Tab Menu

Followers

Sunday, June 17, 2012

Queen Control - Bab 40 (Special)


“TIRYAQ! Tiryaq!” Putri Tasnim terjelepuk atas lantai. Hatinya cukup sengsara. Fikirnya Tiryaq sudah kembali ke pangkuannya. Namun tiada bayang lelaki itu kelihatan. Semuanya hanya perasaan dia semata-mata. Air matanya mengalir lagi. Apakah Tiryaq tidak akan kembali. Benarkah Tiryaq telah terkorban dalam nahas tersebut? Ianya menjadi teka-teki kerana tiada mayat Tiryaq ditemui.

            Sudah hampir satu bulan Tiryaq menghilangkan tanpa dikesan. Orang yang menemaninya saban malam adalah Apple. Apple mengusap-usap lembut belakang Putri Tasnim.

            “Sabar Tas…sabar…jangan ikutkan perasaan. You perlu berehat secukupnya. You demam panas ni.”
            “Apple…I rindukan suami I. Banyak salah I pada dia.”

            “Ingat Tuhan Tas. You sudah lupa pada ceramah ustazah yang kita hadir tu? Apa jua musibah yang datang jangan lupa doa kita pada Tuhan.” Apple menasihati.

            Putri Tasnim termangu. Dikesat air mata yang mengalir. Putri Tasnim bingkas bangun dipapah oleh Apple. Putri Tasnim duduk di birai katil manakala Apple ke ruang dapur mengambil segelas air kosong.

            “Terima kasih Apple kerana menemani I.”

            Apple duduk melabuhkan punggung di sisi Putri Tasnim.

            “Tuan Pengarah kesayangan I takkan mudah mati begitu saja. I yakin dia masih hidup.”

            Putri Tasnim memandang wajah Apple. Apple...orang kuat Tiryaq sentiasa yakin dengan ketuanya itu. Ada ketikanya Putri Tasnim dilanda rasa cemburu dengan Apple yang jauh lebih cantik dan rapat dengan suaminya. Apple tahu segalanya tentang Tiryaq tapi dia…

            Dia yang tidak mahu mengenali Tiryaq. Dia yang tidak boleh menerima perkahwinan ini dengan ikhlas. Hatinya memberontak tika itu. Dia menggunakan segala kuasa veto dengan cara yang salah. Dia lupa syurga itu di bawah telapak kaki suami. Dia lupa yang seorang isteri tidak wajar meninggikan suara kepada suaminya. Jahilnya dia…

            “Tiada manusia yang lari dari melakukkan kesilapan. I jamin Tiryaq sayang dan cintakan you. Dia bukan suka-suka mengahwini you. Dia sudah lama memendam perasaan pada you. Mungkin dia bukan cinta pertama you tapi dia cinta terakhir you.” Apple menyapukan ait mata Putri Tasnim.

            “I iri hati dengan you Apple…You memahami Tiryaq lebih dari I.”

            Apple ketawa kecil.

            “I memahami dia tetapi hubungan kami tidak lebih dari seorang ketua dan pekerja. Lagipun I tak berminat dengan lelaki seperti dia. I sudah ada orang yang suka.” Kedua belah pipi Apple menjadi merah sebaik menyebut tentang orang yang dia sukakan itu.

            “Siapa orang yang you suka itu?”

            “Malulah I nak beritahu you.”

            “I janji I takkan beritahu sesiapa.” Putri Tasnim mengangkat tangannya.

            “You janji…”

            “Janji…”

            “I suka…I suka Tengku Mirza.”

            Putri Tasnim menekup mulut. Selama ini dia berprangsaka banyak kepada Apple. Dia yang tidak menyelidik terlebih dahulu. Fikirnya sikap malu Apple itu adalah kerana Tiryaq.

            “Apple…maafkan I kerana berprangsaka pada you. I fikir you sukakan Tiryaq.”

            Apple ketawa kecil.

            “I tidak akan suka pada diktator berkuku besi itu. Dia buat I macam hamba abdi dia. Arah itu dan ini sesuka hati. Suka merancang sesuatu yang di luar dugaan. I minta maaf sebab bersubahat dengan dia sampai you kena tangkap basah dengan dia.” Apple memaut kedua belah jemari Putri Tasnim.

            “Tuan pengarah you memang sangat nakal. I selalu mati kutu dengan dia.” Bibir Putri Tasnim mengulum segaris senyuman nipis. Segala peristiwa itu berputar dimindanya.

            Dia ego dan menolak cinta yang Tiryaq berikan. Baginya tiada lelaki lain yang mampu bertakhta di hatinya selain arwah Tazriq.
           
“I gembira…I sungguh gembira kerana kerusi pengarah ini menjadi milik I.” Tengku Tyea memusingkan tubuhnya kepada Bonda Arfah. Tawanya bergema di dalam pengarah itu. Tawa yang menjengkelkan hati Bonda Arfah.

            “Kau sungguh melampau Tyea. Kau yang rancang pembunuhan Tiryaq dan Megat Alam kan?” Bonda Arfah memandang Tengku Tyea dengan tajam. “Kau memang pelakon yang tebaik!”

            “Hahahaha…Anak-beranak itu memang harus mampus! Sekalipun I yang merancang semuanya, you tidak akan boleh berbuat apa-apa. You tiada bukti untuk menuduh I.”

            Bonda Arfah mengetap bibir. Dia sudah mengagak yang empunya angkara. Dia tidak fikir Tuan Megat Alam sekejam itu. Hati lelaki itu masih ada sekelumit kasih dan sayang. Hati lelaki itu hanya dicemari dengan ketamakan dan dendam masa lalu.

            “Kau juga yang bunuh Tazriq!” Bonda Arfah menundingkan jari ke muka jelita Tengku Tyea. Dia mahu melihat reaksi yang Tengku Tyea berikan. Nyata wajah wanita itu memberikan riak yang Bonda Arfah ingini.

            “I..itu satu kemalangan!”

            Bonda Arfah tersenyum sinis. “Kebenaran akan tampil sendiri ke hadapan kelak. Bonda yakin yang Tiryaq dan ayahnya masih hidup.” Bonda Arfah berlalu. 

            Tengku Tyea menggigit bibir. Apabila nama arwah suaminya disebut, hatinya tersentuh. Sungguh dia amat mencintai arwah Tazriq. Tiada niatnya untuk mencederakan arwah Tazriq. Dia terlalu marah. Hatinya dipagut rasa cemburu dengan kemesraan arwah Tazriq dan Putri Tasnim.

            Putri Tasnim adalah cinta pertama arwah suaminya itu. Sakit di hati kian bercambah menjadi kebencian apabila Elite jatuh ke tangan Putri Tasnim. Dia yakin Putri Tasnim sedang merana. Elite bankrup! Perkahwinan yang sungguh memalukan itu sudah terbongkar. Dan Tiryaq sudah mati! Tiada apa lagi yang tinggal untuk wanita ego itu. Tengku Tyea ketawa kemenangan.

            Pintu bilik itu terkuak perlahan. Tengku Tyea tersentak dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu. Tawanya serta-merta mati.

            “Kakak nampak gembira sangat hari ini? Dendam kakak sudah terlunas bukan?” Tengku Mirza mengambil tempat duduk berhadapan dengan Tengku Tyea. “Betul kata orang yang dendam seorang wanita ini amat menakutkan.” Sambungnya lagi.

            “Jangan campur urusan kakak.”

            “Tapi kakak mempergunakan saya.”

            “Kau yang bodoh!”

            “Kakak makin jahat!”

            Tengku Tyea melepaskan keluhan kecil dengan tuduhan adiknya itu.

            “Kakak memang jahat dari dulu. Kau tak tahu ke?”

            “Kakak memang hati hitam!”

            Tengku Tyea tersengih.

            “Telanjak perahu sudah tidak boleh diundur lagi.  Hal ini kakak tidak melibatkan kau dan juga bonda. Biar kakak seorang yang jadi jahat!”

            Tengku Mirza menggelengkan kepalanya.

            “Kakak tak kesian pada Adi. Apa akan jadi pada Adi jika kakak dipenjarakan kelak?”

            “Anggap saja mamanya ini sudah mati!”

            Mata Tengku Mirza terbuntang luas mendengar kata-kata dari bibir Tengku Tyea itu.

            “Kakak!”

            “Selama ini pun tiada sesiapa yang tahu tentang kewujudan Adi selain kau dan kakak. Lagipun Adi tidak perlukan seorang mama seperti kakak.”

            “You’re so selfish!

            “Yes, I’am…

PUTRI Tasnim menanggalkan kaca hitamnya. Dia agak lelah dan tidak bermaya dengan paparazzi yang tidak sudah-sudah mengekori langkahnya. Dia melangkah masuk ke bilik pejabat. Elite sudah nyawa-nyawa ikan. Putri Tasnim sudah buntu mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk Elite. Apakah dia perlu memungkari janjinya dengan arwah Tazriq.

            Bunyi ketukan pintu mengembalikan Putri Tasnim kea lam nyata. Namun dia tidak mampu berselindung dari kemurungan. Bukan mudah untuk dia menghadapi semua ini bersendirian.

            “Miss Tas…maaf I mengganggu you.”

            “It’s okay Cherly.”

            “You looks beautiful hari ini. Pertama kali I lihat you berbaju kurung datang ke ofis.” Satu perubahan yang ketara.

            Putri Tasnim memalitkan senyuman nipis. Senyuman yang penuh hambar. Alangkah baiknya jika Tiryaq yang berdiri di hadapannya kini.

            “Cherly…thanks…hanya you dan Jamie yang masih setia bersama Elite.”

            “Miss Tas…jatuh dan bangun Elite adalah sebahagian dari hidup I juga. I akan bersama you tidka kira samada Elite tenggelam atau timbul.”

            “I tak mampu mahu mebayar gaji you dan Jamie.”

            “Itu kita soalkan kemudian. Sekarang kita perlu selesaikan hutang-piutang Elite. I ada sesuatu yang boleh menyelamatkan Elite.”

            “Cherly…Mana kita mahu dapatkan wang sebegitu banyak dalam masa tiga hari ini?”

            Cherly menghulurkan sekeping cek kepada Putri Tasnim. Cek kosong itu ada mempunyai tandatangan dari Tiryaq. Putri Tasnim tergamam seketika.

            “Miss Tas hanya perlu isi jumlah yang dingini dalam cek kosong ini.”

            “Macam mana you boleh dapat cek dari suami I. Cherly…you pun tahu I takkan gunakan wang dari TIR Holding’s.” Putri Tasnim menolak lembut.

            “Miss Tas…ini bukan wang dari TIR Hoding’s. Ini wang dari simpanan suami Miss Tas. Encik Tiryaq berikan pada I sebelum tragedi tu berlaku. Dia tahu Elite sedang mengalami krisis kewangan yang teruk setelah Tengku Tyea aniaya Elite. Miss Tas….Encik Tiryaq begitu mencintai miss.” Cherly menjelaskan segala keraguan di dalam minda Putri Tasnim.

            Setitis air mata Putri Tasnim jatuh pada pipi gebunya. Wajah dan senyuman Tiryaq memenuhi setiap genap ruang mata Putri Tasnim. Dia teringatkan kata-kata dari Tiryaq suatu masa itu.

            “Walau apa jua yang berlaku, dalam hati abang hanya ada nama Putri Tasnim…wanita pertama dan terkakhir abang cintai….”

            “Miss Tas….

            “You’re right Cherly….I yang ego selama ini.”

            “So jika Encik Tiryaq kembali di sisi Miss Tas nanti jangan jadi ‘queen control’ lagi tau. Jadi isteri mithali.” Cherly menarik hidung kecil Putri Tasnim.

            “You pun sudah pandai berceramah dengan I ya.”

            “I mahu lihat you bahagia Miss Tas. Hati I selalu berbisik mengatakan yang Encik Tiryaq itu memang sepadan dengan you tau. Mungkin cupid love telah berikan anak panah cintanya pada you.”

            “I tak percaya pada ‘cupid love’ you.”

            Cherly tersenyum kecil.


* Queen Control adalah karya kelima yang ingin saya jadi sebuah naskhah novel jika ada rezeki. Terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa menyokong saya . I love you all (^_______^) dah setahun karya ini berada di blog...harap ianya menjadi versi cetak kelak...saya menantikan saat itu...

Friday, June 1, 2012

Sedingin Salju - Bab 1

“KAU sudah bersedia untuk memikul tugas ini?” Nina Karina mengerling pada gadis yang sedang duduk menyilangkan kaki itu.

            “Seratus-peratus!”

            “Kau yakin tidak akan menyelitkan sebarang perasaan pada dia kelak?”

            “Ya!” Gadis itu membalas dengan penuh yakin.

            “Bagus! Ini yang saya mahukan. Pastikan kau ikut rancangan yang telah saya aturkan.” Nina Karina menghulurkan sekeping foto kepada gadis terbabit. “Saya mahu kau porak-perandakan keluarga mereka.”

Gadis itu mengangguk.

“Mengapa kau tidak menerima bayaran yang saya berikan?” Agak hairan kerana gadis ini sanggup diperalatkan olehnya tanpa meminta sesen bayaran.

“Hutang?”

“Hutang?” Nina Karina mengerutkan dahinya.

“Ada hutang yang perlu mereka lunaskan pada saya.” Gadis berwajah dingin itu mengukirkan senyuman.  Matanya merenung tajam ke arah Nina Karina.

“Nampaknya saya memang tak salah pilih orang.” Nina Karina mahu segala percaturan yang dibuat menjadi sia-sia. Dia menaruh kepercayaan penuh terhadap gadis ini.

“Perbincangan kita tamat di sini. Saya akan hubungi puan dari masa ke semasa.” Gadis itu bingkas bangun. Dia memulas tombol pintu.

“Betul kau tak mahukan bayaran?” Kata-kata Nina Karina menghentikan pergerakan gadis itu. Dia memberikan pertanyaan yang sama.

Gadis itu tidak membalas sebaliknya dia hanya tersenyum dan melangkah keluar dari bilik pejabat Nina Karina. Dia tidak akan memberikan jawapan untuk  kali kedua kepada Nina Karina. Jawapannya tetap sama.

Nina Karina memusingkan kerusi eksklusifnya menghadap jendela. Pintu bilik pejabatnya terkuak perlahan. Julia sudah berdiri di belakangnya.

“Aku sudah uruskan seperti yang kau ingini.”

Good!

“Kau tak rasa mereka akan kenal kau?”

Nina Karina menongkat dagu dengan sebelah tangannya. Bibirnya mengulum senyuman.

“Mereka tidak akan kenal dengan wajah baru aku ini.”

MAJLIS yang penuh gemilang itu dihadiri oleh tetamu-tetamu ternama. Antara mereka adalah terdiri dari kaum kerabat Bonda Belinda. Bonda Belinda menerima ucapan tahniah atas ulang tahun kelahirannya yang ke tujuh puluh tahun itu. Malah majlis tersebut juga turut meraikan pertunangan cucu kesayangannya Tengku Rifqi Amsyar dan Puteri Tahrina. Ianya merupakan hadiah paling besar buat Bonda Belinda.

            Rifqi cukup segak dengan kot berwarna hitam di samping Puteri Tahrina yang bergaun labuh putih. Pasangan itu bagaikan pinang dibelah dua. Puteri Tahrina gadis idaman lelaki itu mempunyai raut wajah yang cukup jelita. Kelembutannya memikat hati cucu lelaki tunggal Bonda Belinda. Puteri Tahrina tiada cacat celanya.

            Di sebalik kelompok golongan tetamu terhormat itu, seorang wanita sedang memandang dengan senyuman sinis di hujung bibirnya. Wanita anggun itu tidak menyertai tetamu-tetamu yang lain. Dia hanya bermain dengan gelas minuman yang masih bersisa itu.

            “Kau tak mahu bertegur sapa dengan bekas ibu mertua kau dan bekas suami kau?” Julia bersuara. Bosan dengan ketegangan dalam majlis tersebut.

            Nina Karina tersengih.

            “Budak itu kacak seperti ayahanda juga.” Lain pula balasan kata dari Nina Karina.

            “Nina! Kau jangan jadi gila nak pikat anak tiri kau itu pula.” Julia mendengus.

            Nina Karina ketawa kecil.

            “Kalau anak aku hidup lagi pastinya dia sudah besar panjang seperti Rifqi. Hutang nyawa perlu di balas dengan nyawa.” Ada getaran suara di situ.

            “Nina…”

            “Aku mahu keturunan Bonda Belinda porak-peranda. Aku mahu Bonda Belinda tersungkur pada kaki aku!” Nina Karina mengetap bibir. Jelas terpacarnya api dendam pada sinar mata jernih Nina Karina.

            Julia menelan air liur. Terpana dia dengan pandangan mata Nina Karina yang maha tajam itu.

            “Perlukah kau menjadi sekejam ini, Nina? Kau sanggup mempergunakan orang lain untuk melunaskan dendam kau.” Dari mula lagi Julia tidak setuju dengan rancangan Nina Karina.

            “Kalau tiada umpan masakan ikan akan menjadi mangsa kail.”

            Julia mengangkatkan keningnya. Dia faham akan maksud kata-kata dari bibir Nina Karina itu.

            “Bekas suami kau pun tampak segak malam ini ya?” Julia sengaja mahu menduga hati Nina Karina.

            Nina Karina mengangkatkan kepalanya. Bakhtiar begitu mesra sekali dengan isterinya. Pasangan romantis yang sering diperkatakan oleh pihak media. Setiap tahun pasangan itu menyambut ulang tahun perkahwinan di Paris yang digelarkan kota cinta itu.

            “Huh! Kau fikir aku cemburu?”

            “Maybe?

            “Perlukah aku rasa cemburu pada lelaki yang aku sudah tidak cintai? Kau berfikir terlalu jauh Julia.”

            “Kita tunggu dan lihat.” Julia mengukirkan segaris senyuman.

            Pandangan mata Nina Karina bersatu dengan Bakhtiar yang berdiri di sudut tidak jauh dari tempat dia dan Julia berada. Bakhtiar tersentak. Nina Karina laju mengalihkan pandangan. Dia bingkas bangun untuk beredar. Dia tidak mahu kehadirannya disedari oleh Bakhtiar. Mereka hanya kenalan ‘rakan’ seperniagaan.

            “Sebentar ya.” Bakhtiar lantas mengaturkan langkah. Tingkah Bakhtiar itu mengejutkan Bonda Belinda dan isterinya, Engku Soffya. Mereka turt mengekori Bakhtiar dari belakang.

            Nina Karina tidak dapat melarikan diri sebaik Bakhtiar memintasnya. Jalannya dihadang. Julia sudah menjongketkan bahu.

            Bakhtiar dan Nina Karina saling berpandangan. Renungan mata jernih Nina Karina mengingatkan Bakhtiar kepada seseorang yang amat dicintainya seperuh nyawa. Nama yang sama tetapi wajah yang berbeza.

CONGRATULATIONS Bro!” Rethwan memeluk tubuh Rifqi. Ditepuk lembut bahu temannya itu.

            “Thanks bro. Kau datang seorang ke?” Rifqi bertanya lembut.

            “Aku bawa teman sekerja aku. Eh! Mana pulak dia menghilang?” Rethwan memanjangkan lehernya. Sekejap betul budak seorang ini hilang dari pandangan mata.

            “Kau bawa perempuan atau lelaki?”

            “Perempuan.”

            “Macam mana kau jaga anak dara orang ni? Baik kau pergi cari dia. Kalau dia hilang masak kau nanti.” Rifqi menolak tubuh temannya itu.

            “Okay-okay…aku cari dia.” Rethwan pantas mengaturkan langkah deras.

            Rifqi menggeleng.

            “Siapa tadi tu sayang?” Puteri Tahrina memaut lengan sasa Rifqi.

            “Teman lama. You kenal dengan Rethwan kan?”

            “Mamat kelibut tu? Of course I kenal.”

            “You tak habis-habis gelar dia macam tu. Sayang…I nak ke...” Belum sempat Rifqi menghabiskan ayat, ada sesuatu mengenai pada tubuhnya.

            Mata Puteri Tahrina terbeliak besar melihat kot Rifqi dikotori dengan spaghetti.

            “Ops! Sorry!” Seorang gadis meluru memohon maaf. Wajah gadis  itu merah menahan malu. Dia tidak tersengaja membaling spaghetti tadi mengenai lelaki itu.

            “How dare you!” Puteri Tahrina meninggikan suaranya.

            “Sorry-sorry…” Gadis itu menunduk dan tidak berani mengangkatkan wajah.

            “You…”

            “Tidak mengapa Puteri, dia bukan sengaja.”

            “Tapi baju you tu, I yang hadiahkan pada you.” Puteri Tahrina mencebik tidak berpuas hati. Rifqi sentiasa beri muka kepada sesiapa jua.

            “Biar saya cucikan kot awak. Saya yang bersalah.” Takut-takut kedengaran suara serak-serak basah gadis itu.

            “Tidak mengapa. Sikit saja.” Rifqi menolak. Perkara kecil sebegini tidak perlu diperbesarkan. Gadis itu pun bukan sengaja.

            “Rifqi!” Puteri Tahrina sudah meninggikan suaranya hingga menarik perhatian tetamu yang lain. Mujurlah nenda sudah beredar bersama ayahanda dan bondanya. Jika tidak mahu bertambah kecoh majlis itu dibuatnya. Puteri Tahrina terlebih manja dengan nendanya itu.

            Dalam kelembutan Puteri Tahrina punya sikap keras kepala yang sukar untuk Rifqi tangani. Puteri Tahrina melulu menolak tubuh gadis terbabit. Gadis itu terdorong beberapa langkah ke belakang. Lantas dia mengangkat wajahnya. Rifqi terpana sebaik memandang wajah gadis itu.

            Ya Allah, dia memang cantik sekali. Hati Rifqi berbisik kecil. Gadis itu menggigit bibir. Geram dengan tingkah Puteri Tahrina yang agak biadap itu. Dia sudah meminta maaf.

            “Puteri…sudahlah…” Desis Rifqi yang tidak mahu memanjang sengketa. Bikin malu saja.

            “Hmm!” Puteri Tahrina merengus kasar.

            “Sorry…I’m so sorry. Saya bukan sengaja.” Gadis itu masih bersikap merendah diri. Sabar….itu kata hatinya. Harap muka saja cantik tapi hati tak cantik. Teman lelaki dia yang bagus ada sikap bertolak ansur.

            “Aireen!” Gadis itu berpaling sebaik namanya diseru.

            Terkocoh-kocoh Rethwan merapati gadis yang dipanggil Aireen itu. Aireen mengukir senyuman memperlihat kedua lesung pipitnya. Manis sekali di tambah pula dengan tahi lalat kecil di bahagian tengah dagunya.

            “Reth!”

            “Apa yang berlaku ini?” Rethwan menyoal. Dia tenung wajah dingin gadis itu.

            “Ada orang tua gatal kacau saya tadi. Saya baling spaghetti pada dia tapi dia mengelak dan terkena lelaki ni.” Jelasnya.

            Rethwan menepuk dahi.

            “Teman sekerja kau?” Rifqi mengagak.

            “Inilah anak dara yang kau suruh aku cari tadi. Kenalkan Rif, ini teman sekerja aku, Aireen. Nama penuh dia Tiz Aireen tapi aku suka panggil dia Aireen.”

            Puteri Tahrina masih buat muka. Jangan harap dia akan berkenalan dengan gadis itu. Aireen tidak ambil kisah dengan sikap ego Puteri Tahrina. Orang kaya!

            “Hi Aireen…” Rifqi menyapa lembut.

            “Hi...” Balas Aireen pendek. Tiada senyuman manis terukir dibibir basah itu seperti tadi. Agak dingin. “Reth…saya nak baliklah.” Sambung Aireen lagi. Dia makin tidak selesa berada di majlis orang-orang ternama ini. Tambahan pula dia asyik melarikan diri dari orang-orang tua berdahi licin itu. Aireen rasa menyesal kerana menerima jemputan Dato’ Salleh.


            Rethwan menjongket bahu. Rethwan perlu menghantar Aireen pulang. Aireen memang jenis yang sukar bergaul dengan orang ramai. Apa yang ada dalam kepala gadis ayu itu hanyalah kerja.

            “Aku beredar dulu bro.”

            “Ada masa contact aku kita keluar berborak-borak.”

            “Bukan aku tak nak ajak kau keluar bro. Kau tu yang asyik busy memanjang dengan kerja. Tak ubah macam robot.”

            Rifqi hanya tersengih diperli oleh Rethwan. Itu kenyataannya. Rifqi memandang langkah Rethwan bersama Aireen.

“AKU harap kau tak cari pasal dengan Puteri Tahrina tu. Bukan aku tak kenal dengan perangai kau.” Nasihat Rethwan sebaik mereka berada di luar hotel bertaraf lima bintang itu.

            Aireen memalitkan senyuman nipis.   Dia menyilangkan kedua belah tangannya. Dia mengerling Rethwan sekilas.

            “Gadis melayu terakhir seperti aku tiada masa untuk bermain dengan perempuan ego itu.” Aireen melangkah mendahului Rethwan.

            Rethwan gelengkan kepala. Dia mengekori langkah Aireen yang sudah jauh di hadapan.

            “Aireen!” Rethwan memanggil gadis itu.

            Aireen pekakkan telinga. Dia terus berjalan menuju ke stesen teksi. Sebaik teksi behenti di hadapannya, Aireen terus melangkah masuk tanpa mempedulikan panggilan Rethwan.

            Rethwan mengeluh kecil. Aireen ni boleh tahan juga keras kepala dan degilnya. Nampak saja pendiam dan dingin. Namun gadis itu jua yang dia sukai.