SYIRA menunjukkan
foto-foto arwah tunangnya kepada Najmie. Bulat anak mata Najmie melihat
foto-foto tersebut. Nyata wajah mereka hampir seiras. Dia angkat kepala
memandang wajah sayu Syira. Mata Syira berkaca. Najmie melepaskan nafas kecil.
Dia memahami perasaan Syira itu. Takdir telah tersurat. Adakala dia tidak
mengerti pada hati sendiri. Jiwanya meronta-ronta untuk bertemu dan mencari
gadis itu. Daya tarikan yang tidak dapat dia elakkan.
Jika Najmie yang ini
mengubah stail pada rambutnya seperti arwah Najmie, pasti dia mereka tampak
lebih seiras. Cara pertuturan Najmie yang ini lebih lembut dan bersopan dari
arwah Najmie. Syira mengalihkan muka setelah menyedari yang Najmie mula perasan
akan tindakannya itu.
Najmie
melirikan senyuman di bibir. Syira seakan kekok berada di sampingnya. Mungkin
kerana wajah dan mata ini? Bukan sahaja wajah dan mata ini, tetapi namanya juga
serupa dengan nama arwah tunang Syira.
“Adakah
takdir sedang mempermainkan kita?”
Syira
behenti melangkah.
“Tiada
sesiapa yang dapat mengubah ketentuan Ilahi. Saya perlu terima kenyataan yang
Najmie saya cintai itu sudah tiada. Najmie sudah bertemu dengan Penciptanya.”
“Tapi
saya yakin Najmie masih berada di hati awak. Awak belum benar-benar dapat
melupakan dia.”
Syira
tersentak. Najmie seakan dapat membaca apa yang terkandung di dalam hatinya.
Dia tidak senang dengan kata-kata Najmie itu.
“Itu
bukan urusan awak!”
“Syira…
bila saya tutup mata saya, saya nampak wajah awak… saya nampak senyuman manis
awak….”
Reaksi
wajah Syira berubah. Jantungnya berdengup kencang.
“It’s
something wrong?”
“Mana
awak tahu kata-kata itu?”
“Oh,
saya cakap sesuatu yang mengarut lagi.” Najmie ketawa kecil.
Aku
merasakan seperti Najime berada dekat dengan diriku ini. Mengapa aku mesti
berfikir begitu? Aku
seolah-olah mengharapkan sesuatu yang mustahil.Ya, Allah… berikan aku kekuatan
untuk menghadapi segala ujianMU.
“Bicara
kita tamat di sini.”
“Kenapa?”
“Please,
fahami keadaan saya. Berikan peluang untuk saya melupakan kepedihan di hati
saya. Apabila saya melihat awak, saya semakin sukar melupakan arwah.”
Najmie
melepaskan keluhan berat.
“Wajah
ini menjadi musuh saya sendiri.” Najmie kelihatan sedih dan seakan terluka dengan
kata-kata Syira.
“Najmie…”
“Bukan
Najmie, panggil saya Naj. Naj saja.”
Mereka
bertentangan mata.
“Maafkan
saya. Saya rasa tiada apa-apa lagi perkara yang perlu kita bualkan.”
“Saya
harap kita akan bertemu lagi.”
Syira
merenung lama wajah Najmie.
“Saya
tetap berharap kita tidak akan bertemu lagi.”
Syira
berlalu. Najmie hanya memandang langkah Syira.
“KAK, Naj sudah tidak
endahkan Asya lagi.” Esak Asya. Hatinya dipagut rasa pilu melihat Najmie
bersama perempuan lain.
Asya
mula mengadu kepada kakaknya.
“Maybe,
his friend.”
“Naj
tiada kawan perempuan. Asya kenal sangat Naj. Sejak bersama Asya dulu, Naj tak
pernah ada kawan perempuan.”
Fasha
mengetap bibir. Dia tahu Asya kuat cemburu dan Najmie sering mengikut kehendak
adik kesayangannya itu.
“Asya…
dah tanya pada mummy?”
“Mummy
bukannya tahu.”
“Asya
tanya dulu pada Naj. Mungkin dia cuma membantu perempuan tu tunjuk jalan.”
Asya
membisu seketika.
“Asya…”
“Kak…
Asya tak boleh hidup tanpa Naj.”
Fasha
mengurut dahi. Adakala dia pening melayan kerenah keanak-anakan Asya namun
kerana sayang dia turutkan saja. Asya saja keluarganya ada.
“Asya
ada rupa. Asya boleh dapat lelaki lebih dari Naj.”
“Asya
tak mahu lelaki yang lain. Asya hanya mahu Naj!” Asya berkeras.
Oh,
no! Fasha tidak mahu Asya menggila macam dulu. Fasha tidak rela mahu
menempatkan Asya di tempat itu lagi.
“Kakak
akan discuss dengan mummy hal ini. Kakak akan pastikan Naj menjadi milik Asya
sepenuhnya. That’s my promise.” Janji Fasha.
“I
love you, sis…”
“Me
too,”
Fasha
meletakkan ganggang telefonnya.
“PLEASE Naj..” Fasha
merayu.
“Your
little sister betul-betul sudah gila! I’m tired. Ini baru sedikit.” Najmie
menunjukkan tangannya yang berbalut dikelar oleh Asya.
Fasha
jadi buntu. Fikirnya setelah Asya bersama Najmie, kegilaan Asya sudah dapat
dibendung. Asya masih cemburu buta. Pantang melihat Najmie didekati perempuan
lain.
“I
rayu pada you. Jangan putuskan hubungan you dengan Asya. She’s need you.”
Najmie
meraup rambutnya ke belakang.
“I
love her… but…” Kata-katanya terhenti di situ.
“Please,
Naj…”
“I’m
sorry…”
Akhirnya
Najmie memutuskan perhubungan dengan Asya. Asya tidak dapat menerima hakikat
perpisahan itu. Asya bertindak berani menyimbah asid pada mata Najmie. Jika
mummy Najmie tidak masuk campur, Asya sudah disumbat di rumah sakit mental itu.
“You,
okay…” Bahunya disentuh lembut.
“I’m
okay.”
“Jangan
tipu I. You tak nampak okay, sayang.”
“Harith,
I’m sorry…”
Lelaki
itu mengulum senyuman. Dia paut jari-jari halus Fasha hingga ke bibirnya.
“I
love you.”
Tangan
Fasha dikucup lembut.
“Harith,
kita di pejabat.”
“Bukannya
orang lain nampak.”
Harith
mengenyitkan mata.
“You
makin nakal.”
Harith
ketawa.
“Kalau
you bermuram begini pasti soal adik you, Asya dan teman baik I, Najmie.” Harith
sekadar meneka dan selalunya terkaannya itu adalah tepat.
Fasha
mengangkat wajahnya.
“I
tak mahu bertekak dengan you.”
“Okay,
I pun malas nak berbicara tentang adik you yang sakit mental tu.”
“Harith!”
Harith
bingkas bangun.
“Sayang
pun berpada-padalah my love. You pun tahu yang cinta itu tidak boleh dipaksa.”
Harith
melangkah keluar.
Terbaiklah, akk. Anyway, asha tu mmg gila ka? Masalah betul. Kesian syira. Tabah ye! Fightin'
ReplyDeleteYup, Asya ada masalah mental sikit
Deleteteruskan kak best :) ngeeee kesian syira n najmie also...patutlah matanya buta huhu
ReplyDeleteNajmie baik sangat
Deletesetuju dengan kenyataan harith...
ReplyDeleteoh rupanya asya yang menyebabkan mata najmie luka...kesian kat Naj...hehehe
nice sis