Tab Menu

Followers

Friday, July 2, 2010

566 Hari Mencari Cinta_17

KID menyandang beg yang penuh dengan surat-surat dan dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke destinasinya. Dia menulis beberapa nota di dalam buku yang sudah disediakan atas meja penyambut tetamu itu. Kedua-dua gadis penyambut tetamu saling berbisik antara satu sama lain. Kid hanya tersenyum. Mesti gadis itu amat pelik tengok mat despatch begitu skema begini hantar surat. Tapi nak buat macam mana kalau Firdayu sudah memecat mat despatch sedia ada. Terpaksalah dia pikul tugas yang sepatutnya tidak tersenarai dalam bidang tugasnya. Kadang-kala Firdayu memang agak melampau mempergunakan Kid.

“Bila you jadi despatch ni Kid?“ tegur Hani dari belakang. Terkejut dia lihat Kid menyandang beg yang sebelum menjadi milik Ghani budak despatch di ‘Rosette Fashion Designer’.

“Semalam.” balas Kid pendek.

“Mana Ghani?”

“Dah kena pecat.”

Hani mengerut dahi. Baru kerja tak sampai sebulan sudah kena pecat. Melampau tu. Dia yang rekomenkan Ghani pada Firdayu. Setahu dia Ghani memang ada pengalaman kerja sebagai mat despatch ni. Orangnya pun rajin walaupun perangainya agak gila-gila sedikit.

“Kenapa dipecat? Setahu I budak tu bukan ada masalah apa-apa pun.” soal Hani. Rasa tidak puas hati pulak.

“Sebab dia hantar satu surat salah alamat.”

“Salah alamat pun dah kena pecat. Melampau betul Kak Firdayu.” desis Hani sambil menyilangkan tangannya. Setakat satu surat salah hantar takkan dah kena pecat. Manusia mana ada yang perfect.

“Don’t worry. Saya akan settlekan problem tu nanti.” Kid sudah menyarungkan helmet di kepala. Kedua belah tangannya pun sudah memakai sarung tangan hitam.

“I tak fahamlah dengan kerenah boss you tu. Dia ada di ofis tak?”
“Ada.”

“Boleh tak you senyum sikit Kid? Seramlah tengok muka stone you.” Sejak kenal
dengan Kid, lelaki itu mana pernah nak senyum bila bercakap. Jenis tak berperasaan. Patutlah dia boleh tahan dengan Firdayu.

Kid tidak membalas. Dia terus berpaling mengatur langkah. Hani mendengus kecil. Payah nak memikat hati orang dingin ini. Minta tolong dengan Firdayu pun tiada gunanya. Bukannya Firdayu mahu menolong dia makin makin menghalang adalah. Tak faham betul dia si Firdayu itu. Tak tahu mengapa dia boleh kawan baik dengan Firdayu macam abangnya Fahmy. Terus terang cakap dia macam abang dia juga tidak sukakan sikap Firdayu tapi mereka adik beradik tidak pernah mengutuk Firdayu di belakang.

“Kak Firdayu.” Hani meluru masuk ke bilik Firdayu sebaik saja berada di dalam ‘Rosette Fashion Designer. Kehadiran disambut Firdayu dengan senyuman lebar. Mereka saling berpelukkan.

“Mana abang you. Dia tak ikut sama.” Selalu Hani akan bersama dengan Fahmy datang ke pejabat dia. Hari ini Hani berseorangan pula. 

“Abang ada meeting dengan client today. So Hani datang sini seoranglah. Kenapa? Rindukan abang ke?” Hani senyum mengusik. Masakan gadis secantik Firdayu akan sukakan Fahmy not up-to-date itu.

“Pasti Ruzair bersama diakan?”

“Yup! Abang Ruz ada bersama dia. Kak…kenapa akak buli Kid? Hani terserempak dengan dia di kaunter penyambut tetamu tadi.”

“I minta dia gantikan tempat Ghani sementara waktu. Lagipun ada surat yang urgent perlu dihantar. Bukan susah sangat pun. Banyak complain pulak dia.”

“Dia tak ada complain apa-apa pun pada Hani tadi. Malam ini akak free tak? Hani nak ajak akak dinner bersama family Hani. Ruzair pun ada sekali.” Senang saja mahu mengumpan Firdayu. Pergunakan Ruzair secukupnya.

“Sorry…I ada dinner dengan seseorang. So lain kali okay.” Firdayu menolak. Dia ada plan baik punya malam ini bersama Dato’ Aminuddin. Lagipun Fatin mesti ada bersama Ruzair nanti. Fatin sekarang mana nak biarkan Ruzair bersendirian sangat. Asyik melekat dua puluh jam. Mahu tak rimas si Ruzair tu. Biarkan Ruzair rasa muak dengan Fatin.

“Ala…” Hani mengeluh hampa. Melepas lagi. Firdayu kalau pergi mesti tidak berseorangan. Kid mesti ada bersama. Itu yang Hani mahukan.

HARLEY Davidson Kid diparkirkan berdekatan dengan butik yang agak komersil itu. Ada saja perkara mengarut yang Firdayu berikan pada dia. Sudah disuruh hantarkan dokumen dan surat-surat penting Firdayu menelefon lagi. Kid disuruh pula mengambil baju tempahan di butik teman baiknya pulak. Kid menurut sahaja. Kid memanjangkan lehernya ke dalam butik eklusif itu. Dia tidak bayang pekerja di butik. Kid redah masuk. Baru dia melangkah masuk seorang gadis manis bercekak pinggang depan matanya.

"Nak mencuri ya?" soal gadis itu kasar.

“Collect baju.” Terus saja Kid menyatakan tujuannya. Dia hulurkan resit kepada gadis itu.

“Ohhh! Baju Cik Firdayu ya. Awak ini siapa?” Gadis itu pandang Kid yang masih berkaca mata hitam itu atas bawah. Kacak orangnya. Kalau tengok style Kid yang tidak memakai kaca mata putih berbingkai tebal dan rambut yang agak selekeh pasti saja gadis yang melihatnya akan terpikat. Kekasih baru Firdayu agaknya. Firdayu kan ramai teman lelaki.

“Saya pekerja kepada Cik Firdayu Fahrin. Saya just nak collect baju tempahan majikan saya sahaja.” Balas Kid bersahaja. Matanya terpandang pada cover utama majalah ditangan gadis itu. Wajah kacak Ruzair terpapar bersama tunangannya. Mereka nampak sepadan. Lelaki sekacak dan sekaya Ruzair masakan tidak menjadi rebutan. Tambahan pula timbul gosip panas antara Ruzair dengan poison ivy sekarang kian menyengat auranya.

Pekerja Firdayu? Biar betul lelaki sekacak ini bekerja dengan Firdayu. Entah-entah model dia kot.

“Ini baju tempahan Cik Firdayu.” Tiga pasang baju kebaya yang sudah berplastik itu diserahkan kepada Kid. Kid membelek-belek baju tersebut. Tiada cacat cela. Kid berpuas hati. Dia membuka dompet duit dan menghulurkan baki wang pembayaran kepada gadis manis itu.

“Thanks…” gadis menyerahkan baki wang dan resit kepada Kid berserta sekeping kertas kecil. Kid mengerutkan dahi.

“Cindy…” Dia pandang wajah gadis manis itu.

“Yes. That my name. If you free contactlah I. Di situ I letakkan nombor telefon I sekali.” Kid gelengkan kepala. Perempuan zaman sekarang ini memang berani. 

Kid melangkah keluar dari butik itu. Dia genggamkan kertas kecil itu lalu dicampakkan ke dalam tong sampah yang berada berdekatan. Cindy mencebikkan bibir. Dia nampak apa yang Kid lakukan itu.

“Merah semacam muka you Cindy. Siapa yang buat you marah tengahari buta ni?” tegur Puan Sahara yang baru masuk ke butik. Dia terserempak dengan seorang lelaki kacak di luar. Mengancam betul! Bawa Harley Davidson tu. Lelaki itu membawa baju-baju tempahan Firdayu, pelanggan tetap butiknya. Macam pernah tengok mukanya. “Siapa pula budak lelaki yang angkut baju-baju tempahan Cik Firdayu tu?” Sempat Puan Sahara mengerling lelaki yang sedang menghidupkan Harley Davidsonnya.

“Entah? I pun tak tahu katanya dia pekerja Cik Firdayu. Tapi pakai Harley Davidson mewah macam tu. Agak model baru Cik Firdayu kot.”

“Biar betul?” Cindy anggukkan kepala. “Dia ada apa-apakan you ke?” soal Puan Sahara lagi.

“Tak adalah.”

“Habis…muka you cemberut semacam ni mengapa?”

“lelaki tu berlagaklah. I bagi contact number I dia buang dalam tong sampah. I tak cantik ke Puan?” Tersenyum Puan Sahara mendengarnya. Cindy bukannya tidak cantik dah terlebih cantik pun. Sempat juga Cindy mengayat pekerja Firdayu. Zaman sekarang perigi sudah pandai mencari timba.

“You ni memang perempuan dahi licin. Pantang tengok lelaki kacak sikit.”

“Apa salahnya. Dia kacak. I nak ngoratlah. Tapi jual mahallah pulak.” Suara Cindy tidak puas hati. Puan Sahara gelengkan kepala. Namun dia senyum akhirnya.

“I rasa baik lupakan saja nak memikat dia.”

“Kenapa?” Cindy mengerutkan dahi. Takkan Puan Sahara kenal dengan mamat berlagak tadi tu.

“Itu Kid pembantu Cik Firdayu yang muka tidak berperasaan tu. Dia lelaki yang kata tiada dalam senarai taste you. Mamat skema..”

“Alamak! Macam mana I boleh tak kenal dia.” Cindy sudah memengang muka. Patutlah dia pandang semacam tadi. Rupanya dia kenal aku!

“I kan dah cakap dia tu memang hensem. You tak percaya. Baru-baru ini muka dia ada keluar majalah untuk iklan minyak wangi Datin Sam.”

Serta-merta mulut Cindy terlopong. Susah nak percaya mamat skema yang dia kutuk itu boleh jadi sekacak ini. Kalah Ruzair Tan Sri Hamzah. Betul tak tipu memang kalah Ruzair yang menjadi kegilaan ramai itu. Menyesal rasanya kutuk-kutuk mamat skema tu dulu. Cindy menjerit sendiri.

2 comments: