiada hati mahu melihat adegan romantis Azyan dan Haziq. Buat sakit hati je!

            “Cemburu?”

            “Mengarut.”

            “Tapi bila dilihat secara dekat mereka pasangan yang sepadan jugak. Azyan memang comel bila dia ketawakan.” Nani mencuit bahu Syakir. Syakir mendengus kecil. Dia sudah lama tahu. Bila ketawa Azyan sememangnya comel. Sayangnya tawa comel Azyan bukan milik Syakir. Azyan tak pernah ketawa begitu comel dengan dia. Kalau ketawa pun ketawa gorilla yang mengamuk di hutan itu.

            “Aku tidak kisah.”

            “Betul ke kau tak kisah?”

            “Kau orang ini memang saja nak membuang masa akukan. Dari buat kerja tak berfaedah ni baik kau orang teruskan latihan. Petunjukkan dah tinggal dua hari lagi. Jangan lupa aku tak mahu ada yang buat silap!” Syakir menjeling ahli kelabnya satu persatu.Masing-masing tertelan air liur. Kalau kalah jawabnya kena hukumanlah.

            “Kau lembab sangat dalam mengorat perempuan. Dah suka nak tunggu sampai bila. Sampai kucing bertanduk.” Nani tidak kisah dengan jelingan tajam Syakir. Buat apa nak takut dengan lelaki itu. Bukan dia makan orang pun.

            “Kucing ada telinga mana ada tanduk. Mana kau belajar kucing tumbuh tanduk kat kepala.” 

            “Memang bengap betul!” desis Nani.

            “Aku dah sakit pinggang duk kat sini. Aku nak balik!” Syakir bingkas bangun. Teman-temannya segera menekan tubuh sasa Syakir supaya duduk semula dikerusinya. Syakir merengus. 

            “Sabarlah dulu Syakir. Kau ni menggelabah semcam. Takkan dah panas hati kot!” Nani bersuara. Dia kerling Syakir. 

            “Hmmmmm!”

            “Aku tak sangka ada jugak kelembutan di hati Azyan yang selalu nampak marah-marah tu. Dia memang cantik dan comel.” Sufi bersuara. 

            “Cakap tengok-tengok belakang sikit Fi. Ada orang tu dah mula berasap satu badan.” sampuk Mat Karan. Sufi berpaling. Tepat kata-kata Mat Karan. Terketap-ketap gigi Syakir dilihatnya. Sufi tersengih.

            “Kalau dah lembab sangat biar aku je yang mengorat bagi pihak kau Syakir. Aku pun dalam golongan lelaki macho, berkelakian dan mampu melindungi Azyan.”

            Syakir yang tadi bermuka monyok ketawa mengekeh. Ada hati Sufi mahu memikat gorilla yang terlepas dari hutan. Ingat senang ke?

            “Jangan nak bermimpilah. Dia hanya suka lelaki yang lebih gagah dari dia. Dia fikir Haziq itu lelaki yang gagah dan perkasa macam hero cerita Ultraman tu. Haziq bukan hero Ultraman tapi Nobita. Si Haziq pula tidak tahu yang Azyan itu  She Hulks. Kuat dan gagah! Setahu aku Haziq tidak suka perempuan yang ganas-ganas ni.” selamba tutur Syakir.

            “Tak baik mengata sepupu sendiri.”

            “Itu kenyataannya.”

            “Eh! Ada sekumpulan lelaki mengacau Azyan dan Haziqlah.” Mat Karan menundingkan jari pada Azyan dan Haziq. Mata mereka mula mengalih pandangan. Hanya Syakir masih duduk menongkat dagu. Langsung tidak kisah apa yang berlaku pada Azyan dan Haziq.  

            “Syakir ada budak nakal-nakal kacau Azyanlah.” Sufi mulai cemas.

            “Biarlah. Yan mampu melindungi Haziq.” 

Berkerut seribu dahi Azyan dengan kehadiran tetamu tidak diundang itu. Kelima-lima anak muda itu seakan mengenali Haziq. Haziq pula sudah takut-takut dan bermandikan peluh dingin diseluruh wajahnya. Salah seorang dari anak muda itu memaut lengan Azyan. Azyan tersentak. 

“Cantik betul awek kau Ziq. Tak sangka si lembik macam kau pun ada awek cun yang suka ya.” 

“Hahahaha….apa kata kau berikan saja awek  cun ini kepada kami.”

Haziq hanya membatu diri dan tidak sedikit pun menunjukkan yang dia akan melawan. Azyan sedikit hampa. Benarkah Haziq adalah lelaki pengecut seperti yang dikatakan oleh kelima-lima anak muda itu. Tak mungkinlah. Haziq dulu bukan main berani mengelakkan motorsikalnya dari melanggar dia dan seekor kucing. 

“Ziq…tolong saya ziq.” Azyan meminta tolong. Bukannya dia tidak boleh mengerjakan mamat-mamat tak berguna itu. Saja dia mahu menguji Haziq.

“Yan…maafkan aku.” Tanpa menoleh Haziq berpaling dan melarikan diri. Azyan terlopong. Biji matanya membulat besar. Tak menduga Haziq yang nampak berkelakian itu meninggalkan dia bersama watak-watak kecil ini. Ingatkan hero akan menyelamatkan heroin lebih kurang macam cerita hindustanlah. 

            “Hahahaha…budak lembik itu memang tak berubah. Tetap penakut! Si cantik manis kau kena melayan kami. Kekasih hati kau itu lelaki tak berguna. Lebih baik kau bersenang-senang dengan kami. Kami akan melindungi kau baik-baik.” Kelima-lima anak muda berwatak kecil itu ketawa berdekah-dekah.

            “Cerminlah diri kau orang dulu sebelum kau nak orang nak mendampingi gadis cantik seperti aku ini.” suara Azyan. Wajahnya ayu sudah berubah. Urat-urat besi sudah timbul pada dahi licin Azyan.

            “Wah! Awek cun dah naik darah! Eeeiiiii takutnya!” salah seorangnya buat lawak bodoh depan Azyan. Yang lain ketawa besar. Seronok sangatlah tu. Tak tahu malapetaka sedang menghampiri mereka.

            “Kurang ajar!” Azyan melayang penumbuknya dari belakang. Tepat kena batang hidung mamat yang memengang lengannya itu. Meraung kawan itu. Darah mengalir dari lubang hidung. 

            “Joe!” Seorang dari mamat itu menerpa ke arah temannya yang dipanggil Joe. Teruk dilihat si teman. Mahu patah batang hidungnya.

            Azyan sudah menyilangkan tangan. Sampah yang tidak berguna. Berani sungguh mereka mahu bermain-main dengan aku! Mereka tak kenal aku ni anak sapa. Ayah aku bekas mejar tentera tahu. Aku Nur Azyan anak kepada Mejar Idris bin Zain. Juara takewando berturut-turut peringkat sekolah dan negeri. Kau orang tak layak bermain dengan aku!

            “Berani kau patahkan hidung aku. Aku nak tuntut pembayaran dari kau!” jerkah mamat bernama Joe. 

            “Kau orang ingat aku takut! Marilah!” Azyan memanggil. Kelima-lima lelaki itu mengetap bibir. Tidak perlu memberi sebarang isyarat mereka terus menerpa ke arah Azyan. Azyan memalit senyuman menakutkan di bibir. 

            Termengah-mengah Haziq mengatur penafasan kembali. Timbul rasa bersalah di hati Haziq kerana meninggalkan Azyan bersama lima budak samseng itu. Dia takut mahu menghadapi budak yang pernah membulinya ketika di sekolah dahulu. Jika dirinya sekuat Syakir pasti dia dapat melindungi Azyan. Haziq merasakan diri lelaki yang pengecut dan tidak berguna. Harap-harap adalah orang yang menyelamatkan Azyan. Pasti Azyan akan membenci dia selepas ini.

            “Sampai bila kau nak jadi pengecut!” Wajah Syakir tertonjol depan muka Haziq. Mengurut dada Haziq. Bila masa pulak Syakir boleh berada di sini. Haziq menundukkan kepalanya. Rasa malu untuk mengadap muka Syakir.
 

            “Kau malu sebab kau lemah. Kau benar-benar memalukan kaum lelaki. Sekalipun kau lemah kau tak patut melarikan diri dan meninggalkan Azyan. Dia tentu kecewa dengan kau.”

            “Abang Syakir….aku..aku..aaa…”

            “Kau tidak layak menjadi teman lelaki Azyan.” Syakir menarik kolar t-shirt Haziq.  

           “Lebih baik kau lenyap dari pandangan mata Azyan saja! Dia hanya layak bersama aku!” 

            Haziq terkulat-kulat mendengar bicara kasar Syakir. Matanya mengekori setiap langkah Syakir. Haziq rasa mahu menangis. Lelaki sesekali mengalirkan air mata jugak tahu. Dia mengigit bibir. Kata-kata Syakir tergiang-ngiang dalam cuping telinganya. Aku memang lelaki penngecut! Tapi sampai bila aku mahu jadi pengecut!

Wednesday, January 20, 2010

Coke And Sundae_4

“MACAM mana ni?” soal Mat Karan gelisah. Dia mengaru-garu rambut kerintingnya ala gaya kumpulan Alleycats tu. Teman-teman yang lain turut meniru aksi Mat Karan. Syakir boleh buat muka selamba sambil mengulum lollipop. Sedikit pun tidak secemas Mat Karan dan yang lain. Masing-masing memakukan mata pada Tuan Pengerusi kelab teater mereka yang hensem itu.
            Jika bukan kerana mulut laser Syakir, pelakon wanita utama mereka tidak lari. Bukan Syakir tidak tahu Emelda gadis yang begitu sensitif. Tidak boleh di tengking-tengking sikit mulalah rajuknya datang. Nak memujuk gadis itu bukan satu tugas yang mudah. Di mana mereka perlu cari pengganti Emelda. Tarikh pertunjukkan hanya tinggal tiga hari lagi. Mat Karan cengkam kepala macam pesakit mental di hospital sakit jiwa tu. Mengerang kuat kawan tu dengan sikap sambil lewa Syakir.
Steadylah…perkara kecik je.” suara Syakir. Dia letakkan buku skripnya atas meja.
Steady kepala tengorak engkau! Kau tahu tak pertunjukkan teater kita tinggal lagi tiga hari. Mana kita nak cari pengganti si gedik tu untuk watak Tun Teja. Itulah kau mulut laser sangat! Mel tu selagi kau tak pegi pujuk selagi itu dia tidak akan jejak kaki kat pentas kita ni!” gerutu Mat Karan.
Syakir ketawa kecil. Kecoh betul Naib Pengerusi kelab seorang ini. Lantaklah kalau si Emelda tu nak merajuk pun. Tak luak langsungla... Dia memang tak suka Emelda pegang watak Tun Teja. Ada ke Tun Teja pakai make-up tebal satu inchi. Tiada ciri-ciri wanita melayu langsung. Tak natural. Syakir mahukan wajah asli! Yang natural! Tak perlu touch-up sana touch-up sini. Satu babak sudah makan masa selama dua jam semata-semata menunggu Emelda bertouch-up.
“Pasal watak Tun Teja tu kau jangan risaulah. Aku sudah punya calon yang sesuai. Kau orang jalani saja latihan macam biasa.” Syakir bangkit dari kerusi. Lebar senyuman di bibirnya. Bukan susah nak cari calon untuk gantikan Emelda. Cik Nur Azyan Binti Idris kan ada. Gadis itu adalah calon yang paling atas dalam senarainya. Inilah peluang untuk dia mengenakan Azyan.
            “Kau dah ada calon? Siapa?” Dahi Mat Karan berkerut.
            “Sekejap lagi aku bawa jumpa kau orang. Rasanya kuliah dia dah habis. Kau orang pasti berpuas hati tengok dia nanti. Dia jauh lebih cun dari Emelda.” sengih memanjang Syakir.
            “Kau ni kalau tak cun kau tak nak. Kita nak cari yang pandai berlakon bukan harap pada rupa paras je.” desis Mat Karan.
            “Kalau heronya hensem heroinnya mestilah cun-melecun. Aku tak seleralah kalau heroin aku rupa tongkang pecah.”
            “Amboi-amboi! Habis si Emelda tu tak cun depan mata kau ke? Aku rasa dah cukup cun dan seksi tapi kau reject jugak budak tu! Kau tu yang mata keranjang!” Syakir ketawa besar. Mat Karan ketap bibir. Tapi tidak dinafikan perempuan mana tidak cair dengan bakal doktor yang konon hensem giler ni. Semua pakej ada padanya. Nasib baik Mat Karan lelaki. Kalau tidak pasti dia pun boleh tangkap cintan dengan Syakir.
            “Emelda tu memang cun tapi banyak sangat tampal kat muka dia tu! Kalau tak tampal mesti muka dia macam hantu kuntilanak! Tak asli!” komen Syakir. Cik Nur Azyan tu wajahnya cantik asli. Tampal pun ala kadar je. Sedap sikit mata memandang. Jika Cik Nur Azyan itu pakai tudung pasti lagi ayu dan manis gitu.
            “Kau jangan main-main Syakir. Masa dah suntuk tahu!” celah Nani.
            “Muka aku ada nampak main-main ke? Come on geng…aku pengerusi kelab teater ni. Aku tahu tanggungjawab aku. Kalau tidak apa gunanya kau orang pilih aku jadi pengerusi kelab.” Syakir menepuk satu-satu bahu ahli kelab teater itu. Lelaki saja perempuan tak. Ahli-ahli kelab itu saling berpandangan. Syakir memang nampak tidak serius dan suka main-main tapi dia seorang ketua yang bijak mengawal situasi dan kadang-kala mengeruhkan situasi bila dia mula membebel. Terutamanya dengan Emelda.
            “Kami serahkan pada kau Syakir.”
            “Don’t worry. Aku akan buat Emelda menyesal kerana meletakkan jawatan dalam kelab teater ni.” Syakir kenyitkan sebelah matanya. Dia berlalu keluar. Mat Karan dan Nani menarik nafas panjang. Harap-harap betullah apa yang diperkatakan oleh Syakir itu. Mereka kesuntukan masa untuk mencari pengganti Emelda.
            Emelda join kelab teater sekadar untuk memenuhi tujuan utamanya iaitu memikat hati Syakir. Syakir ada memberitahu Emelda yang dia sudah ada girlfriend tapi perempuan itu seakan tidak faham bahasa je lagaknya. Kata Emelda dia tidak pernah nampak pun Syakir membawa teman wanitanya keluar. Betul juga. Syakir tidak pernah menunjukkan teman wanitanya di khalayak ramai. Sekarang mereka di tahun akhir. Bukan sahaja wajah tapi nama teman wanita Syakir pun mereka tidak tahu. Berahsia betul Encik Muhammad Syakir ni.
            “Siapalah agaknya gadis yang bakal menggantikan Mel nanti?” suara Imah.
            “Aku tak kisah siapa pun yang bakal menggantikan tempat Mel. Yang aku risaukan adalah Syakir. Dia kalau nak dapatkan sesuatu tu bukan tahu nak guna taktik yang elok-elok. Aku takut budak tu dipaksa. Korang bukan tak kenal dengan Syakir. Tiada perkataan TIDAK dalam moto hidup dia.” balas Nani.
            “Itu belum sampai kat bab dia naik angin. Bergegar satu kelab. Muka dia memang menyeramkan time dia mengamuk.” tambah Mat Karan. Imah dan yang lain menelan air liur. Budak-budak fresh yang baru join kelab tersebut mula rasa gelisah di hati.
            “Kau ni saja nak menakutkan budak-budak baru! Kau nak ahli kelab kita berkurangan lagi ke?” Nani menarik cuping telinga Mat Karan. Siapa suruh Mat Karan terlepas cakap. Nasib baik Syakir sudah keluar jika tidak nahas mereka semua dikerjakan Syakir. Syakir tu telinga lintah! Kalau nak bercakap kena pandang-pandang belakang.

TERKETAP-ketap bibir Azyan melihat kelibat manusia yang bertenggek atas skuter kesayangannya itu. Dia memang cukup kenal susuk tubuh manusia berkenaan. Siapa lagi kalau bukan manusia yang bernama Muhammad Syakir Bin Ilyas. Syakir buat muka poyo bila dilihat Azyan menghampiri. Azyan cebik bibir. Rasa macam tak percaya lelaki cicak kobeng depan matanya itu adalah bakal seorang lagi doktor di Malaysia ini. Pada pandangan mata Azyanlah…Syakir tidak ada rupa langsung gaya seorang doktor. Lihat saja stail rambut dan pakaiannya. Tak sesuai betul jadi budak medic! Paling mengejutkan Si Syakir ni ada buat part time job jadi model sambilan. Hmmmm…Syakir memang ada pakej jadi model. Dia hensem! Tapi kehenseman Syakir buat Azyan menyampah sesangat. Malas nak ulang ingat cerita lama ni. Buat menyakitkan hati yang sudah sakit nak mati ni.
            Azyan kerling Syakir tajam. Mamat seekor ini kalau cari dia mestilah ada benda yang dia nak. Setahu dia Syakir tiada kelas. Apa kejadah pulak dia dok melepak kat skuter kesayangan aku. Kan lagi baik siapkan assignment yang lecturer kasi dekat rumah. Sehari aku tak jumpa mamat seekor ni memang tak sah. Hari-hari muka dia tercongok depan mata aku! Membebel Azyan dalam hati.
            “Oiiii! Kau nak apa hah! Kau tahu tak punggung kau telah memanaskan tempat duduk skuter aku! Pantang tau!” lantang sekali suara minah ni. Syakir tersengih.
            “Amboi cantiknya bahasa gorilla ni. Cuba bercakap dengan Encik Muhammad Syakir ni lemah lembut sikit. Baru manis dan nampak lebih feminin. Kau tak berapa lama aku tunggu kat sini. Naik kematu punggung aku. Kau pergi mana tadi. Setahu aku kuliah kau tamat sejam lebih awal.”
            Suka-suka hati panggil aku gorilla! Badan aku masuk dalam kategori slim tahu tak Encik Muhammad Syakir oiii! Bukan besar dan berbulu macam gorilla tu. Tak sesuai langsung bagi gelaran gorilla pada aku! Lainlah si Syakir. Masa sekolah dulu tubuhnya memang kurus kering macam cicak kobeng. Dahlah kurus tinggi melangit pulak tu.
“Aku tak suruh kau tunggu aku! Aku lapar so aku pergilah makan. Lebih baik kau turun dari skuter aku sebelum aku debik sebiji kat muka kau. Kau tentu tak nak sejarah lama berulang.” Azyan menayangkan buku limanya. Syakir ketawa. Tiada benda lain yang Azyan nak tayang selain buku lima dia je. Ingat dia seorang saja ada black belt! Aku pun juara silat peringkat sekolah jugak dulu. Just aku tak suka menunjuk-nunjuk bila dah masuk form 6. Malas nak giat sangat dengan aktiviti sekolah masa tu. Memenatkan badan!
“Sebenarnya aku ada hal sikit nak discuss dengan kau. Dan aku tidak mahu dengar perkataan ‘TIDAK’ dari mulut kau tau.” Syakir sudah turun dari skuter Azyan. Azyan kerut dahi. Hal apa pulak yang ada kena-mengena dengan mamat seorang ini. Bunyi macam nak mengugut je. Ini buat Azyan tak sedap hati.
“Aku tiada masa nak berbincang dengan kaulah. Tepi! Aku nak balik nanti bapak aku mengamuk pulak sebab anak dara dia balik lewat!” Selamba Azyan menolak tubuh Syakir. Syakir ketap bibir. Tak boleh jadi ni. Dia mesti menahan Azyan dari pulang. Tidak kira apa jua cara sekalipun.
“Yan nanti dulu!” Syakir merentap lengan Azyan. Bulat mata Azyan dengan tindakan drastik Syakir itu.
“Apa pegang-pegang anak dara orang ni! Dah tak sayang nyawa ke?” Azyan melenting. Meronta-ronta Azyan minta Syakir lepaskan lengannya. Susah payah jugak dia rentap lengannya dari cengkaman Syakir. Kurang asam punya Syakir. Kuat pulak tu dia cengkam lengan aku! Syakir meleret senyuman nakal. Dia menghadang Azyan dari mendekati skuternya. Bertambah berasap kepala Azyan. Apa hal dengan mamat ni! Beria-ia benar tak bagi dia balik rumah!
            “Syakir!!!!!” Azyan melaung nama Syakir. Mujur saja tiada orang lain di kawasan tempat parkir motor tu. Jika tidak pastinya mereka akan jadi bahan tontonan.
            “Aduh! Kau nak kasi telinga aku pekak ke?” rengus Syakir. Kemudian dia tersenyum lagi. Azyan mencebirkan bibir. Getik betul tengok gaya poyo mamat seorang ni. Azyan paling tidak suka melihat senyuman Syakir. Senyuman manis Syakir tu selalunya ada agenda tersendiri.
            “Aku bukan setakat nak kau pekak. Aku nak kau buta sekali. Tak menyusahkan hidup aku.” getus Azyan. Bersua dengan Syakir ni pasti akan menimbulkan masalah. Ada saja angkara yang di setkan dalam kepala otak Syakir.
            “Mahu tidak kau mesti join aku punya kelab teater.” Syakir memberitahu tujuannya. Makin terbeliak biji mata Azyan. Hampir nak tertonjol keluar. Gila! Suka-suka hati cicak kobeng ni nak paksa dia join kelab teaternya. Minta maaf! Aku tidak berminat Encik Muhammad Syakir. Aku sudah join kelab catur satu group dengan jejaka idaman aku, Haziq.
            “Hey! Apa main paksa-paksa orang ni. Aku tak hinginlah join kelab teater kau tu! Geli tahu tak! Tidak ingin aku ulang sekali lagi bagi kau faham!” bentak Azyan. Dari sekolah dulu Azyan memang tidak sukakan teater. Geli! Tengok pelakon-pelakon teater atas pentas tu dah buat dia menyampah. Tak tahu mengapa? Ayat pergh! Meruntun jiwa beb. Itu belum lagi teater bertemakan hikayat-hikayat melayu. Lagi Azyan tidak faham! Kesusasteraan sangatlah.
            “Kan aku dah cakap tadi aku tidak mahu dengar perkataan ‘TIDAK’ keluar dari mulut kau. Kau mesti join kelab teater! Muktamad!” Syakir jegilkan biji matanya. Wajahnya sudah berubah jadi serius. Azyan tidak mahu mengalah. Dia menentang pandangan mata Syakir dengan tajam.
            “Aku tetap akan mengatakan TIDAK! TIDAK! TIDAK!” Apa kena dengan mamat ni nak aku masuk kelab teater dia pulak! Sudahlah memaksa orang. Aku langgar karang baru tahu,
            “Aku tetap akan heret kau masuk kelab teater. Kau mesti ganti watak heroin aku yang dah cabut lari tu. Kau adalah calon yang paling sesuai jadi heroin aku.”
            Argh! Si syakir sudah buat perangai gila meroyan dia balik! Kenapalah aku jugak yang kena jadi mangsa lelaki cicak kobeng ni. Macamlah dalam kolej ni tiada pelajar perempuan lagi.
            “Kalau kau berani heretlah aku!” Azyan mencabar. Kau pegang aku lagi siaplah kau. Aku kasi smackdown sama engkau! Aku belasah kau cukup-cukup Syakir! Azyan sudah siap pasang kuda-kuda. Pecah ketawa Syakir bila lihat aksi Azyan. Azyan ingat dia takut nak heret gadis itu ke kelab teater. Nak dukung pun dia boleh buat. Ala Azyan bukan berat mana pun. Ringan saja.
            “Aku bagi kau pilihan Cik Nur Azyan. Kau nak diheret atau didukung. Kalau pada akulah kan aku lebih suka dukung kau.”
            “Dua-dua tak hingin! Dah-dah aku nak balik!” Azyan menyeringai. Kau paksa aku macam mana sekalipun aku tidak akan masuk kelab teater yang menggelikan itu! Tidak!
            “Aku dah jumpa pengerusi kelab catur kau. Aku minta dia delete nama kau dalam kelab catur. Kau akan jadi milik kelab teater aku.” Ala macam aku tak tahu Cik Nur Azyan. Kau masuk kelab catur sebab ada Haziq. Kau bukannya reti main benda alah tu! Kau kena langkah aku dulu.
            “Kauuuu!” Azyan menundingkan jari telunjuk ke muka Syakir. Celaka betul cicak kobeng ni. Dengki bebenor dia pada aku dengan Haziq. Aku tidak rela dipisahkan dengan Haziq. Oh tidak…cinta kami baru nak berputik. Bukan senang aku nak dapat bersama Haziq selama ini. Pelbagai halangan dan rintangan aku tempuhi. Berani kau cicak kobeng ingin memisahkan kami! Chewahhhh! Aku dah mula jiwang karat pulak!
            “Aku bagi kau satu minit untuk berfikir.” Syakir bersandar pada skuter Azyan sambil melihat jam di tangan. Mengira masa lah tu.
Azyan buat muka acuh tak acuh. Dia tak peduli. Kau suruh aku fikirkan tawaran kau tu! Jawapan aku tetap sama! Tidak! Aku tak hingin masuk kelab bodoh kau. Gerutu Azyan dalam hati. Seminit telah berlaku. Azyan dan Syakir saling berbalas pandangan. Masing-masing tidak mahu beralah. Syakir mengeluh kecil lalu mengeluarkan satu sampul surat berwarna pink dari poket seluarnya. Azyan kerut dahi. Seakan pernah dilihat surat dalam genggaman Syakir itu. Syakir membuka sampul surat berkenaan dan mengeluarkan isinya.
            “Ke hadapan saudara Haziq yang dekat di mata tapi jauh di hati….Sebenarnya tuan sya menulis surat ini…” lantang sekali Syakir membaca. Mata Azyan membulat besar. Alamak! Surat cinta aku pada Haziq! Macam mana boleh jatuh dalam tangan cicak kobeng ini! Jerit hati kecilnya. Ingin dirampas surat pada tangan Syakir. Tapi Syakir lebih pantas menyembunyikan surat itu ke dalam poket jeans nya.
            “Pulangkan balik!”
            “Itulah lain kali kalau nak letak surat cinta tu tengok betul-betul nombor lokernya. Loker aku dengan Haziq berdekatan. Salah kau sebab main redah masuk.” Syakir ketawa besar.
            “Pulangkan…” Azyan bersuara ala-ala gaya lakonan Maya Karin dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam. Syakir gelengkan kepala. Dia tidak semudah itu akan memulangkan surat cinta Azyan. Azyan perlu membayar harganya. Mahal tau!
            “Kalau kau nak surat cinta kau ni balik kau kena join kelab teater aku. Itu syarat yang paling mudah aku tawarkan pada kau. Tak perlu aku heret atau dukung kau.” Azyan mengetap bibir. Bijak sungguh Syakir mengatur strategi. Perlukah Azyan lakukan pengorbanan bodoh ini. Nak menangis air mata tak keluar! Muhammad Syakir Bin Ilyas….aku rasa nak cekik-cekik batang leher kau. Aku nak potong-potong badan kau kemudian bagi buaya dalam sungai tu makan.
            “Sepuluh saat untuk berfikir lagi…sepuluh…sembilan…lapan…” Syakir mula mengira. Azyan menarik nafas panjang. Azyan paling benci diugut begini rupa.
            “Okay-okay…aku setuju join kelab teater kau!” Cis! Aku terkena kali ini. Syakir betul-betul nak balas dendam pada aku ni. Tak mengapa. Sebagai gadis yang kuat aku mesti berani menyahut cabaran. Nak takut apa. Aku pernah membelasah lima orang lelaki takkan Syakir seorang ni aku tak terlawan. Syakir perlu fikir dua tiga kali sebelum mengapa-apakan aku.
            “Good girl. I’m very-very happy man.” Kan aku dah cakap. Benda yang nak aku pasti aku akan dapatkan. Azyan kau kena tunduk bawah aku. Aku tidak akan lepaskan kau kali ini. Tidak sesekali! Pada Haziq sekalipun! “So sekarang kau ikut aku ke kelab teater. Kita adakan latihan.”
            “Latihan hotak kau! Aku dah bersetuju tu dah cukup baik. Aku nak balik rumah makan nasi pulak. Lagipun bapak aku tak kasi balik lewat-lewat petang. Aku kena ikut time table!” Azyan sudah bercekak pinggang.
            “Tak padan badan slim beruk lantak jugak kau ye. Ermmmm….bape number phone rumah kau?”
            “Kau nak buat apa mangkuk!” soal Azyan.
            “Aku nak call bakal father in law.” balas Syakir selamba. Azyan menjuihkan bibir. Lambat-lambat dia menyerahkan nombor telefon rumahnya kepada Syakir

Friday, January 15, 2010

Coke And Sundae_6


INGATKAN hari minggu begini boleh berehat tapi si Syakir itu pula memaksa dia mengikuti latihan di kelab teater. Nak tak nak terpaksalah Azyan beratkan langkah pergi ke sana. Kalau tidak pergi pula, Syakir akan menurutnya di rumah. Syakir tu bukan betul sangat otaknya. Macam yang Azyan cakaplah. Otak penuh dengan kuman yang diternak. Nasiblah Azyan….ingatkan tak jumpa lagi muka mamat seekor tu. Dunia ini memang kecil. Kalau dia mengeluarkan aura yang menakutkan, Syakir pula mengeluarkan aura kejahatan dan kegelapan. Biasalah macam cerita super hero dalam peti televisyen itu. Kalau ada hero mestilah ada penjahatnya. Dalam kes Azyan pulak, Azyan adalah heroin dan Syakir adalah penjahat tersebut. Tapi sekarang ini heroin sudah jatuh dalam tangan penjahat. Hero pulak masih tak datang-datang menyelamatkan heroin.
            “Adoiiiiii!” Azyan menjerit kecil. Celaka punya Syakir. Berani dia ketuk kepala aku edngan buku skrip.
            “Ketika berlatih jangan nak berangan ya.” suara Syakir.
            “Kau sibuk apa! Lantak akulah nak berangan!”
            “Amboi….menjawab. Kau tahu tak siapa yang berkuasa di sini sekarang? Aku Muhammad Syakir Bin Ilyas. Cik Nur Azyan Binti Idris sila tumpukan perhatian pada latihan tahu. Hayati watak kau dengan penuh  concentrate. Aku tak mahu ada sebarang kesilapan masa pementasan nanti.” Syakir dekatkan muka dengan muka Azyan. Berdegup kencang jantung Azyan. Terutamanya bila melihat Syakir tersengih. Cantiknya gigi Syakir yang tersusun rapi. Putih dan bersih macam iklan Colgate dalam televisyen. Bersinar-sinar.
            “Boleh tak kalau bercakap tu jangan dekat-dekat dengan aku!” Azyan menjarakkan diri dari Syakir. Mukanya sudah merona merah. Wangi bebenar si Syakir ni. Ala apa nak diherankan Azyan….Syakir kan jenis lelaki yang bergayalah jugak sikit. Up to date kata orang. Tak suka busuk-busuk.
            “Tapi aku suka.” Selamba Syakir menjawab. Azyan cebik bibir. Meluat! Menyampah! Geli!
            “Yan…ke sini sekejap!” Tiba-tiba Nani melaung. Tak perlu tunggu lama, bergegas Azyan mendapatkan Nani. Sempat dia mengerling pada Syakir yang tidak pernah putus dari mengukir senyuman di bibir. Handsome betul bila dia asyik tersenyum begitu. cute! Tapi hati jahat!
            Nani menyerahkan sepasang baju kebaya ala-ala zaman dahulu kala kepada Azyan. Terkebil-kebil gadis itu melihat baju yang sudah berada di tangannya. Ini mesti baju yang akan dia pakai masa pementasan teater nanti. Cantik baju tersebut. Azyan melirik senyuman manis di bibir.
            “Syakir tu nampak je jahat sebenarnya hati dia baik.” Nani memandang wajah Azyan. Patutlah Syakir tergil-gila gadis ini. Azyan memang lawa. Tak perlu tepung bertampal satu inchi pada muka. Ringkas dan sederhana orangnya. Ramah dan mudah mesra alam dengan mereka. Tapi dengan Syakir sekelip mata tingkah-lakunya berubah menjadi ganas.
            “Huh! Kalau dia baik dia tak ugut saya tau. Dia tidak akan paksa saya masuk kelab teater kau orang ni.” Azyan tidak akan sesekali percaya yang Syakir itu seorang yang baik hati.
            Nani ketawa kecil. Azyan memang lembab. Azyan tak faham cara Syakir pandang dia berlainan sekali cara Syakir memandang gadis-gadis lain.
            “Yan akan faham suatu hari nanati.”
            “Ah! Sampai bila-bila pun saya tidak akan faham dengan Syakir tu. Sudahlah dia tuduh saya pencuri. Entah barang apa yang saya curi dia ntah.”
            “Yan curi barang paling berharga dari dialah tu.”
            “Saya tak curilah kak Nani. Tak kebulur saya nak curi barang berharga lelaki macam dia.”
            “Memang lembab.” Nani ketawa kecil. Azyan berkerut dahi. Entah apa yang lucu sangat pada Nani. Rasanya dia tidak buat lawak kelakar pun. Azyan menjungkit bahu. Kalau diingat kembali kenangan masa alam persekolahan bersama memang menyakitkan hati Azyan. Awal perkenalan mereka sudah ada talian permusuhan. Argh! Syakir yang memulakan pertenglikahan itu.

“BILA masa pulak aku ambik barang kau!” Azyan menengking. Kecut perut ahli-ahli persatuan takewando yang lain. Meradang Azyan jangan dibuat main-main. Boleh terbakar satu bilik persatuan ni. Syakir memang suka mencari gaduh dengan Azyan.
            “Aku tak tipu! Kau memang dah curi barang berharga dari aku!” Syakir mengia-giakan kata-katanya.
            “Kau sebenarnya nak cabar akukan?” Azyan menjegilkan biji matanya pada Syakir. Syakir tersengih.
            “Pencurik!” ucap Syakir lagi.
            “Kauuuuuu!” Azyan merentap kolar baju Syakir. Nyaris penumbuknya hinggap pada muka Syakir jika Salwa tidak menghalang. Salwa memeluk kuat tubuh Azyan. Bukan sahaja Salwa seorang malah teman-teman yang lain turut membantu. Tenaga Azyan memang luar biasa kuatnya. Tak padan dengan comel. Syakir masih boleh muka selamba. Langsung tidak berganjak dari tempat dia berpijak.
            “Lepaskan aku! Biar kau belasah mamat sengal tu cukup-cukup!”
            “Sabar Yan….sabar! Pertandingan tinggal esok hari je. Kau nak nama kau ditarik keluar ke?” Salwa menenangkan Azyan dari menjadi buas.
            “Aku pantang betul kalau ada yang cakap aku pencuri. Ingat ayah aku tak larat kasi aku makan ke sampai aku nak mencuri. Rupa aku ada rupa pencuri ke?” Azyan melenting. Semua ahli persatuan takewando itu mengelengkan kepala masing-masing termasuklah Salwa. Hanya Syakir yang menganggukkan kepalanya. Berasap kepala Azyan.
            “Kau niiiii!” Azyan ingin meluru ke arah Syakir. Sekali lagi tubuh disekat oleh Salwa and the gang. Bukan ahli-ahli lelaki yang memeluk Azyan tau tapi ahli-ahli perempuan. Kalau lelaki maka akan kena sepak teranjang dengan Azyanlah jawabnya.
            “Begini rupanya kalau Nur Azyan Binti Idris  mengamuk ye. Menakutkan betul! Eeeeeiiii takutnya saya!” Syakir boleh bantai ketawa. Kemarahan Azyan sedikit pun tidak mempengaruhi dia.
            “Celaka punya Syakir! Dahlah badan kurus melidi. Cicak kobeng! Aku nak bunuh kau!” Azyan makin kuat meronta.
            “Ermmmmm. Kau panggil aku cicak kobeng ye jadi aku panggil kau gorilla. Baru adilkan.”
            “Kau panggil apa aku tadi Syakir!” Azyan menyoal balik.
            “Gorilla…G-O-R-I-L-L-A.” Syakir siap mengejakan sekali. Ketawa masih bersisa di bibir lelaki itu.
            “Mati kau Syakirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!” Azyan melepaskan diri dari pegangan teman-temannya. Dia terus meluru ke arah Syakir. Kolar baju Syakir direntap. Sepenuh tenaga Azyan menghumbankan Syakir ke atas lantai!
            Salwa dan yang lain hanya menekup mulut. Tak padan kecik! Kuat betul tenaga perempuan Azyan. Terkebil-kebil mata Syakir yang sudah terbaring atas lantai. Tidak menduga Azyan yang bertubuh kecik itu mampu menghumbankan dia sedemikian. Namun kejadian itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepada Syakir. Pertelingkahan antara mereka terus berlanjutan sehingga Syakir menamatkan alam persekolahan. Azyan langsung tidak mahu meminta maaf kepada Syakir. Begitu jua dengan Syakir. Dua keras kepala. Dua-dua kepala angin. Sampai sekarang ini Azyan masih tidak tahu apa yang telah dia curi dari Syakir.

“SYAKIRRRRRRRRR….” suara manja Emelda mengejutkan semua ahli teater termasuklah Azyan. Lenggang-lenggok Emelda berjalan mendekati Syakir yang sibuk mengarahkan anak-anak buahnya mengemas peralatan. Masing-masing mencebirkan bibir melihat gelagat Emelda. Gelagat yang meloyakan anak tekak.
            Syakir pekakkan telinga. Langsung tidak ambil peduli dengan kehadiran Emelda. Dia buat tidak nampak. Muncung sedepa bibir merah Emelda. Macam muncung bibir Mak Cik Wok dalam siri Rumah Beratap Zin karya Kartunis Cabai dalam majalah Apo? tu. Siapa yang minat baca majalah Apo? ketika itu pastinya tahu siri kartun tersebut. Azyan sendiri sudah lama tidak membeli Majalah Apo? Bukan apa siri kartun dalam majalah itu sudah tidak buat dia kering gusi lagi. Majalah Ujang pun begitu. Lawak kartunnya tidak sekelakar macam dulu lagi. Bosan! Lebih baik Azyan layan kartun Shin Chan dan Doraemon dekat NTV7. Boleh pecah perut ketawa dibuatnya.
            “Syakir…I panggil you ni. You dengar tak?” lunak manja suara Emelda. Cis! Perempuan penggoda betul. Kucing miang! Dilihat Syakir masih buat dek. Endah tak endah dengan Emelda.
            “Syakirrrrrrrrrrrrrrrrrrr……” Kali ini agak keras sedikit suara Emelda. Geram kerana kehadiranya tidak diendahkan oleh Syakir. Syakir memalingkan kepala. Wajahnya yang sentiasa selamba dek itu berubah menjadi serius seratus-peratus. Betul…tak tipu punya. 
            “Hah! Nak apa kucing miang. Lapar ke? Kalau lapar pergilah ajak kucing-kucing jantan yang berpelesaran dekat kolej kita tu belanja makan.” balas Syakir. Emelda mencebik. Dari dulu susah benar nak pikat hati si jejaka seorang ini. Mulutnya pulak macam laser.
            Si Azyan pula terkejut beruk mendengar kata-kata Syakir pada Emelda. Ingatkan keluar kata-kata bunga tadi. Betullah apa yang dia dengar budak-budak senior cakap. Syakir memang top student di kolej. Terkenal dengan sikap cool dan wajah cute lagi kacaknya itu. Tapi Syakir sukar didekati perempuan sebab mulut dia berbisa.Tak tahulah racun apa yang dia kasi taruh pada mulut seksinya itu. Ingatkan Emelda dah dapat mengorat Syakir selama ini.
            “Tak baik you cakap begitu pada I. I datang sini nak berbaik-baik dengan you. I tahu you mesti marah pada I.” Emelda sudah menggesel-gesel manja. Syakir geli-gelemen. Cepat-cepat dia menjarakkan diri dari Emelda. Dia bukan lauk untuk santapan Emelda. Tolonglah…
            “I tak kisah. Lagipun I sudah dapat pengganti you.” 
            “Pengganti I. Bila I cakap I mahu keluar dari kelab? Please Syakir….janganlah you nak main-main dengan I. I tahu I buat you marah. I’m so sorry…
            “I tak cakap I marah pada you. Malah I bertambah gembira. Kalau you nak join balik kelab I boleh tapi you tidak akan memengang watak kekasih hati I lagi. Kebetulan ada satu watak punya kekosongan  dan amat sesuai sekali dengan you. You pegang watak nenek kebayan.” Syakir mengusap-usap dagunya.
Ahli-ahli ketawa mengekeh. Padan muka! Ingat Syakir itu mudah makan pujuk rayunya. Minta maaflah diktaktor macam Syakir itu akan ikut telunjuk perempuan macam Emelda. Tajam jelingan mata Syakir menatap wajah jelita Emelda. Emelda mengetap bibir. Syakir memang sengaja mahu menyakiti hatinya.
“Mel sudah lama sukakan Syakir. Tapi Syakir buat dek je sebab Syakir dah ada orang yang dia suka. Orang yang dia suka otaknya lembab nak mampus! Sampai sekarang masih tak sedar-sedar yang orang itu sukakan dia. Kesian pada Syakir. Sudahlah dia bukan dari golongan mat jiwang. Tak reti nak pakai ayat-ayat mengorat ni.” bisik Nani pada telinga Azyan. Azyan kerut dahi. Syakir ada orang disukai. Biar betul! Selama ini dia fikirkan Emeldalah gadis yang Syakir digilai. Rupanya salah target.
“You nak I yang cantik ini pegang watak nenek kebayan. Pleaselah….I tak layak langsung pegang watak itu. Syakir….I mahu watak Tun Teja I balik. I hanya sesuai pegang watak itu. Tiada orang lain boleh ganti tempat I tahu.”
“Siapa cakap? You ingat you seorang saja lawa. Gorilla I dua kali ganda lawa dari you.” Syakir memuncungkan mulutnya pada Azyan. Tersentak Azyan. Syakir tidak pernah kata Azyan lawa selama ini. Berdebar hati perempuannya.
            Emelda mengalihkan pandangan. Bulat matanya menyorot ke arah Azyan. Macam mahu menelan Azyan. Azyan buat muka poyo. Siap menyilangkan tangan lagi. Apa nak takut pada kucing miang seperti Emelda itu. Dia ada belt black. Setakat kucing manja macam Emelda bisa diurus.
            “Lebih baik you fikir dua tiga kali sebelum you mahu cari pasal dengan dia. I sendiri hampir mati untuk menjinakkan gorilla ni. Gorilla yang baru terlepas dari kandang memang merbahaya.” sambung Syakir lagi.  
            Azyan merengus kecil. Cis! Dia kata aku gorilla depan Emelda. Memang mulut dia tidak berinsurans.
            Emelda kerutkan dahi. Tadi sekali pandang dia tidak begitu menggamati wajah ayu milik Azyan. Mulutnya mula ternganga. Mujur saja tiada lalat di dalam bilik latihanteater tu. Kalau tidak pastinya sudah merayap masuk dalam mulut Emelda yang masih ternganga luas itu.
            “It’s you!” Emelda menundingkan jari ke muka Azyan.
            Ceh! Baru dia nak mengenali aku. Ingatkan tidak dapat mengencam aku lagi. Heh…heheh…hehe…baru kau perasan yang ugly duck boleh jadi flamingo.
            “Azyan The Ugly Duckling. Budak nerd yang ke hulur dan ke hilir dengan buku di tangan itukan. I can’t believe it.”
            “You must believe it Cik Emelda Fatihin. So secara rasminya Azyan akan mengambil watak you sebagai Tun Teja serta memerangkap ahli kelab teater I. Sebarang bantahan atau sms tidak akan dilayan.”
            “I macam mana?”
            “Kalau you mahu join kelab I you kenalah terima tawaran watak yang I kasi pada you tadi. Jadi nenek kebayan. Jika tidak I akan mempersilakan you dengan hormatnya meninggalkan bilik latihan ini.” kata putus dari bibir Syakir. Dia mula mengatur langkah.
            “Syakir…..” Terkedek-kedek Emelda mengekori langkah Syakir. Tak putus asa nak memujuklah tu. Kalau sudah hitam kata Syakir maka tiada kata putihnya.
            “Haru-biru kelab kita ni kalau Emelda join balik. Karenah mengada-ngada dia bukan senang nak ditangani kalau Syakir tiada.” Mat Karan mengeluh panjang.
            Nasib kau oranglah ada ahli gedik macam Emelda. Gedik Emelda dari sekolah lagi tidak pernah lekang. Malah bertambah-tambah pulak gediknya itu. Selalu sangat perasaan yang dia cantik dan menjadi rebutan lelaki. Tapi akui memang Emelda cantik. Harap muka lawa tapi pelajaran hancus buat apa? Nasib baiklah mak bapak Emelda itu orang kaya. Wang tidak menjadi masalah. Mahu belajar di mana-mana pun boleh.

KERUT dahi Azyan melihat gelagat Azuan yang sedang terhendap-hendap di balik pokok bunga kertas berdekatan tempat parkir motorsikal itu. Cuti begini pun Azuan hadir ke kolej. Tidak lain tidak bukan mesti sibuk dengan aktiviti kelab bolanya. Azyan nak turut serta Azuan tak kasi. Apa tidaknya semua ahli kelab itu adalah lelaki. Terjengket-jengket Azyan menghampiri Azuan. Tidak sedar Azuan dengan kehadiran Azyan di belakangnya.
Sakat best ni. Bukan main khusyuk lagi abang aku ini menghendap. Mesti dia sedang hendap awek cun. Menggatal jugak abang aku seorang ini. Apa lagi pinggang Azuan dicucuk oleh Azyan dari belakang.
“Opocot kau meletup! Eh! Meletup!” Azuan melatah. Azyan ketawa mengekeh. Azuan memang sensitif sikit kalau cucuk kat pinggang dia.
Kurang asam jawa punya adik. Berani dia cucuk pinggang aku. Tajam Azuan menjeling Azyan. “Potong stim betul Yan ni lah.” rengus Azuan.
“Ooooooo….abang menghendap ye. Yan kabor pada ayah nanti.” Azyan mengoyang-goyangkan jari telunjuknya. Azuan mencebik.
“Shhhhhhh! Senyaplah Yan. Jangan bising-bising. Nanti dia orang perasan pulak.” Azuan meletakkan jari telunjuknya pada bibir.
            “Ermmmm…apa kena dengan abang Zuan ni?”
            “Shhhhhhhh!” pantas Azuan menekup mulut Azyan. “Kan abang kata jangan bising. Nanti Nuar dengan awek tu dengarlah.”
            Azyan anggukkan kepala. Azuan menarik kembali tangannya.
            “Abang Zuan hendap abang Nuar ya.”
            “Kalau Yan nak join abang…Yan kenalah senyap. Babak tengah best ni tau.”
            Azyan meleret senyuman panjang. Ini yang best ni. Dia pun turut serta mengikut jejak Azuan menghendap. Kedua-dua kepala tersembul di balik pokok bunga kertas itu. Betullah kata Azuan yang Anuar sedang bertekak dengan seorang gadis yang memang dalam kategori gadis ayu jelita.
            “Siapa makwe cun-melecun tu abang Zuan?” Azyan bersuara yang amat perlahan. Azuan tersengih macam kerang busuk.
            “Kalau Yan nak tahu itulah awek yang bagi bunga pada Nuar. Yang bagi ugutan buat kita ketawa berguling-guling tempoh hari.”
            “Biar benor! Cantik awek tu abang Zuan.”
            “Memang cantik. Tapi awek tu psycho sikit. Ke mana saja langkah Nuar diekori kecuali ketika Nuar pergi jamban saja dia tak ikut serta. Tahulahlan bau jamban macam mana? Abang pun tak tahu apa yang menarik sangat pada Nuar tu. Nak kata hensem abang lagi hensem dari dia. Nak kata Top student…gelaran itu disandang oleh Syakir musuh ketat Yan tu. Tapi entah kenapalah perempuan suka sangat dekat dia. Ini abang tidak puas hati ni.” Azuan mengusap-usap dagunya. Macam lagak gaya si Syakir pulak dah.
            “Memanglah abang Zuan lagi hensem dari abang Nuar. Tapi satu selitnya pada perangai abang yang satu ini. Setahu Yan seorang awek pun tidak tahan dengan perangai abang Zuan yang gilakan bola. Pasal bola sanggup cancel date. Itu pasal Kak Maya tinggalkan abang dulu.” Azyan mencebik.
            “Ala pasal bola pun dia nak kecik hati.”
            “Siapa yang tak kecik hati kalau berdating pun dalam stadium bola.” desis Azyan.
Azuan ketawa kecil. Kata-kata Azyan memang ada benarnya. “Kalau Yan pun Yan kecik hati. Tapi nasiblah Yan pun kaki bola.”
            “Shhhhhhhhhhhhhh!” Azuan menutup mulut Azyan.
            Kelihatan Anuar mengorak langkah meninggalkan gadis terbabit. Wajah Anuar merah padam. Mesti marahnya meluap-luap. Pertama kali dalam seumur hidup mereka melihat Anuar begitu. Si gadis mencebikkan bibir. Laju mengikuti langkah Anuar yang sudah menjauh ke hadapan.
            “Layan Yan punya pasallah abang dah terlepas adegan yang panas tadi.”
            “Siapa suruh abang layan Yan. Yan tak suruhkan.” Azyan membalas selamba.
            “Hmmmm…Yan bawak skuter kesayangan Yan tak.”
            “Mestilah. Masakan Yan nak menapak pergi kolej pulak. Kenapa?”
            “Abang tumpang Yan ye. Kapcai abang masuk workshop. Tadi tumpang kawan abang datang sini. Malas nak menumpang kapcai Nuar time dia tengah angin begini. Mengaum pulak dia. Yan bukan tak kenal dengan Nuar. Angin dia bila dah datang berpusing kepala abang dengar dia membebel. Sama macam Yan jugaklah.” Itu realitinya.
            “Okaylah. Nasib baiklah Yan bawak helmet spare. Tapi syaratnya biar Yan yang bawak abang.”
            “Oklah…oklah….tapi Yan jangan merempit pulak. Ingat pengajaran yang Yanterima masa tu. Tak padan perempuan.”
            “Ala…setakat merempit suka-suka je. Itu pun nak kecoh. Don’t worry lah. Yan akan jaga keselamatan abang tersayang Yan. Kalau Yan nak merempit Yan tidak akan bawak abang. Yan merempit sorang-sorang je. Baru power. Orang merempit dengan kapcai tapi Yan merempit dengan skuter. Lain kali nak test bawak ala-ala superman pulak.” Azuan membulatkan mata mendengar kata-kata adik tersayangnya itu.
            “Yannnnnn…!” Azyan dan Azuan tersentak. Kedua-dua berpaling. Kelihatan Salwa terkecoh-kecoh berlari mendekati mereka.
            “Amboi kuatnya berlari. Ada larian marathon ke nanti?” Azyan mengusik.
            “Taklah. Saja buat exercise tengahari rembang begini. Nak keluarkan peluh busuk.” balas Salwa dengan nafas yang masih tercungap-cungap. Azyan ketawa.
            “Hah! Apa hal carik aku ni? Nak belanja makan ke?”
            “Pak Mat naik lori, so soriiiiiiiiiiiiiiiiii…aku carik kau bukan pasal nak mengenyangkan tembolok kau tu. Ini ada surat untuk kau dari Haziq.” Salwa menyerahkan kertas putih yang berlipat kemas itu kepada Azyan. Azyan menyambut dengan wajah yang berseri-seri. Macam anak gadis yang nak naik pelamin.
            “Surat dari Haziq….”
            “Iyerlah. Tak kan pulak surat dari Syakir.”
            “Jangan sesekali kau sebut nama mamat itu depan aku Wawa. Pantang tahu tak aku mendengar nama dia. Cukuplah aku sekarang ini berada di bawah telunjuk dia! Sakit hati aku tahu tak! Dia memang sengaja nak mengisytiharkan perang dunia kedua dengan
aku!” Dengar nama Syakir saja Azyan naik angin. Tak faham Salwa dengan perangai minah seorang ini. Si Syakir tu bukan jahat mana pun. Nakal aje.
            “Kau ni Yan langsung tak boleh nak berbaik-baik dengan Syakir. Kalau akulah berada di tempat kau dah lama aku tackle Syakir. Ikut peratusan pelajar-pelajar perempuan di kolej kita ini 98% memilih Syakir sebagai lelaki idaman mereka berbanding Haziq yang kau dok terkejar-kejar tu.”
            “Wah-wah buat research nampak. Budak-budak pompuan tu buta mata. Mereka cuma lihat wajah cute dan kacak Syakir saja. Kalau nak bagi markah pada Syakir. 0-100%...aku rasa tiada markah untuk Syakir.”
            “0-100%....bukan milik Syakir. Amboi…dah pandai menilai orang pulak.” Azuan menyampuk.
            “Menyibuklah abang ni. Jangan menyampuk ketika orang perempuan tengah bercakap tahu.”
            “Iyalah….abang tunggu Yan dekat skuter kesayangan Yan itu. Jangan lama-lama. Hari ini giliran abang masak tau. Nanti tak makan tengahari kita.” Azuan mengatur langkah. Azyan tersengih. Ikut jadual waktu betul abangnya itu. Bukan macam dia tegar sangat melanggar jadual yang dibuat oleh Tuan Mejar terhormat. Terutamanya bila penyakit ‘M’ itu datang. ‘M’ itu singkat bagi Malas!
            “Kau tunggu apa lagi Yan. Bukaklah surat dari kekasih pujaan hati kau tu. Aku nak tahu jugak apa yang tulis.” Salwa pula rasa teruja dan tidak sabar.
            “Aku nak bukalah ni.” Perlahan-lahan Azyan membuka lipatan kertas berkenaan. Matanya bulat membesar sebaik saja membaca isi kandungannya. Bibirnya mengukir senyuman yang paling lebar dalam sejarah hidup konon-kononnya.
            “Apa dia tulis Yan?”
            “Hari ini hari paling menggembirakan aku Wawa.”
            “Mengapa?” Salwa kerut dahi. Semacam pula dia lihat wajah Azyan yang mula naik serinya. Jangan over sangat Yan…nanti hilang seri kau itu masa kahwin nanti….
            “Akhirnya aku dilamar Wawa.”
            “Aik! Belajar belum habis lagi dah menggatal nak kahwin. Kau nak kena pancung dengan ayah dan abang-abang terhormat kau Yan. Belajar dulu hingga habis baru nak menggatal kahwin.” bebel Salwa.
            Apa lagi kena ketuk kepala Salwa kerana mengutarakan kata-kata yang tidak berasas pada Azyan. Dia gatal nak ada teman lelaki tidak bermakna dia gatal nak kahwin dah!
            “Haziq ajak aku keluar datinglah. Bukannya ajak kahwin.”
            “Lain kali bagi ayat tu biar terang. Ini bagi ayat menggelirukan orang. Tak pasal-pasal ketuk kepala kita. Yan kepala aku berinsurans tahu.”
            “Sorry….” Azyan tersengih. “Nanti aku belanja kau makan sebab menyerahkan surat yang amat berharga ini pada aku.”
            “Sayang juga kau pada aku lagi Yan.”
            “Kaulah satu-satunya sahabat baik masa suka dan duka aku Wawa. Aku mana boleh lupakan kau. Kau dah macam saudara aku sendiri tahu.” Azyan memeluk bahu Salwa erat. “Kau seorang saja yang tak takut berkawan rapat dengan aku.”
            “Sebab aku tak pandang pada luaran kau. Aku lihat pada hati kau walaupun kau dulu amat menggerunkan.” Salwa tersenyum manis. Azyan ketawa kecil.
            “Tapi ada seorang lagi yang tak takut pada kau. Dan dia orang paling sesuai menjadi teman lelaki kau tahu.” sambung Salwa lagi.
            “Siapa?”
            “Syakir.”
            “Aku dah cakap jangan sebut nama dia.”
            “Syakir….Syakir….Syakir…Syakir….Syakir….” Salwa menyebut berulang-kali tanpa menghiraukan wajah Azyan yang sudah merah padam.
            “Wawa!” Azyan menjerit lantang. Salwa tertawa kecil. Cepat-cepat dia menjarakkan diri diri Azyan.
            Tunggu apa lagi cabutlah! Gorilla sudah mengamuk! Salwa berlari dengan tawa yang masih bersisa dan Azyan mengejarnya dari belakang.