Tab Menu

Followers

Monday, January 31, 2011

Akan Datang_ Coke And Sundae II

Coke And Sundae II

Azyan dan Syakir sedang berbahagia melayari alam rumahtangga bersama keletah anak mereka Ameerul. Sayangnya Azyan pada Syakir tidak berbelah bagi. Seratus-peratus tau percayakan hubby kesayangan dia.Tapi kata pepatah tu,  ku sangka hujan sampai tengahari tetapi hujan sampai larut malam rupanya. 

Kemunculan Doktor Katrina (awek ala-ala Kareena Kaapor) menimbulkan kontroversi dalam rumahtangga Azyan. Bau-bau kecurangan Syakir mula terasa. Skandal Syakir dengan Doktor Katrina memanaskan cuping telinga Azyan. Penjelasan Syakir menyakitkan hati Azyan. "Kuota abang masih tiga lagi kosong. Apa salahnya kan" Perang pun meletus. Gurauan Syakir membawa padah. Salah sendiri! Mulut gatal sangat. Pandai-pandailah Syakir menyelesaikan masalah sendiri ye.
 

Friday, January 21, 2011

Coke And Sundae

 ADAKAH SUDAH MEMILIKINYA!

Harga Semenanjung: RM18.00
Harga Sabah/Sarawak: RM21.00


Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.

Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.

Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.

Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.

Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.

Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae? 

Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!

Friday, January 7, 2011

E-Novel_TAKDIR CINTA LUKA

Assalamualaikum  Pengunjung Blog Kita...

Sesiapa yang sudah mengikuti siri e-novel ini pasti tidak sabar untuk mengetahui kesudahan cerita ini. Atas masalah kesulitan siri e-novel dimasukkan agak lambat dan sedikit demi sedikit kerana line broadband teruk nak mampus! Geram pun ada! Kita bayar tiap-tiap tapi line lembab mengalahkan siput!

Sinopsis:

Nur Sufi Batrisyah tidak mendambakan sebuah cinta untuk dimiliki. Hati yang terluka oleh cinta semalam menjadikan Batrisyah berhati dingin. Namun sebenarnya dia seorang gadis yang mudah terguris hatinya. Syed Ibtisyam lelaki yang tidak pernah jemu mengejar cinta Batrisyah. Kesungguhan yang ditampilkan oleh lelaki itu membuatkan Batrstah rasa terharu dan cuba belajar untuk menerima cinta Syed Ibtisyam.Tanpa sedar melukakan hati Baby Liyana yang telah lama menaruh hati pada lelaki itu hingga sanggup mengkhianati sahabat sendiri.

Kecewa dengan pengkhianatan untuk kali kedua, Batrisyah membawa diri sekali. Ketika dia mengubat hati yang terluka dengan perkahwinan Syed Ibtisyam dan Baby Liyana, Faliq hadir menghulurkan cintanya. Nyata lelaki itu telah lama memendamkan perasaan terhadap Batrisyah. Kini dia memberanikan meluahkan perasaan setelah hati Batrisyah tidak dimiliki sesiapa lagi.

Cinta Faliq bersambut, tapi dugaan TUHAN menguji cinta Batrisyah dan Faliq. Cinta itu tetap menuntut pengorbanan dari Batrisyah. Demi sekeping hati seorang ibu, Batrisyah rela melepaskan cinta Faliq. Biar Faliq membenci dirinya asalkan hatinya tidak berubah mencintai lelaki sampai ke nafas terakhirnya.