Tab Menu

Followers

Thursday, December 9, 2021

 Masih ingat dengan karya HANYA DIA KUCINTAI.

Kak Ilya sudah tukar tajuk sebab tajuk ni dah yang guna. 

Tajuk yang bakal terbit: BENCIKU CINTAIKU

Kak Ilya swaterbit sendiri.


Print on Demand tau.

Link WhatsApp:

https://api.whatsapp.com/send?phone=60136497515...


Sinopsis

Perkahwinan yang terbina antara Tajul Qhalif dan Nina Ezuryn

terlerai akibat perasaan dengki manusia yang tidak suka melihat kebahagiaan
mereka. Kejamnya Tajul Qhalif memisahkan Nina Ezuryn dengan anaknya yang masih
kecil. Pilihan dibuat demi nyawa seorang insan sedarah sedaging. Berat kaki
Nina Ezuryn untuk melangkah pergi.

Tujuh tahun membina hidup, Tujuh tahun membawa hati yang terluka
dan kerinduan terhadap satu-satu anaknya, Tajul Qhalif kembali dalam kamus
hidup Nina Ezuryn. Kebencian lelaki itu tidak pernah padam. Dia seakan tidak
tegar melihat Nina Ezuryn memperoleh kebahagiaan bersama lelaki lain. Wanita
itu dipandang bagaikan musuh. Malah perhubungan Nina Ezuryn dengan Naashif
putus di pertengahan jalan angkara lelaki itu.

Nina Ezuryn tidak ingin membenci. Tidak bolehkah Tajul Qhalif
meneruskan kehidupan lebih tenang? Kenapa perlu ingin merosakkan kebahagiaan
dia? Jawapannya mudah. Dalam benci, cinta masih tersemat dalam jiwa lelaki itu.

Tajul Qhalif dikelilingi musuh-musuh yang ingin menjatuhkan dia.
Dia terperangkap dalam permainan musuh sehingga nyawa Nina Ezuryn dan anak
mereka menjadi sasaran. Masakan musuh ketatnya ingin melihat dia bernyawa.



Sunday, November 29, 2015

Queen Control (versi baru) - PROLOG

Setiap cerita ada kisahnya…
Kisah itu mewarnai kehidupan…


PROLOG

PUTRI Tasnim melontarkan batu-batu kecil ke arah laut. Perasaannya sednag bercampur-baur. Kecewa! Ya, dia kecewa. Dia kecewa dengan perkahwinan papanya. Dia kecewa dengan perkahwinan Eidhan. Eidhan memilih Tengku Tyea, seterunya itu sebagai teman hidup.
            Kakinya mula mengorak langkah menyusuri pantai.
            “Mama baru 44 hari meninggalkan kita, papa sudah menikah dengan perempuan ini!” Jari telunjuknya ditundingkan pada wajah Hanny. Hanny yang umurnya hanya beza 7 tahun itu menjadi ibu tirinya. Gunting dalam lipatan. Dalam diam perempuan itu memerangkap papanya.

Saturday, November 7, 2015

QARIN - Bab 1

#manuskrip dalam penilaian

MATANYA dibuka perlahan-lahan. Suasana dalam bilik itu gelap. Terlalu gelap hingga dia meraba-raba disekelilingnya. Tangannya menyentuh sesuatu. Apa yang disentuhnya itu? ‘Benda’ hidup atau ‘benda’ mati. Bendalir warna merah melekat-lekat pada jari-jemarinya. Bau yang hanyir.
            Cahaya mula menerangi bilik yang tadinya gelap. Bola matanya membulat besar. Dia menoleh pada ‘benda’ yang disentuhnya tadi. Sekujur tubuh manusia yang berlumuran darah. Suaranya menjerit lantang.

Wednesday, August 26, 2015

ORDER NILAI CINTA SEJATI

NILAI CINTA SEJATI
(914m/s)


SEM: RM 45.00
SABAH/SARAWAK: RM 52.00
(termasuk postage)


Boleh PM order juga kepada saya dan saya akan sampaikan kepada Diksi untuk order anda


Blurb:

AMEER Dylan memiliki pakej yang cukup sempurna di mata wanita. Namun ada kisah disebalik kejayaan yang dikecapi. Dirinya pernah dihumban ke kancah derita. Seribu kali sayang, Ameer Dylan memuja nikmat kemewahan dunia. Wanita umpama permainan dalam hidupnya. Kemewahan adalah segala-galanya lantas dia menjadi angkuh dan bongkak.
Pertemuan dengan gadis biasa bernama Sufi Alisha membuatkan Ameer Dylan berasa tercabar. Gadis yang dianggap kolot dan selalu membidas kata-katanya itu mengheret Ameer Dylan selangkah ke titik permulaan dalam kisah hidupnya.
Sufi Alisha gadis yang berani mempersoalkan tentang kemewahan dunia yang dipuja. Malahan gadis itu berani melabel Ameer Dylan seorang lelaki yang miskin dengan nilai cinta. Tidak tahu erti cinta yang sebenar. Cinta yang paling mahal di dunia ini adalah cinta kepada-NYA.
Gadis tabah dan sentiasa tegas dengan pendirian itu menjadi Ameer Dylan penasaran. Dia ingin memiliki gadis itu walau dengan apa cara sekalipun. Dia menggunakan wang untuk memiliki Sufi Alisha. Sifat mata duitan ibu tiri Sufi Alisha dipergunakan sebaik-baiknya.

“Saya tidak akan pertaruhkan cinta saya untuk lelaki yang tidak mampu membimbing saya ke Syurga.” ~ Sufi Alisha.

“I akan pastikan you jatuh ke dalam tangan I!” ~ Ameer Dylan




(MBB) - MAYBANK

Friday, August 14, 2015

NILAI CINTA SEJATI

Alhamdulillah....

Akhirnya NILAI CINTA SEJATI (NILAI CINTANYA - tajuk lama) diterbitkan di bawah Pink Diksi

Jom, like page Diksi : https://www.facebook.com/PinkDiksi
PINK DIKSI akan buka ORDER nex week.

Dapatkan NILAI CINTA SEJATI bersama Pink Diksi nanti. 


Harga:
Sem: RM 38.00
Sabah/Sarawak: RM 41.00
Muka Surat: 900+++





Saturday, August 8, 2015

DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU - (BAB 7, BAB 8) - versi edit

ALEEZA… you tak boleh usahakan I bertemu dengan El.”
            Aleeza jadi serba salah bila Hairie merayu sedemikian.
            “I tak beranilah Hairie. Nanti El cekik I sampai mati pula. El dengar nama you pun dia sudah jadi gunung berapi.”
            “Please Aleeza. I merayu sangat pada you. I tahu salah I. I inginkan peluang kedua dari El.”
            “El tu bukan senang dipujuk. I tak jamin you dapat peluang kedua dari El. Itulah you mudah sangat termakan kata-kata orang lain tanpa selidik dulu.” Marah Aleeza.
            “I tahu salah I. Mudah temakan kata. I tetap nak cuba pujuk El.”
            “Semangat you tu I puji tapi I tiada jamin El akan berbaik semula dengan you. El tu keras hati. Hati dia dah jadi batu. Kalau you pecahkan dengan tukul pun takkan cair.” Aleeza tidak mahu berikan harapan kepada Hairie. Kalau Eleanor sudah tak mahu ‘rujuk’ semula percintaannya dengan Hairie, dia tak boleh berbuat apa-apa. Keputusan terletak pada tangan Eleanor.
            “Please Aleeza. I merayu sangat pada you.”
            Macam dalam drama pula.
            “I cubalah.” Kesian pula Aleeza melihat Hairie. Tak kisah kena cekik dengan Eleanor.
            “I tahu you boleh tolong I.”

Monday, May 11, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 8

SENYUM lebar Gibs melihat setiap masakan di dalam magkuk tingkat tersebut. Ikan masin sambal tumis, sayur tumis kacang panjang dan Nasi putih bersama sambal tempoyak. Dia ingin cuba merasa masakkan Teja.
            Puan Jelita hanya memandang Gibs dengan gelengan. Dia tahu anak saudaranya itu mengupah Teja untuk menyediakan lunch box setiap hari. Tapi bagus juga kerana serba sedikit akan membantu Teja menghadapi masalah kewangannya. teja tu bukannya suka orang bersimpati dengan dia. Dia tidak akan menerima bantuan kewangan secara percuma. Gadis itu kuat sangat bekerja.
            “Auntie nak cuba rasa atau auntie on diet.”
            Puan Jelita ketawa.
            “Auntie dah berusia. Untuk apa auntie nak diet-diet ni. Takde faedah.”
            “Tua sangat ke? Auntie tu baru 40-an masih nampak jelita seperti nama auntie juga ‘Jelita’.”