Osaka – Jepun
KLIK! KLIK!
Beberapa
kali Syira menekan butang kameranya. Cukup indah permandangan di taman ini.
Minoh Park ada salah satu tempat pelancongan di Osaka. Jika ingin melihat ‘autumn leaves’ boleh datang ke taman ini. Selain mengambil
gambar permandangan, Syira juga mengambil gambar-gambar orang yang berkunjung di
situ. Syira sudah terpisah dengan pelancong-pelancong yang lain. Dia melalui
sebuah jambatan.
Klik!
Klik!
Syira
menyurusri jambatan. Bibirnya mengulum senyuma melihat gelagat sepasang suami
isteri bersama anak-anak mereka. Keluarga berbangsa Jepun itu menarik perhatian
Syira. Lensa kameranya dihalakan kepada keluarga bahagia itu. Klik! Butang
kamera ditekan. Syira menapak dua langkah ke belakang. Tanpa disedari tubuhnya
telah melanggar seseorannag yang sedang berada di belakangnya itu. Mujur sahaja
kamera tergangtung pada leher.
“Sorry!” Syira menunduk sedikit kepalanya
meminta maaf.
lelaki
bermata agak sepet itu memandang Syira tidak berkelip.
“Sebelum
ini, kita pernah berjumpa ke?” Lelaki itu bersuara. Dia berbahasa melayu.
Dahi
Syira berkerut. Dia amati wajah lelaki itu lama. Mata hazel dan wajah lelaki
itu? Syira menggeleng perlahan.
“I’m Sorry. Saya tidak mengenali awak.”
Syira melintasi lelaki itu. Dengup jantungnya semakin kencang apabila matanya
bersatu dengan mata lelaki itu. Ada perasaan aneh menyelinap di lubuk hatinya.
“Najmie!”
Langkah
Syira terhenti. Najmie! Dia seakan terpaku mendengar nama itu. Seorang gadis
manis melintasi Syira. Syira masih tidak mampu berganjak, seakan kakinya
melekat di situ.
Najmie…
Nama itu?
“SYIRA…”
Syira
menurunkan tandatangan. Dia sudah menunaikan permintaan terakhir dari Najmie.
Dia pandang wajah Weng dan ibu.
“Syira
mahu tunaikan permintaan Najmie. Dia mahu Syira dermakan matanya kepada lelaki
itu.”
Syira
masih cuba menahan air matanya dari mengalir tetapi dia tewas apabila melihat
mata itu pada lelaki tersebut. Mata hazel milik arwah Najmie menjadi milik
lelaki yang bernama Najmie juga. Satu kebetulan, suratan takdir atau sebaliknya?
Wajah mereka juga hampir seiras. Syira mengikuti perkembangan pembedahan yang
dilakukan hingga balutan mata lelaki itu dibuka. Hampir setiap masa yang
terluang dia berada di sisi lelaki terbabit.
Syira
tahu sikapnya itu membuatkan ibu susah hati. Arwah Najmie tidak punya sesiapa
semasa hayatnya. Ibu Syira sudah seperti ibunya sendiri. Arwah Najmie dibesarkan
di rumah anak-anak yatim.
“Najmie…
Syira sudah tunaikan permintaan Najmie.”
SYIRA meneruskan langkahnya.
Aku tidak berharap untuk bertemu dengan dia
lagi. Saat aku melihat wajah dan mata itu, aku seakan melihat Najmie di hadapan
mataku…
Moga
ini pertemuan kedua ini adalah pertemuan terkahir antara mereka. Jangan ada
pertemuan lagi antara mereka. Syira bergegas meninggalkan Minoh Park. Tidak
betah untuk dia berada di situ lebih lama. Dia tidak mahu mereka terserempak
lagi.
Negara
Jepun adalah sebuah yang kaya dengan teknologinya. Itu yang Syira akui. Jepun
salah sebuah negara yang ingin Syira lawati. Impian telah tercapai kini. Dia
dapat melihat negara kecil yang pesat membangun ini dengan matanya sendiri. Negara
yang pernah menjajah Malaysia suatu masa dahulu.
Syira
memeriksa kameranya. Dia tidak sabar untuk meletakkan foto-foto ini di dalam
studionya nanti. Weng rakan kongsi itu mesti teruja. Dia juga tidak sabar untuk
mengadakan pameran foto-fotonya sendiri.
NAJMIE membuang pandangan di jendela.
Dia seakan tidak percaya yang dia akan bertemu semula dengan gadis itu setelah 1
tahun berlalu. Dia tidak pernah melupai wajah lembut gadis
itu. Dia masih melihat kesuraman pada
cahaya mata gadis itu. Wajah gadis itu masih menghantui mimpinya. Dia sendiri
buntu dan tidak mengerti akan perasaan aneh yang bertamu di hatinya ini. Siapakah
pemilik mata ini? Dia ingin mengetahuinya.
“Naj…”
Segelas minuman diletakkan.
“Thanks, mummy…”
Puan
Erlisa memeluk bahu Najmie. Najmie bukan lagi seperti Najmie yang dulu. Najmie
yang ini lebih banyak bersendirian dan termenung.
“Naj…
boleh mummy ask you something?”
Najmie
mengalihkan wajahnya.
“Boleh,
mummy…”
“Siapa
Syira?”
“Syira?”
Wajah
Najmie berubah.
“Mummy selalu dengar Naj mengingau nama
Syira dalam tidur.”
“I really don’t’t know.”
Najmie
berdalih.
“Really?”
“Ya,
mummy.”
Najmie
merahsiakan apa yang dirasai selama 1 tahun ini dari pengetahuan mummynya. Najmie masih dalam keadaan tertanya-tanya.
Tiada sesiapa yang ingin mendedahkan siapa penderma mata ini. Doktor juga
memaklumkan yang perkara ini dirahsiakan atas permintaan penderma dan warisnya.
“Naj…
mummy susah hati kalau mummy lihat
Naj begini. Come on son. Fikir ke
hadapan lupakan cerita lama. Asya sudah menyesal dan memohon maaf bukan?”
“Mummy… mudahnya mummy memaafkan Asya.”
“Naj…
Asya tidak sengaja.”
“Naj
jadi buta kerana Asya.”
“Naj
yang cari pasal dulu! Naj tahu yang Asya tu sayangkan Naj. Kenapa Naj tergamak
putuskan tali pertunangan Naj dengan Asya?”
“Asya
tu sudah gila!” Najmie menekan suaranya.
“Asya
jadi gila kerana Naj!”
Mummy masih mahu menyebelahi Asya.
kegilaan Asya hampir meragut nyawanya.
“Mummy yang bawa Asya ke sini?” Najmie
mengerling mummynya.
“Asya
adalah asset yang penting untuk business mummy kelak. Mummy tak mahu hubungan Naj dengan Asya
terputus.” Bahu Najmie ditepuk lembut. “I
love you, son.” Pipi Najmie dikucup lembut.
Najmie
nekad untuk tidak meneruskan perhubungan dengan Asya. Asya bukan gadis seperti
yang disangkakan. Asya banyak bermuka-muka. Dia sudah lelah untuk berhadapan
dengan sikap gila Asya. Obses dengan cinta! Dia sudah cuba menyayangi Asya
tetapi Asya sendiri yang merapuhkan benteng hatinya,
Mesej
berlagu-lagu pada telefon bimbitnya. Mesej dari Syed Idlan. Adakah temannya itu
sudah memperolehi maklumat yang dia ingini. Najmie membuka kotak mesej.
Naj… nama pewaris yang menderma mata kepada
kau itu, Syira Annur Ridzuan. Penderma mata itu, sudah meninggal dunia.
Syira
Annur. Najmie menyentuh hujung dagu.
Dia perlu bertentang dua mata dengan
Syira.Takdir telah mempertemukan mereka di bumi matahari terbit ini. Najmie tidak akan mempersia-siakan peluang yang datang hanya sekali ini.
“Naj…” Asya terpacak depan pintu.
“Aku
tiada mood dan tidak mahu diganggu.”
Dia sudah membina benteng antara dia dan Asya.
Asya
menggigit bibir. Najmie semakin dingin melayannya. Najmie tidak lagi ramah
seperti dulu. Segalanya telah berubah dalam masa setahun ini.
“Naj…”
Asya masih teragak-agak untuk menghampiri Najmie. Najmie tidak mahu dia
menyentuhnya. Pegang sedikit, Najmie sudah melenting.
“Please… jangan naikkan darah aku.”
“Naj…
kita perlu berbincang tentang hubungan kita. Ianya masih boleh diselamatkan. Mummy you sudah maafkan I. Masakan you
tidak boleh berikan I peluang.”
Najmie
tersenyum sinis.
“It’s over! Aku tak mahu berbincang apa-apa
soal kita. Tolonglah… tolong jangan muncul di depan mata aku!”
Hati
Asya bagaikan dirobek dengan kata-kata Najmie.
Najmie tidak pedulikan perasaan Asya.
Itu caranya untuk Asya menjauhkan diri darinya.
Syira…
walau jasad ini dimamah bumi, namun cintaku masih tertinggal untukmu kelak. Tapi
yaknilah yang kebahagiaan itu akan ada padamu. Dan cinta abadi itu hanya milik
ALLAH.
Najmie
memicit kepalanya. Ayat-ayat itu bermain dimindanya.
“Naj…”
“Leave me alone!”
Bersambung....
wow, bab 1 pun dah cukup buat saya tertanya2 apa yang akan jadi lps ni :D teruskan kak :)
ReplyDeletesaya kesian sangat kak Syira...mesti setiap kali die lihat Najmie, dia akan teringat arwah Najmie...dan lah 2 org tu nama yg sama...sedihhh...mmg betul,kalau kita dah sayangkan seseorang mmg susah nak lupakan..
ReplyDeletemakin menarik kak Ilya saya suka
ReplyDeletebest3 ;
ReplyDeletemenarik3 sangat3! gud luk! ;)
Salam. Poor Syira. Keep it up, kak! Anyway, sdikit info. Ia tak boleh diguna utk benda. Ia refer untuk orang. ;) Maaf jika terasa.
ReplyDelete