“MAMA… mama… . jangan
tinggalkan Dylan!” Dia merayu-rayu memaut kaki mamanya. Dia tiada sesiapa di
dunia ini selain mama. Dia sanggup mengikut kata mama. Dia tidak kisah jika
mama tidak mahu mengakuinya sebagai anak asalkan dia bersama mama. Dia tidak
mahu keseorangan lagi. Dia berharapa mama tidak meninggalkan dia. Papa dan atuk
sudah tiada. Mama sahaja yang ada untuknya.
“Lepaskan
kaki aku budak sial!” Wanita itu melenting. Dia tolak tubuh anak kecil itu
tanpa belas kasihan.
“Mama…
Dylan sayangkan mama. Jangan tinggalkan Dylan.” Dia mengongoi.
“Budak
sial! Kau bukan anak aku.” Wanita itu terus meluru ke muka pintu bersama beg pakaiaannya. Ada seorang lelaki sedang
menunggunya di luar.
“Mama…
mama… mama…” Dia terus memangggil dan memanggil sehingga mamanya hilang dari
pandangan mata.
Ameer
Dylan membuka matanya. Terasa ada air mata yang mengalir. Dia bingkas bangun
memandang ke sisi. Seorang wanita sedang lena di sebelahnya. Wanita itu tidak
dikenali. Bila dia pulang membawa teman tidur? Ameer Dylan memicit kepalanya
yang masih berat. Malam tadi dia mabuk teruk. Sepatutnya malam itu dia
berangkat ke Perth. Namun urusannya di sana terpaksa ditunda atas sebab-sebab
tertentu oleh ayah angkatnya. Dia pun enjoy puas-puas melepaskan tension.