Tab Menu

Followers

Tuesday, May 5, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 4

BERJAM-jam dia duduk di bilik air menyental kekotoran pada kemeja putih itu. Dibeleknya kemeja putih yang sudah berbuih dengan sabun itu berkali-kali agar yakin kotoran yang melekat sudah habis disental. Emak yang berada di muka pintu bilik air hanya menggeleng melihat gelagat anak gadisnya itu.
            “Tak abis basuh lagi?” Soal Puan Hamimah.
            “Nak siap dah mak.”
            “Sehelai baju kamu basuh berjam-jam. Tak pernah dibuat dek orang. Kenapa tak hantar kedai dobi aja?” Omel Puan Hamimah.
            Teja tersengih.
            “Salah orang, mak. Orang yang kotorkan pakaian dia.”

            Kemeja yang sudah siap dicuci itu dibilas dengan air bersih.
            “Semedang kamu kena buli.”
            “Takperlah mak. Dah nasib orang.”
            “Teja… kamu jangan lembik sangat. Sesekali kamu kena jugak melawan.” Nasihat Puan Hamimah.
            Teja ketawa kecil.
            “Orang malas nak cari gaduh mak.”
            “Ikut suka hati kamulah. Jangan besok teruk kena buli mengadu nangis-nangis pada mak.”
            Teja bangun dengan erangan kecil. Sakit pinggang bertinggung lama begini. Walau esok dia bercuti, dia perlu membantu Mak Long di kedai makan. Cari duit lebih sedikit.
            “Kat sapa lagi orang nak mengadu jika bukan pada emak.”  Teja senyum.
            “Dah sudah ke?”
            “Dah mak.”
            “Mak dah hidangkan makan atas meja tu. Kamu jangan tak makan pulak.”
            “Orang nak mandi dululah. Badan dah berbau ni.”
            “Iyalah. Jangan lupa makan. Penat mak memasak untuk kamu.”
            “Baik mak.”
            Puan Hamimah beredar. Ada tikanya dia tidak faham dengan sikap Teja yang suka mengalah. Orang mengata macam-macam di belakang pun masih boleh berdiam.
            Rafiq anak sulungnya sentiasa tiada di rumah. Kalau balik pun hanya tahu meminta duit. Puas keluar masuk pusat pemulihan tetapi masih tidak berubah. Benda itu juga yang dicari. Salah memilih kawan begitulah jadinya. Moga suatu masa Allah bukakan pintu hati anak lelakinya itu untuk berubah.


“AWAL bangun anak mak pagi ni. Kan bagus bangun awal macam ni. Kalau tak mesti miss solat subuh.”
            Teja tersenyum panjang. Dia menyarungkan telekung di kepala.
            “Kalau miss tu orang ‘cuti’lah mak.”
            “Iya ke?” Puan Hamimah mengerling dengan ekor mata.
            Teja masih tersenyum-senyum.
            “Penat sekali pun, sibuk macam mana pun, solat jangan miss. Ingat, solat itu tiang agama.” Puan Hamimah menyambung kata.
            “Baik mak.”
            Usai solat subuh, Teja membantu emaknya di dapur menyediakan sarapan pagi dan kuih-muih untuk dihantar ke kedai makan Mak Long. Kebiasaan pekerja Mak Long akan singgah mengambil kuih-muih emak.
            “Kamu bersiap-siap ni nak ke mana?”
            “Teja nak ke tempat kerja kejap.”
            “Kamu kan cuti.”
            “Nak hantar benda alah ni mak.”
            “Dah kering ke?”
            “Dah mak. Orang pulun iron malam sebelum subuh tadi.”
            Menggeleng kepala Puan Hamimah.
            “Mak… orang pergi dulu.”
            “Hati-hati. Jangan lupa mak ada check-up dalam pukul 2.00 nanti di hospital.”
            “Baik mak!”
            Tergesa-gesa Teja menyarung kasut di kaki. Dia takut tertinggal bas.


TEJA menarik nafas panjang. Puas dia pusing satu hotel tiada kelihatan batang hidung lelaki itu. Dia terpaksa mencari Puan Jelita. Mujur saja wanita itu berada di bilik pejabatnya.
            “Assalamuaikum. Maaf mengganggu puan.”
            “Waalaikumusalam. Silakan masuk Teja.”
            “Se… sebenarnya saya nak pulangkan pakaian yang sudah dicuci ni pada lelaki hari tu. Tapi saya tak jumpa dia.”
            “Oh, dia berada di bilik pejabat Encik Khalil.”
            “Bilik bos?”
            Puan Jelita angguk.
            “Kalau macam tu, puan tolong serahkan pada dia.”
            “Maaf… awak kena serahkan sendiri pada dia. Dia tak mahu orang serahkan pada dia. Awal-awal lagi dia sudah mention pada saya.”
            Berlapis-lapis dahi Teja. Dia cuma pekerja bawahan. Seganlah dia mahu ke bilik pejabat bos. Muka bos pun dia tidak kenal lagi.
            “Tapi…”
            “Jangan takut. Encik Khalil tu tak makan orang.”
            Dia hanya tersenyum dengan kata-kata Puan Jelita. Kalau dia makan orang sah-sah dia orang pertama yang akan berhenti kerja dulu.
Terpaksa jugalah dia menapak ke bilik pejabat bos yang berada di tingkat atas sekali.
            Dia sudah terpacak di hadapan bilik bos. Hatinya ragu-ragu untuk mengetuk pintu bilik bos. Gemuruh ada. Gementar ada. Segala perasaan bercampur-baur. Belum sempat dia mahu mengetuk pintu pejabat itu, pintu itu sudah terbuka.
            Seorang lelaki segak berdiri di hadapan matanya. Lelaki itu mengulum senyuman. Lihat saja pada penampilan lelaki itu sudah menunjukkan identiti dirinya.
            “Assalamualaikum Encik Khalil. Selamat pagi.”
            “Waalaikumusalam. Selamat pagi.”
            “Encik Khalil… sa… sa… saya…”
            “Orang yang you nak jumpa tu ada di dalam. Silakan masuk.”
            Hatinya sudah berdebar-debar saat kakinya melangkah masuk. Bertenang Teja. Bertenang.
            “Orang yang you nak jumpa ada di sini, so, I beredar dulu.”
            “Tapi bos…”
            Tidak habis ayat diluahkan bosnya sudah menghilang. Cepat betul bos mengatur langkah panjang.
            Gibs senyum lebar seraya menjeling Teja tajam.
“Er…” Suara Teja tersangkak. Lelaki itu betul-betul berada di bilik bos. Mungkin lelaki tu kawan baik bos. Adeh! Makin teruklah nasib dia kalau lelaki tu mengadu pada bos.
            “Kenapa? terkejut tengok aku kat sini?” Gibs menyoal.
            “Er… emm... emmm…”
            Terjegil mata Teja. Selamba badak lelaki itu duduk di kerusi bos.
            “Tercegat apa lagi. Duduk!” Lelaki itu mengarah.
            Teja tersentak. Kejang urat saraf apabila suara lelaki itu. Serta-merta dia menurut. Dia bingkas duduk.
            “Nama kau, Teja kan? kau dari Houskeeping department. Sedap nama kau tu. Tak panjang dan tak berbelit lidah nak menyebutnya. Teringat aku pada kisah Tun Teja yang dilarikan oleh Hang Tuah untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka.”
            Teja mengebam bibir. Dia hanya menundukkan kepala. Tidak berani untuk mengangkat muka menghadap muka lelaki itu. Gerun pun ada. Sudahlah serupa samseng dilihat penampilan lelaki itu. Cuma taklah berantai dan bersubang bagai macam filem KL Gangster tu.
            “Kau bawak apa tu?”
            Teja seakan mengelamun. Gibs menyeringai. Dia berdehem kecil. Serentak itu Teja mengangkat kepalanya sedikit.
            “Hah? apa?”
            “Aku tanya, kau bawak apa dalam tu?” Mulut Gibs memuncung pada beg kertas dalam pelukan Teja.
            “Oh, saya terlupa. Ini pakaian encik yang saya dah cuci.”  kertas itu dihulurkan kepada Gibs.
            “Kau cuci bersih-bersih?”
            Teja angguk laju.
            “Dijamin bersih.”
            “Ya-ya.”
            Teja angguk lagi.
            “Kalau cerewet sangat, kau cucilah sendiri. Aku ni sampai sakit pinggang cuci pakaian kau tahu.” Desis hati kecil Teja.
            “Bagus!” Gibs tersenyum-senyum. Teja masih tidak berubah. Masih ada kelibutnya. Masih ada polosnya.
            “Berapa tahun kau dah kerja kat sini?”
            Esh, banyak soal pulak lelaki seorang ini.
            “Dekat lima bulanlah jugak.”
            Gibs mengusap-usap dagu. Dia ingin bertanyakan soalan lagi tetapi interkom di mejanya sudah berbunyi.
            “Ya, Salbiah. Ada apa?”
            Teja memasang telinga.
            “Encik Khalil, semua staf berkenaan sudah berada di meeting room.”
            “Thanks Salbiah. Saya datang sekarang.” Gibs bangun dari duduknya. By the way aku perlu bergerak ke meeting room dulu. Kau stay here. Jangan ke mana-mana. Urusan aku dengan kau belum selesai lagi.”
            Bola mata Teja membulat besar. Dia menelan air liur berkali-kali. Dia tidak ada maslaah pendengaran. Jelas dia dengar Salbiah memanggil lelaki itu Encik Khail?  Habis yang tadi tu siapa pulak? Aduh, orang yang dikutuk-kutuk dalam hati tu sebenarnya bos dia. Teja menekup muka.


SEKEMBALINYA Gibs ke bilik pejabatnya semula, Teja sudah tiada. Sekeping nota ditinggalkan bersama beg kertas tersebut atas dada meja.

Dear Bos…
Maaf, saya tidak boleh menunggu lebih lama. Saya perlu membawa emak saya ke hospital. Hari ini kan saya off.

p/s:Maaf sebab kutuk bos dalam hati.


            Gibs tersenyum. Gibs mencapai beg kertas terbabit. Harum semerbak. Berapa botol softlan agaknya gadis itu celup pada pakaiannya.

Bersambung....

2 comments: