Tab Menu

Followers

Wednesday, November 6, 2013

Teman Pengganti - Episode 7



FIKA bermuka muram. Tiada senyuman di bibir gadis itu. Agaknya marah dengan lamaran mengejut dari Joe. Joe tersengih-sengih. Suka benar dia melihat wajah merah Fika yang sedang menahan marah. Kuza hanya sebagai watak pemerhati.

“Orang tua-tua cakap kalau muka masam-masam ni nanti cepat berkedut.”
“Elok berkedut takder orang yang nak!” Fika membalas.
“Tapi saya tetap nak awak.”
“Saya terjun dari kereta ni nanti!”
“Awak terjun saya biar aje.”
“Eeee…”


Fika terus mengalih pandang ke luar tingkap.

Joe tersenyum manis.


“TERIMA kasih!” Pintu kereta Joe sengaja dihempaskan dengan kuat. Lemah jantung Kuza dibuatnya. Bukan main marahnya lagi Fika ya?

“Kasih diterima.”

Fika dan Kuza sudah lenyap masuk ke rumah sewanya.
Joe memandu terus ke rumah. Dia bukan jenis mamat yang suka berhibur lara tak tentu arah. Kalau nak enjoy pun setakat lepak-lepak dnegan bebudak skateboard tidak bukan dengan bebudak futsal. Ada aktiviti. Lepak-lepak jugak. Solat jangan lupa. Wajib tu.

“Aku memang respectlah dengan Joe sebab dia berani melamar kau secara terbuka.”
“Otak dia dah tak betul tu.”
“Aku dah cakap dia suka kat engkau. Kau tak percaya lagi.”
Study aku lagi penting.”
“Apa salahnya kahwin masih belajar.”
“Aku tahulah tak salah tapi kau fikir dulu baik dan buruknya.”
Fika menanggalkan pin tudung di kepala.

“Emm… kalau dia mampu tanggung tiada masalahkan. Kau pun kata couple-couple tak nak. Baik kahwin terus.”
“Kau ni memang tak faham betullah!”

Kuza menyengih panjang.


“KAU lamar Fika!” Terlopong mulut AJ.
Joe angguk.
“Kau biar betul?”
“Aku dah kemaruk pada budak Fika tu.”
“Kejapnya kau jatuh cinta.”
“Cinta pandang pertama kata orang.”
“Agak-agaklah pun. Kau ingat senang nak jaga anak dara orang.”
No hallah. Aku boleh tanggung semua.”
“Bercakap terlalu yakin kawan aku ni.”
Joe tersengih.
“Aku nak bina hidup aku sendiri. Sampai bila mahu bergantung harap pada ornag tua aku. Aku tak nak mereka menentukan masa depan aku.”
“Kau fikirlah yang terbaik.”
“AJ… kau boleh tolong aku kan?”
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kau boleh percayakan aku.”
Joe berbisik pada telinga AJ.

“JOE!” Ratna muncul sambil bercekak pinggang. Bibirnya muncung panjang.
“Apa hal?”
“You tak patut buat I macam ni?”
“Apa aku dah buat pada kau pulak.”
“Kenapa tak nak kahwin dengan I?”
Dia tangan pula perempuan seorang ini. Lelaki baik-baik macam dia mestilah mahu cari gadis yang baik-baik juga. Ceh! Macamlah dia baik sangat.

“Maaflah Ratna. Kau bukan gadis pilihan aku.”
Kalau ikut pilihan orang tuanya memang Ratna menjadi pilihan utama mereka. Kedudukan sama taraf dan melibatkan dalam urusan bisnes lagi. Kalau dia berkahwin dengan Ratna maka dia juga dapat menguasai bisnes keluarga Ratna. Itu taktik papanya.

Ratna pasti akan membalas dengan ayat yang biasa dia dengar.

But why? Apa kurangnya I?”
Joe dah agak dah ayat yang itu.
“Tiada yang kurang. Sempurna di mata aku. Just… aku dah ada calon aku sendiri.”
“Joe… family kita nak kita bersatu. You nak bantah kata mama dan papa you ke?”
“Jodoh aku? Masa depan aku bukan taruhan , okay!”

Ratna menggigit bibir.

“Sampai hati you, Joe.”
“Ratna… aku tak mahu hidup aku asyik ditentukan oleh papa dan mama aku. Aku bukan sengaja mahu sakitkan hati kau. Aku sudah banyak kali katakana pada kau yang aku tiada apa-apa perasaan pada kau. Aku bukan memilih.”


Janganlah Ratna menitiskan air mata di depannya.

“I takkan berputus asa.”
“Terpulang pada kau. Kau tak dapat ubah perasaan aku sampai bila-bila.”
“Kita tunggu dan lihat.”
Joe jongket bahu.

“Jangan seksa diri Ratna.”
“I jenis bukan semudah itu untuk mengalah. Jika I tidak dapat you maka perempuan lain juga tidak akan dapat memiliki you.”
Ratna berpaling. Setitis air matanya jatuh ke pipi.

Joe menghela nafas kecil. Kata-kata Ratna tidak ambil mudah. Perempuan cantik dan lemah-lembut seperti Ratnaj juga boleh berhati kejam. 

*Enjoy Reading
(mood - sakit gigi)

2 comments:

  1. best...best...
    bila ingat kat joe..ingat kan mummy dia yang bermuka2 tu...
    hmmm...kesian kat joe

    ReplyDelete
  2. Cepat-cepat smbung ye kak ! :) Anyway best sgt. sweet Joe.

    ReplyDelete