Tab Menu

Followers

Tuesday, May 5, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 1


Khalil Gibran
(Credit Picture - Joe Odagiri)

Prolog

11 tahun lalu…

KHALIL Gibran atau nama panggilannya Gibs, pelajar nakal yang sering menimbulkan masalah displin di sekolah. Gibs seorang pelajar yang pandai tetapi sikapnya yang panas baran dan suka bergaduh itu melontarkan pandangan negatif guru-guru terhadap Gibs.

Nama aku Teja. Aku berusia 13 tahun. Aku adalah junior kepada Gibs. Gibs pula bakal menduduki SPM. Persahabatan yang terjalin antara kami satu ikatan yang cukup istimewa pada aku.

Namun, kejadian itu telah menyebabkan masa depan hampir Gibs musnah dan juga ikatan persahabatan itu. Gibs digantung sekolah kerana mencederakan 5 orang pelajar sebayanya. Aku pula takut untuk menceritakan kebenaran di hadapan pengetua. Aku diugut.



Sikap pengecut aku telah menghukum Gibs sedangkan 5 pelajar terbabit itu yang menimbulkan onar. Sikap pengecut aku juga yang telah mencambahkan kebencian Gibs pada aku. Kalau waktu itu dapat diputarkan semula, aku akan bercakap benar dan Gibs tidak terhukum. Khabar akhir yang aku dengar, Gibs bertukar sekolah. Kemudian Gibs menetap di London bersama ibunya.

Aku tidak pernah lupa dengan renungan tajam Gibs pada aku waktu tu. Renungan yang penuh dengan api kebencian.



Slot 1

11 tahun kemudian….


KRINGGGGG! Jam locengnya sudah berteriak. Teja yang masih diselubungi selimut agak tebal itu meraba-raba jam loceng pada meja di sisi katil. Jam loceng digapai.
      8.00 pagi! Dia sudah lewat!
      Teja menjerit lantang. Dia melompat terus dari katil. Tarik tuala terus menuju ke bilik air. Emak yang sedang menyediakan sarapan atas meja sekadar menggelengkan kepala. Tu mesti tertinggal solat subuhlah tu. Puas sudah dia kejutkan Teja. Tidur mati. Kalau letak bom sebelah telinga pun belum tentu sedar.
      Tak sampai seminit sudah keluar dari bilik air. Mandi koboi. Teja bersiap ala kadar.
      “Tak sarapan dulu. Mak buat Mi goreng.”
      “Takperlah mak. Teja dah lambat ni.”
      Teja menyarung kasut. Mati dia kena sembur dengan Aznita. Dia agak kerap datang lewat kerana dia membuat kerja part-time yang lain. Sah-sah dia bakal menerima surat amaran.


“KETAR lutut Kak Limah kena marah dengan Cik Aznita tadi.” Saiful tersengih-sengih. Perli dialah tu.
            Teja mengebam bibir.
            “Sibuklah kau.”
            “Tulah, dulu belajar tak bersungguh-sungguh. Ini mesti kes main cinta sampai SPM pun boleh failed. Memang sesuai sangat jadi housekeeping aja.”
            Sedap mulut Saiful menuduh begitu. Kecik hati Teja. Ketika di sekolah menengah dulu memanglah dia pernah minat pada seorang senior tu tetapi takderlah sampai bercinta pun. Main abang angkat dan adik angkat pun tak. Cukup sekadar memandang dari jauh.
Teja bukanlah dari golongan yang berada. Teja dari golongan yang sederhana. Kehidupan keluarganya berubah bila mana ayahnya tiada. Ayah meninggal dunia ketika dia bakal menduduki SPM. Dia terpaksa bekerja sambilan selepas sekolah membantu emak. Dia tiada masa untuk berlipur-lara seperti teman-teman sebayanya.  Masa untuk mengulang-kaji pelajaran juga terhad. Teja sering tertidur di dalam kelas. Abangnya pula asyik keluar masuk pusat pemulihan akibat dadah.
            Bila emak jatuh sakit, Teja terpaksa memikul tanggungjawab menyara keluarga. Keputusan SPMnya baik tetapi dia tidak berpeluang melanjutkan pelajaran atas sebab kewangan dan juga masalah kesihatan emak. Teja tidak pernah menceritakan tentang kesusahan hidup kepada orang lain. Dia lebih suka berdiam. Dia tidak perlukan simpati dari orang lain.
            “Aku nak buat kerja.”
            “Terasalah tu.”
            Teja tidak membalas. Langkahnya panjang.
            Saiful tersenyum-senyum. Senang hatinya kerana dapat menyakitkan hati Teja. Teja seorang pekerja yang rajin di hotel itu tetapi sering datang lambat. Kat situ yang telah mengurangkan point Teja.
            Puan Jelita saja yang sering back-up Teja. Wanita itu sayangkan Teja sehingga menimbulkan rasa iri hati di kalangan pekerja hotel yang lain. Saiful salah seorang darinya.
            “Saiful tu iri hati dengan kau.” Sapura merapati sebaik Saiful berlalu. Laju menyaingi langkah Teja
            “Kenapa dia nak iri hati dengan aku pulak?” Teja tidak mengerti.
            “Kaukan baik dengan Puan jelita.”
            “Dengan kau pun aku baik. Dengan semua orang aku baik.”
            “Lembab kau  ni. Aku maskudkan macam anak emaslah.”
            Teja tersenyum kecil.
            “Takder maknanya. Aku cuma housekeeping je. Tak naik-naik pangkat pun. Datang lewat, aku tetap kena marah. Gaji kena potong. Takder yang lebihnya pun.”
            “Biasalah Teja. Orang iri hati ni banyak tak kena tempat.”
            “Biarkanlah mereka. Tak perlu dilayan. Kalau nak umpat aku, umpat aja. Aku dapat pahala.”
            “Sesekali kau tak boleh berdiam diri jugak. Hati manusia ni bila busuk macam-macam mereka buat untuk singkirkan orang yang mereka tak suka. Hati-hati tahu.” Sapura memberikan peringatan.
            Pintu lif terbuka. Mereka melangkah masuk ke dalam perut lif.
            “Aku dengar hari ni the real owner hotel datang. Dia baru pulang dari luar negara.”
            “Oh,”
            “Orang lain bukan main teruja, kau boleh kata ‘oh’.”
            “Perlu ke aku nak rasa teruja?”
            “Mestilah. Owner tu muda lagi tau. Umur dia tak sampai 30-an lagi. Dia duk London sebelum ni. Puan Jelita yang ambil alih sementara waktu.”
            Tersenyum-senyum Sapura.
            “Dia takkan pandang housekeeping macam kita. Toksah kau nak berangan.”

            Teja menyedarkan Sapura dari angan-angan kosong. Realiti tidak sama seperti fantasi Cinderella.

bersambung ....

No comments:

Post a Comment