Tab Menu

Followers

Tuesday, May 5, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 2

DIA menyembur haruman minyak wangi berjenama Giorgio Armani Acqua Di Gio pada belakang telinga dan pergelangan tangannya. Bahagian semburan yang digalakkan bagi kaum lelaki. Dia pernah membaca satu artikel di Kosmo. Satu kesilapan jika menggosok pergelangan tangan selepas menyembur minyak wangi. Tindakan sedemikian menyebabkan molekul minyak wangi itu pecah dan menghilangkan bau haruman dengan lebih pantas daripada jangka masa sebenarnya.
            Almari pakaiannya dibuka. Dia memilih salah satu kot yang tergantung. Dia bersiul-siul kecil sambil cuba menyarung kot hitam di tubuh. Dia memandang cermin semula. Kot hitam itu ditanggalkan lalu dilemparkan atas katil.

            Jam Rolex di pergelangan tangan dikerling. Dia sudah lambat. Rambut panjang separa bahu itu diikatkan dengan kemas.
            “Time to go.” Dia melangkah keluar dari bilik.
         Puan Jelita yang menanti di ruang tamu agak kaget dengan penampilan anak saudaranya itu.
            “Semak mata auntie tengok muka kau, Gibs. Serabai. Kenapa tak bercukur?” Puan Jelita mengomen.
            Gibs hanya tersenyum manis sambil melipatkan lengan kemeja putihnya.
            “Gibs dah siap.”
            Puan Jelita pandang atas dan bawah. Kemeja kosong dan black shiny jeans. Gaya santai yang memikat tetapi tidak kena pada tempatnya. Laju kepala Puan jelita menggeleng. Lagak Gibs seperti seorang penyanyi yang akan membuat persembahan atas pentas.                       “Macam ni gaya Gibs nak ke pejabat?”
      Gibs angguk.
      “Tak nampak ciri-ciri seorang bos langsung.”
      Gibs tertawa.
      “Auntie… you know me?”
      “Well… like father like son.”
      Puan Jelita menjongket bahu.
      “Let’s go.”
      “My car or yours.”
      “Or sebenarnya auntie segan nak naik my darling ni.” Gibs mengangkat kening seraya menghala pandangan pada volkswagen buruknya itu.
      “Belilah baru Gibs. Nampak dah uzur tu.”
      Lelaki hensem seperti Gibs, berstyle tetapi bawa Volkswagen uzur ni lagi. Gibs-Gibs…
      “Sekejap.” Gibs melangkah masuk semula dan kembali dengan helmet.
      Kening Puan Jelita bercantum.
      “Naik kereta tak pakai helmet dear.”
      Gibs ketawa.
      “Kita tunggang yang tu.”
      Gibs memberikan isyarat ibu jari pada Harley Davidson yang berada di belakangnya itu.
      Terangkat kening Puan Jelita.
      “No-no!”
      “Come on auntie…”
      “Gibs!!!”
           

GIBS menanggalkan helmet di kepala. Helmetnya diletakkan atas motorsikal. Dia mengelus rambut dengan tenang sambil menatap cermin motorsikalnya. Kaca mata hitam masih melekat pada batang hidungnya. Selamba dia meletakkan Harley Davidsonnya di parkir kereta yang tertera khas untuk VVIP sahaja. Kelibat kereta milik Puan Jelita masih tidak kelihatan. Puan Jelita tersangkut di pertengahan jalan. Ada kemalangan berlaku menyebabkan jalan sesak.
            Dua pengawal keselamatan menghampirinya.
            “Maaf encik. Sila alihkan motorsikal encik.”
            “Tak boleh parkir di sini?”
            “Tak boleh encik.”
            “Bagaimana kalau saya tak mahu alihkan motorsikal saya?” Gibs menyilangkan tangan sambil tersenyum.
         Kedua-dua pengawal keselamatan itu saling berbisik. Salah seorangnya segera beredar.
            Setengah jam kemudian pengawal tersebut kembali bersama seorang gadis cantik. Gadis cantik itu tajam merenung muka Gibs dengan pandangan garang. Gibs melirik mata ke arah tag nama pada blazer gadis terbabit.
            Aznita. Cantik namanya. Secantik tuan yang empunya diri.
            “Maaf encik. Encik tidak boleh meletakkan motorsikal encik di sini. Tempat parkir ini hanya khas untuk kereta VVIP sahaja.”
            “So, what? Ada saya kisah ke?”
            “Kami akan hubungi pihak polis jika encik masih berdegil begini.”
            “Call lah.” Gibs mencabar.
            Aznita membuatkan bola matanya.
            “Fuad! You call polis sekarang. Ada samseng nak buat kacau di sini.”
            “Baik cik.”
            Pada masa yang sama kereta BMW milik Puan Jelita meluncur masuk. Puan Jeita melangkah keluar dari perut kereta.
            “Kenapa ni?” Soalnya.
            “Ada samseng nak buat kacau di sini, puan.”
            “Samseng?” Dahi Puan Jelita berkerut. Dia mengalihkan perhatian pada Gibs yang masih duduk di atas motorsikalnya. “Lelaki itu ke?” Mulut Puan Jelita memuncungkan ke arah Gibs.
            Aznita mengangguk.
            “Tunggu apa lagi, call polis sekarang!” Arah Aznita pada pengawal keselamatan tersebut.
            “Nanti dulu.”
            “Puan…”
            “Aznita…” Puan Jelita mengerling gadis tajam itu.
            “Tapi puan…”
            “You tahu yang you bercakap dengan siapa sekarang?”
            Mulut Aznita terkatup rapat. Buat pertama kali dia mendengar Puan Jelita meninggikan suara.
            “Hahaha… staf-staf auntie agak kurang ajar sedikit, auntie. Tiada budi bahasa. Aunite kena kasi lecture sikit pada mereka ni.”
            Aznita tersentak. Hatinya meluap-luap panas.
            “Jaga sikit mulut you!”
            “Aznita!” Dia sudah menggeleng perlahan. “Lelaki yang you kata samseng ini…”
            “Tak perlu auntie. Saya akan kenalkan diri saya sendiri.” Gibs turun dari motorsikalnya.
            “Khalil Gibran Tan Sri Muzzafar. Nice too meet you, dear.”
            Kali ini mulut Aznita terkunci rapat. Aznita malu. Lelaki yang dianggap samseng itu adalah anak lelaki Tan Sri Muzzafar merangkap tuan punya hotel mewah ini.
            “Gibs… kenalkan Cik Aznita pembantu auntie.”
            Spontan Aznita hulurkan tangannya.
           “Sorry… saya tak salam perempuan. Salam perkenalan Cik Aznita.” Gibs hanya mengangkat sebelah tangan. Dia merapati Aznita.
            “Don’t judge a book by its cover.”
            Sindiran buat Aznita. Pada Gibs, gadis seperti Aznita hanya memandang pada rupa paras.

            Aznita menggigit bibir. Puan Jelita tersenyum.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment