Tab Menu

Followers

Friday, August 5, 2011

Awek Skuter - Bab 2


OPOCOTTT!!! Mak kau tayar meletup!” Adllea terasa belakang skuter pinknya dilanggar. Tubuh Adllea hilang keseimbangan lalu jatuh dari skuter yang ditunggangi. Sekali dia jatuh macam nangka busuk. Pedih lengan kirinya. Patutlah! Dia alami sedikit kecederaan kecil. Kalau berat mesti masuk hospital ni. Hospital? Oh tidak! Pantang betul kalau kena duduk hospital yang berbau ubat! Mahu sebulan dia tak makan nasi. Loya anak tekak. Adllea bingkas bangun dari jatuh. Dia mengetap bibir kegeraman. Dengan helmet yang masih terlekat di kepala dia mengaturkan langkah besar ke arah kereta yang melanggar punggung skuter pinknya tadi.

            “Cis!” Naik sudah urat-urat warna ungu pada muka dia yang tegang ini. Muka dia  tegang tak pakai botox tahu. Kereta mewah Porcche 996 Turbo berwarna silver itu Adllea tenung tajam! Fuyooo! Porcche 996 Turbo tu! Memang bukan calang-calang orang memakainya. Pemandu kereta mewah itu masih duduk melekatkan punggung. Dia ingat kereta besar boleh sesuka hati mak bapak dia langgar orang. Angin betul Adllea dibuatnya. Dia tendang tayar kereta mahal itu dengan kaki berkali-kali melepaskan kemarahan yang sedang membahang di hati ini. Adllea sudah tidak kisah lagi dengan kesakitan dan rasa sengal-sengal pada tubuh.

            “Woi! Mata kau letak kat mana hah!” Tengking Adllea. Gerun tak tengok awek skuter macam dia meninggikan suara? Kaki dia masih dok lagi menendang tayar kereta. Biar sampai rosak tayar keretanya. Pintu kereta tersebut terbuka. Pemandunya melangkah keluar. Seorang lelaki yang bertubuh agak sasa berkaca mata hitam berdiri tegak depan matanya! Bulat besar anak mata Adllea melihat tuan yang empunya kereta. Lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya sambil merengus kecil.

            “Hey, awek skuter! Berani kau tendang kereta aku! Kau tahu berapa harga kereta ini! Kau gadai skuter cabuk kau itu pun belum cukup membelinya tahu!” Lelaki itu bukan nak meminta maaf sebaliknya dia meninggikan suara kepada nya. Dah lebih ni!
            “Aku tak tahu! Yang aku tahu kereta mahal kau langgar punggung skuter cabuk aku!” Adllea membalas. Dia jeling lelaki itu tajam.
            Muka saja hensem…tapi berlagak nak mampus! Tengok gaya macam anak orang berada. Memang anak orang berada pun! 

“Setakat skuter cabuk kau apalah sangat! Siapa suruh kau bawa skuter lembab macam kura-kura! Patutlah lembab sebab skuter kau dah uzur!” Lelaki itu melirikkan mata pada skuter Adllea yang masih terbaring atas jalan raya itu. Adllea mencebik. Sedapnya mulut dia kutuk aku dan skuter aku! Buruk-buruk pun skuter aku! Kau peduli apa!
            “Sekurang-kurangnya aku kura-kura yang mematuhi peraturan jalan raya. Macam manalah orang macam kau boleh pass lesen memandu! Lampu merah dengan lampu hijau pun tak boleh kau bezakan! Itulah jadinya kalau mata letak dekat kepala lutut!” Bidas Adllea.

            “Kauuuuuuu…..” Lelaki itu beliakkan biji matanya. Adllea buat selamba.
            “Kau ingat aku takut dengan kau!” Adllea memang berani melawan. Tidak kisahlah siapa lelaki depan matanya ini. Lelaki itu tidak mungkin akan mengapa-apakan dia. Ceh! Tunjuk berani. Kot karang kena betul-betul macam mana? Dalam suratkhabar sudah berlambak cerita bunuh sana bunuh sini. Mangsanya adalah kaum wanita yang lemah macam dia. Memang jenis tak fikir dulu sebelum berkata-kata. 

“Kau kena bayar ganti rugi pada aku! Kotor tayar kereta aku tahu kerana ditendang oleh kaki kau yang busuk! Aku baru carwash pagi tadi!” Ujar lelaki itu setelah memeriksa keretanya. Terjegil biji mata Adllea. 

Dia yang salah…aku pula yang kena bayar ganti rugi pada dia! Terbalik pulak! Ini tak boleh jadi!

            “Kau yang buat salah! Apasal pulak aku nak bayar ganti rugi kat kau. Bukannya ada cedera apa-apa pada kereta kau itu! Tak reti-reti nak minta maaf!” Adllea bertambah berang apabila melihat lelaki itu berlagak poyo di hadapan dia. Ingat dia bagus sangat! Adllea mengangkat muka dan merenung wajah lelaki itu. Matanya membulat besar. Mereka saling bertentangan lawan mata. Bukan main-main mata okay. 

            Seminit berlalu. Wajah lelaki itu berubah. Matanya berkelip. Dia tewas! Adllea melirik senyuman sinis. Berani kau nak berlawan mata dengan aku! Tiada sesiapa yang berani berlawan tenung mata dengan aku tahu!

            “Kau dah kalah! Jadi kau kena minta maaf dengan aku!” Puas hati Adllea dengan kekalahan lelaki itu. Ada hati mahu lawan mata dengan Adllea Abd. Rashid. “Cepat minta maaf!”
            “Aku tak nak! Lagipun kau tendang tayar kereta aku! Kotor tahu tak!” Lelaki itu membalas dengan tegas.
            “Wei….setakat tendang tayar kereta kau itu tiada kecederaan apa-apa pun berlaku pada kau! Kau yang langgar aku! Aku ini baru mangsa eksiden bukannya kau! Kau kena minta maaf
dengan aku!” Adllea bersuara keras. Degil betul mamat ini!

            “Aku tak nak!” Lelaki itu tetap tidak mahu mengalah. “Berapa kerosakkan yang perlu aku bayar pada kau! Setakat dua atau tiga ratus ringgit aku boleh bayarlah!” Dia membuka dompet duitnya. Beberapa keping not seratus ringgit dikeluarkan. 

Adllea menggigit bibir. Banyak tu! Bulat mata dia melihat lelaki itu mengira-gira duit yang dikeluarkan dari dompetnya tadi. Kalau ada pisau mahu saja dia merompak lelaki itu. Siapa suruh tayang duit depan mata dia. Sudahlah sekarang ini dia memang tengah sesak. Duit kutu pun masih tak dapat lagi. Seksalah main dengan orang-orang yang liat nak membayar ni. Menyesal sungguh termakan dengan pujukkan rayu Dina si burung hantu budak satu tempat kerja dengannya itu.

“Cukup tak?” Rasa-rasanya ada dekat satu ribu lelaki itu hulurkan pada dia. Berkelip-kelip mata Adllea tengok duit. Kalau ambik boleh lepas duit poket bulan ini.
“Nak ke tak nak?” Soal lelaki itu lagi. Dia bengang agaknya tengok muka blur Adllea. Adllea mana pernah dapat duit sebanyak ini dalam masa satu hari. Macam orang jakun pun ada.
“Tentulah nak.” Ligat tangan Adllea rampas duit dari tangan lelaki itu. Dia segera masukkan ke dalam kocek seluar.
“Tak padan dengan awek skuter. Materialistik jugak kau ni!” Lelaki itu tersenyum sumbing. Bolehlah tahan senyuman dia. Tak seksi sangat macam lelaki yang pesan pizza hut malam tu. Lemak berkrim disukai ramai.

“Huh! Duit sapa yang tak nakkan. Chow dulu.” Selamba dek saja Adllea menjawab. Dia bingkas mengatur langkah merapati skuter pinknya. Adllea gagahkan diri mengangkat skuter cabuk itu. Sekilas dia mengalih pandang  ke arah lelaki itu. Lelaki itu masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Sebelum dia dapa-apakan baik dia start skuter kemudian cabut!

“FARITH!!!!” Macam biasalah. Perempuan-perempuan akan menjerit histeria bila muka Farith terconggok dalam restoran pizza hut itu itu. Mereka sanggup tunggu berjam-jam di restoran itu semata-mata mahu tengok muka Farith yang dikatakan hensem bangat itu. Dia memang sentiasa dikerumuni oleh peminat-peminat yang hendak meminta tandatangan autograf. Teman wanita Farith yang tak tahu nama itu buat memek muka tidak senang hati. Siapa yang tak makan hati kan kalau hari-hari buah hati di kelilingi gadis lain. Lumrah orang yang digilai ramai. Jadi kena tabahkan hatilah ya.

            Adllea pun naik jeles jugak. Bilalah pulak dia nak berada dibawah ketiak Farith menendang perempuan cantik yang sering berada di sisi Farith itu. Kalaulah dia di sisi Farith jangan haraplah kuman-kuman itu dapat mendekati Farith dengan mudah. Sembur sikit dengan antibiotik. Mintak dijauhkan dari jangkitan. Hehehehehehe…Jadi kenalah cepat-cepat dia menyingkirkan semua perempuan yang mengilai Farith termasuk perempuan yang seorang itu. Adllea mengerling tajam ke arahnya. Kenapalah dia tidak punya bentuk badan yang seksi macam perempuan itu? Punggung pun montok. Tertonggek naik gitu. Dia sebenarnya peminat tegar kepada pelakon yang sedang melonjak naik itu. Siapa yang tidak kenal dengan Farith Zehr. Satu drama lakonan Farith, dia tak pernah miss!

            Adllea baru saja tahu lelaki yang buat dia jatuh cinta pandang pertama malam itu adalah Farith Zehr, pelakon drama popular kegemaran dia. Malam kelmarin wajah dia lain sikit maka tidaklah perasan sangat itu Farith Zehr. Adllea memang tidak sangka dia hantar pizza di kondominium milik Farith Zehr. Kalau dia  tahu lelaki itu ‘Farith Zehr’ memang dah sah-sah dia minta tandatangan autograf  dekat baju uniform pizza hut ini.

            “Bulan tidak akan jatuh ke riba, Lea,” Tegur Kak Mona yang juga aku gelarkan ‘andartu terlampau’ jugak tu. Aku menoleh. 

Garang-garang Kak Mona ini adakala baik jugak orangnya. Kenapa dia gelar Kak Mona ‘andartu terlampau’. Umur Kak Mona sudah mahu masuk empat puluh tahun tapi masih solo. Kak Mona jenis memilih sangat pasal jodoh dia. Dia mahukan lelaki educated! Gaji mesti besar punya! Kak Mona demand tinggi sangat. Adllea minta dijauhkan ada anasir seperti kak Mona. Dia nak berlaki. Dia tak mahulah jadi ‘andartu terlampau’ macam Kak Mona.

            “Apa salahnya tunggu bulan jatuh atas riba saya, kak.”
            “Kau pun nampakkan. Farith tu tak pernah melayan kau. Akak tengok dah pelbagai cara kau buat nak tarik perhatian dia sampai tumpahkan air atas baju dia. Yang itu akak respect kau memang berani.”
            “Ooooo…Akak tahulah.” Adllea mengangkat kening tebalnya. Kening semula jadi tebal tak perlu cukuran. Asli gitu.
            “Tahu.” balas Kak Mona bersahaja.
            “Salah ke saya nak mengorat pelakon kegilaan ramai tu?” Adllea memuncunang mulut ke arah Farith.
            “Tak salah. Tapi kau dah tengok muka kau pada cermin betul-betul tak? Kalau takder cermin akak boleh kasi pada kau.” Kata-kata Kak Mona berbaur sindiran nampak. Ini yang bikin hati Adllea terasa panas. Huhuhu…

            Adllea tahulah diatak cantik mana. Kurus kering macam papan orang buat rumah itu. Orang biasa macam dia manalah sesuai dipadankan dengan orang popular macam Farith. Tapi dalam mimpi dia berkahwin dengan Farith tahu. Siap jatuh dari katil lagi.

            “Akak ni saja tau. Nak saya join kelab ‘andartu terlampau’ akak ke?” Adllea kerling Kak Mona sekilas. 

Apa yang dia  tahu sekarang, kak Mona tengah mengopakkan duit lagi untuk kuruskan badan lagi di London Weight yang terkenal di kaca televisyen tu. Pakar kejelitaan anda! Kak Mona kalau kurus sangat pun tak cun juga. Contohnya sudah ada depan mata. 

            Takder pekdahnya akak nak heret kau jadi andartu macam akak. Lagi satu boleh tak buang perkataan terlampau di belakang tu. Memandai aje letak.”

            Adllea ketawa kecil. Dia dan Hidayat yang meletakkan perkataan ‘Terlampau’ itu hendak bagi lebih hot lagi pada Kak Mona. Uit! Tidak padan bibir gigitan tebuan tetapi boleh tahan seksinya Kak Mona ini tahu. Ada juga yang tergoda tapi Kak Mona banyak jual mahal. Haiyaaaa…macam kata itu apek jual surat khabar lama.

            “Saya sanggup merentasi Laut China Selatan untuk mendapatkan Farith. Tak kisahlah rintangan apa sekalipun. Saya sanggup kak! Lawan naga berapi pun sanggup!” Ayat Adllea bukan main power lagi. Macam benda yang hendak dibuat itu kecik bebenor. Tidak perasan dugaan depan mata berliku-liku dan bengkang-bengkok. 

Kak Mona geleng kepala tengok Adllea. Cakap memanglah senang kan. Siap nak lawan naga berapi tu. Ingat cerita Dungeons and dragon ke lawan-lawan naga ni.

            “Kau ingat nak berenang dalam laut tu boleh sehari sampai ke pantai? Akak rasa baru satu dua jam kau dah mampus. Tak pun kena telan dengan ikan jerung.” Meleret senyuman sumbang Kak Mona.
            “Orang just ibaratkan sajalah. Memanglah mampus kalau nak berenang dalam lautan China Selatan. Berenang dalam kolam renang pun dah tenggelam timbul.” Sajalah Kak Mona ni. Sama sahaja dengan Mohd Hidayat, teman baik baik dunia dan akhirat dia itu. Tahunya hendak melemahkan semangat orang! Bagilah kata-kata semangat sikit! Macam ini. Jika kau fikirkan kau boleh. Kau pasti boleh melakukan…

            Just! Bila belajar BI (Bahasa Inggeris)? Ceciter sikit”
            Adllea tersengih. “Tengok cerita orang putih dalam televisyen.”

            Adllea layan DVD Twilight kepunyaan Tuty beberapa minggu lepas. Dia tengok cerita itu bukan faham apa benda pun yang watak-watak dalam cerita itu cakap. Dia main buat-buat faham saja. Sarikata pun cakap dalam Bahasa Inggeris. Ada perkataan yang dia salin dan diaselak kamus. Rutin kerja dia di waktu lapang. Dia kena belajar Bahasa Inggeris sebab dia kan berangan hendak menjadi eksekutif di pejabat kelak. Eksekutif naik skuter ke pejabat. Class gitu! Hehehehe…Hidup awek skuter beb!

            Adllea tengok pelanggan melayu pun cakap orang putih. Dia ingat semua orang pandai cakap orang putih kot? Apa salahnya cakap Bahasa Malaysia dengan kaum serumpun. Ini hendak berlagak cakap orang putih juga. Kalau cakap orang putih dengan pelancong asing itu tidaklah dia kisah sangat. Tapi dia tabik pada pelancong asing yang berlajar berbahasa Malaysia. Macam ada satu kisah dia dengan seorang pelancong lelaki asing ini. 

            “Adik…macam mana saya mahu ke Masjid Jamek?” Slang orang putihnya tetap ada. Baguslah pelancong asing ini. Muka pun boleh tahan. 

Kalau ada pelanggan cakap orang putih dengan aku maka aku bantai cakap Bahasa Malaysia saja. Esok-esok aku dah pandai cakap orang putih tahulah mereka yang berlagak cakap ‘speaking’ ni.

“Apa lagi kau dok tersengih tu, Lea? Buat kerja!” Kak Mona menyergah dari belakang.

Kelam-kelibut Adllea jadinya bila kena sergah. Siap dia melatah buat pecak silat. Kak Mona ketawa sakan. Hantu punya Kak Mona. Jatuhlah saham dia depan Farith.

Thursday, August 4, 2011

Satukan Cinta Kita - Bab 2

“SELAMAT pagi  Cik Firdayu!” sapa Linda.

            “Selamat pagi Linda.” balas Firdayu seraya berlalu masuk ke bilik pejabatnya. Dia meletakkan fail-fail rekaannya atas meja. Saban hari dia tidak cukup tidur kerana menyiapkan rekaan terbaharu Rosette Fashion Designer. Adakalanya dia mengabaikan Keyrill kerana terlalu sibuk dengan kerja.

            Firdayu menekan butang interkomnya. “Linda panggilkan Luqman masuk ke bilik I.” Kini Linda menggantikan tempat Keyrill sebagai pembantunya.

            “Baik Cik Firdayu.” 

            Tidak lama kemudian bunyi ketukan pada pintu bilik Firdayu. Luqman melangkah masuk dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Orang  sedang senang hati katakan. Tidak lama lagi bakal menjejakkan kaki ke jinjang pelamin lebih awal dari Firdayu dan Keyrill. Langkah bendul nampaknya.

            “Man….you sudah siapkan rekaan yang I pinta kelmarin.” Ujar Firdayu sebaik sahaja Luqman melabuhkan punggung pada kerusi.

            Luqman anggukkan kepalanya. “Sudah Cik Firdayu.” Dia menghulurkan kertas rekaan yang dibawa bersama.

            Firdayu menilik setiap rekaan Luqman. Dia tampak seperti berpuas hati dengan rekaan-rekaan tersebut. Luqman pasti tidak mengecewakan dia. Hasil rekaan Luqman seiring dengan peredaran fesyen terkini.

            “I suka rekaan muslimah ini.” Firdayu menunjukkan satu rekaan jubah yang menawan. 

            “Oh! Itu rekaan dari Aliyah. Dia beria-ia mahu membantu I so I berikan dia peluang.”

            Firdayu tersenyum. Pretasi bakal adik iparnya itu semakin meningkat. Satu perkembangan yang baik. Itu yang dia mahukan dari Aliyah.

            “You suruh dia buat beberapa rekaan jubah muslimah ini. I mahu adakan pertunjukkan fesyen dengan tema yang berlainan kali ini.” Firdayu menongkat dagu.

            Luqman melirikkan renungan memukau kepada wajah putih bersih Firdayu. Firdayu makin menawan. Perubahan pada wanita jelita itu jelas ketara. Tiada lagi pekik dan maki hamunnya di dalam Rosette Fashion Designer. Firdayu seakan dilahirkan semula. Senyuman indah yang terukir di bibirnya sudah tampak keikhlasannya bukan lagi senyuman plastik. Siapa menduga yang Keyrill mampu menundukkan wanita angkuh seperti Firdayu yang sering mempermainkan cinta lelaki.

            Firdayu tidak segan silu memohon maaf kepada wanita-wanita yang meraung dan menangis kerana dia. Itu yang dia lakukan atas kehendak hatinya sendiri dan bukannya atas permintaan Keyrill. Namun dia masih tidak ke temu dengan wanita yang seorang wanita itu. Dengar khabar wanita itu sudah berhijrah ke Australia setelah kematian adik kesayangannya. Rasa kesal tetap menyelubungi hati Firdayu walaupun kematian lelaki itu bukan berpunca dari dia. Dia sama sekali tidak menduga lelaki itu ditimpa kemalangan setelah pertemuan akhir antara mereka.

            Firdayu menyedari wanita amat membencinya. Wanita itu juga mendendaminya. Suatu hari kelak mereka pasti akan bertemu semula. Dia sudah bersedia untuk menghadapi wanita yang pernah menjadi teman baiknya dulu.

            “Shaza…” Nama itu terpacul dari bibir Firdayu semula. Firdayu mengeluh kecil. 

            Luqman yang masih duduk di hadapannya itu mengerutkan dahi. Siapa Shaza? Dia tidak pernah mendengar nama itu disebut oleh Firdayu.

            “Siapa Shaza? Klien baru kita ke?” soal Luqman.

            Firdayu tersenyum kelat. Pertanyaan Luqman itu dibiarkan tergantung.

            “Man…you panggilkan Aliyah masuk. I ada hal mahu discuss dengan Aliyah.”

            Luqman menjongketkan bahu. Dia anggukkan kepala lantas mengaturkan langkah keluar dari bilik Firdayu.

“KHILFI!” Wanita itu menolak tubuh Firdayu dari merapati tubuh adiknya yang sudah terbujur kaku di atas katil itu. Firdayu tersentak.

            Mereka saling bertentangan mata. Ada sorotan kebencian dari pandangan mata wanita terbabit. 

            “Shaza…” Firdayu memanggil lembut. Dia ingin sentuh bahu wanita itu namun ditarik semula tangannya.

            “Khilfi…kenapa kau tinggalkan kakak.” Terhenjut-henjut wanita yang dipanggil Shaza itu memeluk tubuh kaku Khilfi.

            Firdayu membisu. Kemalangan yang menimpa Khilfi telah meragut nyawa lelaki
itu. Dia tahu dia adalah punca kematian Khilfi. 

            Shaza memesongkan pandangannya kepada Firdayu. Khilfi tentu tidak mati jika dia tidak berkenalan dengan wanita ini. Dia tidak sepatutnya membiarkan Khilfi mendekati Firdayu. Rasa kesal di hati Shaza menggunung tinggi. Khilfi adalah satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Khilfi adik kesayangannya. Firdayu telah membunuh Khilfi.

            Firdayu bukan wanita yang setia ada cinta. Firdayu mempunyai ramai teman lelaki disekililingnya. Lelaki yang tunduk pada raut wajah jelita dan bicara manisnya. Mengapa Khilfi terjebak dengan permainan cinta Firdayu? Firdayu tahu yang Khilfi adalah adiknya. Firdayu tahu yang dia begitu menyayangi Khilfi. Kenapa Firdayu perlu merampas Khilfi dari dia? 

            “Please…I tidak mahu tengok muka you depan mata I.” Shaza langsung tida mahu memandang ke arah Firdayu.

            “Shaza…biar I jelaskan semuanya. I…”

            “Cukup! I mahu you keluar dari bilik ini!” Shaza memintas.

            Firdayu menarik nafas panjang. Dia mengaturkan langkah kakinya. Dia biarkan Shaza bersendirian menanggung kesedihan kehilangan adiknya. Dia turut terasa dengan kehilangan Khilfi.

            Apabila Firdayu mengingati Khilfi maka dia mengingati wajah Kid bekas pembantunya itu. Kid dan Khilfi tiada bezanya dari segi penampilan. Cuma bezanya di sini pabila Kid bertukar menjadi Keyrill Benjamin. Keyrill Benjamin lelaki segak yang punya stail tersendiri. Dia sendiri tidak mengerti bagaimana hati wanitanya boleh tersangkut kepada encik peguam itu? Keyrill Benjamin bukanlah lelaki segah Ruzair mahupun Dato’ Aminuddin.

            Firdayu menatap gambar dia bersama teman baiknya Gia dan Shaza. Kedua-dua orang yang memahaminya sudah meninggalkan dia. Gia sudah ditelan oleh tanah manakala Shaza hilang entah ke mana. Kenangan pahit memang sukar untuk dikikis dari otak ingatan. Bunyi telefon mengejutkan Firdayu dari lamunan. Bibirnya memalit senyuman melihat nama yang tertera pada skrin telefonya itu. Keyrill Benjamin!

            “Assalamualaikum encik peguam.” ujarnya girang.

            “Waalaikumusalam. Awak nak saya pickup awak di Bukit Bintang ke?” balas Keyrill.

            Firdayu ketawa kecil.

            “You takut I lewat?” 

            “Saya sudah kenal sangat dengan sikap tidak pandai menguruskan masa awak itu Cik Firdayu.” desis Keyrill serius. 

Apabila bertemujanji dia sahaja yang datang awal terlebih dahulu dari Firdayu. Sedangkan terlebih maklum yang dia lebih sibuk dari tunangnya itu. Keyrill masih mampu bersabar dengan sikap Firdayu yang suka melengahkan masa. Masa itu emas!

“Okay-okay I mengalah dengan you. You jemput I jam dua petang nanti.” 

Itu yang Keyrill mahu dengar dari mulut tunangnya. Firdayu sudah pandai untuk mengambil hati kecilnya. Perubahan yang baik. Kalau tidak sebelum ini hanya Firdayu sahaja yang mahu menang jika mereka bertengkar. Hal-hal yang kecil pun Firdayu perbesarkan.

“Sebelum pukul dua I sampai sana.” Dia perlu sampai lebih awal kerana dia tidak mahu Firdayu melencong ke tempat lain. Kalau Firdayu sudah melencong mahunya satu malam dia mencari Firdayu di Bukit Bintang itu. Entah-entah sampai tiga hari dua malam.

What? You biar betul? Macam mana kes anak guaman you itu?”

“Kes anak guam saya sudah settle dua hari lepaslah. Saya sudah menang kes tersebut. Awak yang pelupa. Awak asyik sibuk dengan fashion show awak di Thailand.”  Keyrill mencebik. Kerja adalah perkara utama Firdayu. Dia jatuh nombor dua buat masa ini. Entah bilalah dia akkan duduki tangga pertama.

I’m so sorry…I benar-benar lupalah.” Alamak! Itulah Firdayu kau asyik sibuk dengan pertunjukkan fesyen kau saja sampai lupa pada kebajikan tunang kau. Nasib baik Keyrill bukan jenis lelaki yang suka merajuk. Itu yang dia suka!

“Saya rasakan awak patut pergi salon untuk buat check-up pada rambut awak. Manalah tahu sudah tumbuh uban.”

“Keyrill!” Firdayu separuh menjerit. 

            Giliran Keyrill pula mengekeh ketawa. Dia seronok kalau dapat mengenakan Firdayu. Kalau Firdayu ada di depan mata tentu sahaja wajah jelita tunangnya itu kemerah-merahan menahan marah.

            “You memang jahat!” marah Firdayu lagi.

            “Tapi lelaki jahat ini juga yang awak sayang.” Tawanya masih bersisa. Dia jahat?
Rasanya Firdayu yang terlebih jahatnya. Ramai lelaki meraung kerana tunangnya itu dahulu. Kalau dia tidak mempunyai sikap sabar yang kuat memang sudah lama dia ucapkan selamat tinggal kepada Firdayu.

            “Kid…I perlu bergerak sekarang. Aliyah dan Luqman sedang menanti I.”

            “Firdayu…bukan Kid tapi Keyrill.” Keyrill mengingatkan lagi Firdayu. Nama Kid masih tidak lekang dari bibir tunangnya itu. Sampai bila bayangan Kid perlu ada pada pandangan mata Firdayu. Dia tahulah Kid dan Keyrill itu orang yang sama namun dia mahu Firdayu memandangnya sebagai Keyrill Benjamin!

            “Sorry…I sudah terbiasa.” ucap Firdayu lembut. 

            “Awak kena cuba juga panggil saya Keyrill.”

            “I akan usahakan.” Janji Firdayu.

            “Emmm…sebelum pukul dua nanti saya jemput awak. Assalamualaikum. I love you.”

            “I love you too. Waalaikumusalam.” Firdayu menutup telefon bimbitnya.

Awek Skuter! - Bab 1


ADLLEA Binti Abd. Rashid itu nama penuh aku yang tertera di dalam kad pengenalan atau lebih dikenali sebagai My Kad. Warna My Kad aku adalah warna biru maka aku adalah warganegara Malaysia. Teman-teman sekerja aku memanggil aku Lea. L-E-A! Aku bekerja sebagai budak penghantar pizza. Al-maklumlah aku hanya ada SPM sahaja dan tiada diploma mahupun PHD. Aku lulus cukup-cukup makan. Saiz badan aku pun cukup-cukup makanlah juga. Aku dilahirkan pada tahun 1988. Kalau ikut kalendar cina tahun apa ya? Entah aku sudah lupa. Pada penghujung bulan Januari 2010 ini umur aku genap 22 tahun. Alhamdulillah…22 tahun aku sudah bernafas di atas muka bumi ini. Aku hidup sebatang kara. Aku tidak punya ibu dan tidak punya bapa. Aku hanya ada seorang pakcik dan anaknya Tuty yang bermata duitan tetapi baik hati. Itulah serba sedikit salah silah latar belakang aku.

            Aku bukan tidak teringin untuk bekerja sebagai seorang eksekutif di pejabat. Namun permohonan aku sering-kali ditolak sebab aku tidak berkelayakan sama sekali. Hehehehe…orang ada SPM macam aku berangan hendak menjawat jawatan sebagai eksekutif? Kau bermimpi disiang harilah Adllea. Bahasa Inggeris pun GAGAL!

            Aku pergi kerja naik skuter. Aku hantar pizza pun naik skuter lalu teman-teman aku mengelarkan aku, awek skuter. Tiada apalah mahu dibanggakan dengan gelaran awek skuter. Lainlah dapat gelaran Datin Adllea Abd. Rashid, boleh juga dibanggakan. Hari-hari kembang- kempis hidung aku dibuatnya. Supervisor aku Kak Mona pun gerenti tidak berani angkat muka dengan aku lagi. Karang tak pasal-pasal kena penampor dengan Datin Adllea kan.

            “Kenapa kau tersengih macam kerang busuk tu Lea?” Entah bila masa Kak Mona tercongok depan matanya. Terkejut beruk Adllea.  Popcorn di tangan jatuh berterabur atas lantai.
            “Makan sajalah kerja kau ni Lea. Patutlah badan kau tak slim macam aku.” Sambung Kak Mona lagi. 

            Tersembur popcorn dalam mulut Adllea mendengar kata-kata perah santan dari bibir gigitan tebuan Kak Mona itu. Serius bibir Kak Mona besar mengalahkan bibir seksi Angelina Jolie. Adllea ketawa besar dalam hati. Adllea mengaku yang dia tidaklah lawa seperti Angelina Jolie tetapi dia ada juga rupa yang boleh tahan ayu. Adllea kenalah puji diri sendiri. Kalau Adllea mahu  mengharapkan Kak Mona mahu memuji dia? Rasanya sampai musang berjanggut pun  belum tentu Kak Mona puji dia.

            “Ala Kak Mona, berat badan saya baru naik 5KG semalam. Doktor cakap lagi kena naikkan lagi 10KG. Doktor cakap berat dengan tinggi saya ni tak seimbang. Kurus kering sangat!” Balasnya. Orang tidak cukup makan macam dia memang kurung kering macam papan. Tiada bentuk badan langsung. Sekeping! Lainlah dengan pakcik dia dan Tutry! Badan mengalahkan tong drum.

            “Kau tu tak cukup vitaminlah Lea. Tapi aku heran tengok kau lalu bekerja 24 jam. Semedang muka kau yang ambil overtime. Kau makan ubat kuat ye?”
            “Saya minum kacip Fatimah.” Siap Adllea buat gaya Linda On dalam iklan di televisyen itu.
            “Elok sangatlah minum kacip Fatimah. Lea…aku ada kerja untuk kau. Last order untuk kau malam ini.” Kak Mona menyerahkan sekeping kertas kepadanya.

            Berkelip-kelip mata Adllea melihat alamat yang tertera di situ. Ala ini yang malas hantar pizza dalam kawasan black area di Wangsa Maju. Kalau mahu bagi tugas akhir untuk malam ini bagilah kawasan safe area!

            “Saya mahu buat talian hayat boleh tak?” Adllea sengaja menjeling Hidayat yang duduk tidak jauh darinya. Mamat seorang itu sedang melantak bekalan mi segera dalam cawan.
            Kak Mona laju menggelengkan kepala.
            “Tiada talian hayat dibenarkan. Apa kau ingat ini rancangan who wants to be a millionaire?” Kak Mona sudah bercekak pinggang ala gaya macam mak tiri dalam cerita Cinderella.
            “Hamba menurut perintah.” Adlleamalas mahu memanjangkan cerita yang sudah semakin panjang maka dia menurut sahaja arahan dari Kak Mona.

            Adllea mencapai topi keledar dan menanti pizza yang akan dia buat penghantaran malam ini dengan skuternya yang berwarna pink itu.

ADLLEA meneliti nombor rumah berkenaan dengan nombor yang ada tercatat pada atas kertas di tangannya. Sudah tidak syak lagi. Nombor rumah 702! Inilah rumahnya! Adllea segera mengetuk pintu dan seperti biasa dia memberikan salam.

            “Assalamualaikum! Ada orang ke takder orang? Saya datang nak hantar pizza.” 

            Senyap!

            Adllea mengetap bibir. Masakan tuan rumahnya sudah tidur? Adllea mengetuk pintu
rumah itu sekali lagi dengan memberikan salam. 

            Takder orang saya baliklah!” Gerutu Adllea.

            Pintu rumah itu terbuka. Seorang lelaki berkaca mata putih dengan hanya memakai t-shirt dan seluar pendek paras lutut berdiri di hadapannya. Tingginya lebih kurang macam dia salahnya lelaki itu tinggi lebih sikit saja. Lelaki itu mengaru-garukan rambutnya yang serabai. Rupa dia macam orang baru bangun tidur. Pandang dia macam hendak menelan dia hidup-hidup!

            “Pizza hut encik.”
            “Saya tidak order pizza?” Raut wajahnya keruh. “Awak mengganggu ketenteraman saya saya tengah tidur tahu tak!” Dia membulat anak matanya.
            Adllea menelan air liur.
            “Kalau bukan encik yang order maka hantulah yang order? Encik boleh tengok alamat dan nombor telefon encik di sini.” Desis Adllea. Adllea hulurkan kertas pesanan itu kepadanya.
            Wajah lelaki itu makin berkerut.
            “Abang Rith!” Suaranya memetir. 

            Kus semangat! Adllea mengurutkan dada. Nasib baik dia tidak melatah depannya. Jatuh reputasi dia sebagai seorang gadis ayu.Ceh! Ayulah konon. Dia ni boleh tahan juga melatahnya. Seorang lagi lelaki dilihat terpacak di depan pintu. Zup! Ada anak panah menembusi hati Adllea. Ya Allah! Kacaknya makhluk Tuhan yang dipanggil lelaki ini? Dia memandang Adllea dengan segaris senyuman yang hampir buat gadis ayu ini jatuh pitam. Senyuman sepekat susu lemak manis cap teko!

            “Maaf…maaf…saya yang order pizza ni. Berapa semuanya dik?” Ujarnya lembut.

            Allea sudah terpaku. Mulut Adllea sudah tidak bisa mengaturkan bicara.

            “Berapa semuanya dik?” Dia mengulangkan semula ayatnya. Senyuman sepekat susu lemak manis cap teko itu masih tidak lekang dari bibir basahnya. Lelaki yang tidak merokok. Bibirnya merah kebasahan. Adllea suka jenis lelaki ini…
            “Er...er...er…” Adllea sudah menjadi gagap.
            “RM 36.50!” Lelaki yang berkaca mata putih itu menjawabkan bagi pihaknya.

 Dia merenung Adllea tajam. Tengok dari segi renungan matanya macam tidak sukakan Adllea. 

Ini mesti dalam hati dia berkata-kata yang gadis seperti aku tidak boleh tengok lelaki kacak! Ada mata pandangkan. Lagipun teman serumah kau memang kacak! Bisik hati kecil
Adllea.

“Terima kasih encik.” Ucap Adllea setelah menerima wang pembayaran darinya.
“Sama-sama.” Lelaki itu jua yang membalas.

Adllea mencebik. Pintu rumah itu dihempaskan dengan kuat. Adllea kaget seketika. Sahlah lelaki itu ada masalah hormon dalam badan. Agaknya sedang datang bulan kot! Tugas Adllea tamat di sini untuk malam ini.

ADLLEA pulang ke rumah dengan tubuh yang keletihan. Tempat pertama yang dituju adlaah meja makan. Sebaik dia membuka tudung saji yang bentuk tiga segi itu haram ada sebarang lauk-pauk. Pakcik dan Tuty langsung tidak meninggalkan sisa makanan untuknya. Adllea paling malas hendak memasak mi segera dalam kabinet di dapur itu. Kalau tidak memikirkan perut yang berkeroncong irama rock kapak  ini memang dia mahu terus mandi dan buat tahi mata.

            Adllea membuka peti ais satu pintu itu. Kalau makan mi segera celup dengan air panas tak sedap. Adllea suka menambah rencah di dalam mi segeranya. Dia tersenyum melihat sayur sawi yang masih tersimpan di dalam peti ais. Dia ambil sebiji telur telur gred B dan sayur sawi yang masih tampak segar. Adllea menunjukkan kepakaran menyediakan mi segera untuk makan malamnya ini. 

            Bau masakan yang cukup menyelerakan tekak sendiri. Adllea sudah tidak sabar mahu mengadap mangkuk yang sudah berisi mi segera bercampur dengan telur dan sayur sawi. Sebaik sahaja dia menyuapkan mi segeranya ke dalam mulut…emmm sedapnya…aku memang pandai memasak. Pujian ikhlas untuk diri sendiri. Licin satu mangkuk dia bedal, dia tambah lagi satu mangkuk. Adllea memang berada di dalam tahap kelaparan. Dia jenis manusia suka ikat perut. Dia bukannya mahu berdiet tetapi masalah kewangan sedang berada tahap yang boleh dikatakan berada paras di ambang maut. Stok mi segera adalah penyelamat Adllea. Itu pun dia terpaksa sembunyikan stok mi segeranya secara senyap-senyap. Kalau dijumpai oleh pakcik dan Tuty memang selamat masuk mulut mereka.

            Alhamdulillah…perut sudah kenyang hati pun berlagu riang. Bukan kenyang sampai tidak larat untuk bangun. Kalau sudah sampai ke tahap itu memang dia  tidak akan solat Isyak jawabnya. Solat itu tiang agama maka dia kena menjaganya. Dia tidak akan lupakan pesanan ustazah ketika di sekolah dulu. Ini pun dia  sudah melengah-lengahkan solat. Apa-apa hal kena mandi dulu. Bau badan sudah semacam. Bernyanyi –nyanyi Adllea dalam bilik air. 

            Aku dah bosan…Aku dah bosan…telefon bimbit cikai yang Adllea beli dari Minaci sudah berlagu. Adllea merengus kecil ketika melipat sejadahnya. Dia melihat nama pemanggil pada skrin telefon. Apa yang Mohd Hidayat hendak sampai menelefon aku di tengah malam ini? Masakan Mohd Hidayat mahu meluahkan perasaan pada aku pula! Mampus aku dikerjakan oleh Nana kekasih awal dan akhir Mohd Hidayat.

            “Assalamualaikum.” Adllea memberikan salam.
            “Waalaikumusalam. Lea…aku nak minta tolong kau. Esok aku EL.” Cemas semacam suara Hidayat.
            “Apa itu EL?” Adllea menyoal. Dia mana tahu ayat-ayat singkatan ini.
            “EL itu emergency leave kalau dalam Bahasa Malaysia cuti kecemasanlah ngok.” 

            Amboi! Sudahlah minta tolong dengan aku. Dia boleh cakap aku ngok! Aku tahulah kau nak mahu ambil cuti kecemasan sebab kau nak bertemujanji dengan Nana kekasih awal dan akhir kau itu. Hati teman baik kau tak hendak mahu jaga. Hati Nana juga yang kau jaga. Aku ini teman baik kau dunia dan akhirat tahu! Adllea mulalah merungut-rungut dalam hati. Kalau tidak memikirkan Hidayat teman baik dia dunia dan akhirat memang dia tidak beri muka. Adllea saja asyik kena berkorban demi teman baiknya ini! Bilalah Hidayat akan berkorban untuk dia pula?

            “Nenek kau sakit ke Dayat?”
            “Nenek aku sudah meninggal tiga tahun yang lepas.”
            “Allah aku terlupa!” Adllea menepuk dahi.
            “Kau banyak sangat makan mi segera. Rambut belum gugur sudah jadi pelupa.”
            “Kau pun sama Dayat!”
            “Kau boleh tolong aku tak?”

            Adllea mengusap dagu. 

            “Kau tahu tak esok aku cuti?”

            “Aku tahu. Tolonglah aku, Lea.” Suara Hidayat separuh merayu. Inilah yang susah kalau bercinta dengan peremuan cerewet dan kuat merajuk macam Nana. Dia juga yang menjadi mangsa keadaan.

            “Syaratnya cuti kau yang minggu depan itu kau kena bagi kat aku sebagai pertukaran. Kau setuju?” Buah fikiran bernas muncul dalam otak Adllea. Sesekali tidak boleh bagi orang pijak atas kepala kita walaupun dia itu teman baik kita.

            “Okay! Apa yang penting kau tolong aku.” 

            Sah-sah Hidayat memang terdesak. Adllea mengorak senyuman. Akhirnya dia merasa juga bercuti hari Ahad. Hari minggu untuk dia  bersuka-ria di luar menghirup udara segar. Kuala Lumpur ini ada udara segar ke? Tidak kisahlah janji dia bercuti. Dia akan tuntut janji Hidayat! Maka dengan itu Adllea kena buat perjanjian hitam putih dengan Hidayat. Hidayat kalau pasal Nana sanggup menukar gantikan fikirannya. Itu yang dia tidak suka dengan Nana. Perempuan seorang itu suka main psikologi. Adllea sendiri tidak faham mengapa Hidayat boleh bertahan dengan Nana. Perempuan secantik Nana itu masih berlambak-lambak di luar sana. Hidayat boleh pilih yang mana dia suka. Kalau Hidayat tidak tahu memilih dia boleh tolong pilihkan calon teman wanita yang sesuai buat Hidayat.

            Tamat saja sesi perbualan dengan Hidayat, Adllea meloncat atas katil bujangnya. Tilam nya tidak seempuk mana. Tilam murah katakan. Dia tidak mampu mahu beli tilam ada spring. Dia tidak berani ambil hutang di court mammoth. Kalau lambat bayar macam mana? Semestinya ‘bunga’ akan bertambah. Biarlah dia  berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Betul tak?

Wednesday, August 3, 2011

Reaksi Pembaca Coke and Sundae II?

Apa yang bakal anda rasakan jika kesudahan Coke and Sundae II adalah sad ending? Anda marah? Anda nak bakor rumah penulis? Anda buat tunjuk perasaan? Jom berkongsi di sini bersama saya :) 

Hehehehe...semestinya saya suka membuat kejutan untuk pembaca.


Sedikit intro: "Yan...Yan...jangan tinggalkan abang..." Syakir tersedu-sedu menangis di hadapan tubuh yang sudah terbujur kaku disaluti selimuti putih itu.


Persoalan di sini? Benarkah jasad yang terbujur kaku diratapi oleh Syakir itu adalah isterinya Azyan? Jawapan anda?