Tab Menu

Followers

Saturday, September 22, 2012

Hanya Dia Kucintai - Bab 3


 LEBAR Thana mengukir senyuman di bibir. Mereka saling berpelukan dan bertanya khabar. Thana kelihatan berseri-seri sejak bergelar seorang isteri. Pathma tidak ikut bersama. Thana menegahnya. Katanya cerita orang perempuan ni, lelaki seperti Pathma tidak perlu masuk campur.
            Thana menggenggam jari-jemari Mira Ezuryn yang semakin kasar. Temannya itu kelihatan sudah semakin kurus. Dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Mira Ezuryn. Tidak semua orang itu bernasib baik.
            “Kenapa kau berahsia dengan aku apa yang berlaku dulu?”
            “Kau kenal aku macam mana? Aku tiada jalan lain dan aku tahu kau pun tidak dapat membantu aku.”

            “Kau tak cuba balik jumpa papa kau?”
            Mira Ezuryn menggeleng perlahan.
            “Aku tahu papa bencikan aku.”
            “Aku tak rasa begitu. Mungkin papa kau sudah memaafkan kau.”
            “Aku belum bersedia.”
            “Sampai bila?”
            “Aku tak tahu.”

            Jawapan itu tidak menyenangkan hati Thana. Masakan selama lima tahun ini masih tidak cukup bagi Mira Ezuryn berhadapan dengan papanya.
            “Mira… kau tak boleh lari. Sejauh mana kau lari pun masalah tidak akan selesai. Kau kena hadapinya juga. Jangan kau menyesal bila orang tua kau sudah tiada nanti. Waktu itu sudah terlambat. Kau kena ingat yang masa itu tidak menunggu kita. Masa akan terus bergerak begitu jua dengan usia kita.” Thana menasihati.
            Mira Ezuryn tunduk membisu.
            “Kau cepat prejudis. Kau takut dan mudah berputus asa dengan masalah-masalah kau. Kau lebih suka melarikan diri.” Tambah Thana lagi.
            “Aa… aa... aku…” Suara Mira Ezuryn sekaan tersangkak di kerongkong.
            “Mira… keputusan terletak di tangan kau.” Jika Mira Ezuryn masih berdegil maka Thana tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya mampu menasihati. Terserah pada Mira Ezuryn sama ada mahu mendengar nasihatnya atau pun tidak.
            Lama Mira Ezuryn menatap wajah Thana sebelum membuka mulutnya semula.
            “Kau… kau kata kau… kau… jumpa dia di sana.” Suaranya agak putus-putus. Argh, kenapa tiba-tiba saja dia bertanyakan tentang lelaki itu pula.   
            Thana tersenyum dan mengangguk.

            “Riak muka dia maybe memang menggerunkan tetapi dia tu boleh tahan handsomenya ya. ” Thana mengambil nafas sebelum meneruskan ceritanya semula. “Mula-mula aku memang takut masa bersua dengan dia tapi bila dah berbual tu hilang pula rasa kekok. Dia bukan seperti yang kau sangkakan.”
            “Emm… aku tak boleh lupa apa yang dia buat pada aku.”
            “Aku tahu yang cinta tu tak boleh dipaksa. Itu hak engkau.”
            “Dia ada bercerita pasal aku tak?”
            “Takde.”
            “Eloklah dia lupakan aku.”
            Thana tersenyum leret.
            “Kenapa kau senyum.”
            “Tiada apa-apa.” Thana seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Ya, Thana memang sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Mira Ezuryn.
            Dia pernah mengajukan satu soalan cepu emas kepada lelaki itu.
            “Saya nak tanya awak. Awak betul-betul cintakan Mira?”
            Lelaki bermata tajam itu merenung tepat ke dalam anak matanya ketika itu.
            “Ya!” Jawapannya pendek tetapi sudah cukup memuaskan hati Thana. Lelaki itu tidak menipu dengan luahan katanya.
            “Thana…” Suara Mira Ezuryn memanggil lembut.
            Thana kembali ke alam nyata semula.

            “Maaf…”
            “Apa yang kau sedang fikirkan?”
            Thana tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum. Mira Ezuryn semakin pelik dengan tingkah temannya itu.
            “Macam mana hubugan kau dengan Amel?” Thana membuka topik pula berkenaan dengan Amel Fattah.
            “Macam itulah…”
            “Hey… dah bertahun kau kenal Amel, masih macam itu jugak.”
            “Emmm… dia masih belum cukup duit.”
            “Korang boleh share duit, bukan?”
            “Dia tak mahu.”
            Mira Ezuryn tidak mahu terlalu mendesak Amel Fattah.
            “Atau keluarganya masih tidak sukakan kau?”
            “Entahlah…”
            “Mira… kalau kau rasa kau perlu lepaskan dia, kau lepaskan dia. Kau faham maksud aku. Aku tak mahu tengok kau terluka lebih teruk.”
            Lepaskan cintanya. Tidak! Tidak semudah itu dia akan mengalah. Mira Ezuryn akan mempertahankan cintanya selagi cinta Amel Fattah utuh buatnya.


MIRA Ezuryn semakin manis di matanya. Tajul Ashikin melirik senyuman sendiri. Hatinya masih tidak berubah. Cintanya pada Mira Ezurn masih sama seperti dulu. Dia tidak pernah melupakan senyuman Mira Ezuryn ketika menyambut sijil anugerah pelajar cemerlang dari huluran tangannya. Hatinya terus terpaut. Dalam diam dia memerhatikan Mira Ezuryn. Sayang… cintanya tidak bersambut. Dia masih tidak berputus asa. Dia yakin Mira Ezuryn akan menjadinya
            Dia sentiasa mengikuti perkembangan Mira Ezuryn walau di mana dia berada. Orang-orang upahan mengawasi dan memberi sebarang maklumat kepadanya. Dia tahu bekas itu isterinya itu sudah punya seorang kekasih. Dia juga sudah menyelidik atar belakang kekasih Mira Ezuryn. Bibirnya mengulum senyuman sinis sambil menghirup minumnya perlahan. Kafe yang menjadi rutin tempat dia ‘melepak’ itu berdekatan dengan butik kecantikkan Bekas isterinya.

            “Handsomekan lelaki tu.” Teman-temannya berbisik sesama sendiri.
            “Aku selalu nampak dia duduk di situ. Kerap pula tu.”
            “Dia ada aim sesiapa kut?”
            “Kalau dia aim aku memang bertuah aku.”
            “Perasanlah kau Rin.”
            “Korang ngumpat siapa tu?” Mira Ezuryn mencelah.
            “Kami sedang cuci matalah Mira.”
            “Cuci mata?”

            “Tuuu…” Gadis bermabut panjang separas bahu itu memuncungkan bibirnya ke arah lelaki yang sedang duduk santai menikmati minumannya sambil membaca akhbar itu.
            Mira Ezuryn cuba mengamati wajah lelaki tersebut tetapi agak kurang jelas dari pandangan matanya. Kabur.
            “Aku tak nampak pun di mana handsomenya?”
            “Kau tu rabun.”
            “Ops, aku lupa pakai spek hari ni.” Mira Ezuryn tersengih.
            “Kau pakai je contact lens. Lagi senang.”
            “Tak mahulah. Aku tak biasa.”

       Dari sekolah lagi dia sudah biasa memakai cermin mata. Dia tidak selesa menggunakan contact lens.
            “So, mana spek kau?”
            “Aku repair. Cerminnya retak sedikit.”
            Apabila bos sudah menjeling, mereka kembali meneruskan kerja. Tiada langsung peluang untuk berehat sedikit. Susah jika dapat bos yang teralu straight.

bersambug...

5 comments:

  1. citer awak ok tp klu update selalu lagi ok..sbb citer byk tp n3 xde

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.... komentar pembaca pertama sama dgn pandanganku...

    I personally think that if the authors update their entries regularly, the readers would be able to grasp and enjoy the story.... Well, that's just my seposen...

    ReplyDelete
  3. kak ya..azi ske cte ni...byk kn n3 nye k...xsbr nk tggu n3 bru...i alwayss support u... :)<3<3<3

    ReplyDelete
  4. best citer nie...harap ada sambungan :)

    ReplyDelete
  5. terpikat pula dgn garapan ini boleh teruskan x?
    Minat nak tahu jodoh yg ada...... rasanya begitu teruja sekali
    pls..,.

    ReplyDelete