Tab Menu

Followers

Friday, January 2, 2015

DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU (BAB 3. BAB 4) - versi edit

PAGI-pagi lagi Hairie sudah terpacak di depan pagar rumah teres dua tingkat itu. Eleanor mahu saja baling lesung batu di dapur pada muka Hairie. Muka monyok Eleanor menjadi tatapan mata Aleeza. Eleanor membuat isyarat mata ke arah jendela. Aleeza menarik langsir yang menutupi jendela. Terbuntang luas matanya. Hairie sedang menanti di luar rumah mereka dengan sejambak bunga. Pujuk perempuan mesti bagi bunga. Kalau pujuk bagi kereta sebiji mungkin dia akan pertimbangkan.
            “Jantan meroyan tu ganggu kau lagi?”
            “Dia fikir dengan bagi bunga pada aku, aku akan maafkan. Pleaselah… maaf dari aku mahal harganya. Tak sama dengan harga sejambak bunga dan coklat tu.”
            Aleeza duduk di sebelah Eleanor.
            “Kau tak mahu bagi chance pada dia?”
            Gangguan Hairie yang berterusan menyebabkan dia terpaksa menipu pada Dato’ Bakri yang dia tidak sihat. Dia meminta cuti sakit dengan potongan gaji walau pun dia tahu Dato’ Bakri tidak akan memotong gajinya.

            “Aku ada prinsip dalam percintaan. Sekali aku dikhianati  takde aku nak bagi chance lagi pada lelaki tu.”
            “Kejam kau, El.”
            “Lelaki lagi kejam dari perempuan.”
            Eleanor memeluk bantal berbentuk empat segi itu. Panggilan telefon dari Hairie langsung tidak dilayan. Tiada peluang kedua untuk Hairie. Eleanor menghempaskan bantal berbentuk empat segi itu di atas sofa. Dia mula memijak anak tangga masuk ke biliknya. Setengah jam kemudian dia keluar dengan gaya santai sambil menjinjing tas tangannya.
            “Kau nak ke mana, perempuan? Hairie masih ada di luar.”
            Eleanor tersengih.
            “Aku nak keluar. Aku ikut pintu belakang. Bosanlah memerap di rumah.”
            “Kereta kau?”
            “Aku naik teksi.”
            “Jangan kau terserempak dengan boss miang kau, sudah.” Aleeza menekan remote
control televisyen.
            “Wei, perempuan! Tolong cover line untuk aku!”
            “Okay-okay.”
            Aleeza menyingsir sedikit kain langsir di jendela meninjau keadaan di luar.
            “Line clear. Mamat tu sudah masuk dalam kereta dia.”
            “Nanti aku tapaukan kau mi goreng.”
            Eleanor menyusup keluar dari pintu belakang.


“MENTARI construction menghadapi masalah kewangan?” Weir memalingkan tubuhnya. Dia renung tajam wajah orang bawahannya itu.
            “Saya ingatkan Encik Weir sudah tahu?”
            Weir duduk semula sambil membelek surat khabar di atas meja tetapi tidak membacanya. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.
            Ketukan pintu di biliknya mematikan terus perbualan mereka. Seorang gadis melangkah masuk bersama timbunan fail di tangan. Fail-fail terebut diletakkan atas meja Weir.
            “Encik Weir… Miss Helena sedang menunggu encik di luar.”
            “Saya terlupa tentang temujanji saya bersama Helena. Thanks kerana ingatkan saya, Zarina.
            Weir bangun semula sambil mengatupkan butang kotnya. Waktu makan tengahari. Lebih baik dia berbincang tentang proposal tersebut bersama Helena di luar dengan menjamu selera sekali.
            “Hazim, awak terus memerhatikan Mentari construction. Dan saya mahu tahu tentang masalah hutang yang dihadapi oleh mereka.”
            “Baik Encik Weir.”


WEIR memakukan matanya pada gadis ayu yang sedang duduk berhadapan dengannya itu. Janji temu yang diaturkan atas urusan kerja. Wajah serius Weir buat Helena hampa. Lelaki itu seakan tidak pernah menunjukkan sebarang perasaan pada wajah tampannya. Apatah lagi melirikan segaris senyuman pada orang di sekelilinginya. Helena menongkat dagu sambil mencuri pandang ke arah Weir yang sedang meneliti dokumen yang diberikan. Argh! Lelaki itu cukup meruntun hatinya. Sayang… dia dingin seperti ais.
            “I terima proposal you.” suara Weir. Dia menyerahkan dokumen tersebut kepada Helena.
            “Thanks.” Helena menyambut dari tangan Weir. Semenjak syarikat papanya berurusan dengan syarikat gergasi milik Weir, Helena kerap bertemu dengan Weir. Helena akan tersenyum sendiri bila mengingati pertemuan pertama dia dengan Weir. Weir pernah suatu ketika menjadi bahan perbualan ahli-ahli korporat apabila perniagaan miliknya hampir muflis akibat penyelewengan orang dalaman. Siapa menduga lelaki itu boleh bangkit kembali dari kejatuhannya.
            “Maaf.” Tangan Helena menahan pintu lif dari tertutup. Tercungap-cungap dia di buatnya. Bagaimana dia boleh terlupa mesyuarat ahli lembaga dengan Pacific Holdings, salah sebuah syarikat gergasi di kota metropolitan ini. Papanya terpaksa outstation ke Brunei terpaksalah dia mengantikan tempat papanya itu. Papanya masih pemengang syer dalam syarikat terbabit walaupun sudah punya syarikat sendiri. Helena mengeluh kecil. Ikutkan hati dia memang tidak mahu menjadi pewaris papa. Dia lebih senang membuka syarikatnya sendiri. Helena amat meminati bidang fesyen. Ketika belajar dulu pun bidang itu yang diceburinya. Papa yang memaksa dia masuk ke dalam syarikat.
            “Em… you ada tisu tak?” soal Helena pada lelaki di sebelahnya setelah teraba-raba mencari tisu dalam tas tangannya. Lelaki yang berdiri di sebelahnya itu menghulurkan sehelai sapu tangan.
            “Thanks.” Helena mengangkat kepalanya memandang lelaki di sebelahnya itu. Matanya terpaku. Tampan lelaki di sebelahnya itu. Smart dan bergaya sekali orangnya. Mungkin salah seorang pekerja di Pacific Holdings. “Nanti I pulangkan semula sapu tangan you.” Segan mahu memulangkan sapu tangan yang sudah dicemari oleh peluhnya itu. Lelaki tampan itu menggelengkan kepalanya. Mereka berpisah apabila lelaki itu turun dari lif di tingkat 15.
            Berdebar-debar hati Helana apabila berada dalam bilik mesyuarat. Mujur saja dia tidak terlewat. Hari ini dia akan bertemu dua mata dengan pengarah Pacific Holdings. Khabar yang dia dengar pengarah syarikat gergasi itu seorang lelaki yang usianya dalam awal 30-an. Entah bagaimanalah rupa pengarah Pacific Holdings yang sering menjadi sebutan ahli-ahli dunia perniagaan ini. Sedang Helena bermain dengan perasaan sendiri, pintu bilik mesyuarat itu terkuak perlahan. Seorang lelaki segak diiringi dua pembantunya melangkah masuk. Anak mata Helena membulat besar. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya.
            “It’s you?” Helena menekup mulut. Itu lelaki yang dia tersua di dalam lif tadi. Lelaki yang meminjamkan dia sapu tangannya.
Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Helana terkedu. Lama dia bertaut mata dengan lelaki itu akhirnya Helena menundukkan wajahnya. Rasa malu datang menerpa. Mukanya merah padam. Tidak sedar dirinya diperhatikan ahli lembaga lain. Tersipu-sipu Helena duduk di atas kerusinya ketika itu. Dia tidak berani angkat kepala ketika mesyuarat berlangsung. Dalam masa dua tahun ini Helena memendam perasaan terhadap Weir. Dia sudah tidak peduli pada minatnya dalam bidang fesyen lagi. Tidak rugi dia bekerja di bawah syarikat papanya. Hari-hari dia boleh berurusan dengan lelaki itu. Adakah Weir tidak tahu isi hatinya atau lelaki itu sengaja mahu mempermainkan perasaan yang terpendam ini.
Weir membuang pandangan di luar. Orang yang lalu-lalang di luar itu menjadi pemerhatian anak matanya. Namun anak mata yang meliar itu terpaku pada seorang gadis yang sedang terhinjut-hinjut berjalan di kaki lima berdekatan dengan restoran tersebut. Gadis itu kelihatan merengus sendirian. Bengang kerana tapak kasut tumit tingginya patah. Bagaimana dia mahu menapak pulang dalam keadaan sebegitu. Dilihat gadis itu membuka kasut tumit tingginya. Dengan rasa geram kedua belah kasutnya itu di lontar ke dalam tong sampah. Gadis itu membebel-bebel sendiri dan berlalu pergi tanpa berkasut. Tingkah laku Gadis itu diperhatikan oleh Weir dengan gelengan. Weir melirik senyuman di bibirnya. Gelagat gadis itu mencuit hati kecilnya.
            “Weir...” Panggil Helena lembut. Dia awang-awangkan tangannya pada mata Weir. Weir tersentak. Dia lupa akan Helena yang ada bersamanya.
            “I’m so sorry.” Ujarnya bersahaja.
            “Pertama kali dalam hidup I… I lihat you tersenyum manis begini, Weir.” Nyata senyuman Weir cukup menawan. Helena terpesona.
“Selama ini I tak pernah tersenyum pada you?” Soal Weir.
Helena menggeleng. “You terlalu serius sangat bila bersama I. Kita lupakan pasal senyuman you itu. How about this tonight. Will you come to dinner with me Mr. Weir?” Harap kali ini Weir tidak menolak. Papa juga memang berharap untuk bersua dengan Weir. Papa tidak menghalang jika hubungan dia dengan Weir lebih dari seorang kawan. Papa memang sukakan lelaki seperti Weir. Papa puji Weir melangit tinggi.
            “I’m Sorry. Tonight, I have dinner with my cousin.” Helena hampa dengan jawapan yang Weir berikan. Ajakkan dia tidak pernah kena pada masanya. “May be next time.” Sambung Weir.
            “Promise? You tahu papa memang tak sabar nak jumpa you sangat. Hope so you dapat hadir ke majlis ulang tahun perkahwinan papa dan mama I minggu depan.” Helena mengukir senyuman. Sekurang-kurangnya dia punya peluang lagi. Dia tidak mungkin berputus asa. Dia menyelidik tentang lelaki itu. Weir memang tidak pernah punya teman wanita setelah putus tunang dengan kekasihnya dulu. Khabarnya kekasih Weir memutuskan pertunangan ketika hampir tarikh majlis pernikahan mereka. Lelaki itu hanya sibuk menguruskan syarikat dari memikirkan soal peribadinya.
            “I akan cuba. Tapi I tidak berjanji pada you.”
            “Alright. I harap lain kali bila I ajak you, you tidak akan menolak lagi. Sesekali you kena bercampur gaul dengan orang sekeliling you juga, Weir. Jangan terperap dalam pejabat dua puluh empat jam. Berilah sedikit masa you untuk enjoy.” Helena menongkat dagu. Tidak puas rasanya menatap wajah lelaki depan matanya itu.
            “You kata you ada appointment pukul dua.” Weir menunjukkan jam di tangan.
            “Oh, I terlupa.” Kelam-kabut Helena mencapai dokumen-dokumen semula dan menyimpan di dalam beg jinjitnya. “See you next time.”
            Helena melangkah pergi meninggalkan Weir sendirian menjamu selera di restoran tersebut.
           

“MAHALNYA!” Eleanor membelek-belek kasut yang harga mencecah hampir ribuan ringgit itu. Kasut yang dibeli pun tidak sampai ratusan ringgit. Dia pernah membeli kasut dengan harga beratus-ratus ringgit. Dia baru menggunakan kasut itu tidak sampai lima kali tapaknya sudah tertanggal. Harga tidak menjamin kualiti barang juga.
            Eleanor terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli kasut yang baharu. Kasut yang dicuba tidak begitu menarik perhatiannya. Sales girl yang melayannya sudah berwajah cemberut. Jelas tidak senang dengan kelakuan Eleanor yang boleh tahan cerewet. Kasut tumit tinggi berwarna merah menyala itu juga menarik perhatian Eleanor tetapi harganya terlalu mahal pada Eleanor. Masakan dia perlu menggunakan kad kredit lagi. Hutang kad kredit pun sudah mula tertunggak.
            Tanpa disedari dua pasang mata sedang memerhatikan gerak-gerinya. Eleanor sudah leka dengan kasut-kasut tersebut. Dia seperti tidak dapat membuat pilihan. Kasut-kasut tersebut diletakkan semula ke tempat susunannya. Eleanor sekadar memilih kasut jenis bertapak rata. Senang dia mahu bergerak. Paling murah pun sudah ratusan ringgit. Eleanor melangkah keluar dari kedai kasut terbabit.
            Eleanor merasakan seperti ada orang mengekori pergerakkan langkah dia. Dia menoleh. Dua orang lelaki yang mencurigakan di belakangnya. Dia mempercepatkan langkah kakinya. Sejurus kemudian, dua lelaki itu turut sama mengorak langkah panjang mereka. Eleanor menolak salah sebuah pintu restoran berdekatan. Dia meluru masuk dan duduk di hadapan seorang lelaki yang masih menghadap hidangannya. Bibirnya mengulum senyuman lantas menarik menu di meja hingga menutup seluruh muka. Dia berpura-pura seperti sedang memilih sajian di dalam menu tersebut.
            Matanya mula mengintai di sebalik menu yang berada di tangan. Kedua-dua lelaki tadi sudah tidak kelihatan. Barangkali sudah hilang jejak. Eleanor menurunkan menu di tangan dan menarik nafas lega. Lelaki di hadapannya itu menurunkan sudu dan garfunya.
            Eleanor kaget seketika melihat wajah lelaki tersebut. “Sorry, saya kacau your lunch. Mesti tempat yang saya duduk ni tempat girlfriend you.” Eleanor bingkas bangun.
            Lelaki itu tersenyum dan menarik lengannya.
            “Maybe girlfriend saya sudah cabut melihat awak duduk di tempatnya tadi. So, awak kena gantikan tempat dia teman saya makan.” lelaki itu bersuara.
            “Er…”
            “Awak boleh pilihan makanan di menu tu. Saya belanja awak lunch.”
            Eleanor cuba amati wajah lelaki itu. Dia menekup mulut.
            “Awak?”
            Lelaki itu mengenyitkan sebelah matanya sambil menghirup minumannya yang masih tidak luak.
            Eleanor mengebam bibir. Macam mana dia tidak perasan lelaki itu adalah pakcik Aleeza. Eleanor hanya duduk membatukan diri sehingga Weir selesai menjamu selera. Bukan dia tidak lapar dan dahaga. Egonya melangit tinggi.
            “Saya hantar awak balik.”
            “Tak perlu. Saya boleh balik sendiri.”
            “Saya terlupa ingin bertanya. Kenapa awak seperti takut-takut tadi? Ada orang ekori awak ke?”
            “Ya, ada along kejar saya.”
            Weir tertawa kecil. Dia tahu gadis itu berbohong.
            “Tak sangka gadis cantik macam awak berhutang dengan along.”
            “Itu masalah peribadi saya.”
            Dari awal pertemuan mereka, Eleanor sudah tidak menyenangi Weir.
            “Betul, awak tak mahu saya hantarkan awak balik.”
            “Ya!”
            Jual mahal. Eleanor angkat punggung sambil menyandang tas tangannya. Weir hanya memerhatikan lenggok Eleanor. Dia masih tidak tahu nama gadis yang boleh tahan garang dan egonya itu.
          

Bab 4


WEIR melangkah penuh gaya keluar dari Brabus Mercedes-Benz SLS AMG miliknya. Dia mendongakkan kepala memandang Mentari Construction yang sudah berada di depan matanya itu. Bibir Weir mengukir senyuman nipis. Dia membuka langkah masuk ke Mentari Construction.
            Elman tersentak apabila dimaklumkan tentang kehadiran Weir. Siapa yang tidak kenal dengan jutawan muda itu. Apa tujuan Weir ke Mentari Construction. Persoalan itu berlegar-legar di dalam kepala Elman. Weir sedang menunggu di ruang tamu yang disediakan. Secawan kopi diletakkan di dada meja. Dahlia, setiausaha kepada Elman melirikan senyuman manisnya. Tiada niat serong pada senyuman manis Dahlia. Dia sudah berkeluarga dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Weir membalas senyuman Dahlia.
            “Terima kasih.” Ucapnya ramah.
            Dahlia melangkah keluar dari bilik tamu itu. Weir memerhati segenap ruang bilik tamu itu. Lirikan matanya mati pada gambar yang tergantung menghiasi dinding bilik itu. Ada gambar gadis idamannya di situ. Weir mengusap dagu dengan senyuman penuh makna. Senyuman itu hanya seketika. Matanya mencerlung tajam pada wanita cantik di sebelah lelaki dalam gambar itu.
            Aku sudah bergelar jutawan sekarang, Susana. Masa aku sudah tiba. Bisik hati kecilnya. Pintu bilik tamu ditolak perlahan. Elman sudah berdiri di muka pintu dengan wajah bersahaja. Weir memalingkan tubuhnya berhadapan dengan Elman, anak sulung kepada arwah Dato’ Ariffin.
            “Encik Weir Zafril… Apa hajat ke Mentari Construction?”
            “Sudah tentu hajat yang cukup memberikan pulangan yang besar.”
            Mereka saling berjabat tangan.
            “Silakan duduk.”
            “Terima kasih.”
            Pacific Holdings sentiasa memenangi tender-tender besar termasuk projek di luar negara. Elman cukup mengagumi lelaki di hadapan matanya itu. Dalam usia yang begitu muda telah berjaya membina empayar perniagaannya sendiri.
            “Saya sungguh tidak menduga president dari Pacific Holdings datang sendiri ke Mentari Construction.”
            Susah nak nampak bos sendiri turun pandang. Selalunya hanya arahkan kepada anak-anak buah. Weir tersenyum lebar.
            “Saya berminat untuk bekerjasama dengan Mentari Construction.”
            Elman tersentak. Pacific Holdings berminat untuk bekerjsama dengan syarikatnya? Satu peluang keemasan.
            “Hahaha… adakah ini satu gurauan Encik Weir Zafril?”
            “Ini bukan satu gurauan Encik Elman. Saya memang berminat untuk bekerjasama dengan Mentari Construction. Dan saya yakin pilihan saya adalah tepat.”
            Tawa Elman mati.
            “Saya ingin menawarkan projek yang menelan belanja jutaan ringgit. Saya tahu yang Mentari Construction sedang menghadapi masalah kewangan yang serius. So, saya rasa ini peluangnya untuk Mentari Construction memperoleh kepercayaan. Saya tidak pernah buat begini pada construction company yang lain.” Weir menyambung kata.
            Weir tahu Elman akan merebut peluang tersebut. Elman sudah tiada jalan yang lain untuk menyelamatkan syarikat arwah ayahnya itu.
            “Mungkin benar kata awak, ini peluang yang perlu saya rebut.”
            “Jika awak bersetuju, awak hanya perlu datang ke Pacific Holdings tepat pada pukul 2.00 petang. Kita boleh sign contract. Saya tidak mahu awak lewat walau seminit dari masa yang saya berikan.” Weir bangun sambil menyeluk kedua-dua belah kocek seluarnya.
            “Jika saya terlewat?”
            “Maka kontrak tersebut akan saya berikan kepada syarikat construction yang lain. Peluang hanya datang sekali Encik Elman.”
            “Terima kasih kerana memberikan peluang untuk Mentari Contruction.”
            “Aa-aa… masih belum boleh berterima kasih dengan saya lagi. Awak boleh ucapkan terima kasih itu setelah kontrak ditandatangi.”
            Elman seakan tidak mengesyaki niat disebaliknya. Mungkin keadaan terdesak dia tidak memikirkan apa-apa masalah berkerjasama dengan Pacific Holdings.
            “Abang Elman!” Pintu bilik tamu itu ditolak kasar.
            Serentak itu Weir dan Elman berpaling. Riak wajah Elman berubah. Dia tidak menyenangi dengan sikap Elena Maria yang gemar menceroboh masuk tanpa pamitan. Sikap itu
biadap sekali.
            “Em… saya rasa saya perlu minta diri dulu.”
            “Silakan. Terima kasih sekali atas tawaran dari Pacific Holdings.”
            Sekali lagi kedua-dua lelaki itu berjabat tangan. Weir melintasi Elena Maria. Dia sempat mengerling gadis manis itu dengan ekor matanya.
            “Abang Elman, itu kan…”
            “Weir Zafril dari Pacific Holdings.”
            “Dia buat apa ke sini?”
            “Dia tawarkan kita satu projek besar.”
            “What? Are you sure?” Elena Maria seperti tidak percaya.
            “Abang takkan lepaskan peluang yang datang.” Nekad Elman.


SHIT! Kad kredit juga sudah dibekukan.” Susana sudah bermuka kelat di depan juruwang itu. Lima pasang baju pilihannya tidak mampu dibayar dengan cash money. Dalam tangannya hanya ada RM 500.00 sahaja. Harga lima pasang baju itu mencecah hampir RM 2000.00 ringgit. Susana menggigit bibir.
            “Saya bayarkan untuk dia.” Suara lelaki di belakangnya. Kad kredit berwarna gold itu dihulurkan kepada juruwang tadi.
            “Thanks.” Susana sedikit menunduk. Jatuh air mukanya.
            “Tak perlu ucapkan terima kasih pada saya, Susana.”
            Serta-merta Susana mengangkat kepalanya. Dia terlopong.
            “Weir!”
            “Tak sangka kita akan bertemu semula.”
            Susana mencapai beg-beg kertas yang sudah berisi dengan baju-bajunya. Susana mengukir senyuman. Lelaki di hadapannya seperti bukan Weir lima tahun yang lalu. Memang lain sekali. Weir yang ini, segak, bergaya dan yang penting lebih handsome. Kenapa dia tidak perasan semua itu dulu?
            Tiada yang berubah pada Susana di depan mata Weir. Susana sama seperti dulu. Perempuan cantik yang materialistik. Kesian, lelaki sebaik Elman mempunyai isteri seperti Susana. Perempuan ini hanya tahu menghabiskan wang ringgit. Dia akan cuba menguji perempuan seorang ini sama ada cinta tulus pada suaminya atau cintanya palsu semata-mata.
            “Ya, I juga tidak sangka bertemu semula dengan you.”
            “Thanks again kerana you bayarkan baju-baju I ini.”
            “Small matter. Berapa sen sangat harganya pada I”
            “Iyalah, berapa sen sangat bagi president Pacific Holdings.” Sayang… dia meninggalkan Weir dahulu. Bodohnya dia.
            “Kita berbual di tempat lain itu pun if you sudi. Maklumlah you itu milik orang.”
            Susana tersenyum kecil. Dia tidak pernah kisah dengan statusnya ‘isteri orang’. Dia bebas untuk berkawan dengan siapa yang dia suka. Elman tidak kuasa untuk menghalangnya. Tambahan pula, dia bosan memerap di rumah. Elman sibuk menguruskan syarikat yang bakal bankrupt itu.
            “You takut?”
            “Kenapa mesti I takut? I bukan nak buat apa-apa pada you. I just nak berbual dengan you.”
            Mereka jalan beriringan keluar dari kedai pakaian itu tanpa menyedari ada sepasang mata yang memandang mereka.
            Eleanor mengertap bibir. Lelaki seperti Weir memang sudah diagak species bapak segala buaya agaknya. Selera lelaki itu bukan sahaja anak-anak gadis tetapi juga isteri orang. Eleanor tidak boleh mendiamkan hal tersebut jika sudah melibatkan ahli keluarganya. Dia sering juga terserempak lelaki itu keluar dengan gadis-gadis yang berlainan. Salah seorang gadis itu sepupu kepada Aleeza.
            Terkocoh-kocoh Aleeza mendapatkan Eleanor. Laju betul langkah perempuan seorang ini berjalan. Entah apa yang dikejarnya tadi. Di ajuh ketinggalan di belakang. Naik semput nafas Aleeza.
            “Kau ni kejar siapa?” Aleeza menyoal dengan nafas tercungap-cungap.
            “Uncle Weir kau.”
            “What?”
            “Jom, ikut aku.” Eleanor menarik pergelangan tangan Aleeza.
            “For what? Biarlah nak keluar bersama siapa pun. Dia bujang.”
            “Problemnya dia keluar bersama kakak ipar aku.” Eleanor menjegilkan matanya.
            “What?”
            “Aku macam tak percaya kau ada pakcik species buaya. Kategori buaya emas sebab dia banyak duit.”
            “Buaya pun ada kategori dah.”
            “Jangan banyak mulut. Ikut saja aku.”
            Aleeza menjongket bahu.


REALLY? you masih single.”
            Weir mengangguk.
            “I menunggu puteri dari alam bunian.”
            Ayat mengayat memang mengancam. Eleanor dan Aleeza berada di belakang meja Weir dan kakak iparnya Susana. Bukan main mesra Susana melayan Weir. Apa perhubungan mereka dulu kerana Susana seakan mengenali Weir.
            “Aku tak tahu Uncle Weir kenal kakak ipar kau.” Suara Aleeza separuh berbisik.
            “Itu yang aku nak siasat. Aku takut mereka ada perhubungan sulit.”
            “Perhubungan sulit. Ini sudah kes serius, El.”
            Manja betul Susana. Kalau abangnya nampak mesti kecewa. Abangnya cukup sayang dan cintakan Susana. Mereka berkahwin atas dasar cinta. Susana ditatang bagaikan minyak yang penuh. Eleanor tidak akan membiarkan rumah tangga abangnya runtuh walau pun dia tidak begitu sukakan Susana. Dia mesti bersemuka terus dengan lelaki bernama Weir Zafril itu.
            “Ini kad I, jika you perlukan apa-apa pertolongan, you boleh contact I.” Weir menghulurkan kadnya kepada Susana.
            “I akan simpan kad you baik-baik.”
            “Sorry, I tak dapat hantar you balik. I ada appointment lain.”
            “Well, it’s okay. Bye…”
            Eleanor rasa meluat. Lagi-lagi apabila dia melihat cara Susana berjalan. Bukan main lagi lenggok di bahagian punggugnya itu. Skirt yang dipakai Susana juga nampak ketat. Mahunya mata Weir tertonjol keluar melihat punggung Susana.
            “Sudah biasa buat kerja stalker ni?”
            Weir berdiri sambil meyilangkan tangan ke dada dengan sengihan di bibir. Tertelan air liur Eleanor. Aleeza meletakkan menu di meja. Dia turut tersengih. Kantoi!
            “Saya bukan stalker okay!” Eleanor angkat punggung dan bertentang mata dengan Weir.
            “So, nak jadi detektif conan lah ni.”
            “Lebih kurang.” Eleanor membalas.
            Weir pecah tawa. Geli hati dengan jawapan Eleanor itu. Boleh tahan juga perempuan seorang ini loyar buruk dengan dia. Tawanya terhenti apabila melihat wajah Eleanor yang semakin serius itu.
            “Awak cantik bila marah begini.”
            “Ayat-ayat manis awak tidak berkesan pada saya.”
            “Ada saya cakap saya ingin mengayat awak?”
            Eleanor bingkas bangun bertentangan mata dengan Weir.
            “Jangan kacau family saya.” Jari telunjuknya di hunuskan pada muka Weir.
            “Si jelitawan tadi kakak awak?”
            “Dia kakak ipar saya! Awak usik family saya, nahas awak!” Kata-kata Eleanor berbaur amaran. “Mari kita beredar dari sini.” Pandangan matanya berkalih pada Aleeza yang hanya membatu diri.
            “Amaran awak tak berkesan dengan saya, cik...”
            “Eleanor.” Aleeza laju menyebut nama sahabatnya itu. Eleanor menjegilkan matanya. Aleeza ni main sebut aja nama dia tanpa keizinan dulu.
            “Tepilah!” Eleanor menolak tubuh sasa Weir.
            “Bye-bye Uncle Weir.” Sempat Aleeza melambaikan tangan pada Weir.
            Weir senyum. Dia mengusap-usap dagu.

“Eleanor…”    

4 comments: