Tab Menu

Followers

Sunday, October 23, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 10

TELAPAK tangan Batrisyah hampir saja  hinggap pada pipi gebu Syakila. Sedaya–upaya Batrisyah menahan dirinya dari bertindak lebih jauh. Syakila tiba-tiba saja menyerbu ke pejabatnya lalu menyerang Batrisyah tanpa ucapan salam atau pun sapaan. Semua penghuni pejabat itu turut terkejut dengan tindakan Syakila. Bukankah Syakila kakak kepada Batrisyah. Apa yang terjadi? Mereka mula tertanya-tanya sendiri. Batrisyah tidak mahu teman-teman sepejabat masuk campur urusan peribadinya. Dia akan menangani masalahnya sendiri. Pintu biliknya itu ditutup ramai agar yang lain tidak akan mendengar perbualan mereka.
            Batrisyah membongkokkan sedikit tubuhnya untuk memungut cermin matanya yang jatuh. Dia masih boleh bertenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi. Tidak dihiraukan dengan kemarahan Syakila yang sedang meluap-luap itu. Batrisyah menyilangkan tangannya sambil merenung wajah Syakila yang berkerut seribu.
            “Mahu tunjuk act bukan di sini.” Ujar Batrisyah selamba.
            “Risyah! Kau ini memang tidak tahu malulah! Tak sedar diri!” Lantang suara Syakila mengherdik adiknya.
Sakit hati sungguh Syakila bila mendapat tahu Batrisyah kerap berjumpa secara rahsia dengan suaminya, Ku Izham. Jika tiada orang beritahu sememangnya dia tidak tahu perhubungan sulit Ku Izham dengan adiknya itu. Mulanya dia rasa ragu-ragu. Ku Izham bukan lelaki yang mudah mendampingi perempuan. Tapi setelah melihat kemesraan Ku Izham dengan Batrisyah tempohari hatinya mendidih. Benarlah Batrisyah jalinkan hubungan dengan Ku Izham. Suaminya itu makin berperangai agak pelik kebelakangan ini. Sering dilihat tersenyum seorang diri. Bila ditanya tiada apa-apa katanya.
            “Rasanya Risyah boleh meneka. Ini pasal Risyah berdating dengan Abang Izhamlah ni. Kalau tidak Kak Sya tak jadi gila macam begini.” Batrisyah ketawa kecil. Syakila mula menyirap. Puan Suria yang mendengar di luar pintu menggelengkan kepala. Tahu sangat dengan perangai Batrisyah. Jika tidak bersalah buat apa nak takut. Dia sendiri menemani gadis itu bila berurusan dengan abang iparnya. Tiada dilihat mereka seakan ada perhubungan lebih dari itu. Macam abang dengan adik adalah. Batrisyah ada memberitahu abang iparnya mahu membelikan hadiah istimewa kepada kakaknya sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Sayang benar abang ipar Batrisyah kepada isterinya. Walaupun mereka tiada anak abang iparnya itu seorang lelaki yang setia.
            “Sudahlah kau kacau rumahtangga Fa kini kau nak kacau rumahtangga aku pulak! Kau memang perempuan tidak bermaruah!” Syakila menengking.
            “Bukan setakat kacau Kak…runtuhkan terus pun Risyah boleh buat.” Batrisyah bertentangan mata dengan Syakila. Syakila mengetap bibir. Batrisyah makin berkurang ajar dengannya.
            “Kau jangan melampau Risyah. Sedar diri kau sikit. Kau itu sudah ibarat macam perempuan murahan tahu tak! Keluar dengan jantan sana keluar dengan jantan sini. Bukan kakak tidak tahu! Kau ingat diri kau baik sangat.”
            “Oh! Risyah tak cakap pun diri Risyah baik. Tapi Risyah bukan seorang yang hipokrit macam kakak. Kalau Risyah mahu goda Abang Izham dari dulu lagi Risyah dah goda. Tidak perlu sekarang Kak Sya. Bukan setakat rumahtangga Kak Sya, rumahtangga Fa pun Risyah boleh runtuhkan.” Bicara Batrisyah menaikkan lagi suhu kemarahan Syakila.
            “Kurang ajar betul mulut kau Risyah. Kakak akan adukan sikap kau ini pada abah di kampung.” Syakila mengayun-ayunkan jari telunjuknya.
            “Adulah! Risyah tak takut. Lebih baik akak keluar dari pejabat Risyah sebelum Risyah heret kakak keluar. Risyah tiada masa mahu layan kakak!” Batrisyah membuka pintu pejabatnya. “Dipersilakan keluar.”
            “Hm!” Syakila merengus kasar. Dia meluru keluar seperti yang dipinta oleh Batrisyah. Batrisyah menarik nafas panjang. Rasa malu dengan sikap Syakila di depan teman-teman sepejabatnya. Dia bukan bodoh. Tidak telintas di hatinya mahu merosakkan rumahtangga kakaknya sendiri. Buat tuduhan tanpa usal periksa. Main terjah orang sahaja. Batrisyah mengosok-gosok pipinya yang agak perit.
            “You okay ke Risyah?” soal Puan Suria.
            “Saya tiada apa-apa. Jangan bimbang.” Balas Batrisyah lembut. Dia tidak apa-apa pada luaran tapi hatinya terhiris. Jahat sangatkah dia?
            “I kenal you bukan sehari dua Risyah. Tiga tahun you bekerja di sini.” Omel Puan Suria.
Batrisyah melirik senyuman. Dia sukar untuk berselindung dengan wanita ini.
            “Orang macam dia bukan mahu percaya akan kata-kata saya meskipun saya menafikannya. Dia lebih suka dengar apa orang lain kata. Apa yang dia tahu lihat keburukan saya dari fikirkan keburukan yang ada pada dia.” Wajah Batrisyah yang sering nampak bersemangat itu sedikit muram. Puan Suria gelengkan kepala. Mungkin Syakila cemburukan Batrisyah. Batrisyah jauh lebih cantik dari dia.
            “You buat baik pada adik-beradik you tapi ini balasan you terima. Bersabarlah Risyah. Mungkin satu hari nanti mereka akan sedar akan kebaikan you. Sekarang ini mereka buta hati.” Puan Suria memujuk.
            “Saya tidak kisah jika mereka tidak mahu membuka mata dan hati mereka. Apa yang penting saya tidak buat perkara salah. Dan apa yang saya lakukan ada sebab yang tidak perlu saya terangkan kepada mereka.” Batrisyah menarik nafas panjang.
Puan Suria memaku mata pada wajah ayu itu. Batrisyah…kau memang gadis yang memendam kedukaan sendiri. Telefon bimbit di atas meja Batrisyah bergegar. Batrisyah mencapai telefon bimbitnya. Berkerut dahinya mendengar yang empunya suara di talian. Puan Suria menongkat dagu melihat reaksi wajah Batrisyah yang ketara perubahannya itu.
            Macam mana pulak si buaya tembaga yang seekor lagi ni boleh tahu nombor telefon bimbit aku! Batrisyah merungut di dalam hati.  Dia kerling pada Puan Suria yang berada depan matanya itu. Puan Suria hanya tersenyum.
            “Tak baik salam yang saya ucapkan tidak dibalas.” Suara Faliq di dalam talian. Batrisyah mengetap bibir.
            “Waalaikumsalam.” Jawab Batrisyah agak keras.
            “Bunyinya tidak ikhlas langsung.” Gerutu Faliq.
            “Mana awak dapat nombor telefon saya?” Batrisyah menyoal. Dia sempat mengerling Puan Suria yang diam membisu.
            “Itu rahsia. Awak sihat? Anak-anak sihat?” Lain yang ditanya lain yang Faliq jawab. Dia mendesak Puan Suria untuk mendapatkan nombor telefon bimbit kepunyaan Batrisyah. Puas dia merayu dengan pelbagai alasan barulah Puan Suria memberikan nombor Batrisyah.
            “Awak tidak perlu sibuk-sibuk pasal saya.”
            “Tentulah saya mahu menyibuk sebab saya ambil berat pasal awak dan anak-anak awak.” Faliq ingin ketawa namun dia cuba bertahan. Seronok dapat menyakat gadis bernama Batrisyah. Kalau Syed Ibtisyam tahu sah-sah kena makan penumbuk teman baiknya itu. Siap dapat nombor telefon bimbit gadis itu lagi. Dia bukan mahu memintas
jalan Syed Ibtisyam. Dia sekadar mahu mengenali gadis itu lebih lanjut.
            “Saya tidak perlukan sesiapa untuk ambil berat pasal saya! Penyibuk betul!” Batrisyah merengus. Faliq sudah tahu status dirinya namun lelaki itu sengaja mahu bemain-main dengan dia lagi. Geram sungguh hati Batrisyah.
            “Tak baik kata begitu pada saya tahu. Salah ke saya ambil berat tentang awak? Bukan mudah seorang wanita membesar anak-anak tanpa suami di sisinya. Awak wanita yang amat tabah.”
            “Encik Faliq! Awak jangan nak main-main dengan saya lagi!” Suara Batrisyah menjadi lantang. Tersentak Puan Suria. Tahulah dia siapa yang menghubungi Batrisyah itu. Faliq rupanya. Hampir dia telupa yang dia ada memberikan nombor telefon bimbit milik Batrisyah kepada Faliq. Puan Suria bingkas bangun. Tergesa-gesa dia beredar dari bilik Batrisyah.
            “Hahahaha…” Faliq pecah ketawa. Pasti merah menyala wajah ayu Batrisyah. Dia boleh membayangkannya.
            “Saya tiada masa mahu mendengar gurauan awak!” Batrisyah mematikan talian telefonnya. Malas untuk bertegang urat dengan lelaki yang satu ini. Faliq sama saja seperti Syed Ibtisyam. Suka buat dia panas hati.
            Faliq ketawa riang. Sudah lama dia tidak ketawa seperti ini. Betul-betul Batrisyah terperanjat menerima panggilan dari dia. Dia tertarik hati pada sikap Batrisyah yang cepat panas baran itu. Gadis itu kasar dan tidak hipokrit seperti gadis-gadis yang pernah dia kenal selama ini. Mereka hanya berpura-pura untuk melindungi rupa wajah sebenar.
            Boss ni macam orang sedang angau saja. Sejak kebelakangan ini asyik senyum seorang.” Farah sudah tercegat di muka pintu sarat dengan fail-fail di tangan. “I tahulah you sedang dilamun cinta dengan somebody.”
            Orang sedang angau katakana.
            “You ni masuk tidak ketuk pintu dulu.” Faliq menjeling Farah tajam. Farah mencebik.
            “I dah ketuk. Boss itu yang pekak. Berapa bulan boss tak korek buang tahi telinga boss?” getus Farah. Fail-fail tersebut diletakkan atas meja Faliq. Faliq ketawa kecil. Farah mula bercekak pinggang depan Faliq.
            “Hari-hari I korek telinga Farah. Sampai hati you kata boss you ini tak korek telinga.” Tukas Faliq dengan nada gurauan.

PEKAKKAN telinga. Itu yang Batrisyah lakukan apabila orang kampung mengata mengenai dirinya. Umpatan orang kampung tidak dihiraukan. Dia balik bukan kerana mereka tapi kerana abahnya. Agak lama dia tidak menjejakkan kaki di rumah papan yang kian usang itu sejak kisah hangatnya dia tidak jadi berkahwin dahulu. Laman rumah itu tidak berubah. Bersih dan masih dihiasi dengan bunga-bunga kertas kegemaran arwah ibunya. Batrisyah tersenyum. Abah bukan jenis lelaki yang sukakan bunga. Bunga-bunga yang abah jaga dan tanam itu tanda kasih sayang abah pada arwah ibu.
            Batrisyah menanggalkan kasut di kakinya. Dia memijak anak tangga. Kepalanya digelengkan. Abah membiarkan saja pintu utama dibuka luas. Kalau pencuri masuk habis disapu segala harta dalam rumah mereka.
            “Assalamualaikum…abah…abah…” panggil Batrisyah berulang-ulang kali. Tiada jawapan. Batrisyah kerut dahi. Pintu rumah terbuka. Ke mana pulang abahnya pergi. Batrisyah terus memijak anak tangga masuk ke dalam rumah. Hening dan sunyi sepi. Abahnya dicari sampai ke dapur. Orang tua itu tetap tidak ditemui. Batrisyah gusar. Setelah menutup pintu rumahnya Batrisyah menapak mencari abahnya di kebun pisang. Malas Batrisyah mahu menaiki kereta. Bukan jauh sangat jarak kebun pisang mereka dari rumahnya.
            Di persimpangan jalan Batrisyah bertemu dengan Mak Gayah, kaki gossip yang tidak bertauliah di kampungnya itu. Mulut Mak Gayah memang sukar untuk behenti bila bercakap mengalahkan Dj di corong radio. Terjegil biji mata orang tua itu melihatnya. Mak Gayah memang tidak sukakan Batrisyah sejak gadis itu menolak lamaran anak bujangnya. Ketawa besar dia bila Batrisyah tidak jadi berkahwin dengan Ashraf. Pelbagai cerita dijaja oleh Mak Gayah kepada orang kampung. Batrisyah hanya berdiam diri tanpa menepis rekaan cerita yang disampaikan. Mulut orang bukan boleh sesuka hati kita boleh menutup bagi diam.
            “Makcik Ingat kau dah lupa asal usul kampung kau Risyah. Dua tahun kau tak pernah menjenguk ayah kau di sini.” Mak Gayah menegur. Dia nampak kereta Batrisyah tersadai di rumah Haji Sufian. Benarlah kata budak-budak kampung yang Batrisyah pulang menjenguk abahnya. Mak Gayah mencebik. Dia tenung gadis itu atas bawah.
            “Saya tidak pernah lupa asal usul saya Mak Gayah. Suka hati sayalah nak balik atau tidak. Itu bukan urusan Mak Gayah untuk menyibuk.” Balas Batrisyah.
            “Amboi! Kau pandai bercakap kurang ajar ye. Makcik tahulah kau duduk di Kuala Lumpur itu ada jantan yang menjaga kau di sana. Itu sebab kau nampak senang-lenang saja. Sampai sanggup lari masa majlis perkahwinan kau. Kesian dengan budak Ashraf tu terpaksa kahwin dengan adik kau.” Mak Gayah menundingkan jari telunjuknya ke muka Batrisyah. Batrisyah menyeringai dengan tuduhan Mak Gayah. Selama ini dia mendiamkan diri rupanya tidak berfaedah. Cerita lama tetap diungkit kembali.
            “Fitnah itu dosanya lebih besar dari zina. Siang malam dengar ceramah agama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Apa guna sembahyang tonggang tonggek jika mulut menabur fitnah pada orang lain. Buat amal ibadah tapi bahu masih penuh dosa.” Gumam Batrisyah. Mak Gayah terkedu. Batrisyah melirik senyuman.
            “Saya tahulah Mak Gayah. Mak Gayah sakit hati pada saya sebab saya tolak lamaran Aizat bukan. Saya bukan jenis yang pandang harta benda Mak Gayah. Dan saya ni bukanlah baik sangat. Tapi saya minta sangat pada Mak Gayah jangan jaga tepi kain saya sebab saya akan jaga tepi kain Mak Gayah pulak nanti. Habis semua kisah dalam kain saya cerita pada orang kampung nanti. Dalam masa dua tahun ini macam-macam makcik sebarkan cerita pasal saya. Jangan ingat saya tak tahu semua itu makcik.” Batrisyah berlalu pergi. Mak Gayah menjuihkan bibir. Aizat, anak teruna itu sampai sekarang masih tidak mahu berumahtangga. Merajuk kerana Batrisyah. Apa kurangnya anak lelakinya itu. Ustaz Aizat Alwi adalah seorang guru di sekolah. Satu-satunya anak muda yang berjaya di dalam kampung ini.
            Batrisyah merasa hampa apabila sampai di kebun pisang abahnya. Abahnya tiada di situ. Ke manalah abahnya pergi? Dia menggaru kepalanya yang dilitupi tudung itu. Batrisyah mengatur langkah pulang semula ke rumah. Bulat matanya bila melihat abah sedang berbual-bual dengan Aizat di atas para sambil enak menghirup kopi. Batrisyah mengeluh panjang. Ligat dia mengayun langkah merapati dua lelaki itu.
            “Assalamualaikum…” ucap Batrisyah. Dia bongkokkan sedikit tubuhnya menyalami tangan abah. Haji Sufian mengulum senyuman. Dia sudah perasaan kereta Batrisyah apabila pulang dari pekan bersama Aizat tadi. Hanya kelibat Batrisyah yang tidak kelihatan. Aizat juga ada memberitahu dia terlihat Batrisyah ketika mahu ke pekan.
            “Waalaikumsalam…Kamu ke mana Risyah? Berpeluh-peluh muka kamu, abah tengok?” soal Haji Sufian.
            “Abah itu yang ke mana? Risyah sampai rumah tadi pintu dibiarkan saja terbuka.
Risyah carilah abah di kebun. Risyah punyalah risau cari abah. Abah boleh sedap-sedap minum petang atas para.” Batrisyah mengeluh nafas panjang. Hatinya lega melihat abah. Dia takut juga jika berlaku sesuatu pada abah.
            “Abah pergi pekan sekejap. Cari barang dapur. Mungkin abah terlupa nak kunci pintu tadi. Maklumlah abah dah tua Risyah. Ada apa-apa barang yang hilang ke Risyah?”
            “Risyah tak kisah kalau barang rumah ni yang dirompak. Risyah cuma kisah kalau abah tu yang diculik. Mana Risyah nak cari wang untuk membayar wang tebusan.” Ketawa Haji Sufian mendengarnya. Siapalah orang bodoh yang nak menculik lelaki tua sepertinya.
            “Kau masih tidak berubah Risyah. Masih macam dulu juga.” Aizat mencelah. Batrisyah tetap ayu malah lebih ayu dengan penampilannya kini. Perasaan Aizat terhadap Batrisyah tidak pernah berubah. Dia masih setia menanti gadis itu.
            “Ustaz Aizat Alwi. Apa khabar ustaz? Makin berseri-seri nampak. Ini mesti sudah ada isteri menjaga di rumah.” Batrisyah menyapa.
            “Alhamdudillah….saya sihat.”
            “Dia masih bujang Risyah. Bujang terlajak. Apa taknya gadis yang ditunggu masih jual mahal.” Sampuk Haji Sufian. Berkerut muka Batrisyah. Tahu sangat gadis yang dimaksudkan itu adalah dirinya.
            Mengapa Aizat masih mengejar cintanya. Dia bukan gadis yang baik sangat. Dia sudah nyatakan pada Aizat sebelum ini. Dia tidak mungkin mengahwini lelaki itu meskipun dia kini sudah bersendirian. Kecantikkan yang ada pada dirinya tidak pernah dia banggakan. Cantik itu menjamin kebahagiaan.
            “Abah…Risyah masuk ke dalam dahulu.” Batrisyah tidak mahu soal jodoh itu dibicarakan.
            Aizat berkecil hati dengan kedinginan Batrisyah. Jelas Batrisyah masih menolak. Mungkin hati Batrisyah masih dibelenggu oleh cinta Ashraf.  Haji Sufian perasaan pada perubahan wajah Aizat. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Jika sudah tertulis jodoh Batrisyah tidak ada bersama Aizat. Aizat harus menerimanya.
            “Pakcik…saya minta diri dulu.” Aizat bangun dari duduknya.
            “Sampaikan salam pakcik pada ayah dan mak kau.” Haji Sufian menepuk lembut bahu anak muda itu. “Aizat…Kau perlu pandang gadis di sekeliling kau juga. Anak pakcik mungkin bukan jodoh untuk kau.” Sambungnya lagi
            Aizat hanya tersenyum tawar. Perlukah dia beralah kali ini? Seperti kata Haji Sufian. “Kau perlu pandang gadis di sekeliling kau juga. Anak pakcik mungkin bukan jodoh untuk kau.”

BATRISYAH tersenyum melihat selera abahnya di meja makan. Bertahun abah tidak merasa air tangan anak gadisnya ini. Abah sukakan sayur lemak pucuk ubi dan ikan puyu masak asam pedas. Beria-ia abah menyediakan bahan-bahan untuk masakan kegemarannya itu. Jika ada arwah ibu, pastinya abah tidak akan keseorangan berada di rumah ini. Teringatkan arwah ibu, hati Batrisyah terasa hiba.
            Ligat abahnya menceduk kuah asam pedas itu ke dalam pinggannya. Rasanya sudah tiga kali abah menambah nasi. Mata Batrisyah membulat besar. Abah memang benar-benar kempunan tampak gayanya. Nasib baik Qais tidak ada bersama. Jika tidak mahu berebut adiknya itu makan bersama abah. Dia ketawa kecil.
            “Berapa hari Risyah ambil cuti?” soal Haji Sufian setelah pinggan nasi dihabiskan. Perlahan dia meneguk gelas minumannya.
            “Risyah ambil cuti satu minggu, abah. Lagipun dah lama benar Risyah tidak balik kampung.” Balas Barisyah. Nasi di dalam pinggan masih tidak luak. Dia asyik memerhatikan abahnya makan.
            “Lamanya…boss kamu tidak kisah ke?” Abah bingkas bangun menuju ke arah sinki.
            “Risyah jarang ambil cuti sebelum ini. Cuti Risyah sudah bertambah-tambah sampai boss yang suruh Risyah berehat. Macam abah tidak kenal dengan anak gadis abah ni.” Batrisyah mengangkatkan keningnya.
            “Baguslah. Kesihatan pun kena jaga. Kamu kuat sangat bekerja, Risyah. Abah risau tengok kamu.”
            Batrisyah melirik senyuman. Kata-kata telah memberikan keyakinan yang abah sudah menerima kembali anaknya ini. Tanpa disedari air matanya mengalir. Syukur kepada TUHAN. Doa Batrisyah telah dimakbulkan. Haji Sufian merapati anak gadisnya itu. Bahu Batrisyah ditepuk lembut.
            “Abah…Risyah tidak pernah terniat nak sakit hati abah. Risyah…” kata-katanya terhenti di situ.
            “Abah tidak mahu Risyah ingatkan kisah lama. Abah juga tak mahu Risyah lukakan hati Risyah kerana orang lain. Risyah kena fikirkan kebahagiaan Risyah juga.”
            Batrisyah terdiam. Apakah abah sudah tahu pergorbanan yang dia lakukan untuk Farisya dan Ashraf? Siapa yang membuka cerita itu jika bukan Qais. Mungkin Qais tidak tahan melihat kakaknya ini menghukum diri sendiri.
            “Qais tidak pernah cakap apa-apa pada abah. Abah jaga kamu dari kecil Risyah. Abah tahu siapa kamu.” Sambung Haji Sufian. Dia seakan dapat membaca apa yang ada difikiran anak gadisnya itu.
            “Maafkan Risyah, abah.” Batrisyah memandang tepat pada wajah tua abah.
            Haji Sufian anggukkan kepala sambil mengulum senyuman. Batrisyah tidak pernah berubah. 

Takdir Cinta luka - Bab 9

“TAK patut kau dera my boss sampai begitu sekali Risyah.” Omel Baby Liyana. Dia kerling ke arah Batrisyah yang sibuk mencari buku kanak-kanak di rak. Baby Liyana rasa simpati dengan Syed Ibtisyam yang beria-ia mengejar cinta Batrisyah. Namun Batrisyah seakan tidak ambil endah fasal lelaki yang seorang itu.
            Batrisyah sekadar membisu diri. Dia malas nak ambil pusing dengan pertanyaan Baby Liyana. Tiada apa yang penting jika melibatkan lelaki bernama Syed Ibtisyam Dato’ Syed Mukhlis. Dia sudah malas dengar Baby Liyana membebel pasal boss yang kononnya baik sangat! Muak sudah mahu pandang muka Syed Ibtisyam yang asyik tertonjol depan mata dia. Tidak senang nak bergerak dibuatnya. Itu sebab Batrisyah pergi ke tempat kerja menaiki tren dan bas. Dia mahu mengelak bertentang mata dengan lelaki itu. Syed Ibtisyam bukan jenis lelaki yang faham bahasa!
            “Wei! Aku tanya kau ni!” Desis Baby Liyana. Geram betul dengan temannya itu. Orang berbuih mulut bercakap dengan dia, dia boleh pekakkan telinga.
            “Yang sibuk sangat pasal boss macho kau apa pasal? Aku sudah cakapkan yang aku tidak sukakan dia.” Gerutu Batrisyah. Kenapalah dengan teman baiknya ini. Sibuk sangat soal dia dengan Syed Ibtisyam.
            “Tidak mungkin sedikit kau tak punya perasaan pada dia, Risyah. Aku peliklah dengan kau ini. Perempuan lain dok sibuk menggeletis pada boss aku tapi kau boleh tidak peduli sahaja.” Baby Liyana masih tidak berputus asa.
            Batrisyah merengus kecil. Kalau sudah dia katakan tidak suka apa lagi jawapan yang harus dia berikan. Soal hati dan perasaan ini bukan boleh dipaksa-paksa. Bukan mudah untuk membuka pintu hati ini menerima cinta lain. Dia tidak mahu hatinya terluka lagi kerana cinta. Dia sudah puas mengalirkan air mata.
            “Jawapan aku tetap sama. Aku tidak sukakan dia.” Batrisyah meletakkan kembali buku di tangannya. Wajah Batrisyah cemberut. Dia datang ke sini mahu membeli buku bukan bercerita fasal Syed Ibtisyam.
            Batrisyah berlalu dari kedai buku tersebut. Baby Liyana mengekori dari belakang. Masakan tiada sekelumit perasaan Batrisyah pada Syed Ibtisyam? Batrisyah hanya menipu perasaan sendiri. Dia yakin sedikit sebanyak kerenah Syed Ibtisyam pasti ada
mengusik pintu hati Batrisyah.
            Batrisyah berjalan tidak pandang ke hadapan. Kepalanya asyik menoleh kiri dan kanan. Dia takut kalau-kalau Syed Ibtisyam mengekorinya. Manalah tahu! Baby Liyana pun bukan boleh dipercayai sangat. Laju dia meninggalkan Baby Liyana di belakangnya. Tanpa sedar Batrisyah melanggar tubuh lelaki yang jalan bertentangan dengannya. Menjerit kecil Batrisyah. Badan lelaki itu keras betul. Dia seolah-olah seperti berlanggar dengan tiang batu. Bila diangkat kepala mata Batrisyah terbuntang luas. Terketap-ketap bibirnya.
            “Nampaknya kita memang ada jodoh Cik Nur Sufi Batrisyah.” Tersengih Faliq. Dia melambaikan tangan pada Baby Liyana yang terkocoh-kocoh mengejar Batrisyah.
            “Hmmm!” Batrisyah mendengus kecil. Mengapalah kebelakangan ini dia asyik terserempak dengan Faliq. Kalau tidak Faliq dia akan bertemu mata dengan Syed Ibtisyam pula. Haru-biru hidupnya bila bersua dengan kedua lelaki itu. Batrisyah segera melepasi Faliq. Namun Faliq segera menghalang laluannya. Dia sendiri tidak mengerti mengapa perlu dia menyekat gadis itu.
            Batrisyah menggigit bibir. Faliq memang sengaja mahu memalukan dia. Orang yang lalu-lalang memandang mereka. Bukan setakat Batrisyah yang merah padam muka tapi Faliq pun sama. Mereka saling memandang antara satu sama lain.
            “Faliq!” Bagaikan terkena kejutan elektrik Batrisyah apabila mendengar suara Syed Ibisyam yang berdekatan.
            “Teman lelaki awak sudah sampai.” Faliq mengenyitkan sebelah matanya.
            Batrisyah menyeringai. Bila masa pula dia declare menjadi teman wanita Syed Ibtisyam. Minta maaflah! Dia bukan gadis yang mudah jatuh hati pada lelaki berhidung belang seperti Syed Ibtsiyam. Dasar buaya tembaga!
            “Batrisyah!” Bercahaya wajah Syed Ibtisyam sebaik saja melihat Batrisyah di depan matanya. Rindu dia pada gadis itu. Rindunya kian membuak apabila gadis itu sering mengelak dari bertembung dengan dia.
            “Selamat petang Encik Syed Ibtisyam.” Batrisyah menyapa malas.
            “Sejak bila awak berencik-encik dengan saya ni.” Desis Syed Ibtisyam. Dia tidak senang bila Batisyah panggil begitu. Batrisyah sengaja mahu menjarakkan hubungan antara mereka.
            “Saya tidak pernah lupa kedudukan saya dengan awak. Saya ini hanya burung pipit tapi tidak akan sekali akan bermimpi menjadi enggang. Jangan cuba nak mempermainkan perasaan gadis kampung macam saya.” Tegas Batrisyah.
            Faliq dan Syed Ibtisyam terkedu. Baby Liyana yang baru tiba itu terpinga-pinga. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Batrisyah mengatur langkahnya namun sepantas kilat Faliq memaut lengan gadis itu. Wajah lembut Faliq tampak tegang.
            “Apakah awak pernah dilukai dengan teruk hingga awak tutupkan pintu hati awak menerima cinta lain?” Faliq sekadar menduga. Dia tidak mempedulikan orang sekeliling yang mula memandang ke arah mereka.
            Reaksi wajah Batrisyah berubah sama sekali.
            “Kenapa awak tidak memberi peluang kepada kawan saya yang betul-betul menyukai awak? Apa awak fikir semua orang kaya seperti dia tidak tahu menghargai sebuah cinta.” Faliq mengeraskan sedikir nada suaranya. Apakah benar hati gadis itu sekeras kelikir?
            Batrisyah melirik matanya ke arah Syed Ibtisyam. Lelaki itu juga agak terkejut dengan tindakan drastik Faliq. Dia tidak punya keberanian seperti Faliq untuk mengungkapkan kata sedemikian terhadap Batrisyah.
            “Itu bukan urusan awak!” Gerutu Batrisyah. Dia merentap lengannya dari cengkaman jemari kasar Faliq. Batrisyah mengatur langkah melepasi Faliq dan Syed Ibtisyam. Dia sempat mengerling tajam ke arah Faliq. Lelaki itu sering memberikan perasaan tidak enak di hatinya.
            “Lebih baik you berputus asa saja mengejar cinta dia, Ib. Jangan you paksa dia lagi.” Getus Baby Liyana. Dia turut mengekori langkah Batrisyah.
            Syed Ibtisyam mengeluh kecil. Adakah dia berpeluang langsung untuk menambat hati Batrisyah? Gadis itu terang-terangan menolak cintanya.

SEMENJAK kejadian tempohari, Batrisyah menjadi lebih pendiam. Perubahan Batrisyah yang ketara itu disedari oleh teman-teman sekerjanya. Malah Puan Suria terpaksa bersemuka dengan Syed Ibtisyam untuk mengetahui apa yang berlaku. Sayangnya Syed Ibitsyam juga membisukan diri. Lelaki itu tampak lesu dan tidak bermaya. Tiada orang lain yang boleh membuka cerita selain Faliq. Kebetulan Puan Suria sememangnya punya
temujanji dengan Faliq tengahari itu.
            Faliq menyedut jus orennya dengan tenang. Dia bukan tidak perasan dengan wajah cemberut Puan Suria. Puan Suria mengajak dia keluar bukan semata-mata mahu berbincang perihal kerja mereka tetapi juga perihal Batrisyah. Salah dia juga kerana berkeras dengan Batrisyah yang tidak menghargai perasaan Syed Ibtisyam terhadapnya. Dia rasa hilang sabar melihat sikap dingin Batrisyah. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia sedang fikirkan. Dia tidak sepatutnya masuk campur perihal cinta Syed Ibtisyam.
            Batrisyah…wajah suram suram Batrisyah menerpa ke dalam kotak mindanya. Mata jernih yang kesunyian itu sering membuai perasaan Faliq. Gadis itu benar-benar telah mengikat hari Faliq! Dia tidak mampu untuk menyekat perasaan yang hadir itu di dalam hatinya.
            “Batrisyah tampak kasar pada zahirnya tetapi hatinya lembut,” bicara Puan Suria memecahkan keheningan antara mereka. Faliq mengangkat kepalanya.
            “Hati dia kering! Sekeras kelikir.” Gumam Faliq.
            “Jangan menilai dari luarannya. You patut lihat daris segi dalamannya pula.” Puan Suria mengeraskan sedikit suaranya. Faliq terkedu. Wanita itu tampak menyebelahi Batrisyah.
            “Dia langsung tidak menjaga hati teman baik I.”
            “Bagaimana pula dengan hati dia? Ada teman baik you menjaga hatinya?” Puan Suria mencerlung Faliq. Faliq terdiam. “Batrisyah bukan berniat mahu melukai hati teman baik you. Hatinya sendiri masih tidak sembuh dengan luka cinta lama. Bukan mudah untuk mengubat hati yang dikhianati! Kekasih yang dicintai mengahwini adiknya sendiri. Kepercayaan yang dia berikan dibalas dengan pengkhianatan!”
            Faliq tersentap. Puan Suria membuka satu-persatu kisah hidup Batrisyah. Dia mahu lelaki tahu yang Batrisyah bukan seperti difikirkan.
            “Dia dibuang keluarga sendiri. Apa yang dia lakukan semata-mata kerana cinta pada lelaki itu dan kasih sayang pada adik yang tidak tahu menghargai perngorbanan kakak sendiri. You tahu selama dua tahun ini dia menyimpan kisah dukanya. Jika I tidak mendesak dia, mungkin I tidak tahu semua ini.” Sambung Puan Suria.
            “Kenapa dia biarkan mereka menundingkan jari kepadanya? Kenapa dia perlu
menanggung penderitaan sendiri demi lelaki seperti itu?”
            “Itulah Batrisyah! Batrisyah tidak kisah akan kebahagiaan diri sendiri. Dia lebih pentingkan kebahagiaan orang lain. Kita lihat senyuman dan tawa lahir di bibirnya namun kita tidak lihat hatinya yang sedang menangis.”
            Siapakah insan yang begitu bertakhta di hati Batrisyah hingga Batrisyah hingga tegar berkorban untuk kebahagiaannya? Faliq mengetap bibir. Dia seakan mencemburui lelaki tersebut. Lelaki yang mempersiakan cinta tulus Batrisyah.
            “You sukakan Batrisyah?” soal Puan Suria mengejut.
            Faliq pandang tepat ke dalam mata Puan Suria. Dia tidak mampu untuk memberikan jawapan yang dikemukan oleh Puan Suria. Apa reaksi Puan Suria jika dia menyatakan yang dia juga jatuh hati pada gadis itu? Dia menyukai gadis yang dicintai oleh teman baiknya.
            Puan Suria menghela nafas kecil. Pastinya Faliq cuba berselindung dari perasaan sebenar. Dia bukannya buta. Tingkah Faliq telah menunjukkan yang lelaki itu punya perasaan terhadap Batrisyah. Batrisyah gadis kasar yang punya daya tarikkan sendiri. Di sebalik kelemahan yang dipertonjolkan itu punya kelebihan yang orang lain tidak nampak.
            “I rasa you tahu apa yang bermain di hati I.”
            Lantas Puan Suria mengganggukkan kepalanya. Ya! Dia tahu apa yang bermain di hati Faliq. Puan Suria melirik senyuman manis di bibirnya. Dia tidak menyalahkan Faliq sekiranya lelaki itu jatuh hati pada Batrisyah. Batrisyah tidak punya ikatan dengan sesiapa. Gadis itu bebas untuk memilih teman hidupnya. Itu pun jika Batrisyah ingin memulakan kisah percintaan yang baharu.
            “I tidak salahkan you. Siapa yang tidak tertarik pada gadis seperti Batrisyah itu. Dia memang cantik meskipun garang seperti singa.” Puan Suria ketawa kecil.
            “I tidak akan menghalang jalan teman baik I. I yakin Ib boleh memberikan kebahagiaan kepada Batrisyah. I boleh lihat perubahan pada Ib. Dia bukan lagi Ib yang suka bertukar-tukar pasangan dan berhibur di luar.” Faliq memalit senyuman nipis.
            “Faliq…jika tertulis jodoh you dengan Batrisyah, you akan tetap akan memiliki hatinya dan juga jika berlaku sebaliknya. Apa pun I puji dengan sikap tidak pentingkan diri you, Faliq.”
            “You memuji I.”
            “I puji you ke? Ada ke?” Puan Suria sengaja buat muka.
Faliq tertawa. Terima kasih kerana memang memahamiku. Akan aku Abadikan cinta itu dalam hati ini. Akan aku tunggu cinta itu menjadi milikku untuk selama-lamanya. Faliq bermonolog sendiri.
Faliq melangkah masuk ke biliknya. Dia menekan butang interkom memanggil setiausaha, Farah masuk. Bibirnya mengulum senyuman sebaik sahaja Farah berada di depan matanya. Faliq menongkat dagu merenung setiausaha yang bermulut agak becok itu tetapi dia menyenangi dengan sikap Farah yang berterus terang. Gadis secantik Farah pun tiada lagi teman istimewa di hatinya. Jika ditanya, Farah akan menyatakan yang dia tiada minat untuk bermain dengan cinta.
Tidak berkelip-kelip Farah memandang ketuanya yang asyik tersengih panjang itu. Apalah yang bermain di dalam kepala ketuanya. Lirikkkan matanya merenung dia dari atas hingga bawah. Farah rasa tidak senang bila diteliti begitu. Adakah dia telah silap berpakaian? Atau dia terlalu seksi di mata redup ketuanya itu.
“Encik Faliq…boleh tak jangan tenung saya macam harimau lapar tidak makan seminggu.” gerutu Farah.
Faliq ketawa kecil. Dia meraup-raup wajahnya.
“I ada nampak macam harimau kelaparan ke?”
“Sedikit sebanyak adalah juga.”
“Hahahaha….sampai begitu sekali. I just terkejut bila tengok you berkebaya nyonya begini.”
“Iyalah tu. Ingat I akan percaya kata-kata you Encik Faliq. You boleh terkejut semata-mata mahu lihat pakaian I. You ingat I bodoh ke? I boleh baca dari sinar mata you.” Desis Farah. Dia cemikkan mukanya.
“I selalu dengar yang cinta itu buta. Orang akan jadi bodoh kerana cinta. Cinta juga buat orang hilang arah tujuan. You sependapat kata-kata mereka tak?”
“Cinta itu tidak bersalah. Orang yang tidak mengerti fasal cinta itu yang bengap. Maaf Encik Faliq…I memang suka cakap direct. Straight to the point. Ini pertama kali I dengar Encik Faliq menyebut soal cinta. Ada apa-apa ke?” Terangkat kening lentik Farah. Faliq sekadar menggelengkan kepala.
“I masih tidak layak untuk jatuh cinta, Farah. You lihat keadaan diri I yang masih
berterabur ini. I tidak terurus.”
“Encik Faliq tak perlulah nak berbelit-belit dengan I. Sila berbicara dengan I secara terus terang.”
Faliq bingkas bangun dari kerusi eklusifnya. Dia renung wajah ayu Farah. Wajah Farah bersilih ganti dengan wajah Batrisyah.
I’m in love…” balas lambat-lambatnya.
Reaksi Farah sudah diduga. Gadis itu tercengang. 

Takdir Cinta luka - Bab 8

FALIQ melonggarkan tali lehernya. Cuaca panas itu buat badannya rasa melekit dan tidak selesa. Mesyuarat yang dihadiri memakan masa yang begitu panjang. Naik kematu punggungnya duduk di atas kerusi. Sukar sekali untuk memuaskan hati pihak klien yang sememangnya cerewet. Dia bukan jenis yang suka bertekak seperti ibunya. Bila ibu buka mulut sesiapa pun tidak berani untuk menyangkal kata-kata ibu. Sesekali dia tidak setuju dengan cara ibu yang terlalu tegas. Ibu buat orang bawahannya menjadi takut. Buat kerja dengan begitu concentrate. Ibu menjadikan suasana tempat kerja hening dan suram. Faliq pernah menegur namun ibunya buat tidak peduli.
            Briefcasenya diletakkan di belakang tempat duduk keretanya. Faliq mahu terus pulang ke rumah dan berehat. Beban kerja sesekali menyeksakan nafasnya. Kerja perlu disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Faliq tidak suka merungut atau membebel. Jika kerjanya memerlukan masa yang singkat perlu disiapkan dia akan berteleku di dalam pejabat hingga ke pagi hari. Faliq menarik nafas panjang. Kunci keretanya dipulas. Serentak itu berderu bunyi enjin BMWnya itu. Faliq mula memasukkan gear kereta. Dia memusingkan stereng kereta untuk keluar dari tempat parkirnya. Ketika itu matanya tertacap pada susuk tubuh seorang gadis yang sedang membantu seorang wanita tua yang jatuh di bahu jalan. Diamati gadis tersebut. Batrisyah!
            Serta-merta Faliq mematikan enjin keretanya. Tidak menduga bertemu dengan gadis itu di tempat begini. Faliq bingkas keluar dari kereta. Dia mengamati tingkah-laku Batrisyah tanpa disedari oleh gadis itu.
            Batrisyah membongkokkan tubuh memungut barang-barang wanita tua itu yang berselerakkan di atas jalan. Geram sungguh hatinya dengan perangai anak-anak muda sekarang. Wanita tua begini pun mereka tiada belas rasa kasihan. Diragut beg yang dibawanya. Orang sekeliling pula hanya memandang tanpa memberikan sebarang bantuan. Kejadian itu seakan tidak dilihat oleh mereka. Beginikah sikap orang ramai yang tidak mengambil endah perihal orang lain. Bagaimana pihak polis ingin membenteras jenayah jika tiada kerjasama dari orang ramai.
            “Biar saya hantar makcik pulang. Sebelum itu kita buat laporan polis.” Ujar Batrisyah lembut. Wanita itu memalitkan senyuman tawar. Sebak hatinya memikirkan
Beg duitnya diragut.
            “Tak payahlah nak. Makcik akan menyusahkan anak.”
            “Susah apanya pula. Saya tolong makcik dengan ikhlas. Budak-budak itu tidak patut dibiarkan makcik. Mari…saya hantar makcik ke balai polis buat laporan kemudian saya akan hantar makcik pulang. Pasal wang makcik itu jangan risau. Saya akan bantu makcik.” Batrisyah senang hati menawarkan pertolongan.
            Dia tidak sanggup membiarkan wanita tua itu bersendirian. Wangnya sudah diragut, bagaimana wanita tua itu mahu pulang ke rumahnya? Anak-anak wanita itu tidak fikirkan langsung keadaan ibu mereka yang tua begini dibiarkan berjalan seorang diri. Bahaya sungguh!
            “Makcik benar-benar sudah menyusahkan anak ini.” Sayu suara wanita tua itu. Batrisyah gelengkan kepala laju.
            “Ini pertolongan kecil saja makcik. Kita sebagai manusia perlu saling bantu-membantu. Hari ini makcik susah saya bantu makcik. Entah esok entah lusa giliran saya susah, makcik pula bantu saya. Siapa tahukan? Itu semua kuasa Tuhan.” Batrisyah mengusap-usap belakang wanita tua itu. Terpalit senyuman manis bibirnya.
            “Terima kasih banyak-banyak nak.”
            Batrisyah memimpin wanita tua itu menyeberangi jalan. Keretanya di tinggalkan seberang jalan raya tersebut. Faliq termangu sendirian. Kelibat Batrisyah dan wanita tua itu sudah hilang dari pandangan matanya. Gelagat Batrisyah cukup menarik perhatiannya terutama senyuman manis yang terukir di bibir gadis itu. Sungguh menawan. Gadis yang nampak kasar sebelum ini rupa-rupanya punya hati yang tulus. Tidak dapat dia lupakan kelembutan pada wajah Batrisyah sebentar tadi. Dia melihat sifat lain milik gadis itu yang selama ini tertutup disebalik topeng.
            Bunyi telefon bimbitnya mengejutkan Faliq. Faliq mendengus kecil. Nama Syed Ibtisyam tertera pada skrin telefon. Dua tiga hari senyap tidak menelefon tiba-tiba hari ini pula Syed Ibtisyam mencari teman baiknya ini.
            “Faliq….you kena tolong I.”
            “You ini tidak tahu bagi salam dulukah?’
            “I tidak sempat mahu nak bagi salam pada you. I dalam kecemasan ni. You kena tolong I. Mati I Faliq! Mati I!” Syed Ibtisyam sudah mengurut-urut dahinya. Apa tidaknya, keluar saja dari pejabat tadi kereta kesayangan sudah hilang. Setahu dia, keretanya itu menghadang kereta Batrisyah. Apa yang sudah Batrisyah buat kepada keretanya. Hilang tidak dapat di kesan. Yang tinggal cuma kesan tayar kereta.
            “Hmmmmm…you mahukan pertolongan apa dari I?”
            “You datang ke office I. You ambil I di sini.”
            “Where you’re loving car.” Dahi Faliq berkerut.
            “That my problem Faliq. My car missing.” Jawapan yang buat mulut Faliq terlopong luas.
           
JIKA Syed Ibtisyam mengurut-urut dahi manakala Faliq mengaru-garu kepalanya. Cerita Syed Ibtisyam buat dia bingung. Masakan kereta Syed Ibtisyam yang lebih besar dari Batrisyah itu boleh diangkat dan dibuang. Kuat betul Batrisyah jika dia bolehh berbuat demikian. Boleh masuk dalam book of record. Malaysian’s She Hulk. Tidak boleh diterima akal langsung. Faliq memandang Syed Ibtisyan yang sudah mati kutu. Tidak tahu ke mana ghaib keretanya.
            Syed Ibtisyam berjalan mundar-mandir seperti orang sakit jiwa. Gelagatnya itu diperhatikan oleh Faliq dengan ekor mata. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menolong Syed Ibtisyam. Satu-satunya orang yang boleh memberitahu di mana kereta kesayangan Syed Ibtisyam itu menghilang adalah Batrisyah. Dalam soal ini Faliq tidak menyalahkan Batrisyah. Syed Ibtisyam yang mencari fasal.
            “Siapa suruh you cari fasal dengan singa tu. Hari-hari you hadang kereta dia. Siapa yang tidak marah Ib. Kalau I jadi dia pun I akan meradang. Don’t be stupid my friend. If you sudah tergila-gilakan dia apa kata you terus jumpa family dia masuk meminang.” Faliq mendepangkan tangannya. Kata orang, sendiri salah sendirilah mahu tanggung.
            “I tidak jangka dia akan bertindak sampai begini. Selalunya dia penyabar sangat orangnya sampai sanggup tunggu I alih kereta I. Apalah yang dia buat pada kereta I. Dia jualkan kereta I kah?’
            “Sabar dia ada hadnya Ib. You tidak tanya orang-orang yang berdekatan sini. Mesti ada yang nampakkan.”
            “I sudah tanya. Jawapan mereka hanya menggelengkan kepala saja.”
            “Sah berpakatlah ni.” Faliq menarik nafas panjang. Matanya terarah pada seorang gadis yang sedang memasukkan fail-failnya ke dalam bonet kereta. Rasanya dia kenal akan gadis terbabit. Gadis itu setiausaha Syed Ibtisyam memerangkap teman baik Batrisyah. Faliq membuka langkah merapati gadis terbabit. Syed Ibtisyam terpinga-pinga. Apa hal pulak yang Faliq pergi kepada Baby Liyana. Dalam keadaan dia yang sedang buntu ini, Faliq masih sempat untuk memikat.
            “You teman baik Batrisyah bukan?” Faliq menyoal. Baby Liyana angkat kepala. Jelas ada kerutan di dahinya. Matanya terarah pada Syed Ibtisyam yang tidak jauh dari situ. Riak Syed Ibtisyam macam orang kehilangan bini.
            “Itu salah my boss sendiri. Pandai buat pandai tanggung.” Balas Baby Liyana selamba. Dia menutup bonet keretanya.
            “Jadi you tahulah ke mana kereta boss you menghilang?”
            “Ambil kad nama ini, you hubungi nama mamat yang tertera dalam kad itu. Kereta boss I itu ditarik oleh jentera penunda. Lain kali jangan buat sampai gunung berapi meletup. Kawan I itu bila bercakap bukan main-main. Dia buat betul-betul.” Sekeping kad dihulurkan kepada Faliq. Faliq menarik nafas lega. Bergegas dia mendapatkan Syed Ibtisyam.
            Baby Liyana bercekak pinggang. Gadis itu gelengkan kepala. Orang tidak mahu untuk apa dikejar-kejarkan lagi. Dia yang ada didepan mata langsung tidak dipandang oleh Syed Ibtisyam.  Baby Liyana memendam rasa. Namun sampai bila dia mampu menahan diri dari menyukai Syed Ibtisyam. Lelaki itu sudah menambat hati wanitanya. Pelbagai cara dia gunakan untu menarik perhatian Syed Ibtisyam. Syed Ibtisyam tetap memandang Batrisyah yang jauh lebih rendah kedudukan dari dia. Batrisyah gadis kampung yang agak kolot dia dan berpendidikan setakat ambil sijil STPM. Dia anak datuk! Belajar sampai luar negara! Dia jauh lebih hebat dari Batrisyah. Entah sejak bila Baby Liyana membandingkan dirinya dengan Batrisyah.
            “Itulah you suka sangat cari fasal.” desis Faliq. Nasib baik ditarik kereta penunda. Kalau kena jual kan sudah menjadi kes naya.
            “Ingat dia cakap main-main dengan I. Tak tahu pulak dia boleh serius.” Syed Ibtisyam sudah membuka pintu kereta Faliq. Hari ini juga dia akan mendapatkan keretanya kembali. Tidak kiralah dengan apa cara sekalipun. Sampai hati kau Batrisyah!
            “Muka dia ada main-main ke?”
            “Huh! Si Batrisyah tu muka dia serius dua puluh empat jam. Kalau nak tengok dia tersenyum sampai tahun depan pun tak merasa. Mahal sangat senyuman dia!”
            “I dah tengok senyuman manis dia. Cantik!” Faliq bersuara. Ketika itu dia sudah menghidupkan enjin keretanya.
            “Apa you cakap tadi Iq?”
            “Tiada apalah.” Faliq mengulum senyuman. Syed Ibtisyam tidak dengarlah tu.
            “I dengar you cakap sesuatu tadi. Tapi kurang jelaslah.” Syed Ibtisyam sudah memasang tali pinggang keledarnya.
            “Not important.”
            “Sure.
            “Yes.” Faliq tersenyum. Tidak perlu untuk dia mengulang kata-katanya lagi. Dia sendiri tidak mengerti bagaimana dia boleh jatuh hati pada gadis yang sama. Namun dia bukan lelaki yang pentingkan diri sendiri. Masakan dia akan berebut Batrisyah dari Syed Ibtisyam. Biarlah perasaan yang sedang bercambah di hati ini terus tersimpan dengan rahsia.