Friday, October 11, 2013
Thursday, October 10, 2013
Tangsisan Sekeping Hati - Entry 1
Assalamualaikum... Sedia maklum NC telah distopkan sampai Bab 28 sahaja. Tunggu nak masukkan bab special. Jadi saya gantikan siri NC dengan karya kuno saya since ditulis pada tahun 2008 yang saya olah sedikit penceritaan dari manuskrip asalnya.
Prolog
adakah seorang insan yang mengerti..
apakah erti kehidupan ini…
pernah kucari erti cinta sejati
pernah kucari erti cinta sejati
namun yang kutemui hanyalah mimpi..
suatu mimpi kosong yang tak bertepi
apakah salah hati ini
ingin memiliki sebuah cinta sejati..
apakah erti sebuah persahabatan sejati
apakah erti sebuah persahabatan sejati
apakah itu juga sebuah mimpi..?
jika benar,
apalah erti semua ini..
sudah banyak hari kujalani
tanpa suatu tujuan yang pasti…
semua seakan hanyalah ilusi..
semua seakan hanyalah ilusi..
ilusi yang tiada memiliki erti
namun akhirnya satu hal kusedarihanya
namun akhirnya satu hal kusedarihanya
Tuhan yang sungguh mengerti,
tentang semua erti kehidupan ini..
kekosongan hati ini
tidak lagi diisi dengan benci..
tak ada yang lebih murni
dari kesucian cinta Ilahi
Wednesday, October 9, 2013
Nilai Cintanya - NC 28
DELINA mengetap bibir melihat wajah
selamba Ameer Dylan. Lelaki itu seakan sudah tidak mengendahkan dia lagi. Layanan
yang diberikan juga agak dingin. Sikap tidak acuh Ameer Dylan terhadapan
mendambahkan sakit di hati Ameer Dylan. Lelaki ini perlu diajar. Benar kata
Damien dia bodoh kerana menyelitkan perasaan pada Ameer Dylan.
Delina
meletakkan sudu dan garfunya di atas meja. Seleranya sudah mati melihat Ameer
Dylan yang langsung tidak menyentuh masakkan yang dihidangkan khas buat lelaki
itu.
“Dylan…
penat I masak untuk you.”
Sunday, October 6, 2013
Cerpen: Siapalah Aku (Bahagian I)
TEMAN-teman
sepejabat mula berbisik sesama sendiri saat Fiqa melintasi. Fiqa meluru terus
ke arah mejanya. Hairan dengan tingkah-laku teman-teman sekerjanya. Dia ada
berbuat salah ke? Hati Fiqa gusar memikirkan perubahan teman-teman sekeliling.
Namun dia cuba berlagak tenang.
Tumpuan sekarang pada
lukisan-lukisan bangunan yang berada di atas meja. Dia tidak mahu kerjanya
tertangguh hanya kerana perilaku teman-teman sepejabatnya itu. Fiqa juga tidak
mahu kerja dibuat separuh jalan. Lagipun Dato’ Bakri sudah memberikan dateline untuk lukisan projek ini.
“Fiqa!” Wajah tampan Syafiq terpacul
di mejanya.
“Ya Encik Syafiq.”
Saturday, October 5, 2013
Nilai Cintanya - NC 27
“I sudah sihat. You tidak perlu
risaukan I lagi.” Ameer Dylan meyarungkan kot pada tubuhnya.
“Doktor
bagi abang berehat sampai esok. Abang ambillah peluang untuk berehat dulu. Sufi
sudah maklumkan pada ayah.”
“Ada
banyak kerja di pejabat yang perlu abang uruskan. Lagipun abang tidak suka
kerja abang bertangguh lebih lama.” Ameer Dylan memberikan isyarat kepada Sufi
Alisha agar memperbetulkan tali leher yang dikenakan.
Sufi
Alisha merapati dan menjalan tugasnya seperti sediakala. Tali leher Ameer Dylan
diperkemaskan. Suaminya memang sentiasa mahu tampak segak bergaya.
Teman Pengganti - Episode 5
HATI Fika tidak tenang
menghadap kertas-kertas assignmentnya.
Kenapalah dalam kepala otak ini boleh teringatkan Joe. Joe yang dianggap
berlagak dan ego itu sebenarnya seornag yang sempoi dan selamba habis. Dia yang
salah tafsir tentang lelaki itu.
‘Don’t
Judge A Book in By Its Cover’
“Fika..” Panggil Kuza
yang sedang duduk melayan majalah URTV di atas katil.
Fika menoleh.
“Ya… ada apa?”
“Kau kenal dengan Joe
ke?”
Tuesday, October 1, 2013
Nilai Cintanya - NC 26
AMEER
Dylan menarik selimut pada tubuhnya sambil memicit kepalanya. Dia duduk melihat
keadaan sekelilingnya. Dia tertidur di atas sofa. Semalam dia sengaja tidak
mahu dihantarkan pulang ke rumahnya. Dia ingin Sufi Alisha sakit hati dengan
tindakannya itu. Sufi Alisha pasti menanti kepulangannya hingga larut malam.
Kelly!” Ameer Dylan memanggil
lantang.
Tiada sahutan.
“Kelly!” Dia memanggil lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)







