Tab Menu

Followers

Wednesday, September 26, 2012

Nilai Cintanya - NC10


“YOU tetap akan menjadi milik I, Sufi Alisha!” Ameer Dylan meninggikan suaranya. “Itu janji I!”

            Dia merenung ke dalam anak mata Sufi Alisha. Gadis itu tidak mengelak sebaliknya membalas renungan matanya. Sufi Alisha benar-benar mencabar egonya. Gadis itu seakan tidak getar berdepan dengan dia.

            “Encik Ameer Dylan…saya minta maaf banyak-banyak kepada encik. Sekali lagi saya tegaskan…saya bukan barang untuk dagangan. Nilai cinta saya amat mahal…dan jangan sesekali merendahkannya.” Dalam sifat yang lemah-lembut itu tidak semestinya dia biarkan dirinya dinjak oleh lelaki seperti Ameer Dylan.

            Sufi Alisha berpaling lantas memulas tombol pintu bilik pejabat Ameer Dylan itu. Dia melangkah keluar. Moga Ameer Dylan mengerti akan kata-katanya itu. Moga Ameer Dylan tidak lagi mengganggu hidupnya lagi. Ameer Dylan menyelerakkan kesemua fail di atas mejanya itu. Malah pasu bunga yang bernilai ribuan ringgit itu turut dipecahkan. Rambutnya diraupkan ke belakang. Perempuan tak guna!

            “APAKAH awak tahu apa erti sebuah perkahwinan itu? Apakah awak mampu menjadi seorang suami yang akan membimbing saya sebagai isteri?”

            Kata-kata itu berulang kali bermain di fikiran Ameer Dylan.

Pintu bilik pejabat itu terkuak. Fikirnya wajah Sufi Alisha yang menerpa tetapi harapannya hampa. Orang yang datang itu adalah Carolyn. Carolyn menekup mulut melihat keadaan bilik pejabat Ameer Dylan yang berselerak. Apa yang sudah berlaku? Sebentar tadi dia ada terserempak dengan seorang gadis yang baharu keluar dari bilik pejabat Ameer Dylan. Mungkin gadis itu yang menyebabkan Ameer Dylan mengamuk begini. Carolyn hanya meneka.

“Dylan…” Panggilnya. Ingin mendekati Ameer Dylan pun dia rasa gerun.

Pandangan mata Ameer Dylan amat menakutkan. Dia tidak pernah lihat Ameer Dylan bersikap sedemikian. Selalunya lelaki itu cool dalam apa jua situasi terutama yang melibatkan hal perempuan.

            “Perempuan itu memang mencabar I!” Ameer Dylan membuka mulut jua.

            “Perempuan mana ni Dylan?”

            “I akan buat dia merana nanti. Berani dia menolak lamaran I!”

            Carolyn mengerut dahi. Ameer Dylan melamar siapa pula ni? Setahu dia, lelaki ini tidak pernah isu perkahwinan.

            “You melamar siapa ni Dylan? Kenapa I tidak tahu?”  Soal Carolyn.

            “I melamar perempuan itu…Sufi Alisha.” Balas Ameer Dylan. Jemarinya sudah mengetuk meja. Tangan kirinya menongkat dagu.

            Jadi…gadis yang dia terserempak itu pastinya Sufi Alisha. Gadis itu jauh berbeza dari teman-teman wanita Ameer Dylan. Gadis yang ayu walau tidak sejelita Delina. Carolyn merapati Ameer Dylan. Dahi lelaki itu disentuh.

            “You tidak sakitkan?” Ujarnya lembut.

            “Apa you merepek ni?!” Tangan yang melekap pada dahinya itu ditepis.

            “You buat I terkejut. Bukan main ramai perempuan you damping tapi gadis itu yang menjadi pilihan you. You ada niat lain ke?”  Lelaki ini bukan boleh dipercayai. Carolyn tidak sedap hati.

            “You kenal dengan I. You tentu tahu apa yang ada difikiran I.”

            Carolyn memakukan matanya pada wajah Ameer Dylan. Dia menggelengkan kepalanya.

            “Dylan…you jangan melampau. I lihat gadis itu seorang baik-baik. Jangan you musnahkan hidup dia!” Carolyn meninggikan suaranya. Sungguh dia tidak bersetuju dengan niat tidak baik Ameer Dylan.

            “I tidak peduli apa you katakan pada I. I tetap akan buat perempuan itu jadi wife I. I akan dera dia secukupnya…” Ameer Dylan sudah berbulat nekad. Apa jua caranya Sufi Alisha akan menjadi isterinya.

            Gila! Ameer Dylan sudah gila! Carolyn tidak akan membiarkan Ameer Dylan merosakkan hidup Sufi Alisha. Gadis itu perlu diberikan amaran. Lelaki sejahat Ameer Dylan ini tidak layak buat gadis sebaik Sufi Alisha. Sampai bila Ameer Dylan mahu merosakkan hidup kaum sejenisnya. Carolyn mula berfikir tentang itu.

            “Dylan…lupakan saja dia. Di luar sana masih berlambak perempuan yang tergilakan you.” Sengaja Carolyn memancing perhatian Ameer Dylan.

            “No! I tetap mahukan dia!”

            Ameer Dylan menghentakkan kedua belah tangannya atas meja.
            “Dylan…”

            “Enough! I mahukan Sufi Alisha! Selagi I tak dapat dia, amarah I ini tidak akan reda. I mahu dia tersungkur di bawah kaki I!” Nekad sekali Ameer Dylan membuat keputusannya.

            Sufi Alisha benar-benar membuatkan lelaki kasanova di hadapannya itu tidak memikirkan gadis lain. Delina pun tidak memberikan impak begini kepada Ameer Dylan.

“DYLAN…Dylan…” Suara wanita itu merintih lagi memanggil nama anak yang cukp dia rinduinya selama ini.

            Puan Mariam tersedar dari tidur. Terpisat-pisat dia menggosokkan mata. Suara sayu itu mendayu-dayu menusuk ke telinganya. Matanya membulat besar. Dia bingkas bangun merapati katil wanita itu.

            “Dylan…saya rindukan Dylan…” Lantas wanita memeluk Puan Mariam.

            “Jesse…” Lembut dia mengusap belakang wanita itu. “Insya-Allah…bila tiba masanya saya akan bawa Dylan pada Jesse..”

            “Bawalah Dylan pada pangkuan saya semula Mariam. Saya mahukan Dylan…” Madam Jesse menangis pilu.

            “Sabar Puan….Buat masa ini sukar untuk memujuk Dylan bertemu dengan puan. ianya tidak semudah yang disangka.” Puan Mariam memujuk. Ameer Dylan itu memang amat benci pada ibunya. Bukan boleh disebut nama ibunya pada dia. Dia akan melenting dan mengamuk.

            “Bawa saya berjumpa dangan Dylan…Saya mahu tengok anak saya. Cukuplah dari jarak yang jauh.” Madam Jesse masih meminta.

            Puan Mariam serba salah. Agak lama barulah dia mengganggukkan kepalanya. Dia sendiri tidak sanggup melihat penderitaan Madam Jesse. Mungkin rindu Madam Jesse terubat sedikit apabila bertemu dengan Ameer Dylan seperti yang dipinta.

            Madam Jesse tahu kebencian Ameer Dylan kerana sikapnya dulu. Dia telah membuang anak itu di dalam hidupnya. Dia tidak pernah bahagia dengan perkahwinan aturan dari keluarga itu. Dia pernah cuba menggugurkan kandunganya itu. Dia tidak mahu Ameer Dylan lahir ke dunia ini. Dia mengejar populariti waktu itu sebagai seorang model yang terkenal dan penyanyi yang terkenal. Dia lupa pada tanggungjawabnya. Dia biarkan hidup Ameer Dylan melarat. Dia biarkan kebencian itu berakar umbi di dalam hati Ameer Dylan.

            Jika bukan kerana Haji Abbas entah apa yang berlaku pada anak tunggalnya itu. Haji Abbas yang membesarkan dan menjaga Ameer Dylan seperti anaknya sendiri. Hutang budinya pada Haji Abbas tidak terbayar dengan wang ringgit. Haji Abbas dalam diam menjejaki dia tanpa pengetahuan Ameer Dylan. Malah Haji Abbas pernah memujuknya untuk melihat anak lelaki itu. Dia menolak keras. Malah dia menghalau lelaki itu pergi. Dia tidak pedulikan keperitan hidup anaknya itu. Baginya lebih baik anaknya lenyap dari dunia ini.

            Kemewahan populariti yang dikejar hanya sementara. Hidupnya yang selama ini bergeluman dengan dosa itu terbalas dengan kemalangan ngeri meragut teman-teman dan kekasihnya. Dia lumpuh seumur hidup. Popularitinya tenggelam. Dia hanya insan yang hidup untuk dikasihani dan bukan dipuja atau dijadikan idola lagi. Dia insaf dan sedar apa yang dia perolehi itu adalah pinjaman dariNYA.


MUMMYmummy jangan tinggalkan Dylan…” Ameer Dylan bercakap di dalam tidurnya.
Suaranya itu tenggelam timbul bersama tangisan.

            Dia berpusing kiri dan kanan dengan mata yang masih penjam. Tidurnya menggelilsah. Nafasnya tidak keruan.  Tubuhnya sudah bermandikan peluh.

            Pintu bilik itu terkuak perlahan. Haji Abbas melangkah masuk dengan wajah risau. Lelaki itu merapati katil anak angkatnya itu. Dia menggerak perlahan tubuh anak muda itu. Ameer Dylan tidak memberikan sebarang tindak balas. Dia masih bercakap-cakap di dalam tidurnya.

            “Dylan…” Tubuh itu digerakkan lagi.

            Kali ini mata Ameer Dylan terbuka luas. Dia mengejut bangun dari baringnya. Dia memandang sekelilingnya. Lirikan matanya terhenti pada susuk tubuh berdekatan dengan dia itu. Susuk tubuh itu adalah milik ayah angkatnya.

            “Ayah…”

            “Dylan…kau bermimpi lagi.”

            Ameer Dylan membisu.

            “Pergi basuh muka kamu kemudian kita buat solat Tahajud bersama malam ini.” Haji Abbas menyentuh bahu Ameer Dylan.

            “Dylan mengantuklah ayah. Ayah buatlah seorang. Dylan mahu sambung tidur.” Dia beralasan. Solat Tahajud? Dia mana tahu mengejar solat Tahajud. Solat lima waktu pun dia tidak endahkan inikan pula solat sunat itu.

            “Dylan...”

            Ameer Dylan menarik selimut dan menutup seluruh wajahnya. Haji Abbas gelengkan kepala.  Dia tidak suka untuk membebel panjang. Doanya moga pintu hati Ameer Dylan terbuka dan menerima hidayah dari Allah untuk berubah kelak. 

Monday, September 24, 2012

Izinkan Selamanya Namamu Di Hati - Bab 2


DERUMAN motorsikal berkuasa tinggi itu membingitkan telinga Mehar. Si penunggang motorsikal itu mematikan mematikan motorsikalnya. Hati Mehar panas melihat lelaki itu memakirkan motorsikalnya di hadapan Suzuki Swift nya itu. Dia bercekak pinggang di hadapan si penunggang motorsikal. Nampak seperti sengaja mahu menghalang laluannya. Masakan tidak perasan ada kereta di situ. Sengaja cari fasal.

            Si penunggang motorsikal mengalihkan pandangan pada wanita yang sedang beridir tegak dengan raut muka cemberutnya itu. Sarung tangannya berwarna hitam itu sudah dibuka. Dia turun dari motorsikalnya dengan topi keledar yang masih belum dibuka. Hanya mata unik itu yang dapat dilihat oleh Mehar. Warna mata yang jarang dilihat. Ada pelakon Hollywood seperti warna mata si penunggang motorsikal ini. Antaranya pelakon jelita Kate Bosworth. Orang panggil penyakit ini Heterochromia Iridium.

            Si penunggang motorsikal itu hanya merenung seketika kemudian dia membuka langkah. Lantas Mehar menatik jaket hitam yang dipakai si penunggang motorsikal. Hampir saja si penunggang motorsikal itu hilang kesimbangan.

            “Alihkan motorsikal awak!” Getus Mehar.

            “Awak alihkan sendirilah.” Balasnya.

            Mehar tidak melepaskan pegangannya pada jaket kulit si penunggang motorsikal. Jelingan tajamnya itu tidak menggerunkan si penunggang motorsikal. Malah si penunggang motorsikal itu merentap jaketnya dari tangan Mehar.

            “How dare you!” Mehar menyeringai melihat si penunggang motorsikal berlalu tanpa mempedulikannya.

            Mehar tersenyum sinis. Tahulah apa dia mahu buat pada motorsikal cagiva itu. Telefon bimbit berjenama Samsung itu dikeluarkan briefcase nya. Nasiblah kaulah motorsikal. Tuan kau yang cari fasal dulu.

            “Thanks a lot Raju. You telah membantu I untuk membersihkan sampah yang menaykitkan mata I ini.” Ucap Mehar kepada pemuda berbang India itu.

            “I hanya menjalankan tugas. You tahu sampah ini harga lebih mahal kereta you?” Sayang sekali motorsikal semahal ini dipanggil sampah.

            “Ada I kisah dengan harga motorsikal dia?” Mehar menjungkitkan bahunya.

            Raju tersengih.

            Mehar melangkah masuk ke perut keretanya. Cermin mata hitam diletakkan apda batang hidungnya yang agak mancung itu. Dia betulkan rambutnya yang dipotong separas leher itu di hadapan cermin keretanya. Enjin keretanya dihidupkan. Suzuki Swift itu meluncur laju.

“HI Bro!” Dia menyapa pada Aaron yang sedang agak kalut dengan telefon ditangannya itu. Hampir saja telefon bimbitnya terlepas dari tangan.

            Aaron mengetap bibir. “Hi tengkorak kaulah bro!”

            “Sorry bro. Aku ada hal sekejap dengan ayahanda kesayangan aku tu. Buat kerja amal sikit.”

            “Huh! Ni apahal tak tahu nak buka topi keledar kau tu!” Gerutu Aaron.

            “Ada rupa macam perompak bertopi keledar tak?”

            “Aku sekeh kau nanti bro!”

            “Hahahaha!” Dia menanggalkan topi keledarnya. Rambut yang sedikit berselerak itu dia raupkan ke belakang dengan tangan. “So apa cerita?”

            “Apa cerita ya…ini…perempuan cerewet tu sudah mahukan design yang kau buat ni.” Aaron menunjukkan lakaran rekaan tersebut.

            “Betul ke bro?” Dia mengerutkan dahinya.

            “Kau pandang ke dalam anak mata aku bro.” Aaron tunjukkan jari pada mata.

            “Gelilah bro...”

            Loyar buruk pulak temannya itu.

            “Aku pun geli kau panggil aku ‘bro’ okay. Aku tak join geng mat rempit macam kau.” Desis Aaron. Saja diperli temannya itu.

            Tengok! Sudah diperli pun masih boleh tersengih memanjang. Dasar tak makan saman punya teman.

            “Okay-okaylah…” Kedua belah tanganya diangkat. Namun tidak lama kemudian tawanya terburai.

          Tawa yang galak itu menarik perhatian Lia Luna yang kebetulan lalu di situ. Wanita itu menggelengkan kepalanya. Dia kenal benar dengan teman rapat Aaron yang seorang ini. Siapa lagi kalau bukan USYAIR – si tukang cuci kereta itu.

        Usyair kerja tukang cuci kereta tetapi bergaya sakan orangnya. Mamat seorang ini pakai pun motorsikal berkuasa tinggi. Mahunya hutang keliling pinggang. Itu andaian Lia Luna. Bukannya tiada jenis lelaki seperti Usyair ini? Ramai di luar sana itu. Biar papa asal bergaya. Harap pada muka saja hensem. Lia Luna tidak berkenan dengan lelaki jenis Usyair ini. Kehadiran Usyair di pejabatnya tidak pula diusir.

            “Bukan main meriah you ketawa ya?”

            “Salah satu senaman muka Cik Lia Luna. Awek muda ni.”Usyair membalas.

            “You itu tak perlu senaman muka dah. You sudah muda hensem.”

            “Owh! Yeke? Terima kasih Cik Lia Luna…”

            Makin dilayan makin menjadi ramah mesranya Usyair. Aaron segera menarik lengan Usyair untuk berlalu. Lagipun masa rehat sudah tiba.

            Lia Luna ketawa kecil dengan gelagat dua sahabat itu. Ada-ada saja…


TOPI keledar terlepas dari tangan. Tidak berkerdip mata Usyair melihat motorsikal cagiva sudah tiada di depan mata. Ke mana pula motorsikal kesayangannya itu melarikan diri? Dia sudah tambat dengan megahnya tadi. Tanpa motorsikal itu maka hilanglah maconya sebagai lelaki. Siapa pencuri yang bijaksana itu agaknya? Bila difikirkan Usyair tahu siapa yang empunya kerja.

            Aaron menepuk lembut bahu Usyair. Motorsikal sudah hilang tapi Usyair masih bertenang begini. Usyair sekadar mengeluh kecil. Ke manalah perempuan itu membawa motorsikalnya itu? Masakan dia angkut dalam keretanya itu. Tak logik di akal pula. Motorsikal sudah tiada maka dia menumpang saja kereta Aaron. Mulut Usyair yang suka berceloteh macam bertih jagung itu senyap setelah kehilangan ‘bini’ nombor satu dia. Senyap bukan sebarang senyap. Aaron tahu Usyair sedang memeras otak.

            Usyair mengusap-usap dagu yang sentiasa licin itu. Dia ingat lagi nombor plat kereta wanita berkenaan. Boleh buat laporan polis untuk kes kehilangan. Tahulah nasib kau perempuan berlagak.

            “Tadi senyap, sekarang tersengih-sengih seorang diri. Sakit jiwa ke bro!” Aaron menegur.

            “Klau aku sakit jiwa aku tak berkawan dengan kau, bro.”

            “Tapi aku sakit jiwa berkawan dengan kau tu. Aku ni selalu jadi mangsa ayahana kesayangan kau tahu. Aku ni macam tempat menerima aduan itu dan ini.” Pak Megat tiada muka lain yang dicari selain muka dia. Orang tua itu tahu sangat tempat melepak anak kesayangan dia.

            “Siapa suruh kau layan fiil ayahanda aku, bro.” Usyair menjongketkan kening kanannya.

            “Rumah sewa aku selalu jadi mangsa serbuan ayahanda kau, bro. Habis satu rumah dia geledah tanpa waran.”

            Usyair ketawa kecil.

            “Kau tu suka buat lumba haram?” Aaron menyambung kata.

            “Aaron…kau ni memang buta tulilah bro! Aku mana pernah masuk lumba haram. Aku berlumba dalam track. Aku tak kuasa mahu berkejaran dengan awek trafiklah.”

            “Samalah tu. Kau kalau tak merempit tak sah kan.”  

            “Aku bukan dari kelas mat rempit. Apa kelas merempit dengan motor kapcai. Aku punya ‘bini’ lagi power. Vrommmm...”

            Ada saja bidasnya. Nasib baik bukan adik dia, kalau tidak memang sah-sah dia tending keluar dari kereta.

            Usyair ada rupa dan ada gaya. Heran juga Aaron memikirkan lelaki seorang ini tiada teman wanita. Mungkin sebab dia hanya tukang cuci kereta. Perempuan tiada selera mahu mendampingi. Perempuan…tentu saja  pandang pulus dalam kocek. 

Sunday, September 23, 2012

Izinkan Selamanya Namamu Di Hati - 1


“MEHAR lebih rela mati dari berkahwin dengan lelaki ni! Setakat kerja sebagai akauntan tak layak duduk berdiri sama tinggi dengan Mehar.” Mehar menundingkan jari pada wajah pemuda yang duduk termangu di sofa itu. Cukup atas derita yang dia tanggung selama ini. Cukuplah orang kata dia gila dan pembawa sial selepas kematian lelaki-lelaki yang mendampinginya. Megat Affendi meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari majlis pertunangan mereka. Rais…teman lelaki selepas arwah Megat Affendi jua meninggal dalam kemalangan raya 2 hari sebelum mereka diijabkabulkan. Farahin jua menerima nasib yang sama. Seorang demi seornag lelaki yang dicintainya meninggalkan dia.

            Mehar tidak sanggup melihat ada air mata mengalir lagi kerana sialnya. Biarlah dibenci dan dianggap gadis biadap pada tetamunya ini.

            “Mehar…dengarlah cakap umi. Jangan diikutkan perasaan bersalah Mehar tu.” Umi Kalsum mengusap-usap belakang anak gadisnya itu.

            Turun naik nafas Mehar. Adakala sabar itu melepasi batasannya. Mehar lebih rela tidak berkahwin. Biarlah lelaki-lelaki membenci Mehar agar sial Mehar tidak melekat pada mereka.

            “Tolak saja lamaran mereka.” Tegas Mehar.

            Umi Kalsum mengeluh kecil. Rasa malu dengan tetamu yang datang dengan niat murni itu.

            “Orang tidak sudi…buat apa kita nak terhegeh-hegeh lagi.” Suara si isteri. Lantas dia bingkas bangun diikuti oleh suami dan anak lelakinya.

            Umi Kalsum tidak mampu untuk mengungkapkan kata lagi. Bibirnya terkatup rapat. Dia tidak mengerti dengan perangai anak gadisnya, Mehar.

            “Maafkan aku Zaitun…” Nada Umi Kalsum berbaur kecewa.

            “Jika bukan kerana anak aku beria-ia nakkan anak kau, aku takkan jejak kaki ke sini Umi. Aku pun tak mahu sial anak kau melekat pada anak aku dan keluarga aku.” Balas wanita yang dipanggil Zaitun itu.

            Rasa ingin menitis air mata Umi Kalsum. Baru dia mengerti mengapa Mehar menolak. Dia sendiri tidak mahu Mehar sengsara apabila berkahwin. Entah apa salah anak

gadisnya itu? Bukan dia tidak dengar orang mengata mereka. Dia pekakkan telinga. Kerisauan pada Mehar makin bercambah. Siapa akan menjaga Mehar apabila dia tutup mata kelak. Mereka hanya dua beranak. Tiada saudara mara di luar sana.


UMI Kalsum termenung sendirian. Pinangan yang datang Mehar tolak mentah-mentah. Hati Mehar sudah menjadi sekeras kelikir. Puas dia menasihati anak gadisnya itu. Mehar tetap berdegil. Dia sayangkan Mehar. Mehar bukan anak sial. Apa yang berlaku ada ujian daripada Tuhan. Air mata yang telah lama bergenang itu mengalir.

 Umi Kalsum mengurut dadanya. Nafasnya sedikit tercungap-cungap. Sakitnya itu kian menyucuk. Dia meraba-raba mencari ubat yang disimpan. Belum sempat botol ubat dalam genggaman, Umi Kalsum jatuh rebah.

“Mehar…” Nama Mehar dipanggil. “Ya Allah….”

“Mehar….” Semakin sayup-sayup suara Umi Kalsum kedengaran. Bola matanya menjadi kecil. Perlahan-lahan matanya terkatup rapat.

Mehar buat tidak peduli desis-desis suara di sekeliling. Tajam matanya merenung jiran-jiran di sebelah. Dia tahu mereka mengumpat akan dirinya. Mulut orang bukannya dapat ditutup. Dia jauh dengan Azrien, teman baik yang dikenali dari ekcil itu. Sama sekolah dan sama belajar seuniversiti. Azrien juga mengelakkan diri dari dia. Takut kena badi sial agaknya.

Mehar memulas tombol pintu. Sunyi sepi saja. Tiada kelibat umi yang kebiasaan berehat di ruang tamu menantikan kepulangan dia dari kerja.  Mehar rasa tidak sedap hati melihat suasana suram rumahnya itu. Hanya terdengar suara Angelina mengiau meminta makan. Tubuh gebu Angelina didukung.

“Kau ni tahu minta makan je. Bukannya tahu nak jaga umi.” Bebelnya pada Angelina.

“Meow…” Angelina membalas.



Mehar membawa Angelina ke dapur. Bekas makanan Angelina diisi dengan Whiskas. Sedikit susu di tuangkan pada bekas minuman Angelina. Diusap kepala Angelina. Mehar berlalu dan merapati ke bilik uminya. Pasti umi berehat di bilik. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik umi.

“Umi…Umi…” Panggil Mehar lembut.

Senyap

“Umi…” panggilnya lagi.

Senyap. Mehar mengerut dahi. Dia cuba memulas tombol pintu bilik itu. Tidak ber-
kunci. Perlahan-lahan pintu bilik itu dibuka. Mehar melangkah masuk. Lirikan matanya terpaku pada sekujur tubuh yang terbaring di atas lantai itu.

            “Umi!!!”


Bab 1

Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
Aku lukiskan cinta di hati tak terbatas lagi
Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
Aku luksikan cinta di hati tak terbatas lagi

Cinta yang dulu bersemi kini menjadi masa laluku
Hatiku hancur tiada berkeping bagaikan segelintir debu
Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega
Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

RADIO pada kereta Suzuki Swift itu ditutup. Enjin keretanya dimatikan. Mehar menyisirkan rambutnya ke telinga. Cermin mata hitam yang berada di batang di hidungnya itu dibuka. Kasut berwarna warna setinggi satu inci itu menapak keluar dari perut kereta tersebut. Rambut ikalnya berterbangan ditiup angin. Briefcase ditarik dari kerusi tempat duduk sebelah pemanduan itu. Mehar mengunci pintu keretanya.

            Langkah elegantnya diaturkan. Lenggoknya sudah biasa menjadi siulan lelaki di bangunan itu. Bibirnya yang dicalit gincu berwarna merah itu mengukirkan senyuman manis. Usikan nakal itu perkara biasa. Pintu lif terbuka. Mehar melangkah masuk. Jari runcingnya menekan nombor tingkat yang ditujui. Agaknya Aaron sudah panas punggung menunggu dia.  Mehar mengerling sekilas jam tangan berjenama Gucci itu. Dia masih tidak terlewat lagi menghadiri temu janjinya bersama Aaron.

            “Excuse me…Encik Aaron ada?” Mehar terus merapati meja si penyambut tetamu.

            “Cik Mehar ya?”

            Mehar mengangguk laju.

            “Encik Aaron sudah menunggu di bilik tamu. Biar saya iring Cik Mehar.”

            Mehar menuruti langkah gadis tersebut. Gadis itu mengetuk pinu bilik tamu berkenaan.

            “Encik Aaron…Cik Mehar sudah sampai.” Ujarnya sebelum tombol pintu bilik itu dipulas. “Silakan Cik Mehar..”

            “Thanks…” Ucap Mehar.

            Aaron semanis mungkin memberikan seyuman kepada Mehar. Mehar melabuhkan punggungnya selang dua sofa dari Aaron. Aaron menunjukkan beberapa rekaan hiasan dalaman kepada Mehar. Mehar mengeluarkan kaca mata putihnya. Satu-persatu dia merenung gambar yang Aaron tunjukkan.

            “What this?! Saya sudah cakapkan yang saya mahu rekaan ala Inggeris. Ini macam rekaan rumah orang dah kahwin saja. I don’t want white colour!”

            Perempuan cerewet ini sudah mula dah. Pening kepada mahu melayan kerenah cerewet nak mampusnya itu. Kena Rafi menerima klien sebegini. Menyusahkan betul! Agaknya semua perempuan yang berjawatan tinggi ini memang ada gen cerewet kot!

            Aaron mahu saja mencekik leher jinjang perempuan cerewet di hadapannya itu. Geram tahap gaban ni. Mana pula pembantu ‘peribadi’ dia. Ini lagi seorang. Apabila dia memerlukan pertolongan cemas tidak boleh diharap langsung. Sah bangun lambat sebab menyertai perlumbaan haram malam tadi. Teman yang seroang itu memang perlu diberikan ceramah percuma selepasn ini.

            Mehar tidak berpuas hati dengan semua rekaan tersebut. Satu pun tidak memenuhi citarasanya. Pedih telinga Aaron mendegar rungutan Mehar. Saat itu Mehar terpandangkan satu rekaan di balik fail atas meja itu. Tanpa kebenaran dari Aaron dia mencapai dan membuka fail tersebut. Aaron sudah terkebil-kebil.

            Rekaan yang dalam kertas bersaiz A4 itu agak cincai tetapi menarik perhatian Mehar. Yang ini memang menepati citarasanya. Dia tenung wajah Aaron.

            “I want this.” Ujarnya.

            Aaron terpelongo. Biar betul perempuan cerewet ini. Aaron menggarukan rambutnya. Masa inilah rasa macam ada kelumur.

            “Awak dengar tak?”

            “Ya..ya..ya…” Aaron menganggukkan kepalanya. Tapi itu bukan rekaan dia. itu rekaan mat rempit seorang tu. Mana boleh sesuka hati ambil tanpa kebenaran kan…

            “So saya mahukan rekaan yang ini. Muktmad!”

            “Ya…ya…ya…” Aaron mengangguk lagi. Tidak mengapa, nanti pandailah dia putar belit pada si mat rempit seornag itu. Siapa suruh tidak menepati janji! Apa yang penting kes perempuan cerewet ini sudah selesai. Tarik nafas lega sedikit.

            “Mehar!” Pintu bilik terkuak lagi.

Seorang lagi perempuan cerewet telah muncul. Tapi yang ini big boss dia! Eloklah sangatlah keduanya berkawan rapat. Dua-dua cerewet! Desis hati kecil Aaron.

“Lia Luna…” Mehar bingkas bangun dan berpelukkan dengan wanita berkenaan.

“Apa khabar sweetheart?”

I’m fine…tapi biasalah I selalu outstation.” Mehar kembali duduk.

Bestlah tu. Sudah melancong sampai ke negara mana?” Soal Lia Luna. Dia sudah duduk di sisi Mehar.

Aaron bagaikan sudah tidak wujud di antara mereka. Topik perbualan pula sudah bertukar ganti. Perempuan…Aaron menghela nafas kecil. Baik dia minta diri dulu. Lagipun perempuan cerewet itu sudah memilih rekaan yang berkenan di hati. Mujur saja Lia Luna selaku big bossnya itu membenarkan dia keluar.

            Aaron berjalan menuju ke arah mejanya. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi empuk itu. Dia sudah memegang pen lalu diketuk-ketukkan pada meja. Baik dia telefon sahaja mat rempit seorang itu.