Tab Menu

Followers

Thursday, November 15, 2012

Kekasih Atas Kontrak - Bab 3,4


Bab 3

"ADA barang yang tertinggal tak?" Soal Wann
Laju Tia menggeleng.
"Tiada."
"Betul ni?"
"Betullah...kau ni macamlah aku nak pergi jauh sangat dan tak balik-balik."
Wann tersenyum.

Mana pula kekasih kontrak aku ni? Tia kerling jam di tangan. Dia tidak mahu terlewat sampai ke Singapura. Al-maklum Pak Mansor itu bukan jenis suka orang yang lewat. Jarak dari Kuala Lumpur ke Johor pun sudah memakan masa. Taambahan pula dia memandu sendiri. Mamat itu tiada lesen kereta. Sudah berusia dua puluh enam tahun pun masih tiada lesen. Apa punya lelakilah...

Wajah cemberut Tia menandakan angin monsun temannya itu sudah tangan. Manalah si Absyar ni? Jangan pula dia batalkan kontrak last minute. Mati pula si Tia ini amhu menghadap Pak Mansor.

"Maaf..." Suara garau di belakang mengejutkan Tia dan Wann.
Kedua gadis itu mengurut dada.
"Kenapa lambat?" Desis Tia.
"Entahlah...hari ini Putra Lrt buat hallah Cik Tia."
"Hmmm! Lain ambil lesen kereta bawa kereta sendiri."
"Ala sama je...laluan di Kuala Lumpur ni semua lauan jam sentiasa."
Melawan pulak mamat ni.

Tia pandang pada beg galas yang Absyar bawa. Banyak itu sahaja ke pakaian dia. Biasalah lelaki memang suka pakaian yang berulang-kali terutama seluar jeans. Ada juga yang kjenis sudah pakai dua-tiga kali baru dicuci. 

"Saya tak suka lelaki bususk. Pastikan ada minyak wangi." 
Berkerut dahi Absyar.
"Apa awak ingat awak seorang saja ke suka wangi. Jangan pandang saya sebelah mata tahu." Cebik Absyar. 
Apa lagi dia buka beg galas dan tayang koleksi peribadi minyak wangi. Ternganga mulut Tia. Wann ketawa kecil.

Tia sudah buka but kereta. Absyar masukkan beg galas ke dalam but. Wah! banyak perempuan seorang ini bawa barang. 

"Tia...drive carefully..."
"Orait. Pastikan kerja aku terjaga ya. Jangan jatuhkan reputasi aku pula."
"Kau ni..." Wann menepuk bahu Tia. Dia mendekatkan bibirnya pada telingan Tia. "Kau jaga anak teruna orang baik-baik. Jangan rosakkan dia."
Terbeliak biji mata Tia.
"Apa kau ingat aku ni buaya ke? Patutnya kau yang minta dia jaga aku baik-baik."
Wann tertawa lagi.

Absyar hanya menjadi pemerhati. Apalah yang Wann bisikkan pada Tia hingga muka gadis itu merah padam.

Tia masuk ke perut kereta diikuti oleh Absyar. Absyar duduk di sebelahnya. Dia memasang tali pinggang keledarnya. Tia sempat mengerling gelagat Absyar. Lelaki ini sentiasa berpakaian santai dan bersahaja. Bau haruman pun semerbak pada tubuh lelaki itu.

Tia membunyikan hon keretanya sebaik bergerak. Wann melambaikan tangan. Doanya semoga Tia berjaya dalam misi yang dilaksanakan.

"Awak jangan pula panggil saya Cik Tia di depan family saya nanti. Panggil saja Tia. Faham tak?" Tia memulakan bicara.
"Faham..."
"Berlakon watak awak baik-baik. Jangan lupa apa yang saya sudah beritahu pada awak."
"Ya...saya ingat Cik Tia. Cik Tia anak bongsu dari lima beradik. Ada seorang kakak dan tiga abang. Ayah cik seorang diktator berkuku besi. Garang nak mampus. Ibu cik pula seorang yang ramah-tamah dan baik hati. Kakak cik telah bertunang dengan bekas kekasih cik dan dua abang cik sudah bekeluarga." Absyar bacakan segala maklumat keluarga Tia.

Amboi...bulat-bulat dia ikut skrip yang aku.

"Orang yang paling dalam family cik adalah ayah cik kan?" Absyar tersenyum sambil kenyit mata.
"Awak kena berjaga-jaga bila bercakap dengan dia." Pesan Tia.
"Saya tak takut..."
"Cakap sekarang memanglah berani."
"Seorang  pelakon yang berbakat tidak akan gentar untuk melakonkan watak yang dibawanya. Lagi-lagi watak yang mencabar." Ujar Absyar bersemangat.
"Bagus...saya suka dengan keyakinan awak."
Absyar tersengih. Tengok oranglah...
"Boleh saya tahu kenapa awak tidak ambil lesen memandu?" Korek rahsia sikit-sikit tentang lelaki di sebelahnya itu.
"Saya ada lesen kereta."
"What?" Terlopong mulut Tia.
"Saya tak mahu pegang stereng kereta lagi sebab saya punca kematian ibu saya."
"Maaf..."
"Kalau saya tidak beria-ia mahu bawa kereta ketika itu ibu saya tentu masih hidup lagi. Sepatutnya saya tidak terburu-buru setelah mendapat lesen kereta."
"Awak tak bersalah dalam hal ini.."
"Itu kata awak tapi saya tetap rasa bersalah dan saya trauma nak membawa kereta." Absyar menundukkan kepalanya.
"Lupakan cerita saya...sekarang kita buka cerita awak pula." Absyar mengubah topik perbualan mereka.
"Saya sudah beritahu awak yang saya terpaksa balik kerana ayah saya. Diktator berkuku besi itu." Kalau tidak pulang nanti ayah akan heret dia balik. Tidak kisahlah dengan cara apapun.
"Awak ada beritahu yang awak tak nak pulang kerana awak tak mahu bersemuka dengan kakak awak kan?"
"Perampas tu memang pandai berlakon. Depan tunjuk baik belakang lain yang dia buat. Gunting dalam lipatan." Gerutu Tia. Nafasnya turun naik apabila mengingati kakaknya itu.

Absyar tersenyum simpul. Dia tahu Tia patah hati dengan teman lelakinya dulu. Siapa tidak sakit hati teman lelaki yang disayangi selama ini mempergunakan dia untuk merapatkan diri dengan gadis yang dia suka. Dan lebih menyakitkan gadis tersebut adalah darah daging sendiri. Frust menonggeng Tia. Makan hati berulam jantung pisang.

Absyar memang tidak tahu soal cinta-cintun ini sebab dia tidak pernah langsung bercinta. Dia mahu mengorat anak jiran sebelah pun tak reti lagi. Sekarang bolehlah dia pratis bersama Tia.


"Awak sakit hati tak kalau kekasih awak curang di belakang?"
"Entahlah...saya tak pernah ada keksaih."
"Masakan lelaki seperti awak tiada keksaih?"
"Betul...saya tak tipu. Saya masih teruna tahu."
Gila mamat ni.
"Setakat bercinta takkan hilang teruna awak tu."
"Oh!"
Geram pula dengan Absyar. Dia boleh buat riak macam lelaki naif.
"Please...jangan buat muka terkejut beruk awak tu."
"Hehehehe..." Absyar ketawa kecil.

Selebihnya mereka hanya berdiam diri. Tia membuka radio sambil menyanyi kecil. Absyar tidak menyanyi kerana takut Tia pengsan mendengar suaranya yang lunak 'merdu' itu.

"What the?"
Kereta yang dipandu Tia semput tidak menentu. Tia mula menggelebah. Dia sudah service kereta Hondanya itu sebelum memulakan perjalanan.  Apa yang tidak kena pada 'baby' kesayangannya itu? Tia terpaksa behenti di tepi jalan. Lampu kecemasan segera dihidupkan.

"Kenapa ni?"
"My car buat hal."
Tia keluar dari prut kereta diikuti oleh Absyar.

"Biar saya buat pemeriksaan."
"Silakan."
"Opsss!"
Berasap bahagian enjin kereta tersebut.
"Nasib baik saya ada bawa air."
"Persediaan yang bagus." Absyar kenyit mata.

"Nak air tak?" Tia menghulurkan botol mineral kecil kepada Absyar.
"Terima kasih." Absyar mencapai botol mineral yang diberikan.
 "Awak? Awak lapar tak?"
"Mestilah lapar. Punggung saya naik kematu di kereta."
"Kalau begitu kita cari restoran berdekatan untuk makan."
"Yeah! Awak belanja ya."
"Eeeeiii...pokailah awak ni."
Mereka berdua kembali masuk ke perut kereta.

Bab 4

"AYAH tengok gambar siapa tu?"
"Gambar kekasih hati adik kaulah, Misha." Pak Mansor menayangkan gambar yang tertera pada telefon bimbitnya itu kepada Misha.
"Nor bad."
"Bukan not bad dear but he's look gentelmen. Dia memang padan dengan adik kau." Pak Mansor mengusap jangutnya.
"Tak boleh lawan boyfriend Misha juga."
"Ayah tahu tapi Misha jangan lupa yang Amrish tu bekas boyfriend adik Misha." Pak Mansor kerling anak keduanya itu.
"Best women win. Lagipun Amrish memang cintakan Misha. Tia yang menyibuk kacau line."
"Misha yang buat Tia sampai merajuk tak mahu tinggal di sini."
"Dia sudah besarlah ayah." Misha berlalu.

Hebat sangatkah kekasih hati Tia itu? Dia lihat biasa-biasa saja. Rupa bolehlah tahan sebab berkulit gelap. Entah-entah budak kampung. Amrish tetap yang terbaik. Kekasih tidak mamu menandingi kekasih hatinya itu.

Sedang Misha sibuk mengelamun sendirian, telefon bimbitnya berbunyi. Bibirnya mengukir segaris senyuman melihat nama buah hati di atas skrin. Pastinya Amrish jua sudah tahu yang Tia akan pulang memabawa kekasih hati.

"Hi sayang..." Ucap Misha manja.
"Misha...benarkah apa yang dengar I dari abang you, Tia akan pulang bersama kekasih dia?"
"Penting sangat ke?"
"You tahu I pernah 'bercouple' dengan Tia."
"Am...you tercabar ke sebab Tia bawa kekasih dia. Bukankah you tiada apa-apa perasaan pada dia?" 
Amrish terdiam. 
"Am..." Misha memanggilnya.
"I rasa masih bersalah pada dia. I patahkan hati dia."
"Cerita sudah lamalah Am. Kalau you tak buat begitu you tak dapat memiliki I tahu. I sudah saha menjadi isteri you. You tidak boleh terkenangkan perempuan lain selain I." Keras nada suara Misha.     
"Misha sayang....Am hanya kasih dan cinta Misha seorang tahu. Am tak pernah terkenang kisah Am dengan Tia." Amrish memujuk lembut. 
"So...jangan buka cerita tentang Tia lagi." 
"Tia itu tetap adik ipar jugakan...I just ambil berat tentang dia sebagai seorang adik sahaja."
"Hmmm!" Misha tidak suka juga Amrish mengambil berat tentang Tia. Tia itu sudah besar panjang.
"Kita sambung perbualan di rumah nanti. Am akan sampai lewat petang sikit."
"Baiklah."

Misha mematikan talian telefon. 

KERETA yang di bawa oleh Tia masih bergerak perlahan. Tia jenis yang terlalu berhati-hati di atas jalan raya. Dia tidak suka suart 'cinta' dari JPJ sampai ke tangannya. Biar lambat asalkan selamat.

Absyar di sebelah sibuk membaca skrip di dalam tangannya. Skrip untuk drama terbaharunya nanti. Watak yang dipegang sebagai kawan baik kepada hero. Biasalah ada yang komen kenapa watak kawan baik hero lebih hensem dari heronya. Ehemm...kawan baik hero yang dimaksudkan adalah dia. Absyar tidak mahu terburu-buru di dalam bidang hiburan ini. Dia akan sabar menunggu masanya untuk  memengang watak utama. Lakonannya masih belum mantap dan berkesan di hati penonton. Dia mahu bermula dari bawah dan bukan menggunakan pakej yang ada untuk terus naik ke atas. 
  
"Siapa pelakon yang awak suka?" Bicara Tia memecahkan keheningan antara mereka.
"Rosyam Noor dan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Mereka pelakon yang menjiwai watak dan watak mereka amat berkesan di hati saya." Jawab Absyar.
"Tak minat Aaron Aziz? Sekarang dialah pelakon yang meletup tau." 
"Minatlah juga. Dia pelakon kegilaan ramai kan?"
"Tapi saya lebih suka Remy Ishak."  
Terjongket kening Absyar.
"Kenapa minat dia?"
"Saya suka dengan gaya lakonan dia. Wajah tu lain kira."
Absyar tersenyum.
"Sebenarnya saya bukanlah serius dalam bidang lakonan ini. Saya hanya suka-suka menceburinya." Absyar membuang pandang ke luar.
"Apa yang awak suka?"
"Sya suka travel, melihat keindahan alam semulajadi. Saya mahu membuka galeri fotografi keindahan alam."  Serba sedikit dia menceritakan perihalnya kepada Tia.
"Awak tak suka perkara yang serabut kepala ya."
"Tidaklah...perkara sebegitu satu cabaran pada saya. Macam yang saya sedang buat sekarang. Kekasih atas kontrak."
"Kalau tiada cabaran hidup ini tidak menarik." 
Kata-kata Tia itu dibalas dengan anggukkan.  
 
Tia sukakan kerja yang berkomunikasi dengan dengan orang lain. Dari situ dia dapat menyelidiki akan kelemahan dirinya. Bekerja dalam bilik dengan air cond dua puluh empat jam tidak mencabar minda.

"Saya patut tahu serba sedikit latar belakang awak. Kalau ayah soal nanti tidaklah gementar semacam.
"Apa yang awak nak tahu?"
"Berapa orang adik beradik awak?" Tia sudah memulakan soal siasatnya.
"Saya anak tunggal."
Anak tunggal? Tak seronoklah jadi anak tunggal. Tak meriah dan tiada teman untuk buat kacau-bilau. 
"Ayah awak kerja apa?"
"Dia buka syarikat kontraktor sendiri. Ayah saya tu panas baran dan selalu cari gaduh dengan saya." Absyar tidak berselindung dari latar belakangnya. 
"Mesti menakutkan..."
"Memang menakutkan...masa kecil saya selalu kena rotan dengan dia."
"Lagi dahsyat dari diktator berkuku besi tu."
Tia mula membayang rupa garang ayah kepada Absyar.   
  

* Tia...rasanya Absyar itu lelaki yang menarik tak?^^

Tuesday, November 13, 2012

Kekasih Atas Kontrak - Bab 1,2

* Ingat mahu bersara dalam bidang penulisan lepas e-novel ini ^^

Moga kisah Absyar dan Tia mencuit hati anda. Bukan sekadar buat anda tersenyum sahaja saya mahu buat anda menangis jua...(^________^)



Bab 1

SURAT kontrak yang siap bercetak itu diletakkan atas meja. Siap ada salinan penduanya sekali. Absyar merenung wajah gadis manis di hadapannya itu. Bukan main serius lagi riak gadis yang bertocang satu itu. Wann ada memberitahunya yang dia perlu berlakon menjadi kekasih atas kontrak kepada teman baiknya,  Athiya selama 2 minggu sahaja. Ala kacang je tu. Apa yang penting pada bayaran yang akan diberikan. Masyuk bulan ini. Tidak sia-sia dia berbakat dalam bidang lakonan ini.

Tia tidak berkelip mata merenung lelaki maco di depan matanya itu. Boleh tahan walau tidak sekacak Ben Affleck tetapi kacak seperti Remy Ishak. Kalau serius dalam bidang lakonan pasti boleh menggantikan tempat Remy Ishak kelak. Apa yang kau melalut ni Tia. Tia menggelengkan kepalanya sendiri. Adakala gelagatnya itu  macam ada dua personaliti pula.
Wann menyucuk pinggang Tia selamba. Mujur saja Tia bukan jenis melatah. Jika tidak entah apa perkataan yang keluar dari bibirnya. Tia jeling Wann tajam. Fiil dua gadis itu bagaikan tidak kena pada mata Absyar. Surat kontrak sudah ada depan mata tapi butir bicara sepatah pun belum keluar dari mulut Tia.

“Baca semua syarat yang termaktub dalam kontrak ni.”

Hah! baru hendak keluarkan suara. Laju Absyar mencapai surat kontrak tersebut. Dia baca segala syarat yang dinyatakan dengan teliti. Ada juga syarat yang buat Absyar tersenyum simpul. Dia tengok gadis bernama Tia itu boleh tahan seksinya tapi masih juga jaga bab sentuh-menyentuh ni. Baguslah.

“Saya Absyar Bin Arif bersetuju untuk menandatangani kontrak yang diberikan.” Absyar sengaja menyebut sebaris ayat yang tertera dalam kontrak terbabit. Dia ketawa mengekeh.

Tia ketap bibir. Berani Absyar ketawakan dia. Gigit telinga karang baru tahu.

“Awak ni sanggup ke tak sanggup. Kalau tak sanggup jadi kekasih atas kontrak saya, saya cari orang lain.” Tia mencemik muka.
“Saya setuju. Bukan apa ayat dalam kontrak awak ni buat anak tekak saya gelilah.”
“Jangan banyak songeh!”
“Okay-okay…komen sikit pun tak boleh awak ni.” Absyar menjongketkan sebelah keningnya.
“Kau setuju sila tandatangan surat perjanjian yang tertera. Saya akan buat pembayaran penuh setelah awak selesai menjalankan tugas awak. Saya bagi wang muka dulu.”
“Awak ni macam mahu beli kereta pula ada wang muka.” Absyar mengusik lagi.
“Lebih kuranglah…” Tia membalas. Mana aci dia saja yang kena.

Dua puluh ribu ringgit Malaysia yang akan ditawarkan menjadi kekasih atas kontrak selama dua minggu. Banyak juga wang gadis ini. Kalau nak dikatakan Tia itu anak Tan Sri atau Dato’ tidak pula. Mana dia dapat wang ya? Keluar duit simpanan agaknya? Tidak kisahlah janji lepas beban untuk bayar sewa rumah tiga bulan. Wang yang dia perolehi sebagai pelakon sambilan pun bukan banyak sangat. Al-maklum kerja tetap belum ada.

“Surat kontrak saya sudah sain. Ada apa-apa lagi tak?” Abysar kerling jam harga sepuluh ringgit Malaysia di tangan. Dia ada temujanji lain selepas ini.
“Ermmmm…” Tia gelengkan kepala.
“Kalau begitu saya beransur dulu. Air saya, awak yang belanja kan?’
“Iyalah saya belanja.” Setakat air tiada masalah buat Tia untuk tolong membayarnya. Bukan mahal mana pun.

Absyar beredar dengan langkah deras. Entah apalah yang dikejarkan oleh lelaki seorang itu. Wann menarik surat kontrak dari pegangan Tia. Cantik sain Absyar. Tulisannya pun cantik. Mama dia ada cakap lelaki tidak hensem ini tulisannya cantik. Orang hensem pula tulisan macam cakar ayam macam ketua tempat mereka bekerja itu. Absyar bukannya tidak hensem, kulit dia hitam manis.

“Beres satu masalah hidup aku.” Lega sungguh lega hati ini.
“Nasib baik beres kalau tidak masak kau kena kuarantin dengan Pak Mansor. Menangis Encik Adli hilang pekerja terbaiknya.” Sampuk Wann.
“Biarlah Encik Adli tu menangis. Dia tahu buli aku saja.”
“Sebab kau pandai buat kerja. Straight to the point…”
“Kau kira berapa hari aku pernah cuti? Berapa banyak cuti aku yang bertambah dari tahun ke setahun.”
Wann usap dagu.
‘Tahun ini kau belum ambil cuti lagikan. Molek sangat kau ambil cuti panjang.”
“Memang inilah masanya untuk aku berehat sepuas-puas hati.” Tia meramas-ramas tangannya.

“SEPUPU you nak berkahwin sampai dua minggu you minta cuti.” Adli mengetuk-getuk jari telunjuknya pada meja.
“Majlis besar-besaranlah Encik Adli. Lagipun baru ini I nak minta cuti. Bertahun juga I tidak menjenguk father dan adik-beradik I.”
“Habis siapa mahu teman I nanti. Kerja you siapa yang akan uruskan?”
“Encik Adli…Wann kan ada. Kalau Encik Adli tak mahu berikan I cuti maka I akan hantar surat perletakkan jawatan dua puluh empat jam.” Ini sudah macam kes mengugut orang atasan.

Berubah riak muka Adli. Senyum meleret Tia apabila melihat Adli meluluskan permohonan cutinya itu. Alhamdulillah…satu lagi masalah selesai.

“Jangan pula lepas cuti you tidak masuk kerja terus.” Pesan Adli.
“I janji I takkan lari dari syarikat ni.” Tia memberikan jaminan.
“I takut kehilangan pekerja yang cekap macam you. Manalah tahu you tak tahan kena buli dengan I?”
“Tahu tak apa..”
“Apa you cakap?”
“I tak cakap apa-apa pun Encik Adli.” Tia berikan reaksi yang bersahaja.

Berkerut tandan dahi Adli. Agaknya telinga dia salah dengar.

Bab 2

BAJU ni tak mahu bawa. T-shirt berwarna kuning itu Tia campakkan atas katil. Kebanyakkan baju yang dibawa berwarna pink dan hitam. Kalau dulu dia memang suka warna kuning sekarang dia sudah anti sama itu warna sebabnya…? Adalah sejarah tersendiri. Wann geleng kepala. Ada warna kuning sikit pun sudah tak suka. Apalah si Tia ni? Anti tidak bertempat.

Tia sumbat segala pakaian yang ingin dibawa esok masuk ke dalam bagasinya. Bercuti dua minggu mestilah bawa bagasi. Pasportnya juga sudah siap sedia dalam beg tangan. Laptop juga kena bawa bersama begitu jua dengan Galaxy Tab kesayangan. Kalau ada internet di Singapura boleh main facebook atau twitter.

“Kau tak bawa baju kurung Tia?” Soal Wann
“Rumah nenek aku di Johor ada banyak baju kurung dan kebaya. Lagipun majlis kahwin sepupu aku dibuat di rumah nenek aku. Resepsi perkahwinannya saja di Singapura.” Jelas Tia. Dia melepaskan ikatan rambutnya yang ditocang satu itu.
“Kau ada suruh ammat tu bawa baju melayu tak?”
“Ya, Allah lupa pula aku. Kau mesej dekat nombor telefon dialah.”
“Aku jugak.” Wann mengeluh kecil.
“Aku tak pandai mesej-mesej lelaki ni.”
“Ceh!”

BUNYI pancuran air jelas kedengaran bercampur- aduk dengan suara sumbang di dalam bilik air itu. Suara nyanyian cukup merdu dari Absyar. Syampu Dove sudah penuh satu kepala. 
Selangit ( 5X )
Ada engkau milikku
Ada aku milikmu
Saling cinta...
Selangit ( 5X )
Ada rindu punyaku
Ada rindu punyamu
Saling cinta
Ohoo... saling rindu
Ohoo... saling cinta
Selangit ( 5X )
Lagu chorus Selangit itu yang diulang beberapa kali. Lirik yang lain dia tidak hafal. Dia bukanlah peminat tegar lagu dangdut. Sengaja menyanyi untuk menghilangkan stress. Jiran tetangga yang mendengar radio percuma itu masing-masing menutup telinga dengan kapas. Tom-Tom kucing kesayangan dia juga menyorokkan kepala dalam karpet.

Absyar nyaris terpijak Tom-Tom sebaik keluar dari bilik air. Kucing pun seram sejuk mendengar suara garau dia. Nasib badan. Dia tiada kelayakan untuk masuk mana-mana pertandingan nyanyian.

Absyar memeriksa telefon bimbit yang terbaring di atas katilnya. Ada dua mesej terpapar di skrin. Bibirnya mengulum senyuman apabila membaca mesej terbabit. Telefon bimbitnya hampir saja terlepas dari pegangan sebaik berlagu irama dondang sayang itu. Pucat sekejap raut wajahnya.

“Assalamualaikum Cik Puan Saleha..”
“Absyar sayang…”
Gelilah dengan perkataan sayang itu.
“Cik Puan ada hal apa ya?”
“You berminat berlakon dalam filem tak? I mahu tawarkan watak hero untuk you.”
Wah! Peluang baik tapi…
“I tak berminatlah Cik Puan..lagipun I sudah dapat tawaran berlakon jadi hero.” Laju Absyar menolak.

*pssttt saya suka nama Absyar...