
Tajuk Asal Nilai Cintanya, tukar Nisbah Cinta, dan akhirnya dapat tajuk yang sesuai... Saya masukkan semula setelah ubahsuai manuskrip dibuat...
Prolog
SEJUK!
Sejuknya… dia memeluk tubuhnya erat. Air matanya mengalir laju. Malam ini dia
hanya tidur beralas kotak lagi. Tiada tilam mahupun selimut yang akan membaluti
tubuh kecilnya itu. Sakit yang dirasai hilang sebaik matanya terpenjam rapat.
Lena yang panjang membawa dia ke alam mimpi yang mengasyikkan. Dia lupa pada
derita dan kesengsaraan.
“Bangun! Bangun!” Tubuh kecil itu
digoncang dengan kuat.
Terpisat-pisat dia membuka matanya.
Lelaki tua itu merenung wajah budak lelaki
berpakaian agak compang-camping itu. Budak lelaki itu memiliki seraut wajah
yang comel. Bulu matanya panjang. Warna matanya juga berlainan dengan warna
mata budak-budak melayu yang lain. Kulit putih bersih. Sekali pandang pasti ada
yang yang menyangka budak ini adalah budak perempuan.
Budak lelaki itu memandang wajah lelaki
tua itu tanpa berkelip. Lelaki tua itu memaut wajah comel itu. Kalau digunakan
budak ini sebagai peminta sedekah pastinya memberikan keuntungan pada dia.
Entah anak mat salih mana yang sesat di sini.
“Siapa nama kau budak?” soal lelaki tua
itu.
Budak lelaki itu membisu.
“Aku tanya siapa nama kau? Kau pekak ke?”
Budak lelaki itu tetap membisu dan
merenung tajam ke dalam mata lelaki tua itu. Lelaki tua itu panas hati lalu tangannya
diangkat ke atas. Budak lelaki itu perlu diajar agar menghormati dia.
“Jangan gunakan keganasan pada budak
kecil.”
Terasa tangannya dicengkam kuat. Lelaki
tua itu menoleh.
“Kau lagi.” rengusnya kasar. Dia
melepaskan melepaskan cengkaman pada rahang budak lelaki itu. Lelaki tua itu
bingkas bangun dan berlalu pergi.
Lelaki itu menggelengkan kepala. Manusia tidak
berperasaan seperti lelaki tua itu masih ramai di kota ini. Hidup hanya mahu
bersenang-lenang tanpa perlu menggunakan tulang empat erat untuk bekerja.
“Adik tak apa-apa?” Dia duduk bercangkung
merapati budak lelaki itu.
“Semua orang besar jahat!” Budak lelaki
itu membalas. Dia menepis kasar tangan lelaki tadi.
Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman
nipis.
“Mana rumah adik?”
“Saya tiada rumah.”
Lelaki itu mengerutkan dahi.
“Adik mahu ikut uncle makan tak? Uncle tahu
adik mesti lapar.” Dia cuba memancing perhatian budak lelaki itu.
“Lapar… saya sudah dua hari tak makan
nasi.” ujarnya jujur.
“Kalau begitu adik kena ikut uncle.”
“Uncle
tak pukul saya kan?”
Lelaki itu menggeleng. Budak lelaki itu
tersenyum. Ada sinar di matanya. Dia seakan mempercayai lelaki itu. Lantas dia
segera bingkas bangun dan memengang tangan lelaki itu.
Bab 1
“AMEER
Dylan! You memang setan!” Gadis berambut panjang separas
bahu itu melemparkan pasu bunga yang dicapai ke arah lelaki yang berada di
hadapannya. Sayang… pasu itu tidak mengenai sasaran. Jika tidak memang pecah kepala
Ameer Dylan. Ameer Dylan memasukkan kedua-dua belah tangannya di dalam kocek
seluar. Dia merenung tajam wajah ayu gadis itu.
Ameer Dylan mengorakkan senyuman sinis. Dia
masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Lagaknya yang ego itu sungguh
menyakitkan hati gadis terbabit. Dia tidak faham mengapa dia boleh terjebak
dengan lelaki kasanova ini. Mungkin kerana matanya kabur dengan harta yang
dimiliki oleh lelaki itu? Habis madu sepah dibuang. Dia ibarat perempuan
simpanan lelaki seperti Ameer Dylan.
“You
yang sanggup berikannya kepada I. I memang seikhlas hati menerimanya. You pun tahu I lelaki jahat, Bella.”
“You
mesti bertanggungjawab!” suara Bella memetir. Hatinya meluap-luap menahan rasa
amarah terhadap Ameer Dylan yang berlagak selamba itu. Dia memang bodoh kerana
jatuh cinta pada Ameer Dylan. Cinta yang tidak berbalas. Tubuh badan tergadai.
“No-no!”
Ameer Dylan mengoyang-goyangkan jari telunjuknya. “You ingat you layak jadi wife I?
Cermin muka you sikit! You ni sama kelas dengan perempuan yang
menjaja diri tepi jalan itu tahu!”
Bella mengetap bibir mendengar penghinaan
dari bibir Ameer Dylan. Bella mengamuk lagi. Habis segala harta benda yang ada
di dalam bilik pejabat Ameer Dylan itu dihumban sana-sini.
“Azie! Panggil security masuk ke bilik I
sekarang! Ada perempuan gila mengamuk di sini!” Ameer Dylan menekan butang interkom.
Azie menggelengkan kepala. Perempuan
menjadi gila kerana CEOnya itu. Cinta memang senang diberikan tetapi tiada
nilai langsung pada lelaki itu. Tidur perempuan sana, tidur perempuan sini.
Entah apa mahu jadi dengan Ameer Dylan. Hukum halal dan haram sudah ditolak
tepi. Tidak seperti ayah angkatnya, Tuan Haji Abbas. Macam manalah Tuan Haji
Abbas boleh ada anak angkat seliar Amer Dylan? Hairan bin ajaib.
“Dylan! You akan terima pengajaran dari I!
Nahas you nanti!” Bella memberikan
amaran.
“You
ingat I akan takut dengan abang you yang gangsters tu? Gangsters
taik kucinglah! I lagi jahat dari
abang you tahu.” Ameer Dylan jenis
manusia yang pantang dicabar perempuan.
Belum sempat Bella membuka mulut untuk
membidas kata-kata Ameer Dylan, dua pengawal keselamatan yang dipanggil sudah
memaut lengan Bella.
“Lepaskan I! Lepaskan I.” Bella
meronta-ronta.
“Jangan benarkan perempuan gila ini masuk
ke syarikat I lagi, Faham!” Ameer
Dylan memberikan arahan.
Perempuan… dia yang rela menyerah diri
lepas itu mahu marahkan kita pula. Pedulikan! Perempuan seperti Bella melambak
di luar sana. Seorang menolak akan datang sepuluh lagi yang menyerah. Harga
maruah mereka terlalu murah. Ameer Dylan duduk meraup wajahnya. Malam ini dia
mahu enjoy puas-puas sebelum berangkat ke Perth. Apabila sudah sibuk bekerja
tiada masa untuk berlipur lara lagi. Ayah angkatnya memang sengaja mahu dia
sibuk dengan kerja untuk mengawal sikap kasanovanya itu.
Ameer menekan butang telefon bimbitnya.
Malas otaknya mahu memikirkan tentang Bella lagi. Buat semak otak sahaja. Gila!
Masakan dia akan jatuh cinta pada perempuan murahan seperti itu?
“Helo, Carolyn sayang…”
“Dylan… sudah hampir satu bulan you tak call I. You busy
dengan teman-teman wanita you ya?”
Lunak manja suara wanita di talian itu.
Ameer Dylan ketawa.
“I’m
sorry sayang. Hari ini I sudah single available semula. Apa kata you temankan I malam ini?”
“What?
A’re you kidding? You baru couple dengan Bella tak sampai dua bulan
tau.” Bunyi suara Carolyn agak terperanjat. Dulu bukan main ligat Ameer Dylan
angkut Bella ke sana dan ke sini. Ke mana sahaja dengan Bella. Naik muak
Carolyn melihat tingkah-laku kurang sopan Ameer Dylan dengan Bella. Depan
matanya pun berkelakuan tidak senonoh.
“Come
on Carolyn… you pun tahu I susah nak bertahan dalam perhubungan
dengan perempuan. I cepat boring.”
“You
ni jahatlah. Habis madunya you kutip, sepahnya you buang. You buat
perempuan macma barang mainan you
pula.” desis Carolyn. Apa sudah jadi pada sahabat baiknya ini.
Ameer Dylan ketawa lagi.
“You
tak mahu cuba bercinta dengan I?” Sengaja
Ameer Dylan mengusik Carolyn.
“Pleaselah…
lelaki jahat macam you bukan taste I okay.” Masakan Carolyn ingin bermain api dengan si kasanova yang
berhidung belang seperti Ameer Dylan. Rupa kacak lelaki itu bukan ukuran.
“So…
malam ini you free tak?”
“Okay…
tempat biasa ke?”
“Yup.”
“I
jumpa you di sana.”
“Okay…
bye-bye sayang.”
Ameer Dylan mematikan talian.
MABUK!
Itu satu lagi sikap Ameer Dylan yang tidak disenangi oleh Carolyn. Dia terpaksa
memapah lelaki itu masuk ke dalam kereta. Carolyn mengeluh kecil. Kalau tubuh
Ameer Dylan itu ringan macam angin tidak mengapalah. Dulu kata mahu behenti
minum tapi omong kosong saja. Apabila kaki sudah masuk ke pub maka pulangnya jika tidak bersama perempuan pastinya akan mabuk
begini.
“I
tak mahu balik rumah, you temankan I malam ni?”
“Sorry
Dylan. I tak dapat temankan you.
I hantarkan you pulang.” Carolyn sudah menghidupkan enjin kereta. Ameer Dylan
tidak mungkin dapat memandu sendirian dalam keadaan mabuk begini.
“Carolyn… I benci pada mama I kerana
dia buang I. Mama I tak pernah sayangkan I.” Ameer sudah mengarut lagi. Cerita
yang sama akan diulang.
“I
tahu.”
“Dia tinggalkan I di tepi jalan seorang diri. I
hidup merempat.”
Carolyn
membisu. Dia tidak pernah jemu mendengar cerita yang berulang dari bibir Ameer
Dylan. Telinga mendengar tetapi tumpuannya hanya pada pemanduan.
“You dengar tak?” Ameer Dylan mula naik
berang. Dia memusingkan stereng kereta. Carolyn menjerit lantang.
“You nak matikah!” Carolyn menjerit
lantang. Mujur saja Carolyn dapat mengawal keretanya dari merempuh penghadang
jalan.
“I memang patut mati.” Ameer Dylan
menyandangkan kepalanya. Matanya sudah terpenjam rapat.
“Bukan
dengan cara membunuh diri!” Rengus Carolyn.
Senyap.
Tiada balasan kata dari Ameer Dylan.
Carolyn
mengerling pada sahabatnya itu. Ameer Dylan sudah terlena di sebelahnya. Dia sendiri tidak tahu cara untuk menasihati
Ameer Dylan kerana dirinya juga hidup terumbang-ambing. Masalah rumahtangganya
tidak pernah selesai. Jason masih belum mahu melepaskan dia. Anak mereka yang
menjadi mangsa keadaan. Carolyn mengubah haluan perjalanan. Biarlah Ameer Dylan
menumpang tidur di rumahnya malam ini.
“BUDAK
ni memang bawa sial pada I. Dia yang
buat populariti I merundum!” Pekik
wanita itu di hadapan seorang lelaki.
“Jesse… dia darah daging you. Dia anak you yang sah. You yang
melahirkan dia.”
“I
tak pernah akui dia anak I. Nyawa I hampir terputus kerana melahirkan dia!
I terpaksa kahwin dengan lelaki bodoh
itu kerana father I. I tidak perlukan budak itu. Si bodoh itu
dan father I pun sudah mampus!”
“Habis? You nak buat apa sekarang?”
Dia hanya dia membisu di balik pintu
biliknya. Hatinya dicarit-carit mendengar perbualan mama dan lelaki itu. Air
matanya tumpah.
Ameer Dylan membuka matanya perlahan. Dia
benci untuk mengingati kisah silam yang pahit itu. Ameer Dylan bingkas bangun
memandang kiri dan kanan. Kepalanya terasa amat berat sekali.
“Mummy…
uncle Dylan sudah sedar!” Terdengar suara jeritan seorang budak kecil
berhampiran. Dia pasti itu suara Angie, anak gadis Carolyn.
Bunyi derapan tapak kaki makin jelas di
gegendang telinga Ameer Dylan.
“You
perlu berehat.” Carolyn dan Angie sudah terpacak di depan matanya.
“I
okay… sudah pukul berapa ya?”
“Sudah pukul dua petanglah uncle.” Petah Angie menjawab.
“What?
I kena pulang sekarang. Malam ini I perlu berangkat ke Perth.” Kelam kabut
Ameer Dylan bingkas bangun dari katil. Dia tidak peduli lagi pada keadaan
dirinya yang tidak terurus.
Carolyn hanya menggeleng dan tersenyum.
bila nak di bukukan ni...best jalan citer dia..
ReplyDeletelanjut
ReplyDelete