PANDANGAN mata Joe yang
maha tajam itu buat Fika rasa tidak selesa. Tolonglah… seram dan meremang bulu
roma pun ada. Cepatlah pesanannya sampai. Habis makan dia boleh terus pulang.
Lepas ini maaflah dia mahu bertembung dengan Joe ini lagi. Kalau bertembung
juga dia akan mengelak.
Joe pula suka melihat
sikap Fika yang mudah gelabah. Comel juga gadis bernama Fika ini. Geram pula
dia melihat pipi tembam Fika. Mahu saja dicubit-cubitnya. Namun Joe tahu
pergaulan antara perempuan dan lelaki ada batasnya. Fika itu belum sah untuk
disentuh. Dia rasa mahu mengajak Fika menikah sahaja. Namapk sangat kau gelojoh
Joe!







