Tab Menu

Followers

Tuesday, May 5, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 3

PUAN Jelita menunjukkan kamar pejabat untuk Gibs. Kamar pejabat yang cukup luas dan selesa. Rekaan dalaman yang cukup menarik. Rak buku disediakan sebaris dalam pada sisi sudut seperti perpustakaan kecil. Gibs duduk menyilangkan kaki pada sofa yang tersedia.
            Puan Jelita membuka tirai jendela. Jelas pandangan langit di mata coklat milik Gibs. Gibs bingkas bangun menyeluk kocek seluar membuang pandangan ke luar.
            “I’m back again.”
            Gibs berbisik sendiri.
            “Gibs sudah bersedia untuk sesi suai-kenal dengan semua staf di sini.”
            “Not yet. Saya nak lihat-lihat keadaan di sini dulu.”

            “Baiklah. Auntie keluar dulu. Ada banyak kerja yang perlu auntie uruskan. Jika ada apa-apa Gibs boleh panggil auntie.”
            “Okay.”
            Puan Jelita melangkah keluar.
            Gibs melirik senyuman di hujung bibir. Gibs berpaling merapati pintu. Tombol pintu biliknya itu dipulas perlahan.         
            Langkahnya terhenti sebaik seorang gadis melintasi.
            “Teja…” Gibs terpaku seketika.
            Teja bekerja di hotel ini. Gibs mengusap dagu yang ditumbuhi dengan rambut-rambut halus. Pantas dia menapak mengekori langkah gadis itu.
            Mata Gibs tidak salah pandang. Gadis itu memang Teja. Gadis polos yang menyebabkan dia terhukum dulu. Gibs mengertap bibir.
            “Dunia ni memang kecil.”
            Teja yang sibuk membersihkan lantai akibat tumpahan air kopi itu langsung tidak menyedari Gibs sedang mengintipnya.
            Entah siapalah yang kasi angin kus-kus pada Aznita hingga dia menjadi mangsa kemarahan perempuan sorang tu berulang kali.
            Teja mengesat renik-renik peluh di dahi. Dia berpaling apabila menyedari dirinya seakan diperhatikan. Gibs pantas menyembunyikan diri agar diinya tidak dikesan oleh Teja.
            Perasaan dia barangkali. Teja menarik nafas panjang. Baldi yang dinjinjing sarat dengan air kotor. Teja agak termengah-mengah. Dia berhenti dan menarik nafas panjang. Tak boleh jadi ni. Dia perlukan fikirkan kaedah lain. Dia menggunakan segala kudratnya mengangkat baldi tersebut dan memeluknya.
            Nasib seakan tidak menyebelahi Teja. Kakinya tersandung pada karpet yang tidak rata. Teja menjerit kecil. Air kotor di dalam baldi menyimbah ke arah lelaki yang berdiri di hadapannya itu.
            Bola mata Teja membulat membesar dengan eksiden yang tidak disengajakan itu. Gibs mengertap bibir melihat tubuhnya yang lencun disirami air kotor.
            “How dare you!” Gibs memakukan mata tajamnya pada Teja.
            Teja menelan air liur. Gerun dengan pandangan mata tajam itu.  
            “Ma… ma… maafkan saya.” Ucapnya gugup.
            “Kau tahu tak pakaian aku dari atas hingga bawah ni bejenama tahu. Gaji kau pun tak mampu nak bayar ganti rugi.” Gibs sengaja menaikkan nada suaranya.
            “Sa… sa... saya bukan sengaja.”
            “Kenapa kecoh-kecoh ni?” Puan Jelita muncul.
            “Budak perempuan ni pekerja puan?” Gibs menyilangkan tangan.
            Tersentak Puan Jelita. Gibs memberikan isyarat mata kepadanya.
            “Ya.” Puan Jelita mengikut rentak lakonan Gibs. Ada-ada saja fiil si Gibs ini.
            “Lihat apa yang pekerja awak buat pada saya. Saya mandi air kotor tahu!”
            Puan Jelita menahan tawa. Lencun Gibs satu badan. Mandi ‘spa’ free.
            Teja menggelisah. Dia betul-betul tidak sengaja menyimbah lelaki itu dengan air kotoran dalam baldi. Kakinya tersadung.
            “Pecat dia!”
            Mata Teja terbelalak. Pecat dia? Dia menghala pandangan terus pada Puan Jelita.
            “Sa… sa… saya tak sengaja puan.” Dia perlukan pembelaan. Setakat hanya dibasahi oleh air kotor tu masakan dia akan dipecat. Bukannya dia menyebabkan lelaki itu tercedera teruk pun.
            “Kita masih boleh berbincang. Pekerja saya tidak sengaja.”
            “Dia cuai.”
            Nampak sangat lelaki itu tidak boleh bertolak ansur. Kalau dia dipecat di mana dia nak dapatkan kerja dalam masa terdekat. Dia perlukan duit untuk bayar sewa rumah, perubatan emak, perbelanjaan makan minum dan macam-macam lagi. Banyak benda nak difikirkan dalam kepala otak ni.
            “Saya berikan persalinan yang baharu. Sila ikut saya, encik.”
            Mata tajam Gibs masih melirik ke arah Teja. Langkahnya panjang menuruti langkah Puan Jelita. Teja turut membunti mereka.
            Wow, lelaki ni  dari golongan VVIP. Patutlah ego dan angkuh. Gaji sebulan dia pun tak mampu untuk menginap di bilik mewah ini.
            “Jangan cuba nak lari. Tunggu di luar!” Arah Gibs garang. Gibs menghempaskan pintu dengan kuat.
            Teja menunduk kepala. Berdengup kencang jantungnya. Dia takut mahu bertentangan  lelaki mata dengan itu. Puan Jelita sudah menarik nafas panjang.
            “Saya akan cuba slow talk dengan dia agar awak tak dipecat.”
            “Maafkan saya puan.”
            “Dah-dah. Lain kali jangan cuai sangat.” Puan Jelita menepuk lembut bahu Teja.
            “Terima kasih puan.”
            Seketika kemudian Gibs keluar dengan pakaian yang baharu. Dia lempar pakaian yang kotor itu pada Teja.
            Eeeeiii… tiada sivik punya lelaki.
            “Cuci sampai bersih. Jangan pakai washing machine tapi sental dengan tangan. Esok pulangkan pada aku!”
            Gibs berlalu. Puan Jelita menyaingi langkah Gibs.
            Teja mengertap bibir menggenggam pakaian yang berada di tangannya.


“TAK baik Gibs buat dia begitu.”
            Gibs tersneyum kecil.
            “Nama dia Teja. Correct?”
            Dahi Puan Jelita berkerut.
            “Macam mana Gibs tahu?”
            “Well… Bumi ni bulat. Pusing-pusing kita akan bertemu dengan orang tu balik.”
            “Gibs kenal Teja.”
            Gibs tidak membalas dia hanya tersengih.
            Ingatan Gibs mengimbas ke belakang.
           

GIBS tumpah simpati melihat nasi lemak Teja yang sudah menjadi ‘rezeki’ lantai itu. Teja kelihatan tidak menangis atau menyumpah seranah perbuatan Azalee dan rakan-rakannya itu. Gadis itu bertinggung memungut nasi dan sambal tumis ikan bilis itu masuk semula ke dalam bekas makanannya.
            Gibs mendekati Teja.
            “Ambil roti ni.” Gibs menghulurkan sebungkus roti coklat miliknya kepada Teja.
            Teja mengangkat kepala. Bibirnya mengukir segaris senyuman.
Gibs berlalu sebaik memberikan roti kepada Teja.

Keesokannya.

            “Terima kasih sebab bagi roti pada saya semalam. Ini untuk awak. Saya minta mak saya buat dua bekas nasi lemak.” Teja menghulurkan salah satu bekas makanan yang dibawa kepada Gibs.
            “Tak perlu.” Gibs menolak.
            Teja tersenyum. Dia meletakkan bekas makanan tersebut atas meja Gibs.
            “Nasi lemak mak saya sedap. Awak cubalah ya.”
            Teja beredar. Rakan-rakan sekelas Gibs yang berada di situ hanya memandang.
            Gibs mencapai bekas makanan tersebut. Dia tersenyum. Gadis comel itu langsung tidak takut padanya. Siapa yang tidak kenal dengan Khalil Gibran. Budak nakal dalam sekolah ini.
            Perlahan-lahan Gibs membuka penutup bekas makanan tersebut. Gibs ketawa kecil. Telur rebus dipotong bulat itu diletakkan kiri dan kanan seperti mata dan sambal tumis ikan bilis itu dibentuk seperti senyuman.

            Teja… gadis itu menarik perhatian Gibs.

No comments:

Post a Comment