Tab Menu

Followers

Sunday, September 30, 2012

Nilai Cintanya - NC12


AKU tetap tidak boleh melakukannya…Ameer Dylan duduk di sisi katil. Dia usap-usap lembut wajah Sufi Alisha. Ameer Dylan menarik nafas kecil. Dia bingkas bangun lalu melangkah keluar dari bilik itu. Butang baju kemeja sudah dikatupkan kembali. Dia merapati Puan Rasiah. Wanita itu tersengih-sengih memandangnya.

            Ameer Dylan membisu. Dia duduk sambil meramas-ramas jemarinya. Apa yang ada di benak hatinya memang menggetarkan jiwa. Dia sepatutnya sudah mampu memiliki Sufi Alisha namun kenapa dia perlu behenti? Sufi Alisha tidak akan meronta atau menjerit dalam keadaan yang tidur lena itu jika dia melakukannya. Apa yang tidak kena pada dia? Niatnya mati begitu saja.

            “Cepatnya sudah?!” Puan Rasiah bertanya.

            “Jangan banyak soallah. I ada sesuatu yang I nak minta auntie lakukan.” Ameer Dylan tidak mempedulikan kata-kata dari Puan Rasiah itu. Dia akan menggunakan cara yang lain.

            Perlahan-lahan dia berbisik pada Puan Rasiah. Wanita itu sekadar menganggukkan kepalanya.

            “Perkara yang cukup mudah bagi auntie.”

            “Bagus!” Ameer Dylan tersengih. “Esok auntie datang ke pejabat saya untuk ambil baki wang auntie.”

            Mereka saling berbalas senyuman.

            “Apa yang kita rancangkan pasti berjalan dengan lancar kali ini. Encik Dylan jangan bimbang. Percaya pada auntie.

PERLAHAN-lahan kelopak matanya dibuka. Sufi Alisha memandang sekeliling biliknya itu. Tiada lagi kelibat Ameer Dylan. Dia cuba bangun dari baringnya. Dia tersentak melihat pakaiannya berselerakkan atas lantai. Sufi Alisha memandang keadaan dirinya. Lantas selimut itu ditarik hingga ke paras dada. Dia hampir mahu menangis. Apakah Ameer Dylan…? Tak mungkin…?!

            Air matanya mengalir. Ya Allah, berat sekali dugaan yang diuji kepadaku…Sufi Alisha menyapu air matanya. Kenapa Ameer Dylan menganiaya dia hingga sebegini? Apa yang telah dia buat pada lelaki itu? Adakah kerana dia menolak wang dan lamaran lelaki itu? Hati dan perasaannya terguris dengan sikap Ameer Dylan.

            “Ya, Allah…kau kuatkan semangat hambaMU ini…” Bisik hati kecil Sufi Alisha. Dia gagahkan diri untuk bangun.

            Sufi Alisha keluar dari biliknya dalam keadaan tubuh yang masih lemah. Dia mengerling pada ibu tirinya yang sedang bergelak ketawa bersama Jeslina dan Johana itu. Mereka bersubahat dengan Ameer Dylan untuk menganiayai dia. Sungguh hati mereka busuk dan dikaburi dengan wang. Luhur hati Sufi Alisha kerana ubat tidur yang diletakkan dalam air susu itu adalah perbuatan dari ibu tirinya sendiri.    
      
            “Gadis suci sudah bangun dari mimpi indah.” Sinis butiran kata dari bibir mungil Jeslina.

            “Suci lagi ke?” Johana menyampuk kata dari kakaknya itu. Keduanya ketawa.

            Sufi Alisha tidak mengendahkan kata-kata kedua adik tirinya itu. Dia mendekati Puan Rasiah. Tiada riak rasa bersalah pada wajah wanita itu. Selama ini Puan Rasiah hanya menganggapnya sebagai orang luar dan bukan dari ahli keluarganya sendiri. Dia tidak pernah mengambil hati atas layanan dingin ibu tirinya itu.

            “Terima kasih banyak-banyak makcik.” Ucap Sufi Alisha. “Terima kasih kerana merosakkan maruah anak tiri makcik sendiri. Terima kasih kerana menjual saya makcik.” Bertalu-talu ucapan terima kasih itu kepada Puan Rasiah.

            Puan Rasiah mencebik. Dia faham akan maksud kata dari Sufi Alisha itu. Ah! Peduli apa dia jika Sufi Alisha menjadi galang ganti untuk kemewahan yang akan dia miliki. Dia sudah lelah dengan kesusahan hidup.

            “Sufi…makcik rasa ada lebih baiknya kau mengahwini Ameer Dylan tu. Dia yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada aku kan?”

            “Makcik…jawapan saya tetap sama. TIDAK!”

            Terjegil biji mata Puan Rasiah. Sudah sampai ke tahap ini pun Sufi Alisha masih mahu berdegil.

            “Jaga maruah keluarga kita, Sufi. Macam kalau perut kau itu berisi nanti? Mana makcik nak letak muka makcik.” Puan Rasiah sudah meninggikan suaranya.

            “Kenapa makcik perlu takut? Bukankah ini yang makcik mahukan? Makcik yang mencemarkan maruah saya?” Sufi Alisha membalas.

            Puan Rasiah terdiam.

            “Makcik…saya menjaga keluarga kita dengan hasil titik peluh saya. Saya bantingkan empat kerat tulang saya demi rezeki yang halal makcik. Saya tidak pernah mengharapkan balasan, makcik...Apakah hanya wang dan kemewahan yang penting pada makcik? Makcik…sebanyak mana wang yang terkumpul, perhiasan yang bertakhta di tubuh, bila mati kain putih yang membaluti tubuh kita.”

             “Kau jangan nak berceramah dengan aku, Sufi. Apa yang aku buat aku punya fasal. Aku berdoa pun belum tentu aku dapat apa yang aku inginkan.” Bidas Puan Rasiah.

            “Entahlah Kak Sufi ni…benda sudah jadi begini pun masih nak bercerita tentang soal agama. Kak Sufi tu cermin muka Kak Sufilah dulu. Kak Sufi bukannya bersih lagi. Sudah jadi bunga layu yang tercemar.” Johana jelek dengan sikap Sufi Alisha yang selalu berlagak alim itu. Dia tahulah Sufi Alisha itu solat tidak tinggal. Rajin ke masjid. Rajin mengaji. Semua ornag puji Sufi Alisha itu baik.

            Sufi Alisha tersenyum tenang. Sayangnya pada mereka tidak bertepi. Dia sentiasa mengingatkan diri pada Allah agar sentiasa bersyukur ke atas rahmatNYA. Dia mahu menyara keluarganya dengan hasil yang diredhai.

            “Makcik…Sufi sayangkan makcik dan adik-adik…”


GAMBAR Sufi Alisha yang tersimpan di dalam telefon ditatap entah untuk kali yang ke berapa. Ameer Dylan tidak melupakan wajah lena Sufi Alisha ketika itu. Pastinya dia orang yang pertama menyentuh wajah dan melihat Sufi Alisha dari dekat.       

            Carolyn menjeling Ameer Dylan dengan ekor mata. Sungguh dia terlewat untuk menyelamatkan Sufi Alisha dari menjadi mangsa buruan Ameer Dylan. Semuanya berlaku begitu pantas.  Ameer Dylan bertindak sesuka hatinya lagi. Berapa ramai lagi perempuan yang menangis kerana kasanova Malaya ini? Apalah nasib gadis itu agaknya?

            Ameer Dylan masih belum menyentuh sedikit pun daging steak yang terhidang di atas meja itu. Dia asyik melayan telefon bimbit di tangan. Lagaknya seperti orang sudah angau. Carolyn menyuapkan daging steak pada mulut Angie. Angie memang suka bila makan steak di restoran eksklusif ini. Harga yang berpatutan dan masakannya juga sedap. Agak kerap juga dia membawa Angie makan steak bersamanya di sini.

            “Dylan…”

            Ameer Dylan mengangkat kepalanya.

            “You sudah sakit jiwa ke?”

            Ameer Dylan menjongketkan kening.

            “I sakit jiwa. I masih waras okay.”

            “Kalau waras lagi so habiskan steak you itu. Sudah sejuk tau.” Desis Carolyn.

            “I tak berselera…”

            “What?! You tak berselera?” Carolyn berasa pelik. Ameer Dylan juga tidak banyak bercakap hari ini. Lelaki itu masih merenung pada skrin telefon bimbitnya.

            “Entah…tekak I tiada selera.”

            “Dylan…I mahu tanya you sesuatu?”


            Ameer Dylan menopang dagu.

            “You nak Tanya fasal I melamar perempuan itu ke? Apa yang I dah buat padanya?”

            “Bagusnya you….you dapat baca apa yang ada di fikiran I sekarang.” Carolyn buat-buat tersenyum.
            “I memang mahu berkahwin dengan Sufi Alisha. So ada apa-apa bantahan?”

            Carolyn menggelengkan kepalanya.

            “Are you serious?!

            Banyak betullah soalan dari bibir Carolyn ini?

            “Ya..I sanggup melakukan apa saja asalkan dia mahu berkahwin dengan I. You tahu…dalam banyak-banyak perempuan kenapa I pilih dia?”

            Carolyn menggelengkan kepala.

            “Sebab dia terlalu sombong! Mulut dia asyik mebidas apa saja kata I. Dia kata cinta I terlalu murah.” Getus Ameer Dylan.

            “Apa you dah buat pada dia semalam?” Carolyn memakukan matanya pada Ameer Dylan.

            “I raped dia.”

            “What?!” Terlopong mulut Carolyn. Apa Ameer Dylan sudah buat? Gadis itu boleh bawa Ameer Dylan ke tengah.

            “You nak mati ke Dylan. Dia boleh buat you duduk dalam lokap?!”

            Ameer Dylan tertawa. Apalah yang hebat sangat pada Sufi Alisha sampai mahu mengheret dia ke dalam lokap. Kalau yang menyerah dari itu Carolyn tidak ambil kisah sangat.

            “Just kidding!

            “Dylannn…”

            “Hahahaha…pucat wajah you Carolyn. You tunggu dan lihat saja drama yang sedang I arahkan ini. You akan tahu nanti.”

            “Dylan…you menakutkan I tahu.”

            “Kalau I raped dia, dia ingat dia boleh menghukum I ke dalam lokap. Dia tidak mungkin boleh mengapa-apakan I. Kuasa wang lebih kuat dari bicara mulut dia.” Ameer Dylan cukup megah.

            “Dylan…you merendah-rendahkan gadis dia. Jangan kelak you yang tersungkur di kaki dia pula. Tangan yang mengayun buaian itu boleh menggocang dunia tahu.” Carolyn memberikan peringatan.

            Makin galak Ameer Dylan tertawa.

            “Sufi Alisha nak buat I tersungkur?! Pleaselah Carolyn…Perempuan itu tidak sehebat Delina pun. Setakat hanya bibir berceramah dengan I itu dan ini apalah sangat hebatnya dia.” Ameer Dylan mendepangkan kedua belah tangan.

            “Dylan…jangan terlalu yakin pada diri sendiri.” Carolyn kembali menyuap daging steak yang masih berbaki.
           
WAJAH mencuka Delina menjadi tatapan Ameer Dylan sebaik dia pulang ke pejabat. Delina terus menyerbu masuk ke bilik pejabatnya. Azie tidak dapat menegah Delina yang tiada Delina yang tiada adap sopan itu. Datang ke syarikat orang dengan lagak macam dia isteri Ameer Dylan.

            “Azie…you boleh keluar.”

            “Maaf Encik Dylan..”

            “Tidak mengapa…”

            Ameer Dylan duduk di atas kerusi eksklusifnya.  Dia mula menyemak fail-fail yang berlonggok di atas mejanya itu.

            “Dylan…” Delina mula merengek.

            “I banyak kerja. You boleh jumpa I malam ini di night club.”

            “Dylan…I’m pregnant…”

            Tiada riak terkejut di wajah Ameer Dylan.

            “So…berapa bulan.”

            “One month…”

            “Berapa lama kita tidak bersama?”

            “Dylan…anak ni anak you.”

            “Jangan nak memperbodohkan I.” Ameer Dylan mengeraskan suaranya.

            “I tetap akan kata ini anak you.”

            “Why?!

            “I mahu you nikahi I. Itu saja.”

            Ameer Dylan masih tidak mengangkat wajahnya memandang Delina.

            “You nak I nikahi you tapi anak dalam perut benih jantan lain.”

            “Apa bezanya Dylan. You juga tidur dengan wanita-wanita lain selain I juga.” Delina mengetap bibir.

            “You bukan perempuan yang I ingin nikahi.”

            Delina menyeringai.

            “Dylan…kita nikah saja…lepas itu urusan you, I tak masuk campur dan urusan I pula you tak perlu masuk campur. Kita masih boleh bebas walaupun dah berkahwin. Dua kita bersama sebagai suami isteri then kita bercerai.” Mudahnya perkahwinan itu bagi Delina. Dia terdesak untuk mejaga reputasi kariernya. Doktor sudah memberikan amaran yang dia tidak boleh menggugurkan kandungannya kali ini. Risiko yang melibatkan nyawa. Dia tidak mahu mati muda.

            “Apa you merepek ni…apa jua alasan you berikan I tidak suka jadi pak sanggup benih dari jantan lain.” Pandai buat pandai tanggung sendiri. Lagipun dia tidak berminat dengan drama Delina tika ini. Tumpuannya pada Sufi Alisha. Dia masih belum mendapatkan gadis itu lagi.

            “I tak boleh gugurkan baby ini lagi. I tak mahu mati Dylan.” Mendayu-dayu suara Delina. Dia terus memujuk Ameer Dylan.

            “Itu bukan urusan I.”

            “Sorry…ada sudah ada calon wife sendiri. I hanya akan menikahi dia. You banyak jantan dalam koleksi you. You pilih salah seorangnya menjadi kambing hitam you.”

            “You mahu menikahi dia kerana dia cabar ego youkan?”

            “Delina…jangan langgar peraturan permainan kita. I tidak suka you masuk ke garisan batasan yang I buat.” Riak air muka Ameer Dylan kian menjadi serius.

            Terkunci mulut Delina. Delina yang melanggar peraturan dan membuat Ameer Dylan naik angin.

            Bunyi ketukan pintu bilik pejabatnya membuatkan Ameer Dylan mengangkat kepalanya yang asyik menunduk memandang dokumen dalam fail.

            “Azie! I dah kata tiada gangguan!” Dia mula melenting. Suasana biliknya itu sudah semakin tegang.
            “Maaf Encik Ameer Dylan. Sufi Alisha mahu berjumpa dengan encik.” Azie terus memulas tombol pintu tanpa arahan dari Ameer Dylan. Sufi Alisha berdiri di belakang Azie.

            Sufi Alisha…Bibir Ameer Dylan melirik senyuman. Agaknya gadis itu sudah mengubah fikiran.

            “Silakan Cik Sufi…”

            “Terima kasih Azie..” Ucapnya lembut.

            Pintu bilik itu ditutup semula. Ameer Dylan terus sahaja bangun dari kerusnya merapati Sufi Alisha. Delina turut bangun dan memaut lengan sasa lelak itu. Dia halakan renungannya pada Sufi Alisha.

            Sufi Alisha cuba menguatkan semangatnya. Dia bertemu dengan Ameer Dylan atas penganiayaan yang lelaki lakukan pada dia. Dia amat yakin dirinya masih suci maka dia membuat pemeriksaan untuk kepastian. Pelik kerana Ameer Dylan tidak menyentuhnya.

            “You sudah ubah fikiran?”

            “Encik Dylan…tolong jangan desak saya. Saya tetap dengan keputusan saya.”

            Amarahnya kian sampai ke puncak. Sukar sekali untuk dia menjinakkan Sufi Alisha. Sufi Alisha benar-benar seperti mawar yang berduri. Dia menarik lengannya dari pautan Delina. Bengis dia merenung Sufi Alisha.

“Perempuan-perempuan  jelita di luar sana itu berebut-rebut mahu berkahwin dengan I tapi you….you gadis yang sebelah mata pun I tak pandang ini berani menolak lamaran I.”

            Ameer Dylan tidak lagi mengisahkan Delina yang berada di sisinya itu. Am eer Dylan membuka telefon bimbitnya lalu menunjukkan gambar yang diambil ketika Sufi Alisha tidak sedarkan diri itu.

            Sufi Alisha membulat anak matanya. MasyaAllah…Dia menekup mulut. Air matanya menitis.

            “You lihat gambar you dalam telefon I ini. You mahu I sebarkan gambar ini di luar?” Ameer Dylan meengugut.

            “Encik Ameer Dylan…Awak manusia berhati syaitan!” Sufi Alisha memusingkan tubuhnya. Dia ingin beredar namun bergegas Ameer Dylan mencengkam lengannya.

            “Lepaskan saya!” Jeritnya.

            “Cik Sufi Alisha! Ingat baik-baik, jika you tidak berkahwin dengan I maka gambar separuh bogel you  itu akan tersiar di seluruh dunia. Ingat pada maruah yang you banggakan itu.” Ameer Dylan ketawa sinis. Dia yakin ugutannya akan berkesan pada gadis itu.

            Sufi Alisha merenung Ameer Dylan tajam.

            “Saya tidak akan berkahwin dengan lelaki jahat seperti awak.” Sufi Alisha masih bertegas. Wajah putih itu memerah.

            “You jangan cabar I Cik Sufi Alisha.” Geram sungguh dengan Ameer Dylan dengan gadis ini. Keras hati dan degil sekali.

            “Apa dosa saya pada Encik Ameer Dylan? Apakah hanya kerana saya menolak lamaran encik maka encik memperlakukan saya begini? Bukankah encik cakap yang perempuan-perempuan jelita mengejar cinta encik dan berebut-rebut ingin mengawini encik.”

            “Tapi I mahukan you! Mengerti!” Ameer Dylan merapatkan wajah pada Sufi Alisha.

            Delina sudah termangu. Beria-ia Ameer Dylan mahu mendapatkan gadis bertudung litup itu. Mungkin gadis inilah yang Ameer Dylan ceritakan padanya. Delina mencebik.

            “Saya tetap menolak!” Dia lebih rela menderita dan terseksa dari mengahwini lelaki itu. Biarlah orang mengata tentang dirinya, hanya Tuhan yang apa yang berlaku.

            “Dylan…dia sudah tidak mahukan you untuk apa you hendak mendesak dia lagi.” Delina mencelah.

            “Shut Up. Jangan campuri urusan I!” Ameer Dylan menyorotkan matanya pada Delina.

            Delina menelan air liur.

            Pegangan pada lengan Sufi Alisha masih kemas. Tiada cara lain lagi. Dia tarik Sufi Alisha mengikut langkahnya. Tidak dipedulikan jerit pekik gadis itu. Bilik Tuan Haji Abbas dicerobohi. Tuan Haji Abbas yang sedang meneliti dokumen di tangan itu tersentak melihat Ameer Dylan bersama seorang gadis masuk ke biliknya. Sufi Alisha masih meronta pinta dilepaskan. Ameer Dylan ini sudah sakit jiwa agaknya.

            “Ayah…saya mahu menikhi gadis ini!” 

Friday, September 28, 2012

Nilai Cintanya - NC11



AMEER Dylan jalan mundar-mandir di dalam billik pejabatnya. Anginnya tidak beberapa baik hari ini. Dia tidak mahukan gangguan dari sesiapa. Ameer Dylan mengeluarkan sekotak rokok dari laci mejanya. Dia pernah bersikap begini di dalam pejabat. Dia juga sudah keluar dari landasan etika tidak merokok di dalam pejabat. Puntung rokok sudah disumbatkan ke dalam mulut. Amaran kerajaan ‘Rokok Merbahayakan  Kesihatan’ yang tertulis pada kotak rokok itu tidak diendahkan sama sekali.

            Asap berkepul-kepul dihembuskan keluar. Ameer Dylan sedikit rungsing ketika ini. Apa lagi yang ada difikirannya jika bukan fasal Sufi Alisha. Kenapa gadis itu menolaknya mentah-mentah? Mahal sangatkah nilai cinta gadis itu? Arghhh! Sufi Alisha…aku mesti dapatkan kau juga! Lepas aku dapat apa yang aku nak maka aku akan tinggalkan dia. Biarkan dia merana. Ini Ameer Dylanlah…lelaki yang tidak akan tewas pada cinta perempuan.

            Sufi Alisha….gadis yang tidak punya apa-apa itu berani mencabar dia. Wajah mulus Sufi Alisha tidak mengenakan sebarang make-up. Bersih licin….tapi mulutnya agak biasa juga mengeluarkan kata. Pedas berapi!

            Lamunan Ameer Dylan terhenti sebaik interkom di mejanya berbunyi. Dia merengus kecil.

            “I sudah beritahu I tidak mahu diganggu.”

            “Cik Delina dalam talian Encik Dylan.” Balas Azie.

            “Katakan saya I sibuk.”

            “Tapi Encik Dylan…”

            “Siapa boss you Azie?”

            Azie terdiam.

            “Baik Encik Dylan.”

            Aneh sikap Ameer Dylan hari ini. Moodnya tidak baik langsung. Pagi-pagi sudah naik angin kus-kus. Jarang Ameer Dylan angin pasang di pejabat melainkan ada masalah dengan klien yang cerewet.

            Ameer Dylan membuka telefon bimbitnya. Satu-persatu dia mencari nombor telefon ibu tiri Sufi Alisha. Dia sudah mengaturkan satu rancangan buat Sui Alisha. Wanita itu pasti akan membantu dia jika disogok dengan wang ringgit.

            “Helo…boleh I bercakap dengan Puan Rasiah…”

            “Ya saya bercakap,”

            “I Ameer Dylan…tentu puan kenal dengan I lagi.”

            “Ameer Dylan?” Puan Rasiah mengerut dahi seketika. Oh! Lelaki yang ebria-ia sangat mahu memperisterikan anak tirinya itu. “Encik Dylan…maafkan auntie. Auntie sebenarnya…”

            “I tahu semuanya. Sufi Alisha menolak lamaran I dan memulangkan semula cek yangI berikan pada auntie.” Ameer Dylan laju memintas.

            “Auntieauntie janji akan buat Sufi bersetuju dengan lamaran Encik ADylan.”

            “Anak tiri auntie itu sukar untuk dijinakkan dengan kata-kata. I ada rancangan yang cukup baik. Tapi…auntie kena membantu I.” Ameer Dylan tersenyum sendiri.

            “Pasti…auntie pasti akan membantu Encik Dylan.” Puan Rasiah menarik nafas lega kerana Ameer Dylan tidak melenting.

Demi kemewahan dia sanggup berbuat apa saja. Sufi Alisha yang terlalu bodoh menolak tuah. Gadis itu sedang terlantar di atas katil akibat demam panas. Rasakan! Malas dia mahu ambil peduli pada anak tirinya itu. Hanya Jeffrey yang mengambil berat perihal Sufi Alisha.

            “Auntie dengar baik-baik apa yang akan beritahu pada auntie nanti. Dan pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Saya akan gandakan wang jika rancangan ini berjaya.”

            “Ya…ya…boleh-boleh.” Puan Rasiah mula teruja.

            Ameer Dylan menceritakan segala rancangan yang terlintas difikirannya itu. Puan Rasiah mendengar dengan teliti setiap bait butir kata anak muda itu. Apa yang ingin Ameer Dylan lakukan pada Sufi Alisha memang melampau namun mata Puan Rasiah sudah dikaburi dengan wang. Dia mempersetujui apa yang Ameer Dylan ingin lakukan pada Ameer Dylan.

            “Molek sangatlah Encik Dylan. Sufi ada di rumah sekarang. Dia demam dan auntie rasa lebih baik rancangan Encik Ameer itu kita lakukan sekarang. Lagipun anak bongsu auntie tiada di rumah sekarnag. Hanya auntie bersama Sufi.” Ujar Puan Rasiah. Benda macam ini tidak perlu tunggu lama-lama. Dia dapat wang dan Ameer Dylan dapat Sufi Alisha. Pertukaran yang cukup adil bukan?!

            Pucuk dicita ulam mendatang. Dia tidak teragak-agak lagi untuk menerima pelawaan istimewa dari Puan Rasiah itu. Pedulikan hal kerja di pejabat. Dalam fikirannya hanya ada Sufi Alisha kini.
            “I akan segera ke sana.” Ameer Dylan mencapai kunci keretanya itu.

            Langkahnya diayunkan laju melintasi Azie yang ketika baharu hendak menuju ke bilik pejabatnya.

            “Encik Dylan…” Panggil Azie agak kuat.

            Ameer Dylan tidak menghiraukan panggilan setiausahanya itu. Dia terus menuju ke pintu lif. Tidak sempat untuk Azie mengejar, pintu lif itu telah tertutup. Azie hanya mampu mengeluh kecil. Dokumen di tangannya itu dipandang dengan gelisah. Nampak gaya dia perlu meminta Tuan Haji Abbas ke pejabat.

SUFI Alisha memicit kepalanya sakit. Berat sungguh kepalanya. Dia terpaksa kerja setengah hari dan terus pulang ke rumah. Mujur saja Hajah Solehah memahami keadaannya. Ubat yang diberikan oleh doktor masih belum ditelan. Sufi Alisha jenis yang sukar untuk menelan apa jua jenis ubat berbentuk pil. Dari kecil dia tidak sukakan ubat.  

            Dia rebahkan tubuhnya kembali di atas tilam empuk itu. Mungkin setelah dia lena sebentar, sakit di kepalanya itu akan hilang. Baru dia hendak memenjamkan mata suara Puan Rasiah sudah kedengaran bising di ruang dapur. Sufi Alisha bangun lalu melangkah keluar dari biliknya.

            “Makcik…” Panggilnya perlahan.

            “Hah Sufi…mana kau letak botol kopi? Makcik mahu buatkan air untuk tetamu kita.”

            Tetamu? Siapa pula datang waktu ini?

            “Sufi ada letak dalam laci atas ni makcik.” Sufi menunjukkan botol kopi kepada Puan Rasiah.

            “Kau ni suka letak barang susah nak jumpa.” Puan Rasiah mula membebel.

            Sufi Alisha tidak membalas. Dia mencuri pandang pada tetamu di ruang tamu itu. Matanya membuat besar melihat tetamu tersebut. Matanya yang samar-samar menyukar untuk dia melihat raut wajah tetamu itu. Dari susuk tubuhnya dia yakin tetamuPuan Rasiah itu seorang lelaki. Suara Jeslina dan Johana juga amat kecoh di ruang tamu itu. Entah apa yang dibisingkan.

Sufi Alisha bergegas masuk ke dalam biliknya. Rambutnya yang panjang itu tidak dilitupi dengan kain tudung. Dia hanya memakai t-shirt pendek dan kain batik.

            Beberapa ketika kemudian, pintu bilik itu diketuk perlahan. Suara Puan Rasiah memanggilnya di luar bilik. Sufi Alisha membuka perlahan.

            “Ini air untuk kau. Makan ubat tu..” Puan Rasiah menghulurkan segelas air susu kepadanya.

            “Terima kasih makcik.” Tanpa meragui apa-apa Sufi Alisha menyambutnya.

            “Hmmm!” Puan Rasiah beredar. Ada segaris senyuman sini di hujung bibir.

            Sufi Alisha duduk di birai katil. Dua biji ubat sebesar panadol itu telan. Air susu itu dihirup perlahan. Sufi Alisha berpaling saat pintu biliknya terkuak perlahan. Dia lupa untuk

mengunci pintu biliknya. Riak wajah Sufi Alisha berubah apabila melihat susuk tubuh lelaki yang sudah berada di dalam biliknya itu. Ameer Dylan! Hatinya menjerit. Jadi tetamu ibu tirinya itu adalah Ameer Dylan.

            “Keluar!” Sufi Alisha membalingkan bantal ke arah Ameer Dylan.

            Dalam sakit itu Sufi Alisha masih bertenaga untuk membaling apa jua barang yang ada di dalam biliknya.

            Ameer Dylan ketawa kecil. Dia mengelak setiap kali Sufi Alisha membalingkan barang ke arahnya. Dia pantas merapati Sufi Alisha. Kedua belah pergelangan tangan gadis itu dicengkam kuat.

            “Sufi Alisha…kau tidak akan terlepas dari genggaman aku lagi!” Rengusnya kasar.

            “Lepaskan saya!” Sufi Alisha meronta-ronta. Tapi apalah daya pada tenaga perempuan sepertinya. Tamabhan pula dengan keadaan dia yang lemah itu.

            “Makcik!” Dia memanggil ibu tirinya. Sayang…panggilannya itu hanya sia-sia.

            Puan Rasiah hanya duduk diam di ruang tamu melihat jumlah cek di tangan. Jeslina dan Johana sudah lesap entah ke mana.

            “Lebih kau jangan melawan…” Ameer Dylan sudah mencapung tubuh Sufi Alisha lalu dijatuhkan pada atas katil. Dia sudah menidih tubuh gadis itu.

            “Lepaskan saya…” Sufi Alisha sedaya-upaya menolak tubuh sasa Ameer Dylan. Air matanya merembes keluar. Matanya sudah berpinar.

            Sengihan Ameer Dylan semakin panjang. Kesan ubat tidur yang dia bubuh dalam air susu itu sudah membawa kesannya. Rontaan Sufi Alisha kian tidak berdaya. Pandangan matanya terus gelap. Matanya sudah terpenjam rapat.

            Ameer Dylan mengusap-usap wajah mulus Sufi Alisha. Rambut gadis itu panjang mengurai amat sesuai dengan wajah bujur sirihnya. Ternyata Sufi Alisha seorang gadis yang manis dan cantik dari pandangan mata lelaki seperti dia.

            “Sufi Alisha…kau akan menjadi milik aku secara mutlak…” Ameer Dylan mengambil gambar Sufi Alisha melalui telefon bimbitnya. Dia renung wajah Sufi Alisha lama. Wajah yang cukup menenangkan.

            Saat bibirnya mahu mencumbui wajah itu, Ameer Dylan mengangkat wajahnya. Dia sendiri tidak mengerti akan tindak balasnya itu. Ameer Dylan mengetap bibir. Dia gelisah sendiri. Matanya melirik pada sekeliling ruang bilik kecil itu. Ada ayat-ayat Al-Quran yang tergantung di dinding yang Ameer Dylan sendiri tidak tahu untuk membacanya.

            Ameer Dylan meraup wajahnya berkali-kali. Apa yang sduah berlaku pada kau Dylan? Kenapa kau tak boleh melakukannya?! 

bersambung lagi...^^