Prolog
“There,
all done… You can open your eyes slowly now.”
Kenapa mesti wajah dia? Siapa gadis ayu yang berdiri di hadapan
matanya itu?
Why
is this happening…?
“Please… Just one more times, let me touch
those eyes.”
Aku terasa mataku disentuh oleh tangan lembut itu. Air mata aku
mengalir tanpa disedari. Gadis itu menjarakkan diri. Dia hanya menoleh ke arah
aku seketika dan beredar.
Aku terasa bahuku ditepuk lembut.
“Could be the fact that they were over stressed.
I’ll give you a little check-up.”
Dua
hari kemudian…
“MUMMY
tahu Naj sukakan mawar putih.”
Najmie
membisu.
“Naj…”
“Mummy… siapa gadis itu?”
“Gadis
mana ni?”
“Nevermind.”
Siapa gadis ayu itu? Wajahnya begitu sedih sekali.
KLIK! Matanya pedih dengan cahaya yang
mengenai wajahnya itu.
“Hey!”
“Nice one! Inpirasi wajah sedih yang saya cari.” Gadis itu tersenyum.
“Berikan filem tu pada saya.” Dia menadahkan tangan.
Gadis itu menggelengkan kepalanya.“Ianya sudah menjadi milik saya.” Gadis itu segera berlari menuju ke seberang jalan.
“Shit!” Sebuah kereta laju melintasi di hadapan.
Gadis itu sudah hilang.
Lelaki itu terkebil-kebil.
SYIRA tersenyum sendiri melihat
foto-foto yang hanya tinggal kenangan itu. Weng suruh bakar foto-foto tersebut
tetapi dia enggan untuk melakukannya. Weng juga pernah memarahi dia kerana
mengambil gambar orang sesuka hati.
“GAMBAR lelaki mana yang kau ambil ni?”
Syira menjongket bahu.
“Aku pakai ambil aja.” Dia meletakkan lagi beberapa keping gambar di dada meja. Antara gambar yang dia ambil, dia sukakan gambar lelaki itu. Seorang lelaki menangis dan meraung di tengah malam yang sunyi.
“Kau tak takut kena saman?”
“Samanlah. Aku tak kisah. Janji tema untuk pameran fotografi aku berjalan dengan lancar kelak.”
Weng geleng kepala.
Syira tersengih.
FOTO itu diletakkan semula di dalam
album. Weng geleng kepala dengan gelagat Syira. Dia tahu bukan mudah melupakan
orang yang kita sayang tambahan orang itu menghembuskan nafas terakhir
dipangkuan kita.
“Salah
saya…”
“It’s not your fault!”
“Kalau
saya tidak bertengkar dengan dia pasti kemalangan itu tidak berlaku.” Syira
mengangkat wajahnya. Matanya sudah merah.
“Syira…
awak kena terima kenyataan yang Najmie sudah tiada.”
Air
mata Syira mengalir laju.
Akak Ilya.. Best! Teruskan...Suka dengan watak ni, terutama pasal fotografi... Btw,cantik cover ;).. baru tukar ke? (*tak ikut serta competition tau*) Gud Luk... :)
ReplyDeleteterima kasih dear.. >_<
DeleteAssalamualaikum kak Ilya,
ReplyDeleteApa itu ALLURE? mula2 tgk tajuk tu saya x tahu pon...lepas dah google bru tahu maksud sebenar..sangatlah ke"kuno"an kan?
baru part prolog, tapi akak dah tinggalkan saya dgn perbagai persoalan, siapakah Najmie dan Syira sebenarnya?mcm mana diorang boleh kenal & bercinta? pertengkaran yang bagaimana smpai Najmie boleh accident & meninggal? atau sebenarnya najmie masih hidup tapi identitinya dirahsiakan?...owh, bnyak benda boleh saya fikir...dgn membca prolog di atas dan pastinya orang nak tahu ape kesudahan cerita nie....
cuma ade part yang nie :
Gadis menggelengkan kepalanya.
klau akak tambah ayat "itu" selepas ayat Gadis tu lagi ok...
Gadis itu menggelengkan kepalanya.
last but not least, memang bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang. Orang hanya mampu suruh kita sabar tapi hati & perasaan kita sendiri org tak akan tahu. Betapa sakintnya menanggung rindu. Kesian dekat Syira terpaksa berpisah dgn orang yg tersayang...
satu permulaan cerita yang menarik bagi saya...mesti cerita sedih nie kan, kak ilya?...;)
Terima kasih dear. Hahaha... akak tak perasaan ada tertinggal perkataan. Dalam cerita ini ada dua Najmie. Tunggu entry selanjutnya nanti ya.
Deletekak Ilya best222...x sabar tunggu sambungan citer nie..tp ap maksud ALLURe
ReplyDeleteAllure - memikat, menawan, menarik minat, daya tarikan, menggoda
Deletetp kak Ilya bg bnyk persoalan ke bada..memang fikir sape lh najmie..tp bada suke ngn syira,syira mcm nakal je
ReplyDeleteMcm dh pernah bc...bkn lepas tu studio dia terbakar ke...sori lau salah..
ReplyDeleteYa, Kiki... tapi akak dah ubah ;)
DeleteSalam, dah lama menanti story baru dri blog akk. Boleh kata tiap-2 hari jenguk, akhirnya akk update jgk. Hoho!
ReplyDeleteCepat-cepat sambung ekk akk, mcm-2 persoalan dlm otak dh ni. Hee, salam
best.dan selamat tahun baru ya semua.
ReplyDeletemcm menarik ceretanya.sya suka saya suka
ReplyDelete