Tab Menu

Followers

Monday, November 7, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 14

BATRISYAH hanya membisu ketika mereka berdua di dalam kereta. Faliq hanya mengerling sekilas pada gadis yang dicintai dalam diam. Makin hari makin manis gadis di sebelahnya itu. Faliq tidak keruan apabila bersua dengan Batrisyah. Mengapalah dia boleh jatuh hati pada gadis yang sama dengan teman baiknya.
            Rasa janggal pula tidak mendengar coleteh Batrisyah. Gadis itu bila buka mulut boleh tahan juga pedas kata-katanya.
            “Bolah saya Tanya satu soalan pada awak?” Faliq bersuara memecahkan keheningan antara mereka. Batrisyah menoleh.
            “Awak cintakan Ib sepertimana Ib mencintai awak.” Sambung Faliq.
            Batrisyah melempaskan senyuman nipis.
            “Saya akan belajar menyukai dia.” Balas Batrisyah.
            “Bukan takat menyukai saja tau tetapi kena mencintai dan menyayangi kawan baik saya itu.” Tokok Faliq.
            Batrisyah mengetap bibir.
            “Awak memang penyibuk.”
            “Saya memang kaki sibuk. Awak baru tahukah?” Faliq sudah ketawa kecil.
            Batrisyah gelengkan kepala. Faliq ini sama saja kepalanya dengan Syed Ibtisyam. Dua-dua kaki menyakat.
            “Faliq…”
            “Ya saya…”
            “Terima kasih.”
            Dahi Faliq berkerut. “Untuk apa?”
            “Menjadi teman baik saya.” Batrisyah seraya etrsenyum manis. Apabila Syed Ibtisyam tiada di sisi Faliq akan setia menemani. Faliq seorang teman yang sudi berkongsi cerita.
            “Habislah…makin kuat cemburu Ib nanti.” Faliq sengaja berkeluh-kesah.
            “Faliq…”
            “Hahaha…bila saya bersama awak rasa hilang segala beban masalah dalam kepala otak saya, Risyah. Tak sihat pun boleh jadi sihat.” Faliq tersengih.
            Faliq kalau buat ayat meruntun jiwa memang diserahkan pada dia.
“Carilah isteri…boleh dia jaga makan dan minum awak. Jaga sakit dan pening awak.” Ujar Batrisyah lembut. Faliq ada rupa pasti ramai gadis di luar sana yang terpikat.
            “Itulah yang susahnya. Saya memang sudah sukakan seseorang itu tepi dia bakal menjadi milik orang pula. Melepas saya.” Faliq berkias.
            “Kenapa mahu dikacau yang sudah berpunya? Awak sengaja mahu cari nahas.” Batrisyah mengerling Faliq. Kata orang sarang tebuan jangan dijolok.
            “Love first sight. Jangan bimbang saya tidak merampas dia dari lelaki itu kecuali jika dia telah ditinggalkan atau dikhianati maka saya tidak teragak-agak untuk mendapat dia.” Faliq berkias lagi. Nada berbaur serius dengan kenyataan yang dibuat.
            “Awak memang baik hati. Pasti awak sangat mencintai dia.”
            Batrisyah tidak mengetahui gadis yang dimaksudkan oleh Faliq adalah dirinya. Faliq menganggukkan kepalanya.
            “Ya. Saya amat mencintai dia.” Bibir basah itu mengulum senyuman.
            “Bertuahnya gadis itu…” Siapa yang tidak bertuah jika dicintai oleh lelaki sebaik Faliq.
            Faliq menghantar Batrisyah hingga ke depan pintu pagar rumah ghadis itu. Faliq turut turun dari perut keretanya. Beraninya Batrisyah tinggal sendirian di rumah teres dua tingkat ini. Mengapa Batrisyah tidak mencari teman serumah untuk tinggal bersama? Risau hatinya melihat Batrisyah tinggal sendirian. Bagiamana jika berlaku perkara yang tidak baik pada Batrisyah? Siapa akan tahu?
            Batrisyah rasa dia tahu apa yang difikirkan oleh Faliq. Syed Ibtisyam pun ada menyuarakan ketidakpuashatinya dengan sikap keras kepala Batrisyah yang tidak mahu mencari teman serumah.
            “Risyah sudah biasa tinggal sendiri.” Batrisyah merenung wajah Faliq.
            “Risyah…kan elok Risyah cari teman untuk meyewa serumah dengan Risyah.” Cadangan sama seperti Syed Ibtisyam. Batrisyah geleng laju.
            “Risyah lebih suka sendiri. Lagipun Risyah ini cerewet sedikit.”
            “Alasan saja tu. Apa kata Faliq tinggal serumah dengan Risyah. Boleh tak?”
            “Faliq!” Batrisyah menjegilkan biji matanya. Faliq ketawa.
            “Kalau kena tangkap basah dengan Risyah pun tak apa. Faliq lagi suka.” Sakat
Faliq lagi.
            “Faliq!” Ikutkan hati mahu saja Batrisyah hentak beg tangannya atas kepala Faliq. Geram sungguh!
            “Jangan marah sangat nanti muka tak berseri-seri masa naik pelamin.” Geramnya pipi gebu Batrisyah. Faliq rasa mahu cubit-cubit saja. Mujurlah dia lelaki yang masih menjaga etika pergaulan dengan perempuan.
            “Tak manis kita lama-lama di luar ini. Nanti apa jiran-jiran kata pula. Risyah masuk dulu, Faliq.” Batrisyah meminta diri.
            “Silakan…”
            “Assalamualaikum…ingat makan ubat nati. Sebelum tidur basuh kaki dan ambil wuduk. Baca ayat kursi.” Pesan Batrisyah.
            “Waalaikumusalam…baik Cik Nur Sufi Batrisyah.” Sikap ambil berat Batrisyah sudah cukup bikin hati Faliq dihiasi bunga-bunga indah.
            Faliq masuk ke dalam perut kereta sebaik Batrisyah hilang dari pandangan mata. BMW milik Faliq meluncur laju dalam kepekatan malam.

“MAAF Risyah. Ib kena tinggal di penang dalam 2 atau 3 hari lagi. Ib tak dapat mahu temankan Risyah ke butik pengantin. Apa kata Risyah pergi dengan Faliq.” Suara Syed Ibtisyam di talian.
            Batrisyah menghela nafas kecil. Masakan dia akan mendesak Syed Ibtisyam. Lagipun masalah yang dihadapi oleh cawangan syarikat Syed Ibtisyam agak berat. Namun dia agak berat mahu menerima cadangan Syed Ibtisyam itu. Perlukah Faliq disusahkan demi majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lebih dari tiga bulan itu.
            Kebelakangan ini Batrisyah rasa tidak sedap hati. Semoga tidak ada apa-apa yang berlaku kepada Syed Ibtisyam. Batrisyah sentiasa mendoakan kesejahteraan Syed Ibtisyam. Sedikit sebanyak ada perasaan kasih dan sayang tumbuh di hati Batrisyah buat Syed Ibtisyam.
            “Baiklah. Risyah harap semuanya baik-baik di sana.” Balas Batrisyah lembut.
            “Insya-ALLAH…Risyah pun jangan jeling-jeling Faliq pula. Ib tahulah yang Faliq itu lagi hensem dari Ib.”
            “Apa Ib cakap ni? Risyah bukannya pandang paras rupa.” Batrisyah mendengus. Hatinya berdebar tatkala Syed Ibtisyam menyebut nama Faliq.
            “Ib tahu Risyah memang sayang pada Ib. Tapi jangan lebih-lebih layan si Faliq tu. Nanti dia naik lemak.” Syed Ibtisyam ketawa kecil. Pasti muka Batrsiyah kemerah-merahan disakatnya.
            “Ib!” Ini yang Batrisyah geram. Perangai mamat seorang ini masih ada yang belum matangnya. Malah adakalanya lebih keanak-anakkan.
            “Risyah…Ib ada kerja mahu disambung sedikit. Malam nanti Ib call Risyah.”
            “Baiklah…Assalam…” Belum sempat Batrisyah mengucapkan salam talian telah dimatikan oleh Syed Ibtisyam.
            Syed Ibtisyam memandang longgokan fail yang berada di atas mejanya. Dari malam tadi dia bersengkang mata menyemak fail-fail tersebut dibantu oleh Baby Liyana. Gadis itu lena beralaskan lengannya. Syed Ibtisyam bingkas bangun dan menyelimutkan tubuh gadis itu dengan baju sejuk milik dia. Begitu setia Baby Liyana menemani dia. Baby Liyana ini manis jua orangnya. Anak datuk tetapi tidak merasa rendah diri bekerja sebagai setiausaha. Baby Liyana boleh menjawat jawatan tinggi di syarikat milik papanya. Mengapa gadis itu masih mahu bekerja di bawahnya?
            Gadis itu mula menggerakkan tubuhnya. Syed Ibtisyam bergegas meluru kelur dari bilik itu. Dia mahu mencari secawan kopi panas. Tekaknya memang terasa dahaga. Perutnya juga mula berkeroncong.
            Terpisat-pisat Baby Liyana menggosok-gosokkan matanya. Syed Ibtisyam sudah tiada di tempat duduk hadapan. Pasti lelaki itu sudah keluar. Dia menyentuh baju sejuk yang tersarung pada tubuhnya. Baby Liyana memalitkan senyuman. Baju sejuk itu milik Syed Ibtisyam. Dia cium baju sejuk itu. Bau Syed Ibtisyam sentiasa menyenangkan hati Baby Liyana.

FALIQ menggelengkan kepala melihat baju nikah yang ditayangkan oleh Batrisyah. Dia pula yang terlebih cerewet dari Batrisyah. Batrisyah tidak banyak soal dan mengikut saja cadangan dari Faliq. Puan Suria jua agak kehairanan dengan gelagat Faliq dan Batrisyah. Entah mengapa hatinya bersependapat yang Faliq lebih sesuai menjadi pasangan Batrisyah.
            Satu butik ke satu butik mereka singgah untuk mencari baju yang sesuai. Batrisyah sudah naik letih melayan kerenah Faliq. Macam Faliq pula yang mahu berkahwin. Cerewet mengalahkan perempuan. Mujur saja Puan Suria sudi menemani bersama mereka.
            “Saya rasa baju kurung moden ini cantik. Risyah suka warna ungukan?” Faliq menayangkan baju di tangannya kepada Batrisyah dan Puan Suria.
            “Ermmm…memang cantik.” Puan Suria turut bersetuju dengan Faliq.
            “Ikut koranglah. Risyah sudah lenguh kaki.” Balas Batrisyah. Dia berharap sangat ini adalah butik terakhir yang mereka singgah.
            “Bagus. Kita beli yang ini saja.” Faliq mengenyitkan mata kepada Batrisyah. Batrisyah menganggukkan kepala. Ikut saja kemahuan lelaki itu. Syed Ibtisyam pun sudah serahkan bulat-bulat kepada Faliq untuk memilih pakaian pernikahan mereka.
            Lepas ini mereka perlu memilih untuk pakaian Syed Ibtisyam yang sedondon dengan bajunya. Mereka tidak sukar memilih pakaian Syed Ibtisyam kerana ketinggian dan bentuk saiz tubuh Syed Ibtisyam lebih kurang sama dengan Faliq.
            Batrisyah memuji dalam hati melihat kekacakan Faliq menyarung baju melayu cekak musang itu itu. Sungguh! Faliq memang kacak dan bergaya sekali seperti pengantin lelaki.
            “Risyah cuba you berdiri di sebelah Faliq.” Pinta Puan Suria.
            “Buat apa?” Batrisyah menyoal.
            “Ikut sajalah.” Puan Suria menolak tubuih Batrisyah yang turut lengkap dengan baju kurung moden ungunya.
            Dia berdiri di sebelah Faliq. Lagak mereka seperti pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan.
            KLIK! Puan Suria menekan punat kamera telefon bimbitnya. Apa lagi Batrisyah mula naik hantu kerana Puan Suria mengambil gambarnya bersama Faliq. Faliq sekadar ketawa melihat gelagat Batrisyah dan Puan Suria.

Friday, November 4, 2011

Queen Control - Bab 21

“ALHAMDULILLAH…” Encik Johari bersendawa kecil. Masakan yang Tiryaq memang lazat. Tiryaq boleh jadi chef profesional. Encik Johari mengerling Putri Tasnim yang masih menyuapkan nasi dalam mulut.

            Bukan main berselera anak gadisnya itu menjamu selera air tangan suami. Encik Johari beruntung punya menantu yang tahan melayan kerenah anak gadisnya. Putri Tasnim amat degil dan sukar menerima pendapat orang lain. Sikap yang sukar untuk Encik Johari tangani.

            Muka Putri Tasnim kemerah-merahan menahan kepedasan sambal belacan. Tiryaq mahu membunuh agaknya. Entah berapa biji cili api yang lelaki itu tumbuk agaknya. Satu gelas air kosong diteguk sehingga licin. Gelagat itu menjadi perhatian Tiryaq yang baharu selesai menghabiskan nasi di dalam pinggan. Dia buat pedas-pedas untuk mengenakan Putri Tasnim. Dia suka melihat wajah marah Putri Tasnim. Walau Putri Tasnim tidak secantik mana tetapi pada pandangan mata Tiryaq Putri Tasnim adalah wanita yang tercantik. Dia suka mendengar omel dari bibir basah Putri Tasnim. Bebelan Putri Tasnim memecahkan kesunyian antara mereka.

            Putri Tasnim menjegilkan mata ke arah Tiryaq apabila menyedari dirinya diperhatikan. Dia tidak suka Tiryaq memerhatikannya. Sikap tidak sopan Putri Tasnim mendapat perhatian sepenuhnya dari Encik Johari.

            “Ada ke patut kerling begitu pada suami. Tas…arwah mama tak ajar Tas bersikap kurang sopan terutamanya dengan suami.” Encik Johari menegur lembut.

            Putri Tasnim mencebik. “Ooo…Kalau Tas kurang sopan tapi kalau perempuan itu bersopanlah bila menengking papa.”

            “Tas….” Kali ini Tiryaq menjeling isterinya. 

            Puteri Tasnim terkedu. Pertama kali Tiryaq mengeraskan suara kepadanya.

            Encik Johari ketawa kecil. Dia menasihatkan anaknya tetapi tidak menasihati sikap kurang ajar isterinya yang kian menjadi-jadi. Encik Johari tidak akan menceritakan perihal masalah rumahtangganya kepada Putri Tasnim. Biarlah dia pendamkan sendirian. Cukuplah dia mendera perasaan Putri Tasnim sebelum ini.

            “Maafkan kelancangan mulut Tas, papa. Mulut saja jahat papa tapi hatinya baik.” Tiryaq cuba memainkan peranannya.

            “Tidak mengapa. Papa kenal dengan anak papa ni. Mulut dia memang jahat sikit.” Encik Johari menarik pipi Putri Tasnim. Makin tembam anak gadisnya ini. Orang sudah ada tukang masak di rumah katakan. Makan tidur makan tidur maka badan pun makin di pam-pamlah.

            “Tas memang jahat mulut tetapi Tas tak pandai bermuka-muka.” 

            Kali ini giliran Tiryaq mencubit bibir Putri Tasnim. Putri Tasnim mendengus kecil. 

            “Sakitlah!” Marahnya. Sejak bila Tiryaq pandai main cubit-cubit orang ni.

            “Papa akui salah papa tapi papa tidak bermaksud mahu membuang Tas dalam hidup papa. Tas satu-satunya anak gadis papa dengan mama. Papa berkahwin dengan ibu tiri Tas bukan kerana papa sudah lupakan mama. Itu adalah permintaan mama Tas sendiri. Ibu tiri Tas adalah kawan baik mama.” Mungkin Encik Johari patut menjelaskan keadaan sebenarnya kepada Putri Tasnim sekarang. Dia rasa kesal menerima pujukkan arwah isterinya dahulu. Puan Hanni bukan seorang wanita yang baik. Wanita itu hanya mengidamkan kemewahan hidup.

            Putri Tasnim terkedu seketika. Dia emndongak memandang wajah mulus papanya. Dari raut wajah yang kian dimamah usia itu tiada sekilas pembohonga tetapi apa yang dilihat adalah kekesalan. Putri Tasnim tahu yang papa ingin merapatkan kembali jurang perhubungan mereka anak-beranak. Dia yang mengelak kerana sakit di hati masih terasa. 

            Putri Tasnim tampak seperti wanita yang berdikari tetapi sebenarnya hatinya mudah tersentuh dan memerlukan penyokong dari belakang. Ego Putri Tasnim menutup kelemahan yang satu itu. Putri Tasnim bingkas bangun dari tempat duduknya.

            “Selera Tas dah tiada.” Ujarnya lalu menuju naik ke anak tangga. Ke mana lagi hala tujunya jika bukan ke bilik yang tinggalkan bertahun-tahun dulu.

            Biliknya masih kemas seperti dahulu. Tiada barang yang terusik dari susunan asalnya. Papa pasti menjaga dengan rapi biliknya. Putri Tasnim duduk di birai katil. Benarkah apa yang diperkatakan oleh papa? Papa berkahwin dengan perempuan itu atas permintaan arwah mama? Mama tidak tahukah perempuan itu busuk hati? Perempuan itu hanya ingin melihat mama menderita? Hati Putri Tasnim mula sebak.

            Pintu bilik terkuak perlahan. Tiryaq melangkah masuk untuk melihat keadaan Putri Tasnim. Dia melihat Putri Tasnim duduk membelakanginya di birai katil. Tiryaq yakin Putri Tasnim sedang menangis. Wanita yang keras hati seperti Putri Tasnim masakan mahu orang lain melihat air matanya.

            Tiryaq meletakkan tangan kanannya pada kepala Putri Tasnim. Diusap lembut rambut isterinya itu.

            “Adakalanya hakikat itu amat menyakitnya.” Lembut tutur kata Tiryaq.

            Putri Tasnim mengalihkan pandangan matanya kepada Tiryaq. Apabila dia melihat Tiryaq seakan dia melihat arwah Tazriq di hadapannya. Tiryaq duduk di hadapan Putri Tasnim. Air mata isterinya disapu lembut oleh Tiryaq. Wajah sayu Putri Tasnim tika ini cukup cantik pada Tiryaq. Wajah yang paling cantik Tiryaq lihat. 

            Putri Tasnim mendakap tubuh sasa Tiryaq. Dia menangis semahu-mahunya pada dada bidang lelaki itu. Dia yakin Tiryaq tidak kisah bajunya dibasahi air mata. Dia tahu Tiryaq boleh membasuh bajunya sendiri.

            “Lepaskan semuanya, sayang. Maafkan papa awak.” Tiryaq masih mengusap-usap rambut Putri Tasnim. Kalau hari-hari Putri Tasnim peluk dia begini kan best. Dia memang suka kalau Putri Tasnim bermanja sikit. 

            Don’t call me sayang,” rengus Putri Tasnim. Lelaki ini memang suka mengambil kesempatan!

            Tiryaq ketawa kecil. Putri Tasnim masih garang...

Thursday, November 3, 2011

Tuan Dan Puan - Bab 1

“KAHWIN! Atuk macam dah jatuh pengsan.” Tok Nadim meletakkan lengan pada dahinya. Kalau dengan anak gadis orang lain dia tidak kisah. Mengapa anak gadis Datuk Sharif Dol menjadi pilihan cucunya? Mengapa mesti Aimy Najwa Binti Sharif Dol itu? Mengapa Aakif? Mengapa?

            Tuan Aakif berwajah tenang. Baru sebut pasal kahwin sudah mahu pitam ke? Bukannya atuk yang mahu kahwin pun tetapi dia. Apa salahnya dia berkahwin dengan anak gadis musuh ketat mereka? Lagipun Aimy itu serba serbi sesuai menjadi suri di hatinya. Dia pun sebenarnya ada hati dengan Aimy. Sejak mereka belajar di universiti yang sama.

            “Abah tak benarkan!” Suara abah bagaikan halilintar. Sakit hati pada penolakkan mama Aimy dua puluh tujuh tahun dulu masih terasa.

            Tuan Aakif sudah dapat meramalkan ada tentangan dari pihak keluarganya. Dia sudah bersiap sedia apa yang perlu untuk menyakinkan mereka. Itupun atas perancangan yang diberikan oleh Aimy. Dalam satu malam dia berfikir sebaik-baiknya tentang isu mendirikan mahligai bersama Aimy ini. Perkahwinan mereka bukan atas kontrak atau paksaan. Mereka suka sama suka.

            “Abah tentu ada baca kisah permusuhan keluarga dalam Romeo and Juliet. Abah tahu kesudahan cerita itukan? Demi cinta yang terhalang mereka sanggup sehidup dan semati. Tragis sekalikan?” Tuan Aakif buat muka sayu.

            Bercantum kening lebat Tuan Aali. Dia tidak tahu-menahu fasal kisah Romeo dan Juliet ini. Apa yang Tuan Aali tahu adalah tentang bisnes untuk menambah harta. Fasal novel dia tolak tepi. Apa yang menarik sangat dengan membaca novel lebih baik membaca buku ilmiah.

            “Apa yang Aakif mengarut ni? Kalau kisah Laila Majnun itu abah tahulah. Kalau kisah orang putih ni abah tak ambil tahu.” Tuan Aali mendengus.

            “Lebih kuranglah abah. Kisah cinta sehidup dan semati. Aakif jadi Qais dan Aimy jadi Lailanya. Ala Romeo and Juliet jugalah. Salahnya mati tak minum racun.” Tuan Aakif cuba manipulasi abah dan atuknya.

            Sudah! Ini yang telinga Tok Nadim tidak sedap mahu mendengarnya. Masakan tidak bagi berkahwin dengan cucu Nenek Halijah itu sampai mahu telan-telan racun. Apa mahu jadilah dengan anak-anak muda sekarang. Ingat nyawa boleh dijual beli. Tok Nadim mengerling anaknya. Tuan Aali masih tegar menyedut cerut di mulut.

            “Tak perlulah kau kaitkan kisah-kisah cinta yang tidak ke mana itu. Abah tak sebodoh yang kau sangka, Aakif. Macamlah abah tak tahu yang kau itu pembaca novel tegar.” Ketegasan Tuan Aali ini yang sukar untuk dipatahkan oleh Tuan Aakif. Dendam cinta masih membahang agaknya. Nasiblah dia tidak botak seperti abah. Kalau tidak mahunya Aimy tidak sudi menerima dia sebagai calon suami yang teratas.

            Tuan Aakif memang ada hobi yang main sembunyi-sembunyi. Dia suka membaca novel. Novel-novel yang dibeli akan disusun kemas di dalam almari bukunya. Tuan Aakif tidak akan turun padang untuk membeli novel sebaliknya dia akan menyuruh pemandunya si Shuib itu yang membelikan untuk dia. Si Shuib yang lurus bendul itu akan mengikut saja arahan yang diberikan. Jatuhlah imej sebagai lelaki maco jika dia sendiri masuk kedai untuk membeli novel kegemarannya.

            Mujur sahaja di syarikat, Tuan Aakif menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja. Mulut Tuan Aakif sukar dikekang. Siapa yang tahan apabila dia mulutnya mula melibas pekerja-pekerja bawahan terutamanya wanita. Boleh dikira berapa ramai pekerja wanita yang behenti di A&A Associates. Malah setiausaha Tuan Aakif merupakan seorang lelaki. Namun jangan anda salah sangka pada Tuan Aakif. Dia bukan dalam kategori gay hanya kerana dia lebih gemar mengambil pekerja lelaki.

            Namun siapa yang menduga yang Tuan Aakif boleh terjatuh cinta dengan Aimy gadis yang tidak berperasaan itu dan sentiasa tampak cool. Tuan Aakif membebel macam mana pun Aimy boleh tadah telinga. Gadis macam ini yang Tuan Aakif cari untuk buat isteri. Kalis peluru.

            “Tapi Aakif mahu kahwin juga dengan anak gadis Datuk Sharif Dol tu?” Bukan abah sahaja yang keras kepala. Anak dia juga sama keras kepala.

            Tuan Aali merenung tajam wajah tampan anak teruna tunggalnya itu.

“MAMA tak benarkan!” Mata Datin Amalia mencerlung anak gadisnya itu. Aimy buat tidak nampak. Dia masih ligat mengupas kulit bawang di tangan.

            “Jika begitu Aimy kahwin lari dengan Aakif. Kami sepakat nak kahwin di Golok.” Balas Aimy bersahaja.

            Terbeliak biji mata Datin Amalia. Datuk Sharif Dol hanya mendiamkan diri. Datin Amalia sudah berikan amaran agar suaminya itu tidak masuk campur dalam perbincangan dua beranak itu. Nek Halijah turut menutup mulut. Perbincangan dari hati ke hati.

            “Kenapa anak si botak itu yang kau jadikan pilihan? Banyak lagi anak teruna di luar sana tu! Kalau mahu mak carikan pun mak tak kisah.”

            “Abah dia yang botak tapi anak dia ada rambut. Mama tidak teringin ada menantu maco macam Aakif ke?” Sengaja Aimy memanaskan hati mamanya.

            Maco? Anak Tuan Aali itu maco? Loya anak tekak Datin Amalia. Dia tidak rela berbesan dengan Tuan Aali. Rasa menyampahnya pada anak lelaki Tok Nadim itu masih ada. Ibunya yang beria-ia mahu dia disatukan dengan Tuan Aali. Demi cinta dengan Sharif Dol,  lautan Mediterranean sanggup diredah. Dia menentang habis-habisan sampai ibunya terpaksa mengalah.

            Kini anak gadisnya pula yang tersangkut kepada anak Tuan Aali. Ada apa pada Tuan Aakif itu. Kekayaan? Harta benda? Dia tidak menafikan anak lelaki Tuan Aali itu memiliki segalanya. Ada rupa, ada stail tetapi yang nampak sempurna itu tetap ada kelemahannya. Lelaki jenis bongkak seperti Tuan Aakif tidak digemari oleh Datin Amalia.

            “Mama tak setuju!” Datin Amalia tetap membangkang.

            “Mama…tak baik menghalang Aimy yang mahu mendirikan masjid ini. Mama tak takut ke kalau-kalau kami melakukan benda tak baik nanti. Kami manusia biasa mama. Maklumlah kalau keluar berdua itu pasti ada yang ketiganya.” Tutur kata Aimy masih lembut dan teratur. Itu hasil didikan dari Datuk Sharif Dol yang mahu anak-anaknya ada tatasusila.

            Datin Amalia terdiam sejenak. Dia tahu kebelakangan ini Aimy agak kerap bertemu dengan Tuan Aakif di luar. Datin Amalia tidak menduga pula yang Aimy boleh bercinta senyap-senyap dengan anak Tuan Aali. Riak muka Aimy bukan senang untuk ditafsirkan apa yang ada dalam fikiran anak gadisnya itu.

            “Mama tetap tak setuju!” Datin Amalia bingkas bangun meninggalkan ruang dapur diikuti oleh papa dan neneknya.

            Aimy memalitkan senyuman di hujung bibir. Kalau plan A tidak menjadi dia akan menggunakan plan B pula.
           
NOMBOR pada telefon bimbit jenis skrin sentuh itu ditekan satu-persatu. Tuan Aakif sudah mati akal dengan kedegilan Tok Nadim dan Tuan Aali. Kedua-dua lelaki seakan nekad tidak membenarkan dia berkahwin dengan Aimy. Dia diuji betul kali ini menghadapi rintangan dari pihak keluarga. Tuan Aakif dapat merasakan yangn Aimy juga punya situasi yang sama dengan dia. Namun dia tahu Aimy seorang yang bijak menangani masalah.

            Aimy seorang yang tidak mudah melatah. Dari kecil lagi Aimy senang didekati tetapi hanya dia yang sukar didekati oleh Aimy. Dia begitu menjaga pergaulan dan kedudukan. Sikap angkuhnya menjadikan dia lelaki jelek di mata teman-teman sekampus dulu. Tuan Aakif tidak ambil peduli pandangan orang di sekeliling. Dia lebih bangga menjadi jolokan umum dengan status yang dimiliki. Anak orang berada. Lain pula dengan Aimy. Gadis itu jenis yang merendah diri dan tidak mengira jenis kawan. Budak yang berpakaian compang-camping pun Aimy buat kawan. Kalau dia minta dijauhkan. Geli…

            “Assalamualaikum…” Aimy akan memulakan dengan ucapan salam dahulu.

            Tuan Aakif tersentak dari lamunan. Dia lupa yang dia sedang menghubungi Aimy untuk rundingan perkahwinan mereka.

            “Waalaikumusalam.” Tuan Aakif membalas. Kalau tidak dibalas maka Aimy akan tidak akan bersuara di sana. Gadis itu akan membisu sehingga salamnya dijawab. “Kita ada masalah besar. Atuk dan abah menentang habis-habisan rancangan perkahwinan kita.” Keluh Tuan Aakif.

            “Pihak di sebelah saya pun sama. Tapi saya sudah rangka plan B. Kita kahwin lari ke Golok.” Aimy memintal rambutnya dengan jari.

            “Hah! Awak biar betul! Malulah family saya nanti.” Mulut Tuan Aakif terlopong besar. Aimy ini main pakai hentam saja ideanya. Buat rangka rancangan bukan mahu dibincangkan dengan dia terlebih dahulu.

            “Awak nak berkahwin dengan saya tak?” soal Aimy. Lelaki di sebelah sana itu banyak sangat ragamnya.

            “Nak!” Jawab Tuan Aakif sepatah.

            “Jadi awak ikut saja plan B saya. Kita hanya mahu gertak saja bukan buat betul-betul. Saya akan jaga status kedudukan awak yang terhormat itu. Don’t worry be happy.

Ayat hujung itu buat Tuan Aakif terkesima. Pandai juga gadis tidak berperasaan itu buat lawak. Dia puji dengan ketenangan yang di miliki oleh Aimy. Mujurlah mereka ada sistem berkomunikasi. Kalau Aimy gadis pendiam memang parah. Maka dengan ini Tuan Aakif menyerahkan bulat-bulat kepada Aimy untuk menangani masalah. Apa yang penting dia dan Aimy dapat disatukan.

Setelah memberikan sepatah dua kata dan ucapan salam untuk penutup bicara Tuan Aakif terus merebahkan dirinya di atas tilam. Dia mula memasang angan-angan hidup sebumbung dengan Aimy. Dia akan berusaha memujuk Aimy untuk tinggal bersama atuk dan abahnya. Mana bisa dia mahu berjauhan dengan kedua orang penting dalam hidupnya itu.

Tuan Aakif dibesarkan tanpa seorang ibunya. Ibunya meninggal dunia ketika berusia 3 bulan. Abah memberitahu ibunya menghidap penyakit barah rahim. Demi cinta dan kasih ibu pada abah, ibu sanggup menggadaikan nyawa untuk dia melihat dunia ini. Apabila Tuan Aakif menilik rupa parasnya pada cermin nyata acuan wajahnya lebih mengikut rupa paras arwah ibunya sebab abahnya tidak kacak dan botak. Patutlah mama Aimy menolak keras lamaran abah dulu. Apa yang dia ragui arwah ibu boleh menerima dan mengahwini abah. Arwah ibu memang cantik berbanding mama Aimy. Aakif berasa bangga.

Wednesday, November 2, 2011

DEMAM + MANUSKRIP

Akak betul-betul tak tahan cuaca di pulau hingga kena demam panas. Masa outstation di pulau pinang pun kena demam panas sampai tak boleh bangkit malamnya. Nasib baik kebah sikit waktu pagi. Demi tugas digagahkan juga ketika itu. Aduh balik dari Pangkor terus cari klinik yg hampir klinik sekitar perumahan tutup pulak, Esoknya gagahkan diri jalan kaki ke klinik lagi tapi tutup. Akak terpaksalah pergi hari Isnin sebab akak perlukan ubat dalam keadaan yang masih tidak stabil ini.

Alhamdulillah akak sudah pulih sedikit dari demam tapi masih menjaga kesihatan...takut kalau demam tak bangun jawabnya mahu mc seminggu. Hehehehe...maaflah sebab tak dapat sambung e-novel dalam blog akak. (^_^) Takdir Cinta Luka (TCL) hampir siap dan akan dijadikan buku skrap untuk teman-teman pembaca yang sudah order. Lepas ini Mahligai Air Mata pula (MAM) bakal menyusul seperti TCL.

Dalam demam-demam pun masih sempat mahu menyambung manuskrip sampai 'teman tapi mesra' membebel suruh berehat. Ops! 'Teman tapi mesra' terkantoi pulak akak. Hehehehe...(^_^) masih dalam proses perkenalan. Ada rezeki Insya-ALLAH...moga-moga kali ini jodoh milik akak. Akak ni sudah nak dapat calon suami. Bukan memilih tapi...sukar nak pilih teman yang betul-betul ikhlas menyayangi kita. lelaki idaman akak mestilah 'Doktor Muhammad Syakir Bin ilyas'. Lepas ini akak akan merindui watak Syakir dalam 'coke and sundae' begitu jua dengan Azyan. Kedua watak ini telah sebati dalam diri akak.

Akak keluarkan semua idea akak sebelum akak berehat sepenuhnya nanti. Tiadalah blog ini kosong untuk tatapan pembaca setia akak. Akak teringin jugak mahu lihat komen2 di blog akak sampai mencecah puluhan komen tapi tak capai hajat akak lagi tu hehehehe...maklumlah cerita akak kurang best. Takper akak akan cuba cari sampai pengomen ke 100 hehehehe...(^_^) Target e-novel akak Tuan dan Puan versi komedi romantik yang complicated dan Titisan Tinta Suria (^_^) sebuah novel ada unsur Islamik (Kisah gadis bisu dan seorang lelaki Inggeris kasanova yang tiada agama)

Manuskrip Queen Control (QC) hampir sampai penamatnya...Fuh!!! Dalam 500 m/s tapi kalau jadi novel mestilah tebal ni. Dalam manuskrip QC akak sudah ubahsuai dan tokok tambah perencah dan perisa semua. Hehehehe...Walaupun akak bukan penulis top tapi akak puas menghasilkan karya akak untuk tatapan umum. Watak-watak hero dan heroin akak selalunya nama mereka akak cari dalam himpunan nama2 Islam. Siapa kata nama Islam tidak unik. Syakir, Tiryaq, Iffat Altamis, Qaiser, Iman Farhan, hero mininovella 'Roses' lupa lak nama dia hehehe...yang terbaharu Aakif. Biar ringkas pada akak tapi unik pada namanya (^_^) Akak susah nak ingat nama yang panjang-panjang ni. Terus-terang...

Sebenarnya e-novel yang paling akak suka tulis adalah 'Takdir Cinta Luka' (TCL) Akak suka pada watak Batrisyah dan Faliq biarpun akhirnya mereka tidak bersatu. Kesetiaan cinta mereka hingga ke nafas terakhir. Batrisyah sanggup mengorbankan kasih dan cintanya pada Faliq demi seorang wanita yang dipanggil ibu. Di saat akhir nafasnya dia tidak berkesempatan mengungkapkan kata cinta buat Faliq dan hanya diari membongkarkan segala luahan hati Batrisyah. Serius akak menangis masa mahu mematikan watak Batrisyah dan jua Faliq. (*_*)) Kalaulah dapat jadi versi cetak mesti akak melonjak gembira!!! 

*Kita sambung pada coretan di kemudian hari :)