HATI Fika tidak tenang
menghadap kertas-kertas assignmentnya.
Kenapalah dalam kepala otak ini boleh teringatkan Joe. Joe yang dianggap
berlagak dan ego itu sebenarnya seornag yang sempoi dan selamba habis. Dia yang
salah tafsir tentang lelaki itu.
‘Don’t
Judge A Book in By Its Cover’
“Fika..” Panggil Kuza
yang sedang duduk melayan majalah URTV di atas katil.
Fika menoleh.
“Ya… ada apa?”
“Kau kenal dengan Joe
ke?”
“Aku tak kenal sangat.”
“Habis… yang aku nampak
hari tu apa? Kau ada apa-apa affair
dengan Joe ke?”
Fika ketawa kecil.
“Tiada apa-apa affair dengan dia. Kau suka dia ya?”
Laju Kuza melemparkan
majalahnya atas lantai. Dia bingkas bangun dan merapati Fika.
“Dulu aku memang suka
gila pada dia. Tapi dia reject aku.”
“Dia reject kau? Kenapa?”
“Direct dia cakap dia tak suka minah celup ala mat salih macam aku.
Pedih beb!”
Fika senyum meleret.
Kalau dia tengok Kuza pun dia pitam dengan make
up ala gothicnya lagi. Rambut
memang sudah pelbagai kaler.
“Dia jujur. Baguslah..”
Kuza mencebik.
“Kau pula? Macam mana
kau boleh kenal dengan Joe? Masakan kenal gitu-gitu sudah ditemankan balik ke
rumah lagi.” Terjongket-jongket kening Kuza.
“Emmm.. macam mana mahu
mulakan cerita ya?” Fika usap dagu.
“Pendekkan kalau
panjang.”
“Kad pelajar aku
tercicir. Dia tolong pulangkan tapi dia ajak makan dan temankan aku balik sebab
risau aku ni kan perempuan. Itu sahaja.”
“Itu saja”
Fika angguk.
“Baik pula dia dengan
kau.”
“Aku pun tak tahu.”
“Musykil betul.”
Fika jongket bahu.
“Terpulang mahu percaya
atau tidak.”
“Kalau kau couple
dengan dia, aku tumpang happy. Pada aku si Joe tidaklah teruk mana.”
“Couple? No couple okay.
Kalau sudah suka masuk meminang terus.”
Fika
mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.
“Betul jugak tu. Dah
suka nikah aje. Elak zina dan elak fitnah.”
“Pandai pun kau.”
Fika mencubit pipi
Kuza.
“Aku pun rasa nak
berubahlah Fika. Takkan nak tunggu sampai seru baru nak berubah.” Kuza
memandang Fika.
“Alhamdulillah… aku
sentiasa sokong kau dari belakang.”
“Terima kasih Fika. Kau
saja yang sudi berkawan dengan aku yang berperangai macam hantu ni.” Kuza
tersengih.
“Kau manusia bukan
hantu.”
“Kalau tengok aku make
up kan macam hantu.”
“Ada-ada sajalah kau ni
Kuza.”
“Fika..”
“Ya… ada apa lagi ni?”
“Kadang-kadang aku
kesian tengok kau.” Kuza tahu masalah yang melanda Fika dengan keluarga
angkatnya. Kesian pada Fika yang bagaikan anak terbuang. Fika bukanlah anak
yang melupakan jasa ayah dan ibu angkat yang membesarkan dia.
“Takdir aku dah
tertulis begini kot?”
“Fika… elok sangat kau
keluar dari rumah tu. Lambat-laun kau pasti akan dihalau juga.”
“Aku tidak kisah Kuza.
Aku tahu yang aku tiada langsung pertalian darah dengan mereka. Namun jauh di
sudut hati, aku sayangkan mereka terutamanya ayah angkat aku.”
“Moga mummy dan Yaya sedar akan kesilapan
mereka kelak.”
“Aku juga berdoa
begitu.”
TAJAM mata Tan Sri Azmeer
memandang wajah Joe. Joe satu-satunya harapan untuk menerajui syarikat
miliknya. Sayangnya Joe suka mengikut kepala sendiri. Joe gemar menentang apa
sahaja yang diarahkan kepadanya. Tan Sri Azmeer menyayangi Juliez lebih dari
Joe kerana anak bongsunya itu lebih mendengar kata. Joe pula suka ikut kepala
sendiri.
“Papa mahu selepas Joe
tamat belajar Joe uruskan syarikat papa.” Tan Sri Azmeer membua suara.
“Papa… papa tidak boleh
memaksa Joe.”
“Jangan membantah
lagi.”
Joe mencebik.
“Joe tidak akan duduk
di kerusi papa. Juliez lebih layak bukan?”
“Joe!” Tan Sri Azmeer
sudah mula meninggikan suaranya. Anak lelaki tunggalnya ini sememanganya amat
degil dan keras kepala. Jika Juliez anak lelaki dia memang akan menyerahkan
syarikat kepada Juliez.
“Papa… Joe mahu bengkel
kereta dan motorsikal sendiri.” Joe tidak mahu cita-citanya itu di halang.
“Berapa keuntungan yang
kau dapat dengan membuka bengkel tu? Papa malu ada anak seperti kau! Kau sedar
tak yang kau itu ada kedudukan bukan seperti mereka yang duduk di kelas
bawahan.” Getus Tan Sri Azmeer.
“Papa… bila kita mati
darjat tu tidak akan ikut kita. Kita tetap akan berkapan putih seperti mereka
yang papa pandang kelas bawahan itu.”
Apa gunanya bangga
dengan harta dunia jika amalan akhirat ditinggalkan. Tidak pernah ber-
syukur dengan nikmat
yang Allah berikan.
“Jangan kau nak
mengajar papa!” Suara Tan Sri Azmeer kian meninggi.
Joe menghela nafas
kecil. Susah kalau ada orang tua yang tidak mahu mendengar nasihat. Anggap diri
sahaja yang betul.
“Keputusan papa adalah
muktamad!” Sambung Tan Sri Azmeer lagi.
“Papa…”
“Kau jangan nak
membangkang lagi. Papa juga akan nikahkan kau dengan Ratna sebaik kau menerajui
syarikat.”
Joe tersenyum. Papa
mahu menjodohkan juga dia dnegan Ratna si perempuan gedik itu. Sabar sajalah
Joe.
“Papa tak boleh memaksa
Joe melakukan perkara yang Joe tidak suka. Hina sangat ke menjadi seorang
mekanik dan membuka bengkel sendiri?
Lagi satu Joe tidak akan menikahi Ratna. Perempuan itu terlalu murh
maruahnya. Bekas sisa orng lain mahu Joe pula yang menjilatnya. Minta maaflah.”
Nada suara Joe tegas namun Joe masih berlembut.
“Joe!” Tan Sri Azmeer
bingkas bangun dari kerusinya.
“Joe tidak kisah
kehilangan semuanya. Joe juga tidak kisah jika papa buang nama Joe dari wasiat
papa. Joe mahu hidup Joe lebih bermakna papa.”
Telapak tangan kasar
Tan Sri Azmeer melekap pada muka kacak Joe.
“Anak kurang ajar!”
Joe keluar dari bacaan
papanya dengan wajah suram. Papa memang suka mengaturkan hidup anak-anaknya
ini. Semuanya mahu dengar kata papa. Papa sahaja yang betul. Joe tidak
berpuashati.
“Joe…” Puan Sri Selena
menyentuh bahu Joe.
Joe berpaling.
“Joe tak tahan dengan
sikap papa lagi.”
“Joe… papa buat
semuanya itu kebaikan Joe.”
“Kebaikan menghantar
Joe ke neraka.”
Puan Selena terpaku
dengan kata-kata yang keluar dari bibir Joe.
“Maafkan Joe mama.” Joe
memeluk tubuh mamanya. Dia tidak sengaja meninggikan suaranya pada mama.
Puan Sri Selena
mengusap-usap belakang Joe.Dia tahu yang Joe anak yang baik.
“Mama tahu Joe kuat
untuk hadapi semua ini. Ingat Joe…. mama juga berada di belakang Joe.”
Benarkah mama akan
berada di belakangnya? Joe tidak pasti kerana mama sentiasa menurut perintah
dari papa.
“Joe sanggupkan
tinggalkan semuanya…”
“Joe…”
Itu yang tidak sanggup
Puan Selena dengar.
BEST
ReplyDelete...
akak, nak lagi...
ReplyDeleteMakin menarik nak lg....
ReplyDeletenak lanjut
ReplyDelete