WEIR masih berkurung dI
dalam biliknya. Tubuhnya semakin susut. Tidurnya meracau-racau saban malam.
Dalam benci dia merindui Yuhana. Adakalanya Mak Pah menitiskan air mata melihat
keadaan Weir yang semakin teruk. Weir yang ceria dan sering tersenyum itu
seakan makin lenyap di depan matanya. Weir lelaki budiman. Sampai hati Yuhana
memperlakukan Weir sedemikian rupa. Mak Pah sudah lama mengesyaki kecurangan
Yuhana. Dia tidak berani untuk menceritakan hal sebenar kepada Weir. Dia tahu yang Weir
begitu cintakan Yuhana. Weir begitu percayakan kasih sayang Yuhana. Malahan
Yuhana telah memberikan amaran kerasa kepada Mak Pah agar menutup mulut tentang
perhubungan sulitnya dengan Hazim.
Mak Pah masuk menatang
mangkuk bubur yang masih panas bersama air suam. Weir masih bersandar di atas
katinya.
“Mak Pah, masakkan
bubur untuk Tuan Weir. Jamah sedikit ya?” pujuk Mak Pah lembut.
Weir menggeleng.
“Beberapa hari Tuan
Weir tidak makan. Jamahlah sedikit.”
Weir tetap menggeleng.
Mak Pah meletakkan
semula mangkuk bubur di atas dulang. Dia memandang wajah Weir yang cengkung dan
tidak bermaya itu. Sinar mata Weir begitu suram.
Tangan Weir memeluk bingkai gambar
yang sudah pecah. Mak Pah tahu, itu gambar Yuhana. Ikutkan hati Mak Pah, ingin
sahaja dia membuang gambar tersebut. Tiada guna dicintai separuh mati pada
wanita tidak kenang budi itu.
“Kalau Tuan Weir tidak mahu makan
bubur, beritahu saja pada makcik. Makcik akan masak makanan lain.”
“Saya tiada selera makcik.”
“Mak Pah tak mahu Tuan Weir jatuh sakit.
Tengok keadaan Tuan Weir sekarang pun Mak Pah sudah rasa sedih.”
Weir cuba memalitkan senyuman tetapi
senyumannya begitu hambar.
“Makcik tak perlu risaukan saya.”
Weir sudah tidak kisah akan keadaan
dirinya lagi. Jika Mak Pah sekeluarga sudah jemu mahu bekerja dengannya, dia
tidak kisah. Dia sudah banyak menyusahkan Mak Pah dan suaminya.
“Tuan Weir sudah seperti anak Mak
Pah. Tuan Weir banyak membantu keluarga Mak Pah. Masakan Mak Pah akan membiarkan
Tuan Weir sendirian.” Mak Pah tidak mahu menjadi kacang lupakan kulit.
“Terima kasih makcik. Saya mahu tidur
sebentar.” Weir meletakkan kepalanya pada bantal.
Mak Pah menhela nafas kecil. Dia
berasa agak hampa kerana tidak dapat memujuk majikannya itu menjamah bubur yang
dimasak. Mak Pah menatang semula dulang mangkuk bubur itu lalu melangkah
keluar.
Sebaik Mak Pah keluar dari biliknya
Weir membuka laci meja bersebelahan katil tidurnya itu. Dia mengeluarkan
sebotol pil tidur.
Weir memulas penutup botol pil
tersebut. Dia mengambil hampir separuh dari jumlah yang pil yang dibenarkan.
Weir menelan semua pil yang berada di dalam tangannya. Air kosong yang sedia
ada itu diteguk laju.
ANNA segera bersembunyi sebaik
melihat kelibat orang-ornag along yang datang ke rumahnya untuk meminta hutang.
Dia masih tidak cukup wang untuk menjelaskan hutang-hutang abangnya dengan
along itu.
Anna segera berpatah balik. Dia tidak
jadi untuk pulang ke rumah. Orang-orang along makin giat mencarinya. Di mana
pula tidurnya untuk malam ini? Anna resah sendiri. Dia bukan punya teman-teman
rapat. Kalau dia menumpang tidur di rumah Mak usunya, wanita itu akan membebel
itu dan ini. Telinga Anna sudah cukup pedih dengan sindiran dari Mak Usu.
Anna duduk sendirian termenung di
stesen bas. Anna terus duduk di situ sehingga petang berlabuh. Langit kian
gelap. Dentuman halilintar mengejutkan Anna. Jantungnya berdengup kencang. Dia
pandang kiri dan kanan. Tiada manusia lain selain dirinya. Anna jadi takut.
Ya, Allah…. jauhi hambaMU ini dari
perkara-perkara yang tidak diingin. Anna berdoa dalam hati.
“Cik…”
Ada suara menegurnya dari belakang.
Bila pula ada manusia lain bersama di
sini. Hantu ke? Tak mungkin hantu. Anna mengetap bibir sambil memengang erat
beg sandangnya.
Sebelum dia apa-apakan aku, lebih aku yang
bertindak dulu. Desis hati kecil Anna.
Anna berpaling dan menghentak orang
berada di belakang dia itu dengan beg sandangnya. Anna terus memecut laju
sebaik melihat mangsanya tidak bertindak balas. Dia tidak peduli dengan
tubuhnya yang sudah dibasahi dengan titisan-titisan air hujan. Keselamatannya
lebih utama.
Pada masa yang sama…
Di rumah agam Weir,
“Ya, Allah…” Pak Husin segera memaut
tubuh Weir yang sudah terkulai dipenjuru katil. Dia berkali-kali menepuk muka
Weir.
Mata Pak Husin terpaku pada botol
ubat tidur yang sudah tergolek atas lantai. Mujur saja hati tuanya tergerak
untuk melihat keadaan majikannya itu.
“Muiz!” Pak Husin berteriak memanggil
nama anak lelakinya. Tubuh Weir sudah diangkat.
“Ada apa ayah?” Muiz muncul di muka
pintu bilik Weir.
“Tolong ayah. Kita bawa Tuan Weir ke
hospital segera.”
“Baik ayah.” Muiz terus membantu
memapah tubuh Weir.
“Ya, Allah… apa sudah jadi ni?” Mak
Pah terus menyoal sebaik melihat suami dan anak memapah Weir yang sudah tidak
sedarkan diri itu.
“Ambilkan kunci kereta Pah. Kita kena
segera bawa Tuan Weir ke hospital.” Arah Pak Husin.
Mak Pah segera menurut kata-kata
suaminya.
Pak Husin memulas kunci kereta. Jika
mereka tiada di rumah agam ini, entah apalah akan terjadi pada Weir. Weir tidak
punya sesiapa lagi selain bapa saudara yang tamak haloba itu. Bapa saudaranya
itu bukan mengambil peduli perihal Weir. Hidup dengan penuh kemewahan pun belum
tentu menjamin kebahagiaan.
“Bang!” Mak Pah menjerit lantang
sebaik melihat kelibat manusia melintas di hadapan kereta yang dipandu oleh
suaminya.
Pak Husin brek mengejut dan nyaris
terbabas di bahu jalan. Dalam keadaan kecemasan begini, mujur sahaja tiada
kemalangan jiwa yang berlaku. Tambahan pula hujan sedang turun dengan lebatnya.
Seorang gadis terduduk di atas jalan
raya. Mak Pah menolak pintu kereta dan bergegas memeriksa keadaan gadis itu.
Mak Pah menarik nafas lega kerana
tiada sebarang kecederaan pada gadis tersebut. Gadis itu hanya mengalami
kejutan.
Pak Husin merapati isterinya. Dia
memandang isterinya.
“Kita bawa dia sekali ke hospital.”
Ujar Pak Husin.
Mak Pah mengangguk dan memapah tubuh
gadis itu.
Asal cite best je n3 mesti ssecoet
ReplyDeletehaihhhhhhh
len.kali buat 10 coet ekk
Best ilya..... ^_^
Hahahaha... tulah kan.. nanti akk lebih panjangkan dalam bab 3
DeleteDear Ilya, baru follow criter ni smlm. Love the story. Please continue ye....
ReplyDeleteSob2 terharu sangat... terima kasih sbb sudi follow cerita kita... InsyaAllah akan sambungkan secepatnya dgn pantas :)
DeleteAkak ilya...cpat la smbung citanya...pnjangkn lah n3...x puas bca...cita best la...nk bca pnjang2 punya...please...
ReplyDeletependeknya nak lagi.
ReplyDeleteBaru follow citer ni best nya. Nak lagi. Hehe
ReplyDelete-HR-
best nanti sambung lagi ye.
ReplyDeleteDear Ilya
ReplyDeleteKak ita ucapkan tahniah krn setiap buah nukilan Ilya tak pernah menjemukan...
Tahniah dari kak ita untuk n3 terbaru My Heart...
Menarikkk
Good job my dear
love
kak itasukri
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMn sambungannya
ReplyDelete