Tab Menu

Followers

Thursday, September 26, 2013

Teman Pengganti - Episode 4

“MAMA…” Juliez meluru memeluk Puan Sri Selena.
“Anak gadis mama ni semakin cantik.” Puan Sri Selena memuji.
Juliez memberikan isyarat mata kepada Joe. Apabila menerima pujian sekejap sahaja rajuknya pada Joe hilang. Joe tidak endah. Dia tidak pernah iri hati jika papa dan mama pilih kasih antara dia dan Juliez.

“Joe…” Puan Sri Selena memanggil anak bujangnya itu.
Joe menghampiri.
“Tak mahu peluk mama?”
Joe menghampiri dan mendakap tubuh mamanya erat.
“Joe sihat?”
“Alhamdulillah… sihat.”

“Makin handsome anak mama ni.” Puan Sri Selena mencuit hidung mancung Joe.
Joe tersenyum.

“Joe naik atas dululah mama.” Ujar Joe lembut.
“Makan dulu dengan mama dan Juliez.”
“Joe masih kenyang.”
“Joe… mama tengok Joe makin kurus. Makan tak cukup kan?”
“Kurus? Joe tengok badan Joe maintain aje.”
Puan Sri Selena menggeleng.
“Kalau lapar nanti turun makan okay.”
“Okay mama.”

Pipi Puan Sri Selena dikucup. Joe segera meluru memijak anak tangga. Rindu dia pada biliknya yang sudah ditinggalkan lama itu. Joe sudah berpesan agar barang-barang dibiliknya tidak diusik atau dialihkan.

Muka Juliez keruh melihat gelagat abang dan mamanya itu. Dia tidak suka jika Joe dilebihkan dari dirinya. Segala-galanya dia mahu lebih dari Joe.

“Mari makan sayang.” Puan Sri Selena memaut lembut bahu Juliez.
“Mama jangan bagi muka sangat pada Joe.”
“Joe! Juliez sayang… panggil Abang Joe bukan Joe. Dia abang kamu.” Puan Sri Selena mengingatkan.
“Ala mama… Joe cuma tua dua tahun dari Juliez.”
“Sayang… dua tahun pun dia tetap lebih tua dari kamu.”
 Juliez mendengus kecil.

Seronok dapat baring di atas tilamnya yang empuk ini. Joe memandang siling. Wajah Fika yang mudah kelibut terbayang di ruang mata Joe. Dia tersenyum sendiri. Sememangnya dia suka mengusik gadis ayu yang seringkali memberikan alasan tidak logiknya.

Pengalaman naik bas bersama Fika adalah satu memori yang indah bagi Joe. Lenguh kakinya terpaksa berdiri dan berhimpit dengan penumpang yang lain. Dia hampir pecah tawa apabila mulut kecil Fika mengomen bau dari seorang penumpang berbangsa Bangladesh itu. Sedia maklum memang bau yang kurang menyenangkan. Ada yang berbau wangi da nada yang berbau masam.

Mujur sahaja kereta yang ditinggalkan tidak dicuri orang. Joe mengambil teksi selepas menghantarkan Fika di rumah sewanya. Tidak sanggup dia mahu menunggu bas yang makan masa berminit lamanya.

Kau sudah suka pada Fika ke Joe? Joe menyoal diri sendiri. Mungkin juga sebab dia sendiri yang mengatakan dia suka gadis seperti Fika. Bukan seperti Ratna yang terlalu ‘over acting’ itu. Ratna sama species dengan adiknya Juliez. Perempuan itu hidupnya terlalu bebas. Dia pernah lihat Ratna berpacaran dengan lelaki yang boleh diiktiraf sebagai ‘datuk’ kepada Ratna. Gelilah…


“MANA Joe?” Soal Tan Sri Azmeer sebaik keluar dari perut kereta.

Briefcasenya dihulurkan kepada Puan Sri Selena.

“Ada dalam biliknya.”
“Emmm… cakap pada Joe nanti yang I mahu jumpa dia.”
Tan Sri Azmeer mendapatkan anak gadis kesayanganya. Tubuh Juliez dipeluk erat. Kedua-dua belah pipi gebu Juliez dikucup dengan penuh kasih sayang.
“Macam  mana life anak gadis papa yang cantik ni? Okay?”
Juliez mencebik.
“Kondo yang papa hadiahkan pada Julie tu kurang bestlah. Safety guard tak okay. Hari itu kereta my friend hilang tayar.”
Really?
Juliez angguk laju.
“Papa akan buat aduan.”
“Papa carikan rumah lain untuk Juliez…”
Puan Sri Selena sudah menggeleng kepala mendengar permintaan anak gadisnya itu.

“Baiklah. Papa cari kondo yang lebih selesa buat Juliez.”
Thanks papa.”
Juliez tersenyum manis.

“Papa…” Joe sudah berdiri di anak tangga.
Wajah Tan Sri Azmeer berubah melihat anak bujang yang seorang ini.
“Panjang rambut kamu. Kenapa tidka potong?”
“Ini fesyenlah papa.”
“Fesyen kamu kata. Esok potong rambut kamu. Rimas papa tengok.”
“Sekurang-kurangnya Joe masih tidak menyerupai perempuan. Dan Joe tidak kalerkan rambut Joe jadi warna blonde.” Joe seakan memerli Juliez.
“Joe!” Suara Juliez sudah meninggi.

Joe hanya sengih panjang. Dia memang suka menyindir adik perempuannya itu.

“Joe..” Puan Sri Selena sudah mengerling Joe.
“Kalau Joe tukar jantina mahu papa dan mama pengsan terus.” Joe ketawa kecil.
Tan Sri Azmeer menjegilkan anak matanya.

“Papa… tengok Joe tu!” Juliez sudah muncung panjang.
“Budak ni..” Puan Sri Selena sudah menarik cuping telinga Joe.
“Sakitlah mama.”
“Nakal sangat.”

Tan Sri Azmeer sudah bersandar di atas sofa. Minuman sudah terhidang atas meja. Rutin kebiasaan Puan Sri Selena pasti tidak boleh dilupakan. Air buat suaminya semestinya mesti telah tersedia di atas meja tamu itu.

“Joe..” Tan Sri Azmeer memanggil anak lelakinya itu.
“Ya papa..”
“Malam ni masuk ke bilik bacaan papa. Papa ada hal sedikit mahu berbicara dengan Joe.”
“Baiklah papa.”

Joe tidak terasa hati dengan sikap papa. Papa jarang tersenyum di hadapannya berbanding dengan Juliez. Papa melayan Juliez dengan mesra sekali. 

13 comments:

  1. sy makin tertarik dgn cerita ini.. teruskan
    hehehe nak lg boleh?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ilya...ceq mai sini ngee semoga ceria bak pelangi... Awat sikit sangat tak puas ceq Baca...apa2 pun ceq suka...nk lagi lehhh...wink2
    Rafika dewi jahrul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. sorilah ... idea menulis sepintas lalu... busy ngadap kerja sekali ;)

      Delete
  3. Replies
    1. Hi.. boleh tak jika sya nak odder salah satu buku kat cni... sya harap2 sngat dapat...tq

      Delete
  4. jalan cita yg menarik! kenapa Tan Sri melebihkan Juliez dr Joe ermmm interesting :) smbg lg ye kak
    >>huda93<<

    ReplyDelete
  5. tidak adil kenapa tan sri x senyum kat joe

    ReplyDelete
  6. jalan cerita yang sangat menarik dan bikin terbawa suasana

    ReplyDelete