Tab Menu

Followers

Sunday, August 5, 2012

Hanya Dia Kucintai - Bab 1


Prolog…


BEG beroda itu ditarik dengan penuh payah. Dia sebenarnya tidak rela berpisah dengan papa. Dia lebih rela mengikut langkah papa di mana jua papa berada. Dia tidak kisah dengan kemiskinan hidup mereka. Namun, segalanya telah berubah dengan kemunculan lelaki itu. Lelaki itu menawarkan pertolongan untuk melangsaikan segala hutang-piutang papa. Syarat pertukarannya tidak masuk diakal! Syarat gila! Memang gila! Dia tidak rela. Kenapa papa mesti bersetuju? Memperjudikan masa depannya. Ini sahaja jalan yang dia ada. Pilihan yang menghancurkan hati semua orang iaitu melarikan diri.
            Dia berteleku menongkat dagu di stesen bas itu. Jam di pergelangan tangan acapkali dikerling.
            “Cik Mira…” Dua orang lelaki berbaju melayu merapatinya.
            Wajahnya terus berubah.


SUASANA kecoh di banglo milik Encik Rashdan. Majlis pernikahan terpaksa dibatalkan gara-gara pengantin perempuan melarikan diri. Keluarga Encik Rashdan menanggung malu. Orang sekeliling akan mengumpat. Di mana muka ingin mereka sorokkan? Encik Rashdan meraup muka berkali-kali.
            Pengantin lelaki hanya bercekak pinggang melepaskan keluhan berat. Dia tidak mahukan pengantin gantian. Gadis itu yang bertakhta di hati. Api kemarahan jelas terpancar pada sinar mata berwarna coklat cair itu. Gadis itu sengaja mahu mempalitkan arang ke mukanya. Nekadnya satu. Sampai ke lubang cacing gadis itu akan dicarinya kelak. Gadis itu tetap akan menjadi miliknya sama ada suka atau tidak.
            “Cari dia sampai dapat!” Arahnya keras.
            “Baik Tuan Tajul.”
            Lelaki yang berbaju melayu bir cair itu menekap telefon bimbit pada telinga.
            “Tuan Tajul…” Telefon bimbitnya diserahkan kepada lelaki berkumis nipis itu.
            “Bagus. Bawa dia ke sini segera.” Bibirnya mengulum senyuman.
            Kau fikir, kau boleh lari. Bisik suara hatinya.


Bab 1

5 tahun kemudian…

LELAKI segak berpakaian dengan sut serba hitam berdiri tegak di hadapan pintu masuk lapangan terbang. Seorang lelaki berkemeja putih menghampiri. Lelaki itu menarik bagasi yang berada disisinya. Sebuah kereta mewah jenis limousine sudah sedia menunggu. Bagasi itu dimasukkan ke dalam but kereta berkenaan. Dia turut melangkah masuk ke dalam perut kereta. Ada seorang lagi lelaki turut berada di dalam kereta tersebut.
      “Kamu sudah dapat cari dia?”
      Lelaki yang berbadan agak gempal itu mengganggukkan kepalanya. Dia menghulurkan satu sampul surat kepada lelaki di hadapannya.
      “Seperti yang Tuan Tajul pinta.”
      “Bagus!”
 Limousine itu bergerak meninggalkan pengarangan lapangan terbang.


“SAMPAI bila Mira nak jadi salesgirl? Carilah kerja yang lebih bagus.” Suara Amel Fattah. Bukannya Mira Ezuryn tidak punya kelulusan.
            “Zaman sekarang tak boleh memilih pekerjaan. Amel malu Mira jadi salesgirl?”  Mira Ezuryn cuba menduga.

            Amel Fattah menggeleng perlahan.
            “Setahun Mira bekerja di situ. Mira cakap sementara saja.”
            “Mira masih boleh survive dengan gaji di butik kecantikkan tu.”
            “Amel tahu gaji di situ boleh tahan mahalnya tetapi masa Mira untuk Amel terhad.”
            Mira Ezuryn mengertap bibir. Sayang dia mahu behenti di butik kecantikkan itu. Tambahan pula ada overtime. Penat tu memanglah penat. Dengan duit bekerja di butik kecantikkan itulah dia dapat membeli sebuah kereta kelisa second hand.  Kemudahan untuk dia berulang-alik ke tempat kerja. Dia tidak suka menyusahkan orang lain.
            “Mira ajak Amel kahwin Amel belum bersedia. Sekarang Amel merungut pula.” Getus Mira Ezuryn.

            “Amel masih mengumpul duit. Amel tak mahu pakai duit family.” Itu saja alasannya. Alasan itu membuatkan Mira Ezuryn jadi muak.
            “Tiga tahun Amel kumpul duit masih belum cukup? Mira tak kisah jika majlis
pernikahan kita sederhana. Tak perlu nak grand sangat. Kalau nak kongsi duit pun boleh. Mira ada duit simpanan.” Berkahwin bukannya nak jemput satu Malaysia pun.
            “Mira… famiy Amel ada kedudukan. Amel kena jaga juga air muka mereka. Mereka tak mahu majlis yang tangkap muat. Amel tak mahu pakai duit perempuan. Amel lelaki.”
            Mira Ezuryn melepaskan keluhan berat. Sampai bila dia harus menunggu lagi?        “Amel nak Mira tunggu berapa tahun lagi? sepuluh tahun? dua puluh tahun?” Kata-kata Mira Ezuryn berbaur sindiran.

            “Bagi Amel tempoh sikit lagi.”
            Kalau tidak fikirkan perasaan sayang terhadap Amel Fattah memang sudah lama dia meninggalkan lelaki itu.
            “Amel sudah mention pada family Amel tentang Mira?”
            Dari riak air muka Amel Fattah, dia tahu lelaki itu masih berahsia tentang latar belakangnya. Mira Ezuryn tidak mahu menipu. Amel Fattah beria-ia memikat hatinya. Lelaki itu menunjukkan keikhlasan menerima dia seadanya. Tapi kini...

            “Hal kecil tak jadi kudis pun.”
            “Amel…”
            “Mira, yang penting Amel sukakan Mira.”
            “Bila Mira berkahwin dengan Amel, Mira ‘berkahwin’ dengan keluarga Amel sekali. Mereka patut tahu tentang Mira.”
            “Hal tu jangan Mira risaukan. Tahulah Amel handle.” Amel Fattah melirik senyuman di hujung bibir. Senyuman itu tampak seperti hambar di mata Mira Ezuryn.
            Amel Fattah menghalakan lirikkan matanya pada pinggan berisi nasi goreng ayam yang terhidang di depan teman wanitanya itu. Hanya terusik sedikit. Jelas Mira Ezuryn tiada selera untuk menghabiskan nasi gorengnya.
            “Kalau jodoh kita tak sampai atas pelamin, Mira berkahwin dengan orang lain. Amel berkahwin dengan orang lain. Apa perasaan Amel masa tu?” Sekali lagi Mira Ezuryn cuba menduga hati Amel Fattah.
            “Kecewa.” Sepatah Amel Fattah menjawab.
            “Mira sayangkan Amel.”
            “Tahu.”
            Jawapan yang pendek tetapi sudah cukup bagi Mira mengandaikan yang lelaki itu sudah tidak seserius seperti dulu. Bagaikan ada sesuatu yang disembunyikan dari dia.
           
           
AMEL Fattah menghantar Mira Ezuryn hingga ke pintu pagar rumah sewa gadis itu. Dia tidak mahu apa-apa berlaku pada kekasihnya. Keselamatan Mira Ezuryn amat dititik beratkan. Manusia zaman sekarang lebih menakutkan dari hantu. Bayi yang belum berhenti menyusu pun boleh menjadi mangsa keraksusan manusia. Sempat dia melayangkan ‘flying kiss’ sebelum Mira Ezuryn melangkah masuk. Mira Ezuryn menggelengkan kepala dengan gelagat Amel Fattah yang adakalanya nakal dan suka menyakat. Mungkin sangkaan yang bermain di kepalanya itu adalah silap. Ame Fattah masih menyayangi dia.
      Mira Ezuryn terus masuk ke dalam biliknya. Dia tidak menghiraukan dua teman serumahnya yang sibuk menonton televisyen. Tas tangan di letakkan atas katil bujang itu. Mira Ezuryn menghela nafas kecil. Dia teringatkan sesuatu. Dia membuka almari pakaian. Dia mula mengeledah mencari hadiah yang diberikan oleh Amel Fattah semalam. Terlupa dia mahu membuka hadiah untuk hari lahirnya itu. Sekeping gambar terjatuh dari lipatan bajunya. Mata Mira Ezuryn membulat besar melihat gambar yang sudah berada di atas lantai beralas tikar getah itu.

      Tangannya menggigil saat dia memegang gambar terbabit. Lima tahun telah berlalu. Lima tahun dia bebas dari lelaki yang berada di dalam gambar itu. Dia berdoa agar tidak dipertemukan dengan lelaki itu lagi. Dia tidak mahu kebahagiaan yang ingin dibina bersama Amel Fattah tercalar.
      Gambar itu terlepas dari pegangannya saat telefon bimbitnya berbunyi. Mira Ezuryn mengurut dada. Senyumannya terukir melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbit itu.
      “Assalamualaikum Amel… belum sampai rumah dah sudah call Mira.”
      “Waalaikumusalam…. saja nak call Mira. Tak boleh ke?”
      “Awak tu sedang memandulah.”
      “Saya pakai earphone.”
      “Dah-dah… tumpuan kena straight pada pemanduan. Sampai rumah nanti baru awak call saya.”
      “Okaylah sayang…”
      Talian dimatikan.

      Gambar yang terjatuh atas lantai itu dipungut semula. Mira Ezuryn buangkan ke dalam tong sampah. Kenapa gambar lelaki itu masih ada tersimpan lagi? Cerita yang sudah lepas tidak perlu diingat semula. Dia suka membuka buku baharu. Apa yang dia impikan adalah hidup bahagia bersama Amel Fattah. Nama lelaki itu telah lama padam dalam kotak ingatannya. Tapi… benarkah dia sudah melupainya?

bersambung...

14 comments:

  1. Interesting intro.... Keep on writing & updating new entry...

    Best... Tak sabar nak tau kibsah selanjutnya....

    ReplyDelete
  2. sume karya akak mmg terbekkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  3. Mekasih...mana yang kurang harap dimaafkan...masih belajar menulis lg...

    ReplyDelete
  4. banyak persoalan yg di tggl kan..buat sya x sabar nak baca selanjutnya...kak ilya cpt msk kan yg seterusnya yee....hihihi

    ReplyDelete
  5. Best!! Habis kan kat blog eh? Please :DBtw Romie dan Julie tak nak sambung lagik eh?

    ReplyDelete
  6. Akak akan sambungkan dear...memang nak sambung semula semua cerita dalam blog ni semula

    ReplyDelete
  7. lepas 5 tahun tu, tajul ashikin tu ambik mira balik jadi isteri ke?? Kalau laki tu suka Mira, kenapa dia lepaskan mira 5 tahun lalu?
    Sy harap kak ilya dapat habiskan cerita ni tahun ni sebab cite nilah sy nak tp xde pula penulis yg penah buat cite mcm ni. Idea kak ilya selalu menarik dan berbeza dr penulis lain. Sy harap kak dpt tulis karya yg lebih menarik lg

    ReplyDelete
  8. Okay SaraKun....InsyaLLAH jika tak diterbitkan akak akan abiskan di blog ni ^^ terima kasih sebab sukakan karya akak tau ^^

    ReplyDelete
  9. Intro pertama pun dah best...tqvm kak ilya

    ReplyDelete
  10. sya suka sangat2 citer ni hihi...
    lame tunggu sambungan hanya dia...kucintai akhirnyee.. dapat juga
    harap2 nanti akak terbitkan citer nih..
    permintaan ni kak... hehehehe...

    ReplyDelete
  11. semua cerita nya sangat memukau dan mudah dipahami

    ReplyDelete