AKAN DATANG
JULAI 2014
Anggaran muka surat 700+++
Setiap cerita
ada kisahnya…
Kisah itu
mewarnai kehidupan…
Special intro ...
PUTRI Tasnim membelek-belek kad jemputan yang diberikan oleh Tengku Tyea
itu. Makin pelik dia dengan musuhnya yang seorang ini. Tengku Tyea ada memaklumkan
ada kejutan buatnya di dalam majlis tersebut. Kejutan apa agaknya? Dia perlu
hadir ke majlis itu jika ingin mengetahui kebenarannya. Putri Tasnim mengeluh
kecil.
“Cerita tidak menjadi seronok jika
you tidak hadir dalam majlis. I jemput you tahu. Jika you tidak hadir sampai ke
tua you akan tertipu. I sekadar mahu you tahu kebenaran.”
Apa maksud ayat Tengku Tyea itu? Kad
jemputan majlis itu dibuka. Mata Putri Tasnim membulat besar melihat nama-nama
yang tertera di situ. Ada nama Tiryaq.
Tiryaq Megat Eskandar. Tiryaq Megat Eskandar adalah pengarah TIR Holdings. Mata
Putri s tidak salah tengok.
Mungkin ini yang dikatakan oleh Tengku
Tyea. Ianya berkaitan dengan Tiryaq. Jantung Putri Tasnim berdengup kencang.
Untuk kesahihan kata-kata Tengku Tyea itu dia harus menghadiri majlis tersebut.
“Miss
Tasnim…” Pintu biliknya diketuk
perlahan.
Putri Tasnim segera menyimpan kad jemputan
tersebut di dalam laci.
“Masuklah Cherly.”
“Are
you okay?”
“I’m
okay.”
Putri Tasnim menyembunyikan rasa gemuruh
di hati. Dia cuba berlagak seperti biasa. Dia tidak mahu Cherly mengesyaki
apa-apa kali ini.
“I risaukan you.”
“I
know. Don’t worry… I’m okay.”
“Jika you rasa tak okay, you baliklah. I akan
handle di sini.”
“I’m
okay.”."
“Really?”
“Cherly… I bukan wanita yang lemah. I
masih mampu menghadapi dugaan.”
“You nampak pucat sedikit.”
“Maybe
make up I dah tanggal.” Putri Tasnim tersenyum.
Alasan logik di situ.
“Don’t
push diri you teruk sangat. Jangan pendam semua problem sendiri.”
“You nak jadi pakar penasihat nampak?”
“Adalah sikit. I belajar dari Jericho.”
“Busy
dengan problem I, I forget about your wedding. How your preparation?”
Putri Tasnim cuba mengubah topic perbualan mereka.
“So
far, so good. Semuanya berjalan dengan lancar. You jangan tak datang pula
masa wedding I.”
“I akan datang. Promise!”
“I pegang pada janji you.”
“Jika ada masalah pada kewangan you tak
perlu segan-segan inform pada I.”
Putri Tasnim akan sedia membantu.
“Thanks
Miss Tasnim.”
“Lidah you
all kena perbetulkan sikit. I bukan cik lagi tapi sudah jadi puan.”
Cherly ketawa. Rasa janggal untuk panggil
pangkat ‘puan’ di hadapan pula. Dia sudah terbiasa memanggil MissTasnim.
“Lidah ni dah terbiasalah. I try slow-slow panggil you, Mrs
Tasnim.”
“Tak sangkakan I dah jadi Mrs?”
“Like
Mr and Mrs Smith.”
Tawa Putri Tasnim dan Cherly bersatu.
“MISS Tasnim… bunga untuk you.”
Jamie menrjah masuk dengan sejambang bunga ros merah.
“For me?”
“Yes, for youlah dear.”
“Jamie … bukan Miss Tasnim but Mrs Tasnim dah. You lupa yang boss kita ni sudah bertukar status.”
“Oh no! I forgetlah. Lidah
dah terbiasa menyebut Miss Tasnim
aja. Nah! bunga you.”
“Siapa pengirimnya?”
“My husband.”
“So sweet.” Jamie pula yang lebih-lebih. “Husband you memang romanticlah.”
“You nanti cari calon wife yang romantic. Hari-hari you dapat bunga.”
Muncung Jamie.
“Ada ke pompuan nak lelaki yang digelar ‘sotong’ macam I ni?”
“Ada. Asalkan you
keraskan sedikit lenggok tangan lembut you tu.” Cherly siap buat demo lenggok
tangannya di hadapan Jamie.
Putri Tasnim sudah
menggeleng kepala. Ada pula yang merajuk makan hati disakat nanti. Jamie tu
agak sensitif juga orangnya.
“You kutuk I.”
“I bukan mahu
mengutuklah. I just nak you ubah
sedikit cara you tu. Tak mahu lembut-lembut lagi.” Cherly mendengus. Tak faham
betul mamat seorang ini. Sensitif tak bertempat.
“I tak nak bercakap dengan
you!”
“Jamie … orang merajuk
cepat tua.” Putri Tasnim mencelah.
“I selalu buat masking face. Kulit I masih licin dan
tak berkedut.”
Amboi, mengalahkan orang
perempuan mamat seornag ini.
“Kalau you jadi lelaki
keras lagi ramai girl tergedik-gedik
dekat you. Tapi you kena buat choice yang
terbaik. Jangan sampai dapat yang materealistik pula.”
Ada benarnya kata Putri
Tasnim itu. Sesetengah wanita itu memandang pada harta benda dan rupa paras.
Sukar untuk mencari yang menerima seadanya pada seseorang itu.
“Mrs Tasnim… I rasa nak hug
you!”
“Jamie!”
Cherly sudah menarik kolar baju Jamie dari
terus merapati Putri Tasnim. Putri Tasnim menggeleng lagi. Putri Tasnim
bercadang mahu bertemu dengan papanya.
“PAPA…” Putri Tasnim meluru dan memeluk papanya. Dia datang menemui
papanya di rumah. Pedulikan pada ibu tirinya itu. Dia hanya mahu meluah rasa
pada papa. Puan Hanni memang memandang tidak senang hati melihat perhubungan ayah
dan anak itu semakin rapat. Suaminya pula sudah semakin dingin. Kemahuannya
juga tidak lagi dituruti. Suaminya itu sudah membeku kad kredit yang digunakan.
“What wrong Tasnim? Tasnim nampak sedih sangat. Tasnim bergaduh
dengan Tiryaq?” Encik Johari mengajak Putri Tasnim berbual di luar. Dia tidak
mahu perbualan mereka didengari oleh isterinya itu.
“Tasnim tak bergaduh
dengan Tiryaq?”
“Apa yang berlaku?”
Putri Tasnim menunduk.
“Tasnim tahu Tasnim anak
yang degil. Tasnim banyak menyakitkan hati papa. Mungkin ini balasan perbuatan
Tasnim pada papa.”
Encik Johari tidak
pernah membenci anaknya. Walau apa cara sekalipun dia sentiasa mencari peluang
untuk merapatkan jurang antara mereka.
“Cuba cerita pada papa
apa yang berlaku?”
“Papa… Tasnim minta maaf
pada papa. Tasnim tak tahu macam mana mahu mulakan. Tasnim tahu papa mesti akan
kecewa dengan Tasnim.”
Encik Johari memengang
tangan anaknya.
“Tasnim takut papa
marah. Tasnim… jika papa marah, marah pada tu kerana papa sayangkan Tasnim.”
“Hal pernikahan Tasnim
dengan Tiryaq….”
Putri Tasnim tidak dapat
meneruskan kata-katanya. Dia pandang wajah papanya lama.
“Jika Tasnim belum
bersedia bercerita pada papa, Tasnim boleh ambil masa lagi. Papa tidak mahu
memaksa Tasnim. Tapi ingat yang papa sentiasa menyokong Tasnim.”
“Terima kasih papa.”
Putri Tasnim memeluk
papanya. Bertahun dia merajuk hati dengan papa dulu sampai rumah ini tidak mahu
dijejaki. Putri Tasnim tidak puas hati dengan perkahwinan papa. Baginya Puan Hanni
tidak dapat menggantikan tempat arwah mamanya. Wanita itu materealistik. Dia
hanya pandang pada harta yang papa ada. Enjoy
sana sini dengan duit papa. Makan minum papa diuruskan dengan orang gaji.
Wanita itu hanya duduk goyang kaki.
“Papa rasa menyesal…
menyesal kerana menyebabkan Tasnim tidak bahagia dengan kehadiran mama tiri
kamu. Tapi papa bersyukur kerana Tasnim dipertemukan dengan lelaki sebaik
Tiryaq.”
“Papa…”
“Papa yakin Tiryaq akan
membahagiakan anak papa yang ayu ini. Tiryaq sudah berjanji dengan papa yang
dia akan menjaga Tasnim baik-baik.” Encik Johari tidak membongkar identiti
Tiryaq kepada Putri Tasnim. Tiryaq sendiri akan
menjelaskan semuanya kepada Putri Tasnim. Dan dia masih tenang berita
yang disampaikan oleh Datin Khalida tentang pernikahan Putri Tasnim. Mungkin dia
akan lebih kecewa jika berita tidak diketahui lebih awal. Tiryaq lebih dahulu
bertemu dan menceritakan semua kepada dia.
“Papa… Tasnim memang
marahkan papa. Tasnim tidak rela papa nikahkan Tasnim dengan Tiryaq. Awalnya
Tasnim mahu Tiryaq ceraikan Tasnim tapi…”
“Lama-lama Tasnim
sayangkan Tiryaq bukan?” Encik Johari pantas mencelah.
Putri Tasnim terdiam.
Papanya seperti tidak terkejut dengan kejujuran yang dia sampaikan.
“Kawan Tasnim yang kepoh
tu, Khalida namanya kan? Dia ada menemui papa lagi. Dia beritahu pada papa yang
Tasnim kena tangkap basah bersama Tiryaq. Papa cakap papa memang sudah tahu
kerana papa yang menikahkan anak papa ni.”
Putri
Tasnim tersenyum. Datin Khalida tu berfikiran sempit juga. Mana boleh menikah
tanpa wali jika walinya masih hidup melainkan dia dan Tiryaq berada di luar
negara.
“Papa mesti kecewa pada
Tasnim kerana hal tu?”
“Tasnim… kecewa tu ada
tetapi papa yakin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Papa harap Tasnim dapat
memaafkan Tiryaq.”
Maafkan Tiryaq? Ah,
salahnya juga kerana baik hati membantu orang yang tidak dikenali itu. Sudahnya
dia terpaksa bernikah tanpa rela. Dalam benci terbit rasa sayang dan cinta
untuk lelaki itu.
“Anak sudah menconteng
arang pada muka pun masih boleh you maafkan.” Puan Hanni memasang telinga dalam
dia. Dia keluar tempat persembunyiannya. Dia jeling Putri Tasnim dengan
pandangan meluat.
“Jangan masuk campur, Hanni?”
“Kenapa pula? Dia anak
tiri I. I perlu ambil tahu tambahan pula dengan perkara yang bakal memalukan I
kelak.”
Puan Hanni menyilangkan
tangan.
“Hanni…”
Putri Tasnim mencium
tangan Encik Johari. Lebih baik dia pulang agar amarahnya tidak menguasai diri.
Lagak Puan Hanni sudah cukup menyakitkan hati Putri Tasnim.
“Papa…. Tasnim minta
diri dulu.”
“Baiklah. Bawa kereta tu
elok-elok.” Sempat Encik Johari berpesan. Dia takut jika dalam keadaan Putri
Tasnim stress, anaknya itu akan
membawa kereta lebih laju. Nyawa tiada galang gantinya.
tahniah kak buku QC bakal terbit...
ReplyDeleteapa pun saya sentiasa menyokong semua karya akak...
semoga sentiasa success...x sabar nak peluk QC...dah rindu sangat...
lama teman wait hehehe
ReplyDelete