Tab Menu

Followers

Wednesday, February 15, 2012

Kisah pendek - Coke and Sundae

Kisah Azyan

NAMA dalam kad pengenalan aku Nur Azyan Binti Idris. Tarikh lahir aku 30 Mei dan tahun dirahsiakan. Hehehehe…Aku anak ketiga dari tiga adik-beradik. Kiranya aku anak bongsulah. Aku satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga. Orang ramai mengatakan aku gadis tomboy. Tapi sebenarnya aku bukan tomboy. Aku tidak berpakaian seperti lelaki? Aku tidak pakai cap (kecuali masa aku pergi menonton perlawanan bola antara kolej dan terpaksa bertemu janji dengan Syakir) untuk menyimpan rambut panjang aku. Erti kata lain aku memang kuat tapi tidak bermakna bila aku kuat dan kasar maka aku dalam kategori gadis tomboy. Tidak sama sekali. Habis kalau aku tomboy kenapa aku jadi budak nerd masa aku sekolah. Hehehehe…Lupa ingin memberitahu pembaca sekalian. Aku ini penggemar air coke.


            Kita behenti pasal ‘tomboy’ dan kita berbalik pasal cerita aku. Aku bukannya gadis yang lemah lembut sangat. Al-maklumlah aku sudah diajar oleh abang-abang aku menjadi lasak seperti mereka. Tapi masa kecil-kecil aku comel tahu (perasan sungguh). Khairil Azuan Bin Idris adalah nama abang aku yang sulung manakala Khairil Anuar Bin Idris adalah nama abang aku yang kedua. Nama mereka memang dekat-dekat sikit. Ada juga yang mengatakan mereka kembar. Kembar tak seiras! Hehehehe…Abang Zuan agak bangga sebab dia lebih kacak dari Abang Nuar. Abang Nuar bukan heran sangat pada paras rupa. Apa yang penting kata dia ‘hati mahu baik’. 


            Ayah aku mejar pencen. Dialah yang uruskan segala keperluan kami setelah ibu aku tiada. Ayah sangat sayangkan ibu dan sanggup menduda sampai sekarnag. Setianya ayah pada arwah ibu. Aku mahu mencari lelaki yang gagah dan setia seperti ayah. Aku tidak mahu lelaki kurus macam cicak kobeng. 


            Ops! Sebut pasal cicak kobeng dengan automatiknya aku teringat Muhammad Syakir Bin Ilyas. Budak lelaki yang anti sangat masa sekolah dulu. Dia orang pertama yang menggelarkan aku gorilla! Aku yang comel ini dikaitkan dengan gorilla. Tidak kena-mengena langsung aku dengan menatang tu! Sesuka hati Syakir letakkan gelaran pada aku. Muhammad Syakir Bin Ilyas a.k.a cicak kobeng ini penggemar aiskrim sundae


            “Yan!” Syakir memang suka tarik ekor tocang aku.


            Aku merengus kecil. Kenapalah muka ini saja yang aku jumpa kebelakangan ini. Aku nak bernafas sikit pun susah. Nasib baik aku tidak tersedak ketika sedang menghirup air coke ini. Hantu punya Syakir!


            “Boleh tak kau bagi salam kat aku dulu! Sesuka hati kau tarik tocang aku! Apa kau
Ingat tocang aku ekor kuda?” Apa lagi memang aku melentinglah jawabnya.


            Syakir macam biasa. Dia akan bagi senyuman susu cap teko dia pada aku. Manis berkrim disukai ramai! Tapi aku tak suka sebab aku tak minum susu.


            “Di sini kau melepak gorilla. Puas merata tempat aku mencari kau. Kau ponteng kelas teater ya.”


            Aku mencebik. Salahkah aku ponteng latihan tetaer Syakir? Pada pandangan aku sendiri memang perbuatan aku tidak salah. Ala bukan susah mahu cari tempat aku melepak kalau bukan di Kak Min kafe. Aku bosanlah asyik mengadap muka Syakir. Apa hal asyik muka aku kena jadi heroin dan dia jadi heronya. Aku mahu juga jadi watak nenek kebayan. Paling komen pun jadi mak tiri bawang merah. Huhuhuhu…


            “Lantak akulah. Aku suka…kalau kau tak suka kau boleh buang aku dari kelab.” Aku balas selamba.


            “Banyak cantik muka kau. Kau fikir dengan displin kau yang buruk ini aku akan buang kau dari kelab? Kau bermimpi di siang hari Cik Nur Azyan?” Syakir pandang aku tajam. Dia mahu lawan mata dengan akulah tu. Nasib baik mata dia cantik. Bulu mata dia melentik tahu. Aku tidak kisahlah sangat menatap renungan mata dia.


            “Muka aku memang cantik. Kenapa? Kau jeles!


            Syakir ketawa mengekeh depan aku. Aku mengetap bibir. 


            “Aku nak jeles dengan kau. Cikgu Ilyas naik lori, so sorrylah!”


            Main pantun dua kerat macam aku jugak. Tak boleh jadi! Anak Cikgu Ilyas ini kalau dilayan buat sakit hati aja. Aku bingkas bangun. Minuman yang masih bersisa tidak aku habiskan. Tekak aku sudah tidak berselera selepas melihat muka Syakir.


            “Aku nak baliknya.” desisku.


            “Jangan harap kau boleh lari dari latihan aku.” Syakir menarik tocang aku. 


            “Sakitlah!” jeritku kecil. Syakir memang jenis suka memaksa oranglah. Dia fikir aku ini orang suruhan dia ke? Selamba dia heret aku dengan gaya yang sungguh memalukan. Tocang rambut aku sentiasa menjadi mangsa.


            “Hari ini kau kena buat latihan tambahan dengan aku dan yang lain! Pasal kau, budak-budak lain turut terlibat.”


“KEKANDA…” ayat ini memang buat aku geli anak tekak. Rasa mahu terluah isi makanan dalam perut aku. Aku sudah bertarung habis-habisan menolak watak ini dengan Syakir. Aku tak faham betul dengan mamat seorang ini? Calon punyalah ramai di luar sana? Mengapa aku juga yang dia pilih?


            Kak Nani aku lihat hanya mampu tersenyum. Dia memang tidak dapat untuk menolong. Syakir memang sudah bertegas mahu Azyan memengang watak Bawang Merah Syakir pula dengan bangga memilih dirinya sendiri menjadi Tuan Putera. Biasalah dia tuan pengerusi mestilah tiada yang berani yang membantah. Siap yang membantah pasti ada habuan yang mereka terima. Syakir lebih kejam dari aku!


            “Saya tiada moodlah Kak Nani.” Aku hempaskan skrip itu di atas meja. Aku tidak akan masuk kelab teater ini kalau bukan kena paksa dengan cicak kobeng itu! Elok-elok aku masuk eklab catur memandai saja Syakir buangkan nama aku di kelab terbabit. Pengerusi kelab catur pulak dengar cakap si cicak kobeng itu. 


            “Arahan tuan pengerusi mana boleh kita nak membangkang. Kau pun tahu siapa tuan pengerusi kita tu, Yan.” ujar Kak Nani. “Tapi korang memang sesuai benar digandingkan bersama tau.” Sambung Kak Nani lagi. Aku menjegilkan biji mata sebesar bola mata ikan emas.


            “Tolong sikit! Saya membantah dengan keras!” Mulalah aku meninggikan nada suara aku ini. Tak hingin aku dengan si cicak kobeng itu. 


            “Yan…kau memang lembab!” Kak Nani menggelengkan kepala. 


            Lembab! Apa pasal pulak Kak Nani kata aku lembab. Otak aku sentiasa cergas dan sihat. Aku kerling Kak Nani. Ada apa-apa ke yang Kak Nani sorokkan dari aku?


            “Anak dara dua orang di sana itu? Sila behenti berborak!” sergah Syakir. Entah bila amsa dia boleh muncul dalam dewan latihan itu. Pada hal dia keluar tadi membeli makanan untuk makan tengahari kami dengan naib pengerusi kelab teater, Mat Karan.


 “Opocot! Cicak kobeng meletup!” Aku sudah melatah. Siap mengurut dada lagi. Terkejut beruk aku dengan Kak Nani. Nasib baik tidak lemah jantung. Kak Nani sampai terlepas skrip pada tangan. 


Syakir main sergah orang saja.


AKU buat muka tidak bersalah apabila aku melantak Mc Chicken kepunyaan Syakir. Bukan salah aku! Siapa suruh dia letak makanan dia dekat dengan aku. Aku main pakai tibai saja. Perut sudah lapar. Kak Nani beritahu aku Syakir allergic makan daging. Boleh percaya ke? Ada aku kisah? Pedulikan! 


            Seminggu Syakir tidak datang ke kolej gara-gara makan aku punya daging burger. Dia kena allergic teruk tau. Aku rasa bersalah tapi aku rasa ego nak minta maaf pada cicak kobeng tu. Hehehehe….
 

Sunday, February 12, 2012

Saya Kan Ada - Bab 4

SUE beranikan diri untuk melangkah. Benar….kehadirannya buat Irfan terkejut besar. Irfan sengaja memaut pinggang ramping isterinya. Dia mahu Sue rasa iri hati melihat kebahagiaan yang dia kecapi. Sue bukan tandingan isterinya. Isterinya seorang model dan jelita. Sue mencebik melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh Irfan itu. Apa ingat dia kepingin sangat dengan lelaki yang sudah menjadi laki orang itu. Tolonglah…

            Sue menghulurkan hadiah yang di bawa khas buat Irfan. Terkebil-kebil Irfan memandangnya dengan senyuman sinis di hujung bibir. Teman-teman Irfan turut memakukan mata kea rah Sue. Mereka sememangnya mengenali Sue, bekas kekasih Irfan yang amat bodoh sekali itu. Siapalah Sue jika mahu dibandingkan dengan isteri Irfan. Sue hanya bekerja sebagai guru tadika sahaja.

Saturday, February 11, 2012

Tuan Dan Puan - Bab 3

TUAN Aakif termenung menongkat dagu memikirkan masalah yang berselirat dalam kepala. Kerja-kerja yang berlonggok di atas meja tanpa disentuh. Lukisan-lukisan projek juga hanya diusik sedikit. Hatinya masih tidak tidak tenteram. masalah hendak berkahwin lagi berat dari masalah kerja. Abah sudah terang-terangan menolak calon isterinya itu. Atuk pula terpaksa berada di sebelah abah. Dua lawan satu, sah-sah undian tidak berpihak pada Tuan Aakif. Abah tidak suka pada ibu bapa Aimy jangnlah dikaitkan dengan anak gadisnya pula.

            Dia akan gila meroyan kalau Aimy berkahwin dengan Raiyan. Raiyan si kaki mengampu dan kaki bodek mama Aimy itu bukan boleh dipandang rendah. Kalau Raiyan kaki mengampu dan kaki bodek maka dia akan menjadi kaki sepak untuk mamat itu. Aimy asyik suruh dia bertenang saja. Entah apalah rancangan yang bakal dibuat oleh buah hati pengarang jangtungnya itu. Agaknya sedang ceria-ceria melayan Raiyan di ofisnya. Al-maklum yang Raiyan memang selalu membuat lawatan tidak rasmi di pejabat Datuk Sharif Dol.

            “Pakcik macam tak boleh percaya lelaki maco abad ini jatuh hati pada musuh tradisi keluarga yang muka tak berperasaan itu.” Entah bila si Amsyar ada tercongok di depan matanya. Ini mesti main terjah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Tidak moleh punya perangai bapa saudara. Bukan elok ketuk pintu dan memberikan ucapan salam dahulu.

            Tuan Aakif merengus kecil. Siapa pula yang buka cerita dia fasal dia dan Aimy pada Amsyar. Ini mesti abah yang beritahu Amsyar. Amsyar kan penasihat percuma yang abah selalu import khas untuk dia.

            “Itu bukan urusan kau.” Desis Tuan Aakif.

            “Siapa kata itu bukan urusan aku. Aku ini pakcik kau tahu. Tak baik kurang ajar pada orang yang lebih tua. Jangan upa ayat ini. Hormatilah orang tua.

            “Aku tiada pakcik yang tua dua tahun dari aku.”

            Amsyar ketawa. Dia dilahirkan oleh isteri kedua Tok Nadim. Tok Nadim berkahwin dengan ibunya atas dasar mahu membantu keluarganya yang mengalami masalah kewangan. Mulut siapa tidak mengumpat jika wanita muda seperti ibunya menikahi lelaki yang berumur lanjut macma Tok Nadim. Semua itu kuasa Tuhan. Syukur Alhamdulillah Tuan Aali menerima dia dan ibunya. Malah hubungan dia dan Tuan Aali bertambah rapat setelah ketiadaan ibunya yang meninggal dunia akibat kemalangan. Tuan Aali yang menjaganya dari kecil.

            “Kau kena mengaku yang aku ini pakcik kau, adik tiri abah kau. Bukan susah sangat pun mahu panggil aku, pakcik.” Amsyar mengenyitkan sebelah matanya.

            “Tak mahu.” Tuan Aakif menggelengkan kepalanya. Dulu dia ingat Amsyar itu abangnya. Malah dia asyik memanggil Amsyar abang ketika di sekolah rendah. Amsyar pula mengiakan. Kalau Tipah yang tertipu itu dia tidak hairanlah sangat. Ini dia yang tertipu.

            “Ayah dan anak sama-sama degil dan keras kepala.”

Tuan Aakif sama degil dengan abahnya. Dia pun tidak begitu ambil kisah jika anak saudaranya itu mahu berkahwin dengan Aimy. Cerita lama tidak perlu dikenangkan lagi. Masing-masing sudah tua dan punya kehidupan sendiri. Jangan pulak jadi seperti kisah Laila dan Qais. Merana badan.

“Kalau kau pun begini keras kepala macam mana pakcik nak bantu kau berkahwin dengan Aimy.” Amsyar sudah duduk bersilang kaki.

“Boleh ulang sekali lagi?” Tuan Aakif rasanya tidak salah dengar tadi.

“Ini mesti sudah berbulan-bulan tidak korek telinga. Pakcik cakap punya kuat pun kau masih tak boleh dengar.”

“Aku kurang jelas. Ulang sajalah balik. Banyak songeh betul kau ni.” Tuan Aakif mencebik.

“Pakcik cakap pakcik nak bantu kau berkahwin dengan Aimy.” Ulang Amsyar sekali lagi.

“Betul ke?” Wajah murung Tuan Aakif terus berubah. Dia tahu kalau Amsyar yang memujuk abah pasti berjaya.

“Tapi ada syaratnya..”

Ini yang tak syok mahu mendengarnya. Ada saja syarat mahu dikenakan macam cerita dalam novel yang dia baca. Kalau tiada syarat tak bolehkah?

“Apa main-main syarat ni. Dalam cerita Tuan Aakif tiada kahwin kontrak atau kahwin paksa tahu.” Tuan Aakif merenung tajam ke dalam anak mata Amsyar.

Amsyar tersengih. Baru mahu buat syarat sedikit sudah bising.

“Jangan risau. Syarat pakcik kecil saja.”

Karang kalau tak menolong alamak meroyanlah jawabnya anak Tuan Aali ini pada anak gadis Datin Amalia itu. Mak datin seorang itu pun satu. Apa salahnya restu sahaja hubungan Tuan Aakif dan Aimy itu. Kalau hendak dikatakan macam filem dua darjat Tuan Aakif pun ada banyak harta. Bukannya Tuan Aakif kerja sebagai penarik beca.

Dari segi penampilan Tuan Aakif memang sentiasa bergaya. Tuan Aakif bukan jenis lelaki busuk. Rasanya jika berada di dalam bilik air sampai satu jam dia mandi. Kalau mahu menunggu Tuan Aakif mandi mahunya sampai tertidur. Amsyar sudah merasa ketika duduk sebilik dengan Tuan Aakif di hotel. Dia tidak tahu apa yang anak saudaranya itu buat di dalam bilik air terlalu lama mengalahkan orang perempuan.

“Ada surat perjanjian tak?”

“Tiada.”

“Apa syaratnya tu?”

Just call me Uncle Amsyar…” Amsyar mengangkatkan sebelah keningnya. Bibirnya mengulum senyuman cukup manis sekali.

Tidak sudah-sudah mahu dia panggil pakcik. Itu yang payah sangat buat Tuan Aakif. Dia pandang Amsyar atas dan bawah. Tuan Aakif meraup rambutnya. Benda yang kecil macam itu pun rasa berat baginya.

“Pak…pak..pakcik Am…Pakcik…Amsyar…” Terbelit-belit lidah Tuan Aakif mahu menyebutnya.

“Biasakan…Ingat Aakif, hanya pakcik yang boleh memujuk abah kau.” Amsyar mengoyangkan jari telunjuk. Amsyar ketawa. Muka Tuan Aakif merah menahan marah. Bukan main sukanya Amsyar ya.

USAI menunaikan solat, Aimy menghadap mamanya, Datin Amalia. Mamanya kata ada perkara perlu dibincangkan. Ada kaitan dengan masa depan dia. Aimy boleh agak yang mama mahu membincangkan soal dia dengan Raiyan. Dia tidak sukalah dengan kaki bodek itu. Apa ingat dengan berikan ‘rasuah’ pada mama, dia akan mengahwini Raiyan. Dia bukan ada hati dengan Raiyan. Zaman sekarang bukan lagi ibu bapa yang menentukan jodoh anak. Aimy sudah menetap calon menantu untuk mama. Tiada orang lain selain Tuan Aakif Bin Tuan Aali.

            Aimy sudah bersiap sedia untuk menangani mamanya. Mama pasti akan bersetuju dengan permintaan dia kali ini. Dia tidak akan berkahwin dengan Tuan Aakif tanpa restu dari mama dan papa. Papa memang tiada masalah dengan pilihan dia tetapi dia harus menangani mama yang keras hati itu. Manakala neneknya pula tiada bantahan yang diutarakan. Agaknya nenek juga mahu menyatukan keluarga yang sudah bertahun-tahun bermusuhan ala Romeo dan Juliet ini.

            Wajah serius mama tidak menggetarkan hati Aimy. Aimy duduk bertentangan mata dengan mamanya di ruang tamu itu. Raiyan juga ada bersama. Raiyan tersengih-sengih macam kerang busuk apabila melihatnya. Aimy tak suka kaki bodek yang seorang ini. Harap muka saja ada rupa tapi jahat! Geram tahu.

            “Duduk sini sayang.” Datin Amalia menarik lembut tangan Aimy.

            Aimy mengikut sahaja.

        Datuk Sharif Dol menjeling isterinya. Faham benar dia dengan isteri kesayangannya itu yang mahu Aimy berkahwin dengan Raiyan. Pujian untuk Raiyan memang melambung tinggi. Raiyan itu…Raiyan ini…Suaminya ini langsung tidak di puji melangit. Dia hanya tahu kompelin perut Datuk Sharif Dol ini sudah semakin boroi. Ada ke patut? Tak patut….

            Raiyan sudah malu-malu kucing merenung wajah ayu Aimy.  Aimy buat wajah bersahaja. Loya anak tekak melihat lagak mengelitis Raiyan itu. Macam cacing kepanasan.

            “Malu-malu pulak Raiyan ni dengan Aimy. Macam tak biasa pula.” Ujar Datin Amalia lembut.

            “Macam sotong pun ada.” Celah Aimy.

            “Aimy….” Datin Amalia menjeling anak gadisnya tajam.

          “Aimy hanya bergurau sahaja tu auntie.” Raiyan mengenyitkan matanya ke arah Aimy. Aimy tidak layan.

       “Muka saya ada nampak macam orang bergurau ke?” soal Aimy. Lengannya dicubit oleh Datin Amalia.

            Raiyan menelan air liur. Aimy tampak macam tidak sukakan dia. Dia tengok dari sinar mata Aimy pun dia tahu. Aimy sukakan orang lain. Siapa lagi kalau bukan mamat hidung tinggi itu. Tuan Aakif! Kacau daun betullah Tuan Aakif tu. Sibuk mengacau buah hati orang!

            “Raiyan jangan ambil hati ya. Aimy ni memang tak pandai bergurau.” Datin Amalia ketawa kecil.

            “Papa tengok pun memang macam sotong.” Sampuk Datuk Sharif Dol. Jelingan isterinya dia buat tidak peduli. Silakan jika isterinya itu mahu merajuk. Dia tidak kisah tidur atas sofa. Dia takut isterinya itu yang mengilai tiada teman di sebelah malam nanti.

            Aimy tersenyum. Papa tentu sahaja akan berada di sebelahnya.

            “Aimy tetap nak kahwin dengan Tuan Aakif.”

          Kata-kata Aimy yang cukup lancar itu mengejutkan Datin Amalia dan Raiyan serentak. Sesak nafas Datin Amalia dibuatnya. Aimy masih berkeras mahu berkahwin dengan anak si botak itu. Oh, Tidak! Oksigen…oksigen…

            Raiyan pula terasa seperti ditikam dengan lembing. Kejam sekali bicara dari gadis pujaan hatinya itu.

            “Aimy….” Datin Amalia sudah membeliakkan biji mata sebesar biji guli.

            “Papa akan menyokong Aimy kan…” Aimy memandang papanya.

            “Papa berikan restu papa untuk Aimy sebab papa yang akan jadi walinya nanti bukan mama kamu.

       “Abang!” Suara Datin Amalia bagaikan halilintar. Anak dengan bapa sama-sama bersubahat.

            “Mama mahu Aimy kahwin lari dengan Tuan Aakif ke?”

            “Jangan ugut mama!”

            “Aimy serius mama! Mungkin mama tidak kisah dengan reputasi mama agaknya.” Aimy masih tenang mengungkapkan butir katanya.

            Datin Amalia terkedu.

         Raiyan sudah tidak sedap hati. Ada aura-aura macam dia tidak dapat memiliki hati Aimy saja. Tengok wajah keruh Datin Amalia pun dia dah boleh agak. Huhuhuhu…mengapa Aimy….mengapa sayang mesti pilih Tuan Aakif? Raiyan meraung dalam hati. Aimy tak nak kahwin dengan aku!

            “Mama tak suka Tuan Aakif.”

          “Masalahnya sayang, anak kita sukakan Tuan Aakif. Awak mahu anak kita kahwin lari ke Golok? Atau awak suka tengok anak kita menderita. Orang kalau sedang sakit bercinta ini macam-macam dia akan buat.” Datuk Sharif Dol memaut bahu isterinya.

            Datin Amalia merengus kecil. Handal betul Tuan Aakif anak kepada Tuan Aali mempengaruhi fikiran anaknya. Hebat betul penangan cinta Tuan Aakif. Aimy pun satu, boleh pula dia terpedaya dengan cinta Tuan Aakif. Kalau Tuan Aakif ada depan mata dia memang dia racun lelaki itu dengan racun serangga.

            “Auntie…” Raiyan tidak berpuas hati. Dia tidak mungkin mengaku kalah begini.

          “Raiyan…auntie sedang berserabut ni,” Datin Amalia tidak senang duduk.

       Aimy masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Riak wajah tidak berperasaan Aimy makin buat Datin Amalia susah hati. Dia sukar untuk membaca apa yang difikirkan oleh Aimy
.
        Apa keputusan yang harus Datin Amalia buat. Reputasi dia akan jatuh kalau benar Aimy berkahwin dengan Tuan Aakif di Golok. Sah-sah akan menjadi  liputan ahli mesyuarat tingkap. Datin Amalia harus bertemu dua mata dengan keluarga Tuan Aakif.

            “Apa kata mama fikirkan dulu.”

            “Aimy tahukan yang mama tak sukakan Tuan Aakif.”

            “Mama boleh belajar sukakan dia.”

            “Aimy tekad nak berkahwin dengan Tuan Aakif.”

            “Ya mama.”

            Datin Amalia menghela nafas kecil. 

Thursday, February 2, 2012

Blog akan aktif semula!

Assalamualaikum semua...

Semua sihat-sihat tak! Maaf sebab lama tidak 'update' blog sampai bersawang. Bukan sahaja sibuk dengan tugas seharian tetapi juga masalah internet yang terlalu lembab. Sekarang sudah tukar kepada Unifi harap2 okaylah. Blog pun masih dalam proses pengubahsuaian. Insya-ALLAH akak sedang dalam perancangan mahu letak dua bab dalam satu minggu mengikut giliran cerita :)

Akak ubahsuai agar pembaca setia blog akak senang mahu mencari e-novel akak. Ada yang mengadu serabutlah dan macam2 lagi. Malah CNS II (Sayang Coke, Rindu Sundae) akan masukkan semua linknya (bukan semua bab just link yg dah ada dlm bab ini sahaja) dengan cerita yang sudah akak edit dan diubahsuai mengikut manuskrip yg dihantar kepada KN) Tiada lah merungut pasal typo lg. Perkara itu bukan disengajakan. Novel yg telah dibukukan pun ada yang typo malah lebih banyak dan teruk. :) 

Dalam beberapa bulan ini memang sibuk memanjang sampai FB akak pun sunyi sepi. Huhuhu...agak memang sudah sampai masa akak bersara kot dalam bidang penulisan hehehehe....tapi sebagai penulis blog akak tak akan behenti. 

Insya-ALLAH akan sedang usahakan buku utntuk genre misteri/thriller dan seram. Ada rezeki bakal terbit. Ramai juga yang mahu akak buat cerita kahwin paksa/kontrak ni tetapi akak minta maaf akak ikut stail akak lari dari genre tersebut. Huhuhu...biarlah cara penulisan akak lari dan lain dari lain. Akak juga dah tak mahu dilabelkan penulis ikut stail cerita korean (x minat sangat) dan jepun...nak lari sekali lagi , akak mahu ikut stail akak sendiri.

Kadang-kadang bila menonton cerita hindustan datang idea untuk menulis. Begitu juga dengan filem2 dari Inggeris dan novel2 william shakespeares...Akak mahu menulis dengan lebih matang dalam 'Mari Kita Semua Menangis'.

Insya-ALLAH jika betul ada rezeki '566 Hari Mencari Cinta' bakal jadi telemovie di Astro Warna Februari ini dengan tajuk Setahun 'Setengah Mencari Cinta'. Tunggu kesahihannya saja lagi. SHHHH! Novel akak tak sehebat yg lain. Rasa masih berada di bawah. :)

Alhamdulillah rezeki yang Allah berikan walau macam2 dugaan akak terima sepanjang menjadi penulis ini. Jatuh semangat pun ada. Hehehehe...

Akak mahu buat cerita sedih dan 'sad ending' harap ada yang menyokong seperti Takdir Cinta Luka percubaan pertama. Tak terbit jadi versi cetak pun takper :) Akak suka menulis untuk tatapan pembaca tiada niat mahu menyinggung perasaan org lain.