Tab Menu

Followers

Saturday, April 24, 2010

566 Hari Mencari Cinta_8


FATIN tidak senang duduk. Sekejap dia berdiri dan sekejap dia duduk semula dikerusinya. Tingkah laku Fatin merimaskan Datin Kalsom dan Jimmy. Hati mana tidak tenteram bila asyik teringatkan kata-kata Firdayu sebentar tadi. Bila masa pulak Firdayu mengenali Ruzair. Setahu dia Ruzair tidak akan tertarik dengan wanita materialistik seperti Firdayu. Mungkin Firdayu sengaja mahu menakutkan dia. Ruzair lelaki yang setia. Cinta Ruzair hanya untuknya. Fatin yakin Ruzair akan menjadi milik dia bukannya Firdayu. Dia tidak akan biarkan Firdayu merosakkan perhubungan dia dengan Ruzair.
            Tiada orang lain yang dapat membantu dia melainkan Fahmy, teman rapat kekasih hatinya itu. Ligat Fatin menekan-nekan nombor telefon Fahmy. Lama dia menanti panggilannya masih tidak diangkat. Ke mana pula si Fahmy ini pergi. Selalunya lelaki itu tidak sukar untuk di hubungi. Fatin mengetap bibir. Dia menghempaskan telefonnya atas lantai setelah tidak dapat menghubungi Fahmy.
            “Kenapa dengan anak mama ni? Fatin tak dapat contact Ruz ke?” Datin Kalsom mengusap-usap wajah Fatin.
            “Fatin bukan contact Ruz. Fatin cari Fahmy.”
            “La…buat apa Fatin cari budak itu pulak.”
            “Fatin nak tanya pasal Yue dengan Fahmy. Mama tak tahu ke yang Fahmy kawan baik dengan Yue di kolej dulu. Fahmy banyak tahu tentang Yue. Fatin tak boleh tahan dengan Yue, mama. Tadi dia beritahu Fatin yang dia akan rampas Ruz dari tangan Fatin.” Fatin memaut lengan mamanya. Jelas kegusaran di muka Fatin. Jimmy tersengih. Dulu berlagak sangat dapat teman lelaki kaya raya. Sekarang tahu ketar. Pesaing dah datang kembali.
            “Kenapa Fatin nak takut dengan Firdayu. Fatin sayang…Yue tidak boleh rampas Ruz dari Fatinlah. Ruz bukan macam lelaki-lelaki yang buta tuli tengok kejelitaan poison ivy tu.”
            “Mama tak kenal dengan Yue itu. Kalau dia nak dia akan dapat tak kira apa cara sekalipun. Mama mesti tolong Fatin kali ini.” Fatin kian mendesak. Firdayu yang ini lagi menggerunkan. Arghhh! Dia tidak sanggup tengok Ruzair di bawah telunjuk Firdayu. Tidak! Tidak!
            “Sayang…masakan mama akan biarkan Yue rosakkan semuanya. Dia belum kenal siapa mama ni.” Datin Kalsom tidak akan biarkan Firdayu memusnahkan segala-gala yang bakal mereka miliki dari kekayaan Ruzair.
            “Huh! Jimmy rasa mama mahupun Fatin tak layak nak pandang rendah dengan Kak Yue itu. Dia lagi licik tau.” celah Jimmy yang diam sejak tadi. Lebih baik jangan pandang rendah kepada Firdayu. Sudah mama dan kakaknya itu cakap tak pandang belakang langsung. Main lepas saja. Tak nampak ke yang Firdayu yang sudah dok tersengih di belakang mereka itu.
            “Seronok betul dengar orang mengumpat pasal aku di belakang ni.” suara gemersik Firdayu mengejutkan Fatin dan Datin Kalsom. Bila masa pulak perempuan jahat ini masuk ke bilik mereka. Tak bagi salam pulak tu.
            “Kurang sopan betul! Main terjah masuk aja bilik orang!” marah Fatin. Jari telunjuk runcingnya sudah kena batang hidung mancung Firdayu.
            “Aku dah banyak kali ketuk pintu di luar tu. Kau orang yang pekak. Pintu tak kunci aku masuklah.” Firdayu menepis. Pada hal dia memang tak ketuk pintu tadi. Curi-curi masuk tanpa disedari oleh tiga beranak itu.
Firdayu labuhkan punggung pada tilam empuk dalam bilik itu. Jimmy curi-curi pandang ke arah Firdayu. Fuh! Perempuan ini memang seksi biarpun memakai baju tidur yang labuh. Lekuk tubuh Firdayu mengancam habis dari kakak dia. Kalau dapat mesti tak lepas dalam pelukkan. Jimmy memasang angan-angan kosong.
            “Aku tak dengar pun kau ketuk pintu.” jerkah Fatin.
            “Berapa lama telinga kau tak korek. Dan kalau cakap tu pandang-pandang belakang.” Firdayu selamba dek saja tunjalkan jari pada dahi Fatin. Menyeringai Fatin dibuatnya.
            “Aku rasa lebih kau keluar dari bilik ini Yue. Kau pun tahu aku memang benci tengok muka kau itu.”
            “Kau benci sebab aku lagi lawa dari kau kan. Poor girl. Ruzair memang bodoh pilih kau sebab kecantikkan di muka kau itu banyak yang palsu dan plastik.” Macamlah Firdayu tidak tahu yang Fatin baru balik dari Thailand buat hidung. Biasalah dengan minah seorang ini. Nak cantik punya pasal sanggup perabiskan duit beribu-ribu ringgit.
            “Apasal kau nak dengki. Itu hal aku!” Fatin mengetap bibir. Apa saja pasal dia
mesti Firdayu akan tahu. Dia betulkan hidung pun sebab Firdayu.
            “Jaga Ruzair baik-baik Fatin. Aku tak nak kau meraung-raung melutut kat kaki aku nanti. Bila aku dah dapat aku takkan lepaskan dia.” Firdayu memberikan peringatan kepada Fatin lagi.
            “Lebih baik kau keluar Yue!” Fatin menundingkan jari ke arah pintu.
            “Kenapa? Kau takut?” Firdayu makin giat memanipulasi Fatin. Dendamnya opada Fatin tidak pernah surut. Kalau boleh dia mahu lihat Fatin merana seumur hidup.
            “Aku kata keluar!”
            “Okay-okay aku keluar.” Firdayu mengangkat tangannya. “Nenek panggil kau masuk ke bilik bacaan dia. Ada hal personal dia nak bincang dengan kau sekarang.”
            “Hmmm!”
            “Orang tua macam nenek tak suka tunggu lama-lama tau.” pesan Firdayu sebelum dia menghilang di balik pintu.

NENEK meletakkan benang kaitnya atas meja. Dia mengeluh kecil sambil memandang ke arah jendela. Di satu sudut berdiri seorang lelaki yang agak terlindung wajahnya namun jelas di mata kasar Nenek. Nenek merenung lelaki itu. Satu renungan yang cukup redup dan penuh mengharap.
            “Saya serahkan semuanya pada awak. Awak mesti uruskan sebaik-baiknya.” Agak tegas suara Nenek. Lelaki itu anggukkan kepala.
            “Jangan bimbang nenek. Semuanya berjalan dengan lancar. Saya sudah buat seperti yang nenek mahukan.”
            “Bagus! Pastikan yang dia ikut semua syarat perjanjian itu.”
            “Baik nenek.” Lelaki itu alihkan mata pada Encik Fahrin yang duduk tidak jauh dari Nenek. Encik Fahrin tersenyum memandangnya.
            “Terima kasih atas bantuan awak. Saya benar-benar sudah menyusahkan awak.” tutur Encik Fahrin lembut.
            “Kalau ibu tak ugut dia memang takkan dia mahu terima tugas kita ni, Fahrin.” Nenek mencebikkan bibir. Lelaki itu merengus kecil. Memang dia rela dalam terpaksa. Kalau tidak jangan haraplah dia nak lakukan kerja-kerja bodoh itu semua. Buang masa dan buang tenaga. Bukan bidang profesion dia.
            “Saya lawyer bukan kindergarten lah nenek. Kadang-kadang naik pening kepala saya layan karenah dia.” Lelaki itu mengeluh.
Nenek ketawa. Rancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Semuanya atas jasa baik lelaki ini. Mengawasi segala gerak geri Firdayu dalam diam. Jadi apa yang Firdayu lakukan akan dilaporkan terus kepadanya. Itu gunanya seorang pengintip rahsia.
“Dah jangan nak mengeluh. Awak kena teruskan tugas yang saya berikan pada awak sehingga selesai. Ingat! Jangan sampai bocor rahsia sebelum masanya.” Nenek mengoyangkan jari telunjuknya.
            “Saya faham.” Lelaki itu anggukkan kepala lagi. Dia meminta diri untuk beredar. Tidak wajar untuk dia berada di situ dengan lebih lama. Takut identitinya akan terdedah. Dia memulas cembul pintu. Dalam pada itu wajah Fatin tersembul di depannya. Fatin ter-
gamam melihat lelaki di depan matanya itu. Secalit senyuman terukir di bibir lelaki iu sebelum dia melepasi Fatin. Lelaki yang cukup elegant! Siapakah dia agaknya? Tetamu Nenek kah?
            “Siapa lelaki tu nenek?” soalan pertama yang keluar dari mulut Fatin. Perkara biasa bagi seorang perempuan bila melihat lelaki kacak.
            “Bakal suami nenek. Kacakkan. Ada darah keturunan orang Inggeris tu.” Nenek tersenyum-senyum. Apa lagi Fatin juihkan bibir. Perasan punya orang tua. Ada hati nak bersuamikan lelaki muda dan kacak.
            “Tak payahlah nenek nak buat lawak dengan Fatin. Fatin bukan budak kecil yang boleh diperbodohkan.” desis Fatin.
            “Cakap sajalah yang Fatin jealous dengan nenek.” Nenek pula buat kening terangkat. Nenek dah makin galak meniru aksi Firdayu.
            “Jealous? Tolong sikit. Nenek tu tak layak langsung nak buat saya rasa jealous. Apa hal nenek nak jumpa dengan saya?” suara Fatin acuh tidak acuh. Dia bukannya sukakan Nenek. Mama dan papa yang beria-ia mahu dia rapat dengan Nenek. Kalau tidak jangan haraplah nak merasa harta Nenek yang bertimbun-timbun itu. Sayangnya orang tua ini bukan mudah untuk diperbodohkan. Sama licik dengan Firdayu.
            “Ini salah satu sebabnya nenek lebih suka Firdayu dari kau.” Nenek ketawa kecil. Sebelum ini Fatin bermulut manis. Bijak bermain sandiwara depan matanya. Nenek ikut saja retak Fatin dan ibu bapanya. Sengaja Nenek meletakkan nama Fatin sebagai pewaris.
Sekadar untuk menguji. Benar telahan Nenek. Setelah diberikan limpahan harta mereka terus lupa diri. Lupa Nenek. Nak datang menjenguk jauh sekali. Huh! Ingat aku betul-betul buat surat wasiat ke? Palsu semuanya. Aku tidak mewasiatkan harta benda aku kepada sesiapa pun hinggalah aku bertemu semula dengan menantu dan cucu aku yang seorang itu. Firdayu terus terang menyatakan benci pada aku. Malah dengan berani dia bercakap secara depan dengan aku yang dia mahu melingkupkan aku. Mahu lihat aku papa kedana. Firdayu tamak tapi dia tidak hipokrit dengan aku.
            “Apa yang nenek pandang tinggi sangat dengan poison ivy itu? Nenek tahu tak yang dia bukannya baik sangat. Berapa ramai lelaki di luar sana jadi mangsa dia. Tergamak nenek buat perjanjian mengarut melibatkan semua harta nenek.” Fatin tidak puas hati dengan keputusan yang Nenek buat. Kalau Firdayu dapat menunaikan perjanjian dengan Nenek tak ke naya. Boleh merempat jawabnya.
            “Nenek tahu apa yang nenek buat!” Tajam mata Nenek merenung Fatin kali ini. Riak wajah Nenek tampak serius sekali. Tidak ada senyuman di bibir Nenek. Fatin menelan air liur. Kalau dah buat memek muka begitu memang nahaslah jawabnya. Fatin tak berani nak menghadap muka yang menyeramkan itu. Angkat kaki! Hilang kelibat Fatin depan mata Nenek pecah ketawa. Encik Fahrin gelengkan kepala.

Monday, April 19, 2010

566 Hari Mencari Cinta_7


“KENAPA jadi begini! Ibu tidak patut buat kami begini!” jerkah Datin Kalsom. Nenek yang duduk atas kerusi goyang itu sekadar tersengih-sengih. Tidak kisah pun jika anak-anaknya itu mengetahui dia membuat perjanjian sulit dengan Firdayu. Mereka memang tidak sukakan Firdayu dan babahnya. Takut harta Nenek tidak jatuh dalam tangan mereka. Bila Nenek berbaik-baik dengan dua beranak itu? 

            “Fatin anak kami lebih layak jadi pewaris ibu dari Firdayu tu. Ibu tahu tak betapa jahatnya Firdayu itu!” suara Dato’ Nasrin pula. Bukankah Fatin cucu kesayangan ibunya.

            “Beritahu apa sebabnya ibu buat perjanjian mengarut itu dengan Firdayu? Kenapa ibu singkirkan Fatin jadi pewaris?” Datin Kalsom memakukan mata pada ibu mertuanya itu.

            Nenek ketawa. Macam mata anak ikan emas bila Datin Kalsom jegilkan biji matanya besar-besar. Ingat dapat takutkan Nenek ke? Tentulah tidak. Mereka yang takutkan Nenek adalah. Nenek yang berkuasa atas harta-harta yang mereka miliki.

            “Som…Fatin anak kamu itu memang tidak layak jadi pewaris aku.” Nenek sudah membuka mulutnya.
            “Datin Kal tau. Bukan Som. Datin Kal lah ibu.” Datin Kalsom cuba membetulkan panggilan Nenek padanya itu. Tidak glamour panggilan Som itu. Macam orang kampung.

            “Ikut suka hati akulah nak panggil kau apa, Som.” Nenek jegilkan matanya pada Datin Kalsom. Datin Kalsom menundukkan kepala. Mulutnya mengomel-omel. Nenek tersenyum. Anak-anak yang lain ketawa. Mereka tidak berani buka mulut jika Dato’ Nasrin dan Datin Kalsom bersuara. Mereka amat kerdil dibandingkan dengan pasangan suami isteri itu.

            “Ibu…saya tetap bangkang perjanjian yang ibu buat dengan Firdayu. Yue bukannya wanita yang baik. Teman lelaki keliling pinggang. Keluar lekai sana keluar lelaki sini. Entah-entah wang yang dia dapat hasil dari lelaki-lelaki yang dia dampingi tu. Fahrin memang tak tahu didik anak dia!” bentak Dato’ Nasrin. Sempat Dato’ Nasrin mencerlung mata pada Encik Fahrin yang duduk tidak jauh darinya. Lelaki itu sekadar mengukir senyuman di bibir.

            “Aku tahu. Aku tahu apa cucu aku yang jahat sangat itu buat di luar sana. Tapi dia tidak hipokrit seperti kamu semua. Dia terang-terangan mengatakan perasaan bencinya pada aku. Itu yang aku suka dengan dia. Tidak bermulut manis macam korang.” Nenek ketawa lagi. Kalau terbayangkan wajah Firdayu pasti ada kelucuan di hatinya. Firdayu tak ubah seperti dia muda-muda dulu. Wanita rebutan lelaki. Firdayu lebih banyak mengikut acuan sikapnya dari anaknya Farisa, ibu Firdayu.

            Dato’ Nasrin dan Datin Kalsom saling berpandang dengan adik-beradik lain. Apa yang mereka takutkan sudah terjadi. Mereka tidak mungkin akan membiarkan Firdayu membolot harta Nenek. Firdayu tidak layak! 

            “Kami tidak bersetuju!” Dato’ Nasrin sebulat suara dengan adik-beradik yang lain. Mestilah menentanng punya. Siapa yang tidak dengan Firdayu. Kalau Firdayu bolot semua harta dah jadi kes naya pada mereka. Mereka boleh bayangkan macam mana rupa Firdayu ketika itu. Tentu menggerunkan! 

            “Apa yang aku buat tidak perlukan persetujuan dari korang semua. Harta aku, jadi aku punya suka nak bagi siapa.” Nenek menjuihkan bibir. Suka-suka hati mereka nak membantah.

            “Kalau orang lain boleh juga kami terima. Tapi ini Firdayu si poison ivy tu! Nenek nak lingkupkan kami semua ke?” celah Bakhtiar adik kepada Dato’ Nasrin. 

            Poison ivy? Tak tahu pulak si Firdayu tu ada gelaran yang cukup menarik. Nenek mengusap-usap dagunya. Gelaran yang amat sesuai untuk cucu yang seorang itu. Nenek ketawa besar hingga mengejutkan semua anak-anaknya yang hadir pada hari ini. Buat perbincangan pasal pindah milik pewaris. Dato’ Nasrin dan binilah yang gatal-gatal sangat suruh adik-beradiknya balik bersemuka dengan Nenek. Nenek tak suruh balik pun. Bukan berita tergempak sangat.

            “Amboi! Meriahnya nenek ketawa ya.” Firdayu terpacul di muka pintu ruang tamu vila keramat Nenek. Semua mata terarah kepadanya. Firdayu mengaturkan langkah. Ramai jemputan makan malam ini hari. Pipi babah dikucup. Yang lain dia buat tidak nampak. Dia duduk menyilang kaki di sisi babahnya.

            Berpeluh-peluh muka mereka. Ini mesti Nenek yang menjemput Firdayu balik. Firdayu nak balik ke vila keramat Nenek. Minta maaf banyak-banyak. Orang tua itu memang sengaja. Tak berkerdip mata mereka memandang Firdayu yang seksi meksi itu. Siapa yang tidak terliur tengok tubuh Firdayu yang langsing dan menggoda Firdayu. Tergugat iman. Si ibu masing-masing menutup mata sang suami dan anak-anak lelaki mereka. Tak boleh anak dara ke Fahrin itu pakai baju yang cukup kain sedikit.

            “Ada yang teringin nak masuk dalam calon kekasih I ke?” suara Firdayu manja. Babahnya geleng kepala. Dia tepuk bahu anaknya lembut. Bukan dia tidak menegur cara Firdayu berpakaian. Tapi nak gadisnya itu degil dan liat dengar nasihat.

            “Belum sampai makan malam lagi dah meleleh air liur. Dahsyat aura cucu nenek ni. Betul-betul sesuai dengan gelaran poison ivy tu.”

            “Well…biasalah nenek kalau dah popular macam Yue ini. Wanita rebutan lelaki so ada saja yang iri hati.”

            “Ya…sampai ada yang meraung-raung sebab ditinggalkan kau. Kalau sudah yang dikacau pulak semuanya laki-laki orang. Kekasih-kekasih orang. Wanita mana yang tak sengsara.”

            Firdayu dan Nenek saling bertentangan mata. Kedua-dua wanita mengorak senyuman. Tidak lama kemudian tawa mereka meletus membingitkan telinga tetamu-temau yang lain.

            “Cucu dengan nenek sama saja.” cebik Datin Kalsom.

            “Darah daging aku jugak Som. Mestilah sama.” laung Nenek. Dasar telinga lintah. Tajam Nenek menjeling Datin Kalsom.

            Firdayu bangun merapati Datin Kalsom. Lama tidak bertemu makin gemuk gedempul mak datin seorang ini. Mujur saja Fatin Nadira tidak ikut saiz badan mamanya. Dikerling Dato’ Nasrin. Suami Datin Kalsom masih tampak segak dan mantap. Boleh tahan juga papa si Fatin itu. Nasib baik bapa saudara sendiri. Jika tidak menangis Datin Kalsom sebab Dato’ Nasrin tu boleh tahan juga gatalnya.

            “Auntie Som. Mana Fatin tak datang bersama ke?” Firdayu memeluk bahu wanita itu. Datin Kalsom menepis pautan Firdayu.

            Ini lagi seorang. Suka sangat panggil dia dengan nama tidak glamour itu. Nak memerli dialah tu. Kalau depan kawan-kawan datin dia mesti dia malu punyalah. Mana nak letak muka.

            “Hah! Itu pun Fatin!” Datin Kalsom memuncungkan mulutnya pada Fatin yang baru turun dari tangga itu. Lebar senyuman Firdayu melihat Fatin. Memang Fatin yang dia tunggu-tunggu. 

            “Firdayu…” suara Fatin agak terkejut. Maklumlah bertahun-tahun dia tidak bertemu dua mata dengan Firdayu sejak peristiwa itu. 

            “Hello Cik Fatin Nadira. Lama kita tak berjumpa ya. Masih kekal ayu macam dulu tapi hidung kemek yang patah tu dah diperbetulkan. Wah! Tampak lebih mancung gitu.” sinis kata-kata Firdayu untuk Fatin. Siapa lagi yang patahkan hidung Fatin kalau bukan dia. Pengajaran untuk perempuan yang tidak sedar diri macam Fatin. 

            Fatin mengetap bibir. Bencilah kalau bertemu dengan musuh ketatnya di sini. Ingatkan Firdayu tidak menjejakkan kaki di rumah Nenek lagi. Cis! Perempuan seorang ini kian cantik pulak. Ini yang buat dia makin jealous ni. Bukan mudah mahu menandingi Firdayu dari pelbagai aspek. Sudahlah jelita otak pun licik nak mampus. Firdayu memang memerbahaya. 

            “Mulut jahat kau memang tak berubah. Masih berbisa macam dulu jugak. Agak-agak ramai dah kau kumpul musuh-musuh kau.” 

            “Hahahaha. Aku mana pernah berubah. Biasalah orang jahat macam aku memang selalu dimusuhi ramai. Tapi itu yang aku suka. Kau pun lebih baik berjaga-jaga dengan aku. Aku dengar kau nak bertunang dengan Ruzair yang kononnya lelaki idaman wanita abad ini.” Firdayu mengangkat keningnya.

            “Kau jealous sebab Ruzair tak pandang kau.”

            “Aku jealous. Minta maaflah. Aku takut kau nak ternganga nanti sebab Ruzair adalah calon teratas untuk senarai mangsa kali ini. Dia lelaki yang menarik perhatian aku. Handsome dan berkaliber. Love first sight.” Firdayu separuh berbisik. Wajah Fatin berubah. Mata membulat besar. 

            “Yue! Jangan kau cuba menggoda Ruz aku! Aku tidak akan lepaskan kau!” getus Fatin. Terketap-ketap giginya. Firdayu sekadar tertawa sinis. Dia suka lihat cemberut di wajah Fatin Nadira Dato’ Nasrin. 

            “Siapa yang hebat dia yang menang. Antara aku dan kau agak-agaknya siapa yang Ruzair akan pilih nanti. Aku rasa aku pasti akan menang. Kau tak cukup kuat untuk mengalahkan aku sekarang.” Firdayu memetikkan jarinya di muka Fatin. Dia berlalu melepasi Fatin yang masih menahan  debaran di hati.

TERKETAR-ketar tangan Jimmy mahu menghulurkan lauk kepada Firdayu. Tak tahan dengan panahan mata Firdayu yang cukup kuat menggoda naluri hati lelakinya. Mama asyik menjeling saja. Payah kalau ada poison ivy di sini. Serba tak kena di buatnya.

            “Kau takut aku makan kau ke Jimmy? Aku tak ngap lelaki selekeh macam kaulah.” desis Firdayu. Dia capai dengan kasar hidangan lauk yang Jimmy hulurkan. Jimmy tersengih macam kerang busuk. Mat rock macam dia memanglah Firdayu takkan pandang sebelah mata. Duit pun selalu pokai. 

            “Betul tu Jimmy. Kakak sepupu kau ini hanya ngap lelaki-lelaki yang poket penuh. Yang kosong dia tak mau.” Ada saja ayat Nenek nak menyampuk.

            “Yang kaya itu saya boleh pulun sampai kering. Tak perlu bazirkan duit saya sendiri. Siapa suruh mereka yang bengap tergoda dengan saya.” Firdayu meneguk gelas yang berisi air kosong itu. 

            “Memang keturunan nenek.” Nenek melambakkan tawanya. Tidak sudah-sudah mahu ketawa. Makin senak perut Nenek. “Hari itu nenek call Yue, ada lelaki yang   angkat. Dia cakap dia PA Yue. Bukan main seksi suara dia. Mesti hensem ni.” 

            Tersedak Firdayu dan yang lain-lain. Babah saja yang buat muka biasa. Tak ada rasa apa-apa dengan kata-kata Nenek. Steady abis. Buang tabiat apa pulak orang tua ini bertanyakan soal Kid. Dah tua-tua ada hati nak menggatal pulak.

            “Nenek ingat Kid tu seksi ke. Mamat tu skema habis. Tiada taste langsunglah di mata Yue. Kalau nenek nak sangat Yue boleh carikan datuk-datuk yang baya nenek.”

            “Iyer ke? Atau kau takut nenek kebas dia.” 

            “Nenek…gelilah Yue dengarnya. Tak padan dengan tua menaruh hati pada lelaki muda macam Kid. Sedarlah nenek yang nenek tak sesuai lelaki macam Kid.”

            “Nenek masih cantik lagi Yue. Kau tak tengok muka nenek masa muda-muda dulu. Ramai lelaki tergila-gilakan nenek tapi arwah atuk kau juga yang berjaya menambat hati nenek.” Nenek sudah mula bercerita perihal dulu kalanya. Membosankan.

            “Nenek pilih arwah atuk sebab arwah atuk kaya raya.”

            “Yue!” Dato’ Nasrin meninggikan suara.

            “Betullah tu apa yang dia cakap. Tak perlu kamu semua nak marah dia.” Nenek membela Firdayu yang buat mereka makin tak tahan. Ini mesti aturkan rancangan sinngkirkan Firdayu dalam memwarisi harta Nenek.

            “Tentu kau orang semua sakit hati dengan aku dan babahkan. Aku sekarang kan bakal memwarisi semua harta orang tua ini. Tapi kau orang jangan risau. Kalau aku dapat bolot harta nenek aku takkan pulaukan kau orang. Aku bukannya kejam sangat pun. Aku  akan bagi seorang sedikit tapi dengan syarat kau orang kena bekerja di bawah telunjuk aku jadi orang gaji.” Cukup bagi seorang demi seorang makan hati.

            “Banyak kau punya cantik Yue. Apa kau ingat kami ni apa? Jangan haraplah kami nak ikut telunjuk kau!” bentak Datin Kasom.

            “Eeeeeeiiii takutnya Auntie Som marah.” Firdayu memeluk tubuh.

            “Datin Kal bukan Auntie Som.” gerutu Datin Kalsom bengang. Rasa nak sumbat mulut Firdayu ni dengan sambal belacan atas meja ni. 

            “Tunggu syarat perjanjian terlaksana dulu Yue.”

            “Heh! Yang pasti harta nenek akan menjadi milik Yue kesemuanya.” Firdayu mendepangkan kedua belah tangannya. Bibirnya  memalit senyuman. Satu persatu dia memandang sinis tetamu-tetamu di meja makan antik milik Nenek itu.

Coke And Sundae_30

MEMBAHANG muka Azyan kena usik dengan budak-budak kelab. Syakir hanya dia membisu saja ketika berada dalam bas. Sedikit pun dia tidak tergugat dengan usik-usikkan budak kelabnya. Yang penting pencuri-pencuri yang menyelongkar khemah mereka telah diketahui. Dah agak dah mesti kerja kera dalam hutan. Sedihnya diari penting Syakir langsung tidak dapat dikesan. Monyok saja muka Syakir hingga mereka sampai ke detinasi.

Syakir membantu Sofi dan Mat Karan memunggah barang dari perut bas. Azyan memerhatikan saja Syakir melakukan tugasnya. Muka Azyan mula merah bila pandangan mata mereka bersatu. Macam mana ni? Nak luahkan perasaan dekat seseorang bukan satu kerja yang mudah. Lagi pun orang yang aku itu mungkin takkan suka pada aku. Kata orang bila kita dah sedar yang kita suka dengan seseorang, makin lama kita akan menjadi suka dekat orang tu macam kes akulah ni. Jantung aku dah kencang berdetap.

“Kau nampak macam tak sihat je? Merah semacam muka kau. Demam ke?” Syakir tiba-tiba muncul di sebelah Azyan. Azyan naik cuak. Terhinjut-hinjut dia beralih dari Syakir.

“Sibuklah kau ni. Jangan suka-suka hati dekat dengan aku!” marah Azyan. Azyan berlalu menuju ke bilik kelab. Syakir garu kepala lagi. Erghhhh! Aku dah takleh nak bercakap macam biasa dengan dia. Makin lama dekat Syakir makin sukar aku nak kekang perasaan dekat hati aku ni.

“Aku rasalah, si Azyan tu ada suka kat seseorang dah.” Nani memandang Mat Karan.

“Kau boleh agak tak sapa yang dia suka?”

“Tahu sangat! Tapi orang tu pulak yang tak sedar.” Nani mengerling Syakir yang sudah duduk bercangkung menguis-guis tanah.

“Orang yang lambat pikap betul.” desis Nani lagi.

“Hehehehehe…sekurang-kurangnya rancangan bodoh kita menjadi. Syakir mesti bengang gila kalau dia tahu kita yang dok pakat korek lubang tu.”

“Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.” Nani dan Mat Karan sama-sama ketawa.

Susahlah kalau macam ini. Aku perempuan takkan aku nak luahkan perasaan pada dia dulu. Macam perigi cari timba pulak. Tak sangka aku boleh jatuh cinta apda mamat yang mulut tak ada insurans tu. Sedangkan Syakir tak ada langsung memenuhi ciri-ciri lelaki idaman aku. Kerasian pula pada tanda pangkah. Apa pulak aku nak cakap pada Rizlan nanti? Tak payah cakap pun sebab aku dengan Rizlan tak declare apa-apa lagi. Yang penting sekarang aku dah tahu siapa orang yang aku suka. Aduh! Serabut kepala otak aku. Aku nak pergi melantak dululah. Azyan patah balik tak jadi melangkah masuk ke dalam bilik kelab teater.

“Yan…” Azyan behenti melangkah. Bagaikan kejutan elektrik bila dia dengar suara itu. Jantung Azyan berdengup kencang. Gabra siapa kata gabra kalau orang itu yang menegur.

“Err…errr…S…Syakir.” Dah jadi guguplah pula.

“Boleh tak kita berbicara sebentar.”

“Bincang pasal apa ni? Pasal watak Tuan Puteri Gunung Ledang itu ke?” Azyan tanya macam orang bodoh. Akhir tahun inikan mereka ada pementasan Puteri Gunung Ledang. Azyan dengan bangganya dapat pegang Puteri Gunung Ledang menyingkirkan Emelda si gedik. Ingat perempuan lawa itu saja yang terer berlakon. Dia pun ada bakat terpendam jugaklah.

“Bukanlah.”

“Habis tu?”

“Yan…aku ni tak pandai bermadah-madah. Aku bukan mat jiwang karat yang pandai mengatur kata.” Lain macam saja bunyinya. Muka Syakir pun nampak merah jugak. Malu-malu harimau katakan. Kalau nak kata malu-malu kucing tak sesuailah.

“Nak cakap apa ni cepatlah! Aku dah makin lapar tahu tunggu kau nak bercakap.” Saja Azyan meninggikan suara. Dalam hati dah kembang kucup nak dengar Syakir meluahkan bicaranya. Moga-moga Syakir juga rasa apa yang dia rasa.

“Yan…a…aku…aku sebenarnya….” Syakir menelan air liur berkali-kali. Payah rupanya nak meluahkan perasaan ni. Ingatkan senang sangat tadi.

“Kau nak cakap apa ni. Aku dah penat berdiri di sini tau. Kaki aku pun makin berdenyut-denyut.”

“Kalau begitu aku bawa kau pergi kliniklah dulu.”

“Apa ni! Tadi beria-ia kau kata ada perkara nak cakap dengan aku. Cakaplah cepat!” marah dah Azyan. Syakir ni berlengah-lengahlah. Kalau tak reti nak bermadah-madah, apa susahnya straight the point kan senang.

Syakir mula garu kepala. Rambutnya yang ala-ala stail Jepun mula tak terurus. Asyik dok memikirkan macam mana nak susun ayat. Itupun nasib baik ada Nani dan Mat Karan yang membantu. Harapkan dia ayat tunggang-langgang adalah. Kalau ayat nak bergaduh dengan Azyan bolehlah tersusun dengan kemas. Syakir keluarkan kertas yang sudah renyuk dari poket seluarnya.

Tingkah Syakir buat Azyan kerut dahi. Apahal pula Syakir kena tengok kertas tu. Azyan tepuk dahi. Nak cakap depan aku pun kena tengok dialog jugak ke? Azyan dah tutp mulut tahan tawa. Azyan rasa biarlah Syakir susun atur dulu ayat sebelum bersemuka dengan dia. Tak mengapalah. Dia boleh bagi Syakir masa.

“Takperlah. Aku rasa aku boleh tunggu sampai kau bersedia nak bercakap.” Azyan mengayunkan kakinya. Merajuk puna ada sikit dalam hati ini.

“Nanti dulu, Yan!” Syakir ligat memaut lengan Azyan. Terbantut langkah Azyan. Mujur tak tersungkur. Kalau jatuh pun Syakir boleh sambutkan.

“Aku laparlah Syakir. Kau susun dululah ayat-ayat kau tu.”

“Yan…A…aku sukakan kau.” suara Syakir tetap tersekat-sekat. Makin merona merah muka Azyan. Mungkin dah resam manusia agaknya dengan cinta je kita boleh jadi lemah….boleh jadi kuat dan jugak boleh jadi sangat bodoh.

“Kau cakap apa tadi? Aku tak dengarlah.” Azyan menadahkan telinganya pada Syakir. Bukan tak dengar. Aku cuma nak dengar Syakir katakan sekali lagi. Suara Syakir mengucapkan ‘aku sukakan kau’ itu menusuk jiwa perempuan ku ini. Lembut habis.

“Aku cuma cakap sekali aja tau!” Syakir mengendurkan sedikit suaranya. Muka Syakir makin merah-merah dah. Malu siot nak ulang ayat-ayat keramat tadi. Azyan saja buat-buat taik ayam….buat-buat faham pula. Ambik! Dah berpantun dua kerat aku dah.

“Eleh! Malulah tu konon.” Azyan mencebik bibir.

“Mana ada malulah! Tak mainlah lelaki nak malu-malu ni.” bentak Syakir. Tahap volume suaranya dah jadi sepeti biasa.

“Cakap aja kau malu!”

“Malas nak layan kau!” Syakir laju mengatur langkah. Mulut terkumat-kamit ber-
bicara entah apa ntah. Azyan melirik senyuman melihat gelagat Syakir yang gelabah habis itu.

Syakir…aku pun sukakan kau. Namun kata-kata itu tidak terluah dari bibir Azyan. Betul kata Salwa. Kadang-kadang jodoh kita berada depan mata kita cuma kita saja yang tak perasan kewujudan dia. Dan jodoh kita itu tidak semestinya orang yang serba serbi serasi dengan kita. Anjing dengan kucing pun boleh berbaik. Adidas and Versace pun boleh bersama. So coke and sundae pun boleh bersatukan.

Sunday, April 18, 2010

566 Hari Mencari Cinta_6


MEKAR senyuman di bibir Firdayu melihat kalung berlian yang disarungkan pada leher jinjangnya itu. Terima kasih pada Kid yang sudi menyarungkan rantai itu pada lehernya. Bukan sebarang berlian. Habib Jewels mari tahu. Siapa lagi yang hadiahkan kalau bukan Datuk Wasef Al Waliq. Firdayu tidak menolak malah mernerima dengan perasaan bangga teramat. Sudah dasar perempuan dahi licinkan. Pisau cukur! Penggoda! Ular beracun! Macam-macamlah gelaran lagi. Siapa yang tidak cemburu melihat dia. Firdayu ketawa megah seperti tawa seorang permaisuri di atas singahsarinya. Kid yang berdiri berdekatan diam seribu bahasa. Biasalah…Firdayu tidak akan keluar bersendirian tanpa ditemani Kid di sisinya. 
 


            Datuk Wasef mengangkat gelas di tangannya begitu jua dengan Firdayu. Hidangan malam yang cukup romantis bagi Datuk Wasef namun tidak bagi Firdayu. Hidangan itu akan romantis jika wajah kacak Ruzair berada di depan matanya. Dengan datuk tua ini buat apa. Tiada maknanya romantis itu. Firdayu memotong steaknya menjadi kepingan-kepingan kecil sebelum masuk ke dalam mulutnya. Memang sedap! Firdayu mengerling Kid denga ekor matanya. Kid tegak berdiri tidak terkuik. Rasakan. Biarkan Kid kejang otot. Padan muka! 
            Renungan mata Datuk Wasef tidak lari dari meratah segenap ruang wajah Firdayu. Dia memang boleh gila jika tidak dapat menatap wajah jelita itu walaupun sehari. Kenapalah sukar untuk dia mengekang hati Firdayu menjadi miliknya seorang. Apa yang perlu dia buat. Pelbagai khabar angin sudah meresap di telinganya. Datuk Wasef kian sakit hati dengan lelaki-lelaki yang merapati Firdayu. Mereka bukan calang-calang orangnya terutamanya Ruzair anak Tan Sri Hamzah itu. Lebih-lebih jika ada Fahmy bersamanya. Datuk Wasef tidak mampu menandingi lelaki yang satu ini.
            “Apa yang you sedang fikirkan?” tegur Firdayu lembut.
            “Apa yang I fikirkan? Semestinya I sedang memikirkan you, sayang.” Datuk Wasef cuba mengusap wajah Firdayu. Firdayu pantas mengelak. Masakan dia akan membiarkaN jemari kerepot itu menyentuh wajahnya. Tolonglah…Geli tahu. Lainlah kalau anak dia yang cute itu. Boleh juga dia pertimbangkan.

            “Datuk…sini tempat awam. Tak manis di pandang orang.” 

            “Hahahahaha…maafkan I. You sudah fikirkan lamaran I semula.”

            Lagi-lagi soalan itu yang dia tanya. Naik rimas aku dibuatnya. Orang tua miang keladi. Agaknya bila kau dah jatuh muflis baru kau nak sedar ye. Tak mengapa. Aku ada plan bagus punyalah. Plan untuk mengenakan buaya tua ini.

            “Datuk…datuk kena penuhi syarat-syarat I dulu.”

            “Syarat you terlalu berat pada I. I berani jamin yang you akan dapat segala-galanya dari I. I akan berikan kebahagiaan pada you. I berjanji tidak akan mensia-siakan you.” Datuk Wasef mengharap benar kali ini. Firdayu ketawa kecil buat orang tua itu kerut dahi.

            “Datuk…I’ m so sorry. I tidak mungkin menarik syarat-syarat I itu walau Datuk menawarkan I emas satu gunung. Berlian memenuhi segenap tubuh I. I sudah punya segala-galanya yang menjadi milik I sendiri.” 

            “Apakah you sudah punya calon lain Cik Firdayu? I tahu wanita sejelita you pastinya punya banyak pilihan.”

            “Well…you memang tahu yang you punya saingan datuk. Dan datuk bukan teratas dalam senarai I.” Firdayu tidak berselindung. Biar orang tua itu tahu yang bukan dia seorang di hati Firdayu. Jawapan yang Datuk Wasef sudah duga. Mencuka mukanya.

            “You fikir I tak boleh mendapatkan you?”

            “Ikut pada kemampuan datuk. Datuk…I akan pilih yang terhebat.” Firdayu mecuit hidung Datuk Wasef. Gelagat manjanya itu yang buat Datuk Wasef tidak tahan. Firdayu memang suka main tarik-tarik tali.

            “I tidak sesekali akan mengalah dengan you. I akan dapatkan you Cik Firdayu. I sanggup buat apa saja asalkan you menjadi milik I.” 

            Firdayu ketawa lagi. Geli anak tekak dengan kata-kata Datuk Wasef itu. Tak padan dengan tua ada hati nak merebut jugak. Layakkah? Memang orang tua yang tak tahu nak cermin muka sendiri. Gelagat riak Firdayu diperhatikan saja oleh Kid. Kadang-kadang Kid tidak suka dengan sikap bongkak Firdayu. Sering memberikan harapan palsu pada lelaki yang menggilai dia. Sebenarnya Firdayu adalah calon wanita yang tak layak dibuat isteri. Lelaki saja yang bodoh dan buta tuli dengan kejelitaan wanita plastik ini. Apakah mereka tidak sedar mereka dipermainkan atau mereka memang rela diperlakukan sedemikian rupa hanya untuk menarik perhatian Firdayu.

            “Datuk…datuk…you terlalu yakin. But I’m like it.” Firdayu menongkat dagunya.

            “Cik Firdayu…hanya you wanita yang buat tidur malam I terganggu. You’re so special Cik Firdayu di mata I. I betul-betul cintakan you. I ingin mendalami hati you.” Datuk Wasef meluahkan isi hatinya.

            “I’m special. Datuk…you terlalu memuji I. You tahu tak? Cinta ini umpama sebiji bawang. Semasa bercinta, you mencari cinta yang mendalam. You harus mengupas lapisan-lapisan topeng misteri itu. Tapi kesudahannya you akan akan sedar…tiada apa-apa di dalamnya kecuali air mata.” Satu kenyataan yang buat Datuk Wasef tersentak.

            “Apa maksud kata-kata you itu?”

            “You akan faham suatu hari nanti Datuk.” Firdayu bingkas bangun dari kerusinya.Excuse me. I mahu ke toilet sekejap.”


HOW dare you!” Firdayu melenting bila blausnya dikotori dengan lasagna yang tertumpah mengenai dia. Dia kerling pelayan lelaki itu tajam. Blaus kesukaan dia telah dicemari. “Mata you letak atas kepala lututkah!” Mata jernih Firdayu membulat besar. 

            “I’m sorry miss. Saya bukan sengaja.” jawab anak muda itu gugup. Jika bukan kerana budak-budak remaja tadi terlanggar bahunya, lasagna itu tidak terkena ke pakaian wanita jelita terbabit. Habis kotor blaus cantik wanita itu.

            “Macam mana you buat kerja ni. I yang duduk di sini pun you boleh tumpahkan makanan pada I. I want see your manager!” gerutu Firdayu. Dia bingkas bangun menghentakkan kedua belah tangannya atas meja. Kid hanya memandang. Kesian pula dia pada pelayan muda itu. Bukan besar sangat kesalahannya. Anak muda itu mengingatkan dia pada pemuda di Hilton Hotel beberapa minggu yang lalu.

         “Maafkan saya cik.” Anak muda itu cuba meraih simpati. 

         “Senang nak cakap maaf. You tahu tak berapa harga baju I ini? Harga baju I ini mungkin lebih mahal dari gaji you!Ini baju yang paling I sayangi. You sudah kotorkannya. Tidak boleh dimaafkan.” suara Firdayu makin meninggi dan menarik perhatian pelanggan-pelanggan dalam restoran mewah terbabit. Rasa malu menerpa dalam diri anak muda itu. Firdayu langsung tidak bagi muka.

       “Maafkan saja dia. Bukan besar sangat kesalahan dia. Hantar saja baju awak ke kedai dobi.” celah seorang pemuda yang duduk di belakang meja Firdayu dan Datuk Wasef. Firdayu pantas berpaling. Pemuda yang sedang tunduk membaca akhbar itu mengangkat kepalanya. Mata mereka saling bertatapan. Firdayu tidak berkelip mata memandang pemuda itu. Firdayu mencebik bibir. Wadi si paparazzi.

“Hmmmmmm!” Firdayu mendengus. “You tidak layak masuk campur urusan I! you tidak kenal siapa I!” Firdayu menunding jari. Wadi ketawa kecil. Firdayu kerutkan dahi. Geram dengan kelakuan Wadi si paparazzi yang paling suka menjaga tepi kain orang itu.

Of course I kenal you. Cik Firdayu Fahrin. Pemilik ‘Rosette Fashion Designer’. Permaisuri yang begitu megah dengan singahsananya. Wanita jelita yang bongkak dan angkuh itu. You sentiasa panas dengan gossip-gosip liar melibatkan lelaki-lekai ternama termasuklah lelaki di depan mata you itu. Apa khabar Datuk Wasef Al Waliq?” balas Wadi bersahaja. 

“Hati-hati dengan mulut you, Wadi.” celah Datuk Wasef. Tidak senang dengan kehadiran Wadi di situ.

    Cemberut wajah jelita Firdayu. Kid hanya tersenyum-senyum. Bukan semua lelaki tunduk dengan wanita angkuh ini. Biarlah Firdayu diberikan pengajaran sikit. Dia akan jadi pemerhati.

     “Baju mahal tapi tak boleh dicuci menyusahkan betul. Membazir duit saja.” desis Wadi lagi. Kata-kata sinis yang ditujukan kepada Firdayu. Dia bingkas bangun merapati meja Firdayu dan Datuk Wasef. Dilihat kekotoran yang melekat pada blaus Firdayu. Dia pandang pelayan lelaki yang masih pucat mukanya itu.

            “Hmmmmm. Tidaklah teruk sangat seperti I kotorkan 
dengan mee kari setahun yang lepas.” Pemuda itu mengusap-usap dagunya yang ada seciput janggut nipis. Membara api kepanasan di hati Firdayu. Pemuda itu tesengih. 

            “I tetap akan buat dia dipecat.” tegas Firdayu. 

            “Pleaselah….. you orang berpendidikan tinggi takkan kerana baju awak kotor sikit awak ambil tindakan drastic yang tidak munasabah begini. Nonsenses.” Wadi  menyilangkan tangannya. Blaus itu boleh dicuci bersih. 

            “Peduli apa I! Ini baju kesayangan I tahu. Bukan selalu I memakainya.” Firdayu membentak. Kid sudah jungkit bahu di belakang. Faham benar dia dengan perangai Firdayu. Pantang beralah!
            “Sebelum ini blaus you dikotori oleh I tapi boleh pula you bersihkan hingga tiada lagi kesan degil.” tukas Wadi. Firdayu mengetap bibir.
            Wadi pandang Firdayu atas bawah. Dia menjuihkan bibirnya. Blaus yang dipakai Firdayu kelihatan biasa dimatanya. Tapi blaus itu memang cantik, secantik dengan wanita yang memakainya.
            “Hmmmm…Perempuan yang sombong. If you banyak duit buat apa nak berkira sangatkan. Belilah yang baru.” getusnya lagi. Mereka merenung antara satu sama lain. Datuk Wasef gelengkan kepala. Mungkin ada baiknya dia meleraikan Firdayu dan Wadi sebelum keadaan menjadi keruh. 

            “Cik Firdayu.’ suara Kid bergema sebelum Datuk Wasef sempat mambuka mulutnya. Firdayu dan Wadi berpaling ke arah Kid.

            Wadi mengenali lelaki berkaca mata berbingkai tebal itu. Lelaki yang sering ke hulur ke hilir bersama Firdayu. Pembantu peribadi Firdayu. Dalam English nya Personal Assistant (PA). Dengan Kid, Wadi tidak berani cari pasal. Dia pernah lebam sebelah mata dengan penangan Kid. Nampak saja macam mat skema tapi bukan calang-calang orangnya.

            “How are you Mr. stone cold? Long time no see you. I tidak menduga yang you masih mengikut punggung perempuan ini.” Wadi menghulurkan tangannya. Kid menyambut dengan senyuman.

            “I’m fine Mr. paparazzi. I love your story about my boss. Nice story. Don’t play-play anymore.” 

            Terasa makin kuat genggaman tangan Kid. Tanda amaran tu. Firdayu dilihat sudah memalit senyuman di bibir. Geram pulak tengok senyuman poison ivy itu. Kenapalah Kid setia sangat pada perempuan ini? Peduli apa? Dia akan siarkan berita panas ini di majalah nanti. Firdayu dan Datuk Wasef punya skandal istimewa. Biar satu Malaysia tahu. Barulah pulang modal mengintip datuk buaya ini saban waktu.

            Firdayu merapati Kid. Dia berbisik pelahan. Kid anggukkan kepalanya. Kemudian dilihat Kid pula berbisik pada Firdayu. Firdayu kerut dahi seribu lantas merenung pelayan tadi. Dia anggukkan kepala. 

            “I maafkan you. You boleh pergi.” ujar Firdayu perlahan. 

            “Terima kasih cik. Terima kasih.” Bergegas pelayan itu berlalu pergi. Lega kerana wanita itu tidak mengambil tindakan ke atas dirinya. 

            “I mahu pulang. Selera I sudah hilang.” 

            “Bagaimana pula dengan si paparazzi ni? I tak  mahu muka you keluar mazagine atau paper esok.” 

            “Don’t worry. Kid akan uruskan dia.” Firdayu mencapai tas tangannya.

            “Kalau you dah kata begitu tak perlulah I arahkan orang-orang I uruskan dia.” Datuk Wasef mengorak senyuman. Dia mengikut langkah Firdayu.