Tab Menu

Friday, March 21, 2014

Masih Ada Cinta - 1



Masih Ada Cinta

Prolog

“Assalamualaikum… ya, saya Hannan.”
             
Sebaik suara di talian menyampai berita itu, ganggang telefonnya terlepas. Hannan terduduk tanpa suara. Suara di talian yang memanggil seakan tidak diendahkan lagi. Berita apa yang mengejutkan Hannan hingga Hannan bereaksi sedemikian.
           
 Umi segera mencapai ganggang telefon lalu dilekapkan pada telinganya. Wajah umiberubah. Dia meletakkan ganggang telefon lalu memandang wajah sayu Hannan.
             
“Hannan… Hannan nak ke hospital.”

Thursday, March 20, 2014

Boulevard - 1

 Tajuk asal Mahligai Air Mata, dah tukar tajuk, sebab ramai tak nak sad ending hehehe.. ;)

SEBUAH pub terkenal di Genting Higlands. Anak-anak muda menari bagaikan orang sasau mengikut rentak muzik yang berkumandang. Suasana yang begitu membingitkan telinga. Seorang gadis yang asyik menari menjadi tumpuan sekumpulan anak muda yang sedang bergelak ketawa dengan minuman keras di tangan masing-masing. Aksi gaya yang menggiurkan dan menggoda gadis itu buat mereka kecur liur. Gadis-gadis yang menemani bersama mereka turut terasa cemburu. Masakan tidak, aksi gadis itu tidak lekang dari pandangan mata lelaki-lelaki itu cukup jelita dan punya potongan badan persis seorang model. Lelaki berambut kemas pendek itu memaut bahu lelaki yang sedang menongkat dagu dengan wajah agak mencuka. Hanya lelaki itu sahaja yang tidak memesan apa-apa jenis minuman keras dalam pusat hiburan terbabit. Cukup sekadar segelas coke. Dia tersengih. Siapa yang tidak kenal Aryanz, lelaki yang tidak pernah bertahan dengan cinta. Aryanz sangat terkenal di kalangan perempuan-perempuan materealistic. Apa yang menghairankan gadis-gadis itu sudah tahu dengan perangai Aryanz, namun mereka masih ingin mendampingi lelaki itu.

Tuesday, March 18, 2014

Maaf Sangat-Sangat

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar warga blog CP, moga sihat-sihat belaka. Tak sihat, jangan lupa makan ubat ya.

Lama teman tak meng'update' blog. Bukan apanya, teman busy dengan bisnes kecil-kecilan teman. Orang yang baru nak belajar niaga sendiri katakan. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Sikit atau banyak rezeki yang diberikan, kita harus bersyukur.

Insya-Allah, ada kelapangan sedikit, teman akan sambung siri e-novel Millennium's. Idea ada tapi teman ni yang malas nak menaip pada lappy kesayangan teman ni. Hehehe....

Buat pembaca-pembaca yang menunggu Queen Control dan Nilai Cinta Sejati (tajuk lama Nilai Cintanya) teman tak nak bagi harapan. Jika ada terbit maka adalah ya, teman pun dah nak bersara menulis. Teman menulis sekarang sekadar release tension dan suka-suka aje. Teman ni penulis suam-suam kuku aje. Hehehe...

Cantik nombor. 1717 dah ahli warga CP teman. Alhamdulillah... ada yang sudi menjenguk blog bersawang teman ni na.


Yang Mencoret:
Ilya Abdullah...

Saturday, February 1, 2014

Allure - A3

 SYIRA menunjukkan foto-foto arwah tunangnya kepada Najmie. Bulat anak mata Najmie melihat foto-foto tersebut. Nyata wajah mereka hampir seiras. Dia angkat kepala memandang wajah sayu Syira. Mata Syira berkaca. Najmie melepaskan nafas kecil. Dia memahami perasaan Syira itu. Takdir telah tersurat. Adakala dia tidak mengerti pada hati sendiri. Jiwanya meronta-ronta untuk bertemu dan mencari gadis itu. Daya tarikan yang tidak dapat dia elakkan.

Wednesday, January 15, 2014

Cerpen - Mencari Ibu

"ABANG, adik lapar." renggek adik. 

Adik sudah letih. Seharian mereka berjalan mencari alamat ibu. Tanya orang-orang di sekeliling tetapi ramai yang tidak mahu membantu mereka.

Abang usap rambut kerinting adik. Abang menyeluk kocek seluarnya. Sekeping wang not 50 ringgit yang tinggal. Wang yang diberikan oleh seorang kakak yang baik hati.

Wednesday, January 8, 2014

Allure - A2



“NAMA aku Najmie.” Dia menghulurkan tangan.
             
“Najmie?”
             
Dia mengangguk. Dia menarik tangan Najmie untuk berjabat tangan dengannya. Dia tahu yang Najmie tidak dapat melihat dia.
             
“Nama kita serupa.” Najmie tertawa kecil.
             
“You pun nama Najmie juga.”
             
Najmie angguk.
            
 “Satu kebetulan. Mungkin takdir mempertemukan kita. Nama yang serupa dan wajah kita pun hampir seiras.”

Wednesday, January 1, 2014

Allure - A1



Osaka – Jepun


KLIK! KLIK!

Beberapa kali Syira menekan butang kameranya. Cukup indah permandangan di taman ini. Minoh Park ada salah satu tempat pelancongan di Osaka. Jika ingin melihat ‘autumn leaves’  boleh datang ke taman ini. Selain mengambil gambar permandangan, Syira juga mengambil gambar-gambar orang yang berkunjung di situ. Syira sudah terpisah dengan pelancong-pelancong yang lain. Dia melalui sebuah jambatan.