Tab Menu

Followers

Friday, August 17, 2012

Hanya Dia Kucintai - Bab 2

MIRA Ezuryn mengurut-urut perlahan pangkal leher yang diliputi dengan kain tudungnya itu. Dia membasuh mukanya agar kelihatan lebih segar. Hari ini cukup memenatkan. Pelanggan berpusu-pusu pula di butik kecantikkan itu sampai dia tidak sempat untuk berehat. Mira Ezuryn memeriksa telefon bimbitnya. Tiada sms atau panggilan dari Amel Fattah. Mungkin lelaki itu sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Sms yang terkandung dalam inbox’ nya itu dari Thana bekas teman sekampusnya dulu. Apa hal yang mustahak sangat sampai penuh ‘inbox’ dengan sms Thana. Mira Ezuryn membuka satu-persatu sms tersebut. Thana bertanyakan khabarnya. Thana seakan merajuk dengannya kerana dia tidak hadir di majlis perkahwinan temannya itu. Bukan Mira Ezuryn tidak mahu hadir, dia sibuk dengan kerja. Untung Thana kerana dapat menamatkan pengajian di kampus tidak seperti dia yang hanya belajar separuh jalan. Bukan dia tidak kenal dengan suami Thana. Pathma juga teman sekampus dengan mereka cuma berlainan jurusan.

Thursday, August 16, 2012

Ketulusan Itu Ada Di Hatinya


 “MEHAR lebih rela mati dari berkahwin dengan lelaki ni! Setakat kerja sebagai akauntan tak layak duduk berdiri sama tinggi dengan Mehar.” Mehar menundingkan jari pada wajah pemuda yang duduk termangu di sofa itu. Cukup atas derita yang dia tanggung selama ini. Cukuplah orang kata dia gila dan pembawa sial selepas kematian lelaki-lelaki yang mendampinginya. Megat Affendi meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari majlis pertunangan mereka. Rais teman lelaki selepas arwah Megat Affendi jua meninggal dalam kemalangan raya 2 hari sebelum mereka diijabkabulkan. Farahin dan Tuah Zulkarnain jua menerima nasib yang sama.

            Mehar tidak sanggup melihat ada air mata mengalir lagi kerana sialnya. Biarlah dibenci dan dianggap gadis biadap pada tetamunya ini.

            “Mehar…dengarlah cakap umi. Jangan diikutkan perasaan bersalah Mehar tu.” Umi Kalsum mengusap-usap belakang anak gadisnya itu.

            Turun naik nafas Mehar. Adakala sabar itu melepasi batasannya. Mehar lebih rela tidak berkahwin. Biarlah lelaki-lelaki membenci Mehar agar sial Mehar tidak melekat pada mereka.

            “Tolak saja lamaran mereka.” Tegas Mehar.

            Umi Kalsum mengeluh kecil. Rasa malu dengan tetamu yang datang dengan niat murni itu.

            “Orang tidak sudi…buat apa kita nak terhegeh-hegeh lagi.” Suara si isteri. Lantas dia bingkas bangun diikuti oleh suami dan anak lelakinya.

            Umi Kalsum tidak mampu untuk mengungkapkan kata lagi. Bibirnya terkatup rapat. Dia tidak mengerti dengan perangai anak gadisnya, Mehar.

            “Maafkan aku Zaitun…” Nada Umi Kalsum berbaur kecewa.

            “Jika bukan kerana anak aku beria-ia nakkan anak kau, aku takkan jejak kaki ke sini Umi. Aku pun tak mahu sial anak kau melekat pada anak aku dan keluarga aku.” Balas wanita yang dipanggil Zaitun itu.

*akak masukkan sedikit dulu sebab nak tahu apa komen anda*

Monday, August 13, 2012

Coke and Sundae II - Preview



Prolog

Bila teringat kembali kisah cinta aku dengan Syakir pastinya aku akan tersenyum sendiri. Aku dengan Syakir selalu bertengkar tetapi siapa sangka orang yang kita meluat sangat itu menjadi suami kita, kan? Jodoh danpertemuan di tangan Tuhan. Tidak semestinya orang yang serba-serbi tampak sealiran dengan kita itu ialah jodoh kita. Macam aku dengan Syakir. Kami punya perwatakan yangberbeza dan sering tidak sefahaman. Aku sukakan Coke dan Syakir sukakan sundae! Ada orang kata Coke dan sundae tidak boleh bercampur! Tidak sesuai! Siapa cakap Coke dan sundae tidak serasi?He he he… alhamdulillah berkat usaha gigih Syakir (konon-kononnya) akhirnya kami bercinta dan berkahwin. Kini… kami bakal menimang cahaya mata pertama kami. Akutak boleh bayangkan wajah gembira Syakir bila aku khabarkan yang dia bakal menjadi seorang ayah. Terlonjak-lonjak dia macam budak kecil. Habis semua jiran dia beritahu. Betul-betul buat aku malu. Syakir…Syakir….

TERGELENG-GELENG kepalaAzyan ketika menulis di dalamdiari yang suatu ketika dulu milik suaminya, Syakir. Dia meleretkan senyuman di hujungbibirnya. Perutnya yang sudah membesar macam belon ituadakalanya buat dia tidak selesa untuk duduk menulis. Azyan meletakkan pen di atas meja. Dia menghela nafas kecil.

“Anak ibu ni makin nakal ya.” Azyan mengusap-usap perutnya. Wajahnya berkerut. Dia mengalihkan pandangan pada Syakir yang sudah enak dibuai mimpi di ataskatil. Terdengar dengkuran halus suaminya itu.Azyan menyimpan semula diari tersebut di dalam laci. Dia mula berasa tidak enak dengan perutnya. Bayi didalam kandungannya kian kuat menendang-nendang. Makinlama makin ganas tu. Perlahan-lahan Azyan menghampiri Syakir.

“Bang,” panggilnya perlahan. Syakir masih tidak buka mata. Siap boleh ubah posisi baringnya.
Azyan mengetap bibirnya. Dia menggoncang tubuhSyakir. Namun tiada tanda-tanda yang Syakir akan membukamatanya. Merah muka Azyan menahan amarah.

“Abang bangun! Ayang dah nak ‘meletup’!” jeritnyadi telinga Syakir.

“Hah? Ayang ‘meletup’?” Serentak itu Syakir terjaga. Dia pandang kiri dan kanan. Pandangan Syakir mati pada wajah isterinya yang kelihatan seperti orang yang sedang menahan sakit itu. “Sayang ni kenapa? Berkerut-kerut macam nenek kebayan.”

Soalan paling bodoh Syakir utarakan.

Nasib baik Azyan sedang sarat begini, kalau tidak mahu dia belasah suaminya itu. Boleh Syakir buat lawak antarabangsa masa dia tengah sakit begini!

“Perut ayang ni rasa nak ‘meletup’ dah bang!”beritahu Azyan.

“Hah? ‘Meletup’?” Syakir buat muka bengongnya lagi. “Bukan ke due ayang seminggu lagi?”

Azyan tepuk dahi. Kalau sudah hendak bersalin tidak semestinya tertakluk kepada tempoh yang doktor ramalkan. Syakir pun tahu! Dia juga seorang doktor!

“Abang!” Azyan tidak dapat menahan kesakitan yang kian mencucuk-cucuk. Peluh dingin sudah memenuh segenap ruang wajahnya.

“Baby macam nak keluar,” sambungnya lagi.

“Hah?!” Syakir mula panik. Tengah malam buta begini pulak isterinya itu nak bersalin. Tidak boleh tungguesok pagi ke?

Keadaan jadi kelam-kabut. Bergegas dia bersiap untuk menghantar Azyan ke hospital.

Dalam keadaan sakit, Azyan sempat tertawa kecil melihat cara Syakir berpakaian. Syakir pakaibaju dan seluar terbalik!Syakir cepat-cepat betulkan semula pakaiannya.

Kemudian dia pakaikan tudung ala kadar sahaja pada kepalaAzyan. Azyan menudingkan jarinya pada barang-barang yang telah dia siapkan awal-awal untuk keperluan di hospital nanti.
Perlahan-lahan Syakir memapah Azyan masuk ke dalam kereta. Dia duduk di tempat pemandu. Baru dia memulas kunci kereta, Azyan menepuk-nepuk lembut bahunya.

“Abang nak perompak masuk ke rumah kita ke?

Lampu pun tak dipadamkan. Bil elektrik melambung nanti,” bebel Azyan.

Syakir mengeluh kecil. Dia segera keluar dari kereta untuk menutup lampu dan pintu. Kemudian Toyota Vios itu bergerak meninggalkan pekarangan rumah teres dua tingkat itu. Beberapa minit dalam perjalanan Azyan memanggil Syakir lagi. “Abang….”

“Ya, sayang,” sahut Syakir. Dia tidak menoleh ke arah isterinya. Matanya fokus pada jalan raya. Pandu cermat maka jiwa pun akan selamat.

“Ayang rasa kepala baby dah nak keluarlah.” Adu Azyan. Dia rasa dia tidak mampu untuk bertahan lagi.

“Hah?!” Syakir brek mengejut di tepi jalan. Dia memusingkan badan ke arah isterinya. Sudah! Apa dia hendak buat kini? Syakir buntu seketika. Syakir rasa mereka tidak akan sempat sampai ke hospital. Dia perlu jadi bidan terjun untuk isterinya. Tiada pilihan lain. Dia pindahkan Azyan ke tempat duduk belakang. Setelah beberapa jam bertungkus-lumus,

alhamdulillah… Azyan selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat.

Setelah melaungkan azan, Syakir serahkan bayi mereka kepada Azyan. Dia mengesat peluh di dahinya. Terukir senyuman di bibir Syakir. Aku sudah menjadi seorang ayah. Bisik hati kecilnya.






Jumlah muka surat:- 632
Harga Runcit:- S/M: RM22.00 S/S: RM25.00

Tuesday, August 7, 2012

Pengumunan...

Sedia maklum...Coke and Sundae II diterbitkan September 2012. Dah confirm! :) Pastinya ramai teruja nak tahu kesudahannya kan...dan pastinya ada yang teruja untuk melihat cover versi ke II ini? Tunggu saja akak upload nanti ya...




“Jika takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.” ~ Syakir.
“Tapi kalau Ribut ‘Katrina’ melanda rumah kita macam mana pulak?” ~ Azyan.

Sinopsis:

Kisah dari alam percintaan dibawa hingga kisah berumah tangga. Kalau dulu Coke dan sundae bertegang urat dan bermusuhan kini mereka sudah duduk sebumbung. Kini Azyan sudah bergelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir a.k.a cicak kobeng. Rumah tangga mereka bertambah serinya setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka, Ameerul Hasif yang keletahnya memang memeningkan kepala pasangan suami isteri itu.

Ingatkan aman sampai ke tua, rupa-rupanya ada juga ujian untuk Azyan dan Syakir. Dalam dok tengah syok layan kerukunan rumah tangga, mereka menjadi kalut dengan kehadiran Katrina Kaif a.k.a Kareena Kapoor yang menggoda suami kesayangan Azyan, Syakir. Si Katrina ni siap main bomoh Mak Esah sebab sudah tergila-gilakan Syakir. Huh! Dahsyat perempuan tu. Habis haru-biru kehidupan Azyan dek penangan Kareena Kapoor celup tu. Azyan tak puas hati. Lelaki kemain ramai dalam dunia ni, tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan perempuan seorang itu. Lebih menghuru-harakan keadaan yang sememangnya sedia kalut itu apabila Syakir mengatakan yang dia mahu bernikah dengan Katrina pula. Azyan macam nak pengsan!  


My cover Coke and Sundae II
Jangan lepaskan peluang melanggan bersama KN di www.kakinovel.com setelah order dibuka ya. InsyaALLAH ada tandatangan ekslusif dan gift kad comel CNS II dari akak bagi 300 pelanggan terawal ^^

Sunday, August 5, 2012

Hanya Dia Kucintai - Bab 1


Prolog…


BEG beroda itu ditarik dengan penuh payah. Dia sebenarnya tidak rela berpisah dengan papa. Dia lebih rela mengikut langkah papa di mana jua papa berada. Dia tidak kisah dengan kemiskinan hidup mereka. Namun, segalanya telah berubah dengan kemunculan lelaki itu. Lelaki itu menawarkan pertolongan untuk melangsaikan segala hutang-piutang papa. Syarat pertukarannya tidak masuk diakal! Syarat gila! Memang gila! Dia tidak rela. Kenapa papa mesti bersetuju? Memperjudikan masa depannya. Ini sahaja jalan yang dia ada. Pilihan yang menghancurkan hati semua orang iaitu melarikan diri.
            Dia berteleku menongkat dagu di stesen bas itu. Jam di pergelangan tangan acapkali dikerling.
            “Cik Mira…” Dua orang lelaki berbaju melayu merapatinya.
            Wajahnya terus berubah.

Wednesday, August 1, 2012

Sinopsis - Hanya Padamu

Setelah diubah..

Hanya Padamu

BERKAHWIN atas dasar kepentingan diri. Tajul Askhin lelaki yang sepuluh tahun lebih tua dari Mira Ezuryn yang baru mencecah usia dua puluh tahun. Perkahwinan itu atas dasar untuk melunaskan hutang-piutang papa kepada Tajul Ashikin. Namun perkahwinan itu hanya bertahan untuk jangka masa yang pendek. Mira Ezuryn pinta dilepaskan dan Tajul Ashikin menurut kemahuan isterinya itu kerana tidak mahu menjadi lelaki dayus. Pada Mira Ezuryn pula perkahwinan itu bukan satu permainan.

            Lima tahun Mira Ezuryn merasa dirinya bebas seperti burung dan kegembiraan itu padam dengan kemunculan semula Tajul Ashikin yang menuntut janjinya. Malah menggugat cinta Mira Ezuryn pada Amel…Tajul Ashikin lelaki yang kejam! Manusia tidak berperikemanusiaan! Tapi benarkah begitu? Mira Ezuryn tidak sedikit pun menyelami hati nurani bekas suaminya itu. Padanya Tajul Ashikin lelaki yang tidak layak untuk dicintai…Dan janji yang termetarai mengikat kisah dia dan Tajul Ashikin semula.

            Lima tahun yang lalu, Tajul Ashikin memanng seorang lelaki yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dia memerangkap Mira Ezuryn dengan ikatan perkahwinan. Dia jua membinasakan perniagaan papa Mira Ezuryn. Kenapa dia lakukan itu semua? Kerana perasaan cinta pada gadis itu yang tersimpan di hati. Dia jatuh cinta pandang pertama. Dia kembali kerana hanya untuk Mira Ezuryn…Pada dia Mira Ezuryn hanya milik dia.

            Hati Mira Ezuryn sekeras kelikir. Apa jua yang Tajul Ashikin lakukan kesetiaannya pada Amel tetap utuh sehinggalah berlakunya peristiwa tidak diduga itu…

            “Jiwa dan ragaku hanya untuk dia yang aku cintai…”