Tab Menu

Followers

Wednesday, May 25, 2011

FOR CNS II WITH LOVE

Saja-saja gatal tangan create logo CNS II ni.  Comel tak? Bagi komen ye nanti. Mintak maaf...sepuluh jari disusun. CNS II akan stop sampai bab 25 sahaja atas permintaan penerbit huhuhuhuhu...Harap anda semua bersama menanti kemunculan CNS II di pasaran nanti dengan edisi dua kali ganda lebih tebal dari yang CNS I. Tunggu berita baik dari Ilya ye ^^ Saya akan sajikan dengan e-novel baru di blog nanti menggantikan CNS II dan QC untuk tatapan anda nanti. Anda tentu sudah membaca siri pengelanan Da Bomb! kan. Menarik tak? E-novel lain Saiz XXXL, Saya Kan Ada, Glamour, Romeo dan Julie, Millennium's dan Enjit-Enjit Semut.

Segala komen anda pada e-novel saya di blog amat dihargai. Mana teguran itu akan saya jadikan galas untuk memperbaiki karya2 saya. ^^ Tanpa anda siapalah saya ni kan.  

Monday, May 23, 2011

Bila Aku Bercerita....

23 Mei 2011 - Pejam celik pejam dan celik lagi sudah nak berakhir bulan Mei rupanya. Sekejap saja masa berlalu. Aku pul a sibuk dengan manuskrip CnS II (Coke and Sundae II) dan QC (Queen Control) Masalahnya bila menghadap FB memang tergendalalah manuskrip aku. Hujung bulan Mei mahu hantar pada penerbit. Ada orang mempertikaikan aku buat banyak e-novel di blog, hehehehe aku memang minat menulis selagi aku tak terikat dengan komitmen lagi. Selagi masih single and available. Lagipun aku memang suka menulis dan tidak kisah jika karya aku tidak diterbitkan sebab aku hanya ingin mencari kepuasan. Esok-esok dah jadi bini orang alamak kena hadkan masa untuk menulis ni sedikit huhuhu...Rumahtangga itu penting kan...hehehehe

Hati aku berdebar kuat kebelakangan ini. Aku selalu berdoa yang majlis pertunangan aku berjalan dengan lancar. Pelbagai dugaan aku tempoh. Macam-macam hal berlaku. Aku tak sangka pula ada orang PHD (Penuh Hasad Dengki) nak rosak perhubungan kami. Ya Allah...bantulah kami. Adakalanya aku rasa macam dalam novel pulak. Bekas ex aku buat kacau. Pelik bin ajaib betul aku. Aku bukan jenis suka simpan dendam. Sebelum ini aku tidak pintakan perpisahan tapi mereka yang tinggalkan aku. Hmm....memang boleh buat novel citer aku ni.

Aku nak settlekan urusan pejabat sebelum bercuti ni. 26 Mei ini aku balik kampung nak prepare apa yang patut. Barang-barang hantaran semua aku buat sendiri. Hehehehe...kot pasni sapa-sapa perlukan aku untuk khidmat membuat gubahan boleh cari aku.  Isk2 Ilya ni asyik nak mencari untung aje ye. Aku harap kisah cinta aku dan dia berakhir dengan happily ever after seperti kisah Azyan dan Syakir. Amin...

Sunday, May 22, 2011

Coke and Sundae II - Bab 21

“TAK nak! Ayang tak nak balik!” getus Azyan geram. 

Syakir mati kutu. Dia sudah cukup lembut memujuk Azyan tapi langsung tidak berjalan dengan lancar. Bagi bunga tak nak! Bagi coklat tak nak! Apa agaknya Azyan nak? Rumah banglo sebiji atau kereta BMW. Kereta BMW lagi macam tiada kereta lain.

Ameerul hanya tersenyum-senyum melihat ayahnya memujuk. Kali ini memang merajuk betul ibunya itu. Jika tidak sekali pujuk dengan air liur sahaja sudah cair. Dia yang syorkan ayahnya beli bunga dan coklat. Ala dia tengok dalam televisyen macam mana seorang pakwe memujuk makwe yang merajuk. Dia suruh ayahnya pujuk dengan aiskrim Conetto. Ayahnya kata mengarut! Ingat iklan Wall ke?

            “Ala bucuk-bucuk abang ni. Buruklah muka tu buat bibir muncung.” Syakir mengusap-usap bahu Azyan. Usaha itu tangga kejayaan. Dia akan terus memujuk Azyan.

            “Siapa yang busuk. Saya mandi tahu! Siap pakai sabun mandi May haruman Rose lagi.” desis Azyan. Sesuka hati Syakir kata dia busuk.

            Syakir menekup mulut menahan tawa. Boleh tahan juga lawak isterinya itu walaupun bercakap dengan muka yang serius. Nasib baik tak keluar pantun dua kerat dari Azyan. Azyan kalau bab pantun dua kerat ini serahkan saja pada dia.

            “Sayang…abang ada pantun untuk sayang. Pak Semeon naik lori, I’m so sorry…Satu lagi pen merah pen biru, you marah I Love You!” Ingat Azyan seorang saja pandai buat pantun dua kerat. Doktor Muhammad Syakir pun pandai tahu tak. 

            Ameerul ketawa. Terer jugak ayah dia berpantun. Azyan menjuihkan bibir. Dia tidak akan termakan dengan pujukan romantis dari Doktor Muhammad Syakir itu. Bukan senang nak pujuk hati anak Mejar Idris ini tahu! Hati kental. Azyan sudah bersiap sedia dengan pendinding kalis peluru agar Syakir tidak bisa menembusinya.

            Adui! Azyan buat muka tak berperasaan pulak. Macam mana ni? Masakan dia perlu menggunakan khidmat Puan Mahani untuk memujuk hati anak Mejar Idris ni?  Kalau beritahu Puan Mahani memang dialah yang akan dipersalah seratus-peratus. Cikgu Ilyas pun akan berpihak kepada Puan Mahani. Syamil pun sama. Pedih telinga jika kena bebel dengan Puan Mahni and the geng. Kalah teruk dia nanti. Dia kena fikirkan taktik lain. Pujuk isterinya lagi susah dari nak memujuk pesakit makan ubat.

            “Ayah…” Ameerul turun dari katil. 

Dia membisikkan sesuat apda telinga ayahnya. Syakir angkat kening. Baguslah kepala otak anak bujang dia ni. Tak terfikir pula dengan idea bernas dari Ameerul. Syakir bergegas keluar dari bilik. Ameerul membuntuti ayahnya dengan senyuman.

Apalah yang anak-beranak itu rancangkan? Azyan pula menggaru kepala. Dia jadi blur seketika. Tidak lama kemudian pintu bilik itu di kuak semula. Syakir muncul bersama gitar di tangan. Bukan main lagi lagak gayanya ala zaman remajanya dulu. Tengoklah stail rambut Syakir yang ala-ala rambut Jepunnya. Maco lagi rupanya suami dia ini. Kalaulah dia buat stail rambut begini ke hospital mahu pengsan jururawat dan pesakit wanita.

“Jeng! Jeng! Jeng!” Ameerul sudah duduk di sisi ibunya sambil bertepuk tangan. Azuan hanya memerhati dari luar. Nasib baik dia masih ada simpan gitar lamanya.

“Isteriku…lagu ini abang tujukan khas untuk sayang agar hati sayang yang merajuk itu akan terpujuk.” Syakir memetik gitar di tangannya.

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Azyan terkedu mendengar suara lunak Syakir. Bukankah ini lagu ‘Luahan Hati’ nyanyian asal  dari Apit. Lagu yang mengusik perasaan. Azyan memang suka mendengar lagu ini di corong radio tetapi dinyanyikan oleh kumpulan Kristal. Siap dia buat lagu tema bagi telefon bimbitnya menggantikan lagu tema Doraemonnya. He he he…

“Ayah tu makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi dah tak basah dah ibu.” suara Ameerul perlahan. Tidak salah jika Ameerul berpihak pada ayahnya kali ini.

Azyan tersenyum lalu mengusap lembut rambut Ameerul. Dia cuba menghayati lagu yang di sampai oleh Syakir.

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

            Lepas ini Syakir boleh daftar masuk ke Akademi Fantasia. Tidak pun masuk dalam racangan MENTOR yang ada kat TV 3 itu. Boleh bawak duit. Mana tahu boleh beli rumah banglo sebiji dan kereta BMW. BMW lagi! Azyan mula buat angan-angan Mat Jeninnya.

            “Terpujuk tak dengan lagu abang tadi. 25 minit abang hafal lirik tadi.” Syakir merapati Azyan.

            “Ada ayang kisah.” 

            “Tapi abang kisah.” Syakir kucup pipi Azyan laju. Merah padam muka Azyan menahan malu. Ameerul sudah ketawa kecil melihat perilaku romantik ayah dan ibunya.

            Azyan merengus kecil. Apa ni curi-curi cium pipi orang!

            “Marah abang lagi tak?” soal Syakir lembut.

            “Marahlah…” 

            “Iya ke?”

            “Iya…”

            Syakir mencubit pipi Azyan. Azyan menepis. Bulat anak matanya merenung wajah Syakir. Ikutkan hati mahu saja dia telan Syakir hidup-hidup. Kenyang perut yang sedang berkeroncong lagu dangdut ini. Lapar!
           
HARI ini Khams malam Jumaat. Malam ini memang sesuai untuk Katrina dan Leena bertemu dengan Mak Esah. Katrina rasa seram sejuk melihat rumah buruk Mak Esah. Rumah Mak Esah terpencil dari rumah-rumah kampung lain. Di sekelilingnya rumah Mak Esah gelap gelita. Katrina menyorok di belakang Leena. Temannya itu tampak biasa sahaja. Seolah-olah langsung tidak tergugat dengan suasana yang menyeramkan itu.

            Katrina dan Leena mendekati tangga kayu rumah Mak Esah. Leena melaung-laung nama Mak Esah beberapa kali. Tiada sahutan dari dalam. Leena merengus kecil. Ke mana pulak orang
ini. Mak Esah pergi menyantau orang kampung ke? 

            “Agaknya Mak Esah tiada rumah kot, Leena.” bisik Katrina.

            “Mak Esah! Mak Esah! Mak Esah!” Leena melaungkan nama orang tua itu semula.

            Kus Semangat! Tiba-tiba sahaja pintu rumah itu terkuak sendiri. Katrina sudah memeluk Leena dari belakang. Tiada pula wajah Mak Esah tertonjol depan pintu.

            “Masuklah!” Kedengaran ada suara orang tua di dalam. 

            Leena melirik senyuman. Dia menarik Katrina naik ke atas. Sebaik saja memijak lantai rumah Mak Esah, Katrina segera memaut lengan Leena. Rumah macam nak roboh! Kata bomoh profesional. Takkan tak mampu nak buat rumah baru kot! Katrina buat komen sendiri dalam hati. Bau dalam rumah ini busuk semacam hingga buat Katrina terpaksa menutup hidung sedikit.

            Mak Esah sedang duduk berteleku di hadapan kemenyan. Mulut Mak Esah terkumat-kamit membaca sesuatu. Katrina tidak faham apa yang dibaca oleh wanita tua itu. Rambut Mak Esah yang keputihan itu sanggul rapi. Ada paku berkarat dicucuk pada sanggulnya. Tengok raut wajah Mak Esah pun sudah menggerunkan Katrina. Katrina dan Leena duduk bersipuh di hadapan Mak Esah.

            “Mak Esah…kedatangan kami ke sini ada hajat besar. Ini teman baik saya, Katrina. Dia inginkan pertolongan dari Mak Esah.” Leena membuka bicara. Katrina di sebelah hanya tersenyum.

            Mak Esah mengangkatkan wajahnya. Matanya tajam merenung Katrina. Cantik perempuan ini! Perempuan secantik ini pun mahukan khidmat bantuannya. Mak Esah mengerutkan dahi.

            “Pertolongan apa yang kamu mahukan dari aku!” suara Mak Esah agak keras. 

            “Begini Mak Esah…kawan saya ni sudah jatuh hati pada seorang lelaki di tempat dia bekerja. Masalahnya lelaki itu sudah beristeri dan langsung tidak pandang kawan saya ini.” Leena bercakap bagi pihak Katrina.
            Kiranya perempuan ini gilakan laki oranglah. Kalau orang sudah meminta pertolongan dari dia maka da akan menolongnya. Apa yang penting dia mendapat pulangan yang besar dari khidmat yang dia berikan pada pelanggannya.

            “Kamu ada membawa gambarnya atau apa-apa saja milik dia.” Kalau tiada barang dari milik orang yang ingin dipuja itu dia tidak boleh menjalankan kerjanya dengan mudah.

            Katrina menganggukkan kepalanya. Dia membuka beg tangannya lalu mengeluarkan sekeping gambar milik Syakir. Gambar itu dia ambil secara curi-curi beberapa hari yang lalu.

“Ini gambarnya Mak Esah. Saya mahu Mak Esah buat dia tergila-gilakan saya sampai dia lupa pada isteri dia.” Katrina menyerahkan gambar Syakir kepada wanita tua kerepot itu. Bibirnya sudah mengulum senyuman lebar.

            “Bisa diatur…” Mak Esah tersengih menampakkan barisan giginya yang berkarat itu. Entah berapa tahun agaknya Mak Esah tidak gosok gigi.

            Eeiii…gelinya. Katrina rasa loya anak tekak. Wanita tua ini pengotorlah. Bau mulutnya  macam bau longkang pun ada. Kalau bukan disebabkan dia sudah kepinginkan Syakir tidak akan dia jejakkan kaki ke rumah Mak Esah.

            Mak Esah bingkas bangun dan membawa semangkuk air jernih. Beberapa biji limau nipis dihiriskan lalu dia masukkan ke dalam mangkuk berisi air jernih berkenaan. Gambar itu Mak Esah layangkan pada kemenyan. Jampi serapah sudah di mulakan. Katrina dan Leena hanya memerhati tanpa bersuara. Mereka membiarkan sahaja Mak Esah melakukan kerjanya.

Saturday, May 21, 2011

Coke And Sundae II - Bab 20

APABILA ibu dan ayahnya berperang, Ameerullah yang menjadi mangsa. Kalau sebelahkan ayah pun payah. Kalau sebelahkan ibu pun payah. Ameerul kena duduk di tengah-tengah. Bila ayah dan ibunya saling bertatapan mata maka keduanya akan tarik muka. Ayah pun satu, bukan nak mahu nak mengalah sikit dengan ibu. Ibukan sedang bawa adik dalam perut tu. Nenek kata orang yang sedang mengandung ni emosinya kena jaga sikit. Kalau emosi ibu terganggu siapa yang susah. Ayah juga yang susah. Ameerul menggelengkan kepala sendiri.

            Ibu sedang mogok memasak. Balik tadika angkat tudung saji satu makanan pun tiada. Dia juga yang menjadi mangsa perang dingin ayah dengan ibunya. Ameerul mengeluh kecil di atas sofa. Perut sedang lapar ni. Nak masak maggi dia tak pandai. Ameerul menggarukan kepala. Masakan dia akan membiarkan keadaan berterusan macam ini. Kecil-kecil sudah kena berfikir macam orang dewasa. Susahlah kalau ayah tidak mahu menjalankan misi memujuk ibu.

            Syakir menarik nafas panjang. Balik penat-penat begini dengan perut kosong. Apa pun Azyan tidak masak! Bertuah punya isterinya. Boleh pula dia tinggalkan nota pada peti ais keluar berhibur untuk mengubat hati yang duka nestapa. Ini mesti bertenggek di rumah Salwa. Jika tidak pun Azyan mengadu kasih dengan Puan Mahani, ibunya itu. Kalau dengan Puan Mahani memang dialah yang akan kena bebel. Nasib baik tidak ke rumah Mejar Idris, pak mertuanya. Mampus dia nak menghadap Mejar Idris misai melintang itu. Gerunnya tetap ada.

            Syakir turut melabuhkan punggung di sebelah Ameerul. Kedua anak-beranak itu menongkat dagu memandang antara satu sama lain. Ameerul renung ayahnya semacam. Renungan yang buat Syakir tidak senang hati. 

            “Meerul…bukan ayah yang mulakan dulu ye.” suara Syakir.

            “Ayah yang salah.” Ameerul seperti memihak pada ibunya. Tak acilah macam ini.

            “Apa pulak salah ayah? Ibu tu yang sesuka hati tumpang lelaki lain hantar balik rumah. Ayah jealous tau. J-E-A-L-O-U-S!” Syakir menyilangkan kedua belah tangannya. Kalau tumpang Rizlan bleh juga di maafkan lagi. Ini entah lelaki ceruk mana yang Azyan kutip ntah.

            “Jeles…cemburu ke ayah.”

            “Iyalah sayang.” Syakir mencubit pipi tembam Ameerul. Tapi kalau dapat cubit pipi Azyab lagi best. Alahai rindunya nak usik-mengusik dengan isteri dia yang comel itu.

            “Ayah jeles buat pe! Pakcik tu memanglah ngorat ibu tapi itu bolayan.” Ameerul menepuk perlahan bahu ayahnya. Tarik telinga ayah dia baru tahu! Buat siasatan dulu sebelum nak cari gaduh. Ini tidak terus isytiharkan perang. Kalau ibu angkut sekali kain baju kan susah. Mana Doktor Muhammad Syakir Bin Ilyas mahu mencari Nur Azyan Binti Idris nanti? Baru padan dek muka.

            “Boleh percaya ke?” 

            “Ayah ni jahatlah. Meerulkan bodyguard setia ibu. Meerul selalu take care ibu bukan macam ayah.” Amboi! Anak bujang dia yang seorang ini sudah bercakap macam orang dewasa pulak. 

            “Agak-agak ibu mengubat hati duka nestapa di rumah siapa ye Meerul?” Syakir memandang muka Ameerul. Ameerul menjongket bahu.

            “Ayah tiponlah rumah atuk.”

            “Rumah atuk yang mana satu?”

            “Atuk yang misai melentik tu.” 

            Syakir ketawa kecil. Atuk misai melentik. Siapa lagi kalau bukan bapa mertua dia, Mejar Idris.

“TAK baik biarkan suami kelaparan di rumah Yan.” Encik Idris yang sedang sibuk memotong sayur itu bersuara. Asal gaduh je mesti nak merajuk. Syakir pun satu. Cemburu tak bertempat. Azyan pun bukan jenis suka beralah.

            “Syakir pandai masak. Biarlah dia masakkan untuk Meerul.” desis Azyan. Bawang yang dihiris sudah hancur.. Ikutkan hati mahu saja dia hiris kulit Syakir macam dia hiris bawang ini.

            Encik idris gelengkan kepala. Ada lagi rupanya panas baran anak perempuan dia ini. Azyan…Azyan…

            “Yan…seorang isteri kena minta izin suami dia kalau nak keluar rumah. Yan sudah minta izin dari Syakir. Yan dah beritahu Syakir yang Yan datang rumah ayah.” Encik Idris mengerling anak perempuan tunggalnya itu. 

            Azyan buat muka poyo depan ayahnya. “Yan sudah buat nota. Yan tampal pada peti ais.”

            “Ya Allah budak ni…ada ke patut buat macam itu. Yan tulis apa?” Berkerut dahi Encik Idris yang sememangnya berkedut itu.

            “Yan tulis yang Yan keluar berhibur untuk mengubati hati yang duka nestapa.” balas Azyan bersahaja.

            Encik Idris tepuk dahi. Bertuah punya anak. Buny deruan kereta di luar buat Azyan bergegas meninggalkan dapur. Siapa lagi yang pulang dari kerja kala bukan Azuan. Azyan meluru mendapatkan abang sulungnya itu.

            “Ada beli tak?” soalnya.

            “Ada. Sejak bila kau mengindamkan aiskrim sundae ni? Setahu abang kau anti benda alah ni.” ujar Azuan. Dia menyerahkan aiskrim sundae kepada Azyan. 

Nasib baik sempat singgah McDonald’s tadi. Kelam kabut dia bekejar ke sana ke sini. Jalan pula sesak kerana kemalangan. Fuh! Letih gila beb.

            “Sibuklah abang ni.” gerutu Azyan. Banyak mulut!

            “Aik! Abang sibuk sikit pun dah muncung. Yan…jangan muncung panjang macam tu nanti berjangkit dekat anak dalam perut tu.” 

            Azyan mencebik pula. Dia cubit lengan Azuan. Menjerit sakan kawan. Aduh! Ini mesti berbekas kena ketam Azyan. Berbisa!

            “Rasakan! Mulut celupar!” marah Azyan.

            Bunyi telefon di ruang tamu mematikan perbualan Azyan dan Azuan. Encik Idris yang menjawab panggilan. Sesekali mata Encik Idris melirik ke arah Azyan seakan panggilan itu ada kena-mengena dengan Azyan. Entah-entah Syakir yang telefon. Ayah pun bukan serius bercakap dalam talian. Kalau Syakir nak jemput dia balik rumah, jangan haraplah dia nak balik! Dia kecil hati dengan Syakir. Buat tuduhan tidak berasas. Ingat dia kebulur ke dengan lelaki bernama Encik Ikhwan itu. Bagi sedozen BMW pun dia tidak sudi.

            Azyan segera lari masuk ke dapur semula. Lebih baik dia melantak aiskrim sundaenya sebelum mendengar ayahnya memberikan kata nasihat nanti. Azuan turut mengikut langkah Azyan. Azuan membuka peti ais mengambil sebotol air mineral.

            “Sahlah suami kesayangan kau call tu.” Azuan main pakai tembak sahaja meneka.

            “Pandai-pandailah Abang Zuan ni. Mana tahu yang telefon itu bakal ibu tiri kita. Ingat ayah kita tu tak hensem. Misai melentik ayah itu yang ada saham tinggi tau.” 

            “Bila masa ayah ada girlfriend? Abang duduk serumah dengan ayah, segala rahsia ayah ada dalam genggaman abang.”

            “Rahsia ayah dalam genggaman abang ke atau rahsia abang dalam genggaman ayah.” Azyan mengangkat keningnya. Ingat dia tidak tahu Azuan kerap keluar berdating dengan Emelda. Pasangan merpati sejoli katakan.

            Azuan bercekak pinggang. Ada pulak mulut yang nak kena sumbat dengan sambal belacan.

            “Yan…nanti Syakir datang dengan Ameerul jemput Yan.” Encik Idris terpacak depan pintu dapur.

            “Skuter Yan mana nak campak? Cakap kat Doktor Muhammad Syakir tu, Yan tak nak balik. Esok Yan balik sendiri. tak payah nak jemput-jemput Yan.” Azyan buat muncung panjang sedepanya. Dia tdak ingin menghadap muka Syakir. Geram!

            “Nur Azyan…” Encik Idris mengeraskan sedikt suaranya. Dia bukan apa risaukan keadaan Azyan yang berbadan dua itu bawa skuter. Kalau Azyan merempit macam mana? Encik Idris tidak boleh membayangkannya. Azyan sudah cukup nakal masa remaja.

            Ini yang tak best bila ayah sudah mula buat serius. Kalau membantah mesti jadi kes naya. Azyan bangun dari tempat duduknya. Aiskrim yang masih belum luak ditinggalkan begitu sahaja. Da merajuk pula dengan si ayah. Ayahnya memang suka menyelebahi ‘Doktor Cicak Kobeng’ itu.  Nah! Gelaran lama Syakir sudah diberikan.

Thursday, May 19, 2011

Queen Control - Bab 13



AKU memang tak boleh tahan dengan bunyi telefon bimbit mamat seorang ini. Asal pagi saja memekak. Asal pagi saja memekak suruh bangun! Dia memang suka menaikkan darah aku. Lama-lama aku memang kena darah tinggi! Aku nak tidur dengan aman pun tak senang. Hari minggu begini kenalah tidur lebih sikit! Sudahlah aku penat bekerja. Lainlah dia hanya menguruskan rumah!

Putri Tasnim menekup kedua belah telinganya dengan tangan. Ikutkan hati mahu saja dia mencampakkan terlefon bimbit Tiryaq pada dinding. Baru puas hati dia! Putri Tasnim bingkas bangun dengan mata yang masih mamai. Rambut yang kust masai itu langsung tidak di ambil peduli. Appa yang penting dia mesti mendapatkan telefon bimbit Tiryaq yang sedang memekak itu. Bibir Putri Tasnim memalit senyuman apabila dia sudah dapat memengang barang yang dicari. Da tidak menunggu dengan lebih lama. Telefon bimbit itu dia lontarkan pada dinding. Maka tamatlah riwayat telefon tersebut. Jika dihantarkan ke ICU pun belum tentu dapat diselamatkan.

Selimut kembali ditarik ke seluruh tubuhnya. Barulah aman! Putri tasnim kembali berdengkur halus. Pintu bilik itu dikuak perlahan. Tiryaq menghela nafas kecil melihat telefon bimbitnya yang berderai di atas lantai. Ganas juga bininya ini. Dia merenung wajah Putri Tasnim yang sudah kembali diulit mimpi. Tiryaq mengusap dagunya yang licin. Ada sesuatu yang sedang bermain difikirannya. Tiryaq melangkah ke bilik dan kembali dengan sebaldi air. Dia simbahkan sebaldi air pada Putri Tasnim. Ini ubatnya untuk orang yang suka lewat bangun!

Putri Tasnim bangun mendadak dengan tubuh yang sudah lencun. Dia mengetap bibit kegeraman. Tiryaq mengorak senyuman lebar. Senyuman yang sukup manis buat Putri Tasnim.

How dare you!” Getus Putri Tasnim. Habis basah baju tidur, selimut, tilam dan seangkatan denngannya. Tiryaq memang sengaja mahu bikin hatinya panas.

Good morning tuan puteri...intang payung...matahari sudah tegak di atas kepala maka tuan hamba pacar yang hina ini sekadar mahu mengejutkan tuan puteri untuk makan sarapan pagi.” Tiryaq berdialog dengan penuh rasa hormat pada permaisuri yang masih berada di atas katil itu.

“You tahu tak I penat! P-E-N-A-T! Sudah I terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung you!” Putri Tasnim menundingkan jari telunjuknya pada muka Tiryaq. Dia rasa nak cekik-cekik leher Tiryaq. Tiryaq lelaki yang tidak reti bahasa. 

“Ermmm...saya pun bekerja juga.” 

“Kerja apa yang you buat?”

Housewife.” Balas Tiryaq selamba.

Putri Tasnim mencengkam kepala. Dia segera turun dari katil dan menuju ke bilik air. Tiryaq menjongket bahu. Rasanya dia tidak salah cakap. Tiryaq segera mengemaskan tempat tidur mereka. Dia perlu mencuci cadar dan selimut yang sudah dibasahi air itu.

Putri Tasnim memandang wajahnya pada cermin. Kalau dia tumbuk cermin pada bilik airnya itu pasti tanganya berdarah. Tiada maknanya dia berbuat demikian. Buat sakit tangan sahaja. 

“Sampai bila aku nak menyimpan lelaki pembawa malang ini dalam rumah aku?” Putri Tasnim menggarukan kepala. Lambat-laun orang akan tahu juga dia sudah bersuami. Berkahwin sebab kena tangkap basah!

Setelah membersihkan diri, Putri Tasnim melangkah keluar dari bilik air. hatinya lega melihat Tiryaq sudah tiada di dalam bilik. Mungkin lelaki itu kembali melakukan kerja-kerja rumah. Kalau Tiryaq mahu dia menggantikan telefon bimbitnya yang baru dia boleh ganti. Telefon bimbit sekarang bukannya mahal. Dia boleh belikan telefon jenama Blueberry pada Tiryaq. Putri Tasnim segera mengenakan pakaian. Dia sekadar memakai T-shirt dan jeans. Baru dia hendak mencapai beg tangan telefon bimbitnya sudah memekak.

Malas-malas Putri Tasnim mahu menjawab panggilan berkenaan. Dia sedang tiada mood ketika ini. Kalau Datin Khalida yang menelefon semestinya ada mesyuarat kaum wanita. Ini mesti kes pasal suami berdahi licin. Dia tidak faham mengapa dia perlu turut serta sekali.

            “Helo...”

            “Tas...you datang rumah I. I ada berita tergempar nak berkongsi dengan you!” Putri Tasnim menjarakkan sedikit telefon bimbitnya. Bercakap macam pakai pembesar suara. 

            “Berita apa yang gempar sangat tu? Husband you kahwin lain ke Khal?”

            “Mulut you cabullah Tas. You fikir Datuk Husin berani cari lain ke? Langkah mayat I dulu.”

            Perempuan mana yang ingin bermadu kan. Kata orang madu itu pahit. Adakah sepahit hempedu? Itu Putri Tasnim tidak tahu.

            “I datang rumah you.” Putri Tasnim mematikan talian telefonnya. Dia baru bercadang ini ke The Mines untuk bermain bowling. Niatnya terpaksa dibatalkan. Malaslah dia mahu menukar pakaian yang lan untuk ke rumah temannya itu. Dia lebih suka berpakaian santai pada hari minggu begini.

            “Tiryaq...I nak keluar. You jangan ke mana-mana pula masa I tiada.” Putri Tasnim siap memberikan pesanan pada Tiryaq sewaktu dia mengenakan kasut tumit tingginya.

            “Baik tuan puteri. Hamba menurut perintah.” Ujar Tiryaq dengan senyuman yang tidak lekang di bibir seksinya itu. 

Senyumannya cukup menggoda hati Putri Tasnim. Ditambah pula dengan mata dan tubuh Tiryaq yang juga sudah cukup seksi itu. Kalau direnung lama-lama mahunya Putri Tasnim menyerahkan diri pada Tiryaq. Oh! Tidak....Lebih baik dia cepat beredar.

“KITA memang patut kena control suami kita. Bukan apa, nak elakkan suami kita curang di belakang kita.” Datin Khalida bersuara lantang. Putri Tasnim menongkat dagu. Dia hadir ke jamuan Datin Khalida kerana wanita itu teman baiknya. Kalau tidak jangan harap dia mahu tunjuk muka. 

            Seorang lagi wanita sedang menangis teresak-esak di samping Datin Khalida. Wanita itu membuat aduan yang suaminya telah bernikah dengan seorang gadis baya dengan anak sulungnya.

            “Betul tu! Lelaki sekarang bukan boleh bagi muka sedikit mulalah pasang lagi satu belakang kita. Apa pendapat you, Tas?” Puan Sri Lamia mengalih pandangan pada Putri Tasnim. 

            Putri Tasnim mengangkatkan keningnya. Dia hanya tersenyum. Rata-rata teman Datin Khalida itu semuanya jenis ‘Queen Control’. Suami mereka memang jenis spesis buaya darat. Pantang nampak perempuan cantik sikit mulalah mengayat. Depan bini pijak semut pun tak mati tapi belakang bini dialah hero.

            “Tas manalah tahu pasal isu rumahtangga ni. Dia belum berkahwin lagi.” Celah Puan Mustika.

            “Siapa cakap I tidak kahwin lagi.” Hati Putri Tasnim mula bengkek. Dia tahulah di kalangan mereka itu dia yang masih tidak berumahtangga. Sudah hampir ke tahap andartu. Tapi kini status dia telah berubah hanya dalam satu malam sahaja. Dia bukan lagi Cik Putri Tasnim Johari tetapi Puan Putri Tasnim Johari.  Title cik sudah bertukar menjadi puan.

            Kata-kata Putri Tasnim membuatkan semua mata terarah kepadanya. Mereka salah dengar ke? Rasanya saban hari mereka mengorek tahi telinga. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Putri Tasnim menekup mulut. Alamak! Dia terlepas cakap.

            “Bila you kahwin? We all tak dapat kad pun?” Soal Datin Khalida.

            “I kahwin express. Akad nikah saja.” Dalih Putri Tasnim. Tiada jalan lain selain membuat pembohongan besar dalam hidupnya. 

            “Macam terdesak pulak you berkahwin.” Datin Khalida merenung tajam ke arahnya. Bila masa pulak minah workholic ini bercinta? Sedangkan jejaka bernama Tihran yang tergila-gilakan Putri Tasnim itu pun di reject! Ada kemusykilan di sini.

            “Bukan terdesak...terpaksa! Dia tak boleh kehilangan I. Dia sudah tergila-gilakan I.” Putri Tasnim buat-buat ketawa besar. Kalau sudah pandai menggali lubang maka kenalah pandai menutup lubangnya. 

            “Jangan percaya sangat pada lelaki ni Tas. Mula-mula memanglah mereka sayang kita. Lepas itu mulalah datang penyakit miang keladi mereka.” Gerutu Datin Khalida.

            “Betul tu! I sokong!” Majoriti teman-teman Datin Khalida sebulat suara menyokong wanita itu.

            “Jangan lupa perkenalkan suami you pada we all.” Ujar Puan Sri Lamia.

            Sudah! Ini lagi satu bala buat Putri Tasnim. Sudah jatuh ditimpa tangga pulak. Masakan dia akan membawa Tiryaq untuk tatapan umum. Nak pitam pun ada. Habislah dia kalau kisah hidupnya diketahui umum! Reputasi kau Tasnim! Reputasi kau kena jaga!

            “Kenapa ni? You nampak berpeluh.” Tegur Datin Khalida.

            “I’m okay. Alrite...I akan kenalkan dia pada you all.” Dia berada di jalan yang buntu. Jalan mati!

            “Wah! Siapakah jejaka bertuah yang telah menambat hati batu you, Tas. Semestinya dia seorang yang begitu istimewa.” Puan Mustika memeluk lembut bahu Putri Tasnim.

            Istimewa tengkorak korang! Dia dianiaya tahu tak! Ini padahnya jika berbuat baik pada orang yang salah. Dia masih belum bersedia menjadi seorang isteri. Alih-alih kena cekup dengan JAIS! Dia bukannya kenal dengan lelaki yang sudah menjadi suami itu. Asal dan usul Tiryaq pun dia tidak tahu. Dan dia tidak mahu ambil tahu! 

            Putri Tasnim hanya melirik senyuman sinis di hujung bibir. Senyuman tidak ikhlas. 

            “Alamak meraunglah Tihran dengan you. You pun tahu Tihran sukakan you tapi you jual mahal dengan dia. Dasar hati batu!” Tambah Datin Khalida.

            Tihran...Dia tidak pernah sukakan Tihran. Dia hanya menganggap Tihran tidak lebih dari seorang teman. Soal hati dan perasaan ini mana boleh main paksa-paksa. Orang sudah tidak suka kenapa perlu nak terhegeh-hegeh.

            “Apa yang you merepek ni Khal. I tidak pernah bagi harapan pada Tihran.” 

Putri Tasnim buat muka cebik. Kalau dibandingkan Tihran dengan Tiryaq semestinya segala pakej lelaki idaman ada pada Tiryaq. Tiryaq kan seksi. Kalau tengok tubuh badan Tiryaq pun dia sudah cair. Nasib baik dia mampu bertahan hingga ke hari ini. Dia tidak akan biarkan Tiryaq menggoda hati wanitanya.

            “Okaylah...itu urusan peribadi you. I tak patut masuk campur siapa pilihan hati you.” Datin Khalida tersengih. Pada hal dalam hati meronta-ronta ingin tahu lelaki yang telah menakluki hati batu teman baiknya itu.

            Tahu tak apa! Kau orang memang suka menjaga tepi kain orang kan. Perempuan sukakan gossip panas! Lebih baik berbalik ke topik asal perbincangan asal dari topik perkahwinan dia. Dia tengah bingung memikirkan pasal Tiryaq. Siapa yang salahkan. Siapa suruh dia terlepas cakap tadi! Masalah...Masalah...