Assalamualaikum... salam tengahari >_<
Pada 5h November 2013, tergerak hati mahu buka emel setelah beberapa hari menyepi akibat internet tidak jalan dan diri ini kurang sukses. Terbaca satu tajuk e-mel:
PROPOSAL BAGI TELEFILEM/ DRAMA BESIRI, BAGI SIARAN ASTRO RIA DAN ASTRO PRIMA SERTA PROPOSAL
Kening sudah bertaut dah. Jadi... kita pun tekan mouse dan klik pada tajuk e-mel berkenaan. Maka keluarlah segala isi kandungannya.
PROPOSAL BAGI TELEFILEM/ DRAMA BESIRI, BAGI SIARAN ASTRO RIA DAN ASTRO PRIMA SERTA PROPOSAL
dari White Merpati Entertainment sdn bhd,
Pihak White Entertainment sdn bhd sedang mencari penulis skrip baru dan memberikan peluang kepada kita salah seorangnya. Terngangalah kejap. Al-maklum kita ni mana pernah buat skrip. Buat novel saja pernah itupun masih banyak lopang2nya. Tapi kalau tak cuba mana tahukan. Kita adalah juga baca dan tengok cara penulisan skrip ni. Sebelum ini ada juga seorang pelakon tambahan tawarkan penulisan skrip untuk drama/telefilem. Dia berikan contoh skrip dari Skop Porduction punya drama bersiri. Masa tu masih tiada masa nak buat. Kita sibuk kejar manuskrip lagi. Huhuhu..
Peluang yang ada kali ini masakan akan dilepaskan. Kita ingin mencuba. Berjaya atau tidak lain kira. Yang penting berani untuk mencuba.
Sekarang ini kita sedang buat Proposal Skrip Telefilem bagi salah satu e-novel kita Takdir Cinta Luka. Cadangan watak pun dah ada cuma cadangan Pengarah masih mencari.
Jika rezeki itu ada, Alahmdulillah... syukur kepadaNYA.
*Mana tahu jika berjaya boleh buat Proposal Skrip untuk Coke and Sundae pula >_<
salam sayang:
Ilya...
wah kak ilya..TAHNIAH..
ReplyDeleteAisyah baru nak cuba tulis novel, asyik baca novel je ..
lama2 teringin plak nak menulis tp xtau nak mula dari mana..
mvm mana ea akak menulis novel ?
cipta konflik semua, tulis sampai ending..
Tahniah, kak ilya :)
ReplyDeleteAlahai, akk. Maafla kalau lunturkn semangat akk tapi sya xberapa minat la kalau novel jadi drama. takut bnyk yg diubah drpd dlm novel tu mcm Playboy Itu Suami Aku.Tmbh-2 novel akk semuanya jadi novel kegemaran sy. :(
ReplyDeleteHahahaha... TCL bukan novel dear. TCL adalah e-novel yg akak tulis tamat dalam blog sahaja. Akak sendiri yang akan buat skrip dan memilih pelakon cadangan. CNS maybe akak tak buat kot sbb khabarnya dalam genggeman penerbitan drama syarikat lain. CNS tak boleh buat apa-apalah :)
Deletemaksudnya CNS akan jadi drama jgk la. Alahai, sedihnya. T_T TCL mmg akk handle dri awal smpy habis la ?
DeleteTu tak ada confirmation lagi bagi CNS :) Namun TCL pula InsyaAllah akak yang akan handle sampai abis sbb akak yg buat sendiri skrip. Moga2 proposal skrip TCL diterima...
DeleteInsyaAllah, amein. Good luck ehh akk. Selalu update. Cumanya mgkin sya xdpt tgk drama tu sbb kat astro. rumah sya takda astro. hee
ReplyDeletetahniah dan syabas..mudah2an akan bertambah idea2 yang dapat memberikan nukilan2 seterusnya...
ReplyDeletesalam ukhwah,
nursuci.
tahniah kak! hehee~ tak puas menyibuk kat status akak,sekarang menyibuk kat blog akak pulakk! akak,kalau nak jadi penulis tu susah ke kak?
ReplyDelete