SEBUAH pub di ibu kota. Ameer Dylan duduk
dengan wajah yang mencuka. Malam ini Carolyn tidak sudi mahu menemaninya. Sibuk
dengan ‘masalah’ Jason yang tidak sudah-sudah. Dia bersendirian melayan
perasaan. Tiga gelas air coke telah
habis diteguknya. Tidak seronok pula duduk berseorangan begini. Bosan! Ameer
Dylan memusingkan kerusi yang didudukinya. Rambang mata nakalnya melihat
gadis-gadis genit yang sedang menari sakan bersama pasangan masing-masing. Dia
cuba mencari mangsa untuk malam ini. Mana tahu dapat menjerat si jelita untuk
peneman di kala sunyi.
Dia
tertarik pada seorang wanita jelita yang juga sedang duduk minum berseorangan di
satu sudut yang agak terpecil. Wanita yang berambut ikal itu membalas renungan Ameer
Dylan. Terukir segaris senyuman di bibir mungilnya. Peluang keemasan! Santapan
yang tampaknya ada kelas tersendiri. Ameer Dylan bingkas bangun dan mengaturkan
langkah penuh gaya.
“Boleh
I duduk?”
“Silakan…”
Wanita
itu merenung kembali gelas minumannya.
“Putus
cinta?”
Wanita
itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
“No…”
“Wanita
secantik you tidak manis bila bermuram
durga begini. Kalau you sudi I boleh menjadi teman bicara you.”
Wanita
itu ketawa kecil. Dia tenung raut wajah tampan di sebelahnya itu. Lelaki yang
cukup menarik dari pandangan mata wanita sepertinya.
“I mahu melupakan kedukaan yang lama.”
“Macam
ada satu kisah silam yang menarik.” Ameer Dylan semakin berani untuk terus
bertanya.
“Lebih
kurang begitu.”
“Ingin
berkongsi dengan I?”
“Siapa
you? Kenapa I perlu berkongsi cerita I
pada you?”
“Kadang-kala
kita perlukan seseorang yang tidak dikenali untuk meluahkan rasa.” Ameer Dylan
mengenyitkan mata kirinya.
“Nama
I Delina… and you?”
“Dylan…
nama I Ameer Dylan…just call I Dylan saja.”
“You ada darah kacukan?” Delina meneka.
“Yes…my
mum ada darah keturunan Chinese-Inggeris. Papa I pula ada darah campuran Melayu-Inggeris. So... I memang look handsome.” Ameer Dylan mengiakan.
“Satu
pakej pada you.”
Ameer
Dylan tertawa.
“Bodek
atau satu pujian untuk I?”
“Untuk
apa I mahu membodek you?” Soalan berbalas dengan soalan.
“Betul
juga, kitakan baru kenal.” Ameer Dylan mencapai gelas minuman Delina di atas
meja itu. Dia meneguk air minuman yang masih bersisa. Nampaknya wanita bernama
Delina ini lebih menarik dari Sufi Alisha.
Delina
masih bersikap bersahaja. Agak dingin. Dia kerling Ameer Dylan dengan menerusi
ekor matanya.
“I tidak boleh terima yang mother I ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Father I pula asyik busy
menghadap bisnes perniagaannya. I
seperti anak terbuang. I lepas
segala-galanya mencari keseronokkan di luar.” Delina membuka ceritanya.
“So ini hari pertama you berada di sini?”
Delina
mengangguk.
“I baru beberapa hari pulang dari London.
I pulang setelah kekasih I meninggal dunia. Kekasih I accident di London.”
“Sorry…”
“It’s okay.”
Ada
kesayuan pada wajah jelita Delina. Mungkin Delina masih mengingati arwah
kekasihnya itu. Delina menghela nafas kecil.
“Apabila
melihat you, teringat pada pertemuan
pertama I dengan arwah kekasih I.” Delina menyambung katanya lagi.
“Boyfriend you mat salih?”
Delina
menggeleng.
“Lelaki
melayu. I hanya perempuan simpanan
dia. Dia sudah ada isteri dan anak-anak. I
mengandungkan anak dia. Dan I
gugurkan anaknya setelah dia tiada. Untuk apa I menyimpan benihnya lagi…”
Ermmm…
bukan anak dara lagi. Ameer Dylan agak kecewa di sini. Tapi Delina ini memiliki
wajah yang jelita. Sayang jika dibiarkan saja sang burung yang tengah kesepian
ini.
“Bagaimana
dengan you?”
“I… I lelaki jahat.” Ayat sama yang
dituturkan kepada teman-teman wanitanya sebelum ini.
“Intresting!”
“Perempuan
akan merana jika mengenali I… Apa
kata malam ini I temankan you untuk mengubat kedukaan di hati you. Kita minum sepuas-puasnya. I belanja.” Ameer Dylan mengangkatkan
gelas minuman. Dia tersenyum penuh makna.
“Really? Perempuan akan merana kerana
mengenali you?”
“I tidak berbohong. You mahu mencuba?”
Delina
mengelus rambut ikalnya.
“Berapa
orang perempuan yang sudah merana dan menangis kerana you itu?”
“I tak pasti.”
Ameer
Dylan semakin merapati tubuh Delina. Jelingan mata Delina seakan mahu
menggodanya. Delina seakan membiarkan garfunya berjalan pada bahu yang terdedah
itu.
“Apa
kata kita teruskan perbualan dan perkenalan kita di rumah I?”
DELINA masih tidur pulas di atas katil. Ameer
Dylan sudah bangun menyiapkan diri untuk ke pejabat. Dia menyikat kemas
rambutnya yang kian panjang itu. Ameer Dylan meninggalkan nota kecil kecil buat
Delina. Masakan dia akan menamatkan perhubungan satu malam dengan wanita jelita
itu. Nombor telefonnya turut ditinggalkan pada nota tersebut untuk memudahkan
Delina menghubunginya.
Rumah
banglo dua tingkat ini dibelinya beberapa minggu yang lalu. Dia lebih mudah
membawa teman-teman wanitanya keluar-masuk. Dia tidak mahu mengotorkan vila
milik ayah angkatnya yang warak itu. Berbuih ayah angkatnya menasihati namun
dia tidak pernah mahu untuk berubah laku malahan bertambah teruk.
Telefom
bimbitnya berdering saat dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Panggilan
dari ayah angkatnya.
“Assalamualaikum
ayah…”
“Waalaikumusalam…
kamu di mana Dylan?”
“Dylan
sedang menghidupkan enjin kereta.”
Ada
helaan nafas kecil kedengaran di talian.
Tuan
Haji Abbas tahu yang Ameer Dylan berada di banglonya.
“Kamu
tahu kita ada mesyuarat dengan kontraktor pagi ini. Jangan menjejaskan reputasi
syarikat.”
“Setengah
jam lagi Dylan akan sampai ke pejabat. Dylan akan pecut selaju mungkin? Dylan
tidak akan lewat. Dylan janji.”
“Dylan…”
Talian
dimatikan. Tuan Haji Abbas menarik nafas panjang. Ameer Dylan pastinya berada
bersama dengan seorang perempuan malam tadi. Dia cukup kenal dengan perangai
Ameer Dylan. Dia menghala pandangan pada Azie yang sedang menyiapkan fail-fail
untuk mesyuarat.
Ameer
Dylan berdedikasi dalam soal kerja tetapi sikap kasanovanya menjejaskan imej
anak angkatnya itu serba sedikit. Masakan dia mahu memaksa Ameer Dylan itu berkahwin
dengan gadis pilihannya. Dia merosakkan masa depan gadis itu pula. Perkahwinan
tidak menjamin yang Ameer Dylan akan berubah laku kecuali dirinya sendiri.
Tuan
Haji Abbas bersandar pada kerusinya. Dia mengurut dadanya perlahan. Mulutnyanya
terkumat-kamit membaca zikir. Azie keluar setelah fail yang diperlukan di
letakkan atas dada meja Tuan Haji Abbas. Dia bukan sahaja setiusaha kepada
Ameer Dylan tetapi juga setiausaha kepada Tuan Haji Abbas. Dia mengagumi sikap
sabar Tuan Haji Abbas dengan perangai Ameer Dylan. Ameer Dylan cukup bertuah
mempunyai seorang ayah angkat yang tinggi budi perketinya.
Panjang
umur ketuanya yang tampan ini. Baru dia sebut-sebut namanya dalam hati tadi.
Azie melemparkan senyuman buat Ameer Dylan.
“Assalamualaikum…
selamat pagi Encik Dylan.”
“Morning Azie… mana ayah?”
“Ada
di biliknya, Encik Dylan.”
“Okay,
thanks.”
Ameer Dylan berlalu.
Azie
menjungkitkan bahu. Mujur saja Azie tidak terpikat dengan lelaki jenis Ameer
Dylan ini. Merana badan dapat suami seperti Ameer Dylan. Hari-hari dibasahi air
mata melihat kecurangan suami di belakang. Syukurlah suaminya seorang lelaki
romantis yang punya nilai-nilai akhlak murni. Paras rupa jatuh nombor entah ke
berapa.
Salam k ilya novel ni dah terbit ke belum? Lama x dngq kisah dylan ne..
ReplyDeletemasih penasaran dengan kelanjutannya
ReplyDelete