“ESOK
majlis pertunangan cucu kesayangan Bonda Belinda. Kau akan hadirkan Zita?” Puan
Aisyah memandang pada wajah Puan Rozita
yang masih tampak jelita itu meskipun sudah pertengahan 40-an.
Puan
Rozita memalitkan senyuman di bibirnya. Dia bingkas bangun dari kerusi eksklusifnya.
Puan Rozita memandang ke arah luar
jendela. Bangunan-bangunan pencakar langit tersusun indah di hadapan matanya
itu.
“Aku
pasti berikan hadiah istimewa buat cucu kesayangan perempuan itu.” Puan Rozita
mengetap bibir.
“Zita…
kau akan sakiti orang yang kau sayang nanti.”
Puan
Rozita ketawa kecil mendengar kata-kata sahabatnya itu. Lelaki itu sudah mati
di hatinya. Apa yang ada di hatinya ini hanyalah kebencian!
“Aku
tidak kisah jika ada yang perlu dikorbankan asalkan dendam aku berbalas, Aisyah.”
JPuan
Aisyah menggelengkan kepalanya. Masa telah mengubah Puan Rozita, sahabat
baiknya itu.
“Zita…
kau dah tak sayangkan Bakhtiar?”
Puan
Rozita tersenyum sinis.
“Cinta
aku sudah mati pada 25 tahun yang lalu!” Tegas Puan Rozita.
Puan
Aisyah menghela nafas kecil. Dia lihat mata Puan Rozita bercahaya. Dia kenal
hati sahabatnya itu. Mulut mengatakan benci tetapi cinta masih membara buat
lelaki bernama BAKHTIAR!
25
tahun yang lalu…
“ZITA bersumpah abang! Zita tak tahu
siapa lelaki ini?” Rozita memeluk kaki suaminya. Air matanya tidak henti-henti
mengalir. “Zita hanya berdua dengan bonda di rumah bang. Zita tak tahu bila
lelaki ini masuk ke bilik kita.”
Bakhtiar
membisu tanpa kata. Matanya mencerlung pada tubuh Rozita yang hanya
berkembankan kain batik itu. Lelaki itu durjana itu sudah terkulai layu dibelasah
oleh Bakhtiar. Bonda Belinda memerhatikan menantu perempuannya tanpa perasaan.
“Bonda…”
Bakhtiar mengalihkan pandangan pada bondanya.
“Selama
ini bonda hanya berdiam melihat kecurangan isteri anak bonda. Zita meng-
ugut bonda agar tidak membocorkan
rahsianya.”
Rozita
tidak menduga yang Bonda Belinda akan berbohong kepada Bakhtiar. Ini pasti
rancangan ibu mertuanya yang mahu dia dan Bakhtiar berpisah. Riak wajah Bonda
Belinda itu menceritakan segalanya. Wanita ini hanya berpura-pura menerimanya
sebagai menantu.
“Abang…
jangan percayakan cakap bonda. Zita bersumpah pada abang! Zita tidak mengenali
lelaki ini!” Rozita masih erat memeluk kaki Bakhtiar.
Hati
Bakhtiar bercelaru. Mengapa Rozita menafikan kecurangannya. Dia lihat dengan
matanya sendiri Rozita tidur sekatil dengan lelaki durjana itu.
“Bonda
tidak berbohong. Bonda sanggup ke tepikan ego bonda untuk menerima Zita sebagai
menantu bonda. Masakan bonda mahu menganiaya anak dan menantu bonda sendiri.” Bonda
Belinda memainkan lakonannya dengan baik sekali. Wajah sedih itu mengundang
simpati Bakhtiar.
“Bonda
bohong! Bonda…” Belum habis Rozita menutur kata rambutnya telah direntap kasar
oleh Bakhtiar.
“Kau
keluar dari rumah aku sekarang!” Bakhtiar mengheret tubuh Rozita tanpa belas
kasihan hingga ke muka pintu.
Bonda
Belinda tersenyum puas. Itu yang dia mahukan. Selepas ini Bakhtiar tidak akan
mengingkari kata-katanya lagi.
“Abang…Zita di fitnah abang… Zita tak curang
pada abang!” Rozita merintih. Kaki Bakhtiar dipaut semula.
Bakhtiar
memalingkan wajahnya.\
“Aku
ceraikan kau dengan talak tiga! Jangan kau tunjuk muka kau di depan mata aku
lagi perempuan sundal!” Bakhtiar melafazkan cerai kepada Rozita. Dia menarik
kakinya dari pautan Rozita. Tidak dihiraukan tangisan Rozita lagi.
Pintu
utama itu dihempaskan dengan kuat. Rozita mengesot ke muka pintu. Bertalu-talu
dia mengetuk pintu itu. Dia tidak menghiraukan bendalir berwarna merah di celah
kelangkangnya. Hatinya lebih sakit dari kesakitan diperutnya itu.
Bab 1
Cinta
itu misteri, tidak terbentuk tapi dicari, tidak bernyawa tapi hidup, tidak
tajam tapi mampu melukai, tidak mekar tapi mewangi.
Drum dipukul dengan penuh perasaan.
Rentak yang dimainkan seiring dengan emosi yang sedang bergelora. Lelaki dikatakan
tidak maco jika menitiskan air mata. Dia tidak kisah. Kenapa perlu malu? Jika
bersedih, air mata adalah terapi terbaik meluahkan segala rasa yang terpendam.
Dia behenti memukul drumnya sebaik pintu bilik diketuk bertalu-talu.
“Danny…”
Tombol
pintu bilik itu dipulas.
“Sorry auntie… Danny mengejutkan auntie.”
“Kamu
buat auntie risau Danny.” Marissa
perasan mata Danny kemerah-merahan.
Danny
bangun dan merapati wanita berusia itu. Dia mengukir senyuman nipis. Dikucup
pipi wanita itu.
“Good nite.” Ucapnya.
“Kamu
mahu ke mana Danny?”
“Keluar.”
Balasnya sepatah.
“Danny!”
Danny
tidak menghiraukan panggilan Marissa. Dia terus mencapai helmet dan sarung
tangan. Marissa menghela nafas kecil.
VROOOMMM! Berderu Danny memecut
motorsikal berkuasa tingginya itu memecah kepekatan malam. Otaknya ligat
berputar mengingati kenangan-kenangan manis antara mereka. Dia tidak percaya cinta
yang terbina selama lima tahun itu akan menuntut satu pengorbanan.
“I’m sorry Danny. Aku terpaksa.”
Nia
Amira meminta perpisahan demi tuntutan rasa tanggungawab terhadap bayi yang
dilahirkan oleh kakaknya.
“Kenapa
kau yang mesti lakukan pengorbanan?” Danny tidak berpuas hati dengan
keputusan kekasihnya itu.
“Tolong
fahami aku, Danny. Aku tak mahu anak kakak aku dijagai oleh wanita lain. Papa
dan mama aku juga tidak rela berpisah dengan cucu mereka. Kalau Abang Iqram
berkahwin wanita lain maka ikatan kekeluarga antara kami akan semakin renggang.”
Nia Amira minta Danny untuk mengerti akan perasaan yang ditanggungnya.
“Aku
tak sanggup melepaskan kau, Nia.”
Nia
Amira tetap dengan keputusan nekadnya. Tiada kata perpisahan terucap di bibir Nia
Amira. Kekasihnya itu pergi dan tidak berpaling lagi. Dia tidak sanggup untuk
melihat Nia Amira menjadi milik ornag lain. Dia tidak sanggup melihat Nia Amira
bersanding di atas pelamin bersama bekas abang iparnya itu. Sakit di hati dia
yang menanggung.
Air
mata Danny mengalir bersama kelajuan motorsikalnya. Hatinya menjadi sayu dan
pilu. Cinta itu tidak tajam tetapi mampu melukai. Sanggup Nia Amira
mengkhianati janjinya. Sebuah lagi
motorsikal memecut laju dari arah bertentangan. Danny tidak sempat untuk memecut
melintasi lampu kuning yang sudah bertukar merah. Dia menarik brek secara
mengejut lalu mengakibatkan motorsikalnya hilang kawalan. Motorsikal yang
ditunggang Danny jatuh terseret di atas jalan raya.
Motorsikal yang sebuah
lagi turut melakukan brek mengejut. Tindakannya pantas dan menyelamatkan
dirinya dari jatuh bergolek seperti Danny. Penunggangnya menanggalkan helmet di
kepala. Seorang gadis manis. Gadis berambut panjang melepasi bahu itu merenung
dia dengan pandangan tajam.
Danny bangun memeriksa
kecederaan pada tubuh badannya. Lengannya sedikit tercalar dengan luka. Dia
mengangkat semula motorsikalnya yang tumbang. Gadis itu hanya memerhati tanpa
memberikan bantuan.
“Jangan
cuba-cuba melanggar peraturan jalan raya. Red
untuk stop.” Gadis itu bersuara
lantang. Dia memakai semula helmetnya dan memecut laju.
Danny
melepaskan keluhan berat. Mujur sahaja dia dapat mengelak, jika motorsikal dia
bertembung dengan motorsikal gadis tadi nescaya kemalangan dahsyat akan
berlaku. Nyawa menjadi galang ganti.
Itulah
menunggang mengikut perasaan. Biarkan sangat perasaan mengawal emosi. Akibatnya
tidak difikirkan?
Danny
mengeluarkan telefon bimbitnya. Skrin telefonnya sedikit retak dan bercalar.
“Ronan,
pick up aku? Aku accident.”
“Kau
di mana?”
“Aku
di…”
Danny
memandang signboard di tepi jalan
menyatakan tempat dia tersandai bersama motorsikalnya.
MEHAR memberhentikan motosikalnya tepat
di hadapan seorang gadis manis. Gadis itu bercekak pinggang memandangnya. Mehar
membuka helmet dan mengukur senyuman.
“You’re late, beb!” Marah gadis bertubuh
genit itu.
“Sorry Michelle… aku tersangkut sikit di traffic light.”
“Diaorang dah race pun.”
“Ceh,
kenapa tak tunggu aku?”
“Kau
lambat.” Getus Michelle.
Mehar
merengus kecil.
“Baik
aku balik rumah, tido.”
“Aku
ikut kau.”
“Kau
ada bawa helmet tak? Aku tak bawa helmet spare.”
“Ada.
Aku tumpang Beego tadi.”
“Jom,
lekas!”
Michelle
terkocoh-kocoh mengambil helmet di salah sebuah motorsikal yang terletak di
situ. Kemudian dia membonceng di belakang Mehar.
“Peluk
aku kuat-kuat. Aku nak pecut ni!”
“Wei,
jangan laju sangat. Aku ni penakut.”
Mehar
tersenyum.
“Aku
minah race, mana boleh bawa motor
tahap kura-kura.”
“Mehar…”
Leceh
betul amoi seorang ni. Mehar mengurangkan kelajuan. Bawa motor besar tapi slow, apa barang. Kalau nak slow-slow
baik naik skuter. Mehar menghantar Michelle sehingga di hadapan pagar rumah
sewa sahabatnya itu.
“Good nite, dear.” Mehar melayangkan flying kiss kepada Michelle. Dia sengaja
mengusik amoi itu. Michelle ketawa.
“Nite.” Michelle melambaikan tangannya.
Mehar
tidak gemar menyewa rumah bersama rakan-rakannya. Dia lebih suka duduk
sendirian. Rumah teres dua tingkat yang dibeli dengan hasil duit titik peluhnya
itu masih berbaki bayaran di bank. Mehar tidak miss bayar bulan-bulan. Dia bukan anak orang berada pun. Kata orang,
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ingat anak-anak orang berada
sahaja mampu memiliki rumah sendiri?
Entah-entah rumah mereka tu pakai duit mak ayah. Siapa tahu?
Mehar
anak yatim. Dia sudah tidak punya sesiapa lagi. Hidup kena bergantung pada diri
sendiri. Tidak perlu pada ehsan simpati orang lain. Itu prinsip Mehar. Mehar
membuka cd untuk mendengar lagu. Roxette
adalah salah satu kumpulan duet Inggeris kegemaran Mehar. Lagu sekarang kurang
menyengat. Entah apa-apa. Dia juga bukan peminat K-pop. Dia tidak menghina muzik dari luar. Terpulang pada minat
masing-masing. Setiap orang ada minat tersendiri begitu juga dengan dia. Kenapa
perlu hendak mempertikaikan minat mereka? Muzik sekadar hiburan semata-mata.
Kalau rancangan program realiti seperti AF memang dia tutup televisyen.
Mehar membuka lap-topnya. Notifications di facebook
kian berjela-jela. Dia ahak jarang berfacebook
kebelakangan ini. Bosan melihat status-status facebook yang adakalanya
menjengkelkan hati. Kutuk sana, kutuk sini. Ramai sangat yang menjadi keyboard warrior. Lebih baik menjadi warrior di Palestine atau berdiam diri dari memekak di laman sosial
menceritakan keburukan baik orang lain.
Mehar
ingin menekan abjad-abjad pada keyboard untuk meletakkan status wall miliknya.
ME Mehar
Race
cancel tonight. Go home and listening music.
Sepuluh minit
kemudian, penuh berjela-jela komen di bawah statusnya. Salah seorang yang
mengomen adalah Michelle. Laju amoi seorang tu. Tersenyum mehar membaca komen
Michelle.
1 minute ago
Go
to sleeplah…
2 minute agoo
I terkenangkan u tak boleh tido
1 minute ago
Gataiii….
Mehar
tersenyum panjang. Gemar sangat dia mengusik Michelle. Malah ada yang salah
anggap perhubungan mereka. Takder
manalah dia nak buat perbuatan terlarang.
Michelle pun tahu benda tu tak elok.
Mehar
menguap kecil sambil menekup mulut. Pukul dua lebih Matanya semakin kuyu. Dia menutup facebook. kemudian menekan shutdown pada lap-topnya. Mehar
merebahkan tubuhnya di atas sofa. Dia tidak kisah tidur di ruang tamu. Lenggannya
diletakkan pada dahi. Satu-persatu wajah orang yang disayangi bermain di ruang
mata Mehar.
“Kamu ni memang
pembawa sial. Anak aku mati kerana kamu!” Suara wanita itu masih tergiang-giang
di gegendang telinganya.
“Lelaki
yang mendampingi dia hanya menempah maut. Dia ada badi.
“Sial!”
“Sial!”
“Sial!”
Mehar
menutup matanya rapat. Air matanya mengalir.
“ARIL… awak tak takut mati ke?”
Shahril
memakukan mata pada wajah Mehar. Mehar gadis berkulit sawo matang itu menarik
perhatiannya saat pertama kali mereka bertentangan mata.
“Saya
tahu semua pasal awak. Orang kampung kata awak ni ada sial. Tapi saya tak mahu
percaya benda karut-marut tu. Manusia tiada yang sial. Zaman moden tetapi
pemikiran kolot betul. Bukan kita yang menentukan mati tetapi Allah.”
Mehar
terkedu. Dia pun sukakan Shahril tetapi dia takut nasib Shahril akan jadi
seperti lelaki-lekai yang pernah dia sayangi.
“Mehar…Shahril
ikhlas tu.” Abahnya mencelah.
“Tapi
abah…”
“Abah
sudah tua Mehar. Bila abah dah tiada, siapa yang akan menjaga kamu? Abah
risaukan kamu.”
“Mehar
boleh jaga diri sendiri, abah.”
Abah
menggeleng perlahan.
“Mehar
terimalah lamaran Shahril. Tunjukkan pada orang kat kampung ni yang Mehar bukan
pembawa sial. Apa yang berlau pada Umar dan Kifli itu adalah ketentuan Ilahi
nak.” Abah memujuk. Sayu wajah abah mata Mehar.
Akhirnya
Mehar mengganguk perlahan.
SOLEKAN sentuhan mak andam membuat wajah
Mehar bertambah cantik. Hari pernikahannya meriah dengan sanak-saudara dan
orang kampung. Mehar tidak sabar menunggu ijab dan kabul. Dia ingin membina
bahagianya bersama Shahril. Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar. Doa
Mehar dalam hati. Mehar mengerling jam di dinding.
Saat
berganti minit. Minit berganti jam. Keresahan mula terpamer pada raut wajah
Mehar. Tetamu saling berbisik-bisik sesama sendiri. Abah masuk ke bilik dan
cuba menenangkannya. Mungkin Shahril dan rombongan pengantin menghadapi masalah
dalam perjalanan. Abah mahu dia bersangka baik. Mehar tidak sedap hati. Dia
cuba menghubungi Shahril. Panggilan tidak dibalas.
Mehar
mencuba lagi, kali ini panggilan diangkat. Suara seorang gadis.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumusalam…”
“Siapa
ni?” Gadis itu bersuara.
“Saya
Mehar, tunang Shahril. Sharil ada.”
“Tunang?
Shahril dah jadi laki aku tahu. Aku dengan dia baru bernikah beberapa minit.
tadi.” Gadis menyergah kasar.
Talian
terus diputus. Mehar terduduk di birai katil.
“Dapat
hubungi Shahril?” Abah masuk semula ke biliknya dan bertanya lembut.
Mehar
menganggukkan kepala.
“Dapat
abah.”
“Mereka
sudah ada di mana?”
“Abah…
Shahril tak akan bernikah dengan Mehar. Shahril sudah bernikah dengan gadis
lain.” Air mata Mehar sudah tidak ditahan lagi.
Abah
mengurut-ngurut dadanya. Nafas abah tercungap-cungap. Mehar menyambut tubuh
abah sebelum abah jatuh pengsan.
“Abah!”
Abah
disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Shahril menemuinya dan
memohon kemaafan. Mehar langsung tidak mahu mendengar perjelasan dari Shahril.
Kehilangan abah menjadi tamparan hebat pada Mehar. Mehar mengambil keputusan
untuk memulkan kehidupan baru di kota. Dia cuba melarikan diri dari kenangan
silam yang menyakitkan hati.
N3 yang menarik...menarik hati untuk mengetahui kisah selanjutnya...
ReplyDeletethumbs up Kak Ilya...karya akak tak pernah mengecewakan...
Agreed.. without a doubt..
ReplyDeletekunjungan sore gan,,,terimakasih ya,,
ReplyDeletecerpen yang sangat bagus,,menarik..thanks ya..
ReplyDelete