PUAN CATALINA merengus kecil dengan sikap
angkuh Tuah Hulaif. Anak dengan bapak sama sahaja! Dia bersandar pada kerusi
ekslusifnya sambil memicit kepala. Hatinya bertambah sakit pabila wajah lembut
Qaseh Fatihan menerpa ke dalam mindanya. Wajah dan tingkah-laku gadis itu sudah
begitu mirip dengan arwah adiknya, Qashida. Semakin anak itu membesar acuan
wajahnya semakin menyerupai Qashida. Untuk mengusir gadis dalam hidupnya adalah
mustahil sama sekali. Siapa menduga kedudukannya bakal tergugat jika rahsia itu
dibocorkan. Dia akan mendapat malu yang besar. Namanya juga akan merundum dan
klien akan hilang kepercayaan pada dia. Walaupun Kay masih tidak tunjuk muka
dia tetap berhati-hati. Puas dia mengupah orang untuk menjejaki Kay namun
lelaki itu tidak dikesan. Dan sepatutnya dia tidak perlu takut
Tuesday, April 2, 2013
Monday, March 18, 2013
Mahligai Air Mata_Bab 3
ERY FITKRI menyambut huluran tangan dari Mr.
Richard setelah termeterai perjanjian kerjasama antara mereka. Projek usahasama
yang melibatkan syarikat luar negara menelan belanjaan juta ringgit itu kini sudah
teguh berada dalam tangan Putra Angsana. Dia mengorak senyuman lebar dalam
mesyuarat yang sedang berlangsung. Ahli-ahli lembaga syarikat memandang ke arah
anak muda yang selalu bersikap sambil lewa itu. Tuan Hulaif tenang berada di tempat duduknya. Nyata dia
amat berpuas hati dengan peningkatan syarikat yang dikendalikan oleh anaknya
itu. Ery Fitkri seorang yang bijak menangani masalah. Biarpun Ery Fitkri sedang
berlakon di hadapan kakitangan Putra Angsana, Tuan Hulaif tidak ambil berat
masalah tersebut. Tiada siapa yang tahu Ery Fitkri
Sunday, March 17, 2013
Mahligai Air Mata_Bab 2
ERY FITKRI mengatur langkah deras masuk ke
dalam banglo mewah itu tanpa diundang. Dia mengetap bibir kegeraman. Topeng itu
disuakan kepada gadis yang sedang tegak berdiri di balkoni mengadap
permandangan indah di luar. Gadis berambut lurus melepasi bahu itu tidak
menoleh ke arahnya. Sebaliknya asyik menonton permandangan nan indah. Tiupan
angin lembut menyapa pada wajah gadis yang masih terlindung itu. Ada senyuman
sinis terukir di bibirnya.
“Kau
yang perlu memakai topeng ini bukan aku! Aku tidak perlu topeng ini untuk
menutup wajah aku!” Sedikit keras Ery Fitkri bersuara. Dia campakkan topeng
tersebut di atas lantai.
Saturday, March 16, 2013
Mahligai Air Mata_1

Friday, March 15, 2013
Millennium's_Bab 4
TUAN Ilham Rais masih
terbaring koma di atas katil. Wayar-wayar berselirat atas dada dan tangannya.
Mulutnya pula ditutup dengan alat bantuan penafasan. Tuan Ilham diawasi ketat
dalam wad bertaraf VIP itu. Ahli keluarganya yang meminta berbuat demikian.
Berhati-hati dengan musuh-musuh MILLENNIUM'S yang sering mengambil kesempatan.
Ash Yuslee melangkah masuk ke dalam wad
Thursday, March 14, 2013
Queen Control_Teaser Bab Pertengahan
“KENAPA tipu sayang?!” Putri Tasnim merenung Tiryaq
dengan mata yang berair. Tiryaq, suaminya itu adalah pengarah besar TIR
Holding’s. Sungguh tidak diduga sama sekali. Tiryaq hanya berlakon
dihadapannya. Dia macma orang bodoh mempercayai cinta dan kasih sayang dari
lelaki itu.
“Sayang…please calm down.” Tiryaq tidak menduga
yang Putri Tasnim akan hadir di majlis itu. Adakah semua ini aturan dari Tengku
Tyea?
Tengku
Tyea kelihatan tersenyum sinis. Drama sebak sedang bermula. Dia adalah watak
sampingan untuk drama yang menarik ini. Tengku Tyea ingin bongkarkan status
Tiryaq untuk tatapan umum. Mereka tidak tahu yang pengarah yang mereka sanjungi
ini sudah punya seorang isteri. Kahwin tangkap basah! Satu perkara yang cukup
memalukan bagi seornag pengarah besar
Tuesday, March 12, 2013
Tuan Dan Puan - TP9
TENGKU Umar mengusap dagunya yang licin.
Alamat rumitlah hidup Tuan Aakif nanti. Datin Amalia itu perlu Tuan Aakif
tangani dengan bijak. Jika ikut ego memang tak jalan. Ada pelbagai perisa untuk
melembutkan hati mertua ni. Tuan Aakif perlu belajar. Tapi dengan siapa pula
Tuan Aakif perlu berguru? Masakan dengan dia yang bujang lagi ni? Tak sesuailah
pulak.
Datin
Amalia jenis mak datin yang cerewet. Tahap cerewetnya itu memang dalam list
tolakkan untuk menjadi ibu mertua pada Tengku Umar. Risiko tinggi. Boleh Datuk Sharif Dol bertahan dengan isterinya itu? Kalau datuk
lain memang sudah sah-sah tambah lagi seorang.atuk kuota masih kosong di
belakang. Lagipun datuk memang mampu. Jangan pula pilih anak-anak dara muda dan
artis-artis cantik saja. Kan bagus jika berkahwin dengan janda-janda yang
kesusahan tanpa suami. Itu baru betul membantu kaum yang lemah.
“Nampak
gaya Tuan Aakif memakai kena pakai perisai…”
“Tiada
perisai yang sesuai buat Aakif tu.”
“Hahahaha…kalau
begitu kisahnya memang akan menjadi panas nanti.”
Aimy
tersenyum. Ya…betul kata Tengku Umar. Keadaan akan menjadi semakin panas.
“Lunch nanti saya belanja awak makan?”
“Tak
bolehlah Umar. Saya kunch dengan suami saya. Tengok ni?” Aimy mengangkat bekas
bekalan makanan. Tuan Aakif sekarang mana mahu makan makanan luar. Semuanya
mesti Aimy yang menyediakan dari sarapan pagi hinggalak makan malam.
“Wow!
Great…bertuahnya Aakif."
“Kalau
hendak memikat suami inilah salah satu cara. Nanti awak berikan pesanan saya
ini pada Qaisara.”
“No hal.”
“Maaf
sebab tidak dapat teman awak.”
“I’m understand. Lagipun awak sudah
berkahwin. Saya pun takut juga kena penumbuk Aakif jika makan dengan isteri dia.
Baran Aakif tu boleh tahan.”
“Cemburunya
tak bertempat. Kadang-kadang macam budak kecil pun ada.”Desis Aimy.
“Nampak
di luar kamu ni pasangan yang ‘perfet
together’.”
Ya.
Itulah yang orang katakan. Tapi sebaliknya….
“Apa
jua halangan dan masalah akan saya laluinya Umar. Saya sayangkan mereka semua.”
“Awak
memang sudah bersiap-sedia ya?”
Aimy
hanya tersenyum panjang.
KALAU Datin Amalia mahu ikut sekaki bulan
madu anak dan menantunya maka dia pun ingin turut serta. Mana tahu si singa itu
mengapa-apakan anaknya nanti. Dia tidak benarkan walau sejentik pun jari Datin
Amalia mengenai pada tubuh Tuan Aakif.
Makin
haru jadinya. Ini lagi seorang mahu bikin masalah. Sudah duduk berjiran pun dah
kira baik dah. Masakan bulan madu anak sendiri nak ikut sekali semata-mata takut
Datin Amalia jentik Tuan Aakif. Mengarut betullah. Amsyar geleng kepala
sendiri. Tiada kes dijadikan kes.
Tuan
Aakif pun mesti sedang pening kepala. Semak pemikiran anak buahnya itu kerana
kedua-dua pihak masih bertelagah dan menimbulkan onar. Bikin rumitkan lagi
keadaan semasa. Kalau di dramakan pasti meletup dalam kaca televisyen.
“Abang
nak buat apa ikut bulan madu si aakif dengan isteri dia? Biarlah mereka
berdua-duaan.”
“Masalahnya
si singa itu ikut sekali. Jadi abang pun kena ikut sekali.” Tuan Aali menarik
nafas panjang.
“Macam
bebudak sajalah dua-dua. Umur lebih dari akil baligh pun masih nak jadi budak
bawah umur.” Omel Amsyar.
“Cakap
baik-baik ya. Abang cuma nak melindungi Aakif.”
“Aakif
sudah besar panjanglah bang. Bukannya budak kecil lagi.”
“Abang
tetap akan ikut ke sana.” Nekad betul azam Tuan Aali. Azam yang tidak kena
tempat.
Amsyar
mengeluh. Dia kerling pada ayahnya. Tok Nadim jongket bahu tanda tak masuk
campur.
“Ikut
suka hati abanglah. Nak nasihat sudah besar panjang dan lebih had umur pun.”
Amsyar mendengus.
Amsyar
bingkas bangun menuju ke ruang dapur. Bukan main lagi abangnya itu buat renovation dalam rumah ini. Semua tukar
baru dari ruang tamu sampai dapur. Itu belum tengok dalam bilik lagi.
Amsyar
menuangkan air kosong ke dalam gelas. Dia bersandar di kerusi sambil memikirkan
sesuatu. Entah macam mana lagi bantuan yang dia harus berikan kepada Tuan
Aakif. Kalau tidak dibantu bising pula anak buahnya itu.
TUAN Aakif mahu meneruskan juga pelan untuk
bulan madunya bersama Aimy. Dia sudah membuat tempahan ke Paris. Dia mahu bulan
madu yang romantik. Dia serahan kepada Aimy untuk membuat tempahan tiket kepala
terbang dan hotel untuk penginapan mereka.
Tuan
Aakif menyanyi kecil ketika di dalam bilik air. Jangan haraplah ibu mertuanya
itu akan ikut sekali. Baju tidur disarungkan pada tubuh sasanya itu. Aimy pula
sedang membaca majalah wanita di atas katil. Tuan Aakif baring di sisi Aimy.
“Sayang
sudah tempeh tiket dan hotel kita” Soalnya.
Aimy
menutup majalah wanita lalu memandang suaminya.
“Semua
sudah dibereskan tapi…”
“Tapi
apa?”
Ini
yang buat Tuan Aakif tidak sedap hati.
“Mama
dapat tahu dan Aimy terpaksa buat temapahn utk mama, papa dan adik sekali. Mama
yang take over urusan untuk tempahan semua. Aimy tak boleh buat apa-apa dah.”
Jelas Aimy.
“What?! Mama, papa dan adik you akan ikut sekali?!” Terbeliak mata
Tuan Aakif mendengar perkhabaran dari si isteri. Ini sudah lebih.
“Mama
kata jimat wang pergi berama-ramai ni.”
“Ouch!
Bila pula mama sayang belajar perihal berjimat-cermat ni?” Terjongket sebelah
kening Tuan Aakif.
“Baru
semalam kot.” Aimy membalas. Dia sudah mula dah…
“Baru
semalam? Banyaklah cantik muka mama you. Ini honeymoon untuk kita berdualah sayang
bukan untuk mama dan papa you. Dah tua-tua pun nak honeymoon juga ke? Nonsenses!”
“Biarlah....Lagipun mereka pasangan romantik masa muda-muda dulu. Tak luak pun duit
abang jika mereka ikut sama.”
Ini
bukan pasal duit. Tuan Aakif mengerling isterinya tajam. Amboi, kemain lagi
Aimy memberikan sokongan padu buat mama kesayangan dia.
Parah
macam ni bila mama Aimy mahu ikut bersama dalam rombongan bulan madu mereka.
Konon kalau pergi beramai-ramai boleh jimat kos.
Apa lagi, Tuan Aakif buat muka. Dia mahu berdua-duaan
dengan si isteri tapi ada pula penyibuk. Kalau dihalau tak baiklah pula. Mama
Aimy tu sudah jadi mama dia jugak. Aimy pula macam tidak kisah mereka ikut
sekali.
“Cancel
honeymoon kita.”
“Abang…jangan membazir.”
“Abang just nak berdua-duaan dengan sayang ke. Spoil mood betullah si singa tu.” Desus Tuan Aakif.
“La…kita menginap dalam hotel pun
bukan berkongsi bilik dengan mereka.”
Tuan Aakif ketap bibir. Isteri dia
ni memang tak faham betul kehendak suaminya ini. Dia hendak bulan madu untuk
mereka berdua saja tidak mahu ada penyibuk pihak lain. Hilang romantiknya.
“Sayang ni tak fahamlah.”
“Abang…anggap jelah pakej perlancongan
satu keluarga.”
“Huh!” Tuan Aakif menarik selimut
menutup seluruh mukanya. Sakit hati betul! Datin Amalia memang ibu mertua yang
suka bikin rosak program menantu tak kesayangan dia ini.
Entah-entah dia jemput si Raiyan bersama. Kalau Raiyan ikut sekali memang dia tendang mamat poyo itu dari kapal
terbang
Subscribe to:
Posts (Atom)