Tab Menu

Followers

Monday, July 2, 2012

Nilai Cintanya.... - NC3



 “MAMA…mama….jangan tinggalkan Dylan!” Dia meryu-rayu memaut kaki mamanya. Dia tiada sesiapa di dunia ini selain mama. Dia sanggup mengikut kata mama. Dia tidak kisah jika mama tidak mahu mengakui sebagai anak. Dia tidak mahu keseorangan.

            “Lepaskan kaki aku budak sial!” Wanita itu melenting. Dia tolak tubuh anak kecil itu tanpa belas kasihan.

            “Mama…Dylan tidak mahu duduk di sini.”

            “Budak sial! Kau bukan anak aku.” Wanita it uterus meluru ke muka pintu bersama beg pakaiaannya. Ada seorang lelaki sedang menunggunya di luar.

            “Mama…mama…mama…”

            Ameer Dylan membuka matanya. Terasa ada air mata yang mengalir. Dia bingkas bangun memandang ke sisi. Seorang wanita sedang lena di sebelahnya. Wanita itu tidak dikenali. Dia keluar bersendirian tanpa teman. Ameer Dylan memicit kepalanya yang masih berat. Malam tadi dia mabuk teruk. Sepatutnya malam itu dia berangkat ke Perth. Namun urusannya di sana terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu oleh ayah angkatnya.

            Ameer Dylan mengusap wajahnya. Dia mengenakan butang bajunya kembali. Beberapa not seratus ringgit dikeluarkan dari dompet duitnya lalu diletakkan pada meja berdekatan katil itu. Dia memulas tombol pintu bilik lalau melangkah pergi.

            Sepuntung rokok dikeluarkan lalu disedut perlahan. Ameer Dylan lelaki kaya yang bukan sahaja kaki perempuan, kaki mabuk tetapi juga kaki rokok. Dia hembuskan asap rokoknya ke udara.  Bau badan yang masam itu tidak dipedulikan ketika ini. Biarlah orang sekeliling memandangnya. Tiada perempuan yang mahu mendekati dirinya yang selekeh dan berbau begini.

            Ameer Dylan tersenyum sendiri. Dia punya kekayaan dan wajah yang tampan tetapi hatinya kosong. Tiada ketenangan yang dirasai, hanya mimpi silam yang menghantui. Dalam keadaan yang agak leka itu Ameer Dylan tidak sengaja melanggar seorang lelaki tua hingga menyebabkan lelaki tua itu tergelincir dan jatuh dari tangga.

            Seorang gadis bertudung litup meluru membantu lelaki tua berkenaan. Ameer Dylan hanya memandang tanpa perasaan. Bukan dia sengaja pun menyebabkan orang tua itu jatuh tangga. Orang tua itu pun jalan tidak tengok ke hadapan. Apa yang menarik perhatian Ameer Dylan adalah gadis yang bertudung litup itu. Manis sekali orangnya walau tidak secantik gadis-gadis yang pernah mendampingi dia.

            “Pakcik tak apa-apa?” Soal Sufi Alisha lembut.

            “Tangan pakcik sakit nak.”

            “Saya hantar pakcik ke klinik.” Sufi Alisha mengangkatkan wajah.

            Ameer Dylan terpana. Mata jernih milik Sufi Alisha berpadu dengan matanya. Sufi Alisha tidak mempedulikan Ameer Dylan. Dia terus memapah lelaki tua itu menuju ke keretanya. Masyarakat sekarang sudah kekurangan nilai moralnya. Mereka hanya memandang tanpa menghulurkan bantuan seperti lelaki kacak itu.

            Ameer Dylan laju menuruni tangga mendapatkan Sufi Alisha sebelum gadis itu hilang dari pandangan mata. Dia tanpa rasa malu menghalang gadis itu dari masuk ke perut keretanya. Wajah ayu Sufi Alisha berubah. Tandan dahinya berkerut sedikit.

            “Biar I tolong you hantarkan uncle itu ke hospital. I yang bersalah tadikan.”

            Sufi Alisha tersenyum. Dia tidak nampak niat ikhlas pada wajah tampan Ameer Dylan.

            “Maaf…saya tidak percayakan orang macam awak. Boleh awak jangan halang laluan saya.”

            Lembut dan halus suara gadis ini.

            “I ikhlas…” Ameer Dylan mula memancing.

            “Saya tidak nampak keikhlasan itu pada wajah awak. Awak membantu kerana ada niat yang tersembunyi bukan? Encik Ameer Dylan…taktik kotor awak ini tidak berkesan pada saya.”

            Dia kenal dengan aku? Ameer Dylan terlopong.

            “Popular I ni…”

            “Ya..awak memang popular sekali. Usahawan muda yang berjaya di Malaysia. Saya tidak mahu membazirkan masa di sini. Boleh berikan laluan saya.” Sufi Alisha tetap berlembut.

            Ameer Dylan mengalah.

            “Terima kasih kerana mahu membantu walau tiada keikhlasan di situ. Assalamualaikum…” Senyuman di bibir Sufi Alisha masih terukir manis. Sufi Alisha menghidupkan enjin kereta Myvi miliknya itu.

            Sekali lagi Ameer Dylan terpana. Ucapan salam dari Sufi Alisha tidak dibalas. Dia hanya melihat kereta Myvi milik gadis itu bergerak perlahan dan hilang dari pandangan matanya. Ini kali pertama dia tertarik dengan gadis bertudung litup dan berbaju kurung labuh. Tampak seperti gadis yang baik-baik. Satu cabaran menarik buat Ameer Dylan. Dia akan mencari gadis itu sampai dapat. Kuala Lumpur ini bukannya besar.

            Ameer Dylan memang bertuah apabila matanya tertacap pada dompet yang berada di bawah kakinya itu. Dia yakin dompet itu milik gadis tadi. Ameer Dylan membongkokkan sedikit tubuhnya. Dompet itu dicapai lalu dibuka. Terkaannya memang tepat sekali.

            “Nama dia Sufi Alisha….” Bibirnya menguntum senyuman.

“SUFI Alisha…namanya seindah wajah. Dia bekerja di rumah kebajikan ornag-orang tua. Baru berusia dua puluh lima tahun. Apa kata kita bertaruh Carolyn. Kalau I dapat tundukkan dia maka I akan tawarkan sejumlah wang untuk projek you.” Ameer Dylan menunjukkan gambar di dalam dompet itu kepada Carolyn.

Carolyn menggelengkan kepala. Ameer Dylan sudah jumpa mangsa baru. Gadis itu itu sopan dan lemah-lembut pada di mata Carolyn selain dari memiliki wajah yang ayu menawan. Mangsa yang berbeza dari mangsa-mangsa yang lain.

“Tawaran you memang menarik tapi I tak suka cara kotor you.”Kali ini Carolyn tidak bersetuju dengan permainan Ameer Dylan.

“Come on Carolyn…you tak mahu wangkah?”

“Dylan…bukan semua benda dapat dibeli dengan wang you! Bukan semua cinta itu tiada nilainya?” Carolyn mendengus. Ameer Dylan makin melampau!

“Carolyn…kalau bukan kerana wang, suami you tidak akan lari pada perempuan yang lebih berharta tau. Cinta itu boleh dibeli. Nilainya terlalu murah.” Ameer Dylan mengangkat keningnya.

Carolyn menarik nafas panjang.

“Hati you memang sudah buta. Jangan jadikan masa silam you untuk membalas dendam Dylan. Bukan semua perempuan seperti mama you!” Pertama kali Carolyn meninggikan suaranya kepada Ameer Dylan.

“Stop it! Jangan sebut nama perempuan itu! Dia sudah mampus pada I!”

“Dia tetap mama you Dylan! You tetap darah daging pada perempuan yang you benci sangat tu! You kena ingat yang pertalian darah antara you dengan dia tidak akan dapat dipisahkan.”

“Stop it! Stop it!” Ameer Dylan menekup kedua belah telinganya. Riak wajah Ameer Dylan berubah. Nafasnya seperti tercungap-cungap.

Carolyn serba salah. Dia dakap tubuh Ameer Dylan. Dia usap belakang lelaki itu lembut. Dia tahu Ameer Dylan pasti begini apabila diungkit tentang mamanya. Dia perlu meredakan kemarahan lelaki itu.

“I’m sorry Dylan…I’m sorry…”

“I hate her…I hate her…!”

Ameer Dylan tidak dapat mengawal perasaannya. Dia benci pada mama! Amarahnya pada mama tidak pernh padam. Dia tidak mengakui wanita itu sebagai mamanya jika wanita itu muncul semula dalam hidupnya semula. Mama memberikan kenangan pahit dalam hidup dia.

“Dylan…you tahu apabila tiba masanya kelak you tetap akan berhadapan dengan dia.” Bisik hati kecil Carolyn.

Ameer Dylan menolak perlahan tubuh Carolyn. Dia mencapai kot yang dicampakkan pada sofa itu. Dikerling pada Angie yang sendag tidur pulas berdekatan mereka.

“Angie beruntung kerana mempunyai mummy yang menyayangi dia.”

“Dylan…I hope you tak buat kerja bodoh.”

Ameer Dylan hanya mengerling sekilas dan berlalu. Apa yang ada difikirannya tidak boleh dibaca oleh Carolyn. Carolyn yakin Ameer Dylan pasti akan mencari gadis bernama Sufi Alisha itu. Moga suatu hari Ameer Dylan mendapat pengajarannya. Sebagai seorang teman baik dia hanya mendoakan agar Ameer Dylan berubah. Dia tidak mahu Ameer Dylan terus-terusan melakukkan kesalahan.

TERATAK MURNI…itu nama rumah kebajikan orang-orang yang dicari oleh Ameer Dylan. Sufi Alisha pasti tidak senang duduk dengan kehilangan dompetnya ini. Ameer Dylan tersengih. Dia tidak sabar untuk melihat reaksi gadis itu.

            “Assalamualaikum…boleh saya bantu encik..” Seorang wanita menegurnya lembut.

            “Hi..boleh saya bertemu dengan Cik Sufi Alisha.”

            Salam tidak disambut. Sungguh kurang sopan anak muda ini.

            “Maaf…boleh saya tahu encik ini siapa? Apa urusan untuk bertemu dengan Sufi ya?”

            Banyak tanya pula wanita separuh abad ini.

            “Saya Ameer Dylan. Saya ke mari kerana mahu memulangkan dompet ini kepada Cik Sufi Alisha.” Ameer Dylan menunjukkan dompet terbabit kepada wanita berkenaan.

            “Oh! Sebentar ya.” Wanita itu menghilang ke bilik berdekatan.

            Tidak lama kemudian muncul wajah ayu yang dicari oleh Ameer Dylan. Sufi Alisha kelihatan tenang bertentangan mata dengan Ameer Dylan. Tiada riak kerisauan pada wajah ayu itu.

            “Dompet you tercicir semalam…”

            “Alhamdulillah….terima kasih kerana menemuinya.” Ucap Sufi Alisha lembut. Dia menyambut dompet yang dihulurkan oleh Ameer Dylan.

            “Jangan bimbang I tidak mengusik apa-apa barang di dalamnya.”

            “Ya…saya tahu. Masakan awak mahu mengambil wang yang hanya ada ratusan ringgit di dalam dompet ini. Terima kasih atas kejujuran awak.”

            “You’re welcome dear. Ermm…macam  mana dengan uncle yang you hantar ke klinik tu? Dia okay?”

            Makin dekat makin cantik Sufi Alisha di mata Ameer Dylan. Hatinya berdebar melihat wajah putih kemerahan itu.

            “Alhamdulillah…hanya kecederaan kecil. Terima kasih kerana bertanyakan mengenainya.”

            “Baguslah…awak lapang tak malam ini.” Ameer Dylan mula menjalankan strateginya.

            “Kenapa ya?”

            “Saya mahu ajak awak dinner.”

            “Maaf…saya tidak senang malam ini.” Sufi Alisha menolak. Dia mengerti akan niat di sebalik ajakan Ameer Dylan itu.


             “Just dinner…”

            “Maaf Encik Ameer Dylan. Saya ada kelas mengaji Al-Quran di masjid malam ini.”

            “Oh!” Rasa kecewa tertera pada wajah Ameer Dylan. “Bagaimana malam esok?”

            Sufi Alisha menggelengkan kepalanya.

            “Maaf…Saya…”

            “Sufi…Umi Embun sakit Sufi.” Wanita tadi muncul semula mengganggu perbualan yang masih dipertengahan jalan itu. Wajah tenang Sufi Alisha bertukar riak. Ketika ditinggalkan sebentar Umi Embun kelihatan sihat-sihat sahaja.

            Ameer Dylan merengus kecil.

            “Maaf Encik Ameer Dylan. Saya ada hal penting. Terima kasih kerana memulangkan dompet saya. Semoga Allah membalas budi baik encik. Assalamualaikum…” Sufi Alisha segera membuntuti langkah teman sekerjanya.

            “Shit!” Ameer Dylan menendang pasu bunga berdekatannya. Perasaan marah berbaur geram.

            Pandangan mata Sufi Alisha terhadapnya seperti tiada sebarang perasaan teruja. Mungkin jua gadis itu mahu mengujinya dahulu. Bella juga bukan main liat untuk dipikat itupun akhirnya jatuh ke dalam pelukan dia. Inikan pula gadis seperti Sufi Alisha yang tampak kolot itu. Perempuan mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki.

            Tawa kecil Umi Embun membuatkan wajah ayu Sufi Alisha cemberut. Umi Embun sengaja mahu mengenakan dia. Tapi bagus juga kerana dia tidak perlu berbual lebih lama dengan Ameer Dylan itu. Apa pun dia berterima kasih kepada lelaki itu yang sanggup menjejakkan kaki ke rumah kebajikan ini untuk memulangkan dompetnya.

            “Kak Ani memang terkejut beruk tengok lelaki tampan dan segak bergaya seperti Ameer Dylan mencari Sufi tadi.Tak sangka si kasanova itu pun terpikat dengan Sufi ya?” Rohani menghulurkan segelas air kosong kepada Umi Embun.

            “Menagrut saja Kak Ani ni. Dia datang mahu pulangkan dompet Sufi yang tercicir.” Sufi Alisha melabuhkan punggung di sebelah Umi Embun.

            “Kak Ani rasa dia mahu memikat Sufi. Lihat saja pada pandangan matanya yang tajam itu macam mahu menelan Sufi hidup-hidup.”

            Sufi Alisha ketawa kecil. Dia tidak menafikan kata-kata Rohani itu. Kalau tidak masakan baru bertemu Ameer Dylan itu sudah berani mempelawanya makan malam bersama.

            “Dia tidak akan dapat memikat hati anak umi ini. Lelaki seperti itu tidak layak menjadi suami kepada Sufi. Umi takkan restu.” Keras nada suara Umi Embun.

            “Betul tu. Akak takkan benarkan dia mendekati Sufi. Kalau dia datang akak akan halau dia keluar dari Teratak Murni.” Rohani bercekak pinggang.

            Sufi Alisha tersenyum manis.

            “Jangan pula Kak Ani yang terpikat dengan Ameer Dylan. Dia itu tampan dan segak tau.” Sufi Alisha mengusik Rohani.

            Rohani mencebik. Dia pula dikenenkan dengan si kasanova itu.

            “Bukan setakat Sufi…dengan Kak Ani pun dia tak layak tau untuk dijadikan suami mithali.”

            Tawa Sufi Alisha dan Umi Embun bersatu.

Sunday, July 1, 2012

100x Kau Benci Padaku, 1000x Ku Suka Padamu




Ramai mahukan kisah anak Syakir dan Azyan...Akak fikirkan semula sebab kalau nak buat berbelas tahun ke hadapan entah tahun 20....berapa lakkan. So akak buat jalan citer yang tersendiri. Khas di blog sahaja tau. Tajuknya '100xKAU BENCI PADAKU, 1000x KU SUKA PADAMU'

Ameerul Hasif terkenal dengan kenakalannya di kolej. Dia popular tetapi amat suka membuat kacau sampai ada pelajar yang tidak tahan dengan usikan melampaunya. (Bapak borek, Anak rintikkan) 

Zara Sofia pula gadis comel yang suka perasan sendiri. Agak lurus bendul sedikit dan selalu kena buli dengan teman-temannya sekuliahnya.

Mereka bertemu dalam eksiden Ameerul tersalah masuk tandas perempuan. Siap kena hempuk dengan Zara tu. Sejak itu Zara benci pada Ameerul dan kata Ameerul 'pervert' tapi Ameerul sudah terjatuh hati pada Zara.

Zara...jangan perasan sangat tau, awak ingat Mike He tu betul-betul sukakan awak ke? Dia dekat dengan awak sebab dia suka pada Isnalah. - Ameerul

Tak salah kalau saya mencubakan? - Zara

Ada yang dekat nak cuba jugak yang jauh-jauh. - Ameerul

Sibuklah awak ni si mata keranjang! - Zara

Bila Ameerul merajuk hati, Zara jadi susah hati. Macam mana nak memujuk anak Doktor Syakir yang manja tu ya, tambahan pulak kena melayan kerenah adik Ameerul yang kembar tu. 

Nilai Cintanya.... - NC2


“YOU Ameer Dylan.” Seorang lelaki bertubuh sasa menahannya dari melangkah masuk ke perut kereta.

            “Yes, I’m….So what?”

            “You kenal siapa I?”

            “Perlu ke I kenal you! Jika tiada urusan penting dengan I jangan halang laluan I.” Ameer Dylan menepis kasar tangan lelaki terbabit.

            “I John abang Bella. You kenal dengan Bella bukan?”

            Ameer Dylan memakukan matanya pada John. Dia mengorak senyuman nipis.

            “So…you ni big bro Bella lah. You ingat I takut dengan you sebab badan you lagi sasa dan besar dari I?”

            “Berani you rosakkan adik I?” John sudah mencengkam kot yang dipakai oleh Ameer Dylan.

            “Masa kami bersama dan berseronok, kami suka sama suka. I tak paksa dia untuk tidur dengan I.” Senyuman sinis menghiasi bibir Ameer Dylan.

            John  mengetap bibir. Ameer Dylan memang bukan jenis yang mudah ditangani. Dia tahu lelaki itu punya banyak wang untuk membeli segalanya. Jika tidak masakan Ameer Dylan begitu selamba begini.

            “I nak you kahwin dengan Bella! You kena bertanggungjawab pada dia!” John sudah melenting.

            Ameer Dylan ketawa.

            “Hahahaha….Perempuan macam Bella tidak layak menjadi isteri I. I tidak percaya pada ikatan perkahwinan. You cari jantan lain untuk jadi pak sanggup.” Ameer Dylan bukan jenis lelaki yang akan tunduk dengan sebarang ugutan atau paksaan. Kes sebegini sudah biasa bagi dia.

            “Benih dalam perut Bella anak you, Dylan! You kena bertanggungjawab pada Bella!” John makin tidak sabar dengan Ameer Dylan. Dia sudah acapkali melarang Bella dari berhubungan dengan Ameer Dylan. Bella terlalu degil. Inilah padahnya.

            “I bagi duit dan suruh Bella gugurkan kandungannya itu. So settle problem. Berapa yang you perlukan. Seratus ribu ringgit…dua ratus ribu ringgit…I boleh bagi asalkan Bella tidak mengganggu hidup I lagi. Malah kos untuk pengguguran pun I akan tanggung.” Begitu mudah Ameer Dylan menuturkan kata.

            “You memang lelaki tak berguna Dylan…” John melepaskan penumbuk pada pipi Ameer Dylan. Ameer Dylan terdorong sedikit ke belakang.

            Dia meraba-raba pada rahang mukanya. Boleh tahan penangan John itu.

            “Dengar sini John!” Ameer Dylan merentap kolar leher baju John. Wajahnya sudah menjadi bengis. “Perempuan tiada apa-apa makna pada I. Mereka macam kain baju I. I suka I pakai tak suka I buang. You buat pilihan John. Terima duit dari I untuk gugurkan kandungan Bella atau family kolot you yang akan mendapat malu. Gangsters kecil macam you tidak mampu untuk mengapa-apakan I.”

            John merenung Ameer Dylan. Perwatakan Ameer Dylan yang satu ini memang menggerunkan.

            “Huh! You jangan fikir wang boleh membeli segalanya.” John merengus.

            “Manusia tidak boleh hidup tanpa wang. Kalau bukan kerana wang adik you yang bodoh itu tidak akan pandang I.” Ameer Dylan membidas.

            “Hari ini I lepaskan you, Dylan. I terima wang you kerana maruah family I. Tapi I akan bunuh you jika you dekati Bella lagi.”

            John beredar dengan kemarahan yang masih bersisa. Ameer Dylan tersenyum kemenangan. Ugutan John tidak akan mendatangkan kesan kepada Ameer Dylan. Perempuan seperti Bella tiada tempat di hatinya. Bella masih dara ketika dia menyetubuhi gadis itu. Kiranya dia orang pertama yang bersama dengan Bella. Satu pengiktirafan tu.

“PUAN…pengorbanan seorang ibu tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak dapat menjaga ibu yang satu.” Kata-kata gadis bertudung putih itu benar-benar membuatkan wanita anggun di hadapannya itu berwajah kelat.

            Gadis itu berwajah ayu dan lembut tetapi tutur katanya agak berbisa sekali. Dia sudah melaburkan wang untuk rumah kebajikan orang orang tua ini namun gadis ini seakan tidak melihat jasa yang dia taburkan.
            “Ibu I akan lebih terjaga duduk di sini. I orang berkerjaya tiada masa untuk menjaga kebajikannya.” Puan Zaharah membalas dengan nada yang meninggi. Semua mata terarah ke arah mereka.

            “Tapi seorang ibu tidak merungut menjaga kebajikan anaknya ketika kecil.” Gadis itu mematahkan kata-kata Puan Zaharah. Terdiam wanita itu.

            “Sufi Alisha!”

            Pantas gadis itu berpaling sebaik namanya disebut. Lelaki segak dengan sut kot serba hitam itu mendekati.

            “Jangan awak berkurang ajar dengan mama saya.” Lelaki itu menyambung lagi.

            “Saya bercakap benda yang betul. Saya tidak meninggikan suara dengan mama awak, Encik Zairul Hisyam.”

            Mereka saling bertatapan mata. Lelaki itu melepaskan keluhan kecil. Dia sudah lelah dengan sikap Sufi Alisha dengan keras kepala dan membidas itu. Hubungan mereka semakin tegang dengan sikap Sufi Alisha. Nampak saja Sufi Alisha gadis yang lemah-lembut namun hati gadis itu sekeras kelikir.

            “Putuskan hubungan Zairul dengan dia! Mama tak suka dapat menantu yang suka melawan cakap macam dia.” Puan Zaharah sudah memalingkan mukanya. Sebelum ini dia memang berkenan dengan Sufi Alisha. Dia tidak kisah dengan pilihan anak teruna sulungnya itu asalkan anak itu gembira.

            Zairul Hisyam tersentak.

            “Mama…”

            “Kalau dia tidak maaf pada mama, mama tidak akan merestui hubungan kamu lagi. Keputusan mama muktamad!”

            Zairul Hisyam memandang ke arah Sufi Alisha yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

            “Sufi…please…” Zairul Hisyam seakan merayu pada gadis itu.

            Sufi Alisha menggelengkan kepalanya.

            “Awak tidak kesian pada nenek awakkah Zairul? Dia perlukan perhatian dari anak-anak dan cucunya. Mengapa kejam sangat sampai sanggup meninggalkan dia di sini? Orang gaji dua tiga orangg tetapi ibu seorang tidak terjaga sebab dia sakit tua. Di mana pengorbanan anak kepada seorang ibu?” Wajah Sufi Alisha kian sayu.

            “Sufi Alisha!” Zairul Hisyam sudah mengangkat tangannya.

            “Perkara yang betul dipandang salah. Perkara yang salah dipandang betul..” Sufi Alisha masih berani untuk bersuara.

            “Zairul! Putuskan saja hubungan Zairul dengan perempuan ni! Muktamad!” Puan Zaharah berpaling dan melangkah keluar. Tidak kuasa untuk dia bertekak dengan gadis kolot itu lagi.

            Zairul Hisyam mengetap bibir.

            “Awak benar-benar mengecewakan saya, Sufi.” Zairul Hisyam hampa dnegan sikap keras hati Sufi Alisha yang tidak mahu mengalah. Dia sayangkan gadis itu tetapi masakan dia mahu menentang kata-kata mama yang dia sayangi.

            “Awak yang mengecewakan saya, Zairul.” Sufi mengalihkan pandangan matanya dari terus bertenatangan dengan Zairul Hisyam.

            “Sufi…saya cintakan awak.” Luah Zairul Hisyam. Dia mahu Sufi Alisha tahu yang dia benar-benar mencintainya.

            “Tapi awak tidak cintakan kasih dan sayang. Awak tidak cintakan nenek awak yang uzur ini.”

            Zairul Hisyam terkedu.

            “Maafkan saya, Sufi…”

            “Saya sudah maafkan awak, Zairul. Mungkin sudah ditakdirkan yang kita tidak berjodoh. Saya bukan rusuk kiri awak yang terpisah.” Wajah tenang Sufi Alisha menambahkan sakit di hati Zairul Hisyam. Berat hatinya untuk melepaskan Sufi Alisha.

            “Sufi….”

            “Zairul…tiada manusia yang sempurna dalam dunia. Sehebat mana pun kita, setinggi mana pun kita belajar, kita masih ada kekurangannya…” Sufi Alisha mengukirkan senyuman di bibirnya. Zairul Hisyam terpana.

            “Sufi Alisha…nama awak tetap terpahat di hati saya. Jika ada jodoh kita, kita pasti akan bersama kelak.”

            Zairul Hisyam mengaturkan langkah longlai.


SUFI ALISHA mengucup lembut pipi wanita yang sudah dimamah usia itu. Dia usap lembut wajah wanita yang sedang bermenung di balik jendela itu. Sikap mesranya terhadap penghuni-penghuni rumah kebajikan orang tua itu amat disenangi. Rata-rata penghuni rumah kebajikan itu menyayanginya. Dia gadis yang tidak pernah merungut dengan kerenah-kerenah penghuni di situ. Malah ada yang sudah menganggapnya seperti anak sendiri.

            “Bila Sufi sudah berumahtangga nanti, umi  mesti berasa sunyi.” Umi Embun adalah salah seorang penghuni yang sebelum ini sering menimbulkan masalah kepada Sufi Alisha. “Umi…apa umi cakap ni? Umi ingat Sufi akan melupakan umi ya.” Sufi Alisha memaut bahu Umi Embun.

            “Iyalah…Zairul itu orang senang. Dia mesti akan bawa Sufi jauh-jauh.”

            Sufi Alisha ketawa kecil.

            “Umi…Sufi tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Zairul. Sufi tahu dia suka pada Sufi dan dia melamar Sufi untuk menjadi suri di hatinya. Tapi perasaan Sufi tiada untuk dia.” Sufi Alisha mula menyikatkan rambut Umi Embun yang sudah terurai itu.

            “Masakan Sufi tiada langsung suka pada Zairul. Zairul tu serba-serbi lengkap untuk menjadi idaman gadis.” Umi Embun muncungkan bibirnya.

            “Umi…Dia memang cukup lengkap segalanya tapi dia belum lengkap untuk menjadi seorang suami yang solehah akan membimbing Sufi ke jalan Allah kelak. Sufi tidak memilih pada paras rupa tetapi hatinya tapi Sufi akan menerima dengan hati yang ikhlas jika telah tersurat olehNYA yang Zairul adalah pasangan Sufi.”



Sufi Alisha teringat pada kata-kata ustaznya di sekolah dahulu. Cinta merupakan perasaan fitrah yang Allah s.w.t anugerahkan kepada kita. Cinta sesama manusia adalah fitrah yang Allah jadikan sejak penciptaan Nabi Adam a.s. di mana Allah swt menghadirkan Siti Hawa di sisi Nabi Adam a.s sebagai peneman suka dan duka.Walaupun disingkirkan dari syurga, dan dipisahkn di dunia, cinta mereka tetap utuh dan mereka sangat setia antara satu dengan yang lain. Percintaan Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s. Setelah bertahun-tahun mencintai Yusuf, akhirnya Zulaikha menemui cinta yang sebenar-benarnya. Walaupun Yusuf a.s menjadi miliknya, namun cinta al-Khaliq memenuhi ruang hatinya. Cinta mereka bukanlah cinta berlandaskan nafsu semata-mata. Malah, disertakan keimanan kepada Allah swt.

Namun begitu, jika dilihat percintaan zaman sekarang, kebanyakan muda-mudi tidak meletakkan Allah swt sebagai matlamat yang utama. Mereka sanggup mengabaikan apa yang dituntut oleh syara’ untuk memuaskan nafsu mereka.

 Tidak salah untuk bercinta. Islam juga menyokong couple atau bahasa Melayunya berpasangan. Tapi, ada syarat untuk ber’couple’ dalam Islam. Syaratnya ialah perlu melalui fasa pernikahan dahulu. Maka Islam menghalalkan hubungan ber’couple’ yang terbina. Alangkah indahnya menikmati percintaan di jalan yang halal dan diredhai Allah swt. Hati merasa lebih tenang, malah tidak perlu bimbang tentang fitnah dan zina.

            “Umi percaya yang Sufi akan mendapat lelaki yang baik-baik.” Hati Umi Embun tenang setiap kali melihat wajah ayu Sufi Alisha. Alangkah bertuahnya jika dia mempunyai anak sebaik Sufi Alisha.

            “Umi…Allah sentiasa menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran umatnya. Sufi bersedia dengan ujianNYA jika Sufi ditadkirkan bertemu dengan jodoh dengan lelaki yang bukan seperti Sufi impikan. Siapa tahukan.” Bumi Allah ini hanya persinggahn sementara untuk manusia melalui pelbagai ujian dalam kehidupan.

            “Sufi…umi sentiasa doakan yang baik-baik untuk Sufi. Umi tak mahu Sufi menderita macam umi yang sebelum ini asyik menyalahkan takdir sedangkan umi tidak berusaha untuk mengubahnya. Umi lupa untuk berdoa dan memohon kepadaNYA.” Umi Embun menggenggam jemari halus Sufi Alisha. Dia sayangkan Sufi Alisha. Dia tidak mahu Sufi Alisha disakiti.

            “Terima kasih umi kerana mendoakan untuk Sufi.” Sufi Alisha memeluk erat tubuh Umi Embun.

            “Ingat Sufi…doa umi bersama Sufi. Sufi anak umi…”

            Setitis air mata jatuh pada pipi gebu Sufi Alisha. Terima kasih Ya Allah, kerana memberikan aku kasih sayang tidak terhingga di sini. Aku akan jaga ikatan aku bersama penghuni-penghuni di sini sebaik-baiknya. Terima kasih kerana menumpangkan aku kasih sayang dari mereka yang tidak sedarah sedaging denganku.

            Sufi Alisha menyapu air mata yang mengalir.