ZULFA
tidak jadi ke Ampang Park sebaik menerima mesej dari kakaknya, Hilda. Hilda
pinta dia pulang ke rumah segera. Ada kekecohan berlaku. Apa lagilah masalah
yang ditimbulkan oleh mama. Sebaik turun dari tren, Zulfa terus menapak ke
kondominium yang berdekatan dengan stesen Putra LRT itu. Riak wajah Zulfa
sedikit cemas.
Jika bukan pasal Hilda, ini mesti
pasal Alang Aliya, adik mama. Alang Aliya datang minta duit lagi. Kalau tidak suaminya
kalah judi mesti duit untuk dadah. Alang Aliya tidak pernah mahu berubah walau
kerap keluar masuk pusat pemulihan. Suaminya yang banyak makan duit itu pula
ditatang bagai minyak yang penuh. Setia Alang Aliya pada Pakcik Mokhsin itu
tidak bertempat. Mereka pun bukannya orang senang sangat. Mama banyak hutang.
Ingin harap Hilda, kakanya itu lebih mentingkan diri sendiri. Zulfa terpaksa
bertungkus-lumus bekerja keras untuk membayar hutang-piutang. Bayar rumah lagi, sewa butik spa mama, dan
macam-macam yang perlu difikirkan Zulfa.
Zulfa sudah mendengar kekecohan dari
luar lagi. Jiran-jiran hanya memandang Zulfa dengan senyuman. Zulfa tahu ada
yang melemparkan senyuman sinis untuknya. Mereka sudah tahu keadaan keluarganya
itu.
Sebaik pintu dibuka, wajah Alang
Aliya sudah berada di depan mata. Tubuhnya di tolak. Nyaris Zulfa jatuh
terduduk. Alang Aliya berlalu dengan wajah bengis. Zulfa menghela nafas kecil.
Alang Aliya tidak dapat meminjam wang dari mama lah tu. Zulfa melangkah masuk
ke dalam. Dia lihat mama sedang membebel di atas sofa. Hilda sedang memujuk
mama.
“Dia ingat mama ni bank negara?”
rungut Puan Latifa.
“Mama pun satu! Dulu mama suka
sangat bagi makcik pinjam duit.” Orang ni bila sudah buat baik sikit mulalah
pijak kepala.
“Dulu lain. Bisnes mama maju. Arwah
papa kau ada lagi. Sekarang mama dah bankrupt!”
suara Puan Latifa semakin lantang.
“Assalamualaikum mama… Kak Hilda.”
Kasut tanpa tumit itu ditanggalkan.
“Waalaikumusalam.” Kak Hilda yang
menjawab. Puan Latifa memalingkan mukanya.
Zulfa merapati.
“Makcik datang minta duit lagi ke?”
Hilda mengangguk.
“Mama beritahu saja kita tiada duit.
Lagipun makcik ada suami. Suami dia yang perlu tunaikan tanggungjawab pada
keluarga.”
Makcik kau beruntung ada suami
lagi. Tapi mama ni sudah hidup berjanda.”
“Mama masih ada Zulfa dan Kak Hilda.”
Puan Latifa mengerling Zulfa tajam.
“Aku tak ada anak pembunuh macam
kau. Kalau bukan sebab kau, aku dah hidup susah begini tahu!” Dahi Zulfa
ditunjal dengan jari telunjuknya.
“Zulfa tahu salah Zulfa. Jika Zulfa
tak memandu kereta tu papa dan adik …”
“Kau yang patut mati!”
“Mama!
Puan Latifa menampar wajah Zulfa.
Zulfa terkedu. Air mata yang hampir menitis, Zulfa tahan.
“Kalau bukan kau, papa dan adik tak
mati! Kau yang membunuh mereka!” jerit Puan Latifa.
Sampai bila mama mahu menyalahkan dia
atas kematian arwah papa dan adik? Kemalangan yang berlaku bukan atas
kehendaknya. Jika dia tidak menurut permintaan arwah ayah dan adik pasti
kemalangan itu dapat dielakkan.
Zulfa bangun dan meluru masuk ke
dalam biliknya.
“KERETA
baru untuk Zulfa.” Zulfa sudah teruja melihat Nissan Latio di hadapannya itu.
Papa angguk dan tersenyum manis.
“Hadiah untuk Zulfa sebab dah lulus
ujian memandu.”
“Pa… Zulfa masih kekok nak bawa
kereta lagi. Luluskan pun macam nasib aje.” Dia masih takut-takut membawa
kereta di atas jalan raya.
“Ala Kak Zulfa. Test lah bawa. Adik dan papa pun nak merasa naik kereta baru.” Adik
mencelah.
“Papa… tak perlulah beli kereta
mahal-mahal untuk Zulfa. Papa belikan kereta Myvi pun dan okay.”
“Bukan selalu pun sayang. Papa tahu
yang Zulfa tidak pernah meminta apa-apa hadiah dari
papa.”
Zulfa memeluk erat papa.
“Terima kasih papa.”
Zulfa tidak melupakan saat-saat
manis bersama arwah papa dan adik. Foto arwah papa dan adik diusap perlahan.
Sudah lebih tiga tahun … mama masih
tetap menyalahkan Zulfa. Zulfa sedih kerana mama tidak lagi seperti mama yang
dulu. Mama sudah banyak berubah. Adakah semua ini salah Zulfa?
Zulfa bingkas bangun sebaik
mendengar ketukkan pintu biliknya. Zulfa menarik tombol pintu. Kak Hilda?
“Zulfa…” suara Hilda dikendurkan
sedikit.
“Kenapa kak?”
“Mama dah keluar jumpa kawan-kawan
dia. Kak Hilda pun nak keluar.”
“Okay…”
“Tapi...”
“Tapi apa kak?”
Kak Hilda nak pinjam dua ratus
boleh. Gaji nanti Kak Hilda bayar balik.”
Kalau tidak diberikan maka kakaknya
itu akan menarik muka masam dan tidak bertegur sapa. Zulfa mencapai beg duitnya
lalu menghulurkan wang dua ratus kepada Hilda. Bulan ini dia perlu lebih
berjimat-cermat.
“Thanks
dear.” Kedua-dua belah pipi Zulfa dicium.
Zulfa hanya melirik senyuman.
“MALAM
ini, kita enjoy puas-puas!” Hilda menayangkan duit di tangan.
Lelaki berkulit hitam itu
menjongketkan kening.
“Honey…
you kebas duit adik you?” Lelaki itu fasih berbahasa Melayu.
“Of
course lah. Duit gaji I manalah cukup. I tak pakai barang-barang tiada branded. Tiada class!”
“Honey…
you terlalu boros.”
“Boros pun duit I lah.”
“So…
mahu ke mana?”
“Tempat biasa.”
Butang lif ditekan.
*Sori entry pendek.... hehehe...
k.ilya..x sabar nak baca yang seterusnya..smoga idea datang mencurah-curah untuk siapkan cerita ni..hee =)
ReplyDeleteInsyaAllah.. idea akan mencurah2 :)
Deletegeram betul kat kakak zulfa...
ReplyDeletekesian kat zulfa
zulfa sentiasa pendam perasaan ...
Deletekak... sambungan takda ke kakk?
ReplyDeleteAda dear.. nanti akk masukkan :)
DeleteNk smbnganyer.....
ReplyDeleteI want more kak ilyaa bestt..boleh x kak buang comment moderstion..mlas la nk taip nombor and huruf tu
ReplyDelete.