Tab Menu

Followers

Wednesday, May 6, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 5

TEJA melepaskan keluhan berat.
            “Teja tak ada duit! Kalau ada pun Teja takkan bagi abang untuk beli ‘benda’ tak guna tu!”
            “Teja jangan nak tipu abang. Abang tahu Teja dah bergaji. Teja nak abang mintak pada mak.”
            “Abang… segala kos perubatan mak dan perbelanjaan rumah Teja tanggung sorang. Abang cuma tahu mintak duit aja. Tak bekerja. Tak balik rumah. Abang tak tahu susah payah Teja.” Teja angkat muka pandang muka Rafiq. Dia tidak takut jika Rafiq angkat tangan menampar mukanya. Pipinya itu sudah lali dengan tamparan Rafiq.
            “Teja, abang tak nak berkeras dengan Teja. Kalau abang dah meminta bagi aja!” Suara Rafiq kian meninggi.
            “Teja takkan bagi duit lagi. Abang nak duit, abang kerja sendiri. Abang ada tulang empat kerat.” Teja kena berkeras hati. Tidak boleh lagi berlembut dengan abangnya. Dia seakan bersubahat jika dia memberikan Rafiq duit.
            Rafiq hilang sabar. Dia merentap rambut Teja. Teja menyeringai.
            “Teja nak bagi atau tidak?!”
            “Teja takkan bagi.” Teja membentak. Teja tidak peduli pada kesakitan yang dirasainya.
            “Rafiq! Apa kamu buat ni. Lepaskan adik kamu!” Puan Hamimah terpaksa campur tangan. Tidak sanggup dia lihat Rafiq memperlakukan Teja sedemikian rupa.
            “Fiq nak duit mak. Duit!” Rafiq melenting.
            “Nah duit. Pergi keluar dari rumah ni.” Puan Hamimah menghulurkan duit kepada Rafiq.
            “Mak… jangan bagi abang duit tu.”
            Kasar Rafiq merentap duit dari tangan emaknya. Teja tahu hati emak dihiris pilu dengan tingkah abang.
            “Kenapa mak bagi abang duit?”
            “Kalau mak tak bagi dia akan pukul kamu.”
            “Biar dia pukul orang. Orang tak kisah. Orang dah biasa.”
            “Teja…” Puan Hamimah memeluk tubuh Teja. Kasihan pada anak bongsunya itu yang terpaksa memikul beban menanggung keluarga.
            Air mata Puan Hamimah merembes.
           

GIBS bermenung sendirian di kerusi rehat dibalkoni. Tidakkah Teja mengencam dia? Mungkin kerana dia sudah banyak berubah. Gibs yang 11 tahun yang dulu tidak lagi sama seperti Gibs yang sekarang. Setelah neneknya meninggal dunia, Gibs mengikut ibunya duduk di luar negara. Gibs menyambung pelajaran di sana.
            Mungkin ada perubahan pada tingkah-laku tetapi hatinya tidak pernah berubah. Dia tidak melupakan gadis itu dalam kotak ingatan.
            “Gibs…” Puan Jelita muncul di belakang.
            “Auntie... Silakan duduk.”
            “Menung panjang nampak.”
            Gibs tersengih.
            “Takderlah auntie. Nak menungkan siapa. Girlfriend takde lagi.”
            “Zureen bukan girlfriend Gibs?”
            Gibs ketawa.
            “Auntie… please jangan buat joke dengan Gibs.
            “Auntie tengok Gibs dengan dia bukan main rapat. Dia kan sudah biasa dengan Gibs dari kecil lagi. Dah biasa dengan family Gibs.”
            “Rapat tak semestinya girlfriend.”
            “Okay. Cuba beritahu status perhubungan Gibs dengan Zureen pada auntie.”
            “Just friend.  Lagipun Gibs anggap Zureen tu macam adik Gibs sendiri.”
            “Cantik macam tu hanya kawan aja.” Puan Jelita angkat kening.
            “Ya.”
            “Mesti taste Gibs lebih tinggi ni.”
            “Maybe kut.”
            “Sampai tualah Gibs tak kahwin.”
            Taste Gibs tidak tinggi seperti yang Puan Jelita katakan. Dia lebih suka gadis
yang biasa-biasa aja. Natural.
            “Puan…”
            Orang gaji Puan Jelita muncul membawa telefon.
            “Ada Mak Timah?”
            “Ada panggilan untuk Encik Khalil.”
            Telefon dihulurkan.
            “Panggilan dari siapa?”
            “Ibu Encik Khalil.”
            “Terima kasih Mak Timah.”
            Wanita separuh abad itu berlalu.
            “Auntie masuk dalam dulu tolong Mak Timah hidangkan makan malam.” Puan Jelita bingkas bangun.
            Gibs sekadar mengangguk. Telefon dilekapkan pada telinga.
            “Assalamualaikum ibu.”
            “Waalaikumusalam. Apa khabar anak ibu?”
            “I’m fine.”
            “Macam mana dengan kerja?”
            “It’s okay.”
            “Okay aja?”
            “Gibs belum biasakan lagi dengan suasana di sana.”
            “Daddy apa khabar?”
            “Gibs belum bertemu dengan daddy lagi.”
            Walau ayah dan ibunya sudah berpisah, ibunya masih bertanya khabar tentang ayahnya. Perhubungan mereka masih baik.
            “Cuba teka siapa bersama dengan ibu sekarang?”
            “Ibu… Gibs tak pandai main teka-teki.”
            Gibs mendongak ke langit yang gelap. Tiada bulan dan bintang kelihatan. Cuaca malam itu semakin sejuk. Mungkin hari bakal hujan.
            “Ibu pas telefon pada dia.”
            “Hi, my handsome Gibs!”
            Suara lunak manja itu Gibs kenali.
            “Hi, Zue…”
            “Zuenak balik Malaysia hujung minggu ni.”
            “Really?”
            “You macam tak suka aja.”
            “Kenapa pula aku tak suka? Malaysia tanah tumpah darah kau jugak. Tempat kelahiran kau so untuk apa aku nak menghalang kau balik ke sini.”
            “Gibs jemput Zue di airport.”
            “No problem tapi aku tak janji. Maybe jika aku tak dapat jemput kau, aku akan wakilkan orang lain.”
            “Zue nak Gibs yang jemput Zue.”
            “Aku dah cakap aku tak janji.”
            “Zue tak kira, Gibs kena jemput Zue juga.” Suara ditalian cukup berkeras.
            Gibs tidak mengalah.
            “Aku tak janji.”
            “Gibs!”
            “Aku lapar ni belum dinner lagi. Aku nak dinner dengan my beautiful princess.”
            “What?! Gibs…”

            Gibs tersenyum sendirian. Talian diputuskan dengan sengaja. 

No comments:

Post a Comment