Tab Menu

Followers

Sunday, July 15, 2012

Di Sini Cinta Itu..- Bab 5


“You memang nak mampus!” Fernando mengarahkan konco-konconya menyerbu Eizlan Yusuf.

            Eizlan Yusuf tenang dan bersahaja. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket baju melayunya. Dia mengelak serangan dari konco-konco Fernando itu sambil menekan nombor di telefon bimbitnya.

            “Helo, polis…” Sengaja suaranya dilantangkan.

            Fernando membeliakkan anak matanya. Lelaki itu menelefon polis. Jika polis datang memang dia akan diundang dengan masalah.

            “Behenti!” Sekali lagi Fernando memberikan arahan kepada konco-konconya. Serentak konco-konconya behenti dari menyerang Eizlan Yusuf.

            Eizlan Yusuf tersenyum. Dia tahu lelaki itu semestinya tidak mahu hal ini menjadi kes polis.

            “Kenapa boss?”

            “Kita balik…”

            “Tapi boss?”

            “Balik!” Fernando meninggikan suara pada konco-konconya.

            Arahan harus dipatuhi. Mereka membuntuti ketua mereka meninggalkan tempat berkenaan.

            “Terima kasih…” Ucap Paul sebaik kelibat Fernando dan konco-konconya tidakkelihatan lagi.

            “Pertolongan kecil.” Eizlan Yusuf membalas. Dia renung wajah gadis yang sudah dicampung oleh lelaki berbangsa cina itu. Bibirnya mengukir senyuman. Gadis itu…

            “Teman encik itu seperti tidak sihat. Wajah dia agak pucat. Apa kata encik singgah di rumah saya. Jangan risau saya tidak berniat serong.” Eizlan Yusuf mempelawa.

            Paul diam seketika. Mungkin ada baiknya dia bermalam di rumah lelaki ini. Lagipun dia takut kalau Fernando dan konco-konconya mencari mereka. Paul mengganggukkan kepala.

TERPISAT-pisat Melly membuka matanya. Alunan suara orang yang sedang mengaji itu mengejutkan dia dari pengsan. Mata jernih Melly memandang sekeliling. Ini bukan biliknya mahupun bilik Paul. Ada ayat-ayat Al-Quran tergantung di dinding bilik itu. Dia bingkas bangun. Pakaiannya juga sudah ditukar ganti.

            Di mana dia berada? Di mana pula Paul? Fikirannya agak kabur dan dia tidak mengingati apa yang berlaku pada malam itu. Melly memulas tombol pintu bilik itu. Dia bangun dan mencari-cari suara yang sedang mengaji itu. Hatinya tenang mendengar ayat-ayat suci Al-Quran itu dibacakan. Matanya terbuntang luas melihat ruang rumah yang besar itu.  Rumah siapakah ini agaknya? Melly meneruskan langkahnya.

            Suara itu semakin jelas kedengaran. Dia yakin pemilik suara itu berada di dalam bilik berhadapannya kini. Tombol pintu bilik dipulas. Tidak berkunci. Melly membuka pintu bilik itu perlahan-lahan.

            Dia terpaku melihat lelaki yang sedang khusyuk membaca Al-Quran di atas sejadah itu. Seorang lelaki yang tidak dia kenali. Dia terasa bahunya disentuh dari belakang. Pantas dia berpaling. Seorang wanita yang agak berusia tersenyum memandangnya.

            “Anak sudah sedar ya…” Tegurnya lembut.

            “Maaf…saya…”

            “Mari kita bersarapan dahulu…” Wanita itu menarik tangannya lalu menutup pintu bilik itu kembali.

            Hati Melly berada lega sebaik melihat Paul turut berada di meja makan. Fikirnya Paul sudah meninggalkan dia malam itu. Paul menghirup teh o panasnya perlahan-lahan. Sungguh selesa tidur di rumah ini malam tadi.

            “Good morning Melly. Lena you tidur…”

            Melly mencebik.

            “You bawa I ke rumah siapa ni?”

            “Don’t Worry…tuan rumah ini baik-baik orangnya. Betul tak Mak Tun.” Paul mengenyitkan mata pada Mak Tun yang sedang menyapukan mentega kacang pada roti tersebut. Mak Tun tersenyum.

            “Ermmm…”

            “Dia yang selamatkan kita malam tadi.  I tak berani bawa you pulang ke rumah sebab I takut Fernando tunggu kita di rumah pula.” Paul memberikan alasan yang kukuh.

            “Minumannya cik..” Secawan teh o dihulurkan kepada Melly. Melly menyambutnya dengan teragak-agak.

            “Err…terima kasih mak…makcik..” Melly mengambil tempat bersebelahan dengan Paul. Agak kekok apabila dilayan dengan baik oleh Mak Tun.

            “Cik nak makan apa? Roti bakar atau nasi goreng? Mak Tun ambilkan untuk cik..”

            “Tak mengapa Mak Tun….saya boleh ambil sendiri.” Merah wajah Melly, Dia mengambil senduk pada nasi goreng yang terhidang. Dia senduk nasi goreng itu ke dalam pinggannya.

            “Assalamualaikum…selamat pagi..” Suara yang menyapa lembut itu membuat Melly mengangkatkan kepalanya.

Riak muka Melly berubah.Dia tergamam seketika. Fikirannya mengimbas pada pertemuan beberapa hari yang lalu.
           
“BOLEH saya duduk di sini.” Kedengaran nada suara suara yang matang dari seorang lelaki berusia awal 30-an yang memiliki sepasang mata yang menawan dan raut wajah yang tampan, yang mana setiap gadis yang melihatnya pastikan tergoda. Melly  juga tidak terkecuali.

            Melly menganggukkan kepalanya dan mempersilakan lelaki itu duduk semeja dengannya. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan dari lelaki itu. lelaki itu mengelengkan kepalnya.

            “Arak dan rokok akan menjejaskan kesihatan awak.” Ujarnya lembut.

            “You berceramah dengan I.” Melly ketawa. “Lelaki-lelaki yang mengunjungi tempat ini bukan lelaki yang baik.”

            Lelaki itu gelengkan kepala. Dipandang wajah Melly yang mula kemerah-merahan itu. Bergelas-gelas gadis itu meneguk minuman beralkohol itu.

            “Awak seperti dikecewakan oleh cinta.”

            “Apa yang you tahu tentang cinta?” Desis Melly.

            “Awak nak tahu?”

Melly anggukkan kepalanya.

“Cinta itu satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada makhluk yang bernama manusia. Cinta ni banyak kategorinya...tapi cinta pada Allah adalah cinta yang satu…Hati kita akan tenang apabila kita bersujud kepada DIA. Carilah ketenangan melalui jalan betul.”

Melly tertawa.

Thanks sebab berikan In ceramah percuma. Dulu I perempuan yang baik-baik yang taat kepada agama sebelum I jadi begini. I tak pernah lupa pada sejadah dan berdoa. Tapi nasib I tetap tidak berubah sekalipun hari-hari I berdoa dan menangis. Tuhan tidak pernah sayangkan I. I kehilangan semuanya…” Tubir mata Melly berair.

Satu-persatu dia membuka ceritanya pada lelaki itu.

            “Malam ini I seakan-akan menceritakan segala sejarah hidup I pula…kelakar seorang pelacur meluahkan perasaan pada seorang lelaki yang tidak dikenalinya.”

            Lelaki itu tersenyum…

            “Manusia tidak lari dari ujian Allah…percayalah setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya…Allah tidak menurunkan ujian tanpa sebab…” Lelaki itu bingkas bangun.

            “Jangan sesekali berputus asa untuk memohon doa kepada-NYA. Jangan terus berserah pada takdir. Awak masih tidak terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Ingat…Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk umat-NYA…” sambungnya lagi lalu menghilang di mata Melly.

            Melly terpegun. Bibir terkatup rapat mendengar bicara lelaki itu.

            “Melly…Melly….you okay tak ni?” Paul mengawangkan tangannya pada muka Melly.

            “I okay…” Hati Melly berdengup kencang. Dia yakin lelaki ini adalah lelaki yang ditemuinya malam itu.

            Melly menundukkan kepalanya.

            “Cik Melly…bagaimana keadaan awak pagi ini? Ada sihat sedikit?” Soal Eizlan Yusuf sebaik melabuhkan punggung di kerusi.

            “I okay..” Melly membalas perlahan. Dia tahu namaku…pasti Paul yang memberitahu namaku pada dia.

            “Alhamdulillah…kalau masih tidak sihat saya akan panggil doktor peribadi saya untuk memeriksa keadaan awak lagi.”

            “Tak perlu…saya okay dah…” Melly menolak laju.

            Paul memerhatikan gelagat Melly yang gelabah. Agaknya Melly terpaut dengan kekacakan Eizlan Yusuf tak? Itu sebab wajah dia kemerahan.

            “Lepas bersarapan ni, kami akan pulang. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada Encik Eizlan.” Giliran Paul bersuara.

            Eizlan Yusuf anggukkan kepalanya.

            “Pertolongan kecil. Manusia harus menolong sesame manusia.”

            Tutur bicara dan budi pekertinya membuatkan Paul kagum dengan lelaki ini.  Lelaki ini tahu siapa dia, siapa Melly tetapi masih melayan mereka dengan baik sekali sedangkan lelaki ini berketurunan orang baik-baik. Hati Paul terharu. 

Saturday, July 14, 2012

Awek Skuter - Bab 6



ADLLEA betul-betul tidak faham dengan mamat seorang ini. Apa pasal ya dia suka sangat datang ke tempat kerja dia makan pizza. Dia tak tahu rasa muak dan jemu ke? Adllea yang sudah bertahun kerja pun tidak larat mahu menelan benda alah ni lagi. Kalau tengok muka dia memang tahap darah tinggi Adllea akan naik. Kalau boleh nak telan dia hidup-hidup. Nasib baik dia adik buah hati Adllea tu. perasan sungguh Adllea ni. Kalau tidak memang sudah lama Adllea campak dia keluar. 
 
            Adllea meletakkan menu pesanan di atas mejanya dengan kasar. Shaz merenung wajah dia dengan senyuman plastiknya itu. Dasar si katak bercermin mata empat. Shaz sengaja mahu mengenakan Adllea. Dia dengan Farith memang bagai langit dengan bumi. Tak langsung macam adik-beradik. Shaz agak sempoi dalam berpakaian. 

            “Apasal cari tempat lepak non-class macam ni!” Ada suara garau di belakang Adllea. Macam pernah ku kenal suara garau ini? Adllea angkat sedikit wajah ayunya. Konon-konon.

            Alamak! Pemandu kereta mewah Porcche 996 Turbo berwarna silver tempohari. Adllea menelan air liur. Sungguh dunia memang kecil. Tidak diduga. Adllea buat-buat menundukkan wajah. Dalam hati Adllea berdoa lelaki angkuh itu tidak perasankan dia. Ala orang macam lelaki angkuh tu mana akan ingat awek skuter macam dia. Bertenang Adllea!

            “Kau mengorat awek pizza ya.” Mamat itu sudah menarik kerusi berhadapan dengan si katak bercermin mata empat tadi.
            Adllea lihat si katak bercermin mata empat itu hanya membisu dan menatap menu di tangannya. 

            “Mulut macam ada emas satu tempayan!”
            Adllea tak setuju kalau yang ini. Si katak bercermin mata empat itu kalau sudah bercakap berbisa jugak mulut dia.
            “Abang Iz…lebih baik berterus-terang saja.” Tengok! Baru dia mahu buka mulut ayat sudah menikam hati.

            Adllea pasang telinga. Kalau si katak bercermin empat itu cepat buat pesanan maka dia akan segera beredar tanpa mengambil tahu apa topik perbualan mereka tau.

            “Adik abang ni memang bijak baca fikiran abang.” Mamat itu ketawa kecil. Biasalah cover maco tu.

            Eh! Adllea rasa telinga dia tidak salah dengar tadi. Lelaki angkuh itu panggil si katak bercermin mata empat adik. Masakan mereka ini adik-beradik? Farith dan katak bercermin empat adik beradik….yang mamat ini pun abang dia jugak ke? Adllea pula yang banyak berfikir. 

“Biasalah…takkan kau tak tahu yang Mama Zara dengan aku tak kamceng. Kalau dengan kau dan Abang Farith dia sayang lebih so hanya kau saja boleh bantu abang ngah kau ni.”
“Pemboros..” 

Adllea masih pasang telinga. Bilalah si katak bercermin mata empat ini mahu buat pesanan. Lengguh kaki berdiri ni. Sepuluh minit lagi dia kena hantar pesanan pelanggan pula. Tidak boleh jadi begini.

“Maaf…saya mengganggu sekejap.” Adllea memintas laju. Adllea tidak mahu salah seorangnya memulakan bicara semula. “Saya ada kerja lain mahu dibuat selain terpacak berdiri di sini.”
“Siapa suruh awak terpacak berdiri di sini?” Si katak bercermin mata empat bersuara. Adllea mengetap bibir. Marah ni…

“Si katak bercermin mata empat…saya menunggu pesanan awak dari tadi tahu tak? Nak pesan atau tak? Saya ni ada pizza mahu dihantar dari melayan kerenah awak!” Ambik kau. Turun naik nafas Adllea.

Mamat seorang itu sudah terlopong. 

“Garangnya awek ni…dia panggil kau katak bercermin mata empat.” Lelaki angkuh itu berbisik pada telinga si katak bercermin mata empat. Tidak lama selepas itu pecah ketawa lelaki seorang itu.
“Pergilah hantar pizza awak dulu. Lepas awak balik, baru awak ambil pesanan saya.” Si katak bercermin mata empat masih berwajah tenang. Dia seperti tidak marah dengan gelaran yang Adllea berikan pada dia.

            Adllea merengus kecil. Gila ke apa dia ni. Sanggup katak bercermin mata empat ni mahu tunggu sampai dia balik hantar pizza. Sakit mental agaknya. Adllea malas nak ambil posing lalu dia  beredar. Kerja dia lebih penting. Wajah kelat Adllea menjadi tatapan Kak Mona. Adllea buat selamba. 

            Hidayat sudah tersenyum simpul. Dia tahu Adllea selalu panas hati dan naik angin dengan si katak bercermin mata empat tu. Apa boleh buat, siapa yang mulakan dulu angkara pada mamat itu kalau bukan Adllea.

            “Kalau cegini gayanya memang kau tak layak jadi bakal kakak ipar dia, Lea.” Hidayat mulalah hendak menyakat Adllea.
            “Ada aku kisah?”
            “Penting tahu tak untuk ambil hati adir ipar.”

            “Aku tak mahu jadi hipokrit.” Desis Adllea. Pizza sudah tersedia untuk dihantar.
            “Terpulang…” Hidayat tersengih.

            Adllea jeling Hidayat tajam. Dia ambil pizza dan terus pergi. Malas dia mahu layan Hidayat. Karang kerjanya pula tergendala.

YA, ALLAH! Adllea ingatkan dia sudah beredar tetapi sangkaan dia meleset sama sekali. Dia masih menunggu Adllea dengan setia cuma lelaki angkuh itu saja yang sudah tiada. Hidayat dan Dina burung hantu beritahu Adllea yang si katak bercermin mata empat itu masih belum membuat pesanan apa-apa lagi. Ada pulak anak orang pengsan karang. Adllea yakin si katak bercermin mata empat itu belum makan.

            Adllea hampiri mejanya semula. Dia sedang khusyuk membaca buku ceritanya. Adllea berdehem kecil. Dia angkatkan kepala. Mata kami berpadu. Cepat-cepat Adllea larikan lirikkan matanya. Merah pipi ni.

            “Awak mesti belum makan lagikan?” Soal Adllea.
            “Ya…” Balasnya sepatah.
           “Saya rasa awak tak kenyang makan pizza di sini. Apa kata saya belanja awak makan kat gerai Kak Limah.”

            Dia pandang wajah Adllea tajam. 

            “Awak nak bodek saya ke?”

            Adllea rasa mahu hentam saja si katak bercermin mata empat ini dengan kerusi. Dia ingat aku membodek sebab mahu rapat dengan abang dia ke? Aku ikhlas tahu tak!

            “Perlukah saya nak membodek awak?” Adllea akan dapatkan abang dia dengan usaha sendiri tak mainlah pakai jalan mudah. 

            Dia tersenyum. Tapi kali ini Adllea tidak nampak senyuman plastik di situ. Hensem pula dia di depan mata Adllea. 

            “Betul ni?”
            Adllea angguk kepala.
            “Awak belanja?”

            Adllea angguk lagi kepala.

            “Tak tipu?”

            Adllea angguk lagi…

            “Tipu berdosa ya…”
            “Betullah! Awak nak pergi atau tak makan dengan saya?”
            “Okay!” 

            Adllea menghela nafas kecil. Shaz memang menguji tahap kesabaran Adllea.
Dia bingkas bangun namun langkahnya behenti setapak.

            “Sekejap…” Dia berpaling.
            “Apa lagi ni…?” Ada saja yang tidak kena dengan si katak bercermin mata empat ini.
            “Awak naik skuter awak, saya naik kereta saya. Saya tak suka bonceng dengan perempuan.” Dia angkat keningnya.

            Ingatkan apalah tadi.

            “Saya pun tak hingin nak tumpangkan awak atas skuter saya. Cepatlah, saya pun dah lapar ni.” Adllea berjalan melintasi Shaz. 

            Adllea mencebik. Macamlah kereta dia hebat sangat! Setakat kereta kancil tiada maknanya aku nak pandang. Huh!

Saturday, July 7, 2012

Nilai Cintanya.... - NC4


SEBUAH pub di ibu kota. Ameer Dyalan duduk dengan wajah yang mencuka. Malam ini Carolyn tidak sudi mahu menemaninya. Dia bersendirian melayan perasaan. Tiga gelas air coke telah habis diteguknya. Tidak seronok pula duduk berseorangan. Ameer Dylan memusingkan kerusi yang didudukinya. Rambang mata nakalnya melihat gadis-gadis genit yang sedang menari sakan bersama pasangan masing-masing. Dia cuba mencari mangsa untuk malam ini.

            Dia tertarik pada seorang wanita jelita yang jua sedang minum berseorangan di satu sudut yang agak terpecil. Wanita  yang berambut ikal itu membalas renungan Ameer Dylan. Terukir segaris senyuman di bibir mungilnya. Peluang! Ameer Dylan bingkas bangun dan mengaturkan langkah penuh gaya.

            “Boleh I duduk?”

            “Silakan…”

            Wanita itu merenung kembali gelas minumannya.

            “Putus cinta?”

            Wanita itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

            “No…”

            “Wanita secantik you tidak manis bila monyok begini.”

            Wanita ketawa kecil. Dia tenung pada wajah tampan di sebelahnya itu. Lelaki yang cukup menarik dari pandangan mata wanitanya.

            “I mahu melupakan kedukaan yang lama.”

            “Macam ada satu kisah yang menarik.” Ameer Dylan semakin berani untuk terus bertanya.

            “Lebih kurang begitu…”

            “Ingin berkongsi dengan I?”

            “Siapa you? Kenapa I perlu berkongsi cerita I pada you?”

            “Kadang-kadang kita perlukan seseorang yang tidak dikenali untuk meluahkan rasa.” Ameer Dylan mengenyitkan mata kirinya.

            “Nama I Delina…and you?”

            “Dylan…nama I Ameer Dylan…”

            “You ada darah kacukan ya?”

            “Yes…my mum ada darah keturunan arab sedikit.” Ameer Dylan mengiakan.

            “Patut you handsome…satu pakej tu.”

            Ameer Dylan tertawa.

            “Bodek atau satu pujian untuk I?”

            “Untuk apa I mahu membodek you?” Soalan berbalas dengan soalan.

            “Betul juga, kitakan baru kenal.” Ameer Dylan mencapai gelas minuman Delina di atas meja itu. Nampaknya wanita bernama Delina ini lebih menarik dari Sufi Alisha.

            Delina masih bersikap bersahaja. Agak dingin. Dia kerling Ameer Dylan dengan menerusi ekor matanya.

            “I tidak boleh terima yang mother I ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Father I pula asyik busy menghadap bisnes perniagaannya.” Delina membuka ceritanya.

            “So ini hari pertama you berada di sini?”

            Delina mengangguk.

            “I baru beberapa hari pulang dari London. I pulang setelah kekasih I meninggal dunia kerana kemalangan di London.”

            “Maaf…”

            “It’s okay.”

            Ada kesayuan pada wajah jelita Delina. Mungkin Delina masih mengingati arwah kekasihnya itu. Delina menghela nafas kecil.

            “Apabila melihat you, teringat pada pertemuan pertama I dengan arwah kekasih I.” Delina menyambung katanya lagi.

            “Boyfriend mat salih ya?”

            Delina menggeleng.

            “I hanya perempuan simpanan dia. Dia sudah ada isteri dan anak-anak. Dan I gugurkan anaknya setelah dia tiada.”

            Ermmm…bukan anak dara lagi. Ameer Dylan agak kecewa di sini. Dia baru berangan-angan untuk menjadikan Delina teman sekatilnya. Tapi Delina ini jelita. Sayang jika dibiarkan saja burung yang tengah kesepian ini.

            “Bagaimana dengan you?”

            “I…I lelaki jahat.” Ayat sama yang dituturkan kepada teman-teman wanitanya sebelum ini.

            “Intresting…

            “Perempuan akan merana jika mengenali I…Apa kata malam ini I temankan you untuk mengubat kedukaan di hati you. Kita minum sepuas-puasnya. I belanja.” Ameer Dylan mengangkatkan gelas minuman. Dia tersenyum penuh makna.

DELINA masih tidur pulas di atas katil. Ameer Dylan sudah bangun menyiapkan diri untuk ke pejabat. Dia menyikat kemas rambutnya yang kian panjang itu. Ameer Dylan meninggalkan nota kecil kecil buat Delina. Masakan dia akan menamatkan perhubungan satu malam dengan wanita jelita itu. Nombor telefon ditinggalkan pada nota itu untuk memudahkan Delina menghubunginya.

            Rumah banglo dua tingkat ini dibelinya beberapa minggu yang lalu untuk memudahkan dia membawa teman wanitanya tidur. Dia tidak mahu mengotorkan vila milik ayah angkatnya yang warak itu. Berbuih ayah angkat menasihatinya namun dia tidak pernah mahu berubah malah bertambah teruk.

            Telefom bimbitnya bordering saat dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Panggilan dari ayah angkatnya.

            “Assalamualaikum ayah…”

            “Waalaikumusalam…kamu di mana Dylan?”

            “Dylan sedang menghidupkan enjin kereta.”

            Ada helaan nafas kecil kedengaran di talian.

            “Kamu tahu kita ada mesyuarat dengan kontraktor pagi ini. Jangan menjejaskan reputasi syarikat.”
            “Setengah jam lagi Dylan akan sampai ke pejabat. Masih ada masa lagikan. Dylan tidak akan lewat. Dylan janji.”

            “Dylan..”

            Talian dimatikan. Tuan Haji Abbas menarik nafas panjang. Ameer Dylan pastinya berada bersama dengan seorang perempuan lagi malam tadi. Dia memandang pada Azie yang sedang menyiapkan fail-fail untuk mesyuarat.

            Ameer Dylan berdedikasi dalam soal kerja tetapi sikap kasanovanya menjejaskan imej anak angkatnya itu serba sedikit. Masakan dia mahu memaksa anak angkatnya itu berkahwin dengan gadis pilihannya. Dia merosakkan masa depan gadis itu pula. Perkahwinan tidak menjamin yang Ameer Dylan akan berubah laku kecuali dirinya sendiri.

            Tuan Haji Abbas bersandar pada kerusinya. Dia mengurut dadanya perlahan. Mulutnyanya terkumat-kamit membaca zikir. Azie keluar setelah fail yang diperlukan dia letakkan atas meja Tuan Haji Abbas. Dia mengagumi sikap sabar Tuan Haji Abbas dengan perangai Ameer Dylan.

            Panjang umur ketuanya yang tampan ini. Baru dia sebuat-sebut namanya dalam hati tadi. Azie melemparkan seyuman buat Ameer Dylan.

            “Assalamualaikum…selamat pagi Encik Dylan.”

            “Pagi…mana ayah?” Salam Azie tidak disahut.

            “Ada di biliknya, Encik Dylan.”

            “Okay…thanks.” Ameer Dylan berlalu.

            Azie menjungkitkan bahu. Mujur saja Azie tidak terpikat dengan lelaki jenis Ameer Dylan ini. Merana badan dapat suami seperti Ameer Dylan. Hari-hari dibasahi air mata melihat kecurangan suami di belakang.