
Salah
satu sms yang Thana berikan membuatkan mata Mira Ezuryn terbuntang luas.
Senyumannya
terus mati.
Masa aku honeymoon di
Paris, aku bertemu dengan dia (bekas suami kau). Kau fahamkan apa yang aku
maksudkan?
Jantung
Mira Ezuryn berdengup kencang. Dia yang dimaksudkan oleh Thana adalah lelaki
itu.
Tapi… dia sedikit pun
tidak menyentuh hal kau. Dia belanja aku dan Pathma makan dan jalan-jalan di
sana. Kalau kau tengok dia sekarang pasti kau tak dapat mengecam dia lagi.
Aku pun pada mulanya tidak dapat
mengencam dia tau. Banyak betul perubahannya.
Apa maksud Thana? Mengapa pula Thana kata
yang dia mungkin tidak boleh mengecam lelaki itu?
Well…
hope so kau akan bertemu dengan dia. Kalau jodoh korang masih kuat. hehehehe...
Mira Ezuryn mengertap bibir. Dia tidak
sanggup membaca lagi bait-bait ayat Thana yang berkaitan dengan lelaki itu. Dia
benci! Dia tidak akan sukakan lelaki tidak berperasaan itu! Mira Ezuryn men ‘delete’ barisan-barisan ayat sms Thana. Dia
tidak membalas mesej-mesej tersebut. Lelaki itu telah memusnah kehidupannya.
Lelaki itu penyebab dia mengambil keputusan bermusuhan dengan keluarganya
senduri. Dia menjadi seperti anak yang tidak mengenang budi.
“Mira… kau okay.” Sapa salah seorang teman
sekerjanya yang kebetulan baharu masuk ke dalam tandas tersebut.
“Aku okay.”
“Kau bergaduh lagi dengan teman lelaki kau
ke?”
Mira Ezuryn pantas menggeleng laju.
“Taklah. Aku just letih sedikit.”
“Kau rehatlah dulu. Aku take over nanti.”
“Thanks
Ika.” Ucap Mira Ezuryn lembut.
Satu lagi mesej masuk ke dalam telefon
bimbitnya. Begitu cepat Thana menghantar meseja yang baharu.
Esok,
di wangsa walk mall.
Tempat:
Secret Receipe.
Thana mengajaknya bertemu. Mira
Ezuryn mengebam bibir.
Baiklah.
Aku datang.
Mesej tersebut dihantar kepada
Thana. Mira Ezuryn menarik nafas panjang. Pasti ada sebabnya Thana mengajak dia
bertemu. Dan dia berharap Thana tidak membuka cerita pasal lelaki itu.
“TUAN
Tajul…” Lelaki berkemeja biru itu terus meluru masuk. Kelihatan seorang leaki lengkap
bersut hitam sedang duduk memalingkan kerusinya menghadap ke jendela.
“Ada apa hal Hadi?”
“Ini maklumat yang Encik Tajul perlukan.”
Sebuah fail dihulurkan.
“Letakkan di atas meja.”
Lelaki bernama Hadi itu menurut saja
arahan yang diberikan. Dia melangkah keluar sebaik fail tersebut diletakkan pada
dada meja.
“Mira…” Nama itu sentiasa meniti di
bibirnya. Gadis yang dirindui saban waktu. Lima tahun dia menanggung rindu
dalam diam. Egonya menyekat dari mengakui perasaan yang bertandang dalam hatinya
itu.
Dia Tajul Ashikin, lelaki yang tidak betah
untuk tunduk dengan kekecewaan. Apa yang sepatutnya menjadi milik dia tidak
akan dibiarkan menjadi milik orang lain. Tiada lelaki lain yang mampu
menandingi cintanya pada wanita itu.
“Tajul Ashikin, my darling! Kau pulang juga akhirnya…” Kali kedua pintu bilik
pejabatnya terbuka tanpa permisi. Bukan orang suruhan dipanggil Hadi tadi,
tetapi seorang wanita persis pan-asia yang cukup menggoda.
Tajul Ashikin tidak memalingkan wajahnya. Dia
masih tidak berganjak dari tempat duduknya.
“Duda ter ‘hot’ di pasaran!” Wanita itu menyambung. Tawanya berbaur sinis.
Dia duduk menyilangkan kaki tanpa dijemput.
Tajul Ashikin hanya membisu.
“Aku benar-benar tidak faham dengan kau,
Tajul. Kenapa perempuan itu juga yang kau kejarkan? Banyak lagi cewek yang mengiurkan di luar sana. Kau
boleh pilih untuk gantikan tampat dia.”
Tajul Ashikin mengerling dengan ekor mata.
“Alyssa… kalau kau ke sini untuk
menyakitkan hati aku maka kedatangan kau tidak dialu-alukan. Kau nak keluar
sendiri atau aku sendiri yang humban kau keluar.”
Alyssa mencebik.
“Orang lelaki yang kasar macam kau buat
wanita seperti aku lari jauh-jauh tahu tak? Itu sebab isteri kau sampai minta
cerai dari kau dulu.”Alyssa jongket kening nipisnya.
“Jaga urusan peribadimu sebelum kau mahu
menyibuk hal peribadi orang lain.” Desis Tajul Ashikin. “Dan jangan lupa untuk
menghormati aku sebagai rakan bisnes daddy
kau. Ingat Alyssa, kau dan family kau
banyak terhutang budi pada aku.” Sambungnya lagi.
Cemberut wajah jelita Alyssa. Tidak
dinafikan pengaruh lelaki itu amat besar dalam dunia perniagaan.
“Tajul Ashikin… kau itu hanya umpama
pungguk rindukan bulan.” Sindiran Alyssa semakin pedas.
Tajul Ashikin tidak membalas. Tiada faedah
baginya untuk bertegang urat dengan Alyssa. Sekalipun dia seperti pungguk,
bulan yang dirindui akan menjadi miliknya jua.
Alyssa menggigit bibir melihat reaksi
Tajul Ashikin. Tiada perubahan pada lelaki itu. Tajul Ashikin masih lagi Tajul
Ashikin lima tahun yang lalu. Lelaki berhati sekeras batu. Alyssa melangkah keluar
dari bilik pejabat Tajul Ashikin. Tiada gunanya dia terhegeh-hegeh pada lelaki
berhati batu itu. Lebih baik dia bertemu dengan bakal tunangnya. Tidak sabar
jari manisnya ini tersarung cincin berbatu permata.
Sindiran-sindiran Alyssa tidak memberikan
kesan kepada Tajul Ashikin. Dia sudah masak dengan perangai wanita itu. Tajul
Ashikin mencapai fail yang masih terletak di atas meja. Kandungan dalam fail
itu diselak satu-persatu.
best la kak cite ni..tp pendek la kak nnti panjangkn lagi bley...next n3 please...hihi
ReplyDeleteJalan cerita yg dpt menarik perhatianku... sehingga ingin mengetahui kisah selanjutnya.... Nak entry terbaru....pls....
ReplyDeleteakak cepat2 sambung... best sesangat...
ReplyDeleteplease continue....
ReplyDeletebila nak sambung ni...
ReplyDeletePlease sambung lagi .best .
ReplyDeleteBest.....bila agaknyer diaorg akn berjumpa...
ReplyDelete