Ada tiga karya saya dimasukkan dalam Ilham Karya (Karangkraf)
1. DEMI CINTAKU DEMI CINTAMU (dah sampai bab 25)
Link (http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=3962&idc=23310)
“Tak payah yang berbuat dengan aku! Kau
ni memang perempuan perampas.” Jari telunjuk Fifi ditundingkan ke muka Eleanor.
Perampas?
Dia pula dituduh perampas. Eleanor mahu saja ketawa mendengar tuduhan yang
dilemparkan oleh Fifi.
“Kau
salah faham ni.”
“Tak
perlu nak berlakonlah perempuan. Kau jerat pakcik aku sebab kau nak harta dia
kan?”
“Pleaselah… aku tak heran langsung dengan
harta benda dia, okay. Kalau kau tak berpuas hati kau boleh bertanya pada
pakcik kesayangan kau tentang pertunangan aku dengan dia. Siapa yang kejar
siapa. Siapa yang aturkan semua ni?” Berang Eleanor dengan sikap Fifi yang
tidak mahu berbincang secara lembut. Main serang ikut suka hati tanpa
menyelidik dahulu. Ingat dia kemaruk sangat nak berkahwin dengan Weir Zafril
itu!
Fifi
melirik senyuman sinis.
“Kau
dah guna-gunakan pakcik aku. Kau tahu tak kau tak layak dengan dia.”
Eleanor
ketawa kecil. Sikit-sikit dituduh pakai ubat guna-guna. Apa punya fikiran gadis
seorang ini. Harap sahaja nampak seperti orang berpelajaran tinggi tapi otak
masih tak matang.
(18,459 - BACAAN DCK DCM)
2. MEWANGI (dah sampai bab 3)
Link (http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=4304&idc=23150)
“Kau bodoh Za’ara.”
“Ya,
aku bodoh.”
“Kenapa
kau perlu mengalah hanya kerana kau dambakan kasih sayang perempuan tua tu?”
Fatimah
Za’ara menunduk.
“Apa
yang kau dapat? kesedihan?”
Wan
menggeleng.
“Perempuan
tua tu tetap tak akui kau cucu dia kan?” Wan menyambung kata.
Fatimah
Za’ara tidak membalas. Wan sudah tahu jawapannya.
“Aku
tetap terbuang dari keluarga itu, Wan.” Fatimah Za’ara memalitkan senyuman
hambar.
“Kau
terlalu baik. Sedangkan kau sendiri tahu perbuatan kau itu ibarat melapah hati
sendiri!”
3. 10 PERKARA SAYA BENCI AWAK! (dah sampai bab 5)
Link (http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=4358&idc=23291)
' Bos besar tu namanya Datuk Tajuddin. Budak-budak lanskap ni yang gelarkan dia bos besar. Aku main ikut saja. Bos besar ni duda. Bab rupa? Bolehlah tahan. Nak kata handsome pun tak boleh. Rambut di ubun kepala bos besar pun dah ada kaler putih. Memadailah kerana anak bos pun sudah besar panjang.
Awin boleh dikategorikan dalam golongan gadis sedang-sedang cantik tetapi comel. Dia bukan dalam kategori gadis ala top model yang punya susuk tinggi lampai. Kecomelan nya menawan hati kerana lesung pipit di kedua-dua pipi gebunya itu. Ada yang kata dia macam Wawa Zainal. Ceh! Perasan betul kau Awin
Boleh ikuti karya-karya ni di Ilham dan jangan lupakan tinggalkan komen di sana >_<
Sis knp Demi Cintaku Demi Cintamu tak ada kat ilham karangkraf??plese sis masuk kan kat blog ni ...
ReplyDeleteAda dear... seacrh je tulis demi cintaku demi cintamu... tak klik ink pada akk buat di sebelah tu.. akk ada letak ILHAM KARYA post bawah kaver DCKDCM
ReplyDeleteAda2.terlepas pdg..Nilai cinta sejati bila nak ke edisi cetak ??
ReplyDelete