Lama saya tidak menjenguk blog kerana sibuk menyudahkan manuskrip-manuskrip untuk penerbit. NILAI CINTA SEJATI sudah berada di dalam tangan penerbit dan menunggu keputusan penilaian. Untuk makluman tajuk asal NILAI CINTANYA kemudian diubah kepada NISBAH CINTA dan akhirnya saya dapat tajuk yang lebih sesuai NILAI CINTA SEJATI - manuskrip paling panjang saya tulis setakat ini 501 mss.
Saturday, December 27, 2014
Thursday, November 13, 2014
Sedingin Salju - Bab 1
“ESOK
majlis pertunangan cucu kesayangan Bonda Belinda. Kau akan hadirkan Zita?” Puan
Aisyah memandang pada wajah Puan Rozita
yang masih tampak jelita itu meskipun sudah pertengahan 40-an.
Puan
Rozita memalitkan senyuman di bibirnya. Dia bingkas bangun dari kerusi eksklusifnya.
Puan Rozita memandang ke arah luar
jendela. Bangunan-bangunan pencakar langit tersusun indah di hadapan matanya
itu.
“Aku
pasti berikan hadiah istimewa buat cucu kesayangan perempuan itu.” Puan Rozita
mengetap bibir.
“Zita…
kau akan sakiti orang yang kau sayang nanti.”
Wednesday, October 1, 2014
NILAI CINTA SEJATI - BAB 4
SEBUAH pub di ibu kota. Ameer Dylan duduk
dengan wajah yang mencuka. Malam ini Carolyn tidak sudi mahu menemaninya. Sibuk
dengan ‘masalah’ Jason yang tidak sudah-sudah. Dia bersendirian melayan
perasaan. Tiga gelas air coke telah
habis diteguknya. Tidak seronok pula duduk berseorangan begini. Bosan! Ameer
Dylan memusingkan kerusi yang didudukinya. Rambang mata nakalnya melihat
gadis-gadis genit yang sedang menari sakan bersama pasangan masing-masing. Dia
cuba mencari mangsa untuk malam ini. Mana tahu dapat menjerat si jelita untuk
peneman di kala sunyi.
Tuesday, September 23, 2014
Cerpen: DARAH
“AKU dengar citer dalam bangunan ni pernah
diduduki seorang pembunuh bersiri. Aku dengar lagi yang roh pembunuh bersiri tu
ada di sini. Orang yang lalu-lalang berdekatan bangunan ni selalu nampak
kelibat pembunuh tu.” Beria-ia Harry bercerita.
Yaya,
Muiz, Hanna, Lian, Ian dan Ery hanya mendengar. Lian dan Ian kembar sepasang. Mereka
tidak ambil serius dengan cerita bodoh Harry itu. Bagi mereka orang sudah mati
mana boleh bangkit balik. Dah mati, mati la.
“Pembunuh
bersiri mati ditembak polis kat sini. Tiada sesiapa berani duduk di bangunan ni
lagi sebab mereka nampak hantu.” Harry membawa ke enam-enam kawan masuk ke
dalam satu bilik kosong. Bilik itu sudah bersawang sana-sini dan baunya kurang
menyenangkan.
Wednesday, September 3, 2014
NILAI CINTA SEJATI - BAB 3
“MAMA… mama… . jangan
tinggalkan Dylan!” Dia merayu-rayu memaut kaki mamanya. Dia tiada sesiapa di
dunia ini selain mama. Dia sanggup mengikut kata mama. Dia tidak kisah jika
mama tidak mahu mengakuinya sebagai anak asalkan dia bersama mama. Dia tidak
mahu keseorangan lagi. Dia berharapa mama tidak meninggalkan dia. Papa dan atuk
sudah tiada. Mama sahaja yang ada untuknya.
“Lepaskan
kaki aku budak sial!” Wanita itu melenting. Dia tolak tubuh anak kecil itu
tanpa belas kasihan.
“Mama…
Dylan sayangkan mama. Jangan tinggalkan Dylan.” Dia mengongoi.
“Budak
sial! Kau bukan anak aku.” Wanita itu terus meluru ke muka pintu bersama beg pakaiaannya. Ada seorang lelaki sedang
menunggunya di luar.
“Mama…
mama… mama…” Dia terus memangggil dan memanggil sehingga mamanya hilang dari
pandangan mata.
Ameer
Dylan membuka matanya. Terasa ada air mata yang mengalir. Dia bingkas bangun
memandang ke sisi. Seorang wanita sedang lena di sebelahnya. Wanita itu tidak
dikenali. Bila dia pulang membawa teman tidur? Ameer Dylan memicit kepalanya
yang masih berat. Malam tadi dia mabuk teruk. Sepatutnya malam itu dia
berangkat ke Perth. Namun urusannya di sana terpaksa ditunda atas sebab-sebab
tertentu oleh ayah angkatnya. Dia pun enjoy puas-puas melepaskan tension.
Friday, August 29, 2014
NILAI CINTA SEJATI - BAB 2
“YOU
Ameer Dylan?” Seorang lelaki bertubuh sasa menahannya dari melangkah masuk ke dalam
perut kereta.
“Yes,
I’m…. So what?”
“You
kenal siapa I?”
“Perlu ke I kenal you? Jika tiada
urusan penting dengan I, jangan halang
laluan I.” Ameer Dylan menepis kasar tangan
lelaki terbabit.
“I
John, abang Bella. You kenal dengan
Bella bukan?”
Ameer Dylan memakukan matanya pada lelaki
bernama John itu. Dia mengorak senyuman nipis.
“So…
you ni big bro Bella lah? You
ingat I takut dengan you sebab badan you lagi sasa dan besar dari I?”
Ameer Dylan menepuk-nepuk dada bidang John.
“Berani you rosakkan adik I?” John
sudah mencengkam kot yang dipakai oleh Ameer Dylan.
Thursday, August 28, 2014
NILAI CINTA SEJATI BAB 1

Tajuk Asal Nilai Cintanya, tukar Nisbah Cinta, dan akhirnya dapat tajuk yang sesuai... Saya masukkan semula setelah ubahsuai manuskrip dibuat...
Prolog
SEJUK!
Sejuknya… dia memeluk tubuhnya erat. Air matanya mengalir laju. Malam ini dia
hanya tidur beralas kotak lagi. Tiada tilam mahupun selimut yang akan membaluti
tubuh kecilnya itu. Sakit yang dirasai hilang sebaik matanya terpenjam rapat.
Lena yang panjang membawa dia ke alam mimpi yang mengasyikkan. Dia lupa pada
derita dan kesengsaraan.
“Bangun! Bangun!” Tubuh kecil itu
digoncang dengan kuat.
Terpisat-pisat dia membuka matanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)