“MAMA… mama… . jangan
tinggalkan Dylan!” Dia merayu-rayu memaut kaki mamanya. Dia tiada sesiapa di
dunia ini selain mama. Dia sanggup mengikut kata mama. Dia tidak kisah jika
mama tidak mahu mengakuinya sebagai anak asalkan dia bersama mama. Dia tidak
mahu keseorangan lagi. Dia berharapa mama tidak meninggalkan dia. Papa dan atuk
sudah tiada. Mama sahaja yang ada untuknya.
“Lepaskan
kaki aku budak sial!” Wanita itu melenting. Dia tolak tubuh anak kecil itu
tanpa belas kasihan.
“Mama…
Dylan sayangkan mama. Jangan tinggalkan Dylan.” Dia mengongoi.
“Budak
sial! Kau bukan anak aku.” Wanita itu terus meluru ke muka pintu bersama beg pakaiaannya. Ada seorang lelaki sedang
menunggunya di luar.
“Mama…
mama… mama…” Dia terus memangggil dan memanggil sehingga mamanya hilang dari
pandangan mata.
Ameer
Dylan membuka matanya. Terasa ada air mata yang mengalir. Dia bingkas bangun
memandang ke sisi. Seorang wanita sedang lena di sebelahnya. Wanita itu tidak
dikenali. Bila dia pulang membawa teman tidur? Ameer Dylan memicit kepalanya
yang masih berat. Malam tadi dia mabuk teruk. Sepatutnya malam itu dia
berangkat ke Perth. Namun urusannya di sana terpaksa ditunda atas sebab-sebab
tertentu oleh ayah angkatnya. Dia pun enjoy puas-puas melepaskan tension.
Ameer
Dylan mengusap wajahnya. Dia mengenakan butang bajunya kembali. Beberapa not
seratus ringgit dikeluarkan dari dompet duitnya lalu diletakkan pada meja
berdekatan katil itu. Dia memulas tombol pintu bilik lalu melangkah pergi.
Pandai-pandailah perempuan itu pulang sendiri. Dia tidak mahu ambil tahu
tentang ‘teman’ satu malamnya. Setakat ‘one
night service’ tak ke mana.
Sepuntung
rokok dikeluarkan lalu disedut perlahan. Ameer Dylan lelaki kaya yang bukan
sahaja seorang kaki perempuan, kaki mabuk tetapi juga kaki rokok. Dia hembuskan
asap rokoknya ke udara. Bau badan yang
masam itu tidak dipedulikan ketika ini. Biarlah orang sekeliling memandangnya.
Tiada perempuan yang mahu mendekati dirinya yang selekeh dan berbau begini.
Ameer
Dylan tersenyum sendiri. Dia punya kekayaan dan wajah yang tampan tetapi
hatinya kosong. Tiada ketenangan yang dirasai, hanya mimpi silam yang
menghantui. Dalam keadaan yang agak leka itu Ameer Dylan tidak sengaja
melanggar seorang lelaki tua hingga menyebabkan lelaki tua itu tergelincir dan jatuh
dari tangga. Argh! orang tua ini berjalan mata letak di kepala lutut agaknya?
Seorang
gadis manis bertudung litup meluru membantu lelaki tua berkenaan. Ameer Dylan
hanya memandang tanpa perasaan. Bukan dia sengaja pun menyebabkan orang tua itu
jatuh tangga. Namun… apa yang menarik perhatian Ameer Dylan adalah gadis yang
bertudung litup itu. Manis sekali orangnya walau tidak secantik gadis-gadis
yang pernah mendampingi dia.
“Pakcik
tak apa-apa?” Ujar Sufi Alisha lembut.
“Tangan
pakcik sakit nak.”
“Saya
hantar pakcik ke klinik.” Sufi Alisha mengangkatkan wajah.
Ameer
Dylan terpana. Mata jernih milik Sufi Alisha berpadu dengan matanya. Sufi
Alisha tidak mempedulikan Ameer Dylan. Dia terus memapah lelaki tua itu menuju
ke keretanya. Masyarakat sekarang sudah kekurangan nilai moral. Mereka hanya
memandang tanpa menghulurkan bantuan seperti lelaki tampan itu.
Ameer
Dylan laju menuruni tangga mendapatkan Sufi Alisha sebelum gadis itu hilang
dari pandangan mata. Dia tanpa rasa malu menghalang gadis itu dari masuk ke
perut keretanya. Wajah ayu Sufi Alisha berubah. Tandan dahinya berkerut sedikit.
“Biar
I tolong you hantarkan uncle itu
ke hospital. I yang bersalah tadikan?”
Sufi
Alisha tersenyum. Dia tidak nampak niat ikhlas pada wajah tampan Ameer Dylan.
“Maaf…
saya tidak percayakan orang macam awak. Boleh tak awak jangan halang laluan
saya.”
Lembut
dan halus suara gadis ini.
“I ikhlas…” Ameer Dylan mula memancing.
“Saya
tidak nampak keikhlasan itu pada wajah awak. Awak membantu kerana ada niat yang
tersembunyi bukan? Encik Ameer Dylan… taktik kotor awak ini tidak berkesan pada
saya.”
Dia
kenal dengan aku? Ameer Dylan terlopong.
“Popular
I ni…”
“Ya...
awak memang popular sekali. Muka awak sentiasa menghiasi dada akhbar dan
majalah tempatan. Saya tidak mahu membazirkan masa di sini. Jangan jadi
penghadang di pintu kereta saya. Saya perlu segera menghantar pakcik ini ke
klinik.” Sufi Alisha tetap berlembut.
Ameer
Dylan mengalah.
“Terima
kasih kerana mahu membantu walau tiada keikhlasan di situ. Assalamualaikum…” di
bibir Sufi Alisha masih terukir senyuman manis. Sufi Alisha menghidupkan enjin
kereta Viva miliknya itu.
Sekali
lagi Ameer Dylan terpana. Ucapan salam dari Sufi Alisha tidak dibalas. Dia
hanya melihat kereta Viva milik gadis itu bergerak perlahan dan hilang dari
pandangan mata. Ini kali pertama dia tertarik dengan gadis bertudung litup dan
berbaju kurung labuh. Tampak seperti gadis yang baik-baik. Satu cabaran menarik
buat Ameer Dylan. Dia akan mencari gadis itu sampai dapat. Kuala Lumpur ini
bukannya besar.
Ameer
Dylan memang bertuah apabila matanya tertacap pada dompet yang berada di kakinya
itu. Dia yakin dompet itu milik gadis tadi. Ameer Dylan membongkokkan sedikit
tubuhnya. Dompet itu dicapai lalu dibuka. Terkaannya memang tepat sekali.
“Sufi
Alisha….” Bibirnya menguntum senyuman.
“SUFI Alisha… nama dia seindah raut wajahnya.
I sudah selidik latar belakangnya.
Dia bekerja di rumah kebajikan orang tua. Baru berusia dua puluh lima tahun.
Apa kata kita bertaruh Carolyn. Kalau I
dapat tundukkan dia maka I akan
tawarkan sejumlah wang untuk projek lanskap you.” Ameer Dylan menunjukkan
gambar di dalam dompet itu kepada Carolyn.
Carolyn menggelengkan kepala. Ameer Dylan
sudah menemui mangsa yang baru. Gadis itu dilihat punya perwatakan yang sopan
dan lemah-lembut di mata Carolyn selain dari memiliki seraut wajah yang ayu
menawan. Mangsa yang berbeza dari mangsa-mangsa yang lain.
“Tawaran you
memang menarik tapi I tak suka cara
kotor you.”Kali ini Carolyn tidak
bersetuju dengan permainan Ameer Dylan.
“Come
on Carolyn… you tak mahu wangkah?”
“Dylan… bukan semua benda dapat dibeli dengan
wang you! Bukan semua cinta itu tiada
nilainya?” Carolyn mendengus. Ameer Dylan makin melampau!
“Carolyn… kalau bukan kerana wang, suami you tidak akan lari pada perempuan yang
lebih berharta tau. Cinta itu boleh dibeli. Nilainya terlalu murah.” Ameer
Dylan mengangkat keningnya.
Carolyn menarik nafas panjang.
“Hati you
memang sudah buta. Jangan jadikan masa silam you untuk membalas dendam Dylan. Bukan semua perempuan seperti mama
you!” Pertama kali Carolyn
meninggikan suaranya kepada Ameer Dylan. Dia juga seorang wanita.
“Stop
it! Jangan sebut nama perempuan itu! Dia sudah mampus pada I!” getus Ameer Dylan.
“Dia tetap mama you Dylan! You tetap
darah daging pada perempuan yang you
benci
sangat tu! You kena ingat yang pertalian darah antara you dengan dia tidak akan dapat dipisahkan.”
“Stop
it! Stop it!” Ameer Dylan menekup
kedua belah telinganya. Riak wajah Ameer Dylan berubah. Nafasnya seperti
tercungap-cungap.
Carolyn serba salah. Dia dakap tubuh Ameer
Dylan. Dia usap belakang lelaki itu lembut. Dia tahu Ameer Dylan pasti begini
apabila diungkit tentang mamanya. Dia perlu meredakan kemarahan lelaki itu.
“I’m
sorry Dylan… I’m sorry…”
“I hate
her… I hate her…!”
Ameer Dylan tidak dapat mengawal perasaannya.
Dia benci pada mama! Amarahnya pada mama tidak pernah padam. Dia tidak mengakui
wanita itu sebagai mamanya jika wanita itu muncul semula dalam hidupnya. Mama
memberikan kenangan pahit dalam hidup dia.
“Dylan… you
tahu apabila tiba masanya kelak you
tetap akan berhadapan dengan dia.” Bisik hati kecil Carolyn.
Ameer Dylan menolak perlahan tubuh Carolyn.
Dia mencapai kot yang dicampakkan pada sofa itu. Dikerling pada Angie yang sedang
tidur pulas atas sofa.
“Angie beruntung kerana mempunyai mummy yang menyayangi dia.”
“Dylan… I
hope you tak buat kerja bodoh.”
Ameer Dylan hanya mengerling sekilas dan
berlalu. Apa yang ada difikirannya tidak boleh dibaca oleh Carolyn. Carolyn yakin
Ameer Dylan pasti akan mencari gadis bernama Sufi Alisha itu. Moga suatu hari nanti
Ameer Dylan mendapat pengajarannya. Sebagai seorang teman baik dia hanya
mendoakan agar Ameer Dylan berubah. Dia tidak mahu Ameer Dylan terus-terusan
melakukan kesalahan dan kesilapan.
TERATAK MURNI, rumah kebajikan orang tua yang dicari oleh
Ameer Dylan. Sufi Alisha pasti tidak senang duduk dengan kehilangan dompetnya
ini. Ameer Dylan tersengih. Dia tidak sabar untuk melihat reaksi gadis itu.
“Assalamualaikum…
boleh saya bantu encik?” Seorang wanita menegurnya lembut.
“Hi..
boleh saya bertemu dengan Cik Sufi Alisha.”
Salamnya
tidak disambut. Sungguh kurang sopan anak muda ini. Apa dia ingat sini negara
barat boleh hai-hai.
“Maaf…
boleh saya tahu encik ini siapa? Atas urusan apa untuk bertemu dengan Sufi ya?”
Banyak
tanya pula wanita separuh abad ini.
“Saya
Ameer Dylan. Saya ke sini kerana mahu memulangkan dompet ini kepada Cik Sufi
Alisha.” Ameer Dylan menunjukkan dompet terbabit kepada wanita berkenaan.
“Oh,
Sebentar ya.” Wanita itu menghilang dari bilik berdekatan.
Tidak
lama kemudian muncul wajah ayu yang dicari oleh Ameer Dylan. Sufi Alisha
kelihatan tenang bertentangan mata dengan Ameer Dylan. Tiada riak kerisauan
pada wajah ayu itu.
“Dompet
you tercicir semalam.”
“Alhamdulillah….
terima kasih kerana menemuinya dan memulangkan kepada saya.” ucap Sufi Alisha
lembut. Dia mengambil dompet yang dihulurkan oleh Ameer Dylan.
“Jangan
bimbang I tidak mengusik apa-apa
barang di dalamnya.”
“Ya…
saya tahu. Masakan awak mahu mengambil wang yang hanya ada puluhan ringgit di
dalam dompet ini. Terima kasih atas kejujuran awak.”
“You’re welcome dear. Ermm… macam mana dengan uncle yang you hantar ke
klinik tu? Dia okay?”
Makin
dekat makin cantik Sufi Alisha di mata Ameer Dylan. Hatinya berdebar melihat
wajah putih kemerahan itu.
“Alhamdulillah…
hanya kecederaan kecil. Terima kasih kerana bertanyakan mengenai pakcik tu.”
“Baguslah…
you lapang tak malam ini?” Ameer
Dylan mula menjalankan jarumnya. Langkah pertama.
“Kenapa
ya?”
“Saya
mahu ajak you dinner.”
“Maaf…
saya tidak senang malam ini.” Sufi Alisha menolak. Dia mengerti akan niat di
sebalik ajakkan Ameer Dylan itu.
“Just
dinner.”
“Maaf
Encik Ameer Dylan. Saya ada kelas mengaji Al-Quran di masjid malam ini.”
“Oh!”
Rasa kecewa tertera pada wajah Ameer Dylan. “Bagaimana malam esok?”
Sufi
Alisha menggelengkan kepalanya.
“Maaf…
Saya…”
“Sufi…
Umi Embun sesak nafas Sufi.” Wanita tadi muncul semula mengganggu perbualan
yang masih dipertengahan jalan itu. Wajah tenang Sufi Alisha bertukar riak. Ketika
ditinggalkan sebentar tadi Umi Embun kelihatan sihat-sihat sahaja.
Ameer
Dylan merengus kecil.
“Maaf
Encik Ameer Dylan. Saya ada hal kecemasan. Terima kasih sekali lagi kerana
memulangkan dompet saya. Semoga Allah membalas budi baik encik. Assalamualaikum…”
Sufi Alisha segera membuntuti langkah teman sekerjanya.
“Shit!” Ameer Dylan menendang pasu bunga
berdekatannya. Perasaan marah berbaur geram.
Pandangan
mata Sufi Alisha terhadapnya seperti tiada sebarang perasaan teruja. Mungkin
jua gadis itu mahu mengujinya dahulu. Bella juga bukan main liat untuk dipikat namun
akhirnya jatuh ke dalam pelukan dia. Inikan pula gadis seperti Sufi Alisha yang
tampak kolot itu. Perempuan akan mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji
manis lelaki.
Tawa
kecil Umi Embun membuatkan wajah ayu Sufi Alisha cemberut. Umi Embun sengaja
mahu mengenakan dia. Tapi bagus juga kerana dia tidak perlu berbual lebih lama
dengan Ameer Dylan. Apa pun dia berterima kasih kepada lelaki itu yang sanggup
menjejakkan kaki ke rumah kebajikan ini untuk memulangkan dompetnya.
“Kak
Ani memang terkejut tengok lelaki tampan dan segak bergaya seperti Ameer Dylan
mencari Sufi tadi.Tak sangka si kasanova itu pun terpikat dengan Sufi ya?”
Rohani menghulurkan segelas air kosong kepada Umi Embun.
“Mengarut
saja Kak Ani ni. Dia datang sekadar mahu pulangkan dompet Sufi yang tercicir.”
Sufi Alisha melabuhkan punggung di sebelah
Umi Embun.
“Kak
Ani rasa dia mahu memikat Sufi. Lihat saja pada pandangan matanya yang tajam
itu macam mahu menelan Sufi hidup-hidup.”
Sufi
Alisha ketawa kecil. Dia tidak menafikan kata-kata Rohani itu. Kalau tidak
masakan baru bertemu Ameer Dylan itu sudah berani mempelawanya makan malam
bersama.
“Dia
tidak akan dapat memikat hati anak umi ini. Lelaki seperti itu tidak layak
menjadi suami kepada Sufi. Umi takkan restu.” Keras nada suara Umi Embun.
“Betul
tu. Akak takkan benarkan dia mendekati Sufi. Kalau dia datang akak akan halau
dia keluar dari Teratak Murni.” Rohani bercekak pinggang.
Sufi
Alisha tersenyum manis.
“Jangan
pula Kak Ani yang terpikat dengan Ameer Dylan. Dia itu tampan dan segak tau.”
Sufi Alisha mengusik Rohani.
Rohani
mencebik. Dia pula dikenenkan dengan si kasanova itu.
“Bukan
setakat Sufi… dengan Kak Ani pun dia tak layak tau untuk dijadikan suami
mithali.”
Tawa
Sufi Alisha dan Umi Embun bersatu.
wah bad boy dah mula nak mulakan jarum,...
ReplyDeletejeng jeng jeng...
Forget clash of clans gems hacks. Better visit http://clashofclanshelper.com/ and its great! You receive your Clash of Clans gems instantly!!! Amazing! (kTLfdIkT7w)
ReplyDelete