“Insya-Allah…
Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada Mentari Construction.” Elman
datang ke Pacific Holdings tepat pada waktu yang dijanjikan.
Elman
sudah boleh menarik nafas lega. Malah Weir turut akan membantu mengatasi
masalah kewangan di dalam syarikatnya. Pada Elman, Weir seorang yang bermurah
hati. Dia terhutang budi dengan lelaki itu. Elman tidak tahu muslihat di
sebalik kebaikan yang dipamerkan oleh Weir. Ada topeng berselindung di situ.
Elena
Maria mencuri pandang ke arah Weir. Hatinya tertarik dengan lelaki itu. Lupa
seketika pada wajah tunangnya. Weir menyedari yang dirinya menjadi perhatian
Elena Maria. Anak bongsu kepada arwah Dato’ Ariffin. Tercari-cari juga bayang
Eleanor. Nampak anak kedua kepada arwah Dato’ Ariffin tidak bekerja di bawah
Mentari Constructions.