Tab Menu

Followers

Saturday, January 21, 2012

Awek Skuter - Bab 5

“ASSALAMUALAIKUM…orang dah balik.” Ujar Adllea seraya meletakkan kasutnya pada rak. Lenguh-lenguh seluruh badan ini. Kalau suruh Tuty urutkan pasti sedap. Apa susah upah saja makanan pada Tuty pastinya Tuty mahu. Bukan susah mahu umpan Tuty. Kalau tidak dapat umpan Tuty dengan makanan dia umpan Tuty dengan wang sepuluh ringgit. Tuty pasti melonjak macam kanak-kanak riang nanti.

            “Waalaikumusalam…” Pakcik dan Tuty menjawab serentak.

            Kedua annak-beranak itu sedang bersila menonton televisyen. Adllea pun tak tahu apa yang seronok sangat dengan rancangan SpongeBob itu. Kalau kartun Tom and Jerry memang dia layan. Dia memang suka tengok kucing dan tikus tu berkejar-kejaran. 

            Adllea tiada masa mahu tumpang sekaki tengok SpongeBob. Dia  terus menuju ke dapur melihat lauk makan malam ini. Mulut Adllea sudah mengeluh kecil. Kalau setakat telur goreng dan sambal belacan ini memang sudah jemu dia menghadapnya. Macam tiada menu lain. Sekali-sekala buatlah tomyam campur ke? Nasi goreng belacan ke? Nak kata tak reti memasak pakcik dia buka kedai makan. 

            Tak kisahlah telur goreng dengan sambal belacan. Adllea pun malas nak memasak menu lain. Janji perut ini akan berisi. Adllea capai pinggan dan ceduk nasi. Dia juga tidak lupakan kicap cap kipas udang kegemarannya. Makan nasi mestilah ada kicap. Kalau tiada kicap memang tak sah. Jangan lupa sebelum makan baca doa makan dulu. Nanti kita makan bersama syaitan sekali. Adllea masih ingat pesan ustazah di sekolah dulu.

            Alhamdulillah….perut dia sudah kenyang. Dua kali dia tambah nasi. Siapa kata ornag kurus kering macam papan ini tak kuat makan. Adllea fasal makan nombor satu tolak batu dengan kayu saja. Hehehehe…

            “Lea…” Suara rock ala Ella itu memanggilnya. Siapa lagi yang memanggil dia kalau bukan Tuty.

            Adllea bergegas ke ruang tamu.

            “Kenapa?” Dahinya berkerut.
            “Ada panggilan telefon untuk kau.”
            “Siapa?”

            “Entah. Suara macam bukan suara teman susah dan senang kau itu.” Tuty muncungkan
bibirnya.

            Lelaki mana pulak ni. Setahu dia hanya Hidayat yang tahu nombor telefon rumah ini. Kalau korang mahu mengatakan dia ada kekasih memang jauh sekali. Muka macam dia, siapalah nak. Adllea  mencapai ganggang telefon yang dihulurkan oleh Tuty.

            “Ehem-ehem..Assalamualaikum…” Adllea bercakap penuh sopan sekali.
            “Waalaikumusalam…skuter buruk awak dah sihat ke?”

            Dahi licin aku bertambah kerutan. Skuter? Sihat? Adllea mula memerah otak untuk mengencam yang empunya suara.

            “Katak bercermin mata empat!” Adllea menjerit dalam telefon.
            “Awak nak bagi gegendang telinga saya pecah ke?”
            “Mana awak dapat nombor telefon rumah saya? Apa lagi yang awak nak pada saya? Awak nak balasan sebab awak tolong panggilkan kawan saya ke? Orang macam awak tak ikhlas mahu menolong sayakan?” Bertubi-tubi Adllea menyoal Shaz.

            “Pandai pun awak. Saya memang mengharapkan balasan dari awak. Saya nak awak boleh?” Kedengaran suara ketawa di dalam telefon.
            “Gila!” Adllea menghempaskan ganggang telefon. Pakcik dan Tuty memandang ke arah Adllea.

            “Siapa tu Lea?” Pakcik bertanya.
            “Orang gila!” Balas Adllea seraya berlalu masuk ke dalam bilik. Adllea hempaskan badan atas tilam.

            Siapalah badigol yang memberikan nombor telefon rumahnya. Panas hati ni. Hangin satu badan. Kalau Farith yang telefon tadi memang Adllea akan terlonjak-terlonjak macam bebudak dapat aiskrim. Lagi-lagi kalau Farith melamar dia menjadi suri dalam hatinya. Ya Allah! dia memang terus cakap I DO! Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan jejaka kacak dan popular macam Farith. Orang bodoh sahaja yang tolak tuah. Kalau kalau dengan Farith boleh duduk rumah goyang kaki.

            Namun…bukan mudah untuk dia mendekati Farith. Dia masih teringatkan kata-kata Ummi yang dia perlu berhadapan dengan adik Farith. Siapa lagikan kalau bukan katak bercermin mata empat itu. Serius dia cakap yang katak bercermin mata empat itu tiada daya tarikan selain lesung pipit pada kedua belah pipinya dan mukanya yang iras Louis Koo itu. Kulit mamat itu pun hitam manis tak macam kulitnya yang kuning langsat ini. Warna kulit dia sama dengan Farith. Adllea pun tidak tahu apa pekerjaan si katak bercermin mata empat tu. Apa yang Adllea tahu dia ulat buku  dan tidak lekang dengan buku di tangan. Dia bawa pun kereta kancil sahaja. Lainlah Farith bawak kereta besar. Gadis mana tak berangan idamkan putera dari kayangan.

            Adllea merenung poster Farith yang tergantung di dinding bilikku itu. Poster ini satu-satunya dia suka. Dia berebut-rebut untuk mendapat poster mini sebulan yang lalu. Siap ada autograf dari Farith lagi tau. Malam ini dia mahu mimpikan Farith Zehr. Belum sempat dia melelapkan mata telefon bimbitnya berbunyi lagu Aku Dah Bosan…Aku Dah Bosan…Siapa pula yang mengacau ni!

SHAZ senang hati kerana dapat mengenakan Adllea. Awek skuter itu harus diajar sedikit. Bukan susah untuk mendapatkan nombor telefon Adllea itu. Sikap Shaz itu mengundang kehairanan pada abangnya Izmi. Shaz tidak pernah mengusik mana-mana gadis sebelum ini. Berkawan dengan gadis pun tidak. Shaz lebih suka berkawan dengan buku-buku dia. Tapi Shaz akan serius apabila dia melakukan sesuatu.

            Izmi menghampiri Shaz yang sibuk membelek telefon bimbitnya. Beberapa minit kemudian Shaz akan membuat panggilan kemudian dia mematikan talian telefonnya. Shaz akan tersenyum melihat skrin pada telefon bimbitnya itu.

            “Kau dah kena sakit jiwa ke, Shaz?” Izmi menegur. 

            Shaz yang sedang berbaring di atas sofa itu mengalih pandang pada Izmi. 

            Part time job.”

            “Sejak bila kau jadi call boy ni?”
            “Saya ada duit. Tak perlu nak minta dari perempuan-perempuan kayalah.” Gerutunya. Ikut suka hati sahaja Izmi menuduh. 

            “Habis apa yang kau buat tu? Kejap-kejap call dari tadi.”
            “Shaz sedang main game.”
            Game apa tu?” Izmi ingin tahu. 

            “Adalah…”
            “Shaz…jangan main sembunyi-sembunyi dengan abang. Kau dah ada kekasih ya?” Izmi menduga hati adiknya.

            Shaz membisu. Kekasih? Sejak bila pula dia ada kekasih? Shaz kerut dahi. Dia mana pernah bercinta-cintun ni.

            “Shaz…abang bercakap dengan kau ni.”
            “Shaz belum pekak lagi.”
            “Jawab soalan dari abang ni.”
            “Saya tak berminat dengan cintalah. Cinta menyesakkan nafas.”  Balas Shaz.

            Ayat dia menikam kalbu. Cinta menyesakkan nafas? Betul ke? Orang yang dingin macam Shaz ni kalau sudah jatuh cinta nanti lebih hebat dari orang yang kata cinta itu bahagia. Tidak mengapa…Izmi akan siasat siapa gadis malang yang menjadi mangsa Shaz itu.

MALAM tadi Adllea tidak dapat tidur lena. Dia sakit hati betul dengan panggil tiada suara yang diterima. Adllea memang tidur tidak suka menutup telefon bimbit sebab dia kunci jam dalam telefonnya. Sampai pukul lima pagi panggilan hantu itu mengganggu dia. Hantu tu tak tahu hendak tidur agaknya. Pagi ini Adllea datang kerja dengan mata panda. Hidayat dan yang lain ketawakan dia. Lagi-lagi Dina si burung hantu itu. Gelak sakan betul dia tengok mukanya.

            Kak Mona sahaja yang bermuka serius. Dia bertanyakan pada Adllea perihal mata pandanya itu. Tanpa berselindung Adllea memberitahu Kak Mona yang dia menerima panggilan hantu. Adllea tak tahulah siapa yang buat dajal dengan dia malam tadi. Apalah dosa dia pada orang itu agaknya. Dia ada sakitkan hati orang ke?

            “Kau ada gaduh dengan pengkid tak? Mana tahu kau berebut awek dengan dia?” Hidayat sudah mula buat lawak tidak kelakar dia.

            “Otak kau! Aku bukan pengkid mahupun tomboy tau. Aku perempuan…tengok rupa aku mana ada gaya macam itu. Aku gadis ayu.” Getus Adllea berang. Turun naik nafasnya. Pantang betul Adllea kalau ada orang katadia  pengkid mahupun tomboy. Dia bukan golongan spesis itu.
            “Janganlah marah. Aku gurau aje.” Hidayat cuba memaut bahunya namun Adllea menepis tangan Hidayat. Apa ni nak paut bahu orang. Dia bukan Nana. Walaupun dia berkawan dengan Hidayat namun dia masih menjaga batas pergaulan antara kami.

            “Dayat…walaupun aku garang tapi aku ada hati dan perasaan tahu. Kau mana pernah jaga perasaan aku. Kau hanya tahu jaga perasaan Nana saja.” Hati Adllea bengkek. Hidayat sudah bertahun-tahun berkawan dengan dia tapi masih tidak mengenali siapa dia. Ada tak rambut dia pendek dan dia pakai menyerupai lelaki. Tiada bukan! Dia berambut panjang dan bila dia keluar dia suka pakai skirt panjang dan labuh. Huhuhu…Ustazah ada cakap pada aku jangan seorang perempuan menyerupai lelaki dan lelaki pula tidak boleh menyerupai perempuan.

            Hidayat sudah pandang Adllea semacam. Rasa bersalah tu. Siapa suruh dia buat lawak sensitif dengannya. 

            “Jangan merajuk dengan aku, Lea. Aku minta maaf ya.” Hidayat jalankan misi memujuk hati Adllea. Kalau tak pujuk karang alamak dia tiada ‘bank’ mahu meminjam wang. Biasalah Adlleakan ‘bank’ tidak rasmi dia.

            Ini peluang untuk Adllea mengenakan Hidayat. Siapa suruh sakitkan hati dia.

            “Aku sedar siapa aku pada kau Dayat. Aku ni banyak kekurangan. Aku tak secantik Nana buah hati pengarang jantung kau itu. Dalam hati kau hanya ada Nana saja. Kau hanya cari aku bila masa kau susah saja.” Ambik kau Hidayat. Aku kasi hentam sama kau Adllea ketawa dalam hati.

            Dina mencerlung Adllea. Dina tahu Adllea sedang mengenakan Hidayat balik. Dina malas mahu masuk campur. Lebih baik dia menyudahkan kerjanya yang masih tertangguh.

            “Ala Lea….Janganlah majuk. Kalau kau nak megi dua pek aku belikan untuk kau.”
            Megi…apa dia ingat aku cukup zat kalau melantak megi. Bagilah makanan yang boleh kasi aku bertenaga sikit. 

            “Tak mengapalah Dayat…” Adllea buat muka sayu. Kahkahkah…Adllea memang tidak boleh tengok muka Hidayat tampak sedih sangat itu. Adllea akan teruskan lakonannya. Ada bakat ni. Mana tahu suatu hati dapat berlakon dengan Farith. Adllea mahu sejauh mana Hidayat akan memujuk dia. Rasakan!

           Adllea berlalu ke kaunter sebaik terdengar jeritan dari bibir gigitan tebuan Kak Mona. Apa lagilah yang dimahukan Kak Mona. Selamba dek Adllea menarik cermin mata hitam milik Hidayat yang kebetulan masih tersangkut pada kocek bajunya. Adllea rasa segan sangat nak keluar dengan mata panda ni.

            “Kau dah buang tabiat ke Lea. Mana ada orang pakai cermin hitam pagi-pagi begini.” Kak Mona macam selalu bercekak pinggang.
            “Kak Mona…saya malulah. Kak Mona pun tahu masalah sayakan.” Adllea menjawab.

            “Banyaklah songeh kau. Itu ada pelanggan mahukan kau ambik order untuk dia.” Kak Mona tunjukkan meja pelanggan yang berada di sudut yang agak tersorok dalam restoran Pizza Hut itu.

            Muka Adllea berubah. Kenapa pula dia yang kena ambil pesanan pelanggan. Diakan penghantar pizza. Ini sudah tersasar dari landasan kerja dia. 

            “Kenapa pulak saya kena ambil pesanan dia. Ini bukan tugas saya Kak Mona. Ini tugas Dina. Lagipun tengok keadaan saya ini.” Adllea mula memberontak.
            “Lea…dia customer kita. Dia hanya nak kau yang ambik order dia. Dia tak mahu orang lain, faham!” Kak Mona sudah menunjukkan kuasanya. Adllea mengetap bibir geram. Dina ketawa. 

           Adllea membebel sendiri. Bahasa bebelan yang dia faham sendiri. Cermin mata hitam masih melekat atas batang hidung Adllea. Lantaklah pelanggan itu mahu kata apa. Heran dia dengan pelanggan tu. Apasal dia pilih aku pulak pergi ambil pesanan dia? Aku kenal dia ke? Ish! Mengada-ngada punya pelanggan.

            “Ya…encik mahu pesan apa?” Adllea main hentam saja cakap. Sah memang tidak sesuai menjadi penyambut tetamu atau pengawai perhubungan awam. Tiada ramah-mesra langsung.

            Pelanggan yang sedang sibuk menghadap buku di tangan itu menurunkan bukunya. Ya Allah! Dunia memang kecil. Mata Adllea membulat besar.

            “Katak bercermin mata empat!”
            Bibir yang kemerahan itu mengukirkan senyuman sinis. Adllea terkedu saat dia menanggalkan kaca matanya namun hanya seketika.
            “Hi, apa khabar.” Ujarnya.

Dia tidak marah apabila aku memanggilnya katak bercermin mata empat. Agaknya hati kering lelaki bernama Shaz Ariel ini. Bisik hati kecil Adllea. Adllea tetap tak boleh terima dia ini adik Farith. Muka dia ini langsung tidak sama dengan Farith. Jauh sangat bezanya. Dia berkulit hitam manis dan tidaklah sekacak Farith. Muka pula tegang selalu macam pakai botox. 

            “Awak buat apa di tempat kerja saya ni?” Muka Adllea mula berkerut. Dia buat muka selamba dia.
            “Saya nak makan pizza.”
            “Saya bukan kerja pelayan sini tau.”
            “Saya tahu.”

            “Habis! Kenapa suruh saya yang ambil pesanan awak?” Suara Adllea sudah mula meninggi sedikit. Dia tidak kisah dengan kerlingan Kak Mona.
            “Jangan berkasar dengan pelanggan.”

            Eiiii…Adllea rasa mahu telan sahaja katak bercermin mata empat ini. Adllea nak panggang dia hidup-hidup! Kemudian dia ratah-ratah daging si katak bercermin mata empat tu!
Katak mana boleh makan Adllea. Makhluk dua alam tu.

            “Awak nak makan apa?” Soal Adllea tanpa mengundur suara. Apasal dia yang harus kena melayan katak bercermin mata empat ini. Dia  penghantar pizza bukan pelayan! Adllea tak puas hati!
            “Apa yang sedap kat sini?”

            “Manalah saya tahu. Tengoklah menu tu.” Mulut Adllea muncung panjang.
            “Kalau Abang Farith yang datang mesti awak layan dia baik-baik. Saya tahu awak jatuh
cinta pandang pertama dengan abang saya kan.” Mamat ni macam tahu saja dia sukakan abang nya. Muka Adllea kemerahan. Malu.

            “Boleh tak kau cakap pelan-pelan.” Gerutu Adllea geram. Mujurlah pelanggan tidak beberapa ramai. Kata Ummi dia ini pendiam tapi banyak pula mulutnya bercakap.
            Dia tersengih. 

            “Kenapa pakai cermin mata hitam? Tak ke pelik orang lain tengok. Awak kena sakit jiwa ke? Malam tadi dapat tidur pukul berapa?” Soalnya lagi.

           Adllea tersentak. Timbul urat-urat dawai pada dahi dan mukanya. Entah-entah mamat inilah yang mengganggu ketenteraman tidur lenaku. Manalah dia dapat nombor telefon aku agaknya. Hidayat atau Kak Mona yang kasi? Aku tahu mesti antara dua orang ini yang bagi pada katak bercermin mata empat itu.

            “Awak yang ganggu saya ya? Siapa bagi awak  nombor telefon bimbit saya?”
            “Benda kecil saja. Bukan susah nak dapatkan nombor awak.” Shaz pandang muka Adllea dengan wajah seriusnya.

           Adllea nak saja sekeh kepala mamat ini dengan menu pada tangannya. Dialah hantu ‘private number’ tu. Kalau aku raksasa memang aku makan dia dengan lahapnya. Gerenti lepas ini aku tukar nombor. 

            “Saya tiada masa nak berborak dengan awak. Awak nak pesan apa?” Adllea malas mahu melayan mamat ini lama-lama.
            “Saya tak suka orang tak tahu melayan orang ini. Awak panggilkan orang lain untuk ambil pesanan saya.” Shaz mengalihkan pandangan matanya dari menatap wajah Adllea. Adllea angkat kening. 

            Pulak! Adllea rasa hendak gigit mamat ni. Adllea merengus kecil dan berlalu. Adllea panggil Dina untuk mengambil pesanan katak bercermin mata empat. Kak Mona menjeling Adllea. Adllea jongket bahu. Jangan nak salahkan dia. Dia hanya penghantar pizza. Kalau bab melayan pelanggan ini memang GAGAL!

            “Kau kenal dengan dia ke?” Kak Mona bertanya ketika dia bersiap-siap untuk menghantar pesanan pizza untuk pelanggan.
            “Katak bercermin mata empat.” Balas Adllea.

            “Sedapnya kau gelar dia. Kau tahu tak siapa dia?” Kak Mona merenung Adllea tajam. Macam nak tersembul biji mata dia.
            “Kenapa? Ada apa dengan dia?” Kak Mona tenung tajam macam itu memang menyeramkan. Macam gaya hantu kelaparan pun ada. Saya tak sedap Kak Mona. Ada tulang saja. Daging tak banyak.

            “Baik kau minta maaf pada dia.”
            “Tiada faedahnya saya nak minta maaf pada katak bercermin mata empat itu.” Adllea sudah mengambil kotak pizza yang hulurkan oleh Kak Mona.

            “Adik Farith Zehr tu?” Kak Mona memuncung bibir gigitan tebuannya.
            “Ada saya kisah!” Adllea mengenakan topi keledar dan terus pergi. 

            Kak Mona terpinga-pinga. Aku peduli apa kalau dia adik Farith. Adllea Abd. Rashid hanya sukakan Farith Zehr.