Tab Menu

Followers

Tuesday, June 21, 2011

Coke and Sundae II - Bab 25

SYAKIRSyakir…Syakir…hari ini aku akan calit kau dengan minyak guna-guna Mak Esah ini. Aku tidak peduli apa orang mengata. Apa penting apa yang aku nak mesti berada dalam genggaman aku! Dalam soal ini bukan salah aku tapi kau Syakir. Kau langsung tidak memberikan peluang untuk cinta aku. Aku tidak kau cara kasar maka aku gunakan cara halus. Katrina memerhatikan Syakir yang sedang memeriksa pesakit-pesakitnya di wad tersebut. Wajah Syakir agak sugul tidak seperti kebiasaannya. Mungkin Syakir sedang bermasalah dengan isteri dia. Semestinya Azyan ada memberitahu Syakir tentang kedatangan dia ke rumah mereka. Syakir pun kelihatan tidak mahu menegur dia.


            Musliha memerhatikan gelagat Katrina yang agak mencurigakan. Perempuan itu pasti telah melakukan sesuatu pada keluarga Syakir. Dia ada dengar dari Izmi yang Syakir sedang perang teluk dengan isterinya. Musliha tidak dapat berdiam diri begini. Dia harus bersemuka  semula dengan Katrina. Dia sudah memberikan amaran kepada Katrina. Nyata perempuan seorang ini tidak makan saman. Jika Katrina tidak boleh juga dibawa berbincang dia akan adukan hal in kepada Syakir.


            Waktu rehat memberikan peluang kepada Musliha untu bertemu dengan Katrina. Itupun setelah dia menangkap Katrina di bilik Syakir. Berani sungguh Katrina menyelinap masuk ke bilik lelaki tu. Entah apa yang ingin dilakukan oleh Katrina. 


            “Apa lagi yang you tidak puas hati dengan I, Mus?” gerutu Katrina. Musliha ini kerap saja mengacau rancangannya.


            “Perempuan macam you yang menjatuhkan martabat kaum wanita tahu tak. You memang perosak! Apa yang you dengki sangat dengan Syakir dan isterinya. Mereka tidak kacau you!” Musliha berbicara keras. 


            Katrina ketawa kecil. Apa dia buat tidak kena-mengena dangan Musliha. Apahal Musliha mahu menjaga tepi kainnya. Dia tidak mengusik Izmi buah hati Musliha itu. Izmi tidak menarik perhatian Katrina.


            “Mus….I tidak kacau hidup so lebih baik you butakan mata apa yang you lihat sekarang. Jangan campuri urusan I kalau you nak hidup you selamat.” Katrina menunjalkan jari telunjuknya pada dahi Musliha. Dia tidak takut pada amarah Musliha. Kalau Musliha ingin membuat aduan pada Syakir pun dia tidak kisah. Adulah! Itupun jika umur Musliha masih

panjang. Katrina tersenyum.


            “Kat…you ada rupa ada harta. You boleh dapat lelaki yang jauh lebih baik dari Syakir. Jangan ganggu rumahtangga Syakir. Lagipun jaga reputasi you sebagai seorang doktor.” Musliha menasihati.


            “Please Mus….I sudah muak dengan nasihat basi you itu. Perempuan sekarang tdak kisahlah dengan laki orang atau tunang orang. Soal hati dan perasaan ini bukan boleh dielak. Lagpun I memang sukakan Syakir. I mencintai Syakir!” Katrina tidak malu untuk berterus-terang. Kenapalah Musliha sukar untuk memahaminya.


            “Tapi perasaan suka itu boleh dielakkan Kat. Hendak seribu daya. Di mana harga maruah you sebagai seorang perempuan. Tergamakkah you menyakiti hati kaum sejenis you!” Musliha merenung Katrina dengan pandangan yang tajam.


            “Hahaha…” Katrina ketawa. “You memang berfikiran kolotlah Mus. Soal harga diri tolak tepi. Soal dara atau tidak dara pun sudah tidak menjadi isu terkini. Zaman serba moden ini kita tidak perlukan belas kasihan. I peduli apa dengan kaum sejenis I. Best women wins!


            Musliha mengucap panjang. Katrina sudah terpesong dari persimpangan. Dia rasa malu kerana ada teman sekerja yang berkelakuan seperti Katrina.


            “I tidak akan berdiam diri Kat.” Musliha berlalu pergi.


            Katrina mengeluarkan telefon bimbitnya setelah Musliha hilang dari pandangan mata. Dia sudah mengaturkan rancangan untuk Musliha.



“I mahu jumpa you selepas balik kerja nanti. Kita jumpa di restoran biasa itu bersama Izmi.” Itu kata-kata yang Musliha sebelum balik. 


Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tubuh Musliha terbaring di atas jalan raya berlumuran dengan darah. Izmi memaku tubuh Musliha dengan raungan. Musliha telah dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak dikenali ketika sedang menyeberangi jalan raya. Sedangkan tiada kelibat kereta yang kelihatan dari arah bertentangan. Bagaimana kereta tersebut boleh muncul secara mendadak dan terus melanggar Musliha. Kejadan yang menimpa Musliha pula berlaku di hadapan mata Syakir dan Izmi. Mereka tidak sempat mengencam nombor plat kereta berkenaan. Semuanya berlaku dengan begitu pantas!


            “Mus…” Izmi mengusap-usap wajah Musliha. Kawasan kemalangan itu mula dikerumuni orang ramai. Bunyi siren ambulans dan kereta polis jelas kedengaran.


            Kecederaan yang dialami oleh Musliha sememangnya parah. Darah mengalir dari telinga, lubang hidung dan mulut. Musliha perlu segera dibawa ke hospital. 


            “Bawa bersabar Izmi.” Syakir menepuk lembut bahu Izmi keika berada berdua berada di dalam kereta ambulans. Dia juga risaukan keadaan Musliha. Musliha adalah teman sekerjanya. Musliha mengajak untuk keluar bersama kerana ada sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada dia. Izmi turut diheret sekali.


            “Kalau I dapat orang yang melanggar Mus itu, I akan kerjakan dia sampai mati.” Izmi dirasuk dengan api kemarahan. Mereka masih menanti di luar wad kecemasan itu.


            “Sabar Izmi…bawa bersabar.” Syakir cuba menenangkan temannya itu. Jika dia berada di tempat Izmi pun dia tidak dapat berfikir secara rasional. Siapa yang tidak sedih melihat orang tersayang dilanggar depan mata. 


            Bagaimana jika berlaku kepada Azyan. Dia akan cari orang yang melanggar isterinya itu hingga ke lubang cacing. Minta di jauhkan. Dia tidak sanggup melihat Azyan terlantar di atas katil dengan wayar berselirat. Dia tidak sanggup menjadi duda anak satu. Ish…apa yang kau fikirkan ni Syakir. Istighfar banyak-banyak. Syakir mengurut dada.


            “Abang…” Halus suara yang memanggilnya itu.


            Syakir berpaling. Senyuman terpalit di hujung bibirnya. Azyan…My love…My darling…I miss so much! Ikutkan rasa mahu dia peluk Azyan sekarang. Rindu sangat dengan isterinya itu. Ala baru seminggu tidak tidur sekatil pasal kes Azyan merajuk Doktor Muhammad Syakir sudah angau. 


            Syakir merapati Azyan bersama Ameerul. Anak teruna yang seorang ini mana boleh ditinggalkan. Cemas raut wajah isteri tersayangnya itu. Azyan masih sempat mencerlung pada Izmi yang masih tidak keruan duduk di atas kerusi panjang itu.


            “Apa sudah berlaku bang?” soal Azyan lembut. Marah sudah hilang apabila mendengr berita tentang kemalangan yang menimpa Musliha. Walaupun dia tidak begitu mengenali Musliha, namun gadis itu seorang yang baik.


            “Kejadian berlaku sekelip mata. Kami pun tidak dapat mengencam kereta yang melanggar Musliha.” Jelas Syakir.


            “Langgar lari?” Azyan membuat terkaan.


            Syakir anggukkan kepalanya.


            “Bagaimana kalau abang yang kena langgar?” Syakir ingin menduga Azyan.


            “Shhhh! Abang jangan cakap macma itu. Ayang tak sukalah.” Azyan meletakkan jari telunjuknya pada bibir Syakir. Ada air mata bergenang di kelopak mata Azyan.


            “Ayang sayang sayang abang tak?” Syakir menarik Azyan di dalam pelukannya.


            “Seribu kali sayang.” 


            “Kita sama-sama doakan Musliha tidak apa-apa.” bisik Syakir perlahan. Dia kucup dahi Azyan lembut.


            Ameerul tersenyum. Nampak seperti ada tanda-tanda ayah dengan ibu hendak berbaik-baik semula. Alhamdulillah….Ibu itu luar sahaja kata benci tapi dalam hati rindu tidak terkata. Sudah juga menjadi orang dewasa ini.



PADAN muka dengan musliha! Kalau perempuan itu mati pun bukan urusan Katrina. Dia puas hati dengan kerja orang suruhan Leena. Berani perempuan itu mahu mencampuri urusan peribadinya. Musliha sudah menerima habuannya kini hanya tinggal Azyan. Nur Azyan Binti Idris….isteri kesayangan Syakir. Dia akan buat Azyan merana seumur hidup!


            “Hari ini you nampak happy sangat. You sudah dapat apa you mahukan ke?” Suara Aria memecahkan keheningan di meja itu. 


            “Well…I happy sebab musuh-musuh I sudah kecundang dalam tangan I. So I mahu celebrate dengan you dan Leena.” Katrina ketawa kecil.


            “You buat kerja kotorlah ni?” desis Aria. Dia makin tidak senang tingkah-laku Katrina yang kian melampau. Katrina mementingkan diri sendiri!


            “You jangan menyibuklah Aria. Apa yang I dan Kat buat bukan urusan you. You duduk diam-diam sudahlah.” celah Leena. 


            “I memang tidak akan mencampuri urusan you berdua lagi. I tidak mahu bersubahat dengan kerja kotor you.” Aria bingkas bangun.


            “You ingat you bersih sangat. Sedar diri sikit perempuan kelab malam!” getus Leena. Dia mula geram dengan sikap Aria yang kian berubah. Aria tidak lagi ngam seperti dulu-dulu. Aria sudah jauh berubah.


            “I mengaku I tidak baik mana. I seorang pekerja kelab malam tapi I tidak punya hati busuk seperti you berdua.”


            “Lepas ini kalau ada masalah jangan cari I dan Kat.” Leena mencemikkan muka.


            “I tidak akan mati tanpa bantuan dari you dan Kat. Good bye.” Aria melangkah pergi.

Dunia Katrina dan Leena bukan lagi dunianya. Dia akan membuat haluan sendiri. Aria sudah membuat keputusan muktamad! Lagipun ada orang yang ingin membantunya keluar dari kancah hina itu. Seorang lelaki yang baik budi pekertinya. Dia berjanji tidak akan tersesat mencari haluan tuju. 


            Katrina merengus kecil. Siapa yang membuat Aria berubah mendadak begini. Aria tidak lagi sekepala dengan mereka berdua. 


            “Huh! Dia fikir dia siapa? Dia susah nanti apsti akan cari kita semula Kat. Macam kau tidak eknal dengan Aria itu.” Leena menjuihkan bibir.


            “Kita lupakan pasal Aria. I teringin mahu tahu tentang teman lelaki baru you. I dengar orangnya hebat. Siapa dia?” Katrina mengangkat kening nipisnya. 


            Leena ketawa kecil. Lelaki yang dia temui di restoran dulu memang hebat dan mengancam! Kacak dan bergaya. Seratus-peratus lebih bagus dari Taufik! Leena bangga berdampingan dengan lelaki itu. Dia tidak peduli tentang statusnya sebagai seorang isteri. Ada apa dengan status itu. Dia sering kesunyian kerana kesibukkan Taufik. Leena bebas seperti burung mencari keseronokkan di luar. 


            “Rizlan Yusuf…dia baru pulang dari luar negera. I dengar dia anak orang ternama di Kuala Lumpur juga dan kini sedang mengambil alih syarikat ayahnya. Khabarnya dia bekas jurulatih kick boxing.” Leena menghulurkan sekeping kad nama kepada Katrina. Katrina membelek-belak kad tersebut.


            Wow! Lelaki bernama Rizlan itu memang bukan calang-calang orangnya. Hebat daya tarikan Leena. Dia juga yang masih terkial-kial untuk mendapatkan Syakir. Syakir langsung tidak memandang kejelitaan pada wajahnya. 


            “You sudah calit mamat yang you gila-gilakan itu?” soal Leena.


            “I masih mencari peluang. I sudah beritahu you bukan senang untuk mendekati dia. Tambahan pula ada penyibuk seperti Musliha. I lega sebab Musliha sudah dibereskan. Kebetulan esok I satu shift dengan dia.” 


            Katrina menopang dagu. Matanya sudah terarah pada kelompok gadis riuh-rendah berdekatan meja mereka. Lihat pada lagak kumpulan gadis itu seperti budak-budak bawah umur. Ala di disko ini memang ramai budak-budak bawah umur. Mereka bijak menukar penampilan untuk tampak lebih matang.


            “Good luck! You nak menari dengan I ke?” Leena sudah bangun dari kerusinya.


            “I tiada mood nak menarilah malam ini.” Katrina menghirup minuman coca-colanya.


            Leena menjongketkan bahu. Dia berlalu dan menyertai kumpulan manusia yang sedang asyik menikmati muzik yang berkemundang di udara. Malah ada yang sudah hanyut dengan dunia mereka ciptakan sendiri. Katrina hanya memerhati dari tempat duduknya. Apa yang ada dalam fikirannya ketika ini adalah Syakir. Dia tidak sabar untuk menunggu hari esok. Rancangannya untuk esok tidak akan gagal lagi. Katrina akan memastikannya!


* Terima kasih atas sokongan dan komen-komen dengan e-novel Coke and Sundae II. Ilya mohon maaf kerana e-novel ini dibehentikan setakat bab 25 sahaja atas tujuan penerbitan. Harap anda semua sabar menunggu Coke and Sundae II berada di pasaran nanti ^_^ For CNS II with. love. Namun Ilya tetap sajikan anda dengan e-novel lain dari Ilya seperti kesinambungan 566 Hari Mencari Cinta 'Satukan Cinta Kita'.


Satukan Cinta Kita - Prolog


APAKAH ini kesudahan cinta kita Keyrill? Apakah ini yang kau pintakan dariku. Kau pintakan perpisahan setelah cinta kita sedang hangat membara. Mengapa terus-terusan kau menyiksa jiwa dan ragaku? Mengapa kau perlu hadir setelah hampir cinta ini padam untukmu. Mengapa Keyrill? Mengapa engkau tidak terus lenyap dari dunia ini? MENGAPA? Firdayu merintih sendiri. Air mata luruh membasahi kedua-dua pipi gebunya. Mata Firdayu tidak lari merenung lelaki tampan bermata hazel di hadapannya itu.

            “Apakah kita saling mengenali Cik Firdayu?” Soal Khilfi lembut. Firdayu bagaikan terkena kejutan elektrik. Masakan Keyrill tidak mengenali dirinya ini. 

            Mata mereka bertaut. Ada satu perasaan aneh bergentar di hati Khilfi. Apakah wanita ini ada di dalam kenangannya yang hilang. Raut wajahnya, senyumannya dan lirikkan matanya seperti wanita di dalam mimpinya itu. Khilfi mula merasa kesakitan pada bahagian kecederaan di otaknya dulu.

            Keyrill…mengapa wanita ini memanggil dia Keyrill? Siapa Keyrill? Adakah lelaki bernama Keyrill punya wajah seraut dengan wajah dia?

            Firdayu merapati Khilfi. Dia sentuh wajah yang dirinduinya itu. Wajah yang membuatkan hati Firdayu nanar saban waktu. 

            Tidak mungkin Keyrill tidak mengenali. Adakah lelaki ini pelanduk dua serup? Namun.... segala tindak tanduknya amat menyerupai Keyrill. Apa yang aku tidak tahu? Apa yang berlaku pada Keyrill hingga dia tidak mengenali aku!

            “Maaf!” Doktor Shaza muncul di antara mereka. Dia kerling Firdayu tajam. Bagaimana ini boleh terjadi. Dia sedaya upaya tidak mahu mempertemukan Firdayu dengan Khilfi. Dia tidak mahu Khilfi mengingati kisah silam bersama wanita ular ini atau dengan sesiapa pun! Khilfi hanya perlu ada dia seorang.

            “Siapa pula you ini?” Firdayu merenung Doktor Shaza dengan penuh tanda tanya.

            “You tidak perlu tahu siapa I. Apa yang penting you jangan dekati adik I ini! Dia sakit!” Doktor Shaza seakan memberikan amaran kepada Firdayu. Lantas dia menarik tangan Khilfi. 

            Tergesa-gesa Khilfi mengikut langkah kakaknya itu. Namun dia sempat memalingkan wajahnya ke arah Firdayu sebelum hilang di khalyak ramai.

            Firdayu mengerutkan dahi. Hatinya dilanda seribu persoalan. Adik? Setahunya Keyrill tidak punya seorang kakak tetapi hanya ada adik bernama Aliyah. Hati Firdayu sayu apabila dia mengingati Aliyah. 

            “Yue!” Ada suara menegurnya dia di belakang. Firdayu berpaling. Bibirnya mengulum senyuman hambar. 

            “Ruzair…”

Monday, June 20, 2011

Coke and Sundae II - Bab 24

“SAYANG…abang berani bersumpah yang abang tiada apa-apa hubungan dengan Katrina. Tapi kalau sayang nak abang nikah lagi pun abang setuju.” Beria-ia Syakir menyakinkan Azyan.


            “Apa dia? Cuba ulang ayat terakhir itu sekali lagi.” Azyan menadahkan telinganya. Bukan dia tidak dengar apa yang Syakir cakapkan. 


            “Abang gurau je.” Syakir tersengih macam kerang busuk.


            Azyan mengetap bibir. Gurau pun macam ada niat nak tambah lagi seorang. Syakir mahu kahwin lain boleh. Tapi dia mahu dilepaskan. Siapa kata madu itu manis. Pahit macam hempedu. Azyan pandang Syakir atas hingga bawah. Suaminya ini memang segak dan bergaya. Lihat dari segi penampilan pun dia tahu. Syakir sebenarnya tidak berapa sesuai menjadi seorang doktor. Wajar sekali Katrina Kaif itu tergila-gilakan Syakir. Kalau tidak masakan perempuan itu berani datang bertemu dengan dia.


            “Abang sayang Yan seorang saja. Yan tak percayakan abang ke? Dulu masa Azyan jadi gorilla pun abanf tak pandang gadis lain.” Dia perlu memberikan kepercayaan pada Azyan. 


            Cis! Berani Katrina mahu merosakkan perhubungan dia dengan Azyan. Jaga kau perempuan! Aku mesti kena ajar kau sikit! Sakit mental punya perempuan.


            “Manis hanya di mulut tapi lain pula kata hati.” 


            Syakir terkedu. Bila pula Azyan pandai bermadah cinta ini. Perempuan tidak terluka apabila ada perempuan secara terang-terangan menyatakan ingin merampas suaminya. Siap membuat kata cabaran pada isteri dia yang comel ini. Dia usap lembut pipi gebu Azyan. Dia mahu Azyan tahu yang suaminya lelaki pencinta setia bukan lelaki pencinta wanita seperti lagu Irwan Syah itu.


            Apa yang Katrina pada lelaki seperti dia. Kalau dia Putera Raja ada juga faedahnya Katrina mahukan dia. Dia hanya seorang doktor! Doktor Muhammad Syakir anak kepada Cikgu Ilyas yang sudah pencen jadi pengetua. Dia tidak menyangka sama sekali yang Katrina lebih dahsyat dari Emelda. 


            “Ayang boleh operate dada abang. Ayang boleh lihat nama siapa yanga da pada hati abang.”


            “Betul…abang tak kisah ayang operate dada abang pastu ayang makan hati abang mentah-mentah. Anak dalam perut ni memang sedang teringin nak makan hati.” Azyan memalitkan senyuman di hujung bibir.


            “Makanlah…kalau ayang yang makan dada abang semestinya abang rela.” Syakir menayangkan dadanya pada Azyan.


            Ala…dada doktor cicak kobeng manalah mantap mana. Azyan pun tidak berselera nak merobek dada dan makan Syakir. Ingat dia manusia kanibal ke?


            “Azyan nak tanya abang?” Jelingan mata Azyan tetap tajam menikam kalbu.


            “Soalan Matematik Tambahan abang tak pandai jawab. Soalan pasal bedah siasat abang boleh jawab.” Syakir buat loyar buruk. Azyan mencebik. Ada pulak yang kena sumbat dengan cili api nanti. Lawak tak kelakar!


            “Abang ada hati ke dengan Doktor Katrina Kaif tu?” Soalan cepu emas. 


            “Adalah sikit kot.” Balas Syakir selamba.


            Apa lagi meletup terus bom atom! Syakir memberikan jawapan yang sukup meretakkan hati Azyan menjadi kepingan kristal. Air mata sudah tidak boleh di tahan lagi. Hari ini juga dia mahu balik rumah Mejar Idris. 


            “Hantar Yan balik rumah mejar Idris! Yan tak nak tengok muka abang dah!” getus Azyan. Bergema suara Azyan dalam rumah. Ameerul yang menonton televisyen itu turut berpaling. Ameerul tepuk dahi. Ayah buat perangai lagi!


            Sudah! Azyan sudah membentak. Syakir jadi tidak tentu arah. Dia paut lembut bahu Azyan. Ala sayang dia sekadar bergurau saja. Azyan ambil serius kata-katanya itu. Itulah Syakir bijak sangat bikin masalah.


            “Sayang…abang gurau saja. Just kidding kata orang putihnya.” 


            “Yan nak balik rumah Mejar Idris.” Azyan menjegilkan biji matanya. Dia langsung tidak bagi muka pada Syakir. Hati tengah Syakir. Fikiran sudah blank dengan ayat Syakir tadi.


            “Yan….” 


            “Meerul!” Azyan memangil anak terunanya. “Meerul pilih antara dua. Meerul nak ikut ayah ke? Meerul nak ikut ibu? Kalau ikut ayah maka jangan harap ibu nak masakkan lauk kegemaran Meerul dan belanja Meerul aiskrim sundae lagi.” 


            Amboi! Ayat berbaur ugutan habis. Ameerul menjongketkan bahu. Kalau sudah ibu bercakap sedemikian maka dia haruslah memilih  untuk mengikut ibu. Minta maaflah ayah, perang teluk tercetus pun sebab gurauan terbaik dari ayah jugak. Bijak sangat menjawab soalan cepu emas dari ibu. Ini yang susah apabila berada di tengah-tengah.


            Syakir menarik nafas panjang. Azyan seakan tekad mahu meninggalkan rumah. Dia memarahi diri kerana membuat gurauan tidak berfaedah. Itulah Syakir..,kalau sudah tahu isteri sedang angin kus-kus yang hang pi bakar lagi apasal. Huhuhu…Azyan...jangan tinggalkan daku! Syakir meraung!


SYAKIR merenung pak mertuanya, Mejar Idris. Seram sejuk pula badan ni. Rasa hendak demam pun ada bila tengok muka serius Mejar Idris. Orang tua itu hanya membisu menatap akhbar di tangannya. Hal budak dua ini tidak sudah-sudah ada onar. Beberapa hari elpas Azyan merajuk kerana sikap cemburu Syakir. Hari ini apa lagi yang Syakir buat pada anak perempuan tunggalnya. Tembak dengan senapang gajah baru tahu! 


            Azyan pun satu suka ikutkan hati. Suami ingin bergurau sikit pun dia ambil serius. Apa salahnya berbincang baik-baik. Perkara kecil kata orang yang dibesarkan. Kalau tak berpihak pulak, Azyan tarik muncung panjang sedepa. Dikata nanti tak sayangkan anak. Susah-susah! Yang sebelah kiri menantu dan sebelah kanan pula anak perempuan. 


            “Biarlah Azyan dengan Meerul duduk di rumah ayah beberapa hari ini. Angin dia reda nanti saya angkut dia dan Meerul bawak balik.” Syakir membuka butir bicara permulaan. Tuan Mejar asyik membisu saja. Biarlah yang muda mulakan dulu. Orang muda kena hormatkan yanng tua.


            “Ayah tak kisah Kir. Apa yang penting kau bincang elok-elok dengan Yan. Ayah tak suka kamu berdua berperang teluk begini. Nasib baik tak angkat senapang. Kau nak ayah bantu kau tak?” Sempat juga Encik Idris buat lawak dalam bermuka serius.


            Syakir hanya mampu tersengih. Nasib baik Azyan tak baling pisau dan segala barang-barang di daput tu. Kes naya jadinya. Silap haribulan dia pula yang masuk hospital. Azyan kalau buat meroyan bukan boleh dijangka. Jangan pandang rendah pada wanita yang mengayunkan buaian ini.


            “Masalah salah faham saja ayah. Kecil macam kuman.” Syakir menyembunyikan keadaan sebenar. 


Mati dia kena bunuh dengan Mejar Idris kalau tahu yang dia buat gurau tahap bangang. Semua ini pasal Katrina sewel itulah datang rumah jumpa Azyan. Perempuan gila! Sakit mental! Ikutkan hati dia tanam Katrina anak Tan Sri Kaif itu hidup-hidup dalam tanah. Menyusahkan hdup orang! Syakir menyumpah seranah Katrina dalam hati.


            “Kalau kecil sebesar kuman Azyan takkan lari bawa beg punya besar rumah ayah, Kir. Nampak sangat rajuknya anak ayah tu.” Orang tua lebih mengerti. 


            “Saya berani bersumpah ayah. Saya tiada apa-apa dengan peremuan tu. Azyan salah sangka. Dalam hati saya hanya ada anak ayah seorang itu.” Syakir angkat sebelah tangannya.


            “Ayah percayakan kau, Kir. Kau pun lelaki setia macam ayah.” Encik Idris mengangkat keningnya. “Tapi…kalau kau sakiti Azyan, anak ayah tu…ayah tidak akan memaafkan kau.” Sambungnya lagi.


            Amaran tu! Syakir menelan air liurnya.


            “InsyaALLAH ayah…” Dia perlu berusaha gigih untuk memujuk hati isterinya. Dalam soal ini dia perlu mempergunakan Ameerul sepenuhnya.


            Malam ini Syakir akan tidur berteman bantal peluk. Apa lagi berdendanglah lagu jiwang karat Doktor Muhammad Syakir. Tiada penyakit dia cari penyakit. Padan muka!

Kesinambungan 566 Hari Mencari Cinta - 'Satukan Cinta Kita'

KEYRILL BENJAMIN (Kid) membawa diri jauh dari hidup Firdayu setelah satu eksiden salah faham yang menjarakkan hubungan cinta bersama Firdayu. Di bumi Australia Keyrill mengalami kemalangan ngeri hingga menyebabkan dia kehilangan segala memorinya. Dia tiada kenangan untuk Kid (watak penyamarannya bersama Firdayu) kenangan bersama ahli keluarga dan kenangan bersama...FIRDAYU! Keyrill hidup dengan identiti baru bersama dengan Doktor Shaza (doktor yang merawatnya) yang membawanya pulang ke Malaysia.

FIRDAYU...dia mencari cinta baru bersama Philip. Kehidupannya semakin suram dan kelam. Dia memulakan langkah untuk melupakan kisah cintanya bersama Keyrill. Di satu tempat dia bertemu semula dengan Ruzair yang masih menaruh harapan untuk meraih cinta Firdayu. Namun mampukah Firdayu melupuskan cinta Keyrill di hati wanitanya?

Apakah perasaan Firdayu apabila bertemu dengan Keyrill yang tiada memori untuk kisah silam mereka? Mampukah kisah cinta mereka kembali bertaut? Semuanya akan terjawab dalam e-novel 'Satukan Cinta Kita' dari kesinambungan 566 Hari Mencari Cinta.

Coke and Sundae II - Bab 23

ABANG sudah tidak ingat nak balik rumah! Gatal ye pergi rumah mak buat aduan.” Azyan sudah mula membebel. Pot pet sana pot pet sini. Syakir menarik nafas panjang. Sudahlah Azyan kuat merajuk kini kuat membebel pulak. Habislah baka anak dalam perut.


            “Ayang dah masak ke?” Dia mengubah topik perbualan. Kalau dengar bebelan Azyan sampai esok pun tidak habis. Lagipun perut sedang lapar gila. Emak langsung tak kasi dia jamah makan nasi. Kejam sungguh!


            Puan Mahani berkata begini. “Engkau ada bini dekat rumah memasak jadi engkau balik makan di rumah. Kesian bini kau penat memasak kau makan di rumah mak pulak. Apa kau ingat mak ni bini kau yang kedua.” 


            Abah hanya diam tidak terkata. Sengih panjang orang tua itu. Tiada jalan lain selain balik rumah sendiri makan nasi.


            “Ayang masak lemak cili api pucuk paku, ayam goreng berempah dengan sambal tempoyak.” balas Azyan lembut.


            Gulp! Tertelan air liur. Masakan kegemaran dia tu. Ini sudah pasti dia tambah nasi lebih dari dua pinggan. Tunggu apa lagi. Kita serbu! Dia sedang kebulur ni. Apa-apa hal isi perut dulu sebelum fikirkan benda lain.


            “Tahu pulak lapar nak makan nasi!” suara Azyan sambil mencedukkan nasi ke dalam pinggan Syakir. Marah macam mana pun suami kita mesti dilayan.


            Syakir buat pekakkan telinga. Da mengerling si anak teruna yang sedang ligat menjamah nasinya. Ameerul makan sudah tidak pandang kiri kanan. Mungkin sedap tidak terkata agaknya. Kalau tidak mulut Ameerul yang kecoh di meja makan.


            “Meerul! Boleh makan tu elok-elok sikit. Kalau tercekik nanti ibu jugak yang susah nak hantar kau ke hospital.” Azyan membebel lagi.


            Ameerul tersengih. Hari ini hari ibu membebel satu dunia agaknya. Ameerul pun dah letih kena bebel dengan ibu. Ada sahaja yang tidak kena di mata ibunya itu. Ini semua salah ayah dia. Tak pandai nak pujuk hati ibu. Dia sudah bagi idea yang cukup bernas pun ayah boleh gagal. Ayah kena belajar lagi cara-cara untuk memikat hati isteri.


            “Pucuk paku lemak cili api ayang memang the best lah.” Syair memuji. Ikhlas tau.


            “Tak payahlah nak puji-puji masakan ayang. Setakat puji nak ambil hati lupakan sahaja.” desis Azyan.


            “Sayang…abang puji ikhlas tau.” Orang puji ikhlas pun Azyan tak percaya. Kalau dia puji masakan Emelda kang baru Azyan tahu. Jangan nak buat naya Syakir! Karang bertambah-tambah panjang muncung Azyan.


            “Ikhlas ke?” Azyan mengangkat keningnya. Jelingan ekor mata Azyan tajam sekali.


            Syakir menelan air liur. Jelingan Azyan macam ada maksud tidak baik sahaja. Dia kena menjalankan penyiasatan. Azyan kalau marah dan merajuk tidaklah sampai berpanjangan macam ini. Hairan pula rasanya.


            “Doktor Katrina Binti Tan Sri Kaif datang jumpa ayang.” ujar Azyan tenang. Siap menyebut nama penuh Katrina lagi. 


Tersembur nasi dalam mulut Syakir. “Apa!”

SIAPA menduga perempuan tidak tahu malu itu bertandang ke rumah Syakir sewaktu Syakir berada di rumah orang tuanya. Tanpa segan silu Katrina menyatakan perasaan kasih, sayang dan cintanya kepada Syakir. Tidak sedarkah dia yang Syakir itu laki orang. Tapi apa yang Katrina pedulikan. Dia sudah tangkap cintan segala jintan manis pada Syakir. Dia sanggup bertemu dua mata dengan Azyan. Dia mahu Azyan tahu yang dia akan merampas Syakir dari Azyan.


            Mula-mula Azyan buat muka blur dengan Katrina. Namun setelah Katrina menyatakan tujuan dia dan siapa dirinya maka seratus-peratus muka Azyan berubah. Dia buat takder perasaan dia. Oh! Inilah Katrina yang digosipkan dengan laki dia. Perempuan in memang jelta. Azyan membuat perbandingan dirinya dengan Katrina. Kalah dia kalau dari segi pemakaian dan solekan. Dia comel je tapi perempuan ini laksana pelakon Hindustan Kareena Kaapor. Seksa…sesak nafas. Ikutkan hati dia bagi pelempang sebiji pada muka Kareena Kaapor ciplak ini. Niat berkunjung di rumah orang sudahlah tidak baik. 


            “You ada apa-apa halangan tak if I mahu isteri kedua Syakir. I minta persetujuan cara baik dengan you.” Lancar sekali butir bicara Katrina membuat pengakuan di hadapan Azyan.


            Terketap-ketap bibir Azyan mendengar bait-bait bicara berani dari Katrina anak Tan Sri Kaif ini. Mentang-mentang bapak dia ada pangkat Tan Sri depan nama dah berlagak. Ayah aku lagi tererlah. Ada pangkat Mejar pun taklah semegah macam kau. kawan baik aku kahwin dengan anak Tengku pun tak berlagak nak mampus macam perempuan seorang ini.


            “Kalau saya buat halangan letak pagar depan Ck Katrina, Cik Katrina nak buat apa?” balas Azyan. Nada suaranya keras. Ada pulak yang mati kena cekkik dengan dia nanti. Paling dahsyat pun dia cincang Katrina jadi lumat lepas itu dia masak buat sedekah pada jiran-jiran sebelah!


            “You fikir I takut nak meroboh pagar you. Ini Kat okay! I tidak pernah kalah dengan perempuan macam you. Syakir itu tidak layak menjadi suami you! You dengan dia macam angsa dengan itik serati.” Katrina mengoyang-goyangkan jari telunjuk runcingnya pada muka Azyan.


            Perempuan seorang ini sudah lebih! Ada pulak yang minum racun tikus nanti. Berani dia samakan aku dengan Syakir macam itik serati dan angsa. Lagi sekali Azyan pasang nanti tidak baik dalam hati. Bawa bersabar Azyan…bawa bersabar…Istighfar banyak-banyak Azyan. Azyan mengurut dada. 


            “Pagar bukan sebarang pagar Cik Katrina. Pagar saya pagar berduri racun. Terkena sikit pasti akan mati. Kalau berani cubalah runtuhkan.” kata-kata Azyan berbaur cabaran. Apa kau fikir kau anak Tan Sri aku takut! Ini anak Mejar Idrislah. Pantang berundur sebelum bertempur. 


            Katrina memalitkan senyuman sinis. Dia sudah agak Azyan tidak bagi muka padanya. 


            “You fikir racun you boleh mengapa-apakan I? I sudah meminta Syakir dengan cara baik tapi you macam nak bermusuh dengan I.” Tegang muka Katrina. Dia cukup menyampah memandang wajah tenang Azyan.


            Tengkorak kau! Kata-kata itu hanya lahir dalam hati Azyan. Datang tidak berjemput lepas itu dengan selamba kau nak rampas laki aku. Apa kau ingat laki aku itu barang dagangan. Aku sayang laki aku tahu tak. Ingat sesuka hati aku nak bagi laki kesayangan aku pada perempuan lain. Minta maaf banyak-banyak ye.


            “Saya nak tanya Cik Katrina…suami saya sukakan Cik Katrina ke?” Azyan menyoal. Matanya merenung tempat ke dalam mata Katrina.


            Katrina terdiam sejenak. 


            “You tidak perlu tahu.”


            “Cik Katrina…muka cantik begini masakan suami orang juga yang Cik Katrina nak kebas. Setahu saya Malaysia in masih tidak kepupusan kaum lelaki lagi. Kalau mahu yang hensem macam Brad Pit pun ada.” Kita mesti bikin panas hati perempuan tak sedar diri ini. Persosak macam Katrina inilah yang menjatuhkan martabat kaum wanita.


            “I sudah suka husband you so nak buat macam mana?” Katrina memang jenis perempuan
yang tidak akan faham bahasa. Tidak tahulah bahasa apa yang dia akan faham.


            “Tapi husband saya tak sukakan Cik Katrina, macam mana pulak tu?” Sekali lagi Azyan mengenakan Katrina. 


            Katrina merengus kecil. Itulah masalahnya…Syakir tidak pernah pandang dia. Haram lelaki itu mahu menerima cinta dia. Dia tekad akan mencalit Syakir dengan minyak jampi Mak Esah. Biar Syakir angaukan dia! Dia mahu Syakir meninggalkan isterinya yang lancang ini. Katrina ketawa dalam hati. Tunggulah…Dia mahu Azyan merayu-rayu dan melutut padanya.


            “I akan buat dia tergila-gilakan I. Waktu itu dia akan tinggalkan you!” 


            Tersentap Azyan. Gila! Perempuan ini sudah gila. Apa yang Syakir buat sampai perempuan ini gilakan Syakir. Darah Azyan sedang mendidih dalam badan. Tunggu masa saja mahu meletup! 


            “Silakan keluar dari rumah saya Cik Katrina.” Azyan menunjukkan pintu utama rumahnya dengan sopan. Manalah tahu Katrina sudah lupa pintu masuknya tadi.


            Katrina bingkas bangun. 


            “Ingat pesan I baik-baik Puan Nur Azyan. I akan rampas Syakir dari you.” Dia melirik senyuman jahatnya.